You are on page 1of 25

PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberi saya kekuatan,
kesabaran dan pertolongan semasa saya menyiapkan folio hoki ini. Ribuan terima
kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara
tidak langsung dalam menjayakan folio hoki ini. Orang yang banyak memberi panduan
dan dorongan dalam menyiapkan folio ini ialah pensyarah-pensyarah hoki saya. Mereka
banyak memberikan tunjuk ajar dalam menjayakan folio hoki ini.

Serta tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang tanpa jemu membimbing
dan memberi tunjuk ajar kepada saya ketika menyiapkan folio ini. Kepada keluarga,
saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana secara tidak langsung mereka
juga banyak memberi bantuan berbentuk dorongan dan semangat untuk menjayakan
kerja kursus ini. Kesemua bantuan yang saya terima ketika menyiapkan folio ini amat
berguna kerana folio hoki ini dapat disiapkan dalam masa yang lebih cepat. Akhir kata,
saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan folio hoki ini. Sekian terima kasih.

1
Pengenalan
Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakan negara di
seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimainkan di atas padang
rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di negara yang mana
hoki ais tidak begitu menonjol, jenis hoki yang dimain di dalam padang rumput dikenali
dengan mudah sebagai "hoki", sementara di negara yang mempunyai hoki ais, sukan
itu dikenali sebagai hoki ais. Adalah dipercayai nama hoki berasal daripada bahasa
Perancis, iaitu "hoquet", yang kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi
"hockey".

Sejarah hoki
Sejenis permainan yang menyerupai hoki telah mula dimainkan oleh
orang-orang Parsi, Greek dan Rom sejak 2000 tahun Sebelum Masihi. Menurut
sesetengah ahli sejarah, permainan ini mula dimainkan semula di England pada
tahun 1365 tetapi kemudian diharamkan disebabkan berlakunya kekecohan yang
membawa kepada pertumpahan darah. Ia muncul semula dengan pelbagai
nama seperti ‘hogket’ di Peranchis, ‘shinty’ di Scotland, ‘banty’ di Wales dan
‘hurley’ di Ireland. Walau bagaimanapun nama ‘hockey’ yang digunakan di
England muncul sebagai nama yang paling popular, sehinggalah digunakan
sampai sekarang ini. Permainan hoki berkembang di Eropah pada 1886. Pada
1896, hoki telah dimasukkan dalam acara Sukan Olimpik. Dengan
perkembangan itu, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) ditubuhkan pada tahun
1954. Di Malaysia, hanya selepas 30 tahun iaitu sejak ia diperkenalkan semula,
barulah permainan tersebut mula dimainkan. Pada tahun 1948 pula, Persatuan
Hoki Malaysia (PHM) ditubuhkan. Prestasi terbaik Malaysia dalam permainan
hoki di peringkat dunia ialah pada tahun 1975, di mana Malaysia menduduki
tempat keempat dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia. Pada ketika itu, Kuala
Lumpur menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.

2
Sejarah perkembangan hoki
Antarabangsa
           Perkembangan sukan hoki terus tersebar ke negara-negara lain dengan pesat.
Akan tetapi, detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa apabila ia diterima
sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Walaupun ia
diketepikan pada Sukan Olimpik (1924), namun ia telah diterima kembali dalam Sukan
Olimpik seterusnya. Kini, hoki merupakan acara tetap bagi sukan terbesar ini.
Seperti permainan lain, hoki juga memerlukan sebuah badan khusus di peringkat
dunia bagi menyelaras serta menganjurkan pertandingan pada peringkat ini (Sukan
Olimpik). Pada tahun 1924, tertubuhlah Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) atas
usaha negara-negara Eropah iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary,
Perancis, Sepanyol dan switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai
badan khusus yang menjadi pengelola rasmi bagi permainan ini pada peringkat dunia.
Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang serta
peraturan permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan
menarik. Badan ini bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala
Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-
juara, Kejohanan Eropah dan sebagainya.
Diperingkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pencabar terkuat
termasuklah India, Pakistan dan Malaysia dari Asia, Belanda, Jerman Barat, Sepanyol
dan England dari Eropah serta Australia dan New Zealand.

3
Malaysia
           Adalah dipercayai iaitu permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar
dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat
awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang
bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat
ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara
kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.
Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk
tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya
mulai meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di
negara kita.Semua peringkat umur bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada tahun
1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-
negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.

Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya
sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan
persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara
kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik.
Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan
seterusnya. Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah mengadakan lawatan
sambil bermain ke Hong Kong dan Macao. Pasukan kita memenanagi semua
perlawanan persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki Macao pula telah
membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan.
Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita menumpaskan mereka.

Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala
Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah
Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada
tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Kejohanan hoki
pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini. Allahyarham Tun Abdul
Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) beliau menghadiahkan sebuah piala
sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak.
Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan galakan
serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan permainan
ini dinegara kita. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat
kebangsaan setiap tahun anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka
Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. MHF juga menguruskan perlawanan dan
pertandingan peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah

4
mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawanan ulangan pada tahun
1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan mengadakan perlawanan
persahabatan dengan pasukan kita.

Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita. Ini kerana
pada tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang
diadakan di Melbourne. Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang
mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam Piala Dunia.
Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana kita
menduduki tempat keempat.

Manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki tempat ketiga di belakang
India dan Pakistan menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam
Sukan SEA pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan kita.

Penekanan Permainan Hoki

Beberapa penekanan perlu diambil kira oleh seseorang jurulatih selaras dengan
matlamat dan objektif permainan untuk menghasilkan pemain-pemain yang berkaliber,
mantap, berwibawa, berpengetahuan dan seimbang dalam menguasai kemahiran
permainan dengan penerapan nilai-nilai murni. Ini merangkumi aspek-aspek :-
i.         penguasaan kemahiran
ii.       pengembangan pengetahuan
iii.      pembentukan moral

5
Permainan
Kawasan permainan

Kawasan permainan berbentuk empat segi bujur yang berukuran 90 meter


panjang dan 54 meter lebar dengan permukaan yang rata. Permainan hoki amat sesuai
dimainkan di atas padang ‘astroturf’ iaitu sejenis padang yang meggunakan rumput
tiruan. Padang ini digunakan kerana mempuyai permukaan yang rata. Terdapat lima
garisan utama di padang hoki iaitu:

 Garisan tepi

 Garisan gol

 Garisan tengah

 Garisan 22.9 m

 Garisan D

6
Saiz padang hoki

7
Saiz gol hoki

Pakaian dan peralatan

8
Semasa permainan hoki sedang dijalankan, pemain-pemain haruslah mematuhi
etika berpakaian. Setiap pemain dalam satu pasukan haruslah memakai jersi yang
seragam. Penjaga go pula mestilah memakai jersi yang warnanya berlainan daripada
rakan sepasukan. Ketika bermain hoki di padang rumput yang kering atau padang
rumput tiruan, pemain haruslah memilih tapak kasut yang mempuyai cengkaman yang
baik. Jika bermain di padang rmput yang basah, pemain boleh menggunakan kasut
yang mempunyai tapak yang berpaku seperti kasut bola sepak. Pemilihan kasut yang
sesuai perlu bagi mengelakkan pemain daripada mudah terjatuh dan seterusnya
mengakibatkan kecederaan. Pemain perlu memakai ‘pad’ pada kaki. Pada kaki ini
dipasang di dalam bahagian stoking panjang bagi melindungi tulang betis daripada
pukulan kayu ataupun pantulan bola. Bagi penjaga gol, mereka memerlukan
perlindungan keselamatan yang khusus seperti helmet dengan pelindung muka dan
pelindung dada. Selain itu, penjaga gol perlu memakai pelindung genital (kemaluan).

Kayu hoki

Pemilihan kayu hoki adalah berdasarkan dengan kesesuaian ketinggian dan


kekuatan pemain. Ini bertujan bagi memudahkan pemain untuk mengawal dan
mengendalikan bola dengan mudah dan selesa. Kayu hoki mempnyai pelbagai-bagai
berat dan saiz. Oleh itu, pemain mempunyai pilihan untuk memilih kayu yang sesuai.

Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-
undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu
yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk
pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki.

Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan
pemain dalam permainan. Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak
selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam permainan. Pada kebiasaannya
panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah
antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki.
Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan.

Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang
lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk
menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak
digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

9
Kebiasaannya,pemain pertahanan akan memilih kayu yang lebih berat supaya mudah
memukul bola dengan padu. Pemain penyerang pula akan memilih kayu yang lebih
ringan supaya memudahkan mereka menggelecek bola dan melakukan serangan.

Bola hoki

Bola hoki diperbuat daripada gabus yang berbalut dengan kulit dan bewarna
putih. Warna bola ini mudah pudar catnya dan akan menyebabkan bola ini menyerap
air. Oleh itu, permukaan ini harus dicat semula. Sebaik-baiknya gunakanlah bola plastik
kerana ia mudah dijaga dan tidak mudah diserapi air.

