You are on page 1of 14

Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093

1.0 Konsep Kata

1.1. Menurut Asmah Haji Omar, kata mempunyai berbagai-bagai pengertian


berdasarkan pengwujudannya. Kata terbahgi kepada tiga iaitu fornologis, kata grafemis atau kata
ejaan serta kata nahuan.(1882:14). Selain itu menurut Asmah Hj Omar dalam bukunya iaitu
Nahu Kemas Kini, istilah kata merupakan unit nahu yang merupakan unsur dalam frasa dan
boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal. Sebagai unsur dalam frasa, kata boleh berfungsi
dalam hubungan sintagmatik dengan kata lain untuk mewujudkan frasa. Sebagai contoh, hari
panas merupakan frasa yang menggambarkan dua kata iaitu hari dan panas, membentuk frasa.

1.2. Abdullah Hassan (1992:107), bentuk bebas dimaksudkan bahawa kata


mempunyai kesatuan tertentu untuk wujud sebagai sebuah ayat yang terdiri daripada satu kata.
Kata sebagai bentuk terkecil yang bermakna dan dapat digunakan bersendirian sebagai ayat
minimal itulah yang disebut bentuk bebas.

1.3 Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2007:4) pula, kata merupakan satuan makna
kerana kata memilih makna tertentu. Sebagai contoh, kata jangan mengandungi kesatuan makna,
tetapi nganja tidak ada kesatuan makna. Selain itu, kata juga berperanan sebagai satuan
mempunyai kebebasan bergerak dalam ayat.

Contoh :

Rumah itu kecil.

Abang telah membeli rumah itu.

Abdullah sudah pulang ke rumah.

Dari contoh yang telah ditunjukkan, kata rumah pada ayat yang pertama menjadi subjek.
Dalam ayat yang kedua pula, kata rumah telah berfungsi sebagai objek manakala ayat yang
ketiga, kata rumah telah menjadi keterangan.

1
Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093

Menurut Ahmad Khair lagi, susunan kata boleh dipecahkan kepada beberapa morfem
iaitu monomorfemis yang bererti kata yang bermorfem satu manakala polimorfemis pula kata
yang bermorfem lebih daripada satu.

Kata adalah satuan gramatikal bebas yang terkecil. Kata disusun oleh satu atau beberapa
morfem. Kata juga haruslah mempunyai makna yang boleh member maksud walaupun hanya
satu kata.

1.4. Kesimpulan

Pandangan tokoh adalah berbeza mengenai istilah kata. secara jelasnya dapat dilihat di
sini Asmah Hj. Omar memberikan definisi istilah kata dari perspektif unit nahu yang merupakan
unsur frasa serta turut mengembangkan lagi istilah kata yang membentuk beberapa bahagian lain
seperti penjenisan kata, golongan dan juga subgolongan kata dan sebagainya. Namun, terdapat
sedikit persamaan yang telah wujud di antara pengertian istilah dari Asmah Hj. Omar, Abdullah
Hassan, dan Ahmad Khair iaitu ketiga-tiga tokoh ini memperkatakan bahawa kata merupakan
unit terkecil yang dapat membentuk ayat atau kata atau boleh berdiri sendiri. Asmah Hj. Omar
telah menjelaskan bahawa istilah kata dari sudut jenis, golongan, struktur dan sebagainya
manakala Abdullah Hassan telah menambah, iaitu kata merupakan bentuk terkecil dan dapat
digunakan bersendirian secara bebas. Bagi Ahmad Khair pula menekankan kesatuan makna
yang terdapat dalam unsur kata dan Ainon Mohd pula menerangkan kata merupakan pendapat.

Hasil sumber kajian dari penerangan mengenai pendapat tokoh- tokoh Tatabahasa Melayu
mengenai istilah kata, dapat difahamkan disini bahawa kata merupakan unit nahu terkecil dan
ianya berfungsi sebagai unsur dalam frasa serta boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal dan
boleh mewujudkan frasa apabila berfungsi dengan kata lain. Selain itu, dengan pemilihan makna
yang tertentu, kata juga dapat di dijelaskan sebagai satuan makna.

