P. 1
Alam Cinta Dan Seks Remaja

Alam Cinta Dan Seks Remaja

|Views: 847|Likes:
Published by Liyana Mohamad

More info:

Published by: Liyana Mohamad on Sep 26, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/01/2013

pdf

text

original

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

PSIKOLOGI REMAJA (BBE 2072)
TAJUK: ALAM CINTA DAN SEKS REMAJA
AHLI KUMPULAN :

NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA NURHAFIZA BT FADZIL NORLIANA BT MOHAMAD NORHAIDA BT ISMAIL

(CB090011) (CB090016) (CB090029) (CB090062)

NAMA PENSYARAH: EN ABDUL RASID BIN ABDUL RAZZAQ TARIKH HANTAR : 16 MAC 2010
1

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 1.0 2.0 PENGENALAN PERKEMBANGAN REMAJA 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 3.0 Kematangan Biologi Tingkahlaku Heroteksual Akil Baligh Teori dan Konsep Perkembangan Psikososial Perkembangan Identiti

1 2 3 4 4 5 5 6 7

REMAJA DAN CINTA 3.1 3.2 Apa Ertinya Cinta Bagi Seorang Remaja Antara Cinta dan C.I.N.T.A 11 8

4.0

REMAJA DAN SEKS 4.1 Erti Seks kepada Remaja 11 13

5.0 6.0

KAJISELIDIK FAKTOR-FAKTOR YANG MERANSANG KEINGINAN SEKS 6.1 6.2 Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba Pengaruh Rakan Sebaya

18 19

2

6.3 6.4 6.5 7.0

Pengaruh Media Massa dan Media Elektronik Sikap Keluarga Takat Agama atau Pelegiositi

19 20 22

CARA MENANGANI MASALAH CINTA DAN SEKS REMAJA 7.1 7.2 7.3 7.4 Peranan Ibu Bapa Peranan Sekolah Institusi Kekeluargaan Pendidikan Seks 22 23 24 24

8.0

KESAN DAN CABARAN TERHADAP FENOMENA CINTA REMAJA HARI INI 8.1 8.2 8.3 8.4 Kesan Ke Atas Individu Kesan Ke Atas Keluarga Kesan Ke Atas Masyarakat Kesan ke Atas Negara 28 28 30 32 26 27

KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN

PENGHARGAAN

3

perbincangan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang tempoh penyiapan tugasan projek ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada semua responden yang sudi menjawab soalan kaji selidik yang telah kami sediakan. Di samping itu. 1.0 PENGENALAN 4 . Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada En. terima kasih. Sekian. selaku pensyarah kami dalam subjek Psikologi Remaja di atas segala bimbingan. kami turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kumpulan di atas kerjasama dan komitmen yang tinggi sehingga dapat menyiapkan tugasan projek ini dengan jayanya. Walaupun beliau sibuk dengan tugas tetapi tetap memberi tunjuk ajar dan sanggup meluangkan masa berbincang dengan kami tentang masalah yang timbul dalam tugasan projek ini. Abdul Rasid Bin Abdul Razzaq. syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan tugasan projek kami yang bertajuk “Alam Cinta Dan Seks Remaja” dengan jayanya.Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah. Akhir sekali kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan lain dan sesiapa sahaja yang turut membantu samada secara langsung atau tidak langsung.

Ketika di ambang usia remajalah. Perubahan-perubahan ini menyebabkan remaja akan mengalami masalah dan konflik. Kuala Lumpur. hal: 48 dan 95). Remaja dan cinta bagaikan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. kerana telah baligh. Remaja dan belia adalah anak-anak muda lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur yang telah melimpasi umur kanak-kanak dan mula memasuki umur dewasa. Th: 1970. keinginan hawa nafsu dan naluri kemanusiaan amat tinggi dan berpengaruh. mula hendak dewasa. mental dan emosi serta perubahan tanggungjawab dan peranan. emosi. 2.0 PERKEMBANGAN REMAJA 5 . Perubahan-perubahan dari segi jasmani dan tubuh badan akan berlaku dengan cepat dan jelas.Menurut Kamus Dewan. Pada peringkat remaja. fizikal. (Kamus Dewan. Keadaan ini boleh menyebabkan remaja mungkin menunjukkan sikap yang agresif dan mudah memberontak. Pada peringkat usia remaja. remaja bererti. Kehidupan yang penuh ceria dan menyukakan hati. Belia pula ialah golongan muda remaja dan pemuda. telah mencapai aqil baligh dan sudah sampai umur untuk berkahwin. sosial dan moral. mental. Inilah perubahan yang membawa seorang insan ke alam yang penuh mencabar iaitu alam remaja. cinta mula dikenali. golongan ini mengalami peralihan zaman. umur yang cukup untuk mendirikan rumah tangga. Semuanya berlaku apabila seorang insan yang dahulunya kanak-kanak kini mengalami perubahan dari sudut fizikal. Bagi remaja yang tidak mampu menyesuaikan diri atau menerima perubahan ini maka akan timbul ganguan psikologi dalam diri mereka. antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Alam remaja dan belia adalah merupakan zaman keemasan dan menyeronokkan. Sifat kelelakian dan kewanitaan akan menonjol. Perkembangan jiwa. emosi dan perasaan akan menjadi subur. Dewan Bahasa dan Pustaka. berlaku perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi. Malaysia.

1 Kematangan Biologi 6 . Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan apakah kesan-kesan disebaliknya. Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Pada peringkat ini remaja memikirkan sama ada mereka mempunyai daya tarikan seks. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan. Pada peringkat usia ini remaja mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi mengenai misteri alam seks. adakah perkembangan mereka berterusan. Ini bermaksud remaja yang mengalami perubahan fizikal. Zaman remaja adalah masa mempelajari seks dengan tujuan mencari suatu identiti seks peribadi.Zaman remaja adalah tempoh yang mana seorang individu dikelilingi oleh isu-isu seksual. Ketika ini remajaremaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. iaitu keupayaan mengalami ataupun melahirkan perasaan seks. adakah mereka akan dicintai oleh seseorang dan adakah normal apabila mereka melakukan hubungan seks. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain. intelek serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan perbagai konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat. 2. Kebanyakan remaja akhirnya menunjukkan perkembangan seksual yang matang tetapi terdapat jangka masa yang mana hadirnya perasaan kekeliruan dan perasaan mudah dilukai sepanjang kehidupan seksual mereka. Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904) zaman remaja ialah jangka masa seseorang itu mengalami perbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress ). Perubahan kematangan seks dan perubahan hormon yang terlibat adalah asas bagi kematangan seks seorang remaja.

Pada awal alam keremajaan. 2. dan kadar pelajar perempuan yang melakukan hubungan seks meningkat lebih cepat dibandingkan dengan pelajar lelaki. perasaan ingin tahu dan keinginan seks yang tidak berkaitan dengan cinta. Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok remaja.2 Tingkah Laku Heroteksual Remaja zaman dahulu mempunyai sikap yang berbeza ke atas pelbagai aspek seksual berbanding dengan remaja zaman sekarang. Kesedaran ke atas kejantinaan diri semakin bertambah. Remaja yang cepat matang mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang. Mereka sering membezakan diri dengan rakan sebaya yang lain. 2. Faktor-faktor lain adalah seperti desakan teman lelaki. remaja selalunya sibuk menyesuaikan diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. terutamanya remaja perempuan. Pada usia beginilah mereka terlalu prihatin dengan keadaan tubuh. Ini sudah pasti memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep kendiri. Sebuah kajian ke atas kelompok pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat di antara tahun 1900 dengan tahun 1980 menunjukkan peratusan orang muda yang melakukan hubungan seks meningkat. Remaja perempuan belajar mengaitkan seks dengan cinta. Beberapa buah kajian di Barat menunjukkan bahawa cinta adalah faktor utama ramai remaja perempuan melakukan hubungan seks. Keinginan berkahwin dengan pasangan mereka juga wujud di kalangan pelajar wanita tetapi kurang bagi pelajar lelaki.3 Akil Baligh 7 .

Di akhir zaman kanak-kanak. suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang. Apabila ini berlaku perkara yang paling ketara semasa baligh adalah merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan pembiakan. jerawat mula tumbuh. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh. misai dan janggut mula tumbuh. bahu dan dada menjadi bidang. kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran. Mula berasa segan atau malu apabila berhadapan dengan kehadiran orang yang berlainan jantina. bentuk badan mula berubah dan keinginan muncul dari dalam. Baligh adalah merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Bagi remaja lelaki perubahan yang akan berlaku ialah suara menjadi garau. Dengan kata lain mereka mula tertarik 8 . "Perubahan angin. kemarahan. Alam remaja akan membawa mereka ke dalam kematangan sama ada dari segi fizikal. mereka mula merasai perasaan seksual. bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari. perubahan fikiran. lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. akil baligh bermula pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal dari yang dianggarkan. Pada masa ini.4 Teori dan Konsep Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778). Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus. membuatkan mereka tidak dapat mengawal". satu siri perubahan biologi dan psikologi akan berlaku yang membawa mereka ke alam remaja. Pengalaman inilah menunjukkan remaja lelaki telah akil baligh. Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan. Bagi remaja perempuan pula perubahan yang akan dialami seperti buah dada (payudara) mula membesar. mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani serta zakar dan buah zakar mula membesar. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam badan. dan pemikiran mereka turut berubah serta turut berperanan dalam masyarakat. jerawat mula tumbuh. 2. mula didatangi haid.

