You are on page 1of 44

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

1.0 Abstrak

Bahasa merupakan alat untuk menyampaikan mesej dalam apa-apa jua


bentuk komunikasi, baik lisan mahupun tulisan. Mesej dan bahasa yang jelas
memudahkan pemahaman seseorang untuk bertindak balas terhadap sesuatu
komunikasi lisan dan tulisan. Bahasalah yang berperanan dalam membentuk
komunikasi lisan dan tulisan yang baik dan indah atau sebaliknya.
Menurut perlembagaan Dasar Bahasa Kebangsaan adalah terkandung dalam
Perlembagaan Malaysia, iaitu (i) Perkara 152 Perlembagaan Malaysia:
“(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-
apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh
Parlimen.

Sejarah perkembangan Bahasa Melayu amatlah membanggakan kita.


Perubahan ejaan kerap berlaku sejak dari tahun 1701 , iaitu Ejaan Rumi Thomas
Bowrey, Ejaan Rumi J.Horison (1800), Ejaan Rumi William Marsden (1812),
Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Swetthenham (1881), Ejaan
Rumi Maxwell (1882), Ejaan Wilkinson (1904), dan Sistem Ejaan Rumi Za’aba
(1927). Sistem Ejaan Rumi Za’aba telah digunakan dengan meluas di sekolah-
sekolah . Sistem ini menjadi begitu popular dikalangan guru dan murid sekolah
sehingga ia terkenal juga sebagai ejaan sekolah. Sistem ini digunakan
sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa Melayu.

Sistem ejaan baru telah dirasmikan pada 16 Ogos 1972. Ini bermakna
sudah hampir 25 tahun ejaan baru dilaksana dan digunakan. Sistem Ejaan Rumi
yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa
Indonesia-Malaysia, bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia.
Badan yang ditugaskan menyelaraskan ejaan tersebut ialah Jawatankuasa
Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pelajaran, dan Jawatankuasa
ini diletakkan di bawah Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sistem Ejaan 1
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Perubahan dan penyusunan semula ini telah dapat membantu pengguna


Bahasa Melayu mengeja atau menulis kata-kata dengan ejaan yang betul dan
tepat. Apa yang jelas ialah pelaksaanaan sistem ejaan baru itu telah banyak
membantu mempertingkatkan lagi martabat bahasa Melayu itu sendiri.

Satu perkara yang menarik dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu ini
ialah perubahan dari Sistem Ejaan Rumi Za’aba, atau ejaan lama kepada bentuk
ejaan baru (1972). Walaupun begitu perubahan sistem ejaan ini tidaklah banyak
atau jauh berbeza, kecuali beberapa perubahan dan penyelarasan ejaan rumi
sahaja. Contohnya seperti huruf gabungan yang digunakan dalam sistem ejaan
Rumi Za’ba, iaitu ch, dh, dz, sh, dan th telah diubah menjadi "c, d, z, sy, dan
s". Contoh:

chari - cari sharat - syarat

dharab - darab mithal - misal

dzalim - zalim

Walaupun sistem ejaan ini telah digunakan hampir tiga dekad, namun
masih ramai pengguna dan penutur bahasa Melayu melakukan pelbagai
kesalahan. Kesalahan ini amat ketara dalam ejaan, sebutan, penggunaan
perkataan, istilah dan sebagainya sehingga menyebabkan bahasa kita tersendiri
tercemar disebabkan bangsa sendiri.

Oleh yang demikian, dalam tugasan ini kami akan mengupas lebih lanjut
tentang faktor-faktor berlakunya kesilapan bahasa terutamanya dari segi ejaan
dan sebutan juga disertakan contoh-contoh kesilapan bahasa serta beberapa
cara bagi mengatasi masalah pencemaran bahasa ini.

Sistem Ejaan 2
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

2.0 Konsep Kesilapan Bahasa (Ejaan dan Sebutan)

Terdapat banyak pendapat yang mendefinisikan frasa kesilapan bahasa


itu sendiri. Ada yang berpendapat bahawa kesalahan bahasa adalah suatu
gejala semula jadi yang terus menerus berlaku, selagi bahasa itu hidup dan
berkembang, Awang Sariyan (1983). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2007), kesilapan bermaksud perihal silap, kekeliruan dan kekhilafan. Manakala
bahasa pula membawa maksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagia alat perhubungan dalam lingkungan suatu kelompok manusia.

Raminah Hj. Sabran (1987:58) pula menyatakan kesilapan bahasa


bermaksud bentuk bahasa yang menyimpang daripada bentuk bahasa yang
baku, iaitu suatu bentuk bahasa yang digunakan dalam hubungan formal. Bentuk
ini benar-benar mematuhi tatabahasa dan bebas daripada pengaruh dialek
daerah dan bahasa pertuturan yang tidak formal.

Kajian yang dilakukan oleh Awang Sariyan (1983) menunjukkan bahawa;


penggunaan bahasa Melayu pada peringkat kemahiran bahasa, tulisan, banyak
kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Kesalahan yang dikesan seperti kesilapan
ejaan, tanda bacaan, penggunaan huruf besar hinggalah kesalahan morfologi,
sintaksis yang dinamakan Kesalahan Umum.

Menyentuh hal yang sama, Nik Safiah Karim (1979) menegaskan bahawa
kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh generasi muda terutamanya
murid-murid sekolah pada semua peringkat. Terutamanya yang melibatkan
penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu adalah kesalahan-kesalahan dari
segi ejaan dan tatabahasa. Namun, terdapat juga kesilapan sebutan yang
dirasakan sepatutnya tidak menjadi masalah kepada semua penutur bahasa
Melayu.

Sistem Ejaan 3
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Kesimpulannya, kesilapan bahasa boleh didefinisikan sebagai suatu


keadaan di mana terdapat kesalahan atau ketidaksamaan peraturan sesuatu
hukum dalam bahasa yang merangkumi aspek huruf, ejaan, tatabahasa,
sebutan, makna dan sebagainya. Dalam tugasan ini, penulis akan menerangkan
dua jenis kesilapan yang sering digunakan oleh penutur bahasa Melayu sejak
sekian lama. Jenis kesilapan yang dimaksudkan ialah kesilapan ejaan dan
sebutan.

2.1 Kesilapan Ejaan

Menurut S.Nathesan (1998:3) dalam sebuah Jurnal Pendidikan,


kesilapan ejaan merupakan salah satu kesalahan yang lumrah terjadi
dalam kalangan pengguna termasuk dalam kalangan guru, guru pelatih,
malah pensyarah juga. Hal ini agak malang kerana bentuk ejaan yang
disempurnakan sudah diperkenalkan pada tahun 1972 dan bentuk-bentuk
ejaan tersebut sudah diajarkan di sekolah, maktab dan universiti sejak
tahun tersebut. Kita sememangnya berasa dukacita kerana kesalahan
ejaan masih menjadi suatu gejala yang tidak ada kesudahan dalam
kalangan pengguna bahasa Melayu.

2.2 Kesilapan Sebutan

Setiap penutur bahasa Melayu harus bijak melemparkan setiap


kata-kata dengan bunyi dan sebutan bahasa Melayu standard
memandangkan masih lagi terdapat penutur yang melakukan kesalahan
dalam berkomunikasi. S.Nathesan (1998:4) mengatakan bahawa
kesilapan sebutan lazimnya dirujuk kepada kesalahan tidak membunyikan
perkataan mengikut sistem bunyi yang ada dalam bahasa. Seperti bahasa
lain, dalam bahasa Melayu ada aturan untuk membunyikan huruf, suku
kata dan perkataan.

Sistem Ejaan 4
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

3.0 Faktor-faktor Kesilapan Bahasa

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kesilapan bahasa terjadi. Kita


dapat lihat bahawa faktor-faktor itu bersifat universal dan biasanya tidak disedari
kebanyakan orang. Hal itulah yang menyebabkan pengguna mengambil mudah
tentang isu bahasa ini. Menurut Awang Sariyan (1983), salah satu punca utama
terjadinya keracunan bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli
tempat yang menentukan nasib bahasa Melayu itu sendiri. Wajarkah kita
menyalahkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa jika bahasa
yang diajarkan memang bahasa yang kacau dan dijalankan pula oleh manusia
yang belum benar-benar mahir dalam selok-belok bahasa?"

Pembakuan bahasa Melayu merupakan idealisme dan wawasan yang


antara lain bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang padu. Usaha
pengembangan bahasa Melayu baku di Malaysia dikatakan tidak mendapat
sambutan yang menggalakkan kerana banyak perubahan yang berlaku dalam
tatabahasa itu yang didakwa mengelirukan masyarakat pengguna bahasa
Melayu. Oleh sebab yang demikian, perubahan yang mengelirukan pengguna
bahasa Melayu baku telah menyebabkan keingkaran untuk menggunakan
bahasa melayu baku lalu bahasa-bahasa yang tidak formal digunakan dalam
ejaan dan sebutan. Biarpun dalam majlis rasmi, pengguna tetap menggunakan
bahasa kolokial atau basahan seperti mana komunikasi harian mereka.