2
Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093

2.0 Konsep Kata Bantu

2.1 Abdullah Hassan (1993:222) mengatakan kata bantu membantu menerangkan frasa kerja,
frasa sifat dan frasa sendi nama. Ia menerangkan kata kerja. Jadi kata bantu menjalankan fungsi
menerangkan aspek dan ragam. Aspek menerangkan sama ada perbuatan itu akan dilakukan,
sedang dilakukan, atau sudah selesai. Ragam pula menerangkan keadaan perasaan pelaku semasa
melakukan perbuatan tersebut. Kata bantu kebiasaanya telah dibincangkan bersama-sama kata
kerja, frasa kata kerja , kata sifat , dan frasa sendi nama.

Abdullah Hassan (2008:194) mengatakan perkataan yang hanya boleh digunakan


bersama-sama dengan kata kerja sahaja. Perkataan–perkataan itu disebut kata bantu. Kata bantu
sentiasa digunakan di depan kata kerja. Oleh sebab itu kata bantu adalah sejenis kata kerja juga.
Kata ini terdapat dalam dua jenis iaitu kata bantu yang menunjukkan aspek dan ragam.

2.2 Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2007:148) kata bantu ialah perkataan yang memberi
keterangan tentang sesuatu perbuatan atau kata kerja. Selain itu, kata bantu juga bertugas
membantu frasa adjektif dan frasa sendi nama.Contohnya:

1) Mereka semua sudah kembali. (FK)


2) Anda harus segera. (FA)
3) Ahmad akan ke sana. (FSN)

2.3 Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004) mengatakan kata bantu ialah jenis perkataan
yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan
menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Dengan itu kata bantu
telah digolongkan kepada dua bahagian iaitu kata bantu aspek yang menerangkan berkaitan
perbezaan masa dan kata bantu ragam yang menjelaskan maksud ragam perasaan.

2.3.1. Kata adverba sebagai kata bantu

Abdullah Hassan (2008:195) mengatakan kata adverba adalah perkataan yang memberi
keterangan kepada kata kerja, kata adjektif, dan juga kata adverba itu sendiri. Oleh sebab ia

3
Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093

mem-bantu menerangkan kata-kata tersebut, maka ia juga adalah sejenis kata bantu. Berikut
adalah beberapa contoh kata adverba:

1. Bertindak pantas
2. Berjalan kuat
3. Terbang tinggi
4. Pandai mengaji
5. Bijak berniaga
6. Aktif menulis
7. Lama berfikir

3.0 Contoh Kata Bantu

3.1 Kata Bantu Aspek

Abdullah Hassan (1993) menjelaskan bahawa kata bantu aspek membezakan sama ada
sesuatu perbuatan itu selesai, sedang dilakukan , atau akan dilakukan. Ini dibawa oleh perkataan
seperti : telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, dan belum. Contoh penggunaan adalah
seperti berikut:

1. Kami pernah menziarahi dia di utara Malaysia.(menerangkan kata


kerja).

2. Mereka belum besar lagi. (menerangkan kata sifat)

3. Emak sedang ke pasar. (menerangkan frasa sendi nama)

Abdullah Hassan (2008) mengatakan kata bantu aspek adalah berfungsi bagi
menunjukkan apabila perbuatan itu belum, sedang atau sudah disempurnakan. Ini bermakna kata
bantu aspek memberitahu sama ada perbuatan itu, sudah, sedang, atau belum dibuat.Contoh kata
bantu aspek:

1. sedang mengail (belum sempurna)

2. sedang mandi (belum sempurna)

4
Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093

3. Akan tiba (belum sempurna)

4. Sudah tamat(sudah sempurna)

5. Telah tidur (sudah sempurna)

6. Pernah bermain (sudah sempurna)

Ahmad Khair Mohd Nor (2007:149) mengatakan kata bantu aspek menerangkan
perbezaan masa dilakukan,sama ada masa itu belum berlaku, masih berlaku atau telah
berlaku.Contohnya :

1. Masa belum berlaku: akan ,belum

2. Masa sedang berlaku: sedang, tengah

3. Masa telah berlaku: telah, sudah

Selain itu menurut Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran Dan Pembelajaran (2006) Kata
bantu aspek dapat dibahagikan kepada tiga jenis mengikut masa, iaitu: sudah (sudah, telah,
pernah), sedang (sedang, masih), dan belum (belum, akan). Contohnya:

