You are on page 1of 31

Pengkaji : Mohd Faizul Hafiz Bin A.

Razak
No. KPT : 800607-14-5413
No. Matriks : M20101000022

Tajuk : Pemikiran Orang Melayu dalam Seloka

Fokus Kajian : Mengaitkan tema dan persoalan dalam seloka dengan pemikiran
orang Melayu melalui aplikasi Teori Strukturalisme.

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.0. Pengenalan

Kesusasteraan tidak dapat dipisahkan daripada manusia. Sastera adalah cerminan

masyarakat dan nilai kemanusiaan. Permasalahan manusia menjadi intipati utama dalam

penghasilan kesusasteraan. Kesusasteraan dianggap sebagai satu ekspresi hidup iaitu

ekspresi yang penting tentang kemanusiaan yang digunakan sebagai alat untuk

menyempurnakan kehidupan manusia. Kesusasteraan Melayu adalah bertonggakkan

kemanusiaan dalam segala dimensinya. Kesusasteraan Melayu tidak lain daripada bicara

tentang manusia. Dan berbicara tentang manusia bererti berbicara tentang seluruh

kehidupan lahiriah dan batiniahnya. Ertinya, karya sastera merupakan cerminan nilai-nilai

kemanusiaan yang dihasilkan oleh manusia sastera Melayu tradisional seperti pantun,

syair, gurindam, seloka dan cerita rakyat telah memulakan tradisi didikan serta penerapan

nilai-nilai kemanusiaan kepada masyarakat.


1
Kesusasteraan Melayu merupakan salah satu bidang ilmu yang sangat penting.

Dalam bidang kesusasteraan ia terdiri daripada beberapa genre. Puisi Melayu dalam

pelbagai genre yang diwarisi oleh masyarakat Melayu hari ini tidak terhitung banyaknya.

1
Abdul Halim Ali, 2006 : 1
Warisan ini merupakan pusaka bangsa Melayu yang mengandungi nilai peradaban yang

sangat tinggi, unik dan sangat luar biasa.

Keanekaragaman genre dan bentuknya pula memberi gambaran bahawa,

masyarakat Melayu zaman silam hidup dengan latar kehidupan yang sangat harmonis,

rukun dan beretika. Penghasilan puisi tradisional seloka berkait rapat dengan bahasa dan

mempunyai mesej yang berunsur sindiran. Bahasa merupakan wadah yang digunakan

untuk menyampaikan mesej dalam seloka tersebut. Oleh itu penggunaan bahasa yang

indah mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui mesej yang ingin disampaikan.
2
Kelahiran puisi yang bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan jenis

puisi dari luar telah memperkaya puisi Melayu hingga berjumlah lebih kurang 20 jenis

puisi. Puisi-puisi ini dapat dibicarakan satu per satu secara seturut sebagaimana tersusun

tadi. Namun, daripada segi pendekatannya, lebih jelas jika dikategorikan terlebih dahulu,

kerana antara jenis-jenis puisi tersebut terdapat dalam bentuk yang sama. Kefahaman yang

jelas dapat diberikan kepada semua sekiranya puisi-puisi ini dikelompokkan khususnya

untuk melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan.

Terdapat dua kategori puisi dalam bahasa Melayu iaitu puisi terikat dan puisi

bebas. Puisi Melayu asli di bawah puisi terikat terbahagi kepada dua iaitu pantun dan

gurindam. Memang tidak dapat dipertikaikan lagibahawa pantun adalah satu-satunya puisi

Melayu tradsional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat

yang dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal-usul istilah pantun. Antaranya

ialah Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad ( Za’ba ),

Wilkinson,Winstedt dan Van Ophuijsen. Walaupun berbeza dari segi sebutan, tetapi

semuanya dimaksudkan kepada susunan kata yang teratur.


2
Majlis Peperiksaan Malaysia, 2000:xxi
3
…Pantun dalam bahasa Sunda ialah toen, tuntun pula
dalam bahasa Pampanga dan bahasa Jawa. Tonton dalam
bahasa Tagalog, atuntun, matuntun dalam bahasa Jawa dan
pantun dalam bahasa Toba…
4
Istilah gurindam pula ada yang mengatakan berasal daripada bahasa Sanskrit dan

masuk ke bahasa Melayu menerusi bahasa Tamil, tetapi pengisiannya tidak menurut puisi

Sanskrit atau Tamil. Ia merupakan pinjaman daripada segi istilah sahaja. Penggunaan

istilah gurindam dalam cerita rakyat Melayu tidak merujuk kepada sesuatu bentuk puisi

khusus. Ia memberi erti sebagai puisi secara umum.


5
Istilah puisi bebas diguna secara jelas menggantikan istilah bahasa berirama bagi

jenis puisi yang tergolong di bawah bentuk puisi bebas, kerana istilah bahasa berirama

boleh digolongkan dengan segala jenis puisi di bawahnya. Penggunaan istilah puisi bebas

membuktikan bahawa perkembangan puisi Melayu moden yang dianggap bebas itu

sebenarnya bukan bebas daripada pengaruh Barat sepenuhnya, melainkan lanjutan

daripada tradisi puisi bebas yang sedia ada dalam perpuisian Melayu tradisional.
6
Sebahagian besar puisi Melayu adalah berbentuk bebas. Di bawah kategori puisi

bebas ini terdapat seloka, teromba, talibun, mantera dan peribahasa berangkap. Walaupun

berlainan jenis terdapat beberapa ciri-ciri persamaan daripada segi bentuknya. Kesemua

puisi ini tidak terikat dengan rangkap yang tetap, tidak ditentukan daripada segi jumlah

baris, perkataan dan suku kata dalam setiap baris, namun wujud dalamnya unsur-unsur

aliterasi, asonansi dan rentak serta iramanya yang indah lagi menarik sebagai puisi.

