PENGENALAN Negara Islam ialah sebuah negara ideologi yang ditegakkan dengan berpandukan kepada asas akidah Islam

(Abdul Karim Zaidan, Majmu’ah Buhuth Fiqhiah). Di samping itu, negara Islam atau “Dar al-Islam” dapat diperjelaskan lagi sebagai negara yang melaksanakan undang-undang dan hukum-hukum Islam serta berada di bawah kekuasaan dan pemerintahan orang Islam. Ini termasuklah menjamin wilayah yang bebas dan selamat untuk seluruh rakyatnya. Oleh yang demikian, pemerintahan adalah satu cara yang terbaik dalam menyempurnakan kebajikan manusia melalui pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan telus. Secara rasionalnya, matlamat negara Islam adalah untuk: • Melaksanakan undang-undang Islam di atas muka bumi ini. Firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 36 yang bermaksud: “Maka demi tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu sebagai hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tiada merasa keberatan dalam diri mereka terhadap apa yang telah kamu putuskan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” Walau bagaimanapun, hukum-hukum Islam ini tidak dapat dilaksanakan sehinggalah wujudnya sebuah negara Islam. Ibnu Taimiyah pernah menyatakan: “Mendirikan negara adalah kewajipan manusia yang besar terhadap agama malah tidak dapat ditegakkan agama melainkan dengannya kerana Allah mewajibkan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan segala kewajipan berkaitan jihad, menegakkan keadilan dan melaksanakan hukum-hukum Islam tidak akan sempurna kecuali dengan adanya kekuasaan (kekuatan) dan negara.”

1

” • Mengembang dan menyebarkan agama Islam kepada semua manusia di seluruh pelusuk dunia serta berjihad pada jalan Allah dalam mempertahankan kesucian agama Islam daripada serangan musuhmusuh Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Antara orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan. berpuasa di bulan Ramadan.” • Melahirkan masyarakat yang penyayang dan bersaudara. persengketaan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah sekiranya Fatimah mencuri nescaya aku akan potong tangannya. 2 . hasad dengki dan dendam hendaklah dijauhi. Ini kerana pemerintahan Islam merupakan sistem pemerintahan yang adil dan saksama tanpa mengira bangsa mahupun warna kulit. Ini menunjukkan bahawa semua aspek yang berkaitan dengan manusia tertakluk kepada undang-undang dan hukum-hukum Islam. menunaikan zakat. • Membawa keadilan kepada seluruh umat manusia dan alam sejagat. ayat 41 yang bermaksud: “Orang yang kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini nescaya mereka mendirikan sembahyang.• Menegakkan syiar Islam dalam kehidupan seharian masyarakat. mereka menguatkan antara satu sama lain. mengeluarkan zakat sambil menyeru ke arah kebaikan dan mencegah keburukan. Segala pergaduhan.” Ayat ini memberi gambaran bahawa orang Islam yang hidup di atas muka bumi Allah perlu sentiasa menunaikan solat lima waktu. Ini merangkumi hubungan yang akrab dan baik sesama sendiri. Firman Allah dalam surah al-Hajj. menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allahlah segala urusan.

Firman Allah dalam surah al-Azhab.” Prinsip tauhid juga mencerminkan satu teras utama dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara Islam. ayat 21 yang bermaksud: 3 . Ini kerana prinsip tauhid ini merupakan paksi kepada kehidupan seorang Islam yang bertitik tolak daripada mengucap dua kalimah syahadah seperti yang terdapat dalam Rukun Islam yang pertama iaitu: “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. hukum-hukum. Contohnya. Di samping itu. Misalnya. Maka Rasulullah akan menerangkan satu persatu cara untuk bersembahyang. undang-undang dan sebagainya seperti mana yang telah digariskan oleh Allah SWT. Pada masa yang sama. Ia mestilah diselaraskan melalui pelaksanaan peraturan-peraturan. baginda telah menerapkan hukum-hukum Allah SWT dalam semua bidang seperti yang terkandung dalam kitab Al-Quran dan Al-Sunnah.PRINSIP DALAM PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM a) Tauhid Tauhid bermaksud mengakui bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa dan hanya Dia yang layak disembah dan ditaati secara lahiriah mahupun batiniah. tetapi tidak diterangkan caranya. b) Risalah Risalah ialah mengakui dan mengiktiraf kenabian dan kerasulan Rasulullah SAW sebagai panduan utama dalam membangunkan negara. baginda turut menjelaskan contoh-contoh yang praktikal dalam melaksanakan hukum-hukum Allah agar diikuti oleh semua manusia. Ini kerana Rasulullah merupakan contoh dan teladan yang terpuji sebagai ketua negara Islam sewaktu era pemerintahan dan pentadbirannya di Madinah. segala tindakan yang diambil bagi memenuhi agenda negara mestilah bermatlamat untuk mencapai keredaan dan keberkatan Allah. dalam Al-Quran terdapat ayat yang menyuruh kita sembahyang.

