You are on page 1of 6

Kegiatan Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional

Faktor- faktor masyarakat Melayu tradisional


a) Ekonomi dijalankan secara sara diri
b) Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas dalam masyarakat Melayu
c) Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur.

I. Ekonomi
i. Ekonomi Sara diri
Definisi: Kegiatan ekonomi yang dijalankan secara kecil- kecilan dan memenuhi keperluan
keluarga dan sendiri sahaja.

A. Lima bentuk ekonomi wujud dalam masyarakat Melayu tradisional secara sara diri:
1. Pertanian
2. Perikanan
3. Pembuatan kraf tangan
4. Pengumpulan hasil hutan
5. Ternakan binatang

1. Pertanian
a. Kegiatan utama masyarakat Melayu tradisional.
b. Pelbagai jenis tanaman ditanam seperti padi sawah, padi huma, suyur- sayuran,
buah-buhan dan ubi.
c. Kegiatan pertanian tertumpu di kawasan berhampiran dengan sungai kerana
tanahnya subur dan terdapat kemudahan bekalan air.
d. Kawasan delta sungai di Kedah dan Kelantan menjadi kawasan pertanian utama.
e. Tenaga binatang seperti kerbau digunakan untuk membantu kerja-kerja
membajak.
f. Empangan dibina bagi menakung air untuk menambahkan hasil pengeluaran. Air
yang ditakung disalurkan ke kawasan pertanian melalui terusan. Terusan yang
terkenal di Tanah Melayu ialah Terusan Wan Mat Saman.

2. Perikanan
a. Dilakukan oleh masyarakat Melayu secara tradisional.
b. Mereka menggunakan peralatan tradisional seperti serkap, tangguk, bubu, dan
tanggul untuk menangkap ikan.
c. Tangkapan dijual kerana permintaan tinggi.
d. Hasil yang lebih akan dibuat ikan kering, belacan, budu, dan keropok.

3. Pembuatan kraf tangan


a. Dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional dengan menggunakan sumber-
sumber semula jadi.
b. Daun mengkuang, daun pandan, dan daun nipah dibuat tikar, bakul, dan tudung
saji.
c. Kegiatan menenun songket dan membuat senjata seperti keris juga dilakukan.

4. Pengumpulan Hasil Hutan

5. Ternakan binatang

Kegiatan Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional


a. Ayam
b. Itik
c. Lembu
d. Kerbau

B. Faktor- faktor ekonomi sara diri


a) Skala yang kecil
b) Teknologi yang mudah
c) Modal yang kecil
d) Jumlah buruh yang terhad
e) Pasaran yang kecil

b) Teknologi yang mudah: Menggunakan peralatan asas yang diperbuat daripada


bahan yang ada di sekitar mereka. Kebanyakannya menggunakan tenaga binatang
atau manusia sendiri.
 Penanaman padi: tajak, canggul, tugal, tenggala
 Sistem pengairan: sumber air dari sungai
atau hujan yang bermusim
 Penangkapan ikan(bergantung pada kws penangkapan) : tali kail, bubu, jala

C. Lebihan pengeluaran digunakan untuk


 Pertukaran barangan
 Kenduri- kendara
 Pembayaran zakat
 Sedekah
 Hadiah
 Disimpan untuk satu tempoh tertentu terutama aktiviti ekonomi yang bermusim.
(Tujuan: memeastikan kelangsungan bekalan makanan)

ii. Ekonomi Dagangan


Definisi: Kegiatan ekonomi yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan pemasaran.

A. Dua bentuk ekonomi wujud dalam masyarakat Melayu tradisional secara dagangan:
1. Perlombongan
2. Perdagangan

1. Perlombongan
a. Merupakan pekerjaan tradisi masyarakat Melayu kerana negeri-negeri Melayu
kaya dengan hasil galian seperti bijih timah dan emas.