1) Rosini sudah berkahwin pada malam kelmarin


2) Majapahit telah menyerang Melaka
3) Iraq pernah menawan Kuwait
4) Mahasiswa itu sedang berangan-angan
5) Pemuda itu masih bersembunyi
6) Bulan belum mengambang
7) Orang tua itu akan berhijrah ke Ipoh

Kata bantu aspek boleh juga berpasangan sesama sendiri pada satu masa. Contohnya:

1) Yang merah itu masih belum berumah tangga


5
Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093

2) orang itu belum pernah memanjat pokok,


3) rombongan pengantin masih belum tiba,
4) dia sudah pernah menangkap harimau
5) saya telah pernah pergi ke bulan

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004:246) mengatakan kata bantu aspek menimbulkan
suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan.Bentuk–
bentuk kata bantu ialah telah, baru, pernah, sedang, masih, akan dan belum yang masing-
masingnya digunakan seperti dalam ayat-ayat yang berikut:

1. Pekerja itu telah pulang.

2. Guru besar masih menyiapkan laporan itu.

3. Pertanyaan pemuda itu belum berjawab.

4. Mereka sedang mendaki gunung.

3.2 Kata Bantu Ragam

Abdullah Hassan (1993:222) mengatakan kata bantu ragam menerangkan perasaan


pelaku terhadap perbuatan yang dilakukan .Ini dibawa oleh perkataan seperti : akan, hendak,
mahu, harus, mesti, boleh , dan dapat. Contoh penggunaan adalah seperti berikut:

1. Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik. (menerangkan kata kerja)

2. Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri. (menerangkan kata kerja)

3. Awak harus cepat supaya tidak ketinggalan.(menerangkan kata sifat)

Abdullah Hassan (2008:195) mengatakan kata bantu ragam menerangkan perasaan dan
pendapat arang yang melakukan perbuatan itu.Contoh adalah seperti berikut:

1. Hendak pergi

2. Hendak makan
6
Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093

3. Mahu bergaduh

4. Mahu melawan

5. Harus mengalah

6. Harus berusaha

7. Mesti hadir

8. Mesti berdoa

9. Boleh terima

Ahmad Khair Mohd Nor (2007:149) mengatakan kata bantu ragam menerangkan
kemahuan atau perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan Contohnya:

boleh, mesti, ingin, hendak, dapat, mahu, harus dan sebagainya

Menurut Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran Dan Pembelajaran (2006) Kata bantu
ragam boleh dan dapat mempunyai makna yang berbeza. Kata boleh digunakan untuk
menunjukkan keizinan ,manakala dapat digunakan dalam hubungannya dengan “kepercayaan”
atau “kemampuan”. Contohnya:

1. Saya tidak boleh masuk ke dewan kerana tertinggal slip peperiksaan.


2. Peserta yang berumur lebih daripada 30 tahun tidak boleh menyertai
pertandingan itu.
3. Adik saya tidak dapat hadir ke sekolah hari ini kerana demam.

Selain itu, Kata bantu ragam hadir sebelum kata kerja untuk menerangkan ragam atau
suasana perasaan sesuatu perlakuan itu, sama ada mesti, hendak, berupaya atau tidak berupaya
untuk melakukannya. Contoh:

1. Kedua-dua remaja itu hendak bergusti,


2. Dia mahu mempertingkatkan prestasi kerja,

7
Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093

3. Kami harus bergegas ke sana,


4. Kamu boleh balik pada petang nanti,
5. Anaknya dapat menyelam,
6. Kita mesti berkorban untuk negarA

Kata bantu ragam juga boleh berpasangan sesama sendiri untuk mengungkapkan ragam
atau suasana perasaan mengikut konteksnya. Contoh:

1. Mahasiswa itu harus mahu mengambil peperiksaan,


2. Kedua-dua ibu bapanya harus dapat ke Mekah tahun ini,
3. Suaminya mesti mahu berkahwin lagi,
4. Kita mesti dapat mengambil buah yang tergantung itu.