Selain itu, pengaruh bahasa ibunda juga merupakan faktor kesilapan


ejaan dan sebutan perkataan bahasa melayu baku. Kesalahan sebutan
biasanya timbul daripada pengaruh bahasa daerah. Abd. Hamid Mahmood
(1945:135). Satu daripada kesalahan umum penutur bukan Melayu ialah
kegagalan mereka mengenali perbezaan antara bunyi é taling dan e pepet
semasa membaca dan menulis. Perbezaan antara sepak dan sépak adalah jauh
berbeza. Begitu juga kebanyakan penutur Cina tidak dapat menyebut bunyi
sengau lelangit keras ny dan lelangit lembut ng dengan tepat. Oleh sebab ejaan
setiap bunyi itu mempunyai dua lambang maka ia sering disebut sebagai dua

Sistem Ejaan 5
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

bunyi. Kadangkala penutur Melayu juga ada melakukan kesalahan ini.


Kesalahan tersebut sering terjadi apabila huruf gabung ny diucapkan sebagai
dua bunyi iaitu n dan y/i, seperti dalam banyak atau baniak (sepatutnya ban-
nyak), ni-a-muk atau n-ya-muk (sepatutnya nya-muk) dan lain-lain lagi. Dalam
hal ng juga, n diasingkan daripada g seperti dalam ung-gu atau un-gu
(sepatutnya u-ngu) dan tan-gan (sepatutnya ta-ngan) dan lain-lain lagi.

Pengaruh bahasa asing juga merupakan penyebab penutur bahasa


melakukan kesalahan. Kesalahan ini berlaku kerana penggunaan istilah yang
tidak tepat. Sebagai contoh, oleh sebab begitu ghairah untuk menggunakan
bahasa Inggeris, meka banyak perkataan Inggeris telah cuba dimelayukan.
Perkataan bajet, misalnya, diambil daripada perkataan Inggeris, budget, dengan
alasan lebih tepat. Alasan yang dikemukakan ialah perkataan belanjawan
membawa makna yang negatif, iaitu orang yang suka berbelanja. Pengaruh
media massa merupakan faktor terpenting yang menyebabkan berlaku
kekeliruan dan kesilapan. Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen atau
akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa. Contoh terbaru yang kita dapat
lihat ialah penggunaan istilah infotainmen yang telah diperkenalkan oleh RTM.
Penggunaan istilah tersebut masih diteruskan penggunaannya walaupun
menerima kritikan tokoh bahasa. Pencipta istilah ini tidak mengetahui bagaimana
istilah baru dibentuk seperti yang ditetapkan okeh DBP dalam buku Pedoman
Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (DBP, 1975) yang sudah
menggagiskan tujuh langkah pembentukan istilah.

Sistem Ejaan 6
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Faktor seterusnya ialah pengguna bahasa Melayu tidak mengetahui


sistem bahasa. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistemnya tersendiri.
Oleh sebab pengguna bahasa tidak mengetahui sistem ini, maka mereka
melakukan kesalahan. Sebenarnya, bahasa Melayu mempunyai sistem, baik dari
segi ejaan, morfologi mahupun sintaksis. Lihat system pembentukan apitan pe…
an, seperti yang berikut:

 Laksana – melaksanakan – pelaksanaan (bukan perlaksanaan)


 Lantik – melantik – pelantikan (bukan perlantikan)

Di zaman moden yang serba canggih ini lebih banyak pengaruh-pengaruh


serta kesan-kesan yang mendalam terhadap sistem ejaan kita. Pengaruh
terbesar yang menyebabkan wujudnya masalah pencemaran bahasa; ejaan dan
sebutan ini adalah alat perhubungan semasa kita sendiri iaitu telefon bimbit.
Seperti yang kita ketahui, telefon bimbit dihasilkan dengan pelbagai fungsi dan
salah satu daripadanya merupakan sistem pesanan ringkas atau (sms). Khidmat
pesanan ringkas ini menjadi kegunaan rakyat seluruh dunia untuk berhubung
dengan kebih mudah, pantas, dan ringkas. Walaubagaimanapun, fungsinya
untuk menghantar pesanan ringkas telah menjadi punca sebenar kewujudan
masalah kesilapan ejaan dan sebutan. Hal ini kerana ramai pengguna yang
menghantar pesanan mereka dengan menggunakan singkatan perkataan yang
keterlaluan sehingga menjadi kebiasaan untuk menulis menggunakan perkataan
singkatan itu juga. Contohnya perkataan ‘kau’ menjadi ‘ko’, ‘aku’ menjadi ‘ku’,
‘rumah’ menjadi ‘umah’ dan banyak lagi. Penggunaan sistem pesanan ringkas
ini menyebabkan ramai pelajar terbiasa untuk menggunakan bahasa ‘sms’ ini di
dalam karangan mereka.

Sistem Ejaan 7
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Faktor yang terakhir ialah kejahilan dalam kalangan pengguna bahasa.


Ada sesetengah pihak yang mengaku tahu, tetapi sebenarnya tidak tahu, malah
aspek bahasa yang salah dikatakan betul, manakala aspek bahasa yang betul
dikatakan salah. Khususnya pelajar kita sendiri yang terlalu menganggap mudah
mata pelajaran bahasa Melayu. guru pura tidak melaksanakan amanah dalam
mendidik pelajar. Buktinya, banyak kosa kata yang muncul sejak akhir-akhir ini
yang memaparkan gejala tersebut. Ini termasuk kejanggalan intonasi dalam
pertuturan. Perkara ini berlaku mungkin kerana intonasi kerap diabaikan dalam
pengajaran. Abd. Hamid Mahmod (1945:136) Dalam kajian bahasa, gejala ini
dikenali sebagai kejahilan bahasa. Mereka yang terlibat dalam gejala ini tidak
mahu mengambil kira pandangan ahli bahasa atau badan yang
dipertanggungjawabkan untuk menangani masalah bahasa.

Oleh sebab bahasa itu bersifat arbitrari, maka segala bentuk perubahan
dan pembaharuan yang berlaku wajar diterima dengan fikiran yang terbuka.
Dengan yang demikian khalayak yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu atau sekadar bahasa harian wajar menyediakan diri untuk menjadi
pengguna bahasa Melayu yang terbaik. Kenyataan ini juga harus dihadapi oleh
golongan pelajar kerana mereka adalah golongan yang sentiasa diuji kebolehan
menggunakan bahasa Melayu. Oleh itu, faktor-faktor ini hendaklah dianalisis
oleh satu badan khas yang mampu mengembalikan maruah dan martabat
bahasa kita yang dahulunya sangat agung sehingga diangkat menjadi bahasa
lingua franca.

Sistem Ejaan 8
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

4.0 Contoh-contoh Kesilapan (Analisis)

Dalam bahagian ini akan dibentangkan contoh-contoh kesilapan bahasa


yang kebiasaannya dilakukan oleh pengguna bahasa kebangsaan. Kesilapan
tersebut terdiri daripada kesilpan ejaan dan sebutan. Selepas ditunjukkan
contoh, penulis juga akan menerangkan pembetulannya supaya kesilapan
tersebut dapat dianalisis bersama.

4.1 Kesilapan Ejaan


Bahasa Melayu menggunakan ejaan Rumi berdasarkan sistem
keselarasan vokal yang mempunyai sedikit sebanyak perbezaan
berbanding sistem ejaan Rumi yang lama. Muhammad Salaebing (2007)
Walaupun begitu, terdapat perkataan-perkataan pinjaman, khususnya
daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa di Nusantara yang
terkecuali daripada sistem ini. Di samping itu, terdapat beberapa
peraturan lain mengenai penulisan ejaan, misalnya, peraturan menulis
kata majmuk, kata ganda, penggunaan imbuhan pinjaman, dan lain-lain.
Dalam perkara ini, banyak sekali kekeliruan dalam kalangan pengguna. Di
bawah ini diperturunkan beberapa contoh ejaan yang kerap dieja dengan
salah oleh pengguna bahasa Melayu:
Kesilapan Pembetulan
1. tulin tulen
2. calun calon
3. pamiran pameran
4. pelancung pelancong
5. profesyen profesion
6. ekspot eksport
7. benteras banteras
8. mesjid masjid
9. manafaat/menfaat manfaat
10. merbahaya berbahaya
11. mempastikan memastikan
12. kebanyakkan kebanyakan
13. mengenepikan mengetepikan
14. temuduga temu duga

Sistem Ejaan 9
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

15. ibubapa ibu bapa


16. kenalpasti kenal pasti
17. bukit bukau bukit-bukau
18. kusut masai kusut-masai
19. dirumah di rumah
20. di kerahkan dikerahkan

Kesalahan ejaan yang dipaparkan dalam contoh di atas


menunjukkan bahawa perkataan yang menjadi asas masih lagi dieja salah
oleh pengguna-pengguna bahasa kita. Beberapa sebab juga akan
dirungkai berkaitan kejadian kesilapan ejaan seperti ini. Umpamanya,
contoh 1 hingga 4 merupakan contoh kata serapan daripada bahasa
serumpun. Perkataan-perkataan tersebut seharusnya dieja mengikut
ejaan asli perkataan tersebut. Siti Hajar (2008:215). Sila perhatikan
contoh kesalahan ejaan ‘tulin’. Ejaan yang betul ialah tulen. Walaupun
terdapat peraturan keselarasan vokal dalam bahasa Melayu, dalam hal
ini, ada ejaan yang tidak mematuhi keselarasan vokal atas alasan
kekecualian. S. Nathesan (1998:5). Mungkin inilah punca terjadinya ejaan
seperti contoh 2 hingga 4.

