P. 1
Linguistik Sosiolinguistik Dan Ruang Lingkupnya

Linguistik Sosiolinguistik Dan Ruang Lingkupnya

|Views: 1,942|Likes:
Published by tioyulindo

More info:

Published by: tioyulindo on Sep 27, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/08/2013

pdf

text

original

1.0 Pendahuluan Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716), Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa.

David Crystal dalam bukunya A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181) pula menyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (Linguistics : the scientific study or language).Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik ( J. Lyon, 1968:1). Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik? Dalam bidang ilmu, kajian saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip-prinsip tertentu mengenai bahasa dan kaedah-kaedah yang bertanggungjawab. Ini bermaksud, seorang sarjana linguistik menjalankan kajian linguistik, samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains. Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, contohnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mesti mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa, dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian ini pula boleh diuji kebenarannya ( Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, 2007:2). Ilmu linguistik mempunyai banyak bidang cakupan antaranya Ilmu linguistik mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti, Linguistik Deskriptif ( Descriptive Linguistics), Linguistik Historis ( Historical Linguistics), Linguistik Komparatif ( Comparative Linguistics), Sosiolinguistik (Sociolinguistics), Neurolinguistik (Neurolinguistics), Linguistik Am ( General Linguistics), Linguistik Terapan,( Applied Linguistics), Psikolinguistik (Psycholinguistics). Bidang sosiolinguistik yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. ilmu sosiolinguistik ini diperkenalkan oleh seorang guru bernama Haver C 1.0 Pendahuluan Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716), Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David Crystal dalam bukunya A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181) pula menyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (Linguistics : the scientific study or language).Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik ( J. Lyon, 1968:1). Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik? Dalam bidang ilmu, kajian saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip-prinsip tertentu mengenai bahasa dan kaedah-kaedah yang bertanggungjawab. Ini bermaksud, seorang sarjana linguistik menjalankan kajian linguistik, samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains. Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan,

ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, contohnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mesti mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa, dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian ini pula boleh diuji kebenarannya ( Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, 2007:2). Ilmu linguistik mempunyai banyak bidang cakupan antaranya Ilmu linguistik mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti, Linguistik Deskriptif ( Descriptive Linguistics), Linguistik Historis ( Historical Linguistics), Linguistik Komparatif ( Comparative Linguistics), Sosiolinguistik (Sociolinguistics), Neurolinguistik (Neurolinguistics), Linguistik Am ( General Linguistics), Linguistik Terapan,( Applied Linguistics), Psikolinguistik (Psycholinguistics). Bidang sosiolinguistik yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. ilmu sosiolinguistik ini diperkenalkan oleh seorang guru bernama Haver C. 1 Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Istilah Sosiolinguistik digunakan sebagai pengenalan kepada kajian yang dimaksudkan. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembang sekitar tahun 60-an. Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi Istilah Sosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi, bahasa dalam kebudayaan, bahasa dalam masyarakat, bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa. 2.0 Sejarah Ilmu Sosiolinguitik Ramai linguis meyakini Panini (500 SM) sebagai pelopor pengkaji sosiolinguistik. Dalam karyanya yang berjudulAs tadhayayi—satu buku yang berisi tentang stilistik bahasa— pengkajian sosiolinguistik yang mulai mendapat perhatian. Baru beberapa abad kemudian, tepatnya pada abad 19, Schuchardt, Hasseling, dan Van Name (1869-1897) untuk pertama kalinya memulakan kajian tentang dialek bahasa pedalaman Eropah dan hubungan bahasa yang menghasilkan bahasa campuran. Perkembangan kajian sosiolinguistik semakin meluas setelah de Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa bahasa adalah sebuah fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat. Ferdinand de Saussure merupakan seorang sarjana bangsa Swiss yang dianggap sebagai pelopor linguistik moden. Bukunya Cours de Linguistique Generale (1916) sangat terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. Oleh sebab itu, beberapa istilah yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi, misalnyalangage,langue danparole ( Prof. Dr. J.W.M. Verhaar,1983:1).Langage bererti bahasa pada umumnya iaitu semua manusia di dunia ini mempunyai bahasa. Langue pula bererti bahasa tertentu kepunyaan satu-satu kumpulan penutur tertentu, misalnya bahasa Perancis, bahasa Belanda, bahasa Jerman, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu merupakan bahasa-bahasa ataulangue- langue tersediri.Langue dianggap bahasa kepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa tertentu.Par ole bermaksud pertuturan atau bentuk ucapan individu yang kerap disebut sebagaiidiolek. Tak lama selepas itu, langkah de Saussure ini mendapat sambutan oleh beberapa sarjana bahasa Amerika Serikat,

ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia. rational dan empirikal serta bersifat umum (Soekanto 1982: 50). santai. Edward Sapir. Sehingga hari ini sosiolinguistik menjadi ilmu yang mantap dan menarik perhatian banyak orang.0 Definisi Umum Sosiolinguistik Sosiolinguistik. Weinreich (1953) menulis Language in Contact. Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk. Maksud istilah masyarakat.Oleh sebab bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan . termasuklah pernyataan kekecualiannya. menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan. dan kognisi. Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi Istilah Sosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi. Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. empirikal. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembang sekitar tahun 60-an.bentuk lisan dan tulisan. Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan. Inggeris. termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. kelas tinggi dan rendah). Ia mencuba memberi pengertian-pengertian umum. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. ragam stailistik (rasmi. sektor-sektor sosial. Singapura. yang diberi pemerian secara formal dan abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik). pertembungan antara kelompok. mudah untuk mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-proses kemasyarakatan.). perhubunganperhubungan dan perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya. 3 Selanjutnya mari kita kaji dulu batasan kedua yang akan dipadukan ini. fungsi kelompok. Brunei. Arab dll. adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil. rasional. peggolongan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem. Tokoh ini sebelumnya melihat kajian linguistik tidak memiliki perhatian terhadap realitai sosial. dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur. yang diikuti dengan kemunculan karyakarya besar lain dalam bidang ini. 2 Istilah sosiolinguistik digunakan pertama sekali oleh seorang guru bernama Harver Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. dan rumus-rumus bahasa. Dan bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi. dan Leonard Bloomfield yang melakukan beberapa kajian bahasa. intim dan sebagainya). Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa. Indonesia. bahasa dalam kebudayaan. Thai Selatan. kosa kata. Dengan itu. Kedah dll. dalam ilmu sosiolinguistik. Setahun berikutnya. budaya. namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik.seperti Franz Boas. Kelantan.). bahasa dalam masyarakat. 3. ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik.

cara ia menyebut perkataan. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga menjadi sangat luas. Selanjutnya. Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya. 4 Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan memberi tanda-tanda dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh. “anda”. Di samping itu. “puan sri” dan seumpamanya. Pada pihak lain. Secara umum. “tuan”. walaupun tanpa disedari. “adik”. bagaimana ia menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu. Bagaimana seseorang itu bercakap. sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan sosiologi bahasa untuk merujuk kepada sosiolinguistik. Jika ditinjau kita dapati istilah sosiolinguistik itu bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan pertumbuhan masyarakat dan segala aspek kehidupan mereka. serta jenis-jenis pebendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang diterimanya. bunyi-bunyi perkataan. Walaupun membawa pengertian yang sama. sosiolinguistik dan sosiologi bahasa nampaknya bersinonim atau membawa pengertian yang lebih kurang sama. pekerjaannya. kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan berdasarkan dua aspek. iaitu penekanan dan sifat kajian. maka kita akan melihatnya sebagai satu bidang yang berasingan.simbol) interaksi yang diamati. seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya. Pertama kajian sosiologi bahasa memberi penekanan kepada masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa. “engkau”. pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang . “puan”. manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat. “encik”. kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya. perilaku bahasa dan perilaku sosial. 2007). “beta”. kedua-dua ungkapan. Kamus Dewan edisi keempat (2007). pendidikannya. sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau dibesarkan. Sesungguhnya kita maklum. Jadi. akan banyak saling berhubungan dalam banyak cara yang teratur (Fishman 1968: 6). “dato”. Apabila dipertalikan dengan bahasa maka dapatlah dikatakan bahawa sosiologi bahasa merupakan satu bentuk disiplin gabungan yang mengkaji hubungan antara masyarakat dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat tersebut. “patik”. (Abdullah Hassan. “abang”. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etnografi pertuturan (the ethnography of speaking). “mak cik”. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat untuk berhubung. lebih-lebih lagi di Malaysia. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin Sosiolinguistik. mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam. sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat Melayu seperti “aku”. bahawa memang ada perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. “tan sri”. sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya yang diperhatikan itu. dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya. kita mengetahui bahawa ada orang-orang berbicara secara berbeza kerana datang daripada latar belakang yang berlainan. Daripada apa yang dicakapkan. “pak cik”. sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. sosiolinguistik juga turut mengkaji sistem ganti nama.