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004:246) mengatakan kata bantu ragam ialah bentuk
kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang
dilakukan, seperti hendak, mahu, mesti, boleh, dan dapat.Contoh penggunaanya dalam ayat
adalah seperti yang berikut:

1. Mereka mesti keluar hari ini juga.

2. Kita boleh bertolak ke Johor Bahru esok.

3. Kami dapat pulang ke kampong pada masa cuti persekolahan.

3.3 Perbandingan

Jika dilihat pada kesemua rujukan yang telah dikaji, penggunaan kata bantu dalam ayat
jelas menunjukkan fungsinya adalah sama dan tidak berubah. Ini kerana merujuk Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu (2004) dan Ahmad Khair Mohd Nor (2007) tugas kata bantu ini
sememangnya merujuk kepada sesuatu perbuatan atau kata kerja. Selain itu juga kata bantu ini
juga bertugas membantu dalam frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN).
Pembahagian jenis kata bantu pada kedua rujukan tersebut juga sama iaitu 2 jenis / bentuk /
golongan yakni kata bantu ragam dan kata bantu aspek.
8
Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093

Contoh ayat:

1. Pekerja itu telah pulang. (FK)


2. Awak harus cepat. (FA)
3. Ahmad akan ke sana. (FSN)

Jika dilihat dari ayat-ayat tersebut sememangnya peranan kata bantu untuk membantu
menjadikan ayat lengkap sangat jelas dan di situ jugalah dapat dilihat kewujudan sesuatu
perbuatan atau disusuli kata kerja.

Manakala menurut Abdullah Hassan (2008) kata bantu boleh digunakan bersama-sama
dengan kata kerja sahaja tetapi tetap merujuk kepada sesuatu perbuatan. Selain itu juga kata
bantu ini sentiasa berada di hadapan kata kerja dan dari sudut ini, konsep pemahamannya tetap
sama dengan dua lagi rujukan sebelum ini kerana masih wujud lagi frasa kerja, frasa adjektif,
dan frasa sendi nama dalam setiap ayat walaupun dalam kata bantu aspek mahupun kata bantu
ragam bagi mewujudkan sesuatu ayat kata bantu.

4.0 Dapatan

4.1.1 Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2009:64) kata bantu sering berkait dengan kata kerja
bagi menambahkan pengertian sesuatu perbuatan dan kata bantu harus di hadapan kata kerja.
Kata bantu terbahagi kepada 2 jenis iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam

Kata Bantu Aspek

Belum dilakukan Sedang berlangsung Sudah berlalu


belum , akan, hendak sedang, masih, mula sudah, pernah, telah, baru

9
Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093

Kata Bantu Ragam

Makna Contoh Kata Bantu


a) keupayaan boleh, dapat
b) kehendak hendak, mahu, ingin
c) kemestian mesti, harus, wajib, perlu
d) kemungkinan mungkin, barangkali
e) kepastian tentu, pasti
f) keizinan boleh
g) keengganan enggan
h) kepatutan patut

4.1.2 Menurut Abdullah Hassan (2008:222) sifat bagi kata bantu adalah sama tetapi beliau
tidak membuat pengkelasan khusus untuk kata bantu aspek dan kata bantu ragam berlainan
dengan Ahmad Khair Mohd Nor yang membuat jadual pengkhususan bagi kata bantu.

Kata Bantu Aspek

Telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan dan belum

Kata Bantu Ragam

Akan, hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat

4.1.3 Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004) kata bantu ialah jenis perkataan yang
bertugas untuk membantu, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan
menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Namun begitu
pengkelasan yang dibuat hampir sama dengan tokoh Abdullah Hassan dan mempunyai
penambahan ‘baru’ pada kata bantu aspek yang digantikan dengan ‘sudah’ dan pembuangan
perkataan ‘akan’ pada kata bantu ragam.

Kata Bantu Aspek

Telah, baru, pernah, sedang, masih, akan, dan belum.


10
Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093

Kata Bantu Ragam

Hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat.

4.2 kesimpulan

Berdasarkan pemerhatian dari ketiga-tiga rujukan diatas konsep dan sifat kata bantu
sebagai kata yang berada di hadapan kata kerja adalah sama dan tidak berubah, tetapi kategori
kata bantu aspek dan kata bantu ragam mempunyai penambahan jika dibandingkan dengan
Ahmad Khair Mohd Nor (2009) yang menjelaskan bahawa terdapat 10 contoh kata bagi kata
bantu aspek serta 16 contoh kata bagi kata bantu ragam. Namun dari sudut pandangan
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004) dan Abdullah Hassan (2008) persamaan pengkelasan
contoh kata bantu aspek dan kata bantu ragam terdapat sedikit penambahan ‘baru’ bagi kata
bantu aspek bagi menggantikan perkataan ‘sudah’ dan pembuangan ‘akan’ bagi kata bantu
ragam. Ini menjadikan jumlah jumlah kata bantu aspek sebanyak 7 serta 7 contoh kata dalam
kata bantu ragam yang dijelaskan oleh Abdullah Hassan (2008) manakala terdapat 6 contoh kata
dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004)

5.0 Kesalahan Tatabahasa Dalam Kata Bantu

Merujuk Ahmad Khair Mohd Nor (2008) , kesalahan yang terdapat di sini ialah
ketidaksuaian penggabungan dengan kata bantu aspek, dalam konteks ini kata nafi tidak
berpotensi untuk begabung dengan kata bantu aspek berbanding dengan bukan.