Ini termasuklah soal politik. ekonomi. Contohnya.  Manusia hanyalah sebagai pemegang amanah dan pentadbir. antaranya :  Kuasa mutlak adalah hak milik Allah SWT sepenuhnya.  Manusia hendaklah memenuhi matlamat dan objektif seperti yang ditentukan dalam undang-undang Allah. antaranya:  Cadangan daripada seseorang dan kemudiannya dipersetujui oleh orang ramai. khalifah wajib menegakkan agama dan mentadbir dunia mengikut hukum syarak demi mencapai kebaikan di dunia dan di Akhirat (Mahayudin. 4 .” c) Khalifah Khalifah ialah wakil Allah di bumi dalam mengurus dan mentadbir alam semesta yang berpandukan kepada hukum-hukum Allah.  Cadangan daripada bekas khalifah dan dipersetujui orang ramai. Terdapat empat ciri penting dalam sistem khalifah.  Pentadbiran undang-undang yang dilaksanakan dalam negara hendaklah berpandukan kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. cadangan Abu Bakar As-Siddiq yang memilih Umar AlKhattab sebagai khalifah dan dipersetujui orang ramai. Terdapat tiga cara bagi melantik khalifah. cadangan Umar Al-Khattab yang memilih Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah dipersetujui orang ramai. sosial dan sebagainya.“Sesungguhnya bagi kamu. Menurut Ibnu Khaldun. pada diri Rasulullah itu suatu contoh teladan yang baik bagi mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan Hari Akhirat. Contohnya.  Mengemukakan beberapa orang calon oleh bekas khalifah bagi memilih salah seorang dari mereka sebagai khalifah dalam Majlis Syura. 1998).

Ini kerana keupayaan Islam tidak dapat dipertikaikan dan terbukti berjaya menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi umat Islam di seluruh dunia sejak pembangunan tamadun lagi. (Dusuki. Oleh itu. 1980) DASAR DALAM PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM a) Pembentukan Sistem Syura Syura ialah permesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan. Di samping itu. fungsi utama sistem syura adalah untuk mencalon dan melantik Ketua Negara serta menasihati setiap peringkat struktur organisasi negara 5 . Justeru. pelaksanaan sistem syura ini hendaklah berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Berdasarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Datuk Dr Abdullah bin Mohd Zin menjelaskan bahawa kerajaan telah memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari bertujuan membangkitkan kesedaran umat Islam di negara ini supaya menggunakan pendekatan Islam dalam menyelesaikan segala isu yang berlaku dalam kepentingan masyarakat.Pemilihan cara ini berlaku pada era perlantikan Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah. Majlis syura merupakan salah satu mekanisme pembuat keputusan utama dalam negara. adil. sistem syura telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi dan diikuti oleh khalifah-khalifah seterusnya. mereka yang dipilih menganggotai majlis syura hendaklah terdiri daripada golongan yang berilmu. warak. ayat 159 yang bermaksud: “Urusan negara hendaklah dimesyuaratkan sesama mereka.” Tambahan pula. bijaksana dan sebagainya serta dapat menyempurnakan pelbagai bidang yang berkaitan dengan umat Islam. Firman Allah dalam surah Ali-Imran. kebajikan dan masalah mereka berdasarkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Islam telah meletakkan syarat terhadap kebebasan-kebebasan tersebut iaitu mestilah tidak mencabuli undangundang syarak.supaya pemerintahan dan pentadbiran negara dapat berjalan dengan lebih lancar dan berserah kepada Allah. Justeru. Kebebasan juga mempunyai kaitan dengan falsafah. c) Kebebasan Kebebasan merupakan satu amalan asas dalam pemerintahan Islam. sistem politik dan sistem perundangan negara. kelompok dan sebagainya. 2006). Pada masa yang sama. d) Persamaan Persamaan merujuk kepada hak. Keadilan menurut Islam pula ialah mengatasi semua kepentingan peribadi. Islam menjamin kebebasan beragama. tidak kira sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya yang samasama berada di bawah pemerintahan kerajaan Islam. Usaha ini dijangka dapat menyusun semula masyarakat Malaysia supaya berada pada satu landasan hidup beragama yang betul tanpa mengetepikan semangat muhibah yang telah dipupuk oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini (Datuk Dr Abdullah bin Mohd Zin. keadilan bermaksud pemberian yang saksama kepada semua orang. b) Keadilan Secara amnya. Dalam hal ini. kerajaan Islam haruslah menjamin persamaan semua kaum termasuklah 6 . kebebasan turut diberikan kepada semua rakyat. melampaui batas dan menggoyah ketenteraman awam. kebebasan dan tanggungjawab setiap kaum dan bangsa adalah sama sebagai rakyat dalam sesebuah negara. pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan di Malaysia pada hari ini merupakan salah satu usaha untuk memajukan rakyat Malaysia dengan adil dan saksama seiring dengan tuntutan Islam itu sendiri. mengamalkan budaya. Di samping itu. dasar keadilan ini akan menjadi asas dalam sistem pemerintahan Islam yang mana melibatkan semua golongan dalam masyarakat. memiliki harta dan mengeluarkan pendapat. Sebagai contoh. Sebagai contoh.

