You are on page 1of 3

Apakah Maksud Rancangan Perniagaan?

KERTAS KERJA PINJAMAN JUGA DI KENALI RANCANGAN


PERNIAGAAN(RP):
PENGENALAN

Selepas mengenal pasti dan memilih satu peluang perniagaan yang sesuai, usahawan perlu
membuat perancangan yang teratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebih cekap. Selepas
memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnya ialah menyediakan sebuah rancangan atau
pelan perniagaan yang lengkap. Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan?
Rancangan perniagaan adalah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang
berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Dokumen tersebut mengandungi
maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta
perancangan terperinci mengenai aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan
kewangan perniagaan. Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek atau
kertas kerja.

Kepentingan Rancangan Perniagaan

Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada
peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu
peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal
selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan
rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi,
penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting.
Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi
gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam
perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam
bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon
pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada
bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi
syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai
kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan
mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk
melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut
disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang
terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar
usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk
meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja
penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk
tujuan-tujuan berikut:
1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau peta yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti
perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan
halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.

2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran
dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan
akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini)
sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan
rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.

3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang
diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini
dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan
yang diperlukan.

4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam


mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek
pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan

Memahami sasaran pembaca rancangan perniagaan adalah penting. Ini bertujuan untuk
memastikan rancangan perniagaan yang disediakan dapat meyakinkan pembaca yang disasarkan.
Pembaca sasaran merujuk kepada pihak yang akan menggunakan rancangan perniagaan
berkenaan untuk tujuan-tujuan khusus. Antara pihak yang disasarkan adalah seperti berikut:

Usahawan

Pembaca atau pengguna utama rancangan perniagaan ialah usahawan. Sebagai pengusaha atau
pemilik perniagaan usahawan perlu mengetahui selok-belok projek yang bakal dilaksanakan
dengan terperinci. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan dapat membantu usahawan
merancang dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Di samping itu usahawan juga dapat
menilai daya maju projek dari aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

Pelabur

Usahawan mungkin memerlukan pihak lain untuk melabur dalam projek yang dirancang. Pihak-
pihak tertentu seperti pemodal teroka atau pelabur persendirian perlu diyakinkan agar mereka
berminat untuk berkongsi keuntungan dengan membuat pelaburan dalam perniagaan tersebut.
Lazimnya mereka meneliti rancangan perniagaan untuk menilai sama ada perniagaan tersebut
mampu memberi pulangan yang baik terhadap pelaburan yang bakal dibuat.

Bank

Bank dan institusi kewangan lain merupakan pihak yang boleh membantu usahawan
memperoleh pembiayaan bagi melaksanakan projek perniagaan yang dirancang. Sebagai
pembiaya, bank dan institusi kewangan memerlukan maklumat berhubung kedudukan kewangan
perniagaan dari aspek kecairan wang tunai dan keuntungan perniagaan. Kecairan tunai dan
keuntungan dapat memastikan kelangsungan perniagaan dan kemampuan perniagaan untuk
membayar balik pinjaman yang dipohon. Oleh itu, pihak bank dan institusi kewangan perlu
meneliti dan menilai rancangan perniagaan untuk memastikan perniagaan yang dirancang
berdaya maju dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.

Pembekal Kredit

Lazimnya, agak sukar bagi sebuah perniagaan baru untuk mendapatkan kemudahan bekalan
bahan secara kredit daripada pembekal. Bagaimanapun, terdapat pembekal yang bersedia untuk
menawarkan kemudahan ini jika usahawan dapat meyakinkan mereka tentang kemampuannya
untuk membayar balik hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, rancangan perniagaan
dapat membantu usahawan meyakinkan pembekal mengenai kemampuan perniagaan untuk
membayar balik hutang tersebut.

Rujukan

http://blograncanganperniagaan.blogspot.com/2009_09_01_archive.html

You might also like