1) Saya sudah tidak menari


- Saya sudah bukan menari

2) Saya telah tidak menari

- Saya telah bukan menari

3) Saya sedang tidak menari

- Saya sedang bukan menari

11
Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093

Ini kerana apabila dilihat, penggunaan bukan pada ayat tersebut menyebabkan makna
ayat itu tidak betul dan munasabah. Walaupun penggunan kata bantu aspek di sini telah ditukar
dari sudah, telah, dan sedang , namun penyesuaian bagi ayat tersebut menggunakan kata nafi
bukan adalah tidak sesuai sama sekali bagi menyempurnakan ayat tersebut.

Tetapi apabila penggunaan kata nafi tidak, kata ini agak berpotensi dalam menyesuaian
ayat tersebut walaupun kebiasaanya kata kerja yang patut berada di tempat kata nafi tersebut.

Begitu juga apabila melibatkan kata bantu ragam, Contoh ayat

1) Saya mungkin terlambat


2) Salah jika : Saya mungkin (kata sifat digunakan)
- Saya mungkin (menangis)

Di sini kata bantu ragam mungkin digunakan bagi menyempurnakan ayat tersebut.
Manakala terlambat sebagai perbuatan yang digunakan sesuai dengan sifat kata bantu ragam
yang menunjukkan kata kerja. Jika penggunaan kata lain selepas kata bantu seperti kata sifat,
ayat tersebut mungkin didengar betul tetapi dari segi maksud ia adalah salah seperti contoh :
Saya mungkin menangis .

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, dapat dijelaskan disini bahawa kata bantu merupakan bentuk kata yang
bertugas sebagai pelengkap ayat yang penting kerana melibatkan frasa kerja, frasa adjektif dan
frasa sendi nama. Kata bantu juga harus wujud di hadapan kata kerja dan tidak boleh dari aspek
bahasa semata-mata, jenis perkataan lain yang menggantikan tugas kata bantu manakala
pembahagian kata bantu adalah kepada 2 jenis yang cukup untuk menjelaskan sifat dan
kepentingan peranan kata bantu itu sendiri iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
Penerbitan kata ini juga boleh meluaskan lagi penggunaan bahasa dan ia menjadi salah satu
keistimewaan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu dalam pengajaran.

Kepentingan ilmu tatabahasa dalam memastikan penggunaan bahasa yang jitu dan
gramatis tidak dapat dinafikan. Saranan kepada para pelajar dan guru agar menguasai aspek ini
kerana kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah, penguasaan
dalam bidang tatabahasa akan menentukan pengajaran tatabahasa berlangsung dalam suasana

12
Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093

yang terancang dan mencabar pemikiran untuk memperoleh kepastian berkenaan hukum-hakam
berkaitan bahasa. Selain itu, penguasaan yang luas dalam ilmu tatabahasa seperti dalam
penggunaan apitan akan membolehkan kita menganalisis kesalahan-kesalahan bahasa yang kerap
kali dilakukan oleh pelajar dalam penghasilan ayat.

7.0 Rujukan

Abdullah Hassan ( 1993). Tatabahasa Pedagogi BahasaMelayu. Kuala Lumpur :

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala

Lumpur : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd..

Ahmad Khair Mohd Nor (2007). Pembentukan Kata. Kuala Lumpur : Pustaka

Salam Sdn Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor (2008). Persoalan Tatabahasa. Kuala Lumpur : Pustaka

Salam Sdn Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor (2009). Pengajaran Ayat Bahasa Melayu. Kuala Lumpur

: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood

(2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

13
Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Ra”in Shaari (2006). Bahasa Melayu Dimensi

Pengajaran Dan Pembelajaran.selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn


Bhd

14

You might also like