Ini kerana ketua negara bertindak sebagai ketua agama Islam dan ketua tentera yang tertinggi dalam negara. Kami jadikan kamu dari berbagai bangsa dan suku kaum supaya kamu berkenalan. 7 . sesungguhnya kami jadikan kamu dari golongan lelaki dan perempuan. ayat 13 yang bermaksud: “Hai manusia. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat.umat Islam itu sendiri dengan melaksanakan segala pembangunan yang berteraskan keimanan dan mendapat keredaan Allah. STRUKTUR DALAM PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM 1) Ketua Negara Ketua Negara merupakan seorang pemimpin yang agung dalam sesebuah negara. Di samping itu. Contohnya.” Ayat ini jelas menunjukkan bahawa semua manusia tidak mempunyai perbezaan dalam penilaian Allah termasuklah aspek keturunan. sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Tuhan ialah mereka yang bertaqwa. Tugas utama ketua negara ialah memimpin urusan kaum muslimin dan muslimat melalui penerapan hukumhukum dan undang-undang Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara. Rasulullah pernah melantik seseorang untuk menggantikan sementara kedudukan baginda dalam kerajaan bagi menguruskan hal ehwal negara dan rakyat di Madinah. harta dan kebudayaan. bahasa. 2) Naib Ketua Negara Naib Ketua Negara pula berfungsi memangku tugas-tugas ketua negara apabila tiba keadaan yang memerlukannya. kerajaan Islam perlulah mengagihkan sumber ekonomi dan pendapatan yang sama rata kepada semua golongan. tapi perbezaannya hanyalah terletak pada sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya. warna kulit. khususnya golongan minoriti dalam negara.

5) Angkatan Bersenjata Angkatan bersenjata dalam negara Islam adalah askar-askar. peperangan dan urusan umum yang lain. panji-panji dan sebagainya. 8 . surat-menyurat dan majlis-majlis mengikut keperluan semasa pemerintah. Misalnya pada zaman Rasulullah SAW. Pada zaman Rasulullah SAW. Mereka telah diberikan kuasa untuk mengerahkan askar pada bila-bila masa.3) Muawin Muawin bertindak sebagai pembantu ketua negara dalam hal ehwal yang berkaitan pemerintahan dan pentadbiran negara. Selain itu. 6) Wali Wali ialah individu yang memimpin sebuah daerah atau wilayah kecil. Mereka juga dikenali sebagai para ‘Amil. Pada masa yang sama. 4) Setiausaha Setiausaha atau “Bitanah” merupakan pegawai paling kanan dalam pentadbiran negara. baginda telah melantik ketua pasukan perang atau komando tertinggi untuk mengetuai angkatan bersenjata walaupun tanpa kehadiran baginda. latihan ketenteraan. Rasulullah juga telah menguruskan hal-ehwal pentadbiran ketenteraan seperti persediaan logistik. Pada zaman Nabi. pejuangpejuang atau skuad-skuad yang bertanggungjawab mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Setiausaha berfungsi sebagai pencatat maklumat-maklumat penting mengenai negara apabila berdampingan dengan ketua negara ataupun wakilnya. mereka turut menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan bidang kehakiman. mereka ini dikenali sebagi wazir. setiausaha akan menguruskan dokumendokumen penting negara. Tugas mereka ialah menasihati dan memberi pandangan kepada pemerintah dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran. Secara tidak langsung. Bagi melicinkan lagi hal ehwal ketenteraan. baginda telah menjadi Panglima Perang yang sangat digeruni oleh musuh-musuhnya. persenjataan.

