You are on page 1of 16

KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DARI SEGI

PERSEPSI ISLAM DAN PELBAGAI AGAMA

1.0 Al-Quran Sebagai Sumber Utama Perundangan Islam

Dari segi definisi perundangan Islam Al-Quran merupakan sumber utama dalam

perundangan Islam. Ia merupakan kalamullah yang berupa mukjizat yang diturunkan oleh Allah

s.w.t kepada penutup nabi dan rasulullah yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w melalui

perantara malaikat Jibril a.s yang tertulis pada masahif. Ia diriwayatkan kepada manusia secara

mutawattir, membacanya adalah satu ibadah

Ia dimulai dengan surah Al- Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas. Firman Allah

s.w.t menyatakan : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah

kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan

kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka

hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya –

jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi

kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.( Surah An Nisa’ ayat: 59)

1.1 Sifat-Sifat Al- Quran Sebagai Sumber Perundangan Islam

Antara sifat-sifat Al Quran yang digunakan sebagai sumber perundangan Islam iaitu

Syumuliyyah, tidak membebankan dan kurang tanggungan kewajipan yang menjadi asas

perundangan Islam. Sifat utama Al-Quran ialah Syumuliyyah iaitu segala perkara-perkara yang

terdapat dalam Al-Quran menyeluruh dan terperinci tentang segala kehidupan manusia dimuka

bumi ini.

1
Selain itu, sifat-sifat Al-Quran juga tidak membebankan umat manusia. Syariat Islam

diturunkan oleh Al-Quran adalah untuk menyelesaikan masalah manusia dengan bertujuan

memberi keselesaan dalam kehidupan dan menegakkan keadilan.

Maka dengan tujuan itu, undang- undang yang diturunkan oleh Allah s.w.t adalah

bersesuaian dengan keperluan, kemampuan dan tabiat manusia itu sendiri. Akhir sekali ialah

kurang tanggungan kewajipan yang mana ia adalah ciri-ciri undang - undang yang dibawa oleh

Al-quran kepada manusia. Ia juga bertujuan supaya tidak membebankan manusia yang mana

hukum- hukum yang terdapat dalam Al-quran sama ada dalam bentuk perintah atau larangan

amat terbatas, mudah difahami dan diamalkan.

1.2 Beransur Dan Berperingkat Dalam Perlaksanaan Undang-Undang

Islam mengambil pendekatan yang baik iaitu pensyariatan secara berperingkat dan

beransur-ansur. Contohnya, Allah s.w.t telah menurunkan ayat tentang arak. Pada mulanya, ia

sekadar memberi nasihat dan peringatan agar mereka berfikir secara serius sebelum

meminumnya.

Kemudian Allah s.w.t cuba menarik minat tentang bahaya arak kepada manusia yang

lebih besar daripada manfaat yang dirasakan terdapat pada kedua-duanya. Allah s.w.t juga

mengenakan larangan arak pada masa tertentu dan pada akhirnya barulah Al-quran menjelaskan

hukum pengharaman arak ini secara keseluruhannya

2
1.3 Matlamat Perundangan Islam

Terdapat beberapa matlamat yang digariskan dan menjadi asas dalam perundangan Islam

iaitu pertama untuk memelihara agama. Islam agama yang dicipta oleh Allah s.w.t kepada

manusia untuk menjamin keselamatan dan kebahagian hidup didunia dan diakhirat. Oleh itu,

Islam memerintahkan umat islam supaya mempertahankan agama ini daripada dicemari dan

dicerobohi oleh musuh

Cara-cara Islam memelihara agama ialah dengan mengambil tindakan tegas terhadap

golongan yang menyeleweng daripada ajaran islam seperti riddah, khurafat, dan ajaran sesat.

Selain itu, islam mengharamkan riddah ( murtad ) dan mewajibkan hukuman mati kepada sesiapa

yang murtad dan member kebebasan beragama kepada non-muslim kerana tiada paksaan dalam

beragama.

Pembuktian juga telah berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

r.a ketika sekelompok umat Islam telah murtad secara beramai-ramai maka Khalifah Abu Bakar

telah menghantar armada perang bagi memerangi golongan ini sehingga berlakunya syahid

secara beramai ramai. Dijangkakan 70 orang penghafal Al-Quran juga telah syahid pada ketika

itu. Ini menunjukkan betapa komitednya Syariah Islamiah menjaga kesinambungan dan kesucian

agama Islam itu sendiri.