Kehadiran puisi-puisi Melayu tradisional ini bukan sahaja menunjukkan 7rakaman

kelembutan berkomunikasi, hubungan sesama jiran tetangga, kemanisan mendidik anak


3
Majlis Peperiksaan Malaysia, 2000:xxv
4
Majlis Peperiksaan Malaysia, 2000:xxv
5
Majlis Peperiksaan Malaysia, 2000:xxiii
6
Majlis Peperiksaan Malaysia, 2000:xxvi
7
Abdul Halim Ali, 2006:1
dan apa sahaja yang melatari kehidupan mereka dapat dikesani dan ditelusuri dengan

penuh bermakna di dalam puisi-puisi tersebut. Citra masyarakat Melayu yang tinggi nilai

moral, menghargai budi, menyanjung pemimpin dan halus dalam teguran dapat dikesani

dalam puisi-puisi Melayu tradisional. Dengan sifatnya yang begitu, menjadikan semua

puisi Melayu tradisional itu sebagai sastera warisan dan dengan cepat memesrai

masyarakat Melayu dengan masyarakat lain hari ini tanpa mengira batas budaya dan

peringkat usia.
8
… puisi-puisi tetap utuh melandasi kaedah pendidikan baik
peringkat awal kanak-kanak hinggalah mendirikan rumah tangga
serta hal-hal keagamaan, kenduri kendara dan kematian. Segala-
galanya mengungkap corak dan bentuk pemikiran dan falsafah
hidup mereka yang tinggi nilainya dan mengandung makna yang
dalam….

1.2. PERNYATAAN MASALAH

Era globalisasi menjanjikan dunia semakin canggih dengan kepesatan sains dan

teknologi. Kesungguhan dalam mengejar kemajuan zaman, dunia sastera semakin

dilupakan dan ada yang menganggap dunia sastera sebagai dunia yang tidak bernilai.

Kehidupan masyarakat kini yang semakin didasari oleh kepesatan dunia sains dan

teknologi menjadikan masyarakat semakin kurang untuk menggemari karya-karya sastera

yang menjadi pemangkin dalam pembentukkan sahsiah diri seseorang individu.

Kemajuan dalam bidang teknologi telah menggelamkan ingatan masyarakat

tentang kepentingan dunia sastera terutamanya genre puisi Melayu tradisional yang

adanya unsur-unsur nilai dan pemikiran yang boleh dijadikan sebagai teladan dan

sempadan.

8
Abdul Halim Ali, 2006:1
Kajian pemikiran orang Melayu dalam seloka tidak pernah diteliti dan dikaji. Hal

ini demikian kerana kebanyakan pembaca dan pengkritik sastera hanya menganggap

seloka digunakan untuk sindiran dan memperlekeh seseorang secara halus. Malahan

daripada seloka-seloka yang dikumpulkan jelas mempunyai pemikiran-pemikiran yang

mencetuskan kebenaran untuk direnungkan bersama-sama.

Pembaca yang adakala hanya tersenyum apabila mendengar atau membacanya,

Seloka yang jelas mengandung isi tersirat boleh mendidik para pembaca apabila

menghayati seloka tersebut. Hal ini disebabkan oleh masyarakat pada hari ini menganggap

bahawa bidang sastera tiada nilai komersial jika dibandingkan dengan bidang-bidang yang

lain. Keadaan ini turut mempengaruhi generasi muda zaman sekarang.

1.3. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai objektif yang tersendiri. Antaranya ialah :-

i. menghuraikan definisi seloka.

ii. menghuraikan tema dan persoalan dalam seloka terpilih.

iii. menghuraikan kaitan pemikiran orang Melayu dengan tema dan persoalan.

1.4. KAEDAH KAJIAN

Dalam memastikan kajian yang dibuat oleh pengkaji berjalan dengan lancar,

pengkaji telah menggunakan kaedah utama iaitu kaedah keperpustakaan. Antara

perpustakaan yang dikunjungi ialah Perpustakaan Tuanku Bainun Universiti Pendidikan

Sultan Idris, Perpustakaan Awam Hilir Perak dan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan
Darul Naim. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan bagi

menyiapkan kajian tentang pemikiran orang Melayu dalam seloka.

Selain kaedah keperpustakaan, kaedah kedua yang digunakan ialah melayari

internet. Kaedah ini digunakan juga untuk mencari bahan-bahan rujukan tambahan bagi

menyiapkan kajian tersebut. Antara laman sesawang yang sering dilayari ialah

http://teorisastera.blogpot.com, http://www.scribd.com.my, dan http://ms.wikipedia.org.

1.5. BATASAN KAJIAN

Kajian ini telah membataskan kepada himpunan seloka yang disenaraikan seperti

yang di bawah :

i. Seloka Pak Kaduk

ii. Seloka Mak Si Randang

iii. Seloka Pak Pandir

iv. Seloka Kisah Pak Pandir

v. Seloka Sifat Pak Pandir

vi. Seloka Si Luncai

vii. Seloka Pak Balung-Ayam Tambatan

viii. Seloka Kehilangan Adat Melayu

ix. Seloka Lebai Malang

1.6. KEPENTINGAN KAJIAN


Sememangnya, setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingan yang

tersendiri. Kajian yang dilakukan akan memberi kepentingan kepada pengkaji, dunia

pendidikan, bidang kesusasteraan Melayu terutamanya bidang puisi Melayu tradisional

dan masyarakat.

Kajian yang dilakukan terhadap himpunan seloka amat penting. Ini kerana

sesetengah masyarakat menganggap seloka sebagai medium sindiran secara halus tetapi

seloka juga boleh dijadikan medium pengajaran kepada masyarakat sekiranya dikaji dari

aspek tema dan persoalan seloka.

Kajian terhadap himpunan seloka amat penting kerana kajian ini merupakan kajian

sulung. Hal ini demikian kerana kajian tentang pemikiran orang Melayu dalam seloka

belum dilakukan. Justeru, pengkaji berasa ia amat penting dan hasil kajian tentang

himpunan seloka perlu diperhebah dan dijadikan bahan rujukan untuk semua pembaca.

Kajian terhadap himpunan seloka berkepentingan kerana selama ini seloka

dijadikan sebagai medium sindiran sahaja dan sekarang pengkaji ingin membuktikan

bahawa seloka juga turut diselitkan mesej dan pemikiran orang Melayu dalam

memberikan kritikan dan teguran secara halus.

Selain itu, kepentingan kajian terhadap seloka sebagai satu tanda minat yang

mendalam untuk mengekploitasi puisi Melayu tradisional ke arah menyampaikan

pemikiran orang Melayu lama kepada masyarakat setempat. Ini mendorong generasi

mendatang mengenali seloka dan sekaligus menjadikan seloka sebagai satu medan untuk

dijadikan panduan hidup seharian.


