You are on page 1of 3

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MATEMATIK

1. Konsep dan Tujuan Pendidikan Pemulihan Matematik

Pengenalan

Dalam konteks sekolah rendah, Program Pendidikan Pemulihan merupakan tindakan


yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

Konsep dan Definisi Pendidikan Pemulihan Matematik

 Konsep matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting yang harus
dipelajari oleh semua orang. Cara dan teknik matematik itu sendiri haruslah
dikuasai jika kita hendak mendalami bahasa bidang tersebut.

 Konsep matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu
seni, dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi
manusia.

 Konsep pendidikan pemulihan matematik ialah satu tindakan yang diambil untuk
mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam mata
pelajaran matematik di sekolah rendah amnya. Pendidikan Pemulihan ini lebih
menumpukan kepada kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi
tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Biasanya program ini
dikendalikan oleh guru-guru yang telah menjalani latihan khas (matematik).

Kalau kita perhatikan dalam diri murid-murid, proses kognitif dan pengetahuan telah
berkembang sejak permulaan persekolahan lagi. Oleh itu, untuk mengukuhkan lagi
pengetahuan tentang matematik guru perlu memperkenalkannya dengan menggunakan
kaedah dan strategi yang dapat menarik minat murid tersebut meneroka bahasa itu. Proses
untuk memahami konsep memerlukan masa yang agak panjang. Murid-murid perlu
mempunyai persediaan yang mencukupi sebelum membina dan melanjutkan sesuatu konsep
itu. Bagi tujuan ini, proses itu perlu dimajukan mengikut suatu susunan yang tertentu dalam
3 fasa :-

1. Memajukan kefahaman prasyarat bermaksud membuat persediaan untuk


mempelajari sesuatu konsep. Kemahiran yang diperlukan dalam fasa ini
mungkin berupa kesediaan terhadap sesuatu yang hendak dipelajari atau idea
yang telah dipelajari bolehlah dihubungkaitkan dalam pembentukan konsep
yang hendak dikaji.

2. Membina konsep dan generalisasi ialah membentuk idea dengan


menghubungkan pengalaman yang telah dipelajari dengan pengalaman yang
baru. Proses ini melibatkan sesuatu kesimpulan yang telah dibuat yakni

1
generalisasi yang diperolehi dari contoh yang dikaji atau yang telah dipelajari
lebih awal melalui proses pembelajaran. Di sini murid-murid perlu

menghasilkan sesuatu contoh dan mengkajinya untuk menunjukkan bahawa


sesuatu idea atau pengetahuan itu telah diperolehi.

3 Melanjutkan dan mengukuhkan pengetahuanan ialah murid melanjutkan


kefahaman dengan cara mengkaji kandungan pengetahuan yang baru dibina
dan mengukuhkan pengetahuan itu dengan memeriksa kembali dan
mengulanginya supaya pengetahuan yang betul dapat difahami dan dikekalkan
dalam pemikiran mereka.

Tujuan pendidikan pemulihan matematik

Dalam mata pelajaran matematik, masalah ini wujud dalam dua keadaan iaitu murid-
murid salah dalam mempelajari dan memahami konsep dan kemahiran matematik
serta murid-murid memang lemah dari segi mental. Oleh yang demikian, tujuan
untuk mengadakan pemulihan matematik adalah perlu bagi murid-murid yang sukar
menguasai pembelajaran matematik ini. Antara tujuannya adalah seperti berikut :-

 Menolong dan membantu murid-murid yang lambat dalam menguasai


kemahiran-kemahiran asas matematik seperti mengenal nombor, operasi
tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi seterusnya dapat
digunakan dalam kehidupan seharian.

 Melatih murid-murid menggunakan kemahiran asas yang telah dipelajari seperti


menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan
membantu murid-murid membina keyakinan dalam diri mereka.Sebagai
contohnya, apabila seorang murid berjaya menyelesaikan masalah dan faham
tentang apa yang telah dipelajari, mereka akan berasa yakin dengan kebolehan
diri sendiri dalam mempelajari matematik.

 Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dikuasai oleh


murid-murid.

 Memberi peluang kepada murid-murid lembam mempelajari kemahiran


matematik mengikut kadar kebolehan mereka sendiri. Ini dilakukan untuk
mengelak mereka daripada terus tercicir dan seterusnya dapat memupuk minat
mereka untuk mempelajari mata pelajaran matematik.

Latihan 1

2
Dengan merujuk bahan multimedia, terangkan konsep pendidikan
pemulihan matematik dengan lebih khusus.

Berehatlah sambil menikmati segelas minuman, sebelum anda beralih


kepada latihan yang seterusnya.

Latihan 2

Dengan menggunakan pengurusan grafik, terangkan tujuan-tujuan


pendidikan pemulihan matematik dengan terperinci.

Layari laman web yang bersesuaian untuk mendapatkan maklumat


tambahan sebelum anda melangkah ke soalan yang lain.

Latihan 3

Hubung kaitkan tujuan matematik dengan kehidupan seharian rakyat


Malaysia dan wawasan negara. Dapatkan seberapa banyak maklumat di
perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

You might also like