Permainan
Permainan hoki dimainkan oleh dua pasukan dalam satu perlawanan. Setiap
pasukan mengandungi 11 orang pemain dan tiga pemain simpanan. Lazimnya salah
seorang daripada pemain simpanan itu boleh bermain sebagai penjaga gol. Matlamat
utama permainan hoki ialah menjaringkan gol. Setiap orang pemain menggunakan
segala kemahiran dan kepakaran yang mereka ada untuk menjaringkan gol. Semua
pemain kecuali penjaga gol tidak dibenarkan menyepak, melontar atau menggunakan
mana-mana anggota badan untuk menggerakkan bola.

Tempoh permainan bagi satu permainan adalah antara 60 hingga 70 minit. Masa
permainan ini bergantung kepada peringkat umur pemain. Masa rehat akan diberikan
kepada pemain ketika separuh masa permainan. Setiap permainan akan diadili oleh
dua orang pengadil. Tugas-tugas pengadil ialah:

 Memulakan permainan

 Menentukan jaringan gol

 Memastikan peraturan permainan dipatuhi

 Menamatkan permainan

Setiap keputusan pengadil akan disertai dengan tiupan wisel dan isyarat tangan.

10
Memulakan permainan

Ketua pasukan akan menentukan kedudukan pasukannya atau memulakan


permainan. Hal ini ditentukan dengan lambungan duit syiling atau undian. Pasukan
yang menang undian boleh memilih untuk memulakan permainan atau memilih
kedudukan pasukannya. Permainan akan dimulakan di garisan tengah. Pasukan yang
memulakan permainan mestilah membuat tolakan bola dan pihak lawan tidak boleh
merampas bola sebelum pemain kedua yang memulakan permainan menerima bola.

Dalam permainan

Setiap pasukan akan berusaha untuk menjaringkan gol bagi mendapatkan mata.
Di samping itu juga, pemain-pemain haruslah menyekat pihak lawan daripada
menjaingkan gol dengan menggunakan teknik-teknik yang betul dan tidak menyalahi
undng-undang hoki. Semasa permainan berlangsung, setiap pemain tidak dibenarkan
memegang atau menahan bola dengan menggunakan kaki. Pukulan-pukulan yang
berbahaya juga adalah dilarang. Bola juga tidak boleh dipukul atau ditahan
menggunakan bahagian belakang kayu yang dikenali sebagai ‘backstick’. ‘Reverse
stick’ boleh digunakan untuk memukul bola ataupun menggelecek. Ketika menyerkap
bola tinggi, pemain tidak boleh mengangkat kayu melebihi paras bahu.

Jaringan gol

Pemain hanya dibenarkan menjaringkan gol ketika berada di dalam kawasan D


sahaja. Segala jaringan yang dibuat di luar kawasan D tidak akan dikira oleh pengadil.
Jaringan bleh dibuat dengan cara menolak, menguis atau memukul bola. Jaringan akan
dianggap sah oleh pengadil apabila bola melintasi garisan gol dan masuk ke gol lawan.
Bola yang tidak melintasi garisan gol tidak dikira gol. Jaringan boleh dilakukan berpunca
daripada gerakan serangan ataupun melalui pukulan sudut dekat atau pukulan sudut
jauh. Pukulan penalti dianggap sebagai cara menjaringkan gol yang mudah pemain
hanya perlu menguis bola untuk menewaskan penjaga gol dari jarak tujuh meter.

11
Peraturan hoki
Melakukan kesalahan

Pemain atau pasukan yang membuat kesalahan atau melanggar peraturan akan
dikenakan hukuman.

Pukulan percuma

Pukulan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan sekiranya pemain


melakukan kesalahan diluar kawasan D. Contohnya pemain menolak pasukan lawan.
Ketika mengambil pukulan percuma, pemain lawan perlu berada 5 meter daripada bola.
Pukulan percuma pada jarak 14.6 meter dari garisan gol diberi kepada pasukan yang
bertahan apabila bola dikeluarkan dari garisan gol oleh pasukan yang menyerang.

Pukulan sudut jarak dekat

Sebarang kesalahan yang dilakukan secara sengaja oleh salah seorang pemain
di kawasan D membolehkan pasukan lawannya memperoleh pukulan sudut jarak dekat.
Pukulan ini dilakukan dengan menolak bola yang diletakkan pada jarak sembilan meter
dari tiang gol. Pemain ini akan menolak bola ke arah rakannya yang berada di luar
kawasan D. Pemain yang menerima bola yang dipukul perlu menahan bola terlebih
dahulu sebelum memukul bola ke arah gol. Pemain-pemain lawan yang bertahan di
kawasan gol tidak boleh menerpa ke arah bola sebelum pemain tadi menolak bola.

