You are on page 1of 1

Rangka Karangan

a. Pendahuluan – isu Semasa (isu/hala tuju)


b. Isi – mengapa/bagaimana
- langkah membanteras

c. Penutup- kesimpulan

Belakangan ini, kegiatan cetak rompak sering menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat di
negara ini. Kegiatan ini dilakukan di merata-rata tempat dan pastinya mendatangkan banyak kesan
negatif kepada ekonomi negara.

Pelbagai jenis vcd cetak rompak terdapat di pasaran gelap masa kini. Bukan itu sahaja, perisian
komputer juga boleh dicetak rompak.Hal ini berlaku demikian kerana peniaga haram ini dapat menjual
cakera padat yang dicetak rompak dengan harga yang amat murah tetapi memperoleh keuntungan yang
berlipat ganda.

Pihak berkuasa perlulah menggiatkan serbuan ke premis-premis yang menjual cakera padat haram ini.
Tamsilnya, pihak berkuasa perlulah mengadakan pemeriksaan mengejut ke premis-premis yang
berkenaan. Impaknya, penggiat cetak rompak akan berfikir dua kali sebelum menjualnya.

Natijahnya, semua pihak hendaklah bekerjasama bagi mengatasi kegiatan cetak rompak ini. Caranya
adalah dengan membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan ini daripada terus berleluasa.

125 patah perkataan

You might also like