Remaja juga mengalami perkembangan kognitif. Stanley Hall (1904) berpendapat perkembangan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Mereka sudah mampu menghadapi konsep yang lebih abstrak dan mula berminat dalam perkara-perkara yang melbatkan teori dalam pelajaran sains dan moral. awal remaja adalah peringkat yang paling bermasalah disebabkan perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa ini. Umpamanya dorongan syahwatnya wajib dikekang menurut ajaran agama serta normanorma sosial. 2. Remaja ini mungkin rasa susah atau tidak selesa apabila berada di kalangan ibu bapanya. remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral. Manakala Sigmund dan Anna Freud. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan. 9 .5 Perkembangan Psikososial Zaman remaja bukan sahaja suatu jangka masa yang dapat menggugat diri remaja tetapi juga keluarganya. Proses pembesaran dan usaha ke arah kematangan bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Dalam usaha menyatupadukan tuntutan biologi dan sosial (yang mungkin bertentangan). kekeliruan boleh terjana dalam kehidupan seorang remaja. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan tersebut. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat.antara satu sama lain. sekarang mengganggu ego dan daya tahannya. Zon genital. khasnya didorong tenaga seksual yang hebat. yang bukan semasa peringkat latensi. dan remaja ini sekali lagi dilanda fantasi oedipal. Dorongan seksual dan agresif.

di mana mereka akan tahu bahawa wujud perbezaan antara mereka dengan ibu bapa dari segi psikologi. Semasa amalan dan eksperimen pula. Ini akan menjadikan remaja menyoal dan membincang nilai dan nasihat ibu bapa walaupun ianya adalah betul.6 Perkembangan Identiti Setiap individu mempunyai identiti. Membaharui perhubungan merupakan fasa yang berlaku pada pertengahan zaman remaja apabila mereka telah dapat mengasingkan dirinya daripada ibu bapa. amalan dan eksperimen. Kesedaran yang menimbulkan sedikit rasa gelisah dan ketakutan akibat pengasingan ini membawanya kembali ke pangkuan ibu bapa dan menerima semula autoriti ibu bapa tetapi dengan syarat.2. Ini disebabkan setiap identiti seseorang itu amatlah rumit dan ia melibatkan pelbagai kualiti dan dimensi. remaja berpendapat dia tahu segalanya dan tidak akan melakukan kesilapan. Mereka tidak akan melakukan perkara yang dicadangkan . memperbaharui perhubungan dan konsolidasi. 10 . ini semakin mendalam apabila remaja itu sedar bahawa ibu bapanya bukanlah begitu sempurna seperti yang dianggapnya semasa kanak-kanak. Selain itu erti identiti juga bergantung atas pengalaman subjektif. Proses ini melibatkan empat fasa iaitu perbezaan. Individuasi merupakan proses di mana remaja mula mempunyai satu identiti yang berbeza antara sama lain. Remaja pada masa ini tidak akan menerima nasihat dan mencabar kewibawaan ibu bapa dalam keadaan tertentu. Dari situ boleh juga secara ringkasnya identiti ini bermaksud satu set ciri personaliti yang lebih kurang stabil. Fasa perbezaan yang berlaku pada awal remaja. Remaja meningkatkan komitmen terhadap rakan sebaya yang memberinya sokongan dan persetujuan yang dicari-carinya. Akan tetapi bukanlah mudah untuk memberi pengertian yang tepat tentang identiti.

0 REMAJA DAN CINTA 11 . Oleh itu. mereka perlu dibantu supaya tidak terkeliru sepanjang membuat keputusan dalam kehidupan. Remaja kini berada pada tahap perkembangan identiti melawan kekeliruan identiti ataupun peranan. didapati remaja sering cuba sedaya upaya menerima tanggungjawab di rumah tetapi akan merasa marah dan geram apabila ibu bapa berkeras untuk memastikan masa untuk balik ke rumah dan harus diberitahu ke mana remaja itu pergi. terdapat lapan tahap perkembangan yang berlaku sepanjang hayat manusia dan setiap tahap mempunyai tugas perkembangan yang unik. Sebagai contoh remaja pada fasa ini berumur lingkungan 18 dan 19 tahun boleh menentukan kerjayanya dan berusaha terhadap pencapaian cita-citanya dan boleh membayangkan cara bagaimana untuk menyara dirinya pada masa hadapan. Kesilapan memilih ‘jalan’ pada usia remaja akan menghancurkan hidup mereka. Menurut teori Erik Erikson (1963). kebebasan dan individulitinya. Konsolidasi pula merupakan fasa keempat yang akan berlarutan sehingga akhir remaja. Pada fasa ini. Remaja adalah golongan yang sentiasa memerlukan bimbingan dan sokongan. Pada masa ini remaja akan membina identiti personaliti dan ini menjadi asas memahami dirinya dan orang lain serta mengekalkan autonomi. Mereka sedang meneroka identiti yang sesuai dengan jiwa mereka. Proses individuasi ini berlanjutan masa zaman remaja dan selalunya sehingga dewasa. Hubungan dengan dunia luar selain anggota keluarga kini bertambah penting dan memainkan peranan yang besar dalam pembentukan identiti.Selalunya remaja akan mencabar dan pada masa yang lain akan bekerjasama dan berdamai. Perubahan besar yang dialami remaja adalah perkembangan sosial. 3.

Imam al-Ghazali dan Profesor Dr Hamka. ia laksana setitis embun yang turun dari langit. Cuma tanah yang berlainan menerimanya. "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur. merayu." Begitu indah ungkapan cinta diterjemahkan oleh dua insan mulia ini. Christhoper dan Fransden (1990) mengatakan pelbagai strategi yang digunakan oleh remaja misalnya mengggunakan cara logic. Ia adalah tarikan pemikiran. dan menggunakan kontak fizikal. keikhlasan. hormat dan kawalan remaja perlu menggunakan strategi tertentu supaya hubungan interpersonal itu menjadi lebih kukuh. Peratus (%) 39. Profesor Dr Hamka dalam memberikan pendapat tentang cinta menyatakan bahawa. Adakah ia selari dengan ungkapan yang diberikan para ulama dan cerdik pandai. kedustaan. Imam al-Ghazali dalam bukunya Kimia asSa'adah (Rahsia Kebahagiaan) mendefinisikan cinta sebagai "Satu kecenderungan yang membawa kepada perasaan yang menyenangkan. kesudian dan kecenderungan kepada yang disukai. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus.” Manakala ilmuan tersohor.2% Strategi yang Digunakan Kerapkan perhubungan: selalu berinteraksi dengan teman dalam tempoh 12 . budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. di sana akan tumbuh kesucian hati. Tolhuizen (1989) menyenaraikan jenis strategi yang digunakan oeh pasangan bercinta dikalangan remaja mengikut peratus.1 Apa ertinya cinta bagi seorang remaja? Dalam memberikan pendapat tentang cinta.3. atau menepati kehendak agama dan adat? Adakah ia mengambil kira antara kebaikan dengan kemudaratan? Bagi mendapatkan kepuasan bagi memenuhi keperluan social seperti intimasi. langkah serong dan lain-lain perkara tercela. tumbuhlah kedurjanaan. penipuan. bersih dan suci. Namun bagaimana pula tafsiran cinta oleh remaja secara umumnya. afiniti.

1% 12.1% 11. bantuan dan sokongan. Memberi dalam bentuk kebendaan: kad. Ekspresi bukan lisan: sentuhan.H (1989). Communication Strategies for Intensifiying Dating Relationship Identification Use and Structure.1% 9. Menerima cadangan: bersetuju menerima permintaan daripada teman untuk berkawan secara serius. Komunikasi secara peribadi: menggunakan bahasa yang boleh 15. Bantuan sosial: meminta nasihat.1% 14. J. 29. Journal of Social and Personal Relationship. kontak mata dan lain-lain. Luahan perasaan melalui kata-kata: menyatakan perasaaan yang terpendam secara berterus-terang kepada teman.6% Berunding semasa mewujudkan perhubungan: memulakan dengan sikap perbincangan secara konsep “menang-menang” dan tiada yang kalah. Ingin berhubung secara lansung: menanya seseorang untuk berkawan 16. Penglibatan sosial secara mendalam: berusaha untuk mengetahui berkaitan kawan dan keluarga teman.1% 17.6% secara lansung tanpa berbincang terlebih dahulu bagi tujuan yang serius.6% secara tidak disedari oleh teman misalnya melalui simbol. Langkah-langkah yang dicadangkan antaranya ialah meluahkan perasaan 13.1% menggambarkan keunikan perhubungan seperti nama timbangan. 13 .5% Jadual: Strategi yang digunakan oleh pasangan bercinta remaja mengikut peratus Sumber: Tolhuizen.masa yang lama. 16.1 % 26. 9. Tambahkan pujian dan buat sesuatu yang memberi sanjungan kepada orang lain. bunga dan barang-barang yang sentimental kepada teman.5% Wajah peribadi: cuba melihat kepada paras rupa teman.

Semuanya berlaku apabila seorang insan yang dahulunya kanak-kanak kini mengalami perubahan dari sudut fizikal. Ketika di ambang usia remajalah.N.A Remaja dan cinta bagaikan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. kehamilan luar nikah.N. cinta mula dikenali. Ustaz Wan Aminuddin Haji Wan Abdullah berkongsi tentang C.N.2 Antara cinta dengan C.Daripada jadual diatas menambahkan kontak hubungan sesama mereka adalah strategi utama yang dapat meningkatkan hubungan antara pasangan remaja yang bercinta.T. mental.I. Ketika menjadi salah seorang panelis forum remaja dan cinta di sebuah kolej di Negeri Sembilan baru-baru ini. Inilah perubahan yang membawa seorang insan ke alam yang penuh mencabar iaitu alam remaja. sebagai "Cuma Ingin Nak Test Aje". 3.T. 14 .A".T.I. pembuangan bayi secara berleluasa dan pelbagai lagi penyakit sosial dalam kalangan remaja yang menjadikan cinta sebagai "C. Buktinya ialah apabila bertambahnya kes-kes perzinaan.I.A. Maka atas tafsiran inilah cinta yang suci menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah remaja.T. Kedua adalah sejauh mana kedua pasangan itu bertolak ansur daripada segi hubungan mereka dan ketiga berhubung dengan sokongan yang diberikan oleh pasangan itu.N.A. emosi.I. Dalam ceria beliau menterjemahkan C. sosial dan moral.

