You are on page 1of 17

Hak Asasi Kanak-Kanak

Pengenalan

Dunia kanak-kanak sepatutnya dilalui dengan penuh riang dan ceria. Seiring usia yang masih
mentah dan jiwa mereka yang putih bersih, kanak-kanak berhak menikmati kehidupan indah dan
menggembirakan. Kanak-kanak perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh anggota
masyarakat bagi memberi peluang kepada mereka untuk berkembang potensi secara menyeluruh
dan seimbang. 

Hak asasi kanak-kanak sejagat telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau dikenali sebagai Children's Rights Convention
(CRC) pada tahun 1989. Negara Malaysia telah terima pakai CRC kecuali mengekalkan
reservasi terhadap Fasal 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28 (1) (a) dan 37. kerana bertentangan dengan dasar,
undang-undang dan amalan negara kita (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia). Menurut
CRC, hak utama kanak-kanak yang harus dilindungi adalah:

 Hak untuk hidup


 Hak memperoleh perlindungan
 Hak berkembang
 Hak penyertaan

Bagi memastikan mereka tidak terabai di dalam arus kehidupan masa kini yang penuh cabaran,
hak asasi kanak-kanak perlu dihormati dan dilindungi dalam aspek yang berikut:

 penjagaan
 pendidikan
 kemudahan asas
 advokasi
 perundangan
 perkerjaan dan kesejahteraan hidup kanak-kanak. 
Hak asasi kanak-kanak di Malaysia

©
U
N
M
al
ay
sia
/2
00
4/
C
ha
ul
y

Malaysia telah mewujudkan persekitaran yang memberi kesempatan kepada kanak-kanak,


termasuk institusi berkanun, gabungan bukan kerajaan dan kesedaran umum yang semakin
meningkat.

Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanaknya,


Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyen-konvensyen  yang
berikut:

 Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak : 19 Mac 1995


 Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita: 4 Ogos 1995
 Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (umur minimum untuk diambil
bekerja) : 1997
 Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak yang
paling teruk): 10 November 2000
 Konvensyen menentang Jenayah Terancang Transnasional : 26 September 2002
(ditandatangani)

Pada peringkat kebangsaan, Malaysia menyatukan tiga undang-undang perlindungan kanak-


kanak dan mahkamah juvenil yang terdahulu untuk membentuk Akta Kanak-kanak 2001*
(Child Act 2001) yang menjadikan laporan penganiayaan kanak-kanak mandatori.
Unit 5.0: Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-
kanak 1989
Hak Asasi Kanak-Kanak
Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas
Ia juga meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan
tanggungjawab perlindungan oleh keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan

keperluan bagi perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain


kepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentingan
hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakan satu
peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak
asasi kanak-kanak.

Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan
yang sesuai untuk kanak-kanak?

Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh


Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November
1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara yang
berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung

dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.
PERKARA 6
1. Negara-Negara Pihakmengiktirafkan bahawa tiap-tiapkanak-kanak
mempunyai hak sedia ada untuk hidup.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yangsebanyak
mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.
Kewujudan dan perkembangan
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, danN egara
mempunyai obligasiunt uk memastikan kewujudan dan perkembangan
kanak-kanakit u.
PERKARA 18
1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk
memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai

tanggungjawabber sama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu

bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-


undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan
kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas

Tanggungjawab ibu bapa


Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak,
danNegara hendaklahmenyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah

memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran


anak.

2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam


Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang
sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam
melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah
memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi

jagaan kanak-kanak.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar
untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja
berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan
anak yang mereka layak.
PERKARA 27
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepadat araf
hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian,
kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.

Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi
bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan
sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa
kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah

untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan.


Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa
dan anak-anakmereka.
2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi
kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut
kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu
bagi perkembangan kanak-kanak itu.

3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan


mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk

membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-
kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah, jika diperlukan,
memperuntukkan bantuan material dan program sokongan, terutamanya
berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.

4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya


untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak
daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai tanggungjawab
kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik dalam Negara Pihak dan dari luar

negeri. Secara khususnya, jika orang yang mempunyai tanggungjawab


kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan
daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah
menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan
perjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.

