You are on page 1of 4

Berikut adalah langkah-langkah dalam memulakan ternakan ikan air tawar:

1. Kenalpasti target & objektif: Adakah anda mahu menternak kerana hobi atau
komersial. Apa objektif anda? Sebagai menambah pendapatan atau menjadi
usahawan?
2. Kenal pasti jenis ikan yang hendak diternak: Apakah jenis ikan yang ingin
dibela/ternak. Ikan air tawar termasuk ikan keli, ikan haruan bodoh (ketutu),
ikan puyu, patin dan talapia. Tempoh ternakan, makanan dan harga pasaran.
Buat pilihan yang tepat & kurang risiko.
3. Menghadiri kursus: timba ilmu sebanyak mungkin sebelum membuat keputusan.
Belajar melalui pengalaman mentor & peserta kursus lain yang lebih
berpengalaman.
4. Kaji risiko & persediaan serta potensi pasaran: Kenal pasti risiko penyakit,
modal & permintaan pasaran samada tempatan atau antarabangsa.
5. Penyediaan kertas kerja & kos terperinci: Jika berhasrat membuat pinjaman,
kertas kerja sebagai perancangan perniagaan amat penting. Kos terperinci
membantu bakal usahawan merancang perbelanjaan, mengurangkan kos dan
membantu membuat keputusan
6. Penubuhan syarikat enterprise: Mendaftar dengan SSM sbg salah satu syarat
pinjaman
7. Kenalpasti lokasi ternakan & tapak: Lokasi yang mempunyai kemudahan asas
yang lengkap, sumber air bersih & percuma (tepi sungai, tasik etc) dan
kemudahan jalan raya bg tujuan pengangkutan
8. Pembinaan infrastruktur asas: Sebelum permohonan pinjaman, pihak bank ingin
melihat usaha bakal usahawan 10-30% dari perlaksanaan projek
9. Permohonan pinjaman: Hantar borang yang lengkap dan rujuk kepada pegawai
jika memerlukan bantuan.
10.Perlaksanaan projek: rujuk rajah lakaran proses & keterangan dibawah
11.Penyelenggaraan tapak projek: termasuk rawatan kolam bagi benih baru,
pemeriksaan bagi mengesan kerosakan/kebocoran pada kolam kanvas
Keterangan Lakaran Proses
Minggu ke-3: Masukkan anak benih ikan 3’
Minggu ke-7: Proses greding (ikan berumur 4 minggu)
Minggu ke-9: Proses greding (Ikan berumur 6 minggu)
Minggu ke-11: Proses greding (Ikan berumur 8 minggu)
Minggu ke-14: Tuai hasil (Ikan berumur 11 minggu)

You might also like