Bijih Timah
b. Kawasan utama bijih timah ialah di
 Perak: Lembah Kinta, Larut, Dinding, dan Beruas
 Negeri Sembilan: Sungai Linggi dan Sungai Ujong
 Selangor: Sungai Bernam, Sungai Selangor, dan Sungai Klang

c. Kaedah melombong:
 Mendulang atau melampan
 Lombong Siam

Kegiatan Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional


d. Bijih dipasarkan ke
 China
 India
 Jepun

e. Bijih digunakan untuk membuat


 Bahan dagangan
 Mata wang
 Perkakas rumah
 Gendang gangsa
 Alatan gangsa
 Alatan muzik, spt gong

f. Lombong bijih timah


 Dimiliki oleh golongan pembesar Melayu
 Dikerjakan oleh buruh tempatan
 Kawasannya: sungai yang berhampiran

g. Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah termasuk:


Selangor
 Long Jaafar
 Ngah Ibrahim
 Raja Jumaat

Sungai Ujong, Negeri Sembilan


 Datuk Kelana Putera
 Datuk Bandar
 Datuk Muda Linggi

Emas
h. Emas dilombong di
 Kelantan
 Pahang
 Terengganu

i. Emas dan perak diguna untuk menghasilkan barang perhiasan.

2. Perdagangan
a. Kedudukan Tanah Melayu yang strategik di laluan perdagangan antarabangsa,
menjadikannya sebuah pusat perdagangan yang unggul.

b. Dilakukan secara jual beli atau tukar barang.


c. Sultan dan pembesar menjadi pemodal dan memonopoli perdagangan.
d. Rakyat menjalankan perdagangan secara berjaja di pasar atau di luar kawasan.
e. Pelabuhan dan muara sungai menjadi pusat perdagangan yang penting.
Contohnya:
 Pelabuhan Malaka
 Pelabuhan Kedah

Kegiatan Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional


 Pelabuhan Klang
 Pelabuhan Johor Lama
f. Pelabuhan-pelabuhan tersebut juga menjadi pusat pengumpulan dan
pengedaran barangan dari Timur dan Barat.
g. Barangan utama yang didagangkan ialah:
 Rempah
 Gambir
 Hasil tenunan
 Bijih timah
 Beras
 Lada hitam
 Garam
 Hasil-hasil hutan

h. Hasil hutan juga merupakan bahan dagangan, seperti:


 Kayu kayan
 Rotan
 Damar
 Madu lebah

i. Kegiatan perdagangan yang berbeza dijalankan oleh


1. Johor:
 Lada hitam dan gambir diusahakan di bawah sistem Kangcu dan ditanam
di sepanjang sungai secara besar-besaran untuk tujuan eksport.
 Menghasilkan bahan-bahan seperti getah perca, sagu, dan koko.
 Eksport ke
 India: Kayu balak
 China, Mauritius, Jawa, Sri Lanka: Kayu balak yang telah diproseskan
2. Seberang Perai: Buah pala, cengkih, dan tebu
3. Melaka: Ubi kayu
4. Terengganu:
 Mengeksport emas, bijih timah, rotan, dan damar ke China.

j. Pengumpulan hasil hutan untuk tujuan perdagangan digelar sebagai meramu.


k. Mata wang digunakan dalam kegiatan jual beli.

B. Faktor- faktor ekonomi dagangan


a) Skala yang besar
b) Teknologi yang lebih tinggi
c) Modal yang besar
d) Sumber buruh yang banyak
e) Pasaran yang lebih luas

II. Sistem mata wang


a. Sebelum penggunaan mata wang, urusan perdagangan dijalankan secara sistem barter.
Sistem barter: Satu kaedah berjual beli dengan cara bertukar barang mengikut keperluan
dan persetujuan antara penjual dengan pembeli.

b. Tujuan: melicinkan urusan perdagangan.

Kegiatan Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional


c. Pedagang awal menggunakan kulit siput geweng dan gerus sebagai mata wang.
d. Perkembangan ekonomi menyebabkan mata wang logam yang diperbuat daripada emas
dan timah mula digunakan.
e. Pada kurun ke-15, mata wang timah yang dikenal sebagai kaleng (calains) mula
digunakan di Melaka.
f. Mata wang primitif yang digunakan:
 Melaka: mata wang emas, perak, timah
 Kelantan: Dinar emas
 Terengganu: Wang dan Kupang emas
 Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak: Jongkong tampang, timah
 Johor: Mas dan Kupang
 Kedah: mata wang yang berbentuk ayam jantan