Menurut Siti Hajar (2008:212), pola keselarasan vokal dalam


bahasa Melayu bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal
yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara
huruf vokal di suku kata praakhir, dengan huruf vokal pada suku kata
akhir tertutup. Prinsip keselarasan vokal ini berlaku dengan syarat
berikut:
1) Keselarasan huruf vokal pada kata dasar sahaja (tidak
melibatkan pengimbuhan).
2) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
3) Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata,
aturan tentang sistem ini dikenakan pada dua suku kata
terakhir; suku kata praakhir dan suku kata akhir tertutup.

Sistem Ejaan 10
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Bagi Khairul Anuar (1992:13) pula, terdapat 18 pola keselarasan


huruf vokal yang terkandung dalam sistem ejaan bahasa Melayu.
senarainya adalah seperti berikut:
B Pola Keselarasan Contoh Penggunaan

Praakhir Akhir

1. a _ a asah, balak, halaman


2. a _ i alih, balik, sumbangsih
3. a _ u asuh, datuk, lembayung
4. e pepet _ a emas, kelam, cemerlang
5. e pepet _ i lebih, betik, sembelih
6. e pepet _ u telur, tempuh, temenggung
7. e taling _ a elak, dewan, belerang
8. e taling _ e taling leceh, gelek, selekeh
9. e taling _ o esok, telor, selekoh
10. i _ a ingat, kilang, selinap
11. i _ i intip, sisih, belimbing
12. i _ u riuh, tidur, periuk
13. o _ a otak, borang, sekolah
14. o _ e taling oleh, boleh,celoteh
15. o _ o obor,borong,kelompok
16. u _ a ubat, tumpang, ketupat
17. u _ i usik, kuih, gerusih
18. u _ u untuk, tunduk, tengkujuh

Manakala Siti Hajar (2008:214) pula mengatakan Hukum


Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV) dilaksanakan kepada beberapa
perkataan yang berasal daripada bahasa Nusantara dan kata serapan
daripada bahasa Inggeris. Hal ini dibuktikan juga melalui contoh 1 hingga
4 dalam contoh kesilapan ejaan sebelum ini. Terdapat sejumlah
perkataan daripada bahasa Jawa yang sering digunakan dalam
bahasa Melayu, namun pengejaannya dikecualikan daripada hukum
keselarasan vokal yang digunakan. Perkataan-perkataan tersebut ialah
aneh, perabot, lancong, lakon, calon, lapor, tulen, pamer, kaget,
gembleng. Dalam hal ini ramai yang masih keliru dengan pengejaan

Sistem Ejaan 11
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

perkataan-perkataan yang disebutkan itu. Cara terbaik untuk


menyelesaikan masalah itu ialah dengan menghafalnya.

Hukum kekecualian keselarasan vokal melibatkan pasangan vokal


berikut:-

i. a - e (taling) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah a - i.


Misalnya dalam perkataan /aneh/ dan /kaget/ polanya ialah a -
e bukan dieja sebagai /anih/ dan /kagit/ yang menggunakan
pola a - i seperti dalam perkataan balik, kalis, masin yang
terdapat dalam sistem keselarasan vokal.

ii. a - o yang sepatutnya keselarasan vokal ialah a - u.

Misalnya dalam perkataan /calon/ dan /lapor/ polanya ialah a -


u bukan dieja sebagai /calun/ dan /lapur/ yang menggunakan
pola a - u seperti yang digunakan untuk mengeja kata kasut,
amuk dan anjung dalam sistem keselarasan vokal.

iii. u - e (taling) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah u - i.


Misalnya dalam perkataan /tulen/ dan /ulet/ polanya ialah u - i
bukan dieja sebagai /tulin/ dan /ulit/ yang menggunakan pola u
- i seperti dalam perkataan kuih, tumis, kudis, bunyi yang terdapat
dalam sistem keselarasan vokal.

iv. e (pepet) - e (pepet) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah


e (pepet) - i .

Misalnya dalam perkataan /pepet/ dan /demdem/ polanya ialah


e (p) - e (p) bukan dieja sebagai /pepit/ dan /demdim/ yang

Sistem Ejaan 12
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

menggunakan pola e (p) - i seperti dalam perkataan kecil, degil,


yang terdapat dalam sistem keselarasan vokal.

Secara rumusnya, memang terdapat kekecualian pada beberapa


perkataan dan hukum kekecualian ini adalah untuk perkataan yang
berasal daripada bahasa di Nusantara khususnya bahasa Indonesia.
Maksudnya, perkataan-perkataan tersebut tidak menyertai aturan pola
keselarasan vokal yang utama (yang 18 itu). Jadi, setiap pengguna harus
mengenal pasti setiap jenis perkataan itu dengan cara membaca bahan-
bahan berasaskan ilmu bahasa.

Seterusnya, penulis akan membentangkan analisis mengenai


kesilapan ejaan dalam contoh kesalahan 5 hingga 9. Contoh-contoh
perkataan itu dieja salah mungkin kerana faktor penggunanya yang cetek
pengetahuan mengenai ilmu bahasa. Mereka ini menulis berdasarkan
sebutan dan pertuturan komunikasi. Sedangkan dalam hal tersebut perlu
ditimbangkan kerana terdapat beberapa faktor persekitaran yang
menyebabkan keadaan seumpama itu berlaku.

5. profesyen profesion
6. ekspot eksport
7. benteras Banteras
8. mesjid Masjid
9. manafaat/menfaat Manfaat

Jika dilihat pada contoh kesilapan ejaan perkataan ‘profesyen’,


dapat dirungkaikan bahawa pengguna kebanyakannya membaca atau
menuturkan perkataan tersebut berdasarkan pengalaman melalui
pendengaran secara lahiriah tanpa menghiraukan aspek etimologi (asal
usul kelahiran bahasa) sesuatu perkataan. Rabiah Bt. Bani (1998:6).
Perkataan itu merupakan kata pinjaman daripada bahasa asing.
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:325) menerangkan bahawa kata

Sistem Ejaan 13
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

asing yang sepenuhnya terserap dari segi sebutan dan ejaannya,


umumnya dieja dengan mengutamakan bentuk tampaknya. Penulisan
kata serapan itu dibuat menurut kaedah seperti mengikut pengekalan atau
perubahan abjad.

Dalam contoh tersebut, kebanyakan pengguna merasakan bahawa


istilah asal profession perlu ditukar hujungnya kepada ‘syen’ menjadi
profesyen. Hal ini berlaku mungkin kerana mereka biasa melihat ejaan
fesyen yang bersifat terkecuali dalam hal ini. Begitu juga dengan contoh 6
hingga 9 di mana perkataan yang sepatutnya dieja berdasarkan sistem
ejaan yang betul, tetapi disalah eja oleh pengguna akibat kekurangan ilmu
bahasa.

Kemudiaan, beralih pula kepada contoh kesilapan ejaan ke-10


hingga 13. Bagi mereka yang tidak begitu arif dalam bidang bahasa,
mereka pasti akan menyangkakan perkataan-perkataan tersebut tidak
mengalami sebarang kesilapan. Sebaliknya, bagi ahli linguistik, mereka
sangat peka kepada kesilapan mudah seperti itu.

10. merbahaya berbahaya


11. mempastikan memastikan
12. kebanyakkan kebanyakan
13. mengenepikan mengetepikan

Menurut S. Nathesan (1998:5), perkataan berbahaya lazimnya


dieja ‘merbahaya’ kerana kelaziman ejaan dalam kalangan pengguna.
Ejaan ‘merbahaya’ lazim terpapar di mana-mana seperti di selekoh jalan,
tangki lori minyak dan juga digunakan oleh penutur bahasa Melayu dalam
perbualan. Oleh sebab ejaan ini sudah lazim bagi mereka, jadi mereka
menganggap bahawa ejaan tersebut adalah betul tanpa menyedari ejaan
tersebut tidak pernah wujud dalam bahasa Melayu. Jika dirujuk kamus
pun tidak akan terjumpa perkataan tersebut melainkan ejaan bahaya,
berbahaya, keberbahayaan dan membahayakan.

Sistem Ejaan 14
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Berdasarkan contoh 11 hingga 13 pula, dapat disimpulkan bahawa


kesilapan perkataan-perkataan tersebut sama seperti pendapat Khairul
Anuar (1992:77) yang menjelaskan bahawa kebanyakan kesilapan ejaan
pengimbuhan adalah disebabkan kurang fahaman terhadap aturan sistem
pengimbuhan yang betul dalam ejaan. Dalam buku beliau yang bertajuk
Kesalahan Tanda Baca dan Ejaan, Silap Tu!, ada diterangkan bagaimana
kaedah sebenar bagi mengeja kata berimbuhan mengikut sistem ejaan
bahasa Melayu standard.

Bagi contoh kesilapan ejaan perkataan ‘mempastikan’, sepatutnya


dieja memastikan. Hal ini disebabkan penulisan kata terbitan yang
mempunyai awalan meN- atau peN- dengan kata dasar yang bermula
dengan konsonan /k/, /p/, /s/, dan /t/ (yang bukan unsur pertama gugusan
konsonan) adalah menurut sistem morfofonemik bahasa Melayu.