tanggapan bahawa remaja tidak perlu tahu mengenai seks perlu diubah. Malah. dengan perasaan ingin tahu serta sikap ingin mencuba sesuatu yang baru sering bergelora.4. ibu bapa. estrogen dan testosterone. mereka layak dan mampu menjadi ibu atau bapa kepada seorang kanak-kanak lain. Dengan perkembangan teknologi yang pantas. Konflik dua zaman dalam diri seorang remaja biasanya menimbulkan perselisihan antara remaja dengan pelbagai pihak seperti kawan-kawan. Zaman remaja yang membabitkan perubahan fizikal. laku. Walaupun isu berhubung seks sangat sensitif dan memalukan untuk dibicarakan secara terbuka. kesannya ke atas tumbesaran fizikal remaja lebih nyata. Pada zaman ini.1 Erti Seks Kepada Remaja Pada asasnya. mental dan psikososial seorang kanakkanak bermula dengan peningkatan pengeluaran beberapa hormon penting seperti androgen. Naluri ingin tahu mereka tidak boleh dinafikan. zaman remaja adalah suatu tempoh peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada dewasa. Perubahan jumlah hormon dikeluarkan kelenjar tubuh mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah remaja. jika semakin disekat semakin jauh mereka meneroka.0 REMAJA DAN SEKS 4. Kita bimbang. remaja mempunyai 15 . emosi dan pemikiran Bagaimanapun. jiran dan masyarakat. Dalam tempoh ini. pastinya remaja masih memiliki sebahagian sifat dan sikap keanak-anakan dan dalam masa sama berusaha untuk berkelakuan dan berfikiran sebagai orang dewasa. guru. kanak-kanak akan mengalami proses baligh dan mencapai kematangan dalam sistem reproduksinya atau secara fizikalnya. Ini menjadikan isu seks sangat akrab dengan remaja. isu berkaitan seks dilihat sebagai sangat penting bagi remaja.

mengapa tidak kita mengambil langkah memperbetulkan kefahaman mereka mengenai seks dari awal lagi? Berdasarkan tinjauan dibuat. Mereka juga percaya kehamilan boleh dielak dengan mengamalkan hubungan seks dengan posisi tertentu serta penggunaan kondom. Untuk mencapai tujuan ini. Selain itu kaji selidik ini juga bertujuan untuk mengetahui dari manakah remaja mendapat info seks dan pernahkah remaja terbabit dengan perlakuan seks. 5. kaji selidik telah dilakukan ke atas 30 orang responden yang terdiri daripada remaja lelaki dan remaja perempuan yang berumur 18-22 tahun. Dengan kata lain.peluang sangat luas untuk belajar mengenai seks. Sebahagian besar turut menyatakan bahawa isu onani. gambar serta video lucah juga perlu dimaklumkan kepada remaja dengan alasan supaya mereka pandai melayar bahtera bersama isteri kelak dan tidak kecundang mudah pada malam pertama. Ada juga yang merasakan adegan peluk cium dengan kekasih adalah perkara biasa yang mesti dilalui setiap pasangan bercinta dan tidak salah untuk menikmatinya.0 Kaji Selidik Kaji selidik ini dilakukan ke atas pelajar UTHM adalah bertujuan untuk mengetahui tahap remaja terhadapa cinta dan kesan kepada diri mereka apabila mereka putus cinta. ada pelajar percaya remaja yang mengadakan hubungan seks tidak akan mengandung kerana mereka masih muda atau kerana mereka masih belum berkahwin. Daripada 25 soalan yang dikaji kami memilih tiga soalan untuk dibincangkan. 16 . bagi mereka hanya orang yang berkahwin saja akan mengandung jika melakukan hubungan seks. Sebelum mereka mendapat maklumat yang salah daripada sumber meragukan.

Carta pai di atas menunjukkan peratusan pelajar mendapat info seks iaitu samada remaja mendapat bahan daripada media cetak. televisyen dan radio. cd dan video. Jadi. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Secara tidak langsung. sudah tentu golongan remaja. 17 . Tidak dapat dinafikan lagi. akan meniru stail dan aksi artis pujaan mereka. media elektronik mahupun daripada pengalaman dari rakan. Natijahnya wujudlah budaya seks bebas dan lebih dahsyat lagi pembuangan bayi yang semakin berleluasa. telah menolak unsurunsur ketimuran yang sebati dalam jiwa masyarakat. Program-program televisyen khasnya. Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya. lebih mementingkan hiburan daripada maklumat. Media elektronik termasuklah internet. media elektronik merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan remaja. ia mencetuskan kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari identiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini. Hasil daripada kaji selidik yang dijalankan didapati media elektronik menjadi tumpuan utama remaja untuk mendapat maklumat berkaitan seks iaitu sebanyak 47%. apabila filem tersebut dipertontonkan.

Wanita. Ini adalah kerana remaja lebih suka berkongsai pendapat dan cerita dengan kawan-kawan berbanding dengan ibu bapa. Remaja boleh mendapatkannya dengan mudah kerana video-video tersebut dijual di pasar-pasar malam dan juga terdapat di pasar-pasar gelap. Mengikut Teori Perkembangan Emosi-Fizikal: Sigmund Freud (1956-1039) remaja pada peringkat umur 12-19 tahun sudah mula menaruh minat pada rakan sebaya yang berlainan jantina. majalah seperti Remaja. Sebanyak 10% daripada kaji selidik didapati bahawa pelajar mendapat info seks daripada pengalaman rakan sebaya. Media cetak di sini bermaksud segala bahan bercetak termasuk surat khabar.Remaja juga berkecenderungan mendapat info seks daripada media cetak iaitu sebanyak 37%. artis-artis tempatan yang kononya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa remaja ke arah kemaksiatan dan keruntuhan moral. Selain itu mereka mula suka bersosialisasi dengan rakan sebaya berbanding ibu bapa dan suka melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semat-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para remaja. Daripada carta pai di atas didapati sebanyak 6% pelajar mendapat info seks daripada cd dan video. artikel atau risalah-risalah yang mengandungi info-info yang berkaitan seks. Jika muda-mudi disajikan dengan aksi-aksi lucah secara berterusan justeru lahirlah generasi alaf baru yang nilai moralnya mencecah ke paras sifar. Melalui media cetak. Ini mungkin berlaku akibat daripada penyeludupan video-video dan CD dari luar negara yang semakin berleluasa. 18 . malah sentiasa mengikut ideologi dan pandangan asing. Playboy.

Daripada kaji selidik juga didapati 23% pelajar mengaku mengalami tekanan perasaan apabila putus cinta. Lazimnnya kesan putus cinta pertama memberi kesan mendalam pada diri remaja sama ada perhubungan yang dijalinkan itu dalam jangkamasa pendek atau pun panjang. Levine & Hatfield (1996) mendapati perempuan lebih banyak menyalahkan lelaki bila putus cinta sementara lelaki menyibukkan diri dengan kerjaya atau melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Remaja harus sedar bahawa cinta di peringkat usia muda remaja lebih merupakan suatu bentuk permainan interpersonal yang bersifat psikologikal yang tercetus dan berkembang di dalam hati.Berdasarkan carta pai peratusan kesan putus cinta kepada pelajar didapati peratus yang paling tinggi ialah 41% iaitu pelajar berasa kecewa apabila putus cinta. Kajian Choo. Sebanyak 28% pelajar mengatakan bahawa mereka tiada kesan apabila putus cinta. Ini mungkin disebabkan kerana mereka kurang arif untuk 19 . Hal ini disebabkan oleh remaja bercinta pada masa sekolah hanya sekadar untuk merasai keseronokan mempunyai pasangan dan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru.

mengubah status. kualiti. emosi dan tindakan kesan putus cinta. kesihatan. Ia mungkin terjadi akibat kesan putus cinta yang begit hebat sehingga mampu menganggu.mengendalikan. mental dan spiritual golongan remaja menyebabkan pelajaran mereka secara tidak langsung merosot. kebahagiaan diri fizikal. Biasannya jangka masa yang diambil untuk merawat derita sakit psikologikal kesan putus cinta secara realitinya agal lama untuk dipulihkan. Daripada carta pai peratusan perkara yang dilakukan apabila putus cinta kami dapati remaja lebih banyak bermuhasabah diri apabila mengalami putus cinta iaitu sebanyak 35%. mengurus minda. Manakala 8% mengatakan bahawa pelajaran mereka merosot apabila putus cinta. Ini mungkin kerana kajian ini dilakukan kepada para pelajar universiti yang mana mereka lebih bijak untuk menyelesaikan masalah akibat putus cinta dengan mengenal pasti segala kelebihan dan kelemahan diri dan sentiasa bertaubat di atas segala dosa-dosa yang telah 20 .

dilakukan. Golongan remaja dituntut untuk Berjaya di dalam pelajaran kerana mereka masih lagi di bawah tanggungan ibu bapa. Diikuti oleh 27% remaja menangis apabila putus cinta. Namun begitu. Ini mungkin disebabkan remaja perempuan lebih mudah tertekan dan tidak dapat menahan emosi daripada menangis. emosi mereka turun pada tahap yang paling rendah. Muhasabah diri dapat membantu remaja menjadi pelajar yang lebih berkeyakinan untuk menempuhi kehidupan mendatang. berhati-hati dan waspada. Oleh itu mereka akan cuba mengasingkan diri daripada kelurga dan persekitaran. 21 . Manakala 23% remaja menyatakan mereka akan duduk berseorangan apabila putus cinta. Apabila remaja menangis. Ini terjadi kerana remaja mungkin berada dalam kekeliruan dan kekecewaan. Dengan menangis mereka akan dapat melepaskan tekanan. pengalaman cinta remaja boleh menjadikan diri remaja lebih matang. Ini mungkin kerana remaja ingin membaiki diri mereka supaya menjadi insan yang lebih baik dan cuba untuk belajar daripada kesalahan lalu. 15% responden mengatakan bahawa mereka akan memperbaiki diri apabila putus cinta. Emosi mereka akan reda selepas tidak kurang daripada 50 jam. Biasanya remaja perempuan lebih mudah menangis berbanding remaja lelaki.

Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja. mahukan pengalaman seks. jiran dan sebagainya. Pada peringkat usia ini. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Satu lagi perbezaan yang signifikan ialah mahukan pengalaman seks di mana remaja lelaki banyak melaporkan sebab ini bagi tingkah laku seks mereka berbanding dengan remaja perempuan. Remaja melakukan seks sebelum nikah kerana ingin tahu dan ingin merasa seks. Perbezaan yang pertama ialah menyentuh soal melakukan seks kerana sudah terangsang. namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MERANGSANG KEINGINAN SEKS 6. ingin membuktikan rasa cinta dan ingin memuaskan kehendak pasangan. 22 .6. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. lakukan seks kerana sudah terangsang. remaja lelaki lebih banyak mengatakan ingin tahu dan sudah terangsang sebagai alasan melakukan seks manakala remaja perempuan mengatakan sebagai bukti cinta.1 Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Didapati lebih ramai remaja lelaki yang melaporkan alasan ini untuk tingkah laku melakukan seks berbanding dengan remaja perempuan. Terdapat dua perbezaan signifikan di antara remaja lelaki dan perempuan. keluarga. mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Menurut jantina. umpamanya para ibu bapa.

Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial. cakera padat dan cakera video digital (DVD) dapat merangsang keinginan seks terutamanya remaja lelaki yang memiliki nafsu dan fantasi seks yang tinggi. akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk.2 Pengaruh Rakan Sebaya Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Umpamanya. secara purata remaja menghabiskan 24 jam seminggu bagi 23 . kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Sebilangan remaja menyatakan malu dan rasa cemburu terhadap kawan yang menpunyai teman istimewa. Ia mudah merangsang golongan remaja kerana mereka memiliki pemikiran yang belum matang walaupun fizikal mereka sudah mencapai tahap baligh. namun jika tersilap memilih kawan. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial.6. dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami. boleh membimbing mereka kepada kebaikan. Program televisyen yang mempengaruhi tindakan remaja. Kawan yang baik. buku. komik dan majalah. kajian James. Tanpa unsur-unsur negatif ini. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Selain itu. khususnya daripada internet.3 Pengaruh Media Massa dan Media Elektronik Kebanjiran bahan-bahan erotik dan keganasan seperti foto. Foe & Breed (1988) menunjukkan. dilihat ataupun didengar. mereka merasakan seperti tidak ada ‘umph’ dalam media cetak dan media elektronik yang dibaca. 6. Selain itu. harga bahan-bahan lucah yang murah ini dianggap sebagai ‘bonus’ kepada remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah.

menonton televisyen. Oleh itu, maklumat yang diterima oleh deria mereka akan masuk ke minda dan tindakan mereka juga tidak lari daripada apa yang terkandung di dalam otak. Remaja akan terpengaruh apabila mereka kerap didedahkan dengan bahan-bahan yang kurang sihat itu. Menerusi pembacaan yang tidak terkawal, mereka akan berimaginasi sendiri dan membangkitkan rasa ingin mencuba. Keadaan ini berbetulan dengan teori pembelajaran iaitu teori pelaziman klasikal yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov. Pelaziman klasikal ini berdasarkan kepada konsep rangsangan dan tindak balas. Dalam kes ini, remaja yang sering menonton bahan-bahan lucah dan erotik bagi mendapat kepuasan akan belajar daripada keadaan itu dan mencubanya bagi mencapai kepuasan. Di samping itu, ia juga dikaitkan dengan teori pembelajaran sosial di mana tingkah laku dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan serta melibatkan ‘role model’ terutamanya di dalam VCD lucah ataupun artis-artis popular. Remaja mencontohi apa sahaja yang menarik minatnya (Bandura, 1977). Biarpun ada kajian yang membuktikan bahan-bahan erotik ini tidak menimbulkan keinginan seks luar kawalan, namun kekerapan melihat ataupun membaca bahan-bahan sedemikian mampu mengubah persepsi remaja mengenai seks. Kajian mendapati, peningkatan pendedahan bahan-bahan lucah di kalangan pelajar universiti (lelaki dan perempuan) adalah tiga hingga enam filem seminggu dalam tempoh enam minggu dan ini dapat mengubah persepsi mereka mengenai seks. Contohnya, mereka akan menganggap seks luar nikah itu sebagai perkara normal.

6.4

Sikap Keluarga

Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial dalam kalangan remaja. Walaunpun tidak berlaku pada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja, boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluarga yang hanya hidup tapi tidak diperduli dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah

24

keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini. Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just

25

take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakanrakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibu bapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak.

6.5

Takat Keagamaan atau Relegiositi

Remaja yang tidak menganuti apa-apa agama merupakan golongan yang paling cenderung melakukan hubungan seks dan remaja yang melakukan seks pada umur yang sangat muda didapati kurang dari segi didikan agama dah lebih toleran terhadap devian. Kajian-kajian psikologi yang lepas juga telah menunjukkan remaja yang kuat agama atau alim kurang cenderung menjadi aktif dari segi tingkah laku seks (lees sexually active). Banyak juga kajian-kajian di barat yang telah melaporkan sering pergi ke gereja dan kuat agama adalah faktor penting dalam membentuk sikap terhadap seks. Hujah-hujah politik dan moral sering mengatakan hakisan nilai-nilai adalah punca utama kepada trend remaja mula mengadakan seks pada umur yang masih muda. Hujah ini mengatakan menjauhkan diri dari agama dan tuhan dan nilai moral yang rendah adalah sebab utama kenapa remaja-remaja melakukan seks terlalu awal. Majoriti orang melayu adalah beragama Islam tetapi malangnya inisiasi seks ketika usia masih terlalu muda sangat nyata dan secara perlahan-lahan meningkat.

7.0

CARA MENANGANI MASALAH CINTA DAN SEKS REMAJA

26

di samping dalam mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa pengawasan disiplin. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer. keberanian. mewujudkan sikap positif terhadap masalah. 7. menunjukkan keperibadian yang mulia.1 Peranan Ibu Bapa Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. tepati janji. nilai-nilai murni.7. bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. berketerampilan. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan. emosi dan keputusan. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. prinsip-prinsip akauntabiliti. video. melatih anak cara bersopan. 27 . sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak.2 Peranan Sekolah Pendekatan akademik ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. motivasi. amanah.

3 Institusi Kekeluargaan Makan bersama erat hubungan ahli keluarga. penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajarpelajar yang bermasalah. Gejala-gejala sosial seperti kegagalan dalam sekolah hingga kerosakan akhlak yang timbul dikatakan berpunca daripada kurang makan bersama dalam keluarga. 28 . Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa. snuker. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Mereka bukan sahaja memenuhi masa untuk berbual tetapi juga akan terlibat dengan permainan video. 7. Remaja yang dibiarkan makan di luar akan berjumpa dan lamakelamaan akan lebih gemar mencari kawan untuk bersama dan berbual kosong. merokok dan mabuk dan tidak mustahil mereka akan terjerumus kepada seks bebas. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajarpelajar. namun tahap kekerapan makan bersama telah menurun. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselorkaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Walaupun makan bersama mungkin menjadi keutamaan pada sesetengah keluarga berbanding dengan yang lain.

Dalam pendidikan seks juga perlu dijelaskan mengenai perbezaan jantina dan setakat mana hubungan antara orang berlainan jantina dibenarkan. Anak yang dididik dengan perasaan malu tidak sewenang-wenang menayangkan tubuh di depan khalayak yang mengundang ghairah seks. mereka tidak boleh dibenarkan tidur 29 . Misalnya. Bilik tidur anak lelaki dan perempuan perlu diasingkan. pemantauan perlu dibuat supaya mereka tidak sewenang-wenangnya menceroboh bilik abang atau kakak melalui pintu tandas. Pemupukan perasaan malu yang harus dimulakan pada usia kecil adalah asas penting dalam pendidikan seks.4 Pendidikan Seks Pendidikan seks penting bagi memberi kesedaran serta berterus terang dengan anak berkenaan permasalahan berhubung kait dengan seks. anak perlu dijauhi daripada sebarang perkara yang boleh menimbulkan rangsangan manakala usia 14 hingga 16 tahun (usia akil baligh). pembabitan remaja dalam aktiviti seks bebas adalah berpunca daripada dorongan syahwat yang disalurkan bukan pada waktu yang sesuai. Dalam pada itu. Kebimbangan terhadap pelbagai masalah sosial terutama dengan bertambahnya bilangan kes pembuangan bayi. Pendidikan seks sebenarnya sangat luas dan tidak terhad kepada hubungan kelamin semata mata. anak-anak perlu diajar bagaimana menjaga kehormatan diri. Pada tahap usia 10 hingga 14 tahun (remaja). rangsangan dan apa-apa yang bersangkut paut dengan perkahwinan. anak luar nikah. Pendidikan seks perlu diberi fokus utama mengikut empat peringkat usia iaitu tahap sekitar usia lapan hingga 10 tahun (mumaiyiz) iaitu dengan mengajar adab meminta izin dan adab pandangan. Jika bilik mereka bersebelahan dan menggunakan tandas sama. anak perlu diajar adab berkaitan hubungan seksual sekiranya mereka sudah bersedia mendirikan rumah tangga. kita tidak harus lupa untuk berkongsi maklumat dengan anak mengenai hubungan sesama jantina yang dilarang.7. Usia selepas akil baligh (belia atau dewasa).

1 Kesan Ke atas Individu 30 . ibu bapa perlu lebih proaktif dalam mendidik anak dan meningkatkan kesedaran bagi melakukan islah (perubahan). Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang. Justeru. dan negara. 8. mendidik dan mempersiapkan anak-anak mereka daripada terjebak dengan perkara yang boleh merangsang syahwat. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk. maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk.berkongsi selimut kerana dibimbangi nafsu mudah terangsang.0 KESAN DAN CABARAN TERHADAP FENOMENA CINTA REMAJA HARI INI Cinta yang salah ditafsirkan dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri. masyarakat. Alangkah ruginya jika anak yang terlanjur dalam hubungan seks memaklumkan mereka tidak tahu perlakuan itu salah. 8. keluarga.

Remaja yang mempunyai akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Akhlak yang baik datangnya 31 . Banyak kejadian seperti pembuangan bayi. Oleh sebab itu.Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap institusi kekeluargaan ialah: i. Namun begitu kebanyakan remaja pada hari ini. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama. manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. bangsa dan negara. zina dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Tidak dapat dinafikan juga kesan terhadap cinta sekadar untuk seks sahaja akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu. 8. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. percintaan remaja yang bersandarkan seks sahaja dan menganggap perkara itu adalah normal akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Oleh itu akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. terutamanya remaja muslim.2 Kesan Ke atas Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah Keluarga kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi. Benarlah kata–kata hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya.

perjudian. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. 32 . 8. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. ii. maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak. hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain. Namun begitu kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal. terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib.3 Kesan Ke atas Masyarakat Percintaan yang bertunjangkan nafsu dan seks di kalangan remaja menunjukkan keruntuhan akhlak dan moral akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu. ketagihan dadah. iii. Anak – anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja. iv. pelacuran.daripada keluarga yang harmoni dan bahagia. Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan. Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Oleh itu pihak–pihak atau anasir luar akan cuba mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. pastinya akan wujud penceraian.