1.7. DEFINISI OPERASIONAL

Terdapat dua konsep yang perlu difahami dalam kajian ini. Ia bertujuan untuk

memudahkan pembaca untuk memahami maksud sesuatu konsep tersebut dengan lebih

mendalam. Konsep-konsepnya adalah seperti yang berikut :

i. Pemikiran

ii. Seloka

1.7.1. Konsep Pemikiran


9
Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan

penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan

menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi

yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.


10
Pemikiran merupakan suatu proses membina ilmu dan kefahaman yang

melibatkan aktiviti mental murid-murid, merupakan satu aktiviti mental dalam proses

penyelesaian masalah. yang mana merupakan keupayaan otak dalam pelbagai kemahiran

berfikiran.
11
Pemikiran ialah satu proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan

aktiviti mental dalam otak manusia. Pemikiran juga melibatkan satu proses mencari

makna serta usaha mencapai keputusan yang wajar.

9
http://gurufikir.blogspot.com
10
http://jacs-inspiration.blogspot.com/2009/08/konsep-pemikiran.html
11
http://www.scribd.com/doc/25161947/Definisi-Pemikiran
12
Pemikiran adalah satu proses mental bagi memperoleh pengetahuan dan

pemahaman dengan tujuan menyelesaikan masalah. Ia melibatkan penerimaan dan

pemahaman rangsangan dalaman dan luaran, pembentukan konsep, pentafsiran, dan

penghasilan gerak balas yang sesuai.

1.7.2. Seloka
13
Menurut Harun Mat Piah, seloka berasal daripada kata sloka dalam bahasa

Sanskrit. Menurutnya, seloka mengandungi 16 suku kata dan berbentuk bebas. Ghazali

Dunia menjelaskan 14seloka asal terdapat dalam Epik Mahabhrata yang memuatkan 100

000 seloka dan Epik Ramayana yang mengandungi lebih kurang 24 000 seloka.

Walaubagaimanapun, seloka Melayu tidak sama dengan seloka yang terdapat dalam

kedua-dua epik tersebut.

R.J Wilkinson menjelaskan 15seloka sebagai ucapan yang mengandungi sindirian

dalam bentuk yang tidak tetap rimanya.


16
C.Hooykas pula menjelaskan seloka dalam konteks masyarakat Melayu ialah

suatu puisi yang mengandungi empat baris dalam satu rangkap dengan empat jumlah

perkataan dengan lapan hingga 11 suku kata. Seloka mengandung unsur sindiran yang

bersifat jenaka mahupun serius dan mungkin juga mengandung unsur-unsur lain seperti

perasaan-perasaan asyik, berahi, khayal dan mimpi. seloka adalah pantun yang memakai

rima yang sama seperti syair.

Candu dibungkus kain palas,


12
http://www.scribd.com/doc/14585387/Pemikiran-Dan-Gaya-Pembelajaran
13
Abdul Halim Ali, 2006:40
14
Abdul Halim Ali, 2006:40
15
Abdul Halim Ali, 2006:40
16
Abdul Halim Ali, 2006:40-41
Makan dia mata bilas,
Mandi segan kerja malas,
Harta orang hendak digalas.
17
Perkataan seloka berasal daripada bahasa Sanskrit, shola atau anustubh yang

memberi makna suatu bentuk puisi yang terdiri daripada dua baris ( dua kerat, dua

hemistichs ), tiap-tiap satunya mengandungi 16 suku kata, tersusun dalam empat unit; unit

yang terakhir selalunya berbentuk diambus sementara unit-unit yang lain dalam bentuk-

bentuk yang digemari, dari susunan suku-suku kata panjang dan pendek ( guru dan lagu ).

Misalnya, ikatan yang standard pada sebuah seloka, yang terdiri daripada lapan suku kata

dalam suatu pada suku kata yang keenam selalunya panjang, yang kelimanya pendek dan

yang ketujuh, pendek.


18
Menurut Simorangkir Simandjuntak berpendapat seloka adalah bidalan atau

pepatah yang diberi bersampiran, tegasnya dalam bentuk pantun empat baris.

Anak agam jual sutera,


Jual di Renggat tengah pekan,
Jangan digengam seperti bara,
Terasa hangat dilepaskan.

19
Zuber Usman pula berpendapat seloka hampir sama dengan gurindam, tetapi

seloka yang dipentingkan ialah kelucunanya.

Malang celaka Raja Genggang,


Tuak terbeli tunjang hilang.
Gigi tanggal rawan pun musnah,
Awak tua gadis bermusim.

17
Noremawati Binti Ajis, 2009:24
18
Noremawati Binti Ajis, 2009:25
19
Noremawati Binti Ajis, 2009:25
20
Amir Hamzah mengatakan seloka ialah pantun yang mempunyai perkataan erti

antara sampiran dan maksudnya.

Jalan-jalan sepanjang jalan,


Singgah-menyinggah di pagar orang,
Puru-pura mencari ayam,
Ekor mata di anak orang.
21
Za’ba yang memberikan huraian dan contoh-contoh yang banyak mengenai

seloka dan gurindam, mengatakan seloka adalah sejenis karangan yang lebih kurang sama

seperti gurindam; sebab itu kebanyakan sifat-sifat gurindam ada kepadanya. Menurutnya

lagi, seloka mempunyai unsur kelakar, mengeli hati, gurau senda, giat, ejek, dan terkadang

perasaan nyanyi, asyik berahi, hiba rawan, khayal dan mimpi.

Maka baginda pun mengejutkan tuan


Puteri sambil berulit :

‘adinda tua. Bangunlah tangkai hati


Abang dan penglipur lara kekanda, urat
rambut batu kepala abang’- serta
Beberapa cumbu yang memperbaharui kasih
dan memulihkan mesra. Maka tuan puteri
pun bangunlah sambil memalis seumpama
Bunga cempaka kembang pagi lemah lembut
dalam taman puspa sari adanya.
22
Dalam bahasa Jawa, seloka disamakan dengan peribahasa.

