You are on page 1of 23

Pedagogi Relevan Budaya

dan Kepelbagaian Kelompok


 Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai
strategi pengajaran dan pembelajaran supaya
pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada
murid-murid.
 Penekanan diberikan kepada pengintegrasian

pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai


murni bagi perkembangan yang menyeluruh dari
kepelbagaian kebolehan murid serta relevan dengan
budaya yang diamalkan.
 Guru perlu mengambilkira kepelbagaian aspek

budaya murid supaya setiap murid tidak terpinggir


dalam proses pembelajaran mereka.
 Dalam konteks sosiologi, konsep kebudayaan
dikatakan sebagai cara hidup yang dipelajari,
diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi
ke generasi dalam sesebuah masyarakat
tertentu.
 Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab

guru untuk memenuhi keperluan murid tanpa


sikap prejudis terhadap budaya murid yang
berbeza tersebut.
 Konsep modal budaya juga harus diketahui.
 Modal budaya merujuk kepada seseorang

individu yang mewarisi dan memperoleh


keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga
dan masyarakatnya.
 Pencapaian persekolahan seseorang individu

adalah berkaitan rapat dengan latar belakang


kebudayaan ibu bapanya.
 Terdapat pelbagai strategi, kaedah dan teknik
dalam pedagogi pendidikan.
 Guru seharusnya memilih. strategi kaedah

atau teknik yang bersesuaian mengikut


keadaan kelas dan kerelevanan budaya.
Pendekatan pedagogi yang relevan
untuk diamalkan dalam pelbagai
budaya murid.
 Pendekatan Kolaboratif
 Direktif
 Mediatif
 Generatif
 Kontekstual
 Metakognitif
 Konteks Luar/Kajian Luar
 Kajian Masa Depan
 Pendekatan Koperatif
Direktif
 Kaedah direktif adalah belajar melalui
penerangan dan diikuti oleh ujian kefahaman dan
latihan.
 Guru boleh memberikan penerangan secara

langsung kepada murid tentang kepelbagaian


budaya dalam kelompok mereka.
 Fokus diberikan kepada kemahiran asas, latihtubi

dan latihan kecekapan.


 Guru bertindak sebagai model. Contoh strategi

pengajaran yang boleh digunakan adalah seperti


kuliah, latih-tubi dan demontrasi.
Mediatif
 Melalui kaedah ini guru boleh menggunakan
bahan media dalam pembelajaran.
 Antara contohnya penggunaan komputer dan
buku elektronik.
 Dalam strategi ini, murid-murid diajar oleh guru
untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk
menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran
andaian, keputusan dan hipotesis khususnya
yang berkaitan dengan budaya yang masih
relevan untuk diamalkan oleh murid.
Generatif
Guru boleh menggalakkan murid menjana
idea-idea kritis dan kreatif yang sesuai
dengan budaya yang diketengahkan.
 Kaedah ini boleh membantu murid-murid

menyelesaikan masalah secara kreatif dan


dapat membuat pertimbangan untuk
meneruskan budaya yang relevan dengan
kehidupan masa kini.
Kontekstual
 Murid juga, akan dapat mengaitkan bahan pengajaran
dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenar.
 Ini akan dapat memotivasikan murid­murid untuk

membuat kaftan antara ilmu pengetahuan dengan


pengaplikasiannya kepada budaya kehidupan mereka
sebagai ahli keluarga, masyarakat dan rakyat.
 Pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada

pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran


`eksperential', pengalaman hidup sebenar,
pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan
murid.
Metakognitif
Memberikan peluang kepada murid-murid
memikirkan tentang proses pembelajaran,
rancangan pembelajaran, pemantauan dan
penilaian kendiri.
 Melalui kaedah ini murid-murid akan

berbincang tentang tugasan yang diberi. Pada


peringkat inilah guru boleh memberikan
tugasan yang berkaitan dengan budaya
masyarakat yang masih relevan untuk
dibahaskan oleh mereka.
Konteks luar
 Ini memerlukan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru
dilakukan di luar bilik darjah.
 Guru berperanan sebagai seorang facilitator.
 Guru memberikan satu aktiviti penyelesaian
masalah dan murid mesti berada, di luar bilik
darjah untuk menyelesaikan masalah ini.
 Pada peringkat akhir murid akan menyediakan
laporan terhadap aspek yang dibincangkan
dalam sesi pembelajaran mereka.
Kajian masa depan
 Kajian masa depan adalah penting untuk
golongan remaja dan murid.
 Guru akan dapat membantu murid untuk

melihat manusia supaya berfikiran jauh.


 Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah

masa depan sahajalah merapatkan ruang di


mana kita mempunyai kuasa dan pilihan
untuk bertindak serta melakukan sesuatu dan
terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi
beberapa masa depan yang perlu dihadapi.
Kooperatif
 Murid-murid akan dapat belajar secara
kerjasama dan berinteraksi dengan murid yang
datangnya dari pelbagai latar budaya tersebut.
 Pembelajaran koperatif akan menjadi menarik
kerana murid-murid melibatkan diri secara
aktif dalam pembelajaran.
 Murid turut dilatih dengan akauntabiliti diri
dan bertanggungjawab sesama ahli. Kemahiran
dan interaksi sosial dapat dipupuk dalam diri
murid.
Kolaboratif
 Pembelajaran kolaboratif bermaksud
kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih.
 Murid akan berusaha bersama untuk

mencapai matlamat pembelajaran.


 Pembelajaran melalui kaedah ini melibatkan

sekumpulan murid yang berusaha ke arah


mencapai prestasi yang cemerlang.
 Keberkesanan pembelajaran dapat

ditingkatkan.
Pedagogi Kelas
Bercantum
 Kelas bercantum diwujudkan apabila bilangan
murid di dalam satu tahun persekolahan
adalah kurang daripada 15 orang.
 Sesebuah kelas Tahun 1,Tahun 2 dan Tahun

3 akan dicantumkan jika bilangan murid tidak


mencukupi.
 Kelas bercantum juga wujud apabila bilangan
murid di sesebuah sekolah tidak melebihi
145 orang.
 Bilangan guru termasuk guru besar pula,

adalah tidak melebihi 5 orang.


 Seseorang guru akan mengajar lebih daripada

satu tahun persekolahan secara serentak


dalam kelas bercantum.
 Strategi pedagogi pengajaran dan pembelajaran
di kelas bercantum adalah berlainan daripada
kelas biasa.
 Guru lebih kepada pengajaran secara
berkumpulam.
 Kaedah ini merupakan pengajaran berpusatkan
murid.
 Tujuan aktiviti begini dilakukan bagi
membolehkan murid aktif dan memenuhi
keperluan mereka yang mempunyai pelbagai
kebolehan.
 Murid dari pelbagai kebolehan dikelompokkan
dalam kumpulan yang dibina.
 Mereka membina kelompok kecil bagi semua mats

pelajaran seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu


dan lain-lain.
 Melalui aktiviti kumpulan, semua murid dapat

mengikuti aktiviti yang diperingkat­kan mengikut


tahap pencapaian mereka.
 Secara langsung murid dapat diberi peluang untuk

memberikan pendapat kepada rakan-rakan sekelas


walaupun dari pelbagai kecerdasan yang berbeza.
 Guru juga boleh menggunakan kaedah
perbincangan.
 Kaedah ini merupakan teknik mengajar yang

melibatkan perbualan di antara guru­murid


dan murid-murid di dalam sesebuah kelas.
 Dalam bilik darjah, guru akan

mengemukakan topik perbincangan seperti


isu semasa, peristiwa, perpaduan rakyat dan
sebagainya.
 Terdapat dua, jenis bentuk perbincangan
iaitu perbincangan keseluruhan kelas,
biasanya diketuai dan diarahkan oleh guru.
 Perbincangan jenis kedua adalah

perbincangan dalam kumpulan­kumpulan


kecil, biasanya diketuai oleh murid.
 Setiap murid digalakkan melibatkan diri

secara, aktif dalam sesi perbincangan.


 Guru perlu bijak melaksanakan pengajaran
dalam kelas bercantum kerana terdapat aras
perbezaan yang agak ketara dalam diri murid.
 Kelemahan menggunakan pendekatan

pedagogi yang sesuai pasti akan merencatkan


minat murid untuk meneruskan proses
pembelajaran.

You might also like