Kedua, untuk menjaga nyawa. Nyawa manusia adalah adalah anugerah Allah s.w.t yang

paling bernilai dan berharga kerana tanpa nyawa manusia akan mati. Justeru, bagi menjamin dan

memelihara nyawa manusia daripada diceroboh dan dibunuh atau memastikan tiada unsur-unsur

yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Islam telah mengharamkan pembunuhan

3
serta menetapkan hukuman qisas ataupun diyat atau irsy terhadap sesiapa yang melakukan

kesalahan membunuh atau berkaitannya.

Selain itu, matlamat perundangan yang ketiga ialah untuk menjaga akal. Kesempurnaan

seseorang manusia itu terletak pada akalnya. Melalui akal, manusia dapat mengkaji segala

ciptaan Allah s.w.t yang ada di alam ini dan berfikir untuk menggunakan segala sumber-sumber

yang ada untuk memakmurkannya.

Akal juga digunakan untuk mempelajari segala bidang ilmu pengetahuan untuk

kebahagian hidup manusia. Syariah Islamiah telah mengharamkan arak bagi menjaga kestabilan

dan kecerdasan akal, kerana arak boleh memudaratkan akal fikiran, mengakibatkan pelbagai

kemusnahan dan ibu bagi segala kemaksiatan dan kebahayaan.Firman Allah s.w.t : Wahai

orang-orang yang beriman! sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan mengundi nasib

dengan batang-batang anak panah, adalah antara amalan syaitan yang keji. oleh itu hendaklah

kamu menjauhinya supaya kamu tergolong dalam golongan orang yang berjaya. ( Surah Al-

Maidah ayat: 90) .

Matlamat perundangan yang keempat iaitu untuk menjaga keturunan. Manusia adalah

makhluk Allah s.w.t yang paling mulia jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang lain.

Namun kemuliaan itu bergantung kepada pembentukan keluarga yang sempurna iaitu keturunan

nasab yang jelas dan diketahui asal-usulnya.

Justeru, manusia hendaklah menjaga keturunanya daripada dicemari oleh perbuatan yang

boleh merosakkan keturunan asal-usulnya. Oleh hal yang demikian, Islam telah mengharamkan

perbuatan zina. Sesiapa yang didapati bersalah, Allah s.w.t telah menetapkan hukuman rejam

4
sampai mati bagi sesiapa yang sudah berkahwin dan 100 kali sebatan kepada sesiapa yang belum

berkahwin.

Perundangan Islam juga telah mensyariatkan perkahwinan untuk melahirkan keturunan

yang sempurna dan jelas asal usulnya agar kehidupan umatnya selesa dan bahagia serta diredhai

oleh Allah s.w.t. Diriwayatkan juga dari Imam Muslim , Dari Abi Hurairah RA telah berkata :

seorang lelaki muslim telah datang berjumpa rasulullah saw yang pada ketika itu sedang

berada di masjid dan dia memanggil rasulullah saw seraya berkata : “wahai rasulullah..

Sesungguhnya aku telah melakukan zina.” Dan dia mengulangi kata-kata itu sebanyak 4 kali.

Kemudian dia membawa 4 orang saksi . Rasulullah saw bertanya : adakah engkau hilang akal

ketika engkau berzina? Dijawab : tidak. Rasulullah saw bertanya lagi: adakah engkau telah

berkahwin? Lelaki itu pun menjawab :ya. Maka rasulullah saw mengarahkan kepada sahabat-

sahabat yang ada pada ketika itu: bawalah dia dan rejamlah dia.”.

Matlamat perundangan yang seterusnya ialah untuk menjaga maruah. Maruah seseorang

manusia itu bergantung kepada ketinggian akhlak dan budi pekertinya. Akhlak yang mulia

membentuk keperibadian yang tinggi dan budi pekerti yang terpuji dapat membentuk sahsiah

yang mulia. Seterusnya mereka mendapat akan mendapat penghormatan daripada masyarakat.

Oleh kerana kehormatan sangat penting kepada manusia, perundangan Islam telah

menetapkan beberapa cara untuk memelihara kehormatan dan maruah sendiri. Islam

mengharamkan qazaf (menuduh tanpa bukti). Hukuman kepada pesalah qazaf iaitu sebatan

sebanyak 80 kali. Selain itu, Islam juga menyuruh umat islam menjaga batas-batas pergaulan,

percakapan dan tingkah laku. Matlamat perundangan Islam yang terakhir ialah untuk memelihara

5
harta. Telah menjadi tabiat bagi Syariah Islamiah sebagai sebuah perundangan yang menjaga

harta benda manusia dari di zalimi dan dirampas oleh orang lain.

Oleh itu, Syariah Islamiah mempunyai sebuah perundangan yang mengharamkan

rampasan harta milik orang lain yang bukan haknya.Dalam hal ini, Allah SWT telah berfirman :

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan

yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-

hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan

(berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui salahnya .(Surah Al Baqarah ayat: 188).

Allah juga berfirman dalam (Surah An Nisaa ayat: 29) Wahai orang-orang yang

beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang

salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka

sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

6
2.0 Perundangan Dari Segi Perspektif Pelbagai Agama

Undang-undang keagamaan adalah undang-undang yang terdapat di dalam sesuatu

agama.  Falsafah undang-undang keagamaan perlulah dibezakan dengan falsafah sistem undang-

undang lain seperti sistem undang-undang Common Law dan sistem undang-undang komunis.

Di dalam ilmu kajian perbandingan undang-undang, undang-undang keagamaan juga

dikategorikan sebagai undang-undang diri (personal law), iaitu undang-undang yang mengawal

kehidupan seseorang individu. Contohnya, apabila seseorang ingin berkahwin, maka dia akan

merujuk kepada undang-undang agamanya untuk menentukan keesahan perkahwinan yang akan

dilangsungkan.

Setiap agama ada undang-undangnya. Contohnya, terdapat ajaran "Sepuluh Prinsip" (The

Ten Commandments) di dalam agama Yahudi yang salah satunya melarang pembunuhan. Oleh

itu, sebahagian pengikut mungkin lebih taat mengikuti undang-undang agama, manakala

sebahagian pengikut tidak berapa menghiraukan undang-undang agama.

2.1 Pandangan Pelbagai Agama Tentang Bunuh Diri

Bagi menjelas dan memperincikan lagi tentang kepentingan undang-undang kepada

kehidupan manusia dari segi perspektif Islam dan agama lain, contoh hukum bunuh diri dari

pelbagai sudut agama dapat dibezakan melalui undang-undang yang telah ditetapkan oleh setiap

agama.

7
2.1.1 Agama Kristian

Agama Kristian Awal tertarik kepada kesyahidan yang merupakan suatu tindakan yang

dibenarkan oleh agama mereka. Kematian Jesus juga dianggap sebagai sejenis bunuh diri oleh

sesetengah orang, umpamanya Tertullian. Adanya tujuh kes bunuh diri dalam Wasiat Lama.

Dalam kitab Matthew 27:3, pembunuhan diri Judas Iscariot yang mengkhianati Jesus mungkin

merupakan suatu tanda sesal atau sekurang-kurangnya suatu pengakuan kebersalahannya.

Kumpulan penyokong bunuh diri yang paling terkenal ialah kumpulan Donatis yang

mempercayai bahawa melalui membunuh diri, mereka boleh mencapai kesyahidan dan naik

ke syurga. Mereka melompat daricenuram, membakar diri dalam bilangan-bilangan besar, serta

menghentikan pengembara-pengembara dan menawarkan wang atau mengugut mereka dengan

kematian untuk menggalakkan mereka membunuh orang yang dikatakan syahid Donatis. Mereka

itu akhirnya diisytiharkan sebagai pembidaah.

2.1.2 Katolisisme Moden

Dalam agama Katolisisme, kematian melalui bunuh diri dianggap sebagai suatu dosa

besar. Alasan utama Kristian adalah bahawa hayat seseorang dimiliki tuhan dan oleh itu,

pemusnahan nyawa disamakan dengan perbuatan untuk menguasai apa yang sebenarnya

dipunyai tuhan. Bagaimanapun, alasan ini ditentang oleh David Hume yang berpendapat bahawa

jika membunuh ketika seorang masih semula jadinya hidup adalah salah, ia haruslah salah juga

untuk menyelamatkan nyawa seseorang yang akan semula jadinya mati, kerana ini juga kelihatan

menentang kehendak Tuhan.

8
Konteks yang penting tentang pengutukkan bunuh diri Gereja Katolik ialah desakan

mutlak gereja terhadap kesucian hidup. Adalah dari segi ini, dan memandangkan bahawa

perbuatan itu dilakukan oleh seseorang yang berfikir selepas pertimbangan jelas bahawa gereja

menganggap bunuh diri sebagai salah satu daripada dosa yang paling besar dan dengan itu

mengakibatkan risiko penglaknatan abadi.

2.1.3 Budhhisme

Menurut agama Buddha, perbuatan-perbuatan seseorang pada hayat terdahulu

mempunyai pengaruh yang kuat ke atas apa yang dialaminya pada hayat kini; perbuatan-

perbuatan kini pula mempengaruhi pengalaman-pengalaman masa depan.

Agama Buddha mengajar bahawa semua orang mengalami banyak penderitaan yang

berasal daripada perbuatan-perbuatan negatif dahulu, iaitu kitaran kelahiran dan kematian

peristiwa-peristiwa yang tidak tetap dan cepat berlalu dalam kehidupan.

Bagi penganut-penganut agama Buddha, ajaran pertama ialah untuk menahan diri

daripada tidak memusnahkan nyawa, termasuk nyawa sendiri. Bunuh diri dianggap sebagai suatu

bentuk tindakan yang negatif. Walaupun pandangan demikian, suatu ideologi kuno Asia yang

serupa dengan seppuku (hara-kiri) terus mempengaruhi penganut-penganut agama Buddha yang

tertindas supaya memilih bunuh diri maruah.

9
Contoh yang paling terkenal ialah pembunuhan diri Thich Quang Duc melalui

pengorbanan diri untuk membantah terhadap kerajaan Ngo Dinh Diem. Juga pada zaman moden,

sami-sami Tibet telah mempergunakan tanggapan ini untuk memperbantahkan

pendudukan Cina di Tibet, dan pencabulan hak asasi manusia penduduk-penduduk Tibet

oleh China.

2.1.4 Hinduisme

Dalam Hinduisme, membunuh diri dianggap sebagai sama sahaja dosanya dengan

membunuh orang lain. Kitab-kitab umumnya mengatakan bahawa kematian melalui bunuh diri

(dan sebarang kematian ganas) mengakibatkan seseorang menjadi hantu. Bagaimanapun, agama

Hindu menganggap bahawa membunuh diri melalui puasa di bawah berbagai-bagai keadaan

yang tertentu dapat diterima. Amalan ini yang dikenali sebagai Sallekhana memerlukan terlalu

banyak masa dan daya fikiran sehingga tindakan tersebut tidak lagi merupakan suatu tindakan

mengikut gerak hati. Amalan tersebut juga memberikan masa untuk seseorang menyelesaikan

semua urusan duniawinya, berfikir-fikir tentang kehidupan, serta mendekati diri dengan Tuhan.

2.1.5 Islam

Islam, serupa dengan agama-agama Nabi Ibrahim yang lain, memperlihatkan bunuh diri

sebagai suatu dosa yang amat menjejaskan perjalanan rohaniah seseorang. Bagi mereka yang

dahulu percaya, tetapi akhirnya menolak kepercayaan mereka kepada Allah, hakikatnya

kelihatan jelas negatif.

10
Sepatah ayat dalam juzuk keempat Al-Quran, An-Nisaa berkata: "Dan janganlah kamu

bunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (4:29) Larangan

terhadap bunuh diri juga dicatat dalam kenyataan-kenyataan hadis yang tulen. Umpamanya,

"Orang yang mencekik dirinya sendiri hingga mati akan mencekiknya juga dalam neraka, dan

orang yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya di dalam neraka dan orang yang

melemparkan dirinya dari tempat tinggi untuk membunuh diri, maka akan selalu dia

melemparkan dirinya di dalam neraka." 

2.2 Perbezaan Antara Undang-Undang Jenayah Islam Dengan Undang-Undang Ciptaan


Manusia

Undang-Undang jenayah Islam Undang-Undang Ciptaan Manusia


1. Undang-undang Jenayah Islam adalah 1.Manakala Undang-undang ciptaan manusia
ciptaan Allah S.W.T. yang bersifat Maha sentiasa menerima perubahan mengikut
Bijaksana dan Maha Mengetahui tentang keadaan, masa dan tempat serta kemahuan
sesuatu. Oleh itu undang-undang yang dicipta- orang yang membuat undang-undang.
Nya itu sesuai untuk setiap masa dan tempat.
Maka undang-undang Islam dalam semua

11
bidang tidak berubah dan bertukar mengikut
masa dan tempat.
2. Undang-undang Islam memandang manusia 2. Manakala dalam undang-undang ciptaan
itu sama rata. Tidak ada bezanya di antara manusia, walaupun pada umumnya untuk
berpangkat tinggi atau rendah, miskin atau menjaga kepentingan orang ramai tetapi
kaya, pihak yang berkuasa ataupun rakyat sebaliknya, iadigubal untuk menjaga
biasa. Siapa sahaja yang melakukan kesalahan kepentingan suatu golongan sahaja. Sebab itu
tetap akan menerima hukuman. Tidak ada dalam mana-mana undang-undang positif
pengecualian atau keistimewaan diberikan (dunia) terdapat fasal-fasal yang memberikan
kepada pihak-pihak yang tertentu. Hukuman hak keistimewaan kepada golongan tertentu
dikenakan secara menyeluruh kepada semua ataupun orang-orang perseorangan dengan
golongan masyarakat yang sudah mempunyai tidak ada undang- undang yang boleh
cukup tanggungjawab (mukallaf) terhadap mendakwanya.
kesalahan yang dilakukan.

3. Undang-undang Islam berhubung rapat 3. Berbanding dengan undang-undang dunia


dengan soal akhlak atau perasaan hati. Islam yang boleh dikatakan mengetepikan langsung
menganggap budi pekerti yang baik sebagai soal akhlak. Undang-undang dunia akan
sendi masyarakat. Oleh kerana itu tiap-tiap mengambil tindakan kepada seseorang hanya
perbuatan yang bertentangan dengan akhlak apabila perbuatannya itu membawa kerosakan
tetap akan menerima balasan dan hukuman, secara langsung kepada orang lain. Sebagai
sama ada di dunia atau di akhirat. Mana-mana contohnya, perbuatan zina yang tidak dianggap
kes yang mempunyai bukti dan keterangan salah oleh undang-undang positif kecuali jika
yang lengkap akan dihukum di dunia ini, sekiranya dengan cara perkosaan atau tanpa
manakala kes-kes yang tidak terang dan kerelaan sebelah pihak.
tersembunyi, ia tetap akan menerima hukuman
di hadapan Hakim Yang Maha Adil.

12
4. Begitu juga perbuatan minum arak, undang- 4. Undang-undang ciptaan manusia tidak
undang Islam memandang perbuatan itu satu menganggap meminum arak satu kesalahan
kesalahan walaupun sipeminum itu tidak melainkan jika peminum tersebut berada di
sampai mengganggu ketenteraman orang khalayak ramai dan mengganggu ketenteraman
ramai. orang ramai. Pada lahirnya memanglah
perbuatan itu tidak mencerobohi sesiapa, tetapi
pada hakikatnya minuman arak itu boleh
merosakkan akal fikiran manusia. Apabila akal
sudah rosak dengan sebab minum arak, ia
boleh menjadi punca kepada perbuatan keji
yang akhirnya membahayakan masyarakat.

2.3 Kesimpulan

Sepertimana yang telah diketahui, perbezaan hukuman hudud adalah disebabkan

berbezanya bentuk-bentuk jenayah, seperti hukuman bunuh yang dikenakan kepada mereka yang

menentang agama ataupun murtad kerana jenayah ini adalah jenayah yang paling bahaya dan

memudaratkan.

Begitu juga hukuman yang dikenakan kepada para penzina yang telah berumah tangga,

beliau dibunuh dengan direjam sehingga mati kerana beliau telah mengkhianati suaminya yang

13
telah diamanahkan oleh Allah untuk dia taati, malahan ia juga memberi akibat yang buruk

kepada imej keturunan dan memberi kesan buruk kepada masyarakat dengan menyebarkan

pelbagai bentuk penyakit yang memudaratkan seperti AIDS dan sebagainya, sehinggakan orang

yang tidak bersalah juga menjadi mangsa.

Umat Islam mestilah mengetahui mengetahui bahawa, keadaan jenayah itu memberi

kesan kepada hukuman yang dikenakan seperti soal jenayah khalwat dan sebagainya, ia berbalik

kepada kepandaian dan kecerdikan para pemerintah. Ini bukanlah sesuatu yang menjanggalkan

tetapi perbuatan ini adalah untuk menjaga keperluan masyarakat dari dizalimi melalui prinsip

keadilan yang ada pada Islam.

 Oleh itu, hukuman yang diletakkan oleh Syariah Islamiah bukanlah sebuah hukuman

yang sebarangan, tetapi sebuah hukuman yang rasional bagi menjaga dan memelihara

kepentingan-kepentingan manusia sejagat.

2.4 Masalah Dan Realiti

Masalah yang berlaku dalam dunia islam pada zaman sekarang ini adalah kejumutan

yang berleluasa atas alasan “keterbukaan pemikiran”, sehinggakan wujud individu dan

kumpulan-kumpulan tertentu yang menentang Syariah Islamiah ini walaupun mereka menggelar

diri mereka sebagai Islam.Islam bukanlah sebuah agama yang menolak keterbukaan, bahkan

Islam adalah penganjur kepada program keterbukaan minda ini. Allah SWT berfirman :

14
“Sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada manusia keterangan dan bukti, supaya kamu

memahaminya”. (Al-Hadid : 17)

Mereka yang menentang hukum Allah ini mempunyai 2 jenis golongan. Golongan

pertama adalah golongan yang tidak tahu hukum Allah atas kejahilan diri sendiri dan pengaruh

orang ramai, golongan ini adalah golongan yang sangat kasihan dan perlu dididik dan diasuh

dengan akidah yang kuat.

Aqidah dan keimanan merupakan sebuah aspek penting dalam mentaati hukum Allah dan

Sunnah Rasulullah. Ini dapat dibuktikan dengan dua keadaan. Keadaan pertama : pada zaman

Rasulullah SAW, kebanyakan sahabat bukanlah orang yang berilmu dan terpelajar, bahkan ada

juga dikalangan sahabat Rasulullah SAW adalah orang a`rabie (‫)أعربي‬. Orang `arabie ini jika di

Malaysia dipanggil orang asli. Tidak tinggi ilmu pelajaran, namun , mereka sangat patuh dengan

perintah Allah dan Rasul-Nya atas didikan Aqidah dan Asuhan keimanan oleh Rasulullah SAW. 

Keadaan kedua: masyarakat zaman sekarang yang tidak mengambi peduli soal Aqidah

dan keimanan yang total. Bagi orang yang berada dalam keadaan ini, dunia adalah segala-

galanya, Aqidah dan keimanan di anak tirikan. Fenomena ini amatlah merunsingkan seluruh

umat Islam .

Golongan yang kedua pula merupakan golongan yang tahu akan hukum Allah SWT,

tetapi mereka menolak hukuman itu atas kepentingan peribadi. Umat Islam mempunyai begitu

15
banyak pusat pengajian Islam di seluruh dunia, Di Malaysia, yang terkenal adalah UIA, UM,

USIM, UKM dan sebagainya, Di luar negara pula Universiti Al-Azhar , Universiti of Jordon dan

sebagainya, namun ada dikalangan penuntut institusi pengajian Islam ini menyeleweng dari

hukum Allah, mengatakan hudud tidak sesuai dilakukan pada masa ini, hukuman Allah kejam

dan tidak ada tujuan dan sebagainya. Mereka melakukan perkara ini adalah disebabkan pangkat

yang tinggi, gaji yang melambung, pujian yang melangit dan sebagainya.

Realiti yang berlaku ini amat menyedihkan, umat hanyut dengan kesenangan dunia dan

merasa tidak perlu berhukum dengan hukum Allah SWT. Merasa bahagia dan terpelihara dengan

hukuman ciptaan sendiri. Allah SWT telah menyeru kepada kita yang lalai dan lupa ini supaya

berhukum dengan hukuman Allah SWT .

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan

membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa Yang

Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi

pembela bagi orang-orang yang khianat. (An-Nisaa: 105)

16

You might also like