P. 1
Ucapan an Guru Kelas Yang Akan Berpindah Ke Sekolah Lain

Ucapan an Guru Kelas Yang Akan Berpindah Ke Sekolah Lain

5.0

|Views: 19,676|Likes:
Published by syqic22
ucapan
ucapan

More info:

Published by: syqic22 on Sep 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

Ucapan Perpisahan Guru Kelas Yang Akan Berpindah Ke Sekolah Lain. Rangka ucapan : 1.

Pendahuluan ± Kata-kata aluan. 2. Isi ucapan : a. Tujuan majlis :- Perpisahan dengan guru kelas. b. Mengenai guru yang diraikan : - berdedikasi, bertanggungjawab, cekap dan pemedulian. - bersifat baik hati, lemah lembut dan penyayang. - dapat menyelesaikan masalah. - aktif dalam sukan. c. Sukacita dengan pertukaran. d. Harapan ± menyambung bakti, di rahmati Allah S.W.T dan terus menjalankan tugas dan terus memberikan nasihat dan tunjuk ajar. 3. Penutup ± Terima kasih. Contoh ucapan : Guru kelas kamu akan berpindah ke sekolah lain. Sebagai ketua kelas, kamu telah dipilih untuk memberi ucapan sempena majlis perpisahan itu. Cuba kamu sediakan isi ucapan kamu itu. Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengetua, Timbalan Tuan Pengetua, Guru Kanan, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Di majlis yang mulia ini, saya sebagai ketua kelas ini mengambil peluang keemasan yang diberi kepada saya untuk berucap sebagai mewakili rakan-rakan saya di kelas ini. Sebagaimana yang dimaklumi oleh cikgu-cikgu dan rakan-rakan sekalian, majlis ini diadakan adalah untuk majlis perpisahan di antara kita dengan guru kelas kami iaitu Cikgu Majid bin Haji Mohd. Yusof. Sebagaimana yang diketahui beliau adalah seorang guru yang berdedikasi, bertanggungjawab, cekap dan sentiasa mengambil berat kepentingan penuntut di sekolah ini. Beliau sering meluangkan masa untuk bertanyakan segala masalah yang sering dihadapi oleh penuntut beliau sama ada dalam pelajaran atau soal lain. Kami memang faham bertapa berat tugas seorang guru itu. Di samping menjaga kelas dan penuntut, seorang guru juga bertanggungjawab terhadap masa depan penuntut. Ini termasuklah soal disiplin. Walau bagaimana berat sekalipun tanggungjawab dan tugas itu Cikgu Majid tetap menjalankan dengan sabar dan bersungguh-sungguh dan tidak menjadi masalah yang berat kepada beliau. Dengan sifat baik hati, lemah lembut dan penyayang serta peramah akhirnya segala masalah itu dapat diselesaikan dengan sempurna. Di samping menjalankan tugas dengan sempurna, beliau juga merupakan seorang guru yang aktif dalam sukan dan lawatan. Segala tugas dan kerja yang diberikan kepada beliau dijalankan dengan sebaik-baiknya. Kita semua tentu masih ingat tentang kemenangan kita dalam perlawanan bola sepak di antara sekolah-sekolah menengah di peringkat daerah, sekolah kita telah menjadi johan dalam perlawanan itu. Semua ini adalah berkat dedikasi Cikgu Majid. Sekolah kita juga pernah memenangi perlawan rentas desa peringkat negeri. Kita tentu bangga dengan kemenangan ini. Bagi saya masa yang singkat ini tentu tidak dapat menjelaskan budi dan jasa beliau terhadap sekolah kita.

Kami semua di sini berasa dukacita dengan pertukaran beliau ini. Kami merasa betapa sukarnya untuk mencari gantinya. Walau bagaimanapun kita harus faham pertukaran ini tentunya membawa kebaikan kepada semua. Tentu beliau sangat diperlukan di sekolah lain. Beliau akan terus menaburkan jasa dan bakti beliau untuk sekolah yang bakal diajar beliau. Kami semua sama-sama mendoakan agar beliau sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau dengan penuh dedikasi. Di majlis yang bahagia ini, kami mengharapkan agar Cikgu Majid tidak mel pakan u kami semua di sini dan akan sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar walau di mana beliau berada. Kami juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan bakti yang beliau curahkan kepada kami selama ini. Sampai di sinilah sahaja ucapan saya di majlis perpisahan ini dan saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran Tuan Pengetua, Timbalan Tuan Pengetua, Guru Kanan, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Terima kasih.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->