Antara kesan yang akan berlaku ialah: i. dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.4 Kesan Ke atas Negara Tidak dapat dinafikan juga hal ini akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamnya akhlak remaja Islam hancur dan rosak. Semua pihak terutamanya kerajaan. maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk. 33 . iv. ii. Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. badan NGO. Tidak dapat dinafikan lagi. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam peningkatan dalam kadar jenayah. iii.8. v. Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang yang tinggi di kalangan masyarakat. Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan. akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan.

Alam percintaan sememangnya indah. Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. adakah ia perlu. dunia ini ibarat mereka yang punya. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaingan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka. Ramai pasangan yang melafazkan cinta.KESIMPULAN Cinta ketika remaja. bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta. Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin. Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Kefahaman 34 . harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing- masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik. tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan Kenapa mereka bercinta.

Walaupun remaja Melayu secara umumnya dilihat sebagai lebih konservatif dari segi seks berbanding dengan Barat dan terikat pada nilai-nilai agama dan adat-adat yang secara relatifnya ketat. mahupun melalui pernikahan. maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa. Remaja yang kuat agama kurang cenderung untuk melakukan hubungan seks dan remaja yang mula melakukan seks sejak usia yang muda cenderung untuk tidak berminat dengan agama. maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi. Para remaja memerlukan bimbingan dalam memperkembangkan hubungan peribadi yang akrab (close personal relationships) dengan rakan-rakan dari jantina yang berlawanan. Janji temu menawarkan satu laluan bagi aktiviti seksual dan apabila satu-satu hubungan telah menjadi stabil. kes-kes seks sebelum nikah masih berlaku. manakala remaja perempuan dari teman lelaki mereka. tidak kiralah melalui apa sekali pun. lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita.tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan. Teman lelaki atau perempuan adalah faktor peramal (predictor) yang signifikan dalam menentukan aktiviti seks remaja. Janji temu ketika usia masih muda dan mempunyai hubungan yang agak stabil telah didapati berhubung kait dengan aktiviti seksual dan mempunyai teman lelaki atau perempuan menawarkan dan mewujudkan satu tekanan kepada remaja untuk melakukan seks. Aspek rangsangan memainkan peranan penting walaupun remaja percaya kepada balasan 35 . Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. suatu kejadian dan bukannya emosi. Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah "cinta" bagi lelaki dan wanita. sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri. ikatan tali pertunangan. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa. oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita. Oleh sebab itu. mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Berlainan pula dengan wanita. Remaja lelaki didapati lebih belajar seks dari kawan-kawan. transisi yang pesat dari hubungan yang bersifat kasual ke hubungan seksual akan berlaku.

maka mustahil sesuatu pendidikan itu akan berjaya kerana yang merangsangkan itu akan mencemarkan didikan yang diberikan.Allah s. kawan.w. Jika pendidikan iman dan akhlak sahaja ditekankan tetapi perkara yang merangsangkan seks tidak dibuang. 36 . rangsangan teman lelaki. internet dan cinta telah mengatasi kepercayaan mereka.t. Elemen-elemen penting dalam pendidikan Islam iaitu pendidikan keimanan. VCD lucah. akhlak dan mewujudkan suasana yang baik yang boleh mendorong kepada perlakuan baik dan menghalang suasana-suasana yang boleh merangsang kepada seks adalah perkara-perkara asas yang paling penting dalam menjauhi remaja daripada seks sebelum nikah.

wattpad.blogdrive.com/index. http://www.html (2/2) http://purplegreen.com/index.php/kolumnis/roha-hassan/38-apa-ertinya-cintabagi-seorang-remaja http://www.com/2008/02/teori-dan-fakta-tentang-remaja-yang.htm (28/1) http://www. PTS Publication & Distributor Sdn Bhd.com/77072-pendidikan-seksual-pada-remaja?p=1 (2/2) http://www.net/sepaku-cinta/10731-zaman-remaja-cabarannya-berganda.php/kolumnis/roha-hassan/38-apa-ertinya-cintabagi-seorang-remaja (2/2) http://rohahassan.kotex.aspx (capaian 28/1hb) SUMBER ASLI : [Kutipan Langsung] http://www.aspx (capaian pd 28/1hb) http://www.html 10/3) 37 .php/kolumnis/roha-hassan/38-apa-ertinya-cintabagi-seorang-remaja (27/1) http://www.malaysiaharmoni. Saw Hooi Chin.html (10/3) http://www. Tsai Chen Chien.com/index.my/body-and-you-kesihatan/perhubungan/cinta-vs-nafsu.com/remaja/100702.com.my/body-and-you-kesihatan/perhubungan/family-relationships.kotex.sepaku.com/archive/116.e-psikologi. Intrapersonal Dan Interpersonal Untuk Remaja.com.RUJUKAN Dr. Shahizan.malaysiaharmoni.malaysiaharmoni. 2003.blogspot.

LAMPIRAN Ajar ilmu gender di sekolah 38 .

Namun. . PENYAMPAI..Gambar hiasan Ketika subjek itu dicadangkan akan dilaksanakan di sekolah.tenaga pengajar perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam supaya ilmu yang disampaikan lengkap.my 2010/02/01 SUBJEK pendidikan seks yang dulunya mahu dilaksanakan di sekolah tiba-tiba senyap tanpa sebarang keputusan. ada juga yang menganggap subjek itu sangat penting dan harus disampaikan kepada pelajar supaya mereka mempunyai ilmu mengenai seks yang halal. 39 .com.Oleh Suliati Asri suliati@hmetro. ramai pihak yang membantah dan menyalah tafsirkan pendidikan seks itu.. Ada juga yang menganggap pengajaran subjek itu akan mendatangkan lebih banyak kesan negatif daripada positif kepada pelajar.

katanya. "Pendidikan seks sangat meluas dan mempunyai peringkat-peringkat selain ia seharusnya dimulakan daripada awal. Prof Madya Dr Sapora Sipon. tetapi banyak perkara yang perlu dititikberatkan terutama masa dan individu yang mengajarnya. Persoalannya. subjek pendidikan seks itu muncul kembali. "Saya menyokong cadangan itu dalam modul pembelajaran di PLKN. 40 . berkata pendidikan seks wajar dilaksanakan dalam PLKN daripada ia langsung tidak diajar kepada pelajar.Kini. Pendidikan seks mahu diperkenalkan kepada peserta PLKN kerana mereka dikatakan matang dan menerima secara terbuka pembelajaran berkenaan. adalah wajar subjek pendidikan seks ini dilaksanakan dalam PLKN? Bagaimana dengan implikasi negatif tambahan pula seks sesuatu yang tabu kepada masyarakat timur? Adakah peserta PLKN boleh menerima pembelajaran itu dan memahaminya secara serius? Pensyarah Program Kaunseling. Universiti Sains Islam Malaysia (Usim). Bagaimanapun. tetapi bukan di sekolah sebaliknya dilaksanakan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan diubah menjadi pendidikan gender. subjek itu perlu disampaikan dengan cara yang betul supaya jangan memberi kesan yang negatif kepada pelajar.

" katanya." katanya. fasilitator yang menyampaikan subjek itu perlu mempunyai latihan secukupnya dalam pendidikan seks dan agama. kesihatan dan tingkah laku seksual masyarakat serta budaya. "Di sekolah pula. Contohnya. Selain itu. Walaupun pendidikan seks masih dalam cadangan. mereka mempunyai peluang menyesuaikan diri. "Enam tunjang itu ialah perkembangan manusia."Saya bimbang pelajar tidak dapat maklumat yang mendalam dan ia mungkin mengelirukan mereka. perhubungan. "Dalam Islam sendiri. "Ia memerlukan masa yang panjang dan jika ia dilaksanakan dari sekolah. Beliau berpendapat pendidikan seks perlu diajar di peringkat sekolah lagi kerana elemen pendidikan seks ada pelbagai peringkat selain mempunyai enam tunjang penting. ia sudah diajarkan melalui subjek Sains mengenai proses reproduksi pokok dan haiwan serta sedikit disentuh melalui manusia di peringkat rendah. kemahiran kendiri. perkahwinan dan keluarga. 41 . rumah keluarga Muslim mestilah mempunyai sekurang-kurangnya mempunyai tiga bilik iaitu satu untuk ibu bapa. dalam Islam ia sudah dilaksanakan ibu bapa. pendidikan seks berlaku secara tidak formal di rumah. katanya. anak lelaki dan perempuan.

ia memberi banyak kebaikan dan boleh menyelamatkan pelajar daripada jenayah seksual. kes jenayah seksual. subjek pendidikan seks ini sangat penting kepada golongan muda terutama pelajar sekolah. jangkitan penyakit kelamin hingga kepada kes pembunuhan membabitkan pengguguran haram dan pembuangan anak. 42 ."Bagaimanapun. Sains tidak memberitahu perlakuan seks tidak sihat yang menyebabkan penyakit kelamin atau mengandung anak luar nikah yang membawa kepada kes buang anak. Ini kerana. Mengulas mengenai kepentingan pendidikan seks. "Justeru. subjek Sains itu tidak membincang mengenai akhlak atau moral dalam hubungan seks termasuk keburukan seks di luar tabii. "Remaja yang berusia antara 11 hingga 18 tahun adalah kelompok yang mengalami perkembangan dan perubahan fizikal serta emosi khasnya berkaitan seksual. mereka akan cenderung mendapatkan maklumat daripada sumber tidak rasmi dan kesannya. "Begitu juga. Dr Sapora berkata pendidikan seks adalah ilmu yang perlu dipelajari dan disampaikan kepada golongan muda terutama pelajar. kehamilan bawah umur." katanya. "Tanpa ilmu seks." katanya. jika ada ilmu dalam pendidikan seks.