Perkataan itu seharusnya menjadi memastikan akibat pengguguran


huruf p . Namun, ada beberapa kata dasar yang bermula dengan
konsonan /k/, /p/, /s/ atau /t/ yang tidak berubah bentuknya apabila
diimbuhkan dengan awalan meN- atau peN-. Kebanyakan kata yang
terlibat adalah berupa kata serapan daripada bahasa asing.

Untuk contoh 12 iaitu kesilapan ejaan ‘kebanyakkan’, dirasakan


bahawa kesilapan ini jarang dilakukan oleh mereka yang sudah matang
usianya tetapi mudah dilakukan oleh para pelajar khususnya dalam
karangan. Menurut Khairul Anuar (1992:82), sekiranya penambahan
akhiran -kan diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan huruf ‘k’,
maka hendaklah digugurkan ‘k’ tersebut supaya menjadi satu k sahaja.
Mafhumnya, pembetulan bagi kesilapan ejaan itu ialah kebanyakan.
Namun, terdapat juga perkataan yang tidak perlu digugurkan ‘k’ itu. Tidak
boleh tidak, untuk memastikan semua ejaan itu betul atau tidak, pengguna
hendaklah merujuk kamus bahasa yang dianjurkan.

Sistem Ejaan 15
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Bagi contoh 13 pula iaitu kesilapan ejaan ‘mengenepikan’, penulis


telah difahamkan bahawa kesilapan seperti ini sememangnya sering kali
berlaku kepada semua pengguna bahasa kita. Tidak kira golongan pelajar
mahu pun guru, mereka sering terkeliru dengan ejaan ‘menepikan’.
Sebenarnya, terdapat salah faham antara kata dasar ‘tepi’ dan ‘ketepi’.
Menurut En Nadzeri seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru
Malaysia Kampus Bahasa Melayu, beliau mengatakan bahawa sebilangan
besar menanggap ejaan ‘mengenepikan’ itu adalah betul kerana
mengambil contoh kata terbitan menepikan yang kata dasarnya ialah
‘tepi’. Sebaliknya, untuk contoh 13 tersebut, kata dasar yang digunakan
ialah ‘ketepi’ yang membawa maksud menggerakkan sesuatu ke tepi.
Bagi mematuhi hukum atau sistem morfofonemik bahasa Melayu, ejaan
tersebut hendaklah dibetulkan menjadi mengetepikan.

Selain itu, kita juga dapat melihat beberapa contoh kesilapan ejaan
yang tipikal seperti dalam contoh 14 hingga 16. Contoh-contoh ini juga
merupakan kesilapan yang sering dilakukan orang ramai kecuali mereka
yang berpegang teguh kepada hukum tatabahasa bahasa ibunda. Penulis
berkata sedemikian adalah kerana mereka ini tidak akan membuat
kesilapan sekiranya menghafal 15 kata majmuk yang mantap seperti yang
disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008).

Antarabangsa Pesuruhjaya
Setiausaha Bumiputera
Jawatankuasa Tandatangan
Tanggungjawab Kakitangan
Matahari Kerjasama
Warganegara Sukarela
Suruhanjaya Olahraga
*Warganegara

Sistem Ejaan 16
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Walaubagaimanapun, perkataan warganegara tidak tersenarai


dalam kata majmuk yang mantap dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu.
Sebenarnya, pada pendapat penulis, perkara seperti inilah yang
menjadikan pengguna bingung dan buntu dalam permasalahan bahasa.
Terdapat percanggahan pendapat oleh pelagai tokoh bahasa dalam buku
yang berbeza. Namun, ada yang berpendapat bahawa rujukan utama
adalah berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu. Sebaliknya, bagi
guru dan guru pelatih yang sudah biasa dengan buku Tatabahasa Dewan,
mereka akan merujuk buku tersebut. Jika diteliti persoalan ini boleh
ditimbulkan selepas melihat kad pengenalan diri masing-masing di mana
perkataan warganegara itu sendiri yang dieja rapat tertera dalam kad
tersebut.

Berbalik kepada contoh kesilapan tersebut, dapat disimpulkan


bahawa setiap kata majmuk yang tidak tersenarai dalam bentuk kata
majmuk yang mantap hendaklah dieja jarak dan tidak boleh dirapatkan
kerana tidak utuh sebagai bentuk yang mantap.

14. temuduga temu duga


15. ibubapa ibu bapa
16. kenalpasti kenal pasti

Seterusnya, penulis akan menganalisis kesilapan ejaan bagi


contoh 17 dan 18 pula. Jika diteliti, kesilapan ejaan perkataan-perkataan
tersebut adalah berkenaan dengan penggunaan tanda sempang (-).
Menurut Ismail Bin Dahaman (2000), terdapat beberapa syarat
penggunaan tanda sempang. Antaranya ialah:

1) Digunakan untuk menulis semua jenis kata ulang. Contohnya:


gunung-ganang, pegawai-pegawai, sia-sia.

Sistem Ejaan 17
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

2) Digunakan untuk memisahkan suku kata yang tercerai oleh


penggantian baris. Misalnya:
…..menangguhkan penye-
lenggaraan projek.
…..menangguhkan penyelengga-
raan projek.
3) Digunakan untuk memperjelas ungkapan. Contohnya:
ber-evolusi dengan ber-revolusi.
4) Digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar
pada kata yang sama. Contohnya:
anti-Rusia
hamba-Mu
5) Digunakan untuk merangkaikan ke dengan angka bagi
penulisan nombor ordinal. Misalnya:
ke-123
ke-1240
6) Digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan
tahun dengan akhiran –an. Misalnya:
tahun 50-an
tahun 70-an
7) Digunakan untuk menyatakan hubungan di antara kata-kata
pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah.
Misalnya: alat pandang-dengar

Berdasarkan keterangan di atas, dapat disimpulkan bahawa


kesilapan ejaan pada contoh 17 dan 18 adalah tidak menurut prinsip
penggunaannya.

17. bukit bukau bukit-bukau


18. kusut masai kusut-masai

Sistem Ejaan 18
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Contoh 17 iaitu kesilapan ejaan ‘bukit bukau’, sepatutnya dieja


bukit-bukau. Begitu juga contoh 18 iaitu kesilapan ejaan ‘kusut-masai’,
sepatutnya dieja kusut-masai bagi mematuhi prinsip penggunaan tanda
sempang kepada kata ganda berentak.

Akhir sekali ialah kesilapan ejaan dalam contoh 19 dan 20.


Berdasarkan kesilapan tersebut, dapatlah diketahui bahawa kesilapan
tersebut merupakan kesilapan berasaskan penulisan Kata Sendi Nama
‘di’.

19. dirumah di rumah


20. di kerahkan dikerahkan

Merujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama


di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menunjukkan tempat. Kata sendi nama ditulis terpisah daripada kata
nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata ‘di’ juga tidak boleh
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan
waktu, masa atau zaman. Walaubagaimanapun, kata sendi ‘di’ boleh
ditulis rapat apabila diikuti frasa kerja di hadapannya. Berdasarkan contoh
19, kesilapan tersebut jelas kerana rumah merupakan tempat dan
sepatutnya ditulis jarak. Manakala contoh 20 adalah sebaliknya di mana
perkataan ‘kerahkan’ adalah merujuk kepada perbuatan dan tidak boleh
dieja jarak.

Selain itu, terdapat juga permasalahan lain seperti contoh yang


diterangkan. Misalnya, penggunaan kata sendi nama ‘ke’ juga
mengelirukan pelajar sekolah dalam menjawab peperiksaan. Kata sendi
itu hanya hadir sebelum frasa nama yang merujuk tempat dan waktu.
Misalnya; ke rumah, ke balai, ke pagi dan bukannya dihadirkan untuk kata
nama seperti ke pihak polis, ke pengetua.

Sistem Ejaan 19
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Akhir sekali, terdapat juga kesilapan ejaan ketika menggunakan


kata ganti diri singkat dan partikel –lah. Hukum-hukum tersebut perlu
diteliti dan dirujuk melalui rujukan yang sah dan baharu bukannya merujuk
rujukan buku lama kerana ejaan biasanya berubah mengikut peredaran
masa. Oleh itu, semua pengguna harus bergantung kepada Dewan
Bahasa dan Pustaka yang bertindak sebagai medium rujukan bahasa
Melayu. Penggunaan kamus harus dikerapkan selain bacaan akhbar dan
majalah-majalah bahasa untuk mengetahui informasi terbaharu.

Gambar 1: Kesalahan ejaan ‘sharikat’ di stesen minyak Shell.

Berdasarkan gambar di atas, kita dapat melihat bahawa masih lagi


terdapat kesilapan ejaan yang dilakukan pengguna meskipun
pelaksanaan sistem ejaan yang betul telah dikerahkan sejak tahun 1972.
Menurut Ismail Dahaman (2007:270), digraf Rumi ‘<sh>’ dicipta oleh
Za’ba bagi menyesuaikannya dengan huruf Jawi tunggal (‫ )ﺵ‬dalam
Sistem Ejaan Rumi Za’ba 1941.

Sistem Ejaan 20
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Namun, pada tahun 1975, Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia


(MBIM) yang ditubuhkan pada akhir 1972, setelah meneliti pelaksanaan
ejaan baru bersama, majlis ini berjaya menyusun Pedoman Umum Ejaan
yang mengandungi maklumat tambahan dan kaedah ejaan yang lebih
lengkap. Ismail Dahaman (2007:355). Kesannya, terciptalah Pedoman
Umum Ejaan Bahasa Melayu (PUEBM) yang menggugurkan sembilan
digraf termasuk ‘<sh>’ dengan menggantikannya kepada ‘<sy>’. Oleh itu,
pembetulan kepada kesilapan ejaan itu ialah syarikat.