PERKARA 28

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengant ujuan
untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka
hendaklah, secara khususnya:

(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secaraperc uma


kepada semua;
(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai
bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu
dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang
sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma danmenawarkan

bantuan kewangan jika diperlukan;

(c) Menjadikan pendidikan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan


melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;
(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan

diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak;


(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara
tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.

Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk
memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan
pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-
tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada
semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak
dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam
kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang

sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan


mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan
menepati Konvensyen ini.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan
kerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan
pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada

pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkan


akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran
yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada
keperluan negara-negara membangun.

PERKARA 29
1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah
dihalatujukan kepada:

Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-


kanak pada tahap potensi yang paling tinggi;
Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi,
dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu;
Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti
kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang
diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi
tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;
Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam
masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan,

toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang,


kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya penduduk
asli;

Dasar Kanak-Kanak Negara

PENGENALAN

Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting, yang menjadi aset
negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Pada tahun 2008,
terdapat seramai 10.5 juta (37.9%) orang kanak-kanak daripada 27.7 juta penduduk Malaysia .
Dengan itu, pihak Kerajaan amat prihatin kepada kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak.

Sehubungan ini, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau
Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. Konvensyen ini memberi
tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada aspek
kelangsungan hidup (survival), perlindungan (protection), perkembangan (development) dan
penyertaan (participation). Sebagai sebuah Negara Pihak (State Party) kepada CRC, Malaysia
amat prihatin dan komited terhadap tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan
kesejahteraan kanak-kanak yang merupakan generasi pewaris negara masa hadapan.

Kepentingan golongan kanak-kanak jelas dibuktikan dalam pernyataan Wawasan 2020 di mana
institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan dalam
usaha negara mencapai status negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan
penyayang. 

DEFINISI
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang
termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001.

PERNYATAAN DASAR

Dasar Kanak-Kanak Negara adalah satu dasar mengenai hak kelangsungan hidup, perlindungan,
perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang dan ruang untuk
mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif.

PERNYATAAN MATLAMAT

Dasar Kanak-Kanak Negara bertujuan untuk melahirkan individu yang sihat, cergas, berilmu,
inovatif, kreatif, berjati diri, berdaya saing, progresif dan mempunyai nilai-nilai murni.

OBJEKTIF

Objektif utama Dasar Kanak-Kanak Negara ialah untuk memastikan:

1. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan diberi jagaan, pemeliharaan, kasih
sayang, perkhidmatan kesihatan, sokongan dan bantuan sosial;

2. setiap kanak-kanak termasuk kanak-kanak kurang upaya mempunyai hak untuk dilindungi
daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi; dan seterusnya
diberi habilitasi, rehabilitasi dan diintegrasi ke dalam keluarga dan masyarakat;

3. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembangan holistik dari segi fizikal, kognitif,
bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian;

4. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk bersuara, menyertai (turut serta) dan melibatkan diri
mengikut tahap keupayaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan terbaik
dan
kesejahteraan mereka;

5. kanak-kanak, ibu bapa, penjaga, komuniti dan masyarakat sedar akan hak kanak-kanak untuk
kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan; dan 6. penyelidikan dan
pembangunan mengenai kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan
kanak-kanak dilaksanakan dari semasa ke semasa.
STRATEGI

Strategi-strategi bagi mencapai objektif di atas adalah seperti berikut:

Objektif 1
Kelangsungan Hidup

1. Menyediakan keperluan asas seperti identiti, tempat tinggal, makanan, minuman, pakaian,
kasih sayang, keselamatan dan persekitaran yang kondusif dan mesra kanak-kanak.

2. Meningkatkan kerjasama antara agensi Kerajaan, NGO, pihak swasta dan masyarakat
setempat dalam penjagaan  kesihatan, keselamatan dan pendidikan bagi menjamin kesejahteraan
dan kebajikan kanak-kanak.

3. Meningkatkan kualiti dan memperluaskan perkhidmatan sokongan dan bantuan sosial


mengikut keperluan kanak-kanak termasuk kanak-kanak OKU dan anak yatim.

4. Memperluaskan akses kepada maklumat dan bahan bersesuaian daripada pelbagai sumber
supaya kanak-kanak mendapat pengetahuan dan kemahiran demi kelangsungan hidup mereka.

5. Memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan keselamatan sosial.

atau klik http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/objektif1DKK.pdf

Objektif 2

Perlindungan

1. Meningkatkan latihan kepada semua pihak yang berurusan dengan kanak-kanak supaya
mempunyai pengetahuan, kelayakan dan kemahiran yang mencukupi serta bersikap positif dalam
pengendalian kes penganiayaan, pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap
kanak-kanak.

2. Memberi perkhidmatan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang


menjadi mangsa
penyeksaan, pengabaian, penganiayaan, keganasan, pengeksploitasian atau kanak-kanak tidak
terkawal serta
penyediaan rawatan pemulihan kepada pesalah kanak-kanak (child offender).
3. Memberi perlindungan ke atas mangsa, pengadu dan keluarga daripada gangguan atau
ancaman pihak-pihak tertentu.

4. Memastikan kanak-kanak diberi hak kepada perundangan dan perkhidmatan sokongan.

5. Memberi sokongan kepada keluarga yang berisiko tinggi supaya kanak-kanak dalam keluarga
tersebut dapatmenikmati hak-hak mereka.

6. Memastikan semua pihak yang mempunyai hubungan atau memberi perkhidmatan kepada
kanak-kanak mewujudkan dasar dan protokol perlindungan kanak-kanak dan melaksanakannya.

7. Menyediakan program khusus bagi kanak-kanak jalanan, kanakkanak tanpa dokumen, kanak-
kanak tercicir,kanak-kanak terlibat dengan penagihan dadah dan kanak-kanak yang berada dalam
situasi genting, kepayahan danlain-lain bahaya (under difficult circumstances).

8. Memastikan kanak-kanak mangsa bencana menerima rawatan yang sewajarnya bagi


pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian semula ke dalam masyarakat.

9. Memastikan kanak-kanak mangsa eksploitasi seksual (seperti pelacuran kanak-kanak dan


pornografi kanak-kanak)dan pemerdagangan orang diberi perlindungan, pemulihan dan
pengintegrasian semula ke dalam masyarakat ataudihantar pulang ke negara asal.

10. Mewujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme perlindungan kanak-
kanak di peringkatnasional dan antarabangsa.

11. Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak.

atau klik http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/objektif2DKK.pdf

Objektif 3

Perkembangan

1. Meningkatkan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak yang berkualiti, mudah


diperolehi dan mampu dibiayai dalam persekitaran yang kondusif bagi merangsang
perkembangan optimum kanak-kanak.

2. Menyediakan kemudahan prasarana dan persekitaran mesra kanak-kanak.

3. Memperluaskan program dan kemudahan khusus bagi perkembangan kanak-kanak kurang


upaya dalam semuaaspek seperti pengesanan dan intervensi awal, pemulihan, pendidikan dan
pengintegrasian semula dalam masyarakat.

4. Menyediakan bantuan, latihan dan pemantauan yang berterusan bagi memastikan kanak-kanak
mendapatpengasuhan, penjagaan dan pendidikan yang bermutu tinggi.

atau klik http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/objektif3DKK.pdf

Objektif 4
Penyertaan

1. Memastikan kanak-kanak diberi akses kepada maklumat yang berkualiti dan bahan
bersesuaian daripada pelbagaisumber supaya kanak-kanak dapat menyertai aktiviti yang
berkaitan dengan hal ehwal mereka.

2. Menggalakkan media massa dan pihak swasta untuk menyebarkan maklumat yang bersesuaian
dan berkualiti.

3. Menggalakkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan pandangan secara bertanggungjawab


dan beretika sebagai input dalam merangka program untuk mereka atau program yang berkaitan
dengan kepentingan mereka.

atau klik http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/objektif4DKK.pdf

Objektif 5
Advokasi

1. Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat akan pentingnya penjagaan


kesihatan kepadakanak-kanak.

2. Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat mengenai hak kesamarataan


kanak-kanak daripadasebarang bentuk diskriminasi.
3. Memantapkan program sedia ada dan memperkenalkan program yang sesuai bagi mencegah
penganiayaan,
pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

4. Meningkatkan kesedaran ibu bapa, penjaga dan ahli masyarakat akan pentingnya pengasuhan
dan pendidikankanak-kanak.

5. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai hak, kesejahteraan dan kepentingan kanak-
kanak kepada semua pihak yang berkenaan.

atau klik http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/objektif5DKK.pdf

Objektif 6
Penyelidikan dan Pembangunan

1. Memperbanyakkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pembangunan kanak-kanak


dan menyebarluaskan hasil-hasil penyelidikan bagi tujuan penambahbaikan.

atau klik http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/objektif6DKK.pdf

Sumber : http://www.kpwkm.gov.my
AGENDA MENYEJAHTERAKAN KANAK-KANAK

Dalam merealisasikan hasrat ini, agenda menyejahterakan kanak-kanak turut menjadi fokus
di mana kerajaan sentiasa berusaha memastikan perlindungan, pemulihan dan
pembangunan kanak-kanak diteruskan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan mereka.

Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan kesejahteraan kanak-


kanaknya, Kerajaan telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyen-konvensyen
berikut:

* Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak (19 Mac 1995)

* Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (4 Ogos 1995)

* Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (Umur minimum untuk diambil bekerja)
: 1997

* Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (Bentuk buruh kanak-kanak yang paling
teruk): 10 November 2000

* Konvensyen Menentang Jenayah Terancang Transnasional (26 September 2002)

USAHA-USAHA KERAJAAN

Sehubungan itu juga, Akta Kanak-Kanak 2001 digubal dengan menggabungkan Akta
Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan
Kanak-Kanak 1991.

Penggubalan Akta ini mengambil kira Prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.
Akta tersebut mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan
penjagaan kanak-kanak melaporkan kes penderaan kanak-kanak.

Berikutan itu, kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan, menunjukkan peningkatan


daripada 1,036 pada tahun 2001 kepada 1,656 pada tahun 2005.

Akta tersebut juga memberi penekanan kepada tanggungjawab dan penglibatan ibu bapa
dalam pemulihan kanak-kanak dan menangani ketidakharmonian dalam keluarga melalui
penyediaan bengkel interaktif.

Mahkamah khas dikenali sebagai Mahkamah Kanak-Kanak yang diketuai oleh seorang
majistret dengan dua penasihat daripada kalangan orang awam ditubuhkan pada tahun
2002 untuk mendengar kes berkaitan kanak-kanak.

KES KEGANASAN KANAK-KANAK

Pelbagai usaha diambil untuk menangani isu keganasan terhadap kanak-kanak termasuk
meningkatkan penyertaan masyarakat dalam melaksanakan program pencegahan dan
pemulihan.

Keganasan terhadap kanak-kanak, misalnya, merencat kesihatan fizikal dan mental kanak-
kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul, dan melemahkan
perkembangan mereka sebagai orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa yang baik
kemudian hari.

Dalam kebanyakan kes yang amat teruk, keganasan terhadap kanak-kanak juga boleh
membawa maut. Seperti kebanyakan negara lain, keganasan terhadap kanak-kanak di
Malaysia masih banyak tersembunyi di sebalik tabir, menjadikannya sukar untuk membuat
penentuan yang tepat tentang kelazimannya.

Hanya penderaan kanak-kanak dan kisah pengabaian yang amat keterlaluan sahaja yang
dilaporkan, selalunya melibatkan unsur tragik kecederaan yang mengganggu fikiran malah
kematian.

PELBAGAI PERKHIDMATAN

Untuk itu, Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak ditubuhkan di
peringkat negeri dan daerah untuk memberi perkhidmatan terutamanya kepada keluarga
dan kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan di kawasan berkenaan.

Perkhidmatan tersebut termasuk aktiviti berkaitan kanak-kanak, kaunseling untuk kanak-


kanak dan ibu bapa, kursus keibubapaan serta penjagaan kanak-kanak bertujuan memberi
sokongan psikologi dan motivasi.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) (2001-2005), sejumlah 131 pasukan
Perlindungan Kanak-Kanak ditubuhkan dengan keahlian aktif seramai 1,572 orang serta 135
Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan.

Selain itu, pasukan untuk Mengesan Penderaan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di
hospital daerah dan negeri untuk menyelia dan memantau kes penderaan kanak-kanak
yang dirujuk kepada hospital.

Pada tahun 2004, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
melaporkan 1,656 kes penderaan kanak-kanak, dengan bilangan kes yang tertinggi
melibatkan pengabaian dan penderaan seks kanak-kanak.

Sejumlah 14 pasukan SCAN ditubuhkan di hospital negeri dan 690 kes penderaan kanak-
kanak dilaporkan.