pekerjaan dan etnik penutur yang diteliti. Dialektologi adalah kajian tentang dialek yang lebih memerhatikan fokus dan cognates daripada kebiasaan verbal yang menggunakan pendekatan diakronis. struktur linguistik sebaliknya mungkin mempengaruhi struktur sosial. sedangkan pendekatan sosiolinguistik makro menekankan pada level interaksi antara kelompok yang lebih besar. Linguistik pula merupakan disiplin yang mengkaji unsur bahasa. pendidikan. Perbezaan lain adalah. sosiolinguistik memiliki kecenderungan untuk mengadaptasi pendekatan sinkronis yang menghubungkan bentuk pilihan penutur bahasa dengan kriteria ekstralinguistik. Di samping itu. Cakupan ketiga pula sosiolinguistik mikro dan makro. Ketiga. . Gabungan antara dua perkataan iaitu sosio dan linguistik dapat ditakrifkan sebagai disiplin ilmu yang mengkaji bahasa dan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut ( Hudson 1998 ). Dalam kata lain. Kedua. 6 terdapat anggapan bahawa tidak ada hubungan antara struktur linguistik dengan struktur sosial. kedua-dua aspek. dua komponen utama yang sering dijadikan bahan kajian sosiolinguistik ialah bahasa dan penutur bahasa berkenaan. Cakupan kedua. Keempat. Pertama. retorika dan sosiolinguistik. sebaliknya sosiolingustik makro memperhitungkan distribusi perbezaan bahasa dalam masyarakat dan hubungannya dengan faktor usia. sosiolinguistik adalah deskripsi dan tujuan yang memuat keahlian-keahlian berbahasa. pilihan-pilihan yang dilakukan oleh penutur. jenis kelamin. Hal ini dikenal pasti menerusi kenyataan Currie (1952). yakni bahasa dan masyarakat saling mempengaruhi. retorika berfokus pada fungsi persuasif bahasa. pola hubungan bahasa dengan masyarakat boleh dihuraikan menerusi empat cara. khususnya unsur yang membentuk sistem bahasa. Pendekatan sosiolinguistik mikro menekankan pada individu dalam interaksinya dalam kelompok kecil dan informal. serta memerhatikan kelompok sosial dan variabel bahasa yang digunakan. 4. Dalam hal ini. Di pihak lain. 5 Ada beberapa cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik termasuklah dialektologi dan sosiolinguistik. Sosiolinguistik mikro memperhitungkan karakteristik individu yang membezakannya dengan individu lain. Sosiolinguistik juga merupakan salah satu cabang yang besar dalam kajian ilmu linguistik dan menjadi tumpuan kepada pengkaji-pengkaji ilmu linguistik dalam dan juga luar Negara. yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya.0 Definisi Sosiolinguistik Mengikut Pendapat Tokoh Pada peringkat awal istilah sosiolinguistik merujuk kepada fungsi dan maksud sosial berbahasa atau hubungan bahasa dengan aspek sosial (atau masyarakat) yang menggunakannya. topik pembicaraan dan seting pembicaraan (Fishman 1970: 6 dan Labov 1977: 183-184). Retorika bertujuan untuk menentukan metode meyakinkan yang paling baik untuk kemudian bertugas menjelaskannya. Dalam Kamus Dewan 1994:1533 ) istilah sosio dianggap sejajar dengan sosial yang bermaksud perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya.menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events). sementara sosiolinguistik berfokus pada kajian teks dan lisan yang berhubungan dengan apa sahaja topik dan tujuan. struktur sosial mungkin mempengaruhi atau menentukan struktur atau perlakuan linguistik.

Fishman (dalam Suwito. tingkat ekonomi dan faktor situasi. umur. Eastman (1975. Menurut Wolfram dan Fasold (1974. dan kajian-kajian yang sekategori. iaitu siapa berbicara. dan karakteristik pemakaian bahasa yang terjalin dalam interaksi. Rumusan sosiolinguistik menurut Appel adalah pembelajaran tentang bahasa dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan. serta merupakan bahagian dari masyarakat dan kebudayaan tertentu. pemakaian data dan analisis sosial dalam linguistik Manakala Fishman ( 1968 ) pula mengatakan bahawa sosiolinguistik itu ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa. peserta (participan t ). Menurut Dell Hymes (1966 ). what language. jenis kelamin. karakteristik fungsi bahasa. tingkat pendidikan. xiii-xiv). berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa. Pemakaian bahasa (language use) merupakan bentuk interaksi sosial yang terjadi dalam situasi konkrit.Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. 1981: 4 ). ciri-ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi. kepada siapa.A. kajian kepelbagaian bahasa dan dwibahasaan komuniti bahasa. Dell Hymes juga menitikberatkan kajian sosiolinguitik dari segi penggunaan bahasa dengan rumusan kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam disiplin lain yang berhubungan dengan kehidupan sosial. dengan bahasa apa. hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna. 1985:5) mengungkapkan bahawa sosiolinguistik menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakaiannya dalam masyarakat. dan sebaliknya. bahasa dalam konteks sosialnya. . seperti7 status sosial. bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri ( Nik Safiah Karim. Sejajar dengan pendapat di atas. Contohnya. and when. fungsi sesuatu interaksi. menurut J. penggunaan sebenar bahasa. dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial. jenis kajian yang termasuk bawah kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama. kajian terhadap repetoir individu yang dikaitkan dengan konteks sosial. Secara eksplisit Fishman mendefinisikan sosiolinguistik sebagai pembelajaran tentang karakteristik variasi bahasa. bila. . dan mengenai masalah apa atau dirumuskan secara singkat dengan who speak. 1985: 5) mendefinisikan sosiolinguistik dengan sebutan sosiologi bahasa. Dengan perkataan lain. sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar (setting ). sehingga menyebabkan perubahanperubahan antara ketiganya di dalam masyarakat tuturnya. Selanjutnya. to whom. Menerusi beliau menerusi kajian sebegini sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat. iaitu interaksi faktor. tajuk perbincangan.115) menyatakan bahawa sosiolinguistik mementingkan kajian interaksi antara mementingkan kajian interaksi antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa. Rene Appel (dalam Suwito. di mana. Kajian bahasa sebagai gejala sosial yang mempengaruhi pemakaian bahasa dengan faktor sosial.faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar. sehingga bahasa dipandang sebagai sistem sosial dan sistem komunikasi. sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan.

dialektologi perbandaran moden atau sosiolinguistik tulen. kajian yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada kepada dua jenis. serta proses sosial yang ada di dalam masyarakat manakala linguistik adalah ilmu bahasa atau kajian tentang bahasa. dapatlah dikatakan bahawa. ciri-ciri dan ragam bahasa dengan situasi. ilmu sosiolinguistik adalah kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat.15) lagi. Batasan kajian ilmu sosiolinguistik adalah terhadap bahasa yang boleh digunakan dalam interaksi. khususnya perbezaan-perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan (sosial). segala sesuatu yang dilakukan manusia dalam bertutur akan selalu dipengaruhi oleh situasi dan kondisi di sekitarnya. Tercakup dalam hubungan yang dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa. dan kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat. Huraian sosial sebegini kadangkala disebut pragmatik. iaitu kajian yang melibatkan huraian terhadap corak sosial variasi dan perubahannya dalam skala yang besar. 8 Nabahan (1993. Downes (1998. kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan. Menurut Downes (1998. itu adalah diluar bidang kajian sosiolinguistik tetapi termasuk dalam bidang semantik dan pragmatik yang mengkaji makna. dalam konteks perubahan sejarah. kajian variasi. jantina. Abdul Chaer dan Agustina (1995:3) merumuskan sosiolinguistik sebagai gabungan dari kata sosiologi dan linguistik. Sosiologi adalah kajian yang objektif dan ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat dan mengenai lembaga-lembaga. Pertama.Nik Safiah (1988) pula menyatakan bahawa kajian sosiolinguistik meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. sewaktu mencari ciri-ciri bahasa (atau bahasa). faktor sosial dan budaya. semiotik sosial atau linguistik kritis. Menurut Nababan lagi (1993. kajian yang dianggap sebagai sosiolinguistik bebas. etnografi komunikasi. Dewa Putu Wijana dan Mohammad Rohmadi (1996:7) telah merangkum semua pendapat tentang sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memandang atau menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakai bahasa di dalam masyarakat. Secara kesimpulannya. Gabungan kedua-duanya mewujudkan ilmu sosiolinguistik yang merupakan bidang ilmu antara disiplin yang mempelajari bahasa di dalam masyarakat. huraian sosial bahasa boleh dilakukan menerusi situasi 9 pertuturan berskala kecil.0 . Jika bahasa yang digunakan tidak boleh difahami oleh satu pihak yang dibawa berbual. Oleh itu.3) secara lebih khusus pernyataan di atas dapat digarap menggunakan tiga kajian. kerana dalam kehidupan bermasyarakat manusia tidak lagi sebagai individu melainkan sebagai masyarakat sosial. termasuk faktor konteks. geografi. Penelitian melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa dengan kategori sosial seperti kelas. analisis wacana. iaitu kajian bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan.9) juga bersetuju dengan Wolfram dan Fasold (1974) apabila beliau mendifinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memerlukan rujukan kepada faktor sosial. kehormatan dan sebagainya. analisis perbualan. dan perancangan bahasa. Kajian berskala besar sebegini kadang-kadang disebut sosiolinguistik kolerasi. Kedua.2) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa. 5.

pendidikan. berkesan dan sesuai dengan tugas dan situasi penggunaannya. berkenaan sebagai alat pemikiran dan juga sebagai alat komunikasi. dasar bahasa dan peranan media. Konsep kesetiaan terhadap bahasa oleh pengguna bahasa/ ahli/ anggota masyarakat dapat ditakrifkan sebagai sikap penutur yang positif terhadap sesuatu bahasa. maksud bagi perkataan setia ialah teguh hati atau tetap hati. Pergeseran bahasa meliputi komuniti yang berlainan. penyebaran dan promosi bahasa lain. Jadi kewujudan mereka mungkin tidak begitu membantu memesatkan perkembangan bahasa Melayu. komuniti besar berkuasa. Bahasa yang sempurna itu adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan. pergeseran bahasa dan peluputan bahasa. • Sikap terhadap bahasa 10 5. cara menyebut perkataan. Pergeseran komuniti besar berkuasa iaitu golongan kelas menengah yang lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang memiliki sifat kesempurnaan yang menjadikan bahasa Melayu itu tepat. pidgin. Kesetiaan Terhadap Bahasa. sistem panggilan dan sistem gelaran dalam masyarakat Melayu. Komuniti yang berlainan telah dikatakan bahawa ramai . Penutur-penutur perlu yakin terhadap kemampuan bahasa. Kamus Dewan edisi ke-4. 1997: 85).1. dan kreol • Bilingualisme dan multilingualisme • Kesantunan bahasa • Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. kelenturan. Sosiolinguistik juga adalah ilmu linguistik yang mengkaji sistem ganti nama. keberkesanan dan keindahan (Abdul Hamid Mahmood. Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek atau topik-topik seperti berikut: • Kesetiaan terhadap bahasa.Bidang-bidang Cakupan Ilmu Sosiolinguistik Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa yang berkaitan dengan masyarakat termasuklah tentang bagaimana seseorang itu bercakap. kepelbagaian. bunyibunyi perkataan. penyusunan frasa dan ayat-ayat tertentu dan sebagainya. perbezaan sosial. faktor sosial. • Perancangan bahasa • Laras bahasa. politik. variasi bahasa dan ragam bahasa • Bahasa kebangsaan. Manakala kesetiaan pula bermaksud keteguhan hati berkaitan dengan hal-hal yang berkaitan. migrasi. Penutur bahasa Melayu seharusnya bangga menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan tidak merojakkan bahasa Melayu. Bidang cakupan ilmu sosiolinguistik begitu luas untuk dikaji. bahasa rasmi. Pergeseran Bahasa dan Peluputan Bahasa.