Gambar 2: Kesalahan ejaan ‘perlaksanaan’ dalam sebuah jurnal.

Sistem Ejaan 21
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Merujuk kepada gambar di atas, dapat dikenal pasti terdapat


kesilapan ejaan dalam pengimbuhan iaitu ‘perlaksanaan’. Sepatutnya
dieja menjadi pelaksanaan. Alasannya, bagi pengimbuhan untuk kata
dasar bermula dengan huruf /l/, imbuhan apitannya ialah pe-…-an,
bukannya per-….-an. Khairul Anuar (1992:79). Ramai lagi yang tidak
sedar akan kesilapan ini. Untuk memudahkan pemahaman, haruslah
dirujuk kamus yang ditetapkan.

Gambar 3: Kesalahan ejaan ‘soal-jawab’ dalam sebuah jurnal.

Berdasarkan gambar, kesilapan yang dikenal pasti ialah ejaan


‘soal-jawab’ di mana tanda sempang digunakan pada perkataan tersebut.
Sepatutnya, harus dieja soal jawab tanpa meletakkan tanda sempang. Hal

Sistem Ejaan 22
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

ini kerana tanda sempang tidak boleh diletakkan pada kata yang
dihasilkan daripada hubungan parataksis (setara). Rangkai kata tersebut
harus dieja terpisah. Siti Hajar(2008:223). Selain soal jawab, ibu bapa,
muda mudi, sana sini dan hidup mati juga merupakan rangkai kata
parataksis.

Gambar 4: Kesalahan ejaan ‘INSTITIUT dan TEKNOLOJI’ dalam sebuah jurnal.

Berdasarkan gambar rajah 4, jelas di situ kita dapat lihat bahawa


terdapat kesalahan ejaan pada perkataan ‘teknoloji’ dan ‘institiut’. Jika
diteliti pada gambar tersebut, kesilapan ini dipetik daripada sebuah jurnal
yang bertarikh Disember 1974. Tidak sepatutnya berlaku kesilapan ejaan
selepas tahun 1972 kerana ejaan tersebut sudah lama didaftarkan dengan
ejaan yang betul menurut sistem ejaan. Ejaan ‘teknoloji’ tersebut
sebenarnya perlu ditukar kepada teknologi di mana perkataan itu adalah
kata serapan dari bahasa asing. Siti Hajar (2007:218) membuktikan
bahawa semua huruf g yang diucapkan sebagai /j/ menurut sebutan

Sistem Ejaan 23
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

bahasa Inggeris, tetap ditulis sebagai g dan disebut /g/ juga dalam bahasa
Melayu.
Hal yang sama juga turut berlaku dalam kesalahan ejaan ‘institiut’.
Sepatutnya dieja institut. Penulis merasakan bahawa kesilapan tersebut
atas sebab kecuaian serta terpengaruh dengan sistem sebutan bahasa
Inggeris.Perkataan itu hasil daripada pinjaman bahasa Inggeris. Ertinya,
ejaan kata pinjaman hendaklah dieja mengikut kata asalnya.

Alasan seperti Liverpool perlu berhati-hati berbelanja supaya tidak


menerima nasib seperti Leeds United tidak boleh digunapakai kerana seperti
yang saya tegaskan sebelum ini, pemilik perlu mempunyai kekuatan kewangan
sendiri dan bukannya membuat hutang untuk menguruskan kelab.

Petikan 1: Kesalahan ejaan ‘digunapakai’ dalam sebuah blog internet.

Berdasarkan contoh kesilapan ejaan dalam sebuah blog internet,


kita dapati memang ada kelemahan dalam kalangan rakyat Malaysia
berhubung penulisan kata majmuk berimbuhan. Merujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:75), apabila kata majmuk
menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejanya
tetap terpisah. Maksudnya, sebetulnya ejaan tersebut ialah diguna pakai,
dan bukanlah ejaan ‘digunapakai’ seperti dalam blog tersebut. Penulis
blog seharusnya mengenal pasti dahulu ejaan yang digunakan kerana
pembaca akan mengambil contoh daripada ejaan yang diterapkan.

Sistem Ejaan 24
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Gambar 5: Kesalahan ejaan ‘SERBANIKA’ pada sebuah kedai.

Gambar 6: Kesalahan ejaan ‘peket’ pada sebuah kedai.

Sistem Ejaan 25
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Jika dilihat sepintas lalu nama kedai tersebut, pasti ramai yang
tidak menyedari bahawa ejaan ‘SERBANIKA’ pada kedai tersebut adalah
salah. Ejaan yang sebetulnya adalah serbaneka berdasarkan Kamus
Dewan Edisi Keempat (2007:1467). Perkataan ini merupakan pinjaman
dari bahasa Indonesia Belanda sejak dahulu lagi. Mafhumnya, ejaan kata
pinjaman hendaklah dieja mengikut kata asalnya. Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga (2008:325) menerangkan bahawa kata asing yang
sepenuhnya terserap dari segi sebutan dan ejaannya, umumnya dieja
dengan mengutamakan bentuk tampaknya. Penulisan kata serapan itu
dibuat menurut kaedah seperti mengikut pengekalan atau perubahan
abjad.

Dalam contoh tersebut, umum merasakan bahawa istilah itu perlu


ditulis ‘serbanika’. Hal ini berlaku mungkin kerana mereka biasa
mendengar penutur menyebutnya dengan ‘serbanika’, hakikatnya huruf /i/
perlu ditukarkan dengan /e/. Akibat kesilapan sebutan, pengguna juga
turut terperangkap dalam mengeja perkataan itu. Begitu juga dengan
contoh gambar 6 di mana perkataan yang sepatutnya dieja berdasarkan
sistem ejaan yang betul, tetapi disalah eja oleh pengguna akibat
kekurangan ilmu bahasa. Dalam gambar 6, ejaan sebetulnya ialah paket.
Perkataan ini merupakan pinjaman dari bahasa Inggeris. Ertinya, ejaan
kata pinjaman hendaklah dieja mengikut kata asalnya. Dalam contoh
tersebut, ramai pengguna bahasa Melayu merasakan bahawa istilah itu
perlu ditulis sebagai ‘peket’. Hal ini berlaku mungkin kerana mereka biasa
mendengar penutur menyebutnya dengan ‘peket’, hakikatnya huruf /e/ (di
awal) perlu ditukarkan dengan /a/. Oleh itu, setiap pengguna dianjurkan
supaya merujuk kamus atau daftar ejaan Rumi.

Sistem Ejaan 26
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Gambar 7: Kesalahan ejaan ‘SE PASANG’ pada sebuah kedai.

Seterusnya, jika dilihat contoh kesilapan gambar 7 tersebut,


didapati bahawa pengguna bahasa ibunda kita sering melakukan
kesilapan yang mudah. Mereka mengambil mudah pengejaan perkataan
tanpa menghiraukan ketepatan dan kesahihan ejaan tersebut. Mungkin
mereka tidak sedar akan adanya golongan pencinta bahasa yang mampu
merungkaikan kesilapan ejaan tersebut. Sebetulnya, perkataan tersebut
dieja sepasang. Namun, contoh itu menunjukkan ejaan yang salah
dengan memisahkan ‘se’ dan ‘pasang’. Penjodoh bilangan hendaklah
dieja rapat seperti sebiji, sebuah, sekaki dan sebagainya. Sebenarnya,
perkara ini sudah dipelajari di sekolah rendah lagi. Mungkin faktor terlalu
mengambil mudah menyebabkan pengguna lupa akan ejaan sebenarnya.

Kesimpulannya, jika kita lihat setiap bentuk kesilapan yang telah


ditunjukkan, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa Melayu itu sebenarnya
tidak mudah seperti yang dianggapkan oleh generasi kini. Sebaliknya,
setiap unit tatabahasa ada aturannya yang masih tidak diketahui umum.

Sistem Ejaan 27
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Kita juga dapati terdapat hubung kait antara kesilapan ejaan dan
kesilapan sebutan. Sekiranya pentutur salah menyebut sesuatu perkataan
itu dengan bunyi yang tidak betul, maka sudah pasti ejaannya juga akan
ada khilafnya. Sebagai anak Malaysia, kita seharusnya tahu mengenai
ilmu bahasa dengan mendalam supaya dapat menggunakannya dengan
berkesan.

4.2 Kesilapan Sebutan

Dalam bahagian ini, perbincangan dihadkan kepada aspek sebutan


perkataan sahaja. Sebagai bahasa fonemik, bahasa Melayu mempunyai
aturan untuk membunyikan perkataan-perkataan berdasarkan nilai bunyi
yang didukung oleh setiap fonem dan huruf. S. Nathesan (1998:4).
Umpamanya fonem /a/, dibunyikan /a/ pada mana-mana posisi, tidak kira
di awal, tengah, atau akhir, seperti /a + pa/, /ba + tu/, dan /su + ka/.
Konsonan /g/ dibunyikan /g/ seperti dalam perkataan /gi + gi/, /tek + no +
lo + gi/, (bukan /ték + no + lo + ji/). Demikian juga bagi konsonan /c/ yang
membawa nilai bunyi /c/ seperti dalam perkataan /ca + cat/, /ba + ca/,
dan /pas + ca/, (bukan /pas + ka/).

