You are on page 1of 17

Teknik, kaedah dan strategi Convergent dan Divergent

Pemikiran divergent/ pemikiran bercapah


‡ Pemikiran Divergen kerap kali dirujuk sebagai keupayaan mencadangkan ideaidea/penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka. ‡ Ia disifatkan oleh beberapa jawapan yang secara logik dan boleh diterima.

‡ Dalam pemikiran divergen, pengetahuan/pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin. ‡ Kemahiran guru dalam membahagikan sebuah tajuk kepada unit-unit yang kecil supaya murid-murid dapat menganalisis tajuk utama secara lebih mendalam.

‡ Seseorang individu yang melibatkan diri dalam pemikiran ini akan menonjolkan idea-idea yang asli. ‡ Jenis pemikiran seperti ini turut menggalakkan pemikiran kreatif dan lebih sesuai digunakan dalam bidang sastera serta humanistik.

‡ Beberapa tajuk kendiri yang boleh dikemukakan oleh guru kepada murid untuk menggalakkan pemikiran divergen di kalangan murid-muridnya adalah seperti yang berikut:
± Apakah yang menganggu saya? ± Apa yang saya ingin mengubah dalam hidup saya? ± Apakah kepercayaan, nilai dan falsafah hidup saya?

‡ Tajuk-tajuk pengajaran yang boleh dikemukakan oleh guru dalam pengajarannya untuk menggalakkan pemikiran divergen pula ditunjukkan di bawah:
± Bagaimana anda menerangkan sesuatu? ± Apakah yang menyebabkan sesuatu? ± Apakah yang penting mengenai sesuatu?

‡ Maka, untuk menggalakkan pemikiran divergen, guru harus sentiasa menggunakan soalan-soalan terbuka di dalam bilik darjah. ‡ Contoh: Jika seseorang diminta untuk memberi cadangan tentang penggunaan sebatang pensel, dia berupaya menyenaraikan cadangan-cadangan berikut:
± ± ± ± Menulis dan melukis Menebuk lubang pada kertas Sebagai senjata Sebagai alat permainan

‡ Contoh di atas menunjukkan bahawa seseorang berupaya memikirkan pelbagai jawapan yang logik. Jawapan yang diberi mungkin terlalu personal/unik berasaskan keupayaan meneroka mindanya yang kreatif.

‡ Guilford telah mengenal pasti 4 ciri pemikiran divergen seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:
Kelikatan (fluidity) Kelenturan (flexibility) Keaslian (originality) Terperinci (details) Mampu memberi penjelasan dgn mengemukakan banyak idea dan contoh Menjana pelbagai idea dan cara bagi menyelesaikan masalah Mampu memikirkan idea-idea baru yang bernas dan unik Mampu menjelaskan idea-idea dengan panjang kebar dan terperinci

idea idea idea

idea Rangsangan idea

idea idea idea

Corak pemikiran divergen

Pemikiran Konvergen/pemikiran tertumpu/ pemikiran berpandu


‡ Pemikiran Konvergen merujuk kepada keupayaan memfokus ke satu arah untuk mencari satu jawapan. ‡ Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu jawapan bagi sesuatu masalah yang jelas dan hanya mempunyai jawapan yang tepat.

‡ Dalam pemikiran konvergen, seseorang individu mengaplikasi pengetahuannya dan peraturan-peraturan serta prinsipprinsip dalam usahanya untuk mencari satu jawapan yang paling sesuai. ‡ Seseorang yang berfikir secara konvergen biasanya:
± berupaya menyelesaikan masalah yang memerlukan satu penyelesaian yang betul. ± tidak suka meneka dan tidak akan mencuba menjawab sesuatu yang tidak pasti.

‡ Contohnya, sesebuah bangunan baru mula retak selepas enam bulan. Jurutera awam itu perlu mencari sebab-sebabnya. Berdasarkan pengetahuan serta pengalamannya, jurutera perlu berusaha mencari sebab-sebab dan membuat satu kesimpulan tentang keretakan tembok bangunan itu. Jadi, jurutera itu dikatakan menggunakan pemikiran konvergen.

‡ Murid-murid di sekolah yang menggunakan hukum-hukum dan rumusrumus untuk menyelesaikan masalah Matematik dan Fizik adalah menggunakan pemikiran konvergen. ‡ Pemikiran ini sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains dan banyak diuji dalam peperiksaan awam.

fakta

fakta

fakta fakta Jawapan

fakta fakta fakta

Pemikiran konvergen

‡ Gaya pembelajaran lain ialah murid yang suka belajar dengan cara konvergen dan divergen. ‡ Murid yang suka belajar dengan cara konvergen dapat memberikan penyelesaian kepada satu soalan tertutup dengan cepat dan tepat. ‡ Murid yang suka belajar dengan cara divergen pula dapat memberikan pelbagai jawapan atau alternatif kepada satu soalan terbuka.

Tamat

You might also like