Pukulan sudut

Bola yang dikeluarkan oleh pasukan bertahan di garisan gol akan memberikan
pukulan sudut kepada pasukan lawan. Pukulan sudut akan diambil oleh pemain lawan
dari penjuru padang di garisan gol. Pukulan ini boleh dilakukan dengan cara memukul
ataupun menolak bola.

Tolakan masuk

Apabila salah seorang pemain mengeluarkan bola dari garisan tepi padang,
tolakan masuk akan dilakukan oleh pemain lawan. Bola hendaklah diletakkan di atas
garisan tepi sebelum tolakan dibuat. Semasa tolakan dibuat,semua pemain perlu
berada 4.5 meter dari bola.

12
Pukulan penalti

Pukulan penalti akan diberikan oleh pasukan lawan sekiranya pasukan yang
bertahan membuat kesalahan yang berat di dalam kawasan D. Bola diletakkan pada
jarak 6.3 meter di hadapan pintu gol. Pukulan boleh dibuat dengan menceduk, menguis
atau menolak bola secara terus ke dalam gol. Tiada seorang pun daripada pemain-
pemain lain boleh berada di dalam kawasan penalti. Hanya pemain yang mengambil
pukulan dan penjaga gol sahaja yang boleh berada di dalam kawasan penalti.

Kemahiran Hoki
Permainan hoki mengutamakan kemahiran menggunakan kayu hoki dan
kepantasan berlari. Kemahiran asas dalam permainan hoki ialah:

 Menolak bola

 Menahan bola

 Menggelecek bola

 Memukul bola

 Merebut bola

 Menjaga gol

 Bermain secara berpasukan

Menolak bola

Kemahiran menolak bola adalah kemahiran asas dalam permainan hoki.


Kemahiran ini amat berguna ketika pemain melakukan hantaran, menjaring dan
membuat pkulan sudut dekat. Kemahian menolak membolehkan pemain mengawal
bola dengan baik. Bola yang dipukul tidak dapat dikawal dengan baik kerana kerana
kelajuan serta arahnya tidak menentu.

13
Cara memegang kayu ketika membuat tolakan adalah menyerupai perlakuan menahan
bola dan menggelecek. Caranya ialah:

1. Berdiri secara sisi dan bahu mengarah ke sasaran tolakan bola dan jarakkan
kaki dengan meletakkan kaki kiri di hadapan. Bola diletakkan di hadapan
antara kedua-dua belah kaki.

2. Tangan kiri memegang bahagian pangkal kayu manakala tangan kanan pula
memegang bahagian tengah kayu.

3. Hujung hadapan kayu hendaklah menyentuh bola dan badan serta lutut
dibengkokkan sedikit.

4. Gerakkan kayu dengan tangan kiri. Gunakan kekuatan pergelangan tangan


kanan untuk menolak kayu dan bola ke hadapan.

5. Pindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan ketika menolak
bola. Ini membolehkan tolakan dibuat dengan kuat dan bola akan dipukul
dengan jauh.

6. Selepas tolakan dibuat, pastikan kayu lajak ke arah bola.

Untuk melakukan tolakan yang betul dan tepat, bola hendaklah diberhentikan terlebih
dahulu dan mata hendaklah sentiasa memandang ke arah bola.

Menahan bola

Menahan bola dilakukan untuk mengawal bola. Bola yang ditahan dengan betul
membolehkan pemain bertindak sama ada untuk membuat hantaran, menggelecek
atau menjaringkan gol. Kemahiran ini selalunya bertujuan untuk menerima hantaran
dari rakan atau menahan bola yang dipukul oleh pihak lawan. Cara memegang kayu
semasa menahan bola adalah sama seperti memegang kayu semasa membuat
tolakan. Caranya ialah:

1. Apabila bola menuju ke arah pemain, gerakkan kaki kiri ke hadapan. Arahkan
bahagian hadapan kayu ke arah bola yang datang.

14
2. Bongkokkan badan apabila bola menghampiri dan condongkan kayu ke
hadapan dengan tangan kiri berada di hadapan tangan kanan.

3. Tangan kanan mengawal pergerakan kayu sama ada ke kiri atau ke kanan. Ia
bergantung kepada arah bola yang datang.

4. Sekiranya bola datang ke arah kanan, pastikan kaki kanan berada di


hadapan. Jika bola datang ke arah kiri, pastikan kaki kiri di hadapan.

Jika bola yang ditahan melantun, tahan semula bola itu dan teruskan permainan.
Gunakan tapak tangan untuk menahan bola yang datang pada ketinggian paras bahu
dan pastikan bola yang ditahan jatuh lurus secara lurus ke tanah.