KECEDERAAN-KECEDERAAN LAIN

Selain itu, di Malaysia, kecederaan kanak-kanak turut menjadi punca utama kematian dan
hilang upaya kanak-kanak, meletakkan beban berat kepada keluarga dan masyarakat.

Saban tahun ratusan kanak-kanak maut akibat kecederaan, manakala yang cedera parah
juga tidak terhitung jumlahnya. Kebanyakan kecederaan ini, yang paling kerap berlaku
disebabkan oleh jatuh, terbakar, lemas dan kemalangan jalan raya menyebabkan hilang
upaya kekal dan kerosakan otak.

Malangnya, kebanyakan kecederaan ini berlaku di dalam atau berhampiran dengan rumah
dan hampir semuanya boleh dielakkan.

Untuk itu, Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984 yang bertujuan memastikan standard
minimum penjagaan kanak-kanak di pusat penjagaan dikaji semula pada tahun 2005 bagi
menetapkan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dan meningkatkan kualiti penjagaan
kanak-kanak.

Di samping itu, sektor awam dan swasta digalak untuk menubuhkan kemudahan penjagaan
kanak-kanak di tempat kerja melalui penyediaan pelbagai insentif seperti pemberian
bantuan secara langsung dan rebat cukai.

INSTITUSI PENJAGAAN KANAK-KANAK

Dalam tempoh RMK-8, sebanyak 86 pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar telah


ditubuhkan di tempat kerja manakala seramai 3,197 penyedia khidmat penjagaan kanak-
kanak diberi latihan untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mengendalikan pusat
penjagaan kanak-kanak.

Kerajaan terus menyediakan institusi penjagaan untuk anak yatim serta anak yang
ditinggalkan, didera dan diabaikan.
Dalam tempoh itu juga, tiga Rumah Kanak-kanak yang baru dibina untuk memberi
penjagaan dan perlindungan kepada 320 kanak-kanak.

Selain itu, tujuh Rumah Tunas Harapan ditubuhkan bagi membolehkan kanak-kanak yang
memerlukan penjagaan dan perlindungan tinggal dalam suasana kekeluargaan.

Rumah tersebut disediakan melalui perkongsian dan kerjasama dengan badan korporat,
kerajaan negeri serta agensi lain yang berkaitan seperti Yayasan Kebajikan Kebangsaan,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi berasaskan masyarakat yang memberi
manfaat kepada 240 kanak-kanak.

USAHA-USAHA LAIN

Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, usaha diambil untuk


menggalakkan penyertaan lebih ramai kanak-kanak dalam penggubalan dan proses
membuat keputusan.

Usaha bina upaya dan memperkasa kanak-kanak mengenai isu dan hak mereka telah
diambil melalui program kesedaran dengan penyertaan seramai 163 kanak-kanak dalam
tempoh RMK-8.

Bagi memastikan suara mereka terus didengar, kanak-kanak juga turut dilibatkan dalam
penilaian Pelan Tindakan Negara (NPA) pertama dan merangka NPA kedua bagi tempoh
2006-2020.

NPA kedua (2006-2020) akan dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak
dengan memberi penekanan kepada perlindungan, pembangunan dan penyertaan mereka
selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan Wawasan 2020.

Dasar Pembangunan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak akan digubal bagi menyediakan
rangka kerja dasar untuk pembangunan strategi dan program, masa hadapan yang akan
memastikan pembangunan kanak-kanak secara keseluruhannya menepati keperluan dan
hak mereka.

Penyertaan masyarakat akan terus menjadi strategi utama dalam program pencegahan dan
pemulihan untuk kanak-kanak dalam tempoh RMK-9 (2006-2010).

Peranan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak, Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak dan


penasihat mahkamah untuk Mahkamah Kanak-Kanak akan dipertingkatkan dalam
membantu memberi perlindungan yang terbaik kepada kanak-kanak dan menyatukan
program pencegahan dan pemulihan bagi membendung pelbagai masalah sosial di kalangan
kanak-kanak.

Usaha untuk meningkatkan kesedaran dan program latihan khusus akan dilaksanakan untuk
memberi pengetahuan dan kemahiran kepada semua ahli berkaitan dengan kanak-kanak,
pengetahuan prosedur mahkamah, penyediaan akta yang berkaitan dan kesedaran
mengenai hak kanak-kanak.

You might also like