Kebanyakan masyarakat yang membantah pelaksanaan subjek ini. Katanya. "Pendidikan seks patut mengajar pelajar terhadap kepentingan asas emosi dan psikologi dalam seksualiti manusia secara semula jadi dan bukannya menerusi aspek fizikal. kasih sayang dan komitmen. kerana mereka takut pelajar menyalahgunakan ilmu berkenaan. "Mereka juga perlu difahamkan bahawa asas kebahagiaan seksual wujud kualiti asas perkahwinan iaitu keintiman." katanya. perkara itu tidak akan berlaku. topik pendidikan seks juga mesti menegaskan bahawa remaja yang terjebak dalam seks secara kasual bukan hanya terdedah kepada kehamilan dan jangkitan penyakit kelamin. tetapi juga hilang kebolehan membina perhubungan kasih sayang apabila dewasa. katanya. "Tetapi dengan penyampaian yang betul dan berdasarkan ilmu. Ulasan Buku: Pendidikan seks dalam Islam 2009/12/30 43 .

NALURI seks diciptakan Tuhan kepada manusia adalah sesuatu yang mulia dan mengandungi hikmah tersendiri.00 (Sabah dan Sarawak) Muka Surat: 171 muka surat NALURI seks diciptakan Tuhan kepada manusia adalah sesuatu yang mulia dan mengandungi hikmah tersendiri. Nafsu seks yang tersembunyi ini menyebabkan manusia terus kekal di muka bumi selain meramaikan umat Nabi Muhammad S.00 (Semenanjung) RM22.A.W. 44 . Tajuk: Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut Islam Penulis: Dr Abdullah Naseh Ulwan terjemahan Ahmad Hassan Mohd Nazam dan Mohd Nizam Mohd Ali Penerbit: Yamani Angle Sdn Bhd Cetakan: Pertama Harga: RM20. Islam menggariskan kaedah terperinci dan halus bagaimana manusia dapat melaksanakan tanggungjawab kekeluargaan.

Pendidikan seks perlu diberi fokus utama mengikut empat peringkat usia iaitu tahap sekitar usia lapan hingga 10 tahun (mumaiyiz) iaitu dengan mengajar adab meminta izin dan adab pandangan. Buku ini menerangkan sebahagian peraturan serta adab dalam Islam memandangkan permasalahan seks serta dorongan syahwat bersifat semula jadi.Ini termasuk adab bertunang. anak luar nikah. ibu bapa serta pendidik perlu meningkatkan kesedaran bagi melakukan islah 45 . pembabitan remaja dalam aktiviti seks bebas adalah berpunca daripada dorongan syahwat yang disalurkan bukan pada waktu yang sesuai. Pendidikan seks penting bagi memberi kesedaran serta berterus terang dengan anak berkenaan permasalahan berhubung kait dengan seks. Kebimbangan terhadap pelbagai masalah sosial terutama dengan bertambahnya bilangan kes pembuangan bayi. anak-anak perlu diajar bagaimana menjaga kehormatan diri. Justeru. rangsangan dan apa-apa yang bersangkut paut dengan perkahwinan. Pada tahap usia 10 hingga 14 tahun (remaja). Usia selepas akil baligh (belia atau dewasa). anak perlu diajar adab berkaitan hubungan seksual sekiranya mereka sudah bersedia mendirikan rumah tangga. anak perlu dijauhi daripada sebarang perkara yang boleh menimbulkan rangsangan manakala usia 14 hingga 16 tahun (usia akil baligh). perkahwinan sehinggalah kepada adab mengadakan hubungan kelamin.

mendidik dan mempersiapkan anak-anak mereka daripada terjebak dengan perkara yang boleh merangsang syahwat Bahana bertuhankan nafsu 2010/02/05 46 .(perubahan).

"Namun dia tidak marah kerana tahu saya seorang yang nakal dan tidak mendengar kata. Ikuti pengakuan dua wanita yang kini tinggal di Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah yang akhirnya menyesal kerana lari dari rumah.KEBANYAKAN remaja perempuan bermasalah mengakui mereka lari dari rumah kerana bosan dengan leteran ibu bapa dan inginkan kebebasan maksimum. Puncanya ibu selalu membebel dan bising apabila Noriza pulang lewat ke rumah. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Menurut Noriza. saya beritahu ibu yang saya mengandung. 16. Begitu juga wanita tiga anak yang baru saja pulang ke pangkuan keluarga di Terengganu selepas melarikan diri bersama teman lelaki ke Lombok." katanya. Dia pernah lari dari rumah dan tinggal di rumah kawan selama dua hari. Noriza tekad mahu menggugurkan kandungan dengan mengambil ubat di klinik. Ibu hampir pengsan mendengarnya. Tetapi rancangan itu tidak berjaya dan dari sehari ke sehari kandungannya semakin membesar. kenakalannya bermula ketika di tingkatan dua. Indonesia gara-gara termakan dengan pujukan teman lelaki. Paling ramai disebabkan termakan pujuk rayu teman lelaki yang berjanji akan memberikan perlindungan sekiranya mereka tiada tempat tinggal. Cerita 1 NORIZA. 47 . Begitu juga dengan gadis yang melarikan diri ke Lombok. Anak kedua daripada lima beradik ini dibawa keluarga ke RS selepas mengandung enam bulan. Selepas mengetahuinya.my). (bukan nama sebenar) sudah enam bulan memasuki Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudatus Sakinah (RS). Terdapat banyak kes remaja yang dirogol teman lelaki kemudian hamil dan melahirkan anak luar nikah. Indonesia. seperti diceritakan kepada wartawan Oleh Siti Zarinah Sahib (sitizarinah@hmetro. "Selepas tiga bulan.com.

Noriza tidak dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti yang terlalu padat dan memenatkan. Selepas pulang ke rumah. Hidup dirasakan seperti dalam penjara. akhirnya saya akur untuk kembali ke pangkuan keluarga. " ujarnya. Sebab itu dia cuma bertahan tinggal di rumah beberapa minggu saja." katanya. Pada November 2009. saya menangis semahu-mahunya. Aktiviti harian semuanya berbentuk keagamaan. Kemudian kakak datang memujuk saya supaya pulang ke rumah. dia pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya. apa yang ditakuti terjadi juga. saya lari lagi kali kedua dan tinggal di rumah kawan yang sama. Dulu saya melakukan tindakan bodoh. Keseronokan yang dikecapinya serta tiada halangan ibu bapa menyebabkan dia tidak pernah teringat untuk kembali ke pangkuan keluarga. Selepas itu barulah saya muhasabah diri kemudian mengenang kembali apa yang sudah saya lakukan. tetapi saya matikan talian telefon selepas mendengar suaranya. ketika ponteng sekolah dia keluar bersama teman lelaki. Selepas tiga bulan. Namun ibu tetap berkeras. Sebulan di RS. tidak dapat keluar berfoya-foya dengan kawan. Saya tidak mahu dikongkong dan inginkan kebebasan. melepak di pusat beli-belah. Kini saya insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. ibu berhasrat menghantar saya ke RS dengan harapan saya akan berubah menjadi anak yang baik. Malah."Saya tidak tahan mendengar bebelan ibu setiap kali balik lambat. Namun anak itu diserahkan kepada keluarga angkat untuk dijaga. "Saya mengambil masa empat bulan menyesuaikan diri. Tambah pula sebelum ini dia tidak pernah sembahyang atau membaca alQuran. Sepanjang sembilan bulan Noriza tidak mengalami sebarang alahan. Apabila mengenangkannya. Akhirnya kakak memujuk saya pulang." katanya. alangkah terkejutnya Noriza kerana mendapati dia mengandung kerana sebelum ini dia amat berjaga-jaga. Noriza selamat melahirkan bayi perempuan. Kasihan melihat kakak. Tidak sangka selepas kali keempat melakukan hubungan seks. Menurut Noriza. ini menyebabkan saya akur dengan keputusan ibu. kemudian lari semula. "Pada mulanya memang saya menentang. "Saya menasihati rakan yang 48 . bermain snuker serta merayau sehingga ke malam baru pulang ke rumah. "Memandangkan saya masih bawah umur. malah masih boleh aktif seperti remaja lain. "Bukan ibu tidak mencari.

ingin lari dari rumah supaya tidak melakukan tindakan bodoh seperti saya kerana akhirnya akan merosakkan diri sendiri. ketika tinggal di rumah teman lelaki setiap hari dia keluar ke pusat beli-belah tanpa arah tujuan. Dengar nasihat ibu bapa kerana apa yang mereka katakan adalah untuk kebaikan diri sendiri. "Apabila pulang ke rumah puas saya dimarahi ibu namun saya pekakkan telinga kerana keseronokan mengatasi segala-galanya. 23 (bukan nama sebenar) sudah tujuh bulan tinggal di RS. "Kalau ikutkan hati saya mahu tinggal bersama teman lelaki dan tidak mahu ke sekolah. dia sudah menghisap ganja dan dadah. Merokok dan minum arak menjadi perkara biasa. Menurut Mimi. Melihat penampilan rakan yang ranggi. Malah. akhirnya saya akur untuk kembali ke pangkuan keluarga" Cerita 2 MIMI." katanya yang melakukan seks kali pertama ketika berusia 15 tahun. Satu demi satu aktiviti mereka lakukan bersama. "Saya teruja melihat dia berpakaian. Akhirnya kakak memujuk saya pulang. Bukan ibu tidak mencari." katanya." kata Mimi yang ketika itu berusia 15 tahun. kali pertama mencuba saya rasa sangat seronok kerana bebas daripada segalanya. Mimi teringin menjadi sepertinya. semuanya saya pernah lakukan. Saya tidak kisah asalkan dapat berjumpa dengan teman lelaki. Pernah dua hari dia tidak pulang ke rumah dan bermalam di rumah teman lelakinya. Mimi mengakui dia berubah selepas mengenali rakan sekelas yang baru saja berpindah dari Kuala Lumpur ke Pahang. Dia juga merokok dan minum arak. Tanpa pengetahuan ibu bapa. Daripada tiada teman lelaki. Saya langsung tidak bimbang 49 . dia mulai ponteng sekolah dan melepak di pusat beli-belah bersama rakan bermotosikal. Dia yang dihantar keluarga baru saja melahirkan anak luar nikah Februari tahun lalu. Kasihan melihat kakak. ketika di tingkatan dua. tetapi saya matikan talian telefon selepas mendengar suaranya. moden dan sosial. "Beritahu apa saja. Dunia seperti saya yang punya. Mimi mulai berkawan dengan mat motor yang ada di kawasan sekitar rumahnya.

