You are on page 1of 15

SISTEM KEWANGAN

ISLAM
PENGAJIAN ISLAM
MPW 2143

OLEH:MOHD HATIMI BIN MOHD NASIR


SISTEM KEWANGAN
 Merupakan instrumen-instrumen,
pasaran-pasaran dan peraturan-
peraturan tentang tindakan
perdagangan.
 Mempercepatkan aliran dana
daripada pembeli kepada penjual dan
daripada penyimpan kepada
peminjam.
FUNGSI SISTEM KEWANGAN
DALAM EKONOMI MODEN
 Fungsi Tabungan (Savings Function)
• Tempat atau saluran untuk keuntungan dan risiko yang
rendah bagi orang ramai menabung.
 Fungsi Kekayaan (Wealth Function)
• Alat menyimpan kuasa beli sehingga diperlukan untuk
belanja terhadap barangan dan perkhidmatan.
 Fungsi Mudah Tunai (Liquidity Function)
• Alat bagi memeperoleh dana dengan menukarkan
sekuriti dan lain-lain aset kewangan kepada tunai.
 Fungsi Kredit (Credit Function)
• Kredit yang berterusan kepada pengusaha, pengguna
dan kerajaan untuk membantu perbelanjaan dan
pelaburan dalam ekonomi.
 Fungsi pembayaran (Payment Function)
• Menyediakan cara atau mekanisme bagi pembayaran
barangan dan perkhidmatan.
 Fungsi Risiko (Risk Function)
• Alat melindungi pengusaha, pengguna dan kerajaan
menghadapi pelbagai risiko bencana terhadap nyawa,
kesihatan, harta-benda dan sebagainya.
 Fungsi Polisi (Policy Function)
• Menyediakan saluran bagi kerajaan melaksanakan polisi
untuk mencapai objektif dan matlamat negara seperti
kadar pengangguran yang rendah, pertumbuhan
ekonomi negara dan kestabilan.
SISTEM KEWANGAN ISLAM
(NIZAM AL-MAL AL-ISLAM)
 Meliputi aktiviti-aktiviti yang
berkaitan kewangan (al-Tasarrufat
al-Maliyah) dalam semua sektor
ekonomi Islam.
 Keperluan kepada pembiayaan
(financing needs) oleh setiap unit
ekonomi bagi menjalankan kegiatan
ekonomi
Dua cara unit
ekonomi
memperoleh
pembiayaan

Pembiayaan ekuiti
Al-Mudharabah Pinjaman hutang
(kontrak perkongsian (berasaskan riba)
untung amanah) Diamalkan masyarakat
Al-Musyarakah jahiliyah sebelum
(kontrak perkongsian kedatangan Islam
untung usahasama)
SETELAH KEDATANGAN ISLAM
 Kedua-dua instrumen dikekalkan.
 Pembiayaan hutang:
• Al-Bay bi-Thaman Ajil (kontrak jualan harga
tertangguh)
• Al-Bay al Murabahah (jualan dengan tambahan
untung)
• Al-Ijarah (kontrak sewaan)
• Bay al-salam (jualan salam)
• Bay al-istisna (jualan tempahan)
 Instrumen berasaskan riba diharamkan.
ASAS-ASAS SISTEM KEWANGAN
ISLAM
 Aktiviti-aktiviti pelaburan berasaskan
perkongsian untung rugi.
 Riba tidak dibenarkan dalam kes-kes
hutang.
 Semua aktiviti pelaburan
berdasarkan kontrak muamalah
 Berasaskan penyertaan dalam proses
pengeluaran bukan perniagaan
secara hutang (partnership)
PEMBIAYAAN EKUITI
 Al-Syirkah@ Al-Syarikah
• Dari segi bahasa bererti percampuran
atau bercampur sekutu atau bercampur
harta
• Dari segi fikah kontrak perniagaan
antara dua pihak atau lebih yang sama-
sama berkongsi usaha melalui harta
(modal pokok) atau keusahawanan atau
reputasi (kemasyhuran) dengan sama-
sama berkongsi keuntungan dan
kerugian antara mereka mengikut
persetujuan bersama.
Al-Syarikah

Syarikat al-Milk @al- Syarikat al-Aqd@ al-


Amlak Uqud
Pemilikan dua pihak atau lebih Kontrak antara dua pihak atau
ke atas sesuatu benda tanpa lebih untuk membuat
kontrak syirkah. perkongsian modal atau harta
Tanpa melibatkan usahasama bagi mewujudkan sesuatu
untuk memajukan harta itu. perniagaan atau perusahaan
dan berkongsi hasilnya.
Syarikat Al-Aqd@ Al-Uqud

Perkongsian Perkongsian Buruh Perkongsian Kredit


Kewangan (Syarikah Al-A’mal@ (Syarikah Al-Wujuh)
Al-Abdan)
(Syarikah Al-Amwal) Setiap ahli kongsi
Sebahagian besar ada reputasi yang
Wang atau modal
atau kesemuanya baik (goodwill)
berbentuk kewangan
berbentuk usaha atau memulakan
adalah pelaburan
kemahiran ahli-ahli perniagaan dalam
utama.
kongsi. bentuk kredit.
Keuntungan
dibahagi sama rata.
PEMBIAYAAN HUTANG
 Tempahan (Bay’ al-Istisna)
• Dari segi bahasa bererti meminta supaya
dibuat sesuatu atau menempah sesuatu.
 Kontrak tempahan ialah satu kontrak jual
beli dimana pembeli membuat tempahan
atau memesan kepada penjual untuk
membuat sesuatu barangan yang
dikehendakinya supaya disiapkan dalam
masa tertentu dengan harga dan cara
bayarannya ditetapkan.
PEMBIAYAAN HUTANG
 Bay’ al-Salam
• Kontrak jualan dimana penjual bersetuju
menjual barangan tertentu pada tarikh yang
telah ditetapkan dengan bayaran penuh
diterima terlebih dahulu.
 Tujuannya untuk memenuhi
keperluan petani kecil yang
memerlukan wang untuk pertanian
dan menyara keluarga mereka
sebelum musim menuai.
PERBEZAAN ANTARA ISTISNA
DAN SALAM
 Istisna melibatkan pembuatan barangan
manakala salam boleh dilakukan dengan
pembuatan atau pun tidak.
 Kontrak salam memerlukan harga
barangan dibayar terlebih dahulu
manakala istisna tidak semestinya perlu.
 Kontrak salam tidak boleh dibatalkan
setelah dipersetujui tetapi kontrak istisna
boleh dibatalkan sebelum pembuatan
bermula.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like