1.

0

PENGENALAN Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ³ana´ bermaksud asingkan dan ³tome´ bermaksud memotong. Anatomi ialah bidang ilmu yang berkaitan dengan binaan tubuh badan, bahagian-bahagian tubuh badan, susun atur organ-organ serta kaitannya diantara satu sama lain. Pemahaman mengenai anatomi tubuh badan manusia dapat membantu jurulatih dalam usaha untuk memanipulasikan sistem dalam tubuh badan manusia untuk pencapaian yang maksimum. Kajian anatomi terdiri daripada beberapa bahagian iaitu, Anatomi makroskop atau anatomi kasar (gross). Kajian dengan mata kasar tentang struktur tubuh dan hubungannya antara bahagian-bahagiannya. Anatomi mikroskop atau histologi ± Kajian tentang tisu tubuh menggunakan microskop. Neuroanatomi ± Kajian tentang sistem saraf. Anatomi perkembangan ± Kajian tentang proses perkembangan manusia seperti perkembangan embrio dan fetus yang juga dikenali sebagai embriologi atau perkembangan pranatal/ postnatal. Anatomi perbandingan ± Kajian anatomi dengan membandingkan anatomi haiwan yang berbeza atau antara anatomi haiwan dengan manusia. Tujuan dan objektif pembelajaran bidang anatomi ini adalah jurulatih dapat mengenal sistem rangka ( tulang dan sendi ) serta sistem otot. Selain itu, ini juga penting agar jurulatih dapat mengetahui mengenai sendi, ligamen, tendon dan kartilej serta membolehkan jurulatih memahami peranan tulang dan otot dalam sukan.

1

SYNERGIST DAN ANTAGONIST SEMASA PERLAKUAN µEXTENSION OF FOREARM¶