Rindik asu digitik


Kutik marani sunduk
Keno kebotan sungu

Maksudnya :

Lari seperti anjing dipukul


Gabus mendapat tusuk
Kerbau keberatan tanduk

20
Noremawati Binti Ajis, 2009:26
21
Noremawati Binti Ajis, 2009:26
22
Noremawati Binti Ajis, 2009:26
1.8. SOALAN-SOALAN KAJIAN

Kajian ini akan menjawab semua soalan yang dikemukakan iaitu :

i. Adakah benarnya seloka hanya digunakan untuk sindiran dan kritikan

sahaja ?.

ii. Bagaimanakah seloka mampu membuktikan bahawa ia mempunyai

pemikiran yang mendalam selain daripada sindiran dan kritikan ?.

iii. Adakah tema dan persoalan dalam seloka mengandung unsur-unsur

pemikiran orang Melayu dalam meluahkan perasaan secara halus ?.


BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

Hakikatnya, kajian literatur pemikiran orang Melayu dalam seloka masih belum

dikaji dan diperjelas dengan terperinci. Kebanyakan para sarjana kesusasteraan Melayu

telah membuat kajian tentang pemikiran orang Melayu dalam pantun dan syair.

Kajian literatur yang pertama, 23Dr. Zurinah Hassan, Dr. Salinah binti Ja’afar, Dr.

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali daripada Akademi Pengajian Melayu Universiti

Malaya.

Mereka telah menjelaskan Pemikiran dalam pantun merupakan satu khazanah

bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu.

Penyusunan pantun yang diolah dengan rapi dan disusun indah mengandungi seribu satu

maksud yang amat mendalam, yang menjadi wadah dalam menyampaikan nasihat,

sindiran, gurauan dan luahan perasaan. Setiap lagu dan ungkapan yang digunakan bukan

sahaja memperlihatkan irama yang indah, tetapi juga disusun denngan begitu teliti agar

pemilihan perkataan yang digunakan dapat membayangkan corak pemikiran yang kritis.

Masyarakat Melayu yang amat terkenal dengan budi bahasa dan budaya ketimuran yang

mementingkan air muka dan adab sopan telah menjadikan pantun sebagai alat kritik sosial

yang amat berkesan.

Mereka menjelaskan lagi, Penggunaan pantun sebagai satu alat kritik sosial

mencerminkan satu bentuk ketekalan minda yang dimiliki oleh masyarakat Melayu yang

tidak mungkin ditelan zaman. Berikutan daripada itu, mereka telah membangkitkan

persoalan iaitu bagaimana pantun digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai alat kritik

sosial yang digunakan dari dahulu hingga sekarang.

23
http://galusbm.blogspot.com/2009/01/kritik-sosial-dalam-pantun-melayu.html
Pantun bukan sahaja hidup dalam majalah ilmiah sahaja, seperti Dewan Budaya,

Dewan Sastera dan Pelita Bahasa malah dalam majalah-majalah jenaka dan komik seperti

Ujang dan Din Lawak. Pantun juga menjadi media iklan. Mereka menjelaskan melihat

kepada keadaan ini, kita tidak bimbang tentang survival pantun. Ia bukan hanya survive

tetapi berkembang mekar. Walau bagaimanapun hal yang membimbangkan ialah tentang

penghayatan pantun. Masyarakat mengucapkan pantun tetapi kurang menghayati maksud

dan kata-kata yang digunakan menyebabkan nilai, maksud dan falsafah yang tinggi itu

tidak dikenali oleh masyarakat.

Masyarakat Melayu amat mementingkan keharmonian ketika berkomunikasi

antara satu sama lain. Pada satu ketika dahulu, pantun menjadi bahasa basahan yang

digunakan sebagai alat komunikasi yang bertujuan menjaga air muka pendengar atau

orang yang dilawan bercakap. Melalui pantun, masyarakat Melayu berkias mengenai

sesuatu secara halus dan teliti agar setiap perkara yang ingin disampaikan akan diterima

dengan baik oleh seseorang. Oleh sebab itu, melodi dan pemilihan perkataan dalam

pantun dibuat dengan begitu teliti.

Ini memperlihatkan bentuk pemikiran masyarakat Melayu yang sentiasa peka

terhadap alam sekeliling dan menjadikan pantun sebagai satu lambang ketekalan minda

yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.

Kehebatan dan ketepatan pantun sebagai satu alat kritik sosial yang digunakan

oleh masyarakat Melayu menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai daya

pemikiran yang begitu halus dan kreatif. Seperti mana Laksamana Hang Tuah pernah

berkata tak Melayu hilang di dunia, pantun juga harus dipelihara agar terus hidup dan

diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu hari ini.


Pantun dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu

kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan

disampaikan secara berlapik dan berkias, sesetengahnya dalam nada bergurau.

Melalui pantun terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak

mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan dalam

pantun adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Seperti

kebanyakan karya Melayu tradisi, kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar.

Namun daripada pantun yang kita warisi, terbukti bahawa pengarang pantun adalah

pemikir yang amat tajam pemerhatiannya terhadap alam dan masyarakat di sekeliling.

Mereka peka terhadap segala yang berlaku lalu menyampaikan teguran dan kritikan untuk

membawa kebaikan.

Pengarang pantun menggunakan perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan,

metafora, simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam. Imej-imej alam ini perlu

ditafsir untuk mengetahui maksud sebenar pantun. Sesuai dengan ruang dan masa

seminar, kertas ini akan membincangkan kritik sosial dalam pantun Melayu dengan

menumpukan kepada aspek percintaan, etika dan masyarakat, serta sifat buruk manusia

yang sering dialami dalam hidup manusia.

Kajian literatur ini juga, menjulangkan pemikiran dalam pantun juga ada

melibatkan dalam soal percintaan. Sebahagian besar pantun yang terdapat dalam bahasa

Melayu ialah pantun percintaan. Percintaan merupakan salah satu hubungan yang terjalin

sesama manusia. Pantun-pantun yang dibicarakan berupa teguran atau kritik tentang

tingkah laku manusia yang menyebabkan hubungan percintaan tidak berjalan dengan baik.
Pantun yang dipopularkan melalui lagu Gurindam Jiwa nyanyian Rafeah Buang

dan R.Ismail dan dipetik daripada filem yang juga berjudul Gurindam Jiwa lakonan

Nordin Ahmad dan Latifah Omar.