Mengglecek bola

Menggelecek bola boleh dilakukan dengan berkesan sekiranya hujung kayu


sentiasa berada hampir dengan bola. Terdapat dua jenis gaya menggelecek. Gaya
India dan Gaya Inggeris. Menggelecek Gaya India selalu dilakukan apabila pemain
lawan menghampiri secara hadapan. Ini untuk mengelirukan pihak lawan dan
seterusnya mengelakkan bola daripada dirampas. Gaya Inggeris pula, pemain
menggerakkan bola di bahagian sisi kanan. Ini boleh menghalang bola daripada
dirampas oleh pihak lawan. Sebagai asas, sudah memadai dengan mempelajari Gaya
Inggeris. Tujuan menggelecek ialah untuk menewaskan pihak lawan dan
menyelamatkan bola daripada dirampas. Pemain tidak akan dapat membuat tolakan
atau pukulan dengan baik jika pemain lawan berada berhampiran. Apabila pemain
boleh mengelakkan pihak lawan dengan secara menggelecek, pemain mempunyai
ruang dan keadaan yang lebih baik untuk meneruskan permainan. Cara yang betul
untuk menggelecek ialah:

1. Pegang pangkal kayu dengan tangan kiri dan tangan kanan berada pada
paras ¾ panjang kayu.

2. Posisi badan tidak perlu terlalu bongkok.

3. Letakkan bola di sebelah kanan badan pada jarak yang sesuai. Ini kerana
bola yang terlalu dekat dengan badan boleh megganggu pergerakan dan bola
yang terlalu jauh dengan badan pula sukar untuk dikawal.

4. Gerakkan bola secara memukul dengan tidak terlalu kuat menggunakan


hujung kayu. Puulan ini dilakukan setiap kali hujung kayu menghampiri bola.

15
5. Ketika menggelecek, pemain tidak perlu mengejar bola. Pemain perlu
menyamakan kelajuan bola dengan kelajuan larian.

6. Ini membolehkan pemain berlari sambil membawa bola.

Memukul bola

Kemahiran memukul bola digunakan untuk menggerakkan bola dengan laju atau
jauh. Kemahiran ini amat penting untuk digunakan ketika menjaringkan gol,membuat
hantaran jauh atau mengeluarkan bola dari dalam kawasan D. Cara memukul yang
betul ialah:

1. Memegang kayu dengan kedua-dua tangan berada di pangkal kayu. Pastikan


tangan kanan berada di bawah tangan kiri.

2. Berdiri ke arah sisi dan bahu mengarah ke sasaran pukulan serta kedua-dua
belah kaki dijarakkan seluas bahu.

3. Letakkan bola di hadapah badan selari dengan kaki kiri. Jarak bola hendaklah
bersesuaian, tidak terlalu rapat dan tidak terlalu jauh dengan badan. Bola
yang terlalu rapat akan menyukarkan bola untuk di pukul dan bola yang jauh
akan menyebabkan bola tidak dapat dipukul dengan tepat.

4. Hayun kayu ke belakang tetapi hayunan itu hendaklah tidak melepasi paras
bahu. Pastikan berat kaki berada pada bahagian kaki belakang.

5. Hayun kayu ke arah bola dengan cepat dan daya hayunan adalah daripada
tangan kanan. Pada waktu yang sama, berat badan dipindahkan ke kaki
hadapan.

6. Arahkan lajak hayunan kayu ke sasaran pukulan dan lajak hayunan tidak
melepasi paras bahu.

Merebut bola

Untuk menguasai permainan atau menyerang, bola perlu direbut dari pemain lawan
yang menguasai bola serta bergerak ke arah kamu. Berikut ialah beberapa panduan
ketika hendak merebut bola:

16
1. Bola boleh direbut daripada pihak lawan dengan cara menerjah atau
menonjolkan kayu ke arah bola. Pemain dilarang sama sekali memukul kayu
pemain lawan ketika merebut bola.

2. Jika hendak merebut bola daripada belakang, pemain hendaklah melakukan


dari arah kanan pihak lawan. Lakukan terjahan dengan tangan kiri
menghayunkan kayu ke arah bola.

3. Jika merebut bola daripada hadapan, lakukan terjahan dengan kedua-dua


belah tangan memegang kayu dan memukul bola.

4. Tonjolan kayu ke arah bola dilakukan ketika hendak merebut bola dari arah
hadapan. Pangkal kayu hendaklah dipegang menggunakan tangan kanan.
Permukaan kayu yang rata hendaklah berada di atas. Kemudian bongkokkan
badan ke hadapan kemudian tonjolkan kayu ke arah bola.