"Mulanya saya tidak mahu dan menentang hasrat ibu. teman lelaki menasihati Mimi supaya menggugurkan kandungan namun Mimi menolak kerana takut. Dia pernah berazam untuk melarikan diri. tanpa Mimi sedari benih teman lelaki membesar dalam rahimnya. marah dan sedih. Selepas tamat belajar Mimi terus mengikut teman lelakinya bekerja di Pulau Pinang. empat tahun dia tidak pulang ke kampung. pada mulanya dia kekok dengan segala peraturan di RS. Semua yang saya lakukan untuk keseronokan semata-mata. keluarga Mimi terus menghantar Mimi ke RS dengan harapan dia akan berubah. kini solat lima waktu tidak pernah 50 . Jika tiada duit membeli rokok dan ganja saya mencuri duit ibu. Selepas bergembira bersama keluarga dalam perjalanan pulang. Selepas melahirkan anak perempuan pada Februari lalu." katanya. Jika sebelum ini tidak pernah melakukan solat dan membaca al-Quran.sekiranya ditangkap atau mengandung. saya tidak sedar sudah dibawa ke RS. Selepas empat bulan barulah dia boleh menyesuaikan diri. malah dia juga tidak dibenarkan keluar. Namun ibu tenang menerima berita itu dan meminta saya kembali ke pangkuan keluarga. Takut. Keluarga tidak membantah kerana sudah faham dengan perangai Mimi. Berkali-kali ibu memujuk." kata Mimi. Panik dengan apa yang berlaku. Dalam pada itu. "Pelbagai persoalan bermain di fikiran. tetapi saya tetap berkeras sehinggalah suatu hari mereka membawa saya bercuti ke Port Dickson. Di sana dia lebih bebas kerana berjauhan dengan keluarga. Malah." katanya. terkejut. Jadual terlalu ketat. Selepas dua bulan baru saya berani beritahu ibu. Menurut Mimi. tetapi memandangkan tidak tahu jalan keluar hasrat itu dipendamkan saja.

Selain itu jangan cepat terpengaruh dengan ajakan rakan kepada perkara tidak berfaedah. 51 . Paling penting sentiasa mengikut nasihat ibu bapa kerana semuanya untuk kebaikan diri sendiri. Setiap hari saya berdoa semoga Tuhan mengampunkan semua dosa yang sudah saya lakukan. "Saya semakin tenang selepas solat dan membaca al-Quran." katanya. begitu juga membaca al-Quran. Terasa diri ini begitu kotor dan kerdil. Apabila mengenangkan apa yang sudah saya lakukan saya menangis semahu-mahunya.ditinggalkan. Mimi menasihati rakan-rakan supaya tidak terus hanyut dengan keseronokan sehingga mengabaikan pelajaran.

Perbuatan kurang sopan pasangan muda-mudi itu termasuk pada waktu siang dapat dilihat hampir setiap petang terutama pada hujung minggu dan sewaktu cuti persekolahan.com.sepasang kekasih ‘bermesra’ di tengah panas terik mentari di Taman Tasik Titiwangsa.. 52 .Layu di Tasik Titiwangsa Oleh Amirul Haswendy Ashari am@hmetro. TAK MALU.my 2010/02/19 KUALA LUMPUR: Gelagat segelintir remaja berpelukan dan memadu kasih di Taman Tasik Titiwangsa di sini merimaskan pengunjung berkeluarga yang datang beriadah..

lepas itu tunggulah kelak ada pula kisah bayi tak bersalah dibuang. papan tanda larangan berkelakuan sumbang juga ibarat hiasan taman berikutan tidak dipedulikan muda-mudi berkenaan. Beliau yang sering berkunjung ke taman tasik itu untuk beriadah pernah menegur beberapa pasangan yang berkelakuan sumbang berikutan tidak tahan dengan sikap mereka. Menurutnya. kebanyakan pasangan remaja datang ke situ dengan tujuan untuk memadu kasih.” katanya. Beliau berharap pihak bertanggungjawab terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 53 . teguran itu tidak diendahkan sebaliknya dia pula dimarahi kerana dituduh menjaga tepi kain orang lain. budaya dan pegangan agama. katanya. “Mula-mula berpeluk di taman.Seorang pengunjung berkata.” katanya. “Ada antara mereka dengan selamba bercumbuan seolah-olah bukan berada di negara sendiri yang ada adat. Bagaimanapun. “Mata kami ‘berbulu’ apabila melihat mereka tanpa segan silu berpelukan di hadapan pengunjung.

Sementara itu. “Bagaimanapun. kehadiran Mat dan Minah Rempit yang menjadikan kawasan tasik sebagai ‘port’ lepak sambil bersosial turut mendapat pandangan kurang senang pengunjung. Dakwaan pengunjung juga berasas berikutan memang terdapat segelintir daripada mereka yang sedang asyik berpelukan. “Ini berikutan pihak jabatan tidak mempunyai kuasa untuk menahan mereka. langsung tidak menghiraukan pandangan sinis pengunjung yang melihat gelagat mereka.dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dapat menjalankan pemantauan lebih kerap bagi mengekang aktiviti tidak bermoral itu daripada terus menjadi parah. ketika dihubungi.” katanya. berkata pihaknya hanya mampu menasihati pasangan mudamudi terbabit daripada terus berkelakuan sumbang. Tinjauan Metroplus mendapati hampir setiap sudut taman tasik yang tidak pernah lekang dengan pengunjung itu ‘dihiasi’ pasangan muda-mudi yang ‘mabuk’ cinta. Lebih merosakkan pandangan. 54 . mereka boleh dikompaun RM300 jika melanggar peraturan yang ditetapkan di taman. Muhamad Irwan Abdullah. Penguasa Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan DBKL.

com.my 2010/03/05 HILANG akal! Itu gambaran sikap melampau remaja yang terjerumus dalam aktiviti seks luar nikah sehingga 'bunting' anak haram lalu membuang atau membunuh zuriat itu tanpa berperikemanusiaan.Menurutnya. SIASAT... DBKL sentiasa melakukan rondaan berkala bagi memantau aktiviti kurang sihat yang berlaku di taman rekreasi di bawah pengurusan mereka. Nilai kemanusiaan makin hilang Oleh Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.anggota polis mengeluarkan mayat bayi yang ditemui terbenam di tepi pantai 55 .

tinggal dalam suasana aman dan damai dan penuh ciri ketimuran. Kes pembuangan bayi kian menjadi-jadi dan lebih memalukan. 56 . mengapa perkara ini masih berlaku? Jika dikaji. memang tidak dinafikan perhubungan seks bebas mendorong gejala pembuangan bayi.TIDAK BERHATI PERUT. Kepong. asas agama kuat.bayi yang dibungkus dengan plastik hitam diletakkan di tempat pembuangan sampah di Taman Wahyu. jenayah itu dilakukan remaja Melayu beragama Islam yang dikatakan memiliki adab serta akhlak yang tinggi. Sudahlah melakukan dosa berzina. Pelik kerana hari ini masyarakat mempunyai tahap pemikiran yang baik. selepas itu tergamak membunuh zuriat sendiri tanpa rasa bersalah. lebih buruk berbanding haiwan. Tetapi... Apabila sudah mengandung dan bagi mengelak malu kepada keluarga. cara mudah ialah membuang atau membunuh bayi itu.

tentu kita tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita sanggup melahirkan bayi dan membuang atau membunuh bayi itu dalam masa yang sama. kubur. malah kawasan masjid juga menjadi sebahagian kawasan pembuangan bayi. Sebagai manusia waras. lubang tandas. pembuangan dan pembunuhan bayi ketika ini adalah kerana mereka mahu menutup aib serta bimbang diketahui keluarga. antara hidup dan mati. kaki lima. Ke mana hilangnya sifat 57 . Ada juga yang meninggalkan bayi mereka dengan menulis nota seperti 'tolong kebumikan mayat ini. Sudah terlalu kerap berita penemuan bayi yang menjadi tajuk utama media massa. Kesakitan ketika bersalin diibaratkan yang kedua tersakit selepas kesakitan Izrail datang mencabut nyawa. Bayi yang ditemui amat jarang sekali masih bernyawa kerana kebanyakannya sudah meninggal dunia akibat dihurung semut atau hilang anggota badannya kerana 'dimamah' haiwan liar.w. Islam menggalakkan manusia berkahwin supaya hubungan yang sebelumnya haram menjadi halal.t berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina. ia ibarat di persimpangan. Bayangkan wajah kudus zuriat yang dilahirkan. Justeru. sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. Tong sampah.Allah s. adakah si ibu sanggup membunuh makhluk itu sedangkan dia bersusah payah mengandung selama sembilan bulan? Bagi setiap wanita yang merasai saat melahirkan bayi." (Surah Al-Israa' ayat 32) Memang benar manusia secara fitrah memerlukan seks.' Hakikatnya. semak. sungai.