Pantun dalam lagu ini membayangkan suasana percintaan atau hubungan yang

masih erat. Namun begitu si kekasih berpesan kepada pasangannya supaya ‘ intai kami

antara nampak ’ supaya ‘ esok jangan rindu-rinduan ’. Dengan pesanan ini si kekasih

sebenarnya memberi peringatan supaya pasangannya selalu mengintai, dalam erti kata

selalu menjengok dan melihat keadaannya. Ini juga membawa maksud mengambil berat

untuk memastikan orang yang dijenguk atau diintai itu masih ada ditempatnya dan berada

dalam keadaan yang baik.

Dalam konteks perhubungan percintaan, pantun membawa pesanan supaya jangan

sesekali mengambil ringan dan jangan mengamalkan sikap take for granted bahawa

hubungan yang sedang berjalan dengan baik itu akan terus kekal baik. Hubungan kasih

mesti dijaga dengan sewajarnya. Jangan sampai si kekasih merajuk dan merasa dirinya

tidak dipedulikan. Jika si kekasih pergi membawa diri maka jangan sampai ia dirindu

dibiarkan belalu pergi baru nak menyesal baru nak cari. Jangan take for granted.

Hal ini adalah penting demi menjaga hubungan kasih sayang.

Pembayang pantun menggambarkan keadaan alam iaitu padi dalam keadaan antara masak,

Padi baru mula masak dan ada antaranya yang belum masak. Dalam keadaan inilah petani

mesti bersedia untuk menuai padinya kerana jika ditunggu ada padi yang akan layu dan

tidak sempat dituai. Padi mesti dituai semasa antara masak, iaitu dalam keadaan antara

masak dan tidak masak. Jangan biar atau tunggu kerana esok padi akan masak. Jika

ditunggu sehingga semuanya masak, kemungkinan tidak sempat mengetam atau menuai.
Sebahagiannya akan layu ditangkai. Dari segi falsafahnya pantun ini memberi penekanan

kepada faktor masa dan peluang. Sesuatu yang berharga ( iaitu hubungan percintaan )

mestilah dihargai sebelum ianya hilang atau sebelum terlambat.

Pantun ini memberi nasihat supaya berhati-hati dengan kata-kata. Hubungan

percintaan juga boleh terjejas akibat salah seorang tidak pandai mengawal kata-kata. Salah

satu kesilapan yang diakukan oleh pasangan bercinta ialah tidak berhati-hati dengan kata-

kata. Apa yang dilafazkan mungkin menggores perasaan pasangannya. Secara amnya

seseorang tidak sepatutnya berkata sesedap hati tanpa menimbang akibatnya kepada orang

yang mendengar,apatah lagi bila berkata-kata dengan orang yang sentiasa mengharapkan

kasih sayang. Hati mudah terluka lebih-lebih ketika dilamun cinta dan mengharapkan

kekasih akan membelai dengan kata-kata yang manis.

Pembayang maksud menyentuh dua perkara yang berbeza. Seorang mengetam

padi pulut, seorang mengetam padi Jawi. Dari sini membayangkan bahawa perbezaan

adalah perkara biasa. Hal ini mudah membawa kepada perbezaan pendapat atau

perselisihan faham. Perbezaan ini juga seharusnya membuat kita sentiasa berhati-hati dan

bersedia untuk memahami orang lain. Mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan juga

merupakan suatu penderaan.

Penderaan tidak hanya terhad kepada penderaan fizikal, tetapi juga penderaan

psikologi iaitu menyakitkan seseorang dengan kata-kata. Dengan kata-kata merupakan

penderaan psikologi, bukan fizikal. Menyebabkan orang yang mendengar berasa sakit.
Pantun yang terkenal bila ia dinyanyikan dalam lagu Pandang-pandang Jeling-

jeling nyanyian Tan Sri S.M.Salim dengan Dato’ Siti Nurhaliza.

Pantun ini adalah teguran terhadap orang yang mementingkan kecantikan fizikal

sedangkan kebahagiaan tidak terjamin dengan rupa paras yang cantik semata-mata. Oleh

itu janganlah terlalu memuji sutera kerana kecantikan dan kehalusannya ataupun

menghina belacu kerana kekasarannya walhal di dalam keadaan sehari-hari belacu lebih

berguna dan dipakai sebagai kain basahan dan untuk bekerja. Hal ini dapat dikaitkan

dengan falsafah keindahan dalam Islam. Islam menekankan kepada pentingnya sesuatu

yang indah dan yang bermanfaat. Keindahan dalam Islam bukan semata-mata diukur dari

segi fizikal atau rupa paras. Keindahan merangkumi kecantikan fizikal dan nilai yang baik

dan positif. Sesuatu yang dipandang indah mestilah juga mempunyai nilai gunaan, iaitu

dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Misalnya mutu sesebuah karya sastera atau

karya seni yang lain diukur dari nilai-nilai yang dituntut oleh Islam, iaitu yang bercirikan

kebenaran, kebaikan dan keindahan. Selaras dengan ajaran Islam seperti yang dihuraikan

di atas, pantun Melayu juga menasihatkan agar berhati-hati memilih kekasih atau

pasangan hidup. Janganlah hanya memberi perhatian kepada rupa paras kerana kecantikan

mungkin hanya sifat luaran semata-mata.

Seseorang dinasihati supaya jangan memilih bunga yang cantik tetapi tidak bau

wangi. Dia sepatutnya memilih bunga yang harum. Di dalam puisi Melayu bunga yang

harum dikaitkan dengan nama yang harum atau nama yang baik. Bunga yang cantik tetapi

tidak berbau adalah rendah nilainya seperti yang terungkap dalam pantun. Kecantikan

tidak dapat menjamin kebahagiaan sekiranya hanya luaran sahaja yang cantik, tetapi dari

aspek dalaman tidak seperti yang diharapkan. Ini dikaitkan dengan hubungan antara lelaki
dan perempuan. Bunga yang wangi adalah objek alam yang masih digunakan untuk

membawa makna sesuatu keindahan dan kemurnian yang menjadi kenangan dan sebutan.

Masyarakat Melayu mengutamakan nama yang baik dan oleh itu seseorang disarankan

supaya berkelakuan baik supaya tidak mencemarkan nama ibu bapa dan keluarga. Selaras

dengan itu ialah pandangan Islam yang juga mengutamakan nama yang baik atau nama

yang bersih. Allah S.W.T mengajar manusia supaya berdoa agar meninggalkan nama yang

harum, di samping berdoa untuk menambahkan ilmu; Wahai Tuhanku, berikanlah daku

ilmu pengetahuan dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang salih. Dan

jadikanlah bagiku sebutan yang baik ( nama yang harum ) dalam kalangan orang-orang

yang datang kemudian. ( Surah Asy-Syura, ayat 83-84 ).

Terdapat pantun-pantun yang memperkatakan tentang perilaku kekasih yang tidak

setia. Pantun yang menggunakan perlambangan embun menyatakan perihal kasih yang

tidak bersungguh-sungguh.

Embun dijadikan simbol kepada sesuatu keadaan yang tidak kekal dan tidak

terjamin. Pantun yang pertama merupakan luahan rasa terhadap kekasih yang tidak lagi

memberi perhatian kepada pasangannya. Daripada simbol yang digunakan iaitu bunga

maka dapatlah diketahui bahawa yang ditinggalkan itu ialah perempuan dan yang berubah

hati ialah lelaki. Hati lelaki sudah beralih kepada gadis yang lain. Hal ini diperikan

sebagai embun yang menitis di tempat lain. Perilaku lelaki ini dianggap sebagai tidak

bersungguh-sungguh di dalam hubungan percintaan dan keadaan ini disebut di dalam

pembayang pantun seperti budak-budak yang sambil berdayung sambil bermain. Ini juga

membawa maksud tidak ada niat atau keazaman untuk sampai ke sesuatu destinasi
Kajian literatur ini juga mengungkap pemikiran dalam pantun yang menjelaskan tetang

etika masyarakat Melayu. Etika masyarakat merujuk pada nilai moral atau akhlak yang

harus dipegang oleh sesebuah masyarakat. Oleh kerana sesebuah masyarakat yang

inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain,

maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti kerakyatan, hak dan etika. Ini merupakan

perkara asas untuk mencapai keadilan. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi, sesebuah

masyarakat tersebut sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku.

Masyarakat Melayu biasanya mengaitkan etika masyarakat dengan pegangan

agama Islam. Sesuatu yang bercanggah dengan agama Islam merupakan perlanggaran

kepada etika masyarakat Melayu. Setiap perlakuan dalam kehidupan masyarakat Melayu

yang beragama Islam secara halus dikaitkan dan dijalin dengan indah dalam pantun. Ini

juga sebagai peringatan secara bersahaja dan relaks tanpa menyentuh peribadi sesiapapun

yang terlibat. Pantun digunakan dalam menyampaikan kritikan sosial dalam etika

masyarakat Melayu. Kritikan sosial orang Melayu terhadap orang yang tidak boleh

dipercayai. Terdapat banyak kategori sikap orang yang tidak boleh dipercayai, dan ini

dapat dilihat banyak sekali dalam peribahasa Melayu yang merujuk kepada orang yang

tidak boleh dipercayai. Misalnya talam dua muka – orang memuji di depan tetapi di

belakang kita mereka mengeji, ular lidah bercabang – orang yang tidak menepati janji,

atau orang yang sentiasa berubah dengan cepat kata-katanya. Penggunaan simbol-simbol

ini jelas memperlihatkan kebijaksanaan orang Melayu dahulu dalam membuat pemilihan

kata yang bertepatan dengan pemikiran yang hendak disampaikan.


24
Selain itu, kajian literatur tentang pemikiran dalam pantun dapat dikaitkan

dengan orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak

melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar

nasihat.

Ada sirih ada pinang,


Nantikan gambir dengan kapur;
Sudah dipilih sudah dipinang,
Hanya menanti ijab kabul.

Pantun di atas menjelaskan tentang adat resam kahwin Melayu merupakan adat

resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang

Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Ibu bapa bakal pengantin lelaki

kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang rapat untuk bertemu dengan ibu bapa

anak perempuan agar mendapat persetujuan. Ibu bapa anak perempuan akan meminta

sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan atas alasan bahawa mereka harus

berunding dengan saudara-saudara mereka ( walaupun mereka telah tahu tentang

kunjungan utusan sebelum ketibaannya, dan telah memberikan persetujuan ). Ini mungkin

mengambil masa beberapa hari atau paling lama, seminggu. Ibu bapa anak perempuan

kemudian menugasi sebilangan saudara yang terdiri daripada keduadua lelaki dan

perempuan, untuk menyampaikan keputusan mereka untuk menerima pinangan. Semasa

ini, syarat-syarat perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara

perkahwinan, dan sebagainya dibincangkan dan diselesaikan. Inilah sebabnya utusan

merangkumi orang-orang lelaki.

http://www.ns.gov.my/jabatan/muzium/images/stories/KertasKerjaAdatPerpatih/amalan%20adat
24

%20perpatih%20dalam%20memupuk%20perpaduan%20dan%20kemajuan%20masyarakat.pdf
Petang- petang berisi manik,
Jambu air letak di tepi,
Tuan datang marilah naik,
Itulah air pembasuh kaki.

25
Kajian literatur yang seterusnya dalam pantun telah menyerapkan pemikiran

masyarakat Melayu, adat membasuh kaki sebelum memasuki rumah telah lama

diamalkan. Setiap rumah masyarakat melayu mengandungi sebiji tempayan untuk mengisi

air bagi membasuh kaki kepada para tetamu sebelum memasuki rumah mereka. Adat ini

harus di gunakan untuk menjaga kebersihan kerana perjalanan yang kita lalui terdapat

banyak pencemaran. Oleh itu, masyarakat melayu telah menyediakan air membasuh kaki

di hadapan rumah bagi mengelakkan kotoran.

Pantun adat ini berkisar tentang kehidupan di dunia dan menjadi panduan kepada

masyarakat khususnya dalam kehidupan sehari-hari.

Kalau tanduk menjadi gading,


Ambil sirih agak segagang,
Kalau duduk dalam berunding,
Fikiran jernih dada pun lapang.

Masyarakat khususnya pada zaman dahulu lebih mementingkan perundingan dan

perbincangan dalam kehidupan sehari-hari. Dengan itu, mereka akan tenang dan akur

dengan keputusan yang dibuat majoriti.

http://www.ns.gov.my/jabatan/muzium/images/stories/KertasKerjaAdatPerpatih/amalan%20adat
25

%20perpatih%20dalam%20memupuk%20perpaduan%20dan%20kemajuan%20masyarakat.pdf
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

Dalam bab ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian yang digunakan dalam

menjalankan kajian. Metodologi kajian yang digunakan ialah teori strukturalisme. Teori

strukturalisme merupakan teori yang paling sesuai digunakan dalam mengkaji pemikiran

orang Melayu dalam seloka. Metadologi kajian ini memfokuskan kepada kesesuaian teori

yang digunakan dalam menganalisis tema dan persoalan yang terdapat dalam seloka.

Tujuan utama metodologi kajian ini dilakukan adalah untuk memudahkan pengkaji

membuat kajian terhadap seloka tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang terdapat dalam

teori strukturalisme.
26
Teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu therio yang membawa maksud

pemandangan. Definisi ini membayangkan bahawa, teori berasaskan kepada konsepsi

seseorang yang kemudiannya mengemukakannya dalam bentuk suatu pandangan ( view ).

Definisi ini juga memahamkan kepada kita sifat teori yang relatif kepada pelbagai

pendapat. Justeru, tidak hairan, hingga ke hari ini, definisi teori berbeza-beza berdasarkan

pandangan yang berbeza-beza dalam kalangan ahli teori.


27
Sebelum memahami definisi teori sastera, elok difahami terlebih dahulu makna

teori. menyebutkan a theory is a systematic set of generalized statements about a

particular segment of reality. Selain itu, teori ialah a group of logically organized laws or

relationships that constitute explainnation in a discipline.

28
Davis pula menyebutkan theory is a simply an idea about why people are the

way they are and act the way they act. Kerlinger mendefinisikan teori sebagai satu

26
http://teorisastera.blogspot.com/2009/04/apa-itu-teori.html
27
http://teorisastera.blogspot.com/2009/04/apa-itu-teori.html
28
http://teorisastera.blogspot.com/2009/04/apa-itu-teori.html
himpunan konsep, takrifan dan definisi yang paling berkait yang memberikan gambaran

secara sistematik tentang fenomena dengan memperincikan hubungan antara

pembolehubah. Kerlinger menambah, tujuan teori itu mengandungi beberapa konsep yang

mempunyai kaitan sesama sendiri dan teori itu sendiri memberikan pengertian kepada kita

bagaimana sesuatu fenomena itu terjadi.


29
Secara umumnya, teori strukturalisme ialah suatu percubaan untuk menerapkan

teori linguistik kepada objek-objek dan kegiatan-kegiatan lain, selain bahasa itu sendiri.

Berdasarkan kepada pernyataan di atas, maka pendekatan Struktural memberi tumpuan

penelitian terhadap aspek-aspek struktur yang membina teks. Struktur ini adalah perkara-

perkara dalaman yang membentuk rangka dan membangunakan sesebuah teks. Struktur

sesebuah teks termasuklah tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan.

Struktur ini adalah yang sangat biasa bagi genre novel, cerpen dan drama.

Pengkritik juga harus memahami dengan baik prinsip-prinsip teori Struktur jika ingin

mengkritik teks kesusasteraan berasaskan idea struktur.


30
Terdapat beberapa prinsip teori yang patut difahami pengkritik, antaranya ialah :

1) keseluruhan; melihat perhubungan antara struktur secara keseluruhan, bukannya

terpisah.

2) perkaitan; setiap satu stkrutur adalah berkait dengan sturktur yang lain. Tanpa

perkaitan ini tidak mungkin makna teks dapat ditemui.

3) transformasi; makna terhasil daripada satu proses transformasi. tema kemiskinan

terhasil kesan daripada perhubungan pemilihan bahasa dengan persoalan.

29
http://teorisastera.blogspot.com/2010/03/pendekatan-struktural.html
30
http://teorisastera.blogspot.com/2010/03/pendekatan-struktural.html
4) regulasi diri; stuktur bergerak dan berfungsi dalam lingkaran tekstual teks,

bukannya akibat daripada pengaruh pengarang atau aspek-aspek di luar teks.

5) binari oposisi; maka terhasil daripada setentangan duaan.


31
Pendekatan struktural atau pendekatan formalistik dan analitik, menganalisis

karya semata-mata berpandukan kepada apa yang telah dihasilkan. Pendekatan ini tidak

menghuraikan aspek ekstrinsiknya. Pendekatan ini cuba melihat mutu pencapaian

karyanya, bukannya usaha penyelidikan karya tersebut. Pendekatan struktural mempunyai

konsep yang tersendiri.

1) meletakkan karya sastera sebagai sebuah dunia yang mempunyai rangka dan

bentuk yang tersendiri.

2) lebih menekankan aspek berhasilan sesebuah karya dari segi isi dan bentuk sebagai

panduan.

3) melihat sesebuah karya sastera berdasarkan komponen yang membina

pengkaryaan, ia diharapkan dapat meneliti karya dengan cukup objektif dan adil.

4) faktor keadilan dan keikhlasan seseorang pengkritik itu pernh dipertikaikan,

terutamanya oleh golongan pengkarya itu sendiri, kerana mereka kurang menyenangi

usaha para pengkritik.

5) kritikan ini cuba melihat perpaduan dan persesuaian antara isi dengan bentuk.

32
Komponen-komponen karya sastera ialah tema, plot, perwatakan, bahasa, latar

dan sudut pandangan. Komponen ini biasanya terdapat pada bentuk fiksyen atau cereka

31
Mana Sikana, 2006:118-121

32
Mana Sikana, 2006:119
seperti novel, cerpen dan drama. Pendekatan structural memberikan perhatian yang utama

terhadap aspek-aspek dan unsur-unsur yang membina sesebuah karya sastera itu.