Menjaga gol

Penjaga gol berperanan mengawal bola daripada memasuki gawang gol. Ini
dilakukan dengan menahan bola sama ada menggunakan kayu, tangan, badan atau
kaki. Selain itu penjaga gol juga boleh menyepak bola menggunakan kaki atau
memukul bola dengan kayu. Panduan ketika menjaga gol adalah:

1. Bola yang datang perlahan secara bergolek ditendang ke arah kiri atau kanan
padang.

2. Bola yang datang secara melayang perlulah ditahan terlebih dahulu dengan
badan atau kaki sebelum ditendang keluar ke sisi kawasan D.

3. Bola yang datang pada ketinggian melebihi paras bahu hendaklah ditahan
dengan tapak tangan yang terbuka. Pastikan bola itu jatuh secara lurus ke
tanah dan kemudian keluarkan bola itu dari kawasan D dengan sepakan atau
pukulan.

4. Jika bola datang terlalu jauh dari, rebahkan badan dan tahan bola
menggunakan kayu.

5. Bergerak ke hadapan apabila melihat penyerang masuk ke kawasan D.


Langkah ini boleh mengecilkan sudut pukulannya.

Kemahiran berpasukan

17
Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pemain apabila bermain
secara berpasukan.

1. Jika pasukan sendiri menguasai bola, cari ruang yang kosong supaya rakan
sepasukan boleh menghantar dengan mudah.

2. Jika kehilangan bola, cuba kawal pemain lawan untuk mendapatkan bola
semula.

3. Jika menguasai bola di kawasan D sendiri, pukul bola itu ke garisan tepi. Ini
dapat menyelamatkan gol daripada ditembusi oleh pihak lawan.

4. Cuba jaringkan gol jika berada di kawasan D.

5. Semasa bermain, pemain mestilah sentiasa berhubung dengan rakan-rakan


sendiri. Beritahu jika pemain lawan menghampiri.

Latihan
Menolak dan menahan bola

1. Lakukan latihan menolak dan menahan bola secara berpasangan.


Pelbagaikan jarak tolakan dan lakukan juga kemahiran menahan bola di
hadapan, kiri dan kanan.

2. Lakukan aktiviti menolak dan menahan bola dalam kumpulan. Tolak bola
bergilir-gilir kepada pemain yang berada di hadapan kumpulan. Pemain itu
akan menahan bola dan kemudian menolak semula bola.

3. Tandakan kawasan yang berukuran sepuluh meter panjang dan tiga meter
lebar. Tandakan kawasan yang berukuran tiga meter panjang untuk
menerima bola. Bola hendaklah ditolak dari luar petak. Pemain yang
menerima bola pula mesti menahan bola dalam petak menahan bola. Ulang
aktiviti ini.

4. Menolak bola ke arah tin dapat meningkatkan ketepatan arah tolakan jika
dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Bariskan lima tin kosongndi atas
garisan lurus dan jarak antara tin ialah 30 cm. Lakukan tolakan bola
sebanyak 10 kali dengan jarak lima meter.

18
5. Tandakan dua garisan panjang yang berjarak satu meter. Tolak bola antara
garisan tersebut dan catatkan jarak tolakan bola yang boleh dilakukan.

6. Letakkan dua tin kosong yang berjarak satu meter antara satu sama lain.

7. Lakukan tolakan bola pada jarak enam meter dari tin dan bola itu mesti
melalui ruang antara tin.

8. Lakukan tolakan bola di atas garisan D. Pacakkan beberapa batang kayu dan
buat tolakan dari tiga tempat. Cuba buat tolakan ke arah sasaran. Gunakan
tiga biji bola pada setiap tempat.

Meggelecek bola

1. Lakukan latihan mengelecek dengan berjalan, berjoging dan berlari. Pastikan


supaya kelajuan bola berpadanan dengan kelajuan larian.

2. Buat latihan mengelecek dan menghantar bola dengan rakan. Lakukan


latihan ini dengan berlari turu-naik di padang hoki. Hantaran boleh dibuat
secara pukulan atau tolakan.

3. Lakukan latihan mengelecek di tempat yang mempunyai halangan. Pemain


boleh gunakan tin, bangku, kon atau pagar lompat sebagai halangan. Di
bawah ini terdapat corak halangan yang boleh pemain cuba. Lakukan hatihan
ini secara berperingkat-peringkat.

4. Buat latihan mengelecek secara berganti-ganti antara dua atau lebih


pasukan. Letakkan empat kon yang berjarak sepuluh meter antara satu
dengan yang lain. Setiap pemain perlu mengelecek bola sejauh sepuluh
meter. Kemudian,berpusing balik ke arah rakan sepasukan.

Memukul bola

1. Buat latihan memukul dan menahan bola secara berpasangan. Cuba


pelbagaikan arah dan jarak pukulan.