Ada tiga jenis kesalahan umum mengenai sebutan, iaitu (i)


kesalahan sebutan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, (ii)
kesalahan sebutan beberapa kata tertentu dalam bahasa Melayu, dan (iii)

Sistem Ejaan 28
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

kesalahan intonasi dan tekanan. Menurut S. Nathesan (1998:4), kesilapan


ini mungkin berpunca daripada pengaruh bahasa ibunda, loghat daerah,
kelaziman sebutan dan ejaan kata itu sendiri.

Sistem ejaan telah menetapkan bahawa sebutan untuk kata


pinjaman daripada bahasa Inggeris hendaklah menurut sistem bunyi
bahasa Melayu, iaitu bunyi huruf dilafazkan sesuai dengan fonem yang
dilambangkan, tetapi penutur bahasa melafazkannya menurut bunyi
sebutan dalam bahasa Inggeris atau dengan cara yang lain. Antara
beberapa contoh kesalahan yang kerap dilakukan oleh pengguna adalah
seperti yang berikut:

Kata Kesilapan Sepatutnya


1. dialog /dai + log/ /di + a + log/
2. radio /ré + di + o/ /ra + di + o/
3. nasional /né + sye + nel/ /na + si + o + nal/
4. April /é + pril/ /ap + ril/
5. unik /yu + nik/ /u + nik/
6. teknologi /ték + no + lo + ji/ /ték + no + lo + gi/
7. erat /é + rat/ /e + rat/
8. definisi /dé + fi + na + si/ /dé + fi + ni + si/
9. peka /pe + ke / /pé + ka/
10. manfaat /mu + na + fa + at/ /man + fa + at/

* ẽ = e taling, manakala e = e pepet

Berdasarkan contoh kesilapan sebutan yang dibentangkan di atas,


didapati bahawa contoh kesilapan 1 hingga 6 mengandungi pengaruh
bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Oleh sebab perkataan-perkataan ini
dipinjam terus daripada bahasa Inggeris, maka penutur masih
membunyikannya mengikut bunyi atau sebutan bahasa sumber. S.

Sistem Ejaan 29
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Nathesan (1998:3). Di sini perlu diingatkan bahawa bahasa Melayu ada


sistem bunyinya yang tersendiri yang tidak sama dengan bahasa Inggeris.
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang disebut sistem fonemik.
Sistem ini bermaksud setiap huruf ada nilai bunyi yang tetap dan yang
tidak berubah seperti dalam bahasa Inggeris di mana bunyinya berubah.
Misalnya contoh kesilapan nombor 6, Siti Hajar (2007:218) membuktikan
bahawa semua huruf g yang diucapkan sebagai /j/ menurut sebutan
bahasa Inggeris, tetap ditulis sebagai g dan disebut /g/ juga dalam bahasa
Melayu.

Manakala bagi contoh kesilapan sebutan 7 hingga 10, disimpulkan


bahawa kesilapan tersebut disebabkan pengguna tidak tahu dan tidak
peka terhadap sebutan yang betul. Cara yang paling baik untuk
menentukan bunyi dan sebutan yang betul adalah dengan merujuk
kamus. Dalam kamus bahasa Melayu ada ditandakan lambang
terutamanya bagi sebutan ‘é’ taling.
Perlu ditegaskan bahawa sebutan baku bahasa Melayu bukan
hanya untuk perkataan pinjaman sahaja. Malah, tercakup juga perkataan
asli bahasa Melayu. Walaupun sudah lama dilaksanakan, namun gagasan
sebutan baku dalam bahasa Melayu masih belum mencapai matlamatnya.
Menurut Norzahwarthy Hj. Kadir. (2006:680) dalam jurnal yang
bertajuk ‘Tinjauan Kesilapan Fonologi Penutur Natif Bahasa Iban dalam
Penguasaan Bahasa Melayu Standard’ mendapati terdapat banyak
kesilapan pertuturan dalam kalangan kaum Iban. Biarpun mereka bukan
berbangsa Melayu, namun mereka belajar subjek bahasa ibunda di
sekolah dan mereka seharusnya mematuhi hukum tatabahasa dan
sebutan bahasa Melayu. Berikut disertakan senarai kesilapan sebutan
setelah dilakukan soal selidik ke atas respondan tersebut:

Kata Kesilapan Sepatutnya


1. mesej /mé + sés/ /mé + séj/

Sistem Ejaan 30
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

2. hantu /an + tu/ /han + tu/


3. beritahu /be + ri + tau/ /be + ri + ta +hu/
4. hafal /ha + pal/ /ha + fal/
5. video /bi+ déo/ /vi + déo/
6. zaman /ja + man/ /za + man/
7. azam /a + jam/ /a + zam/
8. syarat /sa + rat/ /sya + rat/
9. enak /i + na? / /é + nak/
10. takrif /tak + rip/ /tak + rif/
* é = e taling, manakala e = e pepet
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan terhadap penutur natif Iban
ini, dapatlah disimpulkan bahawa kebanyakan daripada mereka gagal
bertutur dengan baik dalam sebutan bahasa Melayu baku. Hal ini kerana
faktor bahasa ibunda yang sering dipertuturkan sejak kecil dahulu.
Maksudnya, mereka tidak berupaya mengubah gaya pertuturan menjadi
baku sebaliknya masih menggunakan bahasa ibunda.
Situasi yang sama juga turut berlaku kepada pelajar-pelajar lain
khususnya pelajar di bandar. Mereka tidak dapat menuturkan sebutan
bahasa Melayu baku kerana terpengaruh dengan faktor persekitaran dan
kelaziman berpunca daripada ibu bapa itu sendiri. Rabiah Bt. Bani.
(1998:6). Berikut disediakan contoh dialog antara penutur bahasa Melayu
dalam komunikasi harian yang mengandungi kesilapan sebutan:

Kamu mau ke mane Ah


B
Saye mau tidur ma. Chong?

A:

B:

Berdasarkan dialog di atas, kita dapat membuat kesimpulan


bahawa penutur bahasa Melayu khususnya yang bukan berbangsa
Melayu gagal bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu yang baik.

Sistem Ejaan 31
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Masalah sebutan dan intonasi banyak terjadi bagi sebutan yang


mengandungi bunyi /a/ di suku akhir terbuka; sepatutnya diucapkan /a/
bukan /e/ jika mengikut peraturan sebutan baku. Dalam contoh dialog di
atas, perkataan ‘saya’ sepatutnya disebut /sa + ya/, bukannya /sa + ye/.
Selain itu, perkataan ‘mana’, perlu diucapkan /ma + na/ dan bukannya
/ma + ne/. Situasi ini sudah menjadi lumrah bagi penduduk tempatan
kerana mereka mungkin tidak berasa selesa sekiranya berbahasa baku.
Agak sukar untuk kita mendengar pertuturan baku oleh pengguna bahasa
ibunda melainkan dalam pertandingan pidato dan seumpamanya.
Perkara ini dilihat sangat membimbangkan tambahan pula generasi
kini semakin lupa akan asal usul mereka. Sedangkan mereka sudah
belajar ketika di zaman persekolahan mengenai kemahiran lisan.
Sekalipun mereka berasal daripada ras atau etnik yang pelbagai, faktor itu
tidak boleh dijadikan alasan memandangkan terdapat golongan Cina dan
India yang fasih menuturkan bahasa Melayu. Lihat sahajalah pemimpin
dan menteri-menteri kaum selain Melayu, pertuturan mereka boleh dipuji
biarpun ada dalam kalangan mereka yang masih lagi gagal bertutur
dengan teratur dan fasih. Contoh lain boleh dilihat apabila kita menonton
siaran berita yang disampaikan pembaca berita kaum Cina dan India.
Mereka menuturkan bahasa Melayu dengan susunan bunyi dan sebutan
yang betul.

Selain kesilapan-kesilapan seperti yang ditunjukkan, terdapat juga


kesilapan intonasi yang menjadi kesilapan tipikal bagi penutur yang lemah
dalam berkomunikasi. Mungkin kerana faktor keluarga atau penyakit,
golongan ini gagal melemparkan ujaran dengan intonasi yang betul.
Misalnya, ayat tanya:

Makan nasi? Sekiranya tidak menerima intonasi yang betul, dialog itu
akan bertukar menjadi ayat penyata, makan nasi.

Seharusnya setiap penutur memperbaiki intonasi dan tekanan suara agar


tidak memberikan masalah kepada khalayak pada suatu masa nanti. Bagi

Sistem Ejaan 32
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

mereka yang berpenyakit, hendaklah ditemukan dengan pakar psikologi


mahupun guru yang pakar dalam mengajar bidang lisan bahasa.

Kesimpulannya, jelas di sini dapat dilihat bahawa setiap penutur


perlu lebih berhati-hati dalam bertutur dan berkomunikasi. Kadang kala
kita tidak sedar akan apa yang diucapkan itu adalah betul dari segi
sebutannya atau sebaliknya. Begitu juga kepada sesiapa yang terlalu
lazim dengan loghat kedaerahan, perlulah dibaiki kerana bahasa Melayu
seringkali digunakan dalam ranah rasmi. Teo Kok Seong. (2006:703).