apabila negara Islam berkembang meluas. Madinah dan lain-lain kepada struktur pentadbiran yang lebih kecil. Oleh itu. perlantikan para wali dan juga pegawai-pegawai kerajaan. Qisas dan Takzir. hukuman rejam akan dilaksanakan kepada pasangan yang didapati bersalah kerana berzina. 9) Majlis al-Ummah Majlis al-Ummah merupakan sebuah majlis yang mempunyai wakil-wakil kaum atau kelompok untuk duduk semeja dan bermuzakarah antara satu sama lain tentang kepentingan dan tuntutan masing-masing. Walau bagaimanapun. Pada zaman tersebut. 7) Kehakiman Sistem kehakiman telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi. baginda telah membahagikan daerah-daerah seperti Syam. 9 . Ini bertujuan memudahkan pentadbiran negara di peringkat pusat seperti pengagihan peruntukan dalam membangunkan setiap daerah. penindasan. 8) Jabatan Pentadbiran Awam Negara Rasulullah SAW telah menubuhkan Jabatan Pentadbiran Awam Negara untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kemaslahatan rakyat. dan jenayahjenayah yang menganggu ketenteraman negara. seorang penulis dan seorang pemantau akan dilantik untuk setiap urusan berkenaan bagi melicinkan lagi struktur pentadbiran awam tersebut. Antaranya penggunaan hukum Hudud. Ini meliputi kes-kes seperti persengketaan rakyat pelbagai kaum. baginda sendiri telah mengetuai urusan kehakiman. Pada kebiasaannya. hukum-hukum Allah tidak diabaikan dalam setiap pelaksanaannya. Majlis ini seakan-akan sama dengan majlis syura dan memainkan peranan besar dalam mempengaruhi urusan pemerintahan dan pentadbiran negara. Contohnya. undangundang Syariah akan digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.

selepas kedatangan Islam ke Melaka. Di samping itu. Diwan akan menyimpan dan merekod semua dokumen-dokumen berkenaan ke dalam fail sulit negara yang mana ia merupakan pendapatan atau aset utama negara. perubahan dalam bidang sosio-budaya juga turut berlaku di mana orang Melayu telah menghayati dan mengaplikasikan nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan seharian mereka seperti adab berpakaian. 2002). kewujudan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka bagi menjaga keselamatan dan keamanan di negeri Melaka. surat perjanjian negara. adab berbahasa. pengalaman lampau. pembayaran cukai. pemerintah dianggap sebagai pengantara Allah bagi memelihara agama Islam dan memakmurkan bumi mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.10) Diwan Diwan bertanggungjawab untuk mencatat surat-menyurat yang dipertanggungjawabkan pemerintah. Dari pengalaman lampau. MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang moden kerana majoriti rakyatnya beragama Islam. keuntungan. (Muhamad Abu Zahrah. 10 . Pada masa yang sama. Contohnya. pembayaran gaji dan sebagainya. adab berjiran dan lain-lain lagi. Baginda adalah tunggak dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan memakmurkan negara. dokumen jual beli. kerajaan Melayu Melaka telah menerapkan hukum-hukum Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di negeri Melaka. dokumen hutangpiutang. Selepas itu. kedudukan undang-undang. Ini dicapai menerusi pertabalan Yang Di Pertuan Agung sebagai Ketua Negara. Rakyat pula hendaklah berfikiran positif serta berani membuat kritikan yang membina bagi memastikan pembangunan dan kemajuan negara selaras dengan tuntutan Islam. pemimpin-pemimpin dan agama Islam itu sendiri sebagai agama rasmi di negara.

Ini kerana prinsip. tempat dan sesiapa pun. Oleh yang demikian. 11 .PENUTUP Pembentukan sesebuah negara Islam tidak wajar dipisahkan dalam arus permodenan yang sedang membangun. negara Islam berperanan besar dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara di samping membentuk masyarakat yang mempunyai keseimbangan antara tuntutan ukhrawi dan tuntutan duniawi. dasar dan struktur negara Islam adalah ketetapan Allah dan ia merupakan aspek-aspek syariat Islam yang lengkap dan syumul untuk dilaksanakan tidak kira masa.

Bhd Mohd Nasrul al-Hadri (2001).net/home/modules.my/e-rujukan/nislam.php?op= article&sid=15337 4. Selangor: PTS Publications Sdn.BIBLIOGRAFI Buku : i.freewebs.php? =82 12 . Modul Pengajian Islam (MPW 2143). Pengurusan Islam. iv. Tamadun Islam.Madya Dr Mohd Yusuf Ahmad (2006).my/minda_madani/modules/news/article. http://www.pdf 2. Bhd Laman Web: 1. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. http: //www. Bhd Mustafa Haji Daud (1991).htm 3. Pembangunan Negara Islam.alahkam. iii.islam. ii. http: //www.abim.com/hmnur1/nur69.gov. Prof. http: //www. Bhd Mustafa Haji Daud (1994). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.org.

13 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful