You are on page 1of 4

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

1.0 REKA BENTUK BENGKEL

1
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

PEMERHATIAN

Reka bentuk bengkel di semua sekolah adalah hampir sama. Begitu juga dengan
bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs ini. Ruang yang agak
terhad membuatkan bengkel kelihatan agak sesak apabila kesemua murid yang
seramai 40 orang memasuki bengkel. Kawalan kelas yang baik perlu supaya murid-
murid dapat mematuhi peraturan keselamatan bengkel.

Apa yang dapat saya perhatikan ialah susunan meja kerja yang kurang sesuai.
Meja yang disusun melintang agak kurang bersesuaian untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana, murid cenderung untuk duduk menghadap rakan dan
membelakangkan guru. Ini sekaligus mengakibatkan murid tidak menumpukan
perhatian pada pengajaran guru.

Sistem pencahayaan dan pengudaraan di bengkel ini juga kurang memuaskan.


Setiap kali bengkel digunakan, lampu sentiasa dipasang untuk pencahayaan kerana
cahaya dari tingkap dan pintu kurang. Kedudukan bengkel yang berjauhan dari bilik
darjah adalah sesuai agar bunyi bising dari bengkel tidak mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran kelas lain.

Susun atur perabot yang rapi dan laluan yang selamat dan selesa.

2
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Penggunaan warna yang cerah dan ceria membantu pencahayaan.

3
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

Saya mencadangkan agar susun atur meja kerja murid dibuat secara menegak.
Kedudukan ini memudahkan murid-murid memandang ke hadapan untuk melihat guru
mengajar. Ianya dapat membantu murid memberikan perhatian terhadap sesi
pengajaran. Selain itu, kedudukan ini dapat menambahkan keluasan kepada laluan
guru untuk memantau setiap kumpulan. Murid-murid juga boleh bergerak dengan lebih
selesa.

Almari menyimpan alatan pula hendaklah disusun sebaris dan menghadap ke


depan. Ianya akan kelihatan lebih teratur dan tersusun serta memudahkan proses
pengambilan alatan dan bahan.

Penggunaan warna yang cerah dan ceria seperti bengkel ini memperlihatkan
ianya lebih terang walaupun penuh dengan pelbagai alatan. Warna yang cerah tetapi
tidak ceria di bengkel sekolah ini perlu diubah supaya dapat menarik minat murid dan
meningkatkan semangat ingin belajar.

You might also like