5.0 Langkah Mengatasi

Tanpa bunyi bahasa, tiada kata untuk ujaran. Tanpa ujaran, tiada tulisan
dan ejaan. Sudah separuh alaf usaha dilakukan untuk merakamkan bahasa
Melayu dengan tulisan Rumi, di samping tulisan Jawi. Justeru, penelusuran
usaha dan kepustakaan dalam tempoh tersebut mempamerkan wujudnya
kebersungguhan masyarakat antarabangsa dan setempat dalam mengenali
bunyi sebutan dalam bahasa Melayu secara mencipta, menggunakan dan
membakukan ejaan Rumi sepanjang zaman. Ismail Bin Dahaman (2007).

Penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua


pihak berwajib adalah perlu untuk memastikan bahawa bahasa Melayu baku
sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan
perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Demikian juga
bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi,
mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat
kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Amat menyedihkan apabila
mesyuarat pemimpin-pemimpin kerajaan juga menggunakan bahasa asing
sedangkan bahasa utama yang berfungsi sebagai bahasa rasmi negara
diketepikan. Mengambil contoh negara Jepun misalnya, mereka menjadikan
bahasa Jepun sebagai bahasa utama tanpa menghiraukan kedatangan bahasa

Sistem Ejaan 33
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

asing. Biarpun bahasa Inggeris dikatakan bahasa antarabangsa, namun


penggunaannya di Jepun adalah tidak ketara kerana mereka menjadikan bahasa
Inggeris itu sebagai bahasa asing bukan seperti Malaysia yang
mengumpamakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua terpenting. Jangan
kita memberi alasan bahawa kita tidak akan maju sekiranya menggunakan
bahasa ibunda. Biarpun globalisasi kini lebih meriah dengan penggunaan
bahasa Inggeris, tetapi itu tidak bermakna setiap negara perlu menerapkan
bahasa tersebut sebagai penggunaan di era moden yang penuh berteknologi ini.
Lihat sahajalah negara Jepun, mereka mampu menjadi sebuah negara maju
dengan menggunakan bahasa ibunda mereka. Oleh itu, pihak kerajaan
khususnya perlu berhati-hati dalam membentuk sebuah negara yang bijak
berbahasa dengan berkesan di samping mengelak daripada bahasa kita lenyap
dek bangsa sendiri.

Di samping itu, media elektronik dan media cetak perlu menyekat


penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan
kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu.
Pengamal-pengamal media perlu turut bekerjasama memartabatkan bahasa
Melayu yang bermutu tinggi. Umpamanya, wartawan yang bertugas mahupun
penyampai radio perlulah memainkan peranan sebagai model ikutan berikutan
setiap komuniti akan bertumpu kepada golongan ini dalam pelbagai hal. Apabila
mereka menonton siaran berita, membaca akhbar ataupun mendengar siaran
radio, pertuturan golongan pengamal media ini menjadi halwa telinga setiap
segenap lapisan masyarakat. Masyarakat pula yang kurang arif mengenai ilmu
bahasa membayangkan apa sahaja yang dipertuturkan oleh pihak media adalah
benar belaka. Bagi penggemar bahan bacaan seperti majalah dan akhbar,
mereka akan sentiasa membaca bahan tersebut dan pendedahan terhadap
kesilapan ejaan amatlah membimbangkan. Oleh itu, isu ini tidak harus dilebarkan
lagi dan perlu diatasi sebaik mungkin bagi mengelakkan kekeliruan kebanyakan
orang.

Sistem Ejaan 34
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Selain itu, DBP juga perlu diberi kuasa undang-undang untuk


menegur dan mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang melakukan
kesalahan bahasa. DBP melaksanakan amanah bangsa dan negara dalam
proses pembinaan negara melalui kerja yang berkaitan dengan perancangan
bahasa, sastera kebangsaan dan penerbitan. Orang yang memahami konsep
pembinaan dan pembangunan negara dari sudut yang sempit, yakni yang
memandang pembinaan dan pembangunan negara dari aspek pembangunan
fizikal semata-mata, mungkin tidak dapat melihat peranan DBP dalam
pembangunan dan pembinaan negara. Mafhumnya, bangsa akan terdidik
dengan peranan DBP yang merangka pelbagai usaha bagi memartabatkan
bahasa ibunda. Selain itu, bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula
hendaklah mewujudkan satu biro khas berkaitan dengan bahasa baku agar
makalah yang diterbitkan diedit mengikut bahasa baku yang betul. Jawatankuasa
ini bertindak sebagai penyekat pencemaran dan melunaskan undang-undang
bagi mereka yang tidak patuh. Untuk itu, segala apa yang berlandaskan dengan
hukuman dan undang-undang boleh menjadi titik permulaan sebagi langkah
pencegahan permasalahan bahasa.

Sebenarnya, langkah yang dilihat paling penting bagi mengatasi masalah


ini adlah dengan menanganinya di peringkat sekolah melalui pembudayaan
bahasa khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Guru-guru perlu lebih prihatin dalam mengajar bahasa Melayu kepada pelajar.
Setiap kesalahan pelajar ketika menggunakan bahasa Melayu perlu diatasi
dengan segera. Jangan biarkan pelajar mempelajari ilmu bahasa secara
membuta sahaja. Di samping itu, aktiviti kebahasaan juga perlu senantiasa
diadakan dan diperbanyakkan bagi memastikan kesalahan-kesalahan berbahasa
boleh diperbetulkan. Misalnya, pertandingan pidato ataupun kuiz-kuiz mengenai
sistem ejaan. Selain itu, pihak sekolah juga boleh melaksanakan bulan bahasa di
mana pengisiannya dipenuhi dengan peraturan berkomunikasi dengan
menggunakan bahasa baku. Sekiranya ada segelintir sekolah yang mewajibkan
pelajar berbahasa Inggeris dan mendenda bagi siapa yang tidak patuh dengan

Sistem Ejaan 35
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

sejumlah wang, apalah kiranya jika pelaksanaan yang sama diterapkan dalam
penggunaan bahasa Melayu. Kesan aktiviti ini akan mengurangkan kesalahan-
kesalahan bahasa dan sekaligus melahirkan pengguna bahasa yang betul.

Akhir sekali, setiap pengguna bahasa Melayu harus menukar corak


pemikiran mereka yang beranggapan bahawa bahasa Melayu itu mudah.
Menurut Rabiah Bt. Bani. (1998:6), antara faktor yang menyebabkan
pencemaran bahasa berlaku adalah disebabkan sikap individu itu sendiri yang
menganggap bahasa Melayu itu mudah. Hal ini kerana mereka kebanyakannya
dilahirkan berbangsa Melayu dan mendapat pendedahan awal sejak kecil lagi.
Setiap pengguna dan penutur perlu sentiasa peka terhadap perkembangan
bahasa Melayu serta menyimpan hasrat untuk meningkatkan pengetahuan
dalam bidang bahasa ini. Rata-rata masyarakat di negara ini menceburi bidang
selain bidang bahasa. Jadi, mereka akan meninggalkan ilmu tersebut sebaik
sahaja tamat mempelajarinya di sekolah atau di institut pendidikan. Hal ini
mengakibatkan mereka cetek pengetahuan berkaitan bahasa kerana terlalu
ampuh dengan penggunaan bahasa Inggeris yang disifatkan bahasa global
merangkumi aspek teknologi dan dunia perniagaan. Saranan penulis kepada
pengguna bahasa adlah agar banyak membaca buku-buku, majalah-majalah dan
bahan bacaan yang tulis dalam bahasa Melayu dan seterusnya dapat
meningkatkan pengetahuan mereka dalam bahasa.

Oleh itu, sangatlah diharapkan bahawa semua pengguna bahasa Melayu


dapat melaksanakan tanggungjawab bersama dalam memartabatkan bahasa
Melayu. Bahasa kita merupakan jiwa kita yang memayungi segenap lapisan
masyarakat dan digunakannya dalam segala situasi sebagai alat komunikasi
yang mudah dan berkesan. Bagi pihak yang ingin berusaha mencemari bahasa
dan mengekang kemaraan bahasa kita, janganlah berangan-angan untuk
melenyapkan bahasa Melayu dengan alasan kepentingan peribadi melalui
penggunaan bahasa asing. Walaupun perkara sebegitu sudah terjadi, namun
masih sempat untuk diubati. Malaysia bukan sahaja mahu melahirkan seorang

Sistem Ejaan 36
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Za’ba, malah ramai lagi Za’ba baharu yang akan lahir yang bakal merafakkan
bahasa ibunda ini.

6.0 Kesimpulan

Daripada perbincangan di atas, kesimpulan yang dapat diambil tentang


hal ini ialah penguasaan bahasa oleh generasi muda kita, dari murid sekolah
rendah kepada mahasiswa yang akan menjadi pemimpin negara adalah jauh
dari memuaskan. Kelemahan bahasa dapat dilihat dari beberapa aspek dari
kesalahan ejaan kepada kesalahan tatabahasa dan kepada cara mengarang
yang tidak berkesan dan tidak berjaya menyampaikan maksud. Usaha untuk
menjernihkan kekeliruan dan kekabutan perlu segera dilakukan untuk
menghalang berlakunya kitaran krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat
pengguna bahasa Melayu.