Remaja perlu segera insaf dan sedar bahawa hidup pada zaman remaja hanya seketika." (Riwayat Bukhari) Manusia yang ditakrifkan sebagai jahil adalah mereka yang tiada hati dan akal fikiran.a. masyarakat sanggup menanam bayi perempuan hidup-hidup. Al-Quran dan Sunnah mengingatkan kita bahawa setiap ciptaan Allah di muka bumi ini amat berharga. berkata tanda manusia hari ini kembali semula ke zaman jahiliah bukan bermakna mereka tidak berilmu." (Surah al-Ahzab ayat 36) Justeru.w. tetapi bukan kepada Allah s. Rahimi Saad. ibu bapa perlu memastikan pembentukan sahsiah anak menepati ciri Islam sejati.w bersabda bermaksud: "Setiap suami pemimpin keluarganya. apa bezanya masyarakat hari ini? Perbuatan membuang dan membunuh bayi ibarat perlakuan jahiliyah moden yang tidak boleh dimaafkan. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya. Binatang mungkin 58 . ada bagi mereka pilihan lain mengenai urusan mereka. Maka mereka perlu bijak memilih jalan kehidupan yang sempurna. Universiti Malaya (UM). Mereka tidak berpijak di bumi nyata sehingga berani melakukan sesuatu di luar pertimbangan. Firman Allah dalam bermaksud: "Tidakkah patut bagi setiap mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu.perikemanusiaan dalam diri masyarakat sekarang kerana bayi adalah kurniaan Allah yang tiada nilainya? Jika zaman sebelum Islam. malah tumbuhan pun dilarang dicabut hiduphidup. Rasulullah s. Bukan saja manusia dan haiwan. Tiada guna jika mereka hanya malu kepada masyarakat. tetapi kerana nilai kemanusiaan sudah hilang.t. dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab. "Perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Budaya hidup bebas terutama perlu diberi perhatian serius kerana dikhuatiri 'lesen' berkenaan akan merencatkan pembinaan watak dalam diri anak mereka. Pensyarah Jabatan Pendidikan. Perbuatan segelintir mereka melakukan perkara terkutuk terbabit turut memberi impak buruk kepada umat Islam.

Menurutnya. "Imam al-Ghazali menjelaskan kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan nafsu. manusia hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. Islam amat menekankan aspek pencegahan dan sebab itu Allah melarang mendekati apatah lagi melakukan zina." katanya. Beliau berkata. tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup bertunjangkan nafsu. "Sebenarnya tiada alasan mereka membunuh dan membuang anak yang tidak berdosa berkenaan. Perbuatan itu tetap tidak dapat menghapuskan kesalahan yang mereka lakukan. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah)." katanya.membunuh anak mereka ketika dilahirkan. "Naluri keibubapaan tetap menganggap perbuatan berkenaan salah. Ia merosakkan sistem keturunan manusia kerana jika sudah terlanjur pasti membawa kepada mengandung anak luar nikah. "Zina adalah dosa besar. tetapi kebanyakannya atas faktor survival (dijadikan makanan)." katanya. dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu 59 .

" (Surah al-A'araf ayat 179) Didikan ibu bapa penentu akhlak anak Oleh Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.Gambar hiasan 60 . bahkan mereka lebih sesat lagi.my 2010/02/19 REMAJA sering dikaitkan dengan zaman paling mencabar dan kritikal.mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). mereka itu seperti binatang ternak. .anak adalah pelaburan besar yang bakal menjadi modal insan negara. mereka itulah orang yang lalai..com. penuh dengan keseronokan dan kebebasan.. BERI DIDIKAN SEMPURNA.

. mereka mudah terpengaruh dengan pelbagai elemen termasuk persekitaran.Gambar hiasan Remaja adalah manusia yang tidak suka dikongkong dengan peraturan termasuk kekangan ibu bapa dalam mencari jati diri sebenar. Remaja era 30-an. Justeru.anak adalah pelaburan besar yang bakal menjadi modal insan negara.. rakan sebaya dan media massa. Anak muda kini menghadapi krisis yang amat parah kerana mereka terdedah dengan pelbagai masalah sosial yang saban hari menjadi tatapan akhbar. dalam perjalanan yang panjang itu.sebelum selepas BERI DIDIKAN SEMPURNA. 61 . . 70-an dan zaman siber mempunyai masalah yang sama. cuma persekitaran mungkin berbeza.

apakah kita tiada penyelesaian dan membiarkan masalah itu diwarisi turun temurun. Jelas Rasulullah s.a.a. masa muda sebelum tua dan masa kaya sebelum papa." (Riwayat Hakim dan Baihaqi). Apakah rahsianya? Rasulullah s." Namun kehidupan remaja tidak dapat lari daripada menjadikan Rasulullah s. pembuangan bayi. minum arak. Dalam hadis lain yang diriwayatkan Mu'az bin Jabal.w menerangkan perkara yang penting diberikan tumpuan. masa sihat sebelum sakit. (Surah al-Ahzab ayat 21).w sebagai model ikutan sepanjang zaman kerana baginda memiliki keperibadian unggul dan terpuji.a. tentang masa mudanya dan apa yang diperjuangkannya.Seks bebas. 62 . Bagaimana dengan Islam. lumba haram. mengenai hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.w bersabda yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat hingga disoal empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya.a.w membesar sebagai remaja yatim piatu tetapi Baginda mampu bangun sebagai manusia yang hebat. rogol dan meragut antara beberapa kes membabitkan remaja masa kini. mengapa kita tidak mahu mengikut acuan Islam dalam membentuk remaja? Rasulullah s. Rasulullah s.a. serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). Justeru.w bersabda yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara iaitu masa hidup sebelum mati. Allah berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat. masa lapang sebelum sibuk.

Justeru. Baginda terkenal sebagai pengembala kambing yang memiliki sifat amanah. bersederhana dalam kehidupan harian dan bersifat lemah-lembut.a. Cara dan gaya mendidik remaja perlu bersesuaian dengan jiwa remaja iaitu ke arah melatih mereka lebih bertanggungjawab memikul amanah yang Rasulullah tinggalkan kepada setiap umat Islam. Kemudian baginda menjadi yatim piatu selepas ibunya pula meninggal dunia dalam usia nabi begitu muda. Bayangkan sejak berusia lapan tahun lagi. Selain itu. perhatian dan kasih sayang seorang ayah yang meninggal dunia ketika baginda masih di dalam kandungan. Rasulullah s.Watak Rasulullah dibentuk Allah melalui al-Quran. sabar dan ikhlas sehingga membawa keuntungan. Ketokohan baginda sebagai ahli perniagaan terserlah kerana berjaya membina strategi perniagaan berlandaskan nilai murni dan kejujuran. remaja harus dididik agar memahami dengan sepenuh hati kaitan penghayatan sirah dengan kelangsungan hidup mereka terutama sebagai remaja serta kepentingan mereka menghargai sirah demi menjayakan misi hidup. Nabi Muhammad sudah mula hidup berdikari dan mencari rezeki hasil usahanya sendiri. 63 . Sifat Nabi Muhammad terserlah daripada peribadinya yang mulia. jujur.w juga mampu membuktikan dirinya sebagai individu terbaik walaupun tanpa didikan. Rasulullah ditonjolkan sebagai tokoh terbaik ketika baginda melalui zaman remaja. bijaksana. Keperitan membesar tanpa kedua-dua ibu bapanya menjadikan Nabi Muhammad seorang yang matang dan berdikari.

Selain itu. Pensyarah Universiti Malaya (UM). Aisyah binti Abu Bakr. Rahimi Saad. tahan lasak dan hidup dalam persekitaran yang bersih.a. 64 ." katanya. Usamah bin Zaid . ramai tokoh remaja lain yang gemilang hasil didikan Rasulullah seperti Ali bin Abi Talib. Abdullah bin Zubair. ia bagi memudahkan si anak menguasai bahasa Arab yang tulen." katanya.Tariq bin Ziyad. Abdullah bin Abu Bakr. Rasulullah mendidik mereka mewarisi peribadi unggul dan keberanian dalam menegakkan agama Islam. "Nabi Muhammad dihantar menyusu dengan suku kaum Saad kerana ia tradisi Arab Quraisy. biasa dengan kesusahan.Selain diri Rasulullah. Katanya. sebelum remaja. Asma binti Abu Bakar dan ramai lagi tokoh remaja yang menonjol kewibawaannya dalam masyarakat. anak perlu diberikan penekanan aspek sahsiah dan akhlak. "Proses tarbiah (pendidikan) sejak kecil adalah faktor terbesar dalam menyumbang serta menentukan kejayaan anak pada masa depan.w membawa rahmat seluruh alam. "Anak-anak perlu bijak menilai baik atau buruk perbuatan itu dan dengan siapa mereka berkawan. Kelahiran Nabi Muhammad s. Fatimah binti Muhammad. aspek pemerintahan dan aspek teladan yang boleh dicontohi. Baginda menampilkan perubahan besar kepada aspek sosial masyarakat. ibu bapa tidak boleh disalahkan sepenuhnya terhadap masalah sosial remaja. berkata proses pendidikan awal kanakkanak sangat penting bagi menentukan keperibadian anak apabila remaja. Beliau berkata.

Kasih sayang Rasulullah kepada cucunya itu menyamai kasih dan sayang diberikan kepada Usamah. Perwatakan Usamah sangat terserlah apabila meningkat dewasa. Jelas. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur" (Hadis Abu Daud). Rasulullah sentiasa meluangkan masanya bermain dengan cucunya. Majusi atau Nasrani.w menggariskan landasan utama bagi menyempurnakan akhlak terbaik untuk dijadikan ikutan. anak angkat Nabi adalah contoh yang unggul. Jika baik perangai ibu dan bapanya di rumah. keperibadian seseorang itu akan terbentuk melalui didikan ibu bapa.a. Hassan dan Hussien. Rasulullah s."Didikan dan komitmen ibu bapa terhadap pembangunan ilmu dan sosial perlu berlaku secara berterusan walaupun membabitkan pelaburan besar. Inilah kesan didikan Rasulullah kepada Usamah walaupun bukan daripada keturunan baginda. Anak diibaratkan seperti sehelai kain putih." katanya. Maka ibu bapa mereka yang bertanggungjawab mencorak anak mereka itu menjadi seorang Islam. Usamah. 65 . Tidak hairanlah. Walaupun sibuk dengan tugas harian. Usamah hidup dalam keluarga Rasulullah yang penuh dengan kasih sayang. maka baiklah perwatakan anak mereka. Rasulullah memerintahkan ibu bapa menitikberatkan soal akhlak dan solat terhadap anak seperti maksud hadis yang bermaksud: "Suruhlah anakmu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun.

dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Ibadah itu akan memberi kesan yang baik bukan saja terhadap diri. Kami tidak meminta rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa" (Surah Toha ayat 132). "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat. Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Tuhanku. Wahai Tuhan kami. 66 . ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hala tuju kehidupan anak mereka selain mengurus masa dengan bijaksana. Jadi.Perintah menunaikan solat juga termaktub dalam al-Quran yang bermaksud. bahkan juga kehidupan masyarakat seluruhnya. perkenankanlah doa permohonanku" (Surah Ibrahim ayat 40). Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->