Kerajaan pada hari ini juga mengambil keputuan membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris di Institusi Pengajian Tinggi bagi tujuan mempertingkatkan ilmu dalam bidang sains dan teknologi dan yang paling kritikal penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pemimpin dimana para pemimpin ini tidak segan silu lagi menggunakan bahasa Inggeris di tempat-tempat sepatutnya digunakan bahasa Melayu. dasar bahasa dalam sesebuah negara juga menyebabkan berlakunya pergeseran bahasa. Misalnya. Kedudukan yang berbeza di antara masyarakat akan menyebabkan wujudnya pergeseran bahasa di kalangan mereka. sesetengah individu atau organisasi lebih suka menyebarkan dan mempromosi bahasa lain. Misalnya. Misalnya dasar bahasa di Singapura bahawa terdapat empat bahasa rasmi. Misalnya golongan elit menggunakan bahasa Inggeris di dalam pertuturan seharian mereka manakala bagi golongan yang sederhana. mereka tentu menggunakan bahasa pasar dalam pertuturan mereka. Zaman malap bagi martabat bahasa Melayu ini memberi cabaran yang paling besar kepada pejuang bahasa Melayu.2. bahasa Inggeris. Pada masa kini. Seterusnya. iaitu bahasa Melayu. tetapi pemerhatian yang lebih rapat terhadap setiap kaum akan mendedahkan keadaan yang sangat berbeza. Kejutan yang paling utama adalah tentang terkuburnya semua sekolah aliran Melayu. bahasa Tamil dan sebagainya. bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua manakala bahasa Inggeris dijadikan bahasa pertama dan bahasa pengantar semua mata pelajaran lain di semua sekolah nasional. bahasa Inggeris dan bahasa Melayu diajar di sekolahsekolah tetapi dengan memberi pemberatan kepada bahasa Inggeris. 12 5. bukan bahasa Inggeris. Begitu juga dalam sistem pendidikan di negara-negara ini. Seterusnya. dan setiap satunya menuturkan bahasa yang berlainan. padahal bahasa Melayu adalah bahasa rasmi. perbezaan sosial juga menyebabkan berlakunya pergeseran bahasa. kerajaan Malaysia telah mewujudkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Berlaku juga dalam penggunaan Bahasa Melayu di Sektor Korporat dan Swasta berada di bawah paras bahaya dan amat membimbangkan. Perancangan Bahasa . Dasar seperti ini seolah-olah menggambarkan bahawa bahasa Melayu Sentral dikelilingi oleh bahasa-bahasa lain yang periferal. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya peluputan bahasa. bahasa Cina dan bahasa Tamil. Penggunaan bahasa Melayu amat rendah. Pergeseran bahasa juga wujud disebabkan oleh adanya penyebaran dan promosi bahasa lain.orang memegang pandangan umum iaitu setiap kaum itu memutuskan satu bahasa. dalam sesuatu mesyuarat rasmi kerajaan( mesyuarat yang 90% daripada anggotanya terdiri daripada orang Melayu dan dipengerusikan oleh orang Melayu) di dapati lebih 80% bahasa yang digunakan ialah bahasa Inggeris atau bahasa Inggeris bercampur Melayu. Peluputan bahasa dianggap sebagai zaman pemalapan bahasa Melayu. Peranan media yang berperanan penting di dalam mewujudkan pergeseran bahasa misalnya media 11 bertanggungjawab menyalurkan pelbagai maklumat dalam pelbagai bahasa seperti dalam bahasa Melayu. Setiap kaum sebenarnya mempunyai subkaum. malah ada golongan tertentu seperti yang tersiar dalam akhbar baru-baru ini mengatakan bahawa pihak swasta memusuhi bahasa Melayu. Tamatnya era persekolahan Melayu ini bermula dengan penutupan sekolah rendah sebanyak 41 buah dan 13 buah sekolah menengah. Seterusnya. bahasa Inggeris.

Sebenarnya perancangan bahasa bukanlah satu perkara baru. Dasar ini banyak dibantah oleh Badan Bukan Kerajaan seperti Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM). Gabungan Penulis Nasional (GAPENA. Mereka tidak akan mampu belajar bahasa Inggeris dengan baik. estet.Mereka menyusulkan supaya sains dan matematik terus diajar dalam bahasa . Mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Pendidikan sampai kepada semua lapisan rakyat. Tuan Abdul Razak Hussein. pada zaman penjajahan Inggeris. buat pertama kalinya. pendidikan menengah dan tinggi hanya dalam bahasa Ingerís. Ada banyak dasar yang dibentuk dalam membina negara dan identiti Malaysia yang melibatkan perancangan bahasa. dan sekali gus tersisih daripada pendidikan. Ini menyebabkan penduduk-penduduk asli negara-negara tersebut mundur dan identitinya tertekan. Oleh sebab itu. Kejayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendiditan memang tidak dapat dinafikan. dan juga mendemokrasikan ilmu. kita lihat apakah langkah-langkah perancangan bahasa yang dilakukan di Malaysia bagi membina identiti sendiri. Ini termasuklah Malaysia. Namun dasar ini berubah kembali kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik pada tahun 2003. dan kawasan miskin di bandar kembali kepada keadaan sebelum merdeka. negara-negara ini tidak lagi terpaksa menggunakan bahasa penjajah bagi urusan pentadbiran dan pendidikan. Apabila dimerdekakan mereka mula membangunkan negara bangsa masing-masing. Sebagai bahasa kebangsaan. ahli sains dan lain-lain. Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). Dasar ini dibentuk oleh Menteri Pelajaran pertama Persekutuan Tanah Melayu iaitu. Pada masa itu hanya sepuluh pratus anak-anak Melayu yang mendapat pendidikan sekolah menengah. 5. Ini adalah langkah yang dikenali sebagai perancangan taraf Bahasa Melayu diberi taraf dan martabat baru. maka itu sudah mula dianggap sebagai suatu aspek perancangan bahasa. Selepas merdeka.) Akademi Sains Malaysia (ASASI). para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara. alasan kerajaan ialah bagi membolehkan pelajar menguasai bahasa Inggeris untuk kepentingan global. Inilah dasar yang membolehkan. Fungsi tersebut ialah bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran negara. Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya menjadi Malaysia selepas 1963. tetapi juga daripada segi bahasa dan budayanya. ada beberapa langkah yang dilakukan bagi membina bangsanya. jurutera. Itupun dalam bidang sastera. Anak-anak Melayu dari luar mula menjadi doktor. Penjajah bukan sahaja menguasai negara itu daripada segi politik. Dalam kurun yang lalu. bahasa Melayu diberi fungís-fungsi khusus.2. Bilangan pelajar Melayu yang sampai ke universiti dalam bidang sains boleh dikira dengan jari. Dasar ini dijangka akan membawa penduduk luar bandar. pelajar Melayu dari luar bandar mendapat pendidikan melalui bahasa sendiri. dan lain-lain. Bahasa Melayu telah mendemokrasikan pendidikan. dan tidak pun sampai ke universiti setiap tahun. banyak negara yang merdeka daripada kuasa yang menjajahnya. Apabila manusia sudah mula membina sistem tulisan. dan digunakan 13 sebagai bahasa penghantar pendidikan.1 Perancangan Taraf Bahasa Kebangsaan Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957. Perancangan bahasa adalah satu bidang yang dimasukkan ke dalam perancangan negara. Pertama.Perancangan bahasa dianggap sebagai sebahagian daripada sosiolinguistik. Itulah sumbangan terbesar Tun Abdul Razak Hussein kepada bangsa Melayu.

2 Perancangan Bahan. bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah-sekolah rendah sahaja. Pada masa ini bahasa Melayu digunakan bagi menyampaikan ilmu di maktab dan universiti. Sejak awal merdeka lagi kerajaan sudah menyedari perlunya bahasa Melayu dirancangkan bagi menjalankan fungsinya sebagai bahasa pengantar dan bahasa pentadbiran. agama. 15 5. aspek. sains. Kedua. Sistem ejaan yang digunakan sekarang adalah hasil usahanya. Banyak hasil sastera dihasilkan dan ramai penulis dilahirkan di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagi menjalankan tugas-tugas ini. Bagi membolehkan bahasa Melayu menjalankan fungsi tersebut. Kemudian Dewan Bahasa dan Pustaka dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun berikutnya. Perancangan begini dipanggil perancangan bahan. Cuma mestilah bahasa Inggeris diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. iaitu bahasa itu sendiri dijadikan bahan perancangan.2. dan situasi pembicaraan. maka bahasa Melayu itu sendiri perlu dibina daripada segi sistem ejaan. Dewan Bahasa dan Pustaka pula mencipta istilah-istilah ilmu yang diperlukan. pendapat. Pertama. Selama hampir 50 yahun. Laras Bahasa. dan penggunaannya. 2005a: 355). dan sekiranya perlu diberi penekanan yang lebih kuat. 5. Bahasa Melayu sudah berkembang menjadi sebuah bahasa moden. semasa Persekutuan Tanah Melayu merdeka. hasrat dan seumpamanya. istilah. Dewan Bahasa dan Pustaka berjaya menjalankan tugas-tugasnya sebagai yang termaktub dalam akta penubuhannya. Dewan Bahasa dan Pustaka berjaya menyusun sistem ejaan baharu bagi Bahasa Malayu. Dewan Bahasa dan Pustaka didirikan pada tahun 1956 di Johor Bahru. Badan-badan bukan kerajaan ini sama sekali tidak menentang pembelajaran bahasa Inggeris. Laras bahasa dikenal sebagai kelainan bahasa yang memiliki ciri-ciri tertentu yang digunakan khusus dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut kesesuaian konteksnya atau situasi yang berbeza-beza menurut perkara atau tajuk pembicaraan. bidang dan peristiwa.Melayu sebab dasar ini terbukti berjaya. . baik ejaan rumi mahupun jawi.3 Pengisian Bahasa Melayu Satu lagi usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang banyak mencapai kejayaan ialah rancangan pengisian bahasa Melayu. Ab. Bahasa boleh digunakan untuk menerangkan hal-hal mengenai sejarah. pertanian. sastera Melayu juga berkembang pesat. Bahasa digunakan untuk menyatakan buah fikiran. Kadir. 14 5. Dalam bidang peristilahan pula. dan universiti. maktab. Bukan bagi mengajar sains dan matematik di sekolah. Bahasa digunakan oleh masyarakat untuk memperkatakan bermacam-macam hal. waima secara lisan atau penulisan (Nik Hassan Basri Nik. Pada tahun 1955. Masyarakat yang maju sudah mempunyai laras bahasa yang cukup lengkap untuk memperkatakan pelbagai konsep ilmu dan hal-hal yang berkaitan kemajuan. Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam masyarakat.3. sastera. ekonomi. sekolah menengah. banyak buku ilmu dikarang atau diterjemahkan bagi kepentingan sekolah rendah. Variasi Bahasa dan Ragam Bahasa Dalam kehidupan sehari-hari manusia berkomunikasi menggunakan bahasa. hubungan antara pembicara. tatabahasa. perkataan. Ada dua aspek pengsian ini. perasaan. perubatan dan berbagai bidang lain.2.

dialek kawasan atau loghat. Mengikut Mario A. Bahasa Indonesia di Indonesia. jawa. variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dialek Johor dan seumpamanya. kosa kata dan tatabahasa. sudah wujud berbagai-bagai kelainan bahasa atau variasi bahasa mengikut daerah yang berlainan. sepeti latar belakang pendidikan. dialek sosial.Menurut Halliday (1968) laras merupakan variasi bahasa yang berdasarkan fungsi. iaitu dengan siapa seseorang itu bercakap. dialek Perak. Di Yunani terdapat perbezaanperbezaan kecil didalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya masing-masing. dalam majlis rasmi. Seterusnya 16 dialek kawasan. bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek. suasana. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. bentuk percakapan. iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Laras berubah mengikut situasi. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia. Kelainan bahasa atau variasi bahasa berdasarkan daerah itu disebut dialek. iaitu idiolek.bahasa yang formal. Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani dialektos yang pada mulanya dimulakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya (Ayatrohaedi. bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi. 1993: 29). Bahasa mempunyai masyarakat penuturnya sendiri. Kalimantan dan sebagainya. orang akan menggunakan bahasa. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina. Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Di Malaysia. Menurut Chambers 1983. (Nik Safiah Karim dan rakan-rakan. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasanya bergantung kepada situasi. Oleh itu. Minangkabau. Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan mereka merasa mempunyai bahasa yang berbeza (Meillet. misalnya. Walaupun namanya berbeza. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . 1979:1 ). Acheh. Terdapat beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu antaranya. Makin luas daerah penyebaran satu-satu bahasa itu makin banyak pula perbezaan yang timbul dari sagi penggunaannya. jenis pekerjaan. Nias. makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Dialek. 1967:69). Sumatera. cabang Nusantara. variasi bahasa iaitu kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan. Makin banyak jumlah penuturnya. dan penutur-penutur dialekdialek ini pula saling faham-memahami antara satu sama lain. Misalnya. Demikian juga terdapat variasi-variasi Bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktorfaktor sosial. seperti dialek Kelantan. kedudukan sosio-ekonomi penutur yang berbeza-beza. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Idiolek. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak. dialek adalah variasi daripada satu tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam . tajuk percakapan. ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Lampung dan Orang Laut. Halliday membezakan dialek dengan laras bahasa berdasarkan dua faktor. cara percakapan dilakukan sama ada lisan atau tulisan. Pei. iaitu pengguna dan penggunaanya. Istilah dialek sosial yang dikaitkan dari segi penggunaan.

(d) Kosa kata Contoh: kəpitiŋ (dialek Melayu Sabah bermaksud ketam) Kesedaran bahawa bahasa itu mempunyai variasi-variasinya sudah lama dibincangkan oleh ahli-ahli bahasa. Dialek-dialek yang berdasarkan tempat seperti itu dipanggil dialek setempat (Leonard Bloomfield 1967:50 ). semasa mengajar atau bertutur dengan orang yang kita tidak kenal mesra atau lebih tinggi status dan pangkatnya. Sungguhpun terdapat kelainan-kelainan tetapi perkara tersebut tidak harus terkeluar daripada had saling kefahaman yang menentukan bahawa kelainan-kelainan itu masih tergolong dalam satu bahasa.dan–kan. Kini sudah wujud pelbagai variasi Bahasa Melayu. intonasi. (A. setiap dialek setempat di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Semua kelainan ini disebut dialek. Seterusnya. . seperti bahasa Melayu pasar. variasi Bahasa Melayu Moden. Dialek-dialek setempat di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Malayu. ayo. dan Variasi Bahasa Melayu Baku. Pei. Mereka mendapati bahawa satu-satu bahasa itu. Bahasa Inggeris. dan kelainan stilistik yang terjadi akibat daripada konteks yang berlainan (Mario A. c. seperti urusan surat-menyurat. Teew 1961:43).satu-satu masyarakat bahasa. tatabahasa 17 atau penggunaan kata-kata tertentu. variasi bahasa kacukan. Bahasa formal mengambil kira sebutan. B Gaya lagu bahasa Contoh: Dialek Melayu Sabah biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan. Perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor). variasi cakap mulut. aspek bidang. variasi Bahasa Melayu Lama. tetapi penutur-penuturnya masih saling memahami diantara satu sama lain ketika berkomunikasi. iaitu kelainan-kelainan pengucapan yang disebabkan oleh individu yang berlainan. Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi. Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial. Bahasa Melayu sekarang ini telah menjadi bahasa Kebangsaan negara ini dan sejak 13 Mei 1969 bahasa tersebut dikenal sabagai Bahasa Malaysia (Asmah Haji Omar 1976:1). 1960: 56). tetapi kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Bahasa Arab atau Bahasa Jepun mempunyai banyak variasi atau kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur-penuturnya untuk pelbagai macam tujuan. variasi Bahasa Rasmi. Pei 1966:119). variasi cakap surat. keadaan. Bahasa Malaysia sekarang merupakan bahasa standard yang menjadi bahasa pengantar di Malaysia. Walaupun terdapat pelbagai idiolek dan kelainan-kelainan stilistik di dalam dialek-dialek tersebut.Dialek berbeza dari segi: a Sebutan Contoh: Perkataan ``air’’ disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq. ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan bahasa menurut konteks. (Mario A. misalnya Bahasa Melayu. Seterusnya. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan dari bentuk standard baik dari segi sebutan. terdapat idiolek-idiolek. secara umumnya. Terdapat dua jenis ragam bahasa. Tatabahasa 18 Contoh: penggunaaan imbuhanper . iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. dan tempat.

bahasa formal bersifat lebih rasmi den teratur dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan. ‘Encik tinggal dengan siapa?Tidakkah encik berasa sunyi tinggal seorang diri?’. Pertukaran kod ialah penggunaan bahasa yang rapi dan terkawal. puan. Bahasa formal tidak sama dengan bahasa rasmi. manakala bahasa formal merujuk kepada keadaan penggunaan sesuatu bahasa. lengkap dan memerlukan segala strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat dalam konteks formal. tidak → tak. ganti nama yang berpadanan dan kata-kata aluan yang tersusun rapi. khususnya dengan orang yang kita kenal mesra. intonasi. Kod dalam bahasa ialah unsur-unsur bahasa yang digunakan dalam perhubungan. Contohnya. Manakala dalam bahasa formal nama sendiri tidak boleh digunakan untuk menggantikan saya. Kata gelaran hormat seperti encik.J. Perbezaan dari segi penggunaan kata singkatan atau unsur kependekan dalam bahasa tidak formal kata singkatan banyak sekali digunakan. Bahasa formal biasanya memerlukan penggunaan nahu yang lengkap dan tidak melanggar hukum tatabahasa Melayu. ‘Saya tidak mahu ke bandar seorang diri’. ‘Pakcik duduk dengan sapa? Tak sunyi ke pakcik duduk sorang-sorang?’. Bahasa tidak formal ialah bahasa yang digunakan dengan tidak mengambil kira sebutan. Secara ringkasnya. Terdapat perbezaan yang ketara antara bahasa tidak formal dengan bahasa formal iaitu dari segi pilihan ganti nama. bahasa formal lebih mementingkan penggunaan bahasa yang sesuai dengan konteks penggunaan bahasa itu. Contoh. Contoh. Cuma satu bahasa atau kod lain digunakan untuk memerikan suatu kesan tertentu. tuan dan kata gelaran jawatan seperti doktor. Ia digunakan dengan betul dan teratur. Contoh. Seperti. Manakala dalam bahasa formal. umumnya perkataan atau sebarang unsur bahasa lain. penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya. Bahasa formal merujuk kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur. Percampuran kod merupakan salah satu ciri yang paling menonjol dalam Bahasa Melayu tidak formal. cikgu. inspektor. Kami boleh membeli segala macam barang . kata gelaran digunakan selengkap-lengkapnya. hendak → nak. di sana ada pasar malam. bapak→ pak. nahu. Bahasa rasmi menyatakan taraf sesuatu bahasa. . penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya. Oleh tu. Contoh. kat sana ada pasar malam. Percampuran kod berbeza dengan pertukaran kod. ‘Makcik duduk kat P. adik →dik. bersesuaian dengan konteks. bahasa formal juga memerlukan intonasi yang sempurna. profesor dan sebagainya digunakan sepenuhnya dalam perbualan formal. Seterusnya penggunaan kata gelaran dalam bahasa tidak formal tidak terdapat kata gelaran lengkap yang digunakan. pilihan perkataan. 19 Manakala bahasa tidak formal merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti dalam perbualan sehari-hari. Bahasa tidak formal dapat dilihat melalui cirinya yang ketara.pilihan perkataan. Contoh. Macam-macam barang boleh 20 beli’. Bahasa tidak formal menggunakan nama sendiri bagi ganti nama orang pertama. Kadang-kadang ganti nama bahasa Inggeris ‘I’ dan ‘you’ digunakan untuk menggambarkan unsur kemesraan antara sahabat karib. Selain itu. Dalam bahasa formal tidak terdapat langsung kata singkatan kerana bahasa ini menitikberatkan penggunaan bahasa yang lengkap dan teratur. ‘Saya tinggal di Petaling Jaya. nahu. mahu→mau. ‘Imah tak mau ke bandar sorang-sorang’. Contoh : I suka menggunakan komputer kerana ia sophisticated dan mempercepatkan kerja-kerja pejabat I yang bertimbun-timbun. iaitu percampuran kod.