Masalah kekeliruan dan kesalahan dalam kalangan pengguna bahasa


tidak akan menjadi ketara sekiranya golongan yang berpengaruh memahami dan
mematuhi peraturan berbahasa yang betul. Oleh hal yang demikian pencemaran
bahasa dalam masyarakat kita perlu ditangani dengan lebih serius lagi. Bagi
menjamin masyarakat yang menggunakan bahasa dengan betul, kerjasama
daripada pelbagai pihak perlu dilakukan. Bahasa melambangkan bangsa, oleh
hal yang demikian pemantapan bahasa kita mencerminkan diri kita sebagai
rakyat Malaysia.

Jelaslah di sini bahawa pencemaran bahasa perlu diberi perhatian yang


serius tentang para pendidik. Apa yang jelas di sini adalah kesilapan bahasa

Sistem Ejaan 37
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

merupakan satu gejala biasa yang ditempuhi oleh setiap individu melalui proses
pembelajaran secara formal sesuatu bahasa. Tetapi, tidak ramai pula mereka
yang menyedari betapa pentingnya menganalisis kesilapan secara sistematik.
Analisis kesilapan bahasa secara terancang akan dapat membantu proses
mempelajari sesuatu bahasa mahupun memperbaiki kurikulum pengajaran
bahasa.

Kesan-kesan terhadap masalah ini jika tidak dibendung maka pelajar-


pelajar akan mengulangi kesalahan yang sama hingga ke peringkat yang lebih
tinggi kerana kesalahan ini boleh menjejaskan pemarkahan mereka dalam
peperiksaan sama ada kesalahan ejaan, imbuhan, tatabahasa dan sebagainya.
Guru-guru di sekolah hendaklah mengambil inisiatif agar pelajar-pelajar tidak
membiasakan diri mereka menggunakan dialek daerah dengan cara
berkomunikasi dengan pelajar menggunakan bahasa Melayu standard. Ini
menyebabkan pelajar-pelajar tersebut tidak menghiraukan masalah berkenaan.

Sebetulnya, tugasan ini sebenarnya telah banyak membantu kami dalam


mempelajari ilmu bahasa dengan lebih mendalam. Secara jujurnya, kesilapan
yang telah diterangkan sebelum ini pernah juga kami lakukan memandangkan
kami bukanlah pakar bahasa dan terlalu mengambil mudah terhadap bahasa
sendiri. Sebaliknya, tugasan kerja kursus ini bertindak mengembalikan
kedudukan kami selaku bakal pendidik yang mahu mendidik anak bangsa
supaya menjadi insan gemilang. Kami juga terpanggil untuk mengutarakan
pendapat dalam mengatasi permasalahan pencemaran bahasa ini. Oleh itu,
kami sediakan rangka cadangan bagi membuka mata sekalian pihak yang dikira
bertanggungjawab dalam memastikan bahasa kita gah di mercu jaya.

Sistem Ejaan 38
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

7.0 Refleksi
7.1 MUHAMMAD AMINUL KHALIL BIN ZAINI

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana penulis berjaya menyiapkan tugasan ini


dengan sempurna. Biarpun pada awalnya menjangkakan bahawa tugasan ini
sukar, tetapi akhirnya dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.
Sebenarnya, di awal mendapat tugasan ini, penulis tidak terbayang sedikit pun
apa yang perlu dilakukan. Tetapi dengan dorongan Puan Norhayati, gambaran
itu menjadi jelas sedikit dan membuatkan penulis tidak sabar-sabar untuk
memulakan tugasan.

Penulis telah mencari bahan di pelbagai tempat dan sumber. Biarpun


hanya sedikit sahaja isi yang ditemui, namun tetap bersyukur kerana sekurang-
kurangnya penulis tidak melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Tugasan ini
banyak mendisiplinkan diri khususnya ketika berada di penghujung tarikh
serahan tugasan.

Selain itu, penulis dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan bagi
menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama terhadap kejayaan semua.
Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas
dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini.

Sementara itu, secara jujurnya penulis sangat bersyukur kerana


mendapat tugasan ini. Hal ini disebabkan penulis dapat menambah pengetahuan
tentang sistem ejaan kerana sebelum ini hanya memahami apa yang di ajar

Sistem Ejaan 39
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

secara umum. Dengan adanya tugasan seperti ini, ilmu menegenai sistem ejaan
sebenar Bahasa Melayu baku akan cuba dipraktikkan meskipun sudah
meninggalkan mata pelajaran ini kelak.

Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih dihamparkan kepada sesiapa


sahaja yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini.

7.2 MUHAMMAD HANIFA BIN BASIRON

Pada 17 Ogos 2009, satu tugasan kerja kursus berasaskan ilmu bagi
subjek sistem ejaan telah diberikan oleh pensyarah sistem ejaan kami iaitu Puan
Norhayati Mat Yatim. Tugasan ini hendaklah dibuat secara berdua dan saya
telah memilih untuh membuat tugasan ini bersama Muhammad Aminul Khalil.

Tugasan ini berkaitan tentang menganalisis kesalahan sistem ejaan dan


sebutan. Setelah membahagikan tugasan, saya diminta untuk mencari maklumat
tentang faktor-faktor kesalahan sistem ejaan dan sebutan. Untuk menyiapkan
tugasan ini, saya terpaksa bertungkus lumus untuk mencari maklumat yang
berkaitan dengan tugasan ini. Saya sering membuat rujukan di perpustakaan,
internet dan juga melalui pensyarah-pensyarah untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya juga telah mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan lain dalam
membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Semasa menyiapkan tugasan ini, saya dapat mempelajari serta


menambah pengetahuan saya tentang sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu
secara lebih teliti. Saya juga dapat mengetahui apakah faktor yang
menyebabkan kesalahan ejaan dan sebutan dalam bahasa Melayu yang saya
kurang tahu sebelum ini.

Akhirnya, dengan titik peluh saya sendiri juga pertolongan dari rakan-
rakan dan juga pensyarah, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Sistem Ejaan 40
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya diberi
panduan untuk menyelesaikan tugasan ini.

Sekian, terima kasih

8.0 Rujukan
8.1 Sumber buku

Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu Kemas Kini. Batu Caves, Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Awang Sariyan. (1983). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Bin Dahaman (2000). Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Bin Dahaman. (2007). Ejaan Rumi Sepanjang Zaman. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, DAWAMA Sdn. Bhd.
Khairul Anuar. (1992). Kesalahan Tanda Baca dan Ejaan, Silap Tu! Jilid 1.
Petaling Jaya, Selangor: Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid
Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, DAWAMA Sdn. Bhd
Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsudin. (2007). Teks STPM Bahasa
Malaysia. Shah Alam , Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk
Pelatih Maktab Perguruan. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Sistem Ejaan 41
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Raminah Hj. Sabran. (1983). Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati
Bahasa Melayu di Kalangan Guru Pelatih, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd
Abd. Hamid Mahmod. (1945). Kuasai Sistem Ejaan Bahasa Melayu
Baharu Melalui Latihan. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

8.2 Sumber jurnal

Norzahwarthy Hj. Kadir. (2006). ‘Tinjauan Kesilapan Fonologi Penutur


Natif Bahasa Iban dalam Penguasaan Bahasa Melayu Standard’. dlm.
Jurnal Bahasa. Jld. 6. Bil. 14. hlm. 679-695. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Rabiah Bt. Bani. (1998). ‘Kesalahan Ejaan’. dlm. Jurnal Melewar. Bil. 4.
hlm. 6-7. Raja Melewar: Maktab Perguruan Raja Melewar.
S. Nathesan. (1998). ‘Masalah dalam Penguasaan Bahasa Melayu’. dlm.
Jurnal Pendidikan (CERANA). Bil. 3. hlm. 3-5. Batu Pahat: Maktab
Perguruan Batu Pahat.
Teo Kok Seong. (2006). ‘Keracunan dalam Bahasa Melayu’. dlm. Jurnal
Bahasa. Jld. 6. Bil. 14. hlm. 697-709. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

8.3 Sumber internet


Sastera dan Budaya. (2007 April 18). Masalah Pelajar Melayu Berhubung
Dengan Pembelajaran Bahasa Melayu :Satu Tinjauan Dari Sudut
Linguistik. Retrieved on 19 September 2009. From www.brunet.bn:
http://www.brunet.bn/news/pelita/18apr/sasbuday.htm

Sistem Ejaan 42
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Muhammad Salaebing (2007). Pencemaran Bahasa. Retrieved on 18


September 2009. From http://webhost.tsu.ac.th:
http://webhost.tsu.ac.th/smuhammad/pdf/pencemaran%20bahasa..pdf

BIL PERKARA TARIKH

17
9.0 J A D U A
1 Menerima tugasan dan sedikit penerangan daripada Ogos
Puan Norhayati.
2009

19
Ogos
2 Mula mencari rakan pasangan dan mengagihkan
tugasan. 2009

16

3 Mula mencari buku-buku rujukan tentang Sistem Ejaan September


Bahasa Melayu dan buku-buku lain yang berkaitan di 2008
Perpustakaan Negara.

21

4 Mula menjalankan kerja menaip dan membuat sedikit Septemberi


perbincangan dengan rakan-rakan yang mengetahui 2009
tentang tugasan ini.

29

5 Tugasan siap dan hanya memerlukan sedikit September


penambahan sahaja.
2009

1
Sistem Ejaan 43
6 Tugasan diserahkan. Oktober

2009
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Sistem Ejaan 44

You might also like