2. Berdirilah di garisan tengah padang hoki. Lakukan aktiviti memukul bola ke


arah gol secara berpasangan. Lakukan pukulan ke arah gol pasangan
pemain. Pemain yang pertama menjaringkan gol dianggap sebagai
pemenang.

19
3. Golf-Hoki. Letakkan sebanyak 20 penanda di sekitar padang. Pemain boleh
gunakan tin,kon atau pancang sebagai penanda. Cuba buat pukulan supaya
bola bola menyentuh semua penanda. Kira jumlah pukulan yang pemain buat
untuk menamatkan 20 penanda. Pastikan bola yang dipukul mengenai
penanda sebelum memukul ke penanda yang berikutnya. Pemain juga boleh
melakukan tolakan dalam usaha memastikan bola menyentuh penanda.

4. Tandakan dua garisan yang berjarak satu meter antara satu sama lain. Buat
pukulan untuk membolehkan bola bergerak di antara dua garisan yang
pemain buat. Catatkan jarak pukulan yang diperoleh. Ukurlah jarak dari
tempat memukul bola dan tempat bola melintasi garisan. Buat cubaan
sebanyak tiga pukulan . Jumlahkan jarak pukulan bagi ketiga-tiga cubaan.

5. Aktiviti memukul bola dalam kawasan D. Pacakkan enam batang kayu di atas
garisan gol. Jarak antara pancang adalah sama. Buatpukulan di atas garisan
D dari enam tempat yang berlainan. Buat tiga percubaan pada setiap tempat.

Merebut bola

1. Lakukan latihan mengelecek dan merebut bola secara berpasangan. Seorang


pemain menggelecek, sementara seorang lagi cuba merebut bola. Jika bola
berjaya direbut , pemain akan bertukar kedudukan.

2. Buat aktiviti mengelecek dua lawan satu. Dua orang pemain cuba
menghindarkan seorang rakannya dari menguasai bola. Pemain yang berjaya
merebut bola akan menghadapi tentangan dari dua rakannya pula.

3. Tandakan kawasan berukuran 20 m X 20 m. Lakukan permainan hoki tiga


lawan tiga dalam kawasan ini. Pasukan yang menguasai bola cuba
menghindarkan pasukan lawan daripada merebut bola. Pasukan yang boleh
mengekalkan penguasaan bola selama tiga minit mendapat satu mata.

Menjaga gol

1. Latih tubi penjaga gol. Lakukan aktiviti tolakan dan pukulan bola dari garisan
D secara bergilir-gilir. Letakkan enam orang pemain di tempat yang berlainan
di sepanjang garisan D. Penjaga gol perlulah memastikan bola yang dipukul
tidak memasuki gol. Lakukan pukulan leret sahaja. Bola yang dipukul perlu
ditahan dengan kaki atau betis sebelum disepak.Bola yang ditampan
hendaklah disepak secara tolakan. Pastikan penjaga gol bersedia setiap kali
pukulan atau tolakan dilakukan.

20
Latihan kecergasan fizikal
Permainan hoki memerlukan semangat dan stamina yagng tinggi bagi setiap
pemain. Untuk bermain dengan berkesan, pemain hendaklah bergerak dengan pantas
ketika menyerang dan bertahan. Pemain perlu tangkas menukar arah ketika
menggelecek dan membawa bola. Kekuatan dan daya tahan otot diperlukan ketika
membuat pukulan dan mengejar bola. Membina kecergasan fizikal boleh membantu
pemain bermain hoki dengan lebih berkesan.

Latihan kelajuan

Kelajuan berlari amat penting kepada semua pemain hoki termasuk penjaga gol.
Pasukan-pasukan yang hebat kebanyakkannya mengutamakan kelajuan berlari.
Pemain boleh membina kelajuan dengan melalui beberapa cara:

1. Berlari mendaki bukit dengan pantas dalam jarak 50 meter beberapa kali
sebelum latihan.

2. Pemain hendaklah berlari pecut dalam jarak 50 hingga 100 meter. Lakukan
latihan ini berulang kali sekurang-kurangnya empat kali.