III. Timbangan Sukatan dan Ukuran


a. Sistem pertimbangan (berat), ukuran (jarak dan keluasan) dan sukatan (isipadu)
digunakan dalam ukuran perdagangan
b. Untuk menyukat isi padu sesuatu bahan, kaedah sukatan digunakan.
c. Alatan seperti kaul, cupak dan gantang digunakan bagi menyukat jumlah
 Beras
 Bijih timah
 Garam
 Kacang
 Rempah
d. Untuk mengira jumlah berat, kaedah timbangan digunakan.
e. Dacing dan pikul untuk timbangan barangan seperti
 Emas
 Perak
 Bijih timah
 Rempah
f. Untuk mengukur keluasan dan jarak di antara dua tempat, unit relung digunakan.
g. Anggota badan juga digunakan bagi mengukur jarak pendek:
 Jengkel - ukuran jarak di antara ibu jari dengan jari kelengkeng.
 Hasta – ukuran jarak di antara hujung siku dengan hujung jari hantu.
 Depa - panjang jarak di antara dua tangan yang didepakan.
h. Pengukuran jarak di antara sebuah kampung dengan kampung yang lain dianggar
berdasarkan tempoh masa berjalan atau berkayuh sampan:
 Sepelaung
 Setanak nasi
 Sehari
 Sepekan
 Sepurnama atau sebulan

IV. Pengangkutan
a. Jalan air dan darat digunakan untuk kegiatan perdagangan.

Jalan Air
b. Jalan air(sungai dan laut) penting kerana perhubungan dan barangan dapat diangkut
dengan lebih mudah dan cepat.
c. Pengangkutan air yang digunakan ialah:

Kegiatan Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional


 Jalur
 Kolek
 Perahu
 Sampan
d. Rakit: Menangkap ikan dan mengangkut barangan dari kawasan pedalaman ke
pelabuhan
e. Bahtera, jong, perahu layar: Digunakan di laut
f. Sungai amat penting sebagai laluan pengangkutan utama dan banyak penempatan
didirikan di kawasan berhampiran sungai.

Jalan darat
g. Gajah, lembu, kerbau: Mengangkut barangan yang agak berat melalui jalan darat
h. Jalan Denai Penarikan: Jalan yang menghubungkan Melaka dengan Pahang melalui
Sungai Muar, Sungai Serting, dan Sungai Pahang. Jalan ini telah memendekkan tempoh
perjalanan dari negeri-negeri di pantai timur ke negeri-negeri pantai barat.

V. Sistem percukaian
a. Cukai: Bayaran yang dikenakan ke atas haisl pertanian, perlombongan, perdagangan, dan
hasil hutan seperti beras, bijih timah, ikan kering, dan getah perca.
b. Cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah dan pembesar, serta menjadi
lambang kekuasaan seseorang pembesar di kawasannya.
c. Sungai merupakan tempat yang penting dalam pungutan cukai kerana sungai adalah
jalan perhubungan dan pengangkutan yang utama.
d. Barang-barang yang dibawa masuk melalui pelabuhan akan dikenakan cukai.
e. Cukai labuh batu: Cukai yang dipungut di tempat-tempat tertentu di sepanjang sungai.
f. Cukai bebas kuala: Cukai yang dipungut di kuala sungai.
g. Jenis cukai lain termasuk cukai kapala dan cukai tanaman.
h. Cukai kepala: Kedah, Kelantan dan Terengganu yang mengenakan cukai kepala terhadap
rakyatnya. Cukai ini digunakan untuk membuat bunga emas sebagai ufti kepada raja
Siam

VI. Sistem Serah dan Sistem Kerah


Sistem Serah
a. Sistem Serah: Amalan memberikan sebahagian daripada hasil tanaman ang diusahakan
kepada pemerintah.
b. Pemberian itu dibuat sebagai tanda membalas jasa pembesar kerana menyediakan tanah
untuk diusahakan.
c. Kadar dan nilai serahan bergantung kepada hasil tanaman dan ternakan yang diperoleh
dalam tempoh tertentu seperti dalam tahun tersebut.
Sistem Kerah
d. Sistem Kerah: Amalan membuat sesuatu kerja untuk raja, pembesar, atau kampung
tanpa dibayar upah.
e. Antara kerja-kerja yang dijalankan adalah seperti membina istana, kubu, jalan, dan
saliran.
f. Sistem ini penting kerana melambangkan sikap taat setia, sedia berkorban, dan
berganding bahu rakyat membantu pemerintah.

Kegiatan Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional

You might also like