Telefonlah buah hati engaku tu. bunga kebangsaan. seperti dalam ayat penyata dan ayat tanya. Hindustan. Mungkin dia ada di rumah’. dan Kreol 5. di Malaysia terdapat bahasa-bahasa bumiputera seperti Bahasa Melayu. intonasi mengiringi ungkapan-ungkapan yang lebih pendek dan tidak memberikan pola intonasi sepenuhnya manakala dalam bahasa formal. Inggeris dan Tamil ke dalam bahasa Melayu sering digunakan dalam perbualan. Kelima. Seterusnya. percampuran kod atau penggunaan kata-kata daripada bahasa lain seperti bahasa Kantonis. ‘Saya tidak dapat menjemput anak saya dari sekolah hari ini kerana terpaksa menghadiri mesyuarat penting’. dan Urdu. terdapat bahasa-bahasa yang berasal dari bahagian selatan India dan Sri Lanka seperti bahasa Tamil.4. Cuba telefon buah hati awak. Bahasa Mandailing dan sebagainya yang dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia oleh mereka yang berhijrah dari kepulauan Indonesia. intonasi lebih lengkap digunakan untuk menggambarkan segala pola intonasi.4 Bahasa Kebangsaan. adanya Bahasa Arab yang termasuk kedalam rumpun bahasa Semitik. ‘I tak dapat ambik anak I from school hari ini. ‘Kau ni asyik termenunglah. terdapat juga bahasa Jawa. Pertama. Keempat terdapat bahasa-bahasa golongan Indo-Eropah seperti Bahasa Inggeris. percampuran kod dalam bahasa tidak formal. 21 Bahasa Kebangsaan lazimnya dipilih daripada sebuah bahasa bumiputera. dan mempunyai tradisi tulisan dan tradisi persuratan dan sastera. 5. di samping lambang-lambang kebangsaan yang lain seperti bendera kebangsaan. Pidgin. Contoh dalam bahasa formal. aspek intonasi dalam bahasa tidak formal. Bahasa Kadazan (di Sabah) dan seumpamanya. Bahasa Acheh. Hokkien. 1970: 58. negara Malaysia mempunyai banyak bahasa yang boleh dipilih untuk dijadikan bahasa kebangsaan. Kedua. Bahasa Rasmi. di Malaysia terdapat juga bahasa orangorang asli. mengapakah Bahasa Melayu telah dipilih dan dijadikan bahasa kebangsaan negara ini? Sememangnya. Seterusnya. unsur ‘-lah’ dalam bahasa tidak formal. Contoh. Selain itu. Malayalam yang semuanya menjadi anggota bahasa rumpun Dravidia.keperluan’. khususnya negara yang mencapai kemerdekaan sebagai bahasa lambang identiti negara yang berdaulat. Banggali. bukannya bahasa asing atau bahasa penjajah bahasa yang dipilih untuk dijadikan sebagai bahasa kebangsaan itu lazimnya terdiri darpada bahasa yang digunakan dan difahami umum. Akhir sekali ialah bahasaKr eol dalam kalangan orang- . unsur ini banyak digunakan dalam perbualan. lagu kebangsaan dan seumpamanya. Setiap negara yang merdeka memilih satu bahasa sebagai lambang jati diri bagi negara yang meredeka. Contoh. budaya kebangsaan. Ketiga. Manakala dalam bahasa formal unsur ini tidak digunakan.1 Bahasa Kebangsaan Menurut Kamus Dewan. Sesungguhnya jumlah pemakainya tidak begitu banyak tetapi bahasa Arab masih mempunyai pengaruh terutamanya dalam pendidikan agama di Negaa kita.Contoh. bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diterima dan digunakan oelah ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa dan loghat yang lain-lain. I ada meeting hari nilah’. Arab. Telugu. Selain itu. ‘Awak ini asyik termenung sahaja. Manalah tahu kot-kot dia ada kat rumah’. Bahasa Iban (di Sarawak). Soalnya. Di Malaysia bahasa yang dipilih untuk didaulatkan sebagai bahasa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa yang dipilih oleh sesebuah negara.

2 Bahasa Rasmi Menurut Kamus Dewan (1970: 59). dialek Pahang. Antaranya termasuklah faktor bahasa Melayu itu merupakan bahasa pengantar perdagangan di Nusantara sejak beratus-ratus tahun yang lalu. dan bahasaPidgin atau bahasa pasar. Dialek-dialek digunakan oleh orang-orang tertentu adalah percakapan dengan anggota keluarga mereka ataupun dengan orang yang berasal dari daerah yang sama bagi mereka. Faktor lain seterusnya ialah bahasa Melayu juga sudah mempunyai sistem tulisan yang sempurna. dialek Pulau Pinang. Berdasarkan beberapa faktor dan permasalahan itu sudah sewajarnya kita memilih Bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa kebangsaan negara ini bagi melambangkan jati diri negara sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. tiap-tiap bahasa mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri mengikut daerah-daerah tertentu. Orang yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda juga paling tinggi jumlahnya. India dan Arab sejak abad ketujuh lagi mendapati bahawa mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu dalam urusan perniagaan mereka. iaitu bahasa campur-aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina. iaitu bahasa bumiputera dan bahasa bukan bumiputera. Sesebuah negara. mempunyai tradisi sastera yang cukup banyak. Bahasa Acheh. Dialek Melayu Sarawak. bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Bahasa Jawa. bahasa Melayu yang digunakan adalah Bahasa Melayu daerah atau Bahasa Melayu umum bukannya Bahasa Melayu Standard atau Bahasa Melayu baku seperti yang digunakan di sekolah-sekolah. Berdasarkan sejarah permastautin bahasa-bahasa di Malaysia. Bahasa rasmi juga merupakan bahasa perhubungan awam. Dibandingkan dengan bahasa-bahasa bumiputera yang lain tidak dapat menandingi jumlah pemakai bahasa Malayu. dialek Negeri Sembilan. dialek Perak. dan bahasa-bahasa yang terdapat di Sabah dan Sarawak. 22 Antara bahasa-bahasa bumiputera itu Bahasa Melayulah yang mempunyai jumlah pemakai yang banyak. bahasa-bahasa orang asli. Bahasa-bahasa ini dikategorikan bahasa bumiputera kerana bahasa-bahasa ini merupakan bahasa penduduk asal negara ini.orang Portugis di Melaka. Malah Bahasa Melayu itu sendiri mempunyai berpuluh. kita dapat membahagikan bahasa-bahasa yang ada itu kepada dua bahagian. dialek Melayu Sarawak dan sebagainya. dialek Melayu Sabah. dialek Melayu Sabah. Inggeris dan seumpamanya. Dalam percakapan antara orang-orang dari berlainan daerah atau dalam penggunaan bahasa secara tidak formal. dan sebagainya. bukan bahasa yang datang dari luar. Bahasa-bahasa yang digolongkan sebagai bahasa bukan bumiputera ialah bahasa yang dibawa masuk dari luar seperti Bahasa Inggeris. Bahasa bumiputera ialah Bahasa Melayu. Malah bahasa Melayu itu sendiri mempunyai berpuluh-puluh dialek yang berlainan seperti dialek kedah. dan sebagainya. dialek Terengganu. Pun begitu. Pedagang-pedagang dari negara China. dialek Johor. bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran. Banyak lagi faktor lain yang menyokong pilihan tersebut. dan mempunyai jumlah penutur yang paling banyak berbanding dengan bahasa-bahasa bumiputera yang lain. 23 5.puluh dialek yang berlainan seperti dialek Kedah. dialek Kelantan. Tamil. khususnya yang baru mencapai kemerdekaan selalunya memilih dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan .4. Tiap-tiap bahasa mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri mengikut daerah-daerah tertentu.

ataupun salah satu bahasa tempatan atau bahasa bumiputera negara itu. tidak dijadikan syarat bahawa bahasa rasmi itu semestinya bahasa kebangsaan. tradisi sastera dan boleh dijadikan bahasa perhubungan antara kerajaan dengan rakyat jelata. You free tak malam ni. gaya yang dipakai ketika orang-orang Melayu bercakap sama-sama Melayu dinamakan ‘gaya cakap mulut sahaja’ dan jika yang dipakai di antara orang Melayu dengan bangsa lain atau di antara orang bangsa lain yang berlainan bangsa dinamakan ‘bahasa pasar’. Bahasa Benggali. Bahasa pasar atau pidgin tidak mempunyai sistem tatabahasa yang tertentu. Bahasa rasmi boleh sahaja dipilih daripada mana-mana bahasa yang difikirkan sesuai asalkan bahasa itu mempunyai sistem tulisan. Berkenaan dengan pemilihan satu-satu bahasa untuk dijadikan bahasa rasmi. Misalnya negara Indonesia telah mengambil Bahasa Indonesia dijadikan bahasa kebangsaan dan Bahasa Indonesia juga dijadikan bahasa rasmi negara itu. Berikut diberikan beberapa contoh bahasa pasar: a. Begitu juga dengan negara kita Malaysia. Bahasa pasar ialah bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau bahasa seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Menurut Za’ba. 1996: 88). Penutur bahasa pasar menggunakan kata-kata dalam Bahasa Melayu dengan dicampur aduk dengan bahasa asing. dan telah mengambil empat bahasa yang berlainan untuk dijadikan bahasa rasmi sesuai dengan negara tersebut yang mempunyai pelbagai bangsa dan bahasa.bahasa rasmi negara. mostly in the market place. Maksudnya bahasa pasar tidak gramatis sifatnya jika dibanding dengan bahasa baku.3 Pidgin Pidgin juga dikenal sebagai bahasa pasar (Kamus Dewan. 5. Dari segi intonasi atau lagu bahasa juga. Di negara Singapura keadaannya agak berbeza. You datanglah my house and kita boleh study sama. Bahasa Inggeris. Jika pentutr itu orang Cina. boleh dipilih sama ada bahasa kebangsaan negara. 24 Menurut Asmah Haji Omar (1982: 99). Lazimnya kata-kata Bahasa Melayu dicampuradukkan dengan kata bahasa asing dan mengucapkannya mengikut struktur ayat bahasa asing. atau bahasa penjajah. Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin. iaitu bahasa ibunda penutur itu. a. bahasa pasar dihuraikan sebagai berikut: “Due to the intermingling between the Malay and the non-Malay. Family I tak de so u boleh temankan I kat umah. Bahasa Inggeris dan sebagainya. This form of communication uses Malay words which are fitted into other structural muduls in particular the Chines and Tamil ones”. Malaysia telah memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu juga dijadikan bahasa rasmi negara. Bahasa itu. Empat bahasa rasmi negara itu ialah Bahasa Tamil.4. there is arisen pidgin Malay known locally as Bahasa Pasar. Singapura telah menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaannya. didapati terpengaruh oleh intonasi bahasa asing seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. . maka kata-kata daripada bahasa Cina dicampuradukkannya dengan Bahasa Melayu. Bahasa pasar merupakan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa ibunda dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya.

Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Orang Melayu pula suka memudahkan sebutan Bahasa Melayu dan menyebutnya juga mengikut telor bahasa asing supaya maksudnya senang difahami. lebih baik sekiranya orang Melayu jangan ‘merendahkan’ taraf Bahasa Melayu yang baik. tata bahasanya mengalami perkembangan sehingga menjadi bahasa yang stabil dan terpisah dari bahasa induknya. b. Orang asing yang menggunakan bahasa pasar tidak pandai menuturkannya mengikut sebutan orang Melayu. wa tak tipu lu la. Melayu-Tamil. Lu pilih dulu cali beto-beto baik punya. “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak. Sebagian besar bahasa Kreol ini berakar dari bahasa-bahasa Indo-Eropa sebagai bahasa dasarnya. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak. Namun. . dan Melayu – Inggeris. ragam Bahasa Melayu jati.4 Kreol Bahasa Kreol merupakan keturunan dari bahasa Pidgin yang menjadi bahasa ibu bagi sekelompok orang yang berasal dari latar belakang berbeza-beza. Seterusnya. dalam suatu daerah terjadi pertembungan antara penduduk asli dan pendatang yang satu sama lain berbeza bahasa. tidak kena belanja”. terpengaruh oleh kosakata-kosakata yang dibawa oleh orangorang tersebut. Kajian umum menunjukkan (khususnya yang dilakukan oleh Derek Bickerton) bahawa bahasa-bahasa kreol yang ada di dunia menunjukkan adalah kesamaan. dengan kosakata yang sangat sederhana. Sifat ini sering diperkatakan sebagai sifat orang Melayu zaman-berzaman. khususnya dari segi tatabahasa yang terarah pada teori tatabahasa universal. bahasa kreol berkembang kerana berkumpulnya berbagai orang dari latar belakang yang berbeza. Sejak itu. Dia naik itu api kereta. Lu beli manyak-manyak. Ini ikan cukup baik le. Sepatutnya. (Nik Safiah Karim. iaitu sifat sedia menyesuaikan diri dan pertuturan mereka dengan persekitarannya dengan tujuan untuk lebih mudah dan senang difahami.4. maksudnya. 5. manyak mulah oi. Mereka mengucapkan Bahasa Melayu pasar mengikut telor bahasa mereka. Bahasa Kreol ini juga dipengaruhi oleh 26 kosakata-kosakata yang dibawa oleh para penuturnya. Berikut diperturunkan contoh Bahasa Melayu pasar yang diberikan oleh Za’Ba. lagi lebih bersih dan senang boleh dapat. ketika mengalami proses kreolisasi. penggunaan komunikasi yang terdiri dari bahasa dominan. Hari-hari dia sekolah pagi. 1993:33). Jangan susu lain. Wa cakap beto. Beliau menyatakan antara bahasa Malayu pasar termasuklah bahasa Melayu-Cina. 25 Za’ba. Pada mulanya bahasa inilah yang disebut Pidgin. dalam buku Ilmu Mengarang Melayu menggunakan istilah bahasa kacukan bagi bahasa pasar. Saya punya anak hari-hari dia surat khabar baca. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya emak punya susu saja. Itu emak punya susu dia punya makan yang lebih baik sekali. (Dipetik daripada Pelita Bahasa Melayu) 5.5. Melayu Benggali.Lu mau beli ikan ke. supaya mereka dapat menjadi contoh kepada orang-orang bukan Melayu. pada saat kita sedang memupuk Bahasa Melayu moden ini. Dengan demikian Bahasa Melayu baku dapat diwujudkan dengan lebih cepat. Melayu-Baba. tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat.

Berikut dinyatakan pendapat beberapa orang tokoh : 27 a. akan memberikan pengaruh terhadap bahasa pertamanya.dua bahasa. Diebold (1968) menyebut terdapat bilingual pada tahap awal seperti kanak-kanak yang sedang mempelajari bahasa kedua pada tahap permulaan. iaitu bahasa yang melibatkan proses terjemahan daripada bahasa dominan. to very strong command of both languages (which is sometimes called balanced bilingualism)”. terdapat istilah multilingualisme atau aneka bahasa.Bilingualisme dan Multilingualisme 5. tahu akan dua bahasa atau lebih bererti bilingual. c. iaitu penguasaan dua jenis atau lebih bahasa dalam komunikasi seharian secara bertukar ganti. mempelajari bahasa kedua yakni bahasa asing. 1995:112) penutur bilingualisme dapat ditakrifkan sebagai penggunaan dua kod bahasa oleh seseorang penutur dalam pergaulannya dengan orang lain secara bergantian. menurut Mackey dan Fishman (Abdul Chaer & Leonie Agustina.1 Bilingualisme Penutur bilingualisme ataubilingualism juga dikenali sebagai penutur dwibahasa atau lebih dari satu bahasa.” Bilingual merupakan suatu kemampuan seseorang menggunakan dua bahasa atau lebih. dan yang lain menjadi ‘subordinat’. Bernard Spolsky (1998) menyatakan “speakers of a single language (putative monolinguals) control various styles and levels of that language. The simplest definition of a bilingual is a person who has some functional ability in a second language. Ketika seseorang memakai dua bahasa dalam pergaulan dengan orang lain. . Maksudnya. This may vary from a limited ability in one or more domains. Secara umumnya. penguasaan terhadap dua bahasa itu tidak perlu sama baiknya.5. selain istilah bilingualisme. Orang yang menggunakan dua bahasa tersebut diistilahkan sebagai bilingual. Dalam keadaan bilingualisme. b. Bilingualisme adalah kebiasaan menggunakan dua bahasa dalam interaksi dengan orang lain. iaitu dia melaksanakan kedwibahasaan yang disebut bilingualisme atau penutur bilingual. Menurut Haugen lagi. Pertama. Menurut Nabahan (1993:27) membezakan “kedwibahasaan” (untuk kebiasaan) dan “kedwibahasawanan” (untuk kemampuan) dengan menggunakan istilah “bilingualisme” dan “bilingual. Robert Lado (1964) mengatakan bahawa bilingualisme adalah kemampuan menggunakan bahasa oleh seseorang dengan sama baik atau hampir sama baik yang menjurus kepada pengetahuan dua bahasa dan tingkatannya. e. dia berdwibahasa. it is very common that people develop some knowledge and ability in a second language and so become bilingual. bahasa ibundanya sendiri atau bahasa pertama dan yang kedua adalah bahasa lain yang menjadi bahasa keduanya. d. Seseorang bilingual tidak perlu aktif menggunakan kedua bahasa itu tetapi memasai dengan memahaminya sahaja. jika bahasa keduanya kurang mahir juga dikira sebagai bilingualisme. sesebuah bahasa akan menjadi dominan. Seseorang itu harus menguasai kedua-dua bahasa itu untuk menggunakan kedua. Haugen (1961). Bloomfield (1933) dalam bukunyaLanguage mengatakan bahawa bilingualisme adalah kemampuan seseorang penutur untuk menggunakan dua bahasa dengan sama baiknya. Menurut Abdul Chaer & Leonie Agustina.

Oleh itu. Sebagai contoh. kita diajar sejak kecil lagi menggunakan bahasa Tamil. Sesetengah negara . Tiga bahasa yang digunakan oleh penutur multilingual inilah yang mewujudkan multilingualisme. dan orang yang berdwibahasaan disebut dwibahasawan’. Kebanyakan penutur tidak semestinya cekap dalam dua bahasa-bahasa. 29 5. Ini bermakna kita mempunyai semangat perpaduan dan kemajmukan yang tinggi. 1968: 56).28 Weinreich (1968:1) menjelaskan. apabila dewasa kita mengenali bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian dan turut menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan masyarakat Melayu misalnya. and the person involved. Manakala ‘lingua’ pula membawa maksud bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantaraan (Kamus Dwibahasa Oxford:233). adalah bahawa tidak semua yang mempunyai ciri bilingual mempraktikkan bilingualisme dalam kehidupan sehari-hari. 1993: 33). maka ia disebut penutur bilingual seimbang atau disebut oleh Halliday (1964) ambilingualisme atau dalam peristilahan kita penutur ambilingual (Nababan. bilingual” ertinya ‘peristiwa pemakaian dua bahasa atau lebih secara bergantian oleh seseorang penutur disebut kedwibahasaan. masyarakat yang menggunakan lebih dari satu bahasa apabila berkomunikasi sesama anggota masyarakat. bilingualisme ialah satu fenomena kedwibahasaan yang semakin meluas di Malaysia (Gaudart. Di Malaysia bukan luar biasa untuk mencari orang yang dianggap sebagai seimbang bilingual (kefasihan serupa dalam dua atau lebih bahasa) dan sesiapa yang semilingual (kekurangankekurangan mereka dalam kedua-dua bahasa berbanding dengan monolingual). dan memakai bahasa yang kedua kalau dia berada di tempat atau keadaan yang lain (dalam waktu pendek atau lama). Ini bermaksud multilingualisme ialah berbilang dan berbagai-bagai serta kepelbagaian penggunaan bahasa atau aneka bahasa. Bilingualisme seperti ini dilaksanakan secara berurutan yang dapat berjarak waktu yang lama. 2000.5. Pada mulanya kedwibahasaan selalu didefinisikan sebagai native control of two languages atau mempunyai dua bahasa seperti menguasai bahasa ibunya (Bloomfileld. NairVenugopal. maka kerana itulah kita menggunakan bahasa-bahasa lain mengikut persekitaran. Namun dapat juga kita mengerti bahawa tidak dapat seseorang mengerjakan bilingualisme tanpa dia mempunyai ciri bilingual tersebut (Nababan. Multilingualisme pada umumnya dihubungkan dengan masyarakat multilingual. iaitu jika kefasihan dalam kedua-dua bahasa itu adalah lebih kurang sama. dan Ain Nadzimah Abdullah). Pengertian tentang kedwibahasaan selalu berkembang luas kerana istilah kedwibahasaan bersifat nisbi atau relatif (Suwito. Mereka mungkin lebih cekap dalam satu bahasa dan kurang cekap dalam sebuah lagi. Hubungan logik antara bilingualisme dan penutur bilingual. “the practice of alternately using two languages will be called bilingualisme. kerana penggunaannya bergantung pada situasi kebahasaan lingkungannya. Rakyat Malaysia kebanyakannya adalah penutur dwibahasa dan banyak juga penutur pelbagai bahasa. Jadi jelaslah di sini multilingualisme adalah kepelbagaian penggunaan bahasa.2 Multilingualisme ‘Multi’ ialah kata gabungan yang menunjukkan banyak dan kepelbagaian (Kamus Dewan Edisi Ketiga:906). 1992. 1996:48). 1993: 28). Kedwibahasaan. Orang yang tahu dua bahasa menggunakan satu bahasa selama dia di satu tempat atau keadaan (dalam waktu yang pendek atau lama).

bersifat multiligual kerana negara-negara ini mempunyai dua atau lebih bahasa rasmi. pengumpulan maklumat. iaitu melalui pendidikan formal atau pendidikan tidak formal. dan lain-lain. Ahli bahasa mengkategorikan kecekapan berbahasa ini kepada tiga kategori. yang dipanggil kecekapan komunikatif. 5. kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang menguasai bahasa kedua.6. Dalam konteks ini. iaitu orang yang minat akan bahasa asing selain bahasa ibundanya. Kesantunan Bahasa Kesantunan berbahasa yang merupakan salah satu aspek komponen sosiolinguistik dalam pendidikan bahasa. boleh menjadi aktif atau pasif. Dalam takrif yang lebih luas. Individu-individu pelbagai bahasa telah memperoleh sekurang-kurangnya satu bahasa sepanjang zaman kanak-kanak namun bahasa-bahasa lain mungkin diperolehi secara langsung atau tidak langsung. iaitu bahasa Melayu. sebuah masyarakat yang mana menggunakan dua atau lebih bahasa. 30 Multilingualism boleh dirujuk untuk satu kejadian mengenai satu penutur yang menggunakan dua atau lebih bahasa. orang yang mendapati bahawa terdapat kepentingan dalam konteks kehidupannya untuk mempelajari bahasa kedua seperti individu yang terlibat dalam bidang perniagaan. Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara 31 . kanak-kanak yang ibu bapanya bertutur dalam bahasa yang berlainan seperti. penduduk-penduduk yang mendiami kawasan sempadan antara dua negara. Sebagai contoh negara Singapura yang mempunyai empat bahasa rasmi. Coordinate Bilinguals. dan menjadi aktif sama ada melalui bercakap dan menulis atau pasif dengan cara mendengar dan membaca. nada. Terdapat beberapa ciri penutur multilingual. gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi. bahasa Cina dan bahasa Tamil di samping bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas. hiburan dan sebagainya. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. penutur tersebut mungkin tidak mempunyai keseimbangan dalam pertuturannya. anak yang bertutur dalam bahasa Melayu standard tetapi ibu bapanya bertutur dalam dialek ibunda. Lebih mudah jika dijelaskan bahawa tiga bahasa adalah digunakan untuk menggambarkan situasi-situasi dalam mana dua atau tiga bahasa-bahasa yang terlibat.dan Subordinate Bilingual. di mana ia merujuk kepada cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan. Multilingualism boleh dengan tegas ditafsirkan sebagai penutur asli seperti dalam dua atau lebih bahasa. Seorang penutur yang mengetahui pelbagai bahasa bolehlah ditakrifkan sebagai multilingualisme. atau antara individu-individu yang menggunakan bahasa-bahasa lain. ibu bapa akan menerapkan konteks baru penggunaan bahasa kedua tersebut. Seterusnya. penghijrahan oleh kaum imigran. Ia juga mungkin ditafsirkan sebagai penutur bukan asli seperti masih dapat berkomunikasi dalam dua atau lebih bahasa. tidak biadab atau kurang ajar. Kesantunan bahasa merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa (bahasa sapaan). Walaupun seseorang penutur multilingual amat cekap dalam dua atau lebih bahasa. bahasa kebangsaan atau bahasa daerah. iaitu Compound Bilinguals. seseorang multilingual boleh berkomunikasi lebih satu bahasa. dan mereka yang mempunyai kemahiran-kemahiran komunikasi lebih satu bahasa.

Yang kurik itu kundi. 32 sosiobudaya kita. Perhubungan untuk menyampaikan dan menerima gagasan antara seorang dengan seorang dan seterusnya antara seluruh anggota masyarakat dengan anggota masyarakat yang lainnya di seluruh jagat ini adalah melalui bahasa (Keris Mas. Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. yang indah itu bahasa. sama ada ia sesuatu hal yang baik mahupun sebaliknya. Bahasa sebenarnya wujud kerana kata. kita menyerahkan cinta dan dengannya pula kita mengumumkan perang. 1988:31). yang baik itu budi. Maka dengan bahasa yang kita gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. bahasa adalah petunjuk kehidupan dan gambaran dunia kita. sopan dan lembut yang diperlihatkan melalui pertuturan kita. Apa yang dianggap sebagai sopan dalam sesuatu bahasa atau masyarakat itu mungkin dianggap sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat lain. Bahasa bukan setakat alat untuk menyampaikan maklumat (fakta) semata-mata. Dengan bahasalah kita dapat menyembunyikan dan mengungkap fikiran. mungkin sedang marah atau sedang ada masalah yang menimpa si penutur maka terkeluarlah katakata yang tidak sopan atau kata yang agak kasar nadanya. kesantunan berbahasa dalam sesebuah bahasa atau masyarakat itu bersifat khusus. siapa kita. Namun pada masa kini. Bahasa Melayu sering dikaitkan dengan bahasa yang indah. tetapi turut berperanan dalam menyampaikan perasaan prejudis penggunanya.individu yang berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang betul oleh si pemakainya menggambarkan si pemakai mempunyai budi pekerti yang tinggi. Kurangnya aspek kesantunan berbahasa dalam suatu situasi kemungkinan disebabkan oleh gangguan emosi. Semakin banyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan bertambahlah tingkat kesantunan si penutur. Kesantunan orang-orang Melayu akan terserlah dengan penggunaan penanda-penanda sopan. beradab dan bersopan. tiada kata tiadalah bahasa. Singkatnya. Bahasa yang baik menunjukkan budaya yang sihat sesuatu masyarakat dan sebaliknya. Hal ini boleh jadi disengajakan ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan . yang merah itu saga. iaitu beradab sebanyak mungkin kepada si pendengar. pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita. Kerana bahasa juga. Kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat sering kali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut. asal usul kita. dengan bahasa pula kita mencipta dan mengakhiri sesuatu konflik. Ini adalah kerana bukan semua bahasa atau masyarakat memberikan penekanan yang sama kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam menentukan atau menetapkan soal kesopanan. Ia sesuai dengan ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orangorang Melayu yang dianggap pemalu. Pantun di atas menggambarkan bahawa pentingnya penggunaan bahasa bagi menggambarkan budi seseorang. lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang lain. Walau bagaimanapun. Selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. kesantunan bahasa semakin kurang dipraktikkan ketika berkomunikasi.

bersopan dan sentiasa ingin membantu. Selain itu kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa atau tatasusila bahasa Melayu dan kurang pengetahuan tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga boleh menjadi faktor kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Oleh sebab itulah penggunaan kesantuanan bahasa itu perlu ketika berkomunikasi kerana kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi 34 . Terdapat beberapa cara menunjukkan cara kesantunan berbahasa. yakni penutur bahasa untuk menggunakan bahasa yang menepati situasi dan kehendak sosial. padahal si penutur tidak pernah berniat untuk berbuat demikian. Terdapat juga pelbagai situasi yang berbeza yang menuntut kita." Kepentingan kesantunan berbahasa bukan sahaja untuk keluarga. Kesantunan berbahasa ketika kita berinteraksi akan membuat hidup kita lebih aman dan tenteram kerana tiada satu pun individu yang akan sakit hati pada kita yang mempunyai kesantunan bahasa ketika berinteraksi antara satu dengan yang lain. Rasulullah Sallalahu Wasallam bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua perkara. tetapi juga untuk guru. kita harus mempertahankan penggunaan aspek kesantunan bahasa ketika kita berkomunikasi. Ini adalah cara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam serta menaikkan imej perkhidmatan. Hal ini terjadi pada mereka yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu atau mereka tidak di didik dalam masyarakat Melayu.fikiran. misalnya si penutur 33 sengaja menuturkan sesuatu yang menyinggung perasaan si pendengar. Walau bagaimanapun. para anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan seperti polis dan imigresen akan memberikan perkhidmatan dengan penuh beradab melalui tutur kata yang mesra. rakan sekerja dan para pelanggan yang memerlukan khidmat kita. Hal yang perlu juga selain kebolehan menghasilkan dan menginterpretasi ayat-ayat dalam bahasa Melayu dengan tepat (ayat yang betul dari segi nahu bahasa Melayu) ialah berkebolehan menggunakan bahasa Melayu yang sesuai (yang mematuhi adat dan resam berbahasa Melayu) mengikut pelbagai situasi sosial atau budaya yang sudah tentu harus mematuhi prinsip dan laras kesantunan berbahasa Melayu. penilaian tentang kesantunan berbahasa sebenarnya ditentukan secara mutlak oleh pihak yang mendengar atau yang diajak bercakap. Maka kita harus menggunakan bahasa yang bersesuaian. nada atau intonasi yang tepat serta gaya bahasa yang sesuai dengan situasi dan sekeliling. Tetapi terdapat juga penutur adalah orang Melayu tetapi tetap juga kurang pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu misalnya mereka tidak bersekolah. Sebagai kesimpulan. Di mana sering kali terjadi apabila pihak yang mendengar atau diajak bercakap menganggap dan menuduh pihak yang bercakap itu berlaku kurang sopan terhadapnya. Maka berucap salamlah ketika bertemu. di antaranya ialah cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Oleh itu. dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut. Senyuman yang diberikan haruslah ikhlas dan anggaplah ianya sebagai hadiah atau sedekah. Mulakan dengan sikap ramah dan terbuka.

PualuPinang. Penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan sebenarnya bermula sejak awal abad ke-13 lagi. iaitu dengan kemasukan agama Islam ke Nusantara. dan keempat sebagai bahasa pentadbiran dan diplomatik. dan pegawai-pegawai kolonial 35 memperlihatkan minat dan usaha menyusun daftar-daftar kata. beradab dan bersopan. kamus-kamus. Pada waktu itu Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa ilmu dan bahasa falsafat.1Bahasa Melayu dalam Bidang Pendidikan Dengan Bahasa Melayu dalam pendidikan dimaksudkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran dan sekaligus peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu dalam sistem pendidikan. ketiga sebagai bahasa ilmu dan falsafat. dalam tahun 1812. pendidikan mengenai Bahasa Melayu juga turut berkembang dalam bidang penulisan buku tatabahasa yang berjudul A Grammar or the Malayan Language. kedua sebagai bahasa kesusasteraan dan kebudayaan tinggi. Penjajah Belanda dan Inggeris menggunakannya sebagai lingua france untuk berhubung dengan raja-raja dan rakyat ditanah jajahan mereka. 5. Singapura pada tahun 1878 untuk melatih guru-guru Melayu bagi Negeri-negeri Selat.7. Seperti yang kita tahu bahawa masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi pekerti dan kesantunan bahasa yang mulia. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu peringkat selepas pendidikan rendah telah bermula dengan tertubuhnya Maktab Melayu di Teluk Belanga. dan ulama-ulama serta pedagang-pedagang dari Timur Tengah dan India yang pulang ke Nusantara telah melakukan kerja mubaligh mereka dengan mengunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa lisan penyampaian ilmu agama Islam dan juga sebagai bahasa penulisan dalam kita-kitab yang ditulis mereka. sehingga pedagangpedagang. . Lanjutan daripada perkembangan itu. malah ada pula yang cuba menyusun nahu Bahasa Melayu. iaitu Indonesia dan Malaya sejak awal abad ke-16. selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. Istanaistana juga pada masa itu merupakan pusat perkembangan kesusasteraan Melayu. Menjelang abad ke-19 Bahasa Melayu mula menerima bibit-bibit permodenan dan bersedia memainkan peranannya. mubaligh-mubaligh. Serentak dengan penggunaan Bahasa Melayu di peringkat rendah dan maktab. Seterusnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan moden telah dimulakan oleh golongan elit ilmuan agama Islam dan golongan awam pula menggunakannya dalam pembelajaran agama Islam melalui Bahasa Melayu lisan. Sekolah Melayu yang pertama didirikan pada tahun 1821 di Gelugor. para ulama tempatan yang pulang dari menuntut ilmu di Timur Tengah. terjemahan kitab-kitab Injil ke dalam Bahasa Melayu. Sejak dahulu lagi Bahasa Melayu digunakan oleh pedagang-pedagang antarabangsa sebagai lingua france. Pada masa orang-orang Eropah datang ke sini. pertama sebagai bahasa perdagangan. Penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan formal berlaku sejak tertubuhnya sekolah-sekolah Melayu dan maktabmaktab perguruan Melayu.bahasa.7 Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam Bidang Pendidikan dan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Ilmu. 5. Bahasa Melayu sudah sedia kukuh kedudukannya sebagai lingua franca di kepulauan Melayu. with an Introduction and Paraxis dan diberi judul Melayu dalam tulisan Jawi sebagai Kitab Ilmu Nahu dan Saraf dari Bahasa Melayu.

dapatlah dibuat rumusan bahawa Bahasa Melayu sudah pun berjaya memainkan peranannya dalam pendidikan di negara ini. iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa dalam bidang-bidang tertentu. kamus majalah. yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya.” Seterusnya. Ekonomi. Fungsifungsinya yang lain yang tidak kurang pentingnya seperti penerbitan pelbagai jenis buku dan jurnal turut membantu menjayakan peranan Bahasa Melayu dalam pendidikan di negara ini. Bahasa Jepun. perniagaan saham. istilah dan laras bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak.7. atas permintaan Pengetua Sultan Idris Training College. 1986:6). laras sains rumah tangga dan sebagainya. Bahagian Terjemahan di Jabatan Pelajaran. Teknologi.Pada pertengahan pertama abad ke-20 perkembangan Bahasa Melayu di Malaya di pengaruhi oleh perkembangan bahasa yang berlaku di Indonesia. Berdasarkan begitu banyak buku teks. istilah. kejuruteraan mekanikal. (Nik Safiah Karim. istilah dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa. kejururteran elektrik dan elektronik. kemunculan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956 yang berperanan sebagai membina. Kedoktoran. perindustrian ringan dan berat. misalnya dalam bidang kejuruteraan.2 Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Ilmu. Dengan keintelektualan bahasa dimaksudkan bahasa itu harus mempunyai keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Bahasa Malaysia perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti Bahasa Inggeris. maktab dan universiti. Menurut Havranek (dalam Garvin1984). Bahasa Malaysia sebagai ilmu dimaksudkan peranan Bahasa Malaysia sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden. pemerintah Belanda telah menubuhkan Balai Pustaka dalam tahun 1917 untuk menerbitkan buku-buku bacaan umum. Kejuruteraan. dan disusun semula pada tahun 1925 seta diberi nama baru ”Pejabat KarangMengarang Sultan Idris Training College. iaitu mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran. Bahasa Malaysia harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam. dan kejuruteraan kimia. maka perlulah Bahasa Malaysia mempunyai perbendaharaan kata. dan Undang-Undang di samping sastera dan agama. kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa ialah 37 . Mengikut Havranek. Misalnya apabila memperkatakan konsep ekonomi. Laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan. tanjung Malim. Bahasa Jerman. dan Bahasa Perancis. laras seni ukir. ia perlu mempunyai dua ciri penting. pengurusan perakaunan dan perangkaan. dan bahanbahan bacaan yang sudah diterbitkan dalam Bahasa Melayu untuk kegunaan di sekolah36 sekolah. sejarah. satu-satu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu. iaitu ilmu Sains. Di Malaya. menyempurnakan dan memperkembangkan Bahasa Melayu supaya dapat memainkan peranannya dengan sempurna dalam dunia pendidikan dinegara ini bukan sedikit. Sebagai bahasa ilmu Bahasa Malaysia harus mempunyai perbendaharaan kata. Kuala Lumpur dipindahkan ke maktab itu dalam tahun 1924. Dengan perkataan lain Bahasa Malaysia harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baru dalam aneka bidang ilmu moden. 5.

scribd.http://www.com/doc/18433659/Tugasan-Linguistik-Dan-Sosiolinguistik-Upload .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->