Penelitian dan penilaiannya berdasarkan cara komponen-komponen itu diolah, diadun dan

dibina dalam sebuah ciptaan karya.

LAMPIRAN A : Seloka Pak Kaduk

Ayuhai malang Pak Kaduk,


Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awang pulang kebuluran,
Ada isteri di bunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang.

LAMPIRAN B : Seloka Mak Si Randang

Baik budi emak si Randang


Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

LAMPIRAN C : Seloka Pak Pandir

Pandai! Pak Pandir!


Anak dipijak dagang dijunjung,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air tempayan dicurahkan,
Mulut disuap pisang,
Buntut dicangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga menanggung!
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga dia berbunga,
Orang berbuah dia haram!
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga yang menanggung!
LAMPIRAN D : Seloka Kisah Pak Pandir

Wah! Pandainya Pak Pandir!


Pipit uban disangka Pak Haji,
Kambing jantan disangka ketawa,
Tikar kosong ditanam,
Anak dibawa keciciran!
LAMPIRAN E : Seloka Sifat Pak Pandir

Inilah sifat Pak Pandir


Asalkan bergaya itulah kaya
Asalkan berkilat itulah intan
Asalkan buntat pasti bertuah
Asalkan berbungkal itulah emas

LAMPIRAN F : Seloka Si Luncai

Sikap si luncai, biarkan, biarkan…


Ada rumah tiada terjaga,
Ada anak tidak terlatih,
Ada ternakan tidak terbela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tiada selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan…!
Si luncai pun terjun dengan labu-labunya.

LAMPIRAN G : Seloka Pak Balung- ayam tambatan

Episod pertama ( sungguh malang nasib Pak Balung )

Kasih dicurah sayang diberi,


Makan dihidang minum disaji,
Tak perlu kais tak perlu cari,
Beras padi datang sendiri.
Hilang dicari lambat dituruti,
Bulu dicuci leher diurut,
Paruh diasah taji diraut,
Ekor dibelai najis dikaut,
Lupa diri lupa daratan,
Berkokok lantang bersahut sahutan,
Akulah handal akulah jantan,
Akulah jaguh ayam tambatan.
Episod kedua ( sungguh malang nasib Pak Balung )

Nasib Pak Balung belum pasti,


Entah untung entahkan rugi,
Entah hidup entahkan mati,
Entahkan maut di hujung taji.
Entah pekak mungkin buta,
Entah momok mungkin gila,
Entah patah tergeliat,
Atau pincang seumur hayat!

Episod ketiga ( sungguh malang nasib Pak Balung )

Dalam gelanggang satu bulatan,


Di situlah Pak Balung dilepaskan,
Tanpa sebab tanpa alasan,
Bersabung nyawa beradu kekuatan,
Bulu tercabut berterbangan,
Darah merah bercucuran,
Kulit daging berkecaian,
Wang ringgit bertukar tangan,
Yang kalah jatuh terkapar,
Yang menang mandi darah,
Siapa yang untung ketawa besar,
Siapa yang rugi menyumpah-nyumpah.

Episod keempat ( sungguh malang nasib Pak Balung )

Orang menang awak yang parah,


Orang ketawa awak berdarah,
Akibat megah diri...
Akhirnya menjilat luka sendiri!

LAMPIRAN H : Seloka Kehilangan Adat Melayu

Aduhai resam, wahai adat!


Lembaga di mana telah berpudat?
Wah! Hilang adat lenyaplah bahasa,
Ghaib sepi tiada bersisa...
Laksana dipagut tedung yang bias!
Amboi! Amboi! Adat tiruan, resam terpaksa,
Umpama gajah menjadi rusa,
Oleh ragi campuran bangsa!
Sayang! Sayang!
Merajuk ke manakah adat melayu?
Laksana debu dipuput bayu.
Wallahualam!
Entah jatuh ke laut gerangan,
Disambar yu!

LAMPIRAN I : Seloka Lebai Malang

Lebai nasib langkahan malang,


Ke hulu hilir penat berulang,
Celaka sial bedebah jembalang,
Pakaian dibuang bertelanjang pulang.
Ayuhai nasib fakir miskin,
Dapat sedekah sebungkus lempeng
Habis hilang baju dan kain,
Penganan habis dibaham anjing.
Penat berkejar tiada terkira,
Ke sana ke mari tersera-sera
Punah golok bersama nira
Pulang ke rumah mendapat mara.

BIBLIOGRAFI

Buku

Abdul Halim Ali. (2006). Mendekati Puisi Melayu Tradisional. Tanjung Malim:
Profesional Baharu.

Majlis Peperiksaan Malaysia. (2000). Warnasari Sastera Melayu Tradisional. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mana Sikana. (2006). Kritikan Sastera Moden. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Jurnal / Laporan

Noremawati Binti Ajis. (2009). Unsur-unsur Kritikan dalam Puisi Melayu


Tradisional:Seloka. Tanjung Malim: Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Laman Blog / Laman Sesawang


http://gurufikir.blogspot.com. Diperoleh daripada 22 Ogos 2010.

http://galusbm.blogspot.com/2009/01/kritik-sosial-dalam-pantun-melayu.html. (n.d.).
Diperoleh pada 22 Ogos 2010.

http://jacs-inspiration.blogspot.com/2009/08/konsep-pemikiran.html. (n.d.). Diperoleh


pada 31 Ogos 2010.

http://teorisastera.blogspot.com/2009/04/apa-itu-teori.html. (n.d.). Diperoleh pada 22


Ogos 2010

http://teorisastera.blogspot.com/2010/03/pendekatan-struktural.html. (n.d.). Diperoleh


pada 28 Ogos 2010.

http://www.ns.gov.my/jabatan/muzium/images/stories/KertasKerjaAdatPerpatih/amalan
%20adat%20perpatih%20dalam%20memupuk%20perpaduan%20dan%20kemajuan
%20masyarakat.pdf. (n.d.). Diperoleh pada 26 Ogos 2010.

http://www.scribd.com/doc/14585387/Pemikiran-Dan-Gaya-Pembelajaran. (n.d.).
Diperoleh pada 31 Ogos 2010.

http://www.scribd.com/doc/25161947/Definisi-Pemikiran. (n.d.). Diperoleh pada 31 Ogos


2010.

You might also like