3. Berlari pantas sejauh 50 meter cambil mengheret tayar kereta yang diikat
pada pinggang.

4. Kejar bola yang digolekkan sejauh 30 meter. Lakukan enam hingga lapan kali
setiap latihan.

Latihan litar

Sebelum melakukan latihan litar, pemain perlu memilih aktiviti yang akan
dijalankan. Kemudian, tentukan cara aktiviti dijalankan sama ada berdasarkan tempat
perlakuan atau ulangan perakuan. Jika dilakukan dengan betul, latihan litar boleh
membina kekuatan dan daya tahan otot. Latihan ini juga memberi kesan kepada
ketangkasan dan koordinasi badan. Lakukan aktiviti dari satu aktiviti ke satu aktiviti
sehingga tamat. Latihan litar boleh dilakukan dengan aktiviti-aktiviti berikut:

Aktiviti 1: Lonjak dan Dekam

21
Cara :

 Berdiri dengan meletakkan kaki kiri di hadapan sedikit dan tangan kanan berada
di sisi. Kemudian bengkokkan sedikit badan seperti mendekam. Secara tiba-tiba
lonjakkan badan setinggi yang mungkin dan kembali ke kedudukan dekam
semula. Kali ini kaki kanan berada di hadapan sedikit.

 Ulang pergerakan sebanyak 10 kali.

Kesan:

 Kekuatan dan daya tahan otot kaki.

Aktiviti 2: Tekan Tubi

Cara:

 Meniarap dengan tangan diluruskan untuk menyokong badan. Luruskan badan


dan kaki, seterusnya bengkokkan siku sehingga dada hampir mencecah tanah.
Luruskan semula siku.

 Ulang pergerakan ini sebanyak enam hingga sembilan kali.

Kesan:

 Daya tahan dan kekuatan otot-otot bahu dan tangan.

Aktiviti 3: Burpee

Cara:

 Berdiri tegak dengan tangan berada di sisi. Rendahkan badan dengan


membengkokkan lutut hingga dalam kedudukan dekam. Letakkan kedua-dua
belah tangan ke tanah. Lunjurkan kedua-dua belah kaki lurus ke belakang
dengan serentak. Sokong berat badan pada lengan yang diluruskan dan
kemudian kembali ke kedudukan dekam dan bediri semula.

 Ulang pergerakan ini sebanyak enam hingga sepuluh kali.

Kesan:

 Daya tahan otot seluruh badan.

Aktiviti 4: Lentik Belakang

Cara:

22
hanMeniarap dengan jari tangan kanan memegang jari tangan kiri di bahagian
pinggang. Lentikkan badan perlahan-lahan seberapa tinggi yang boleh dan tahan
lentikan selama lima saat. Kemudian jatuhkan badan perlahan-lahan.

 Ulang aktiviti sebanyak tujuh hingga sepuluh kali.

Kesan:

 Daya tahan dan kekuatan otot bahagian pinggang dan sendi-sendi tulang
belakang.

Aktiviti 5: Angkat Badan

Cara:

 Baring dengan tangan berada di sisi badan dan angkat badan setinggi kira-kira 6
cm dari tanah. Tahan berat badan selama lima saat dan kemudian jatuhkan
badan.

 Ulang pergerakan ini beberapa kali.

Kesan:

 Daya tahan dan kekuatan otot-otot abdomen.

Aktiviti 6: Lari Ulang Alik

Cara:

 Tandakan empat garisan yang berjarak lima meter antara satu dengan yang lain.
Mulakan larian di tempat pertama dan kemudian berpatah balik ke garisan
permulaan. Berlari ke garisan kedua pula dan balik ke garisan permulaan.
Akhirnya, berlari ke garisan ketiga dan berpatah balik ke garisan permulaan.

Kesan:

 Ketangkasan dalam pergerakan.

Merentas Desa
Ketahanan bermain hoki ditentukan oleh daya tahan kardiovaskular atau stamina
pemain. Cara yang terbaik membina stamina ialah berlari dalam jangka masa yang

23
lama. Sebaik-baiknya latihan ini dibuat secara berkumpulan kerana ia boleh
menghindarkan kebosanan. Pilih laluan larian yang mempunyai pelbagai jenis bentuk
permukaan seperti jalan raya, jalan berbukit, denai dan sebagainya.

Pada peringkat awal, mulakan latihan dalam jangka masa 20 minit. Ini bermakna
pemain perlu berlari tanpa henti selama 20 minit. Tingkatkan tempoh latihan dari
semasa ke semasa dan pastikan pemain melakukan aktiviti memanaskan badan
sebelum latihan ini. ‘Cooling Down’ perlu dilakukan di akhir aktiviti.

LAMPIRAN

24
BIBLIOGRAFI

http://portal.kmpp.matrix.edu.my/mod/book/view.php?id=5016&chapterid=600 dilayari
pada (11 Februari 2009)

http://www.ehoza.com/v4/forum/info-sukan/9824-sejarah-permainan-hoki-di-
malaysia.html dilayari pada (24 Februari 2009 )

http://www.worldhockey.com dilayari pada (24 Februari 2009)

http://www.google.com/fih dilayari pada (25 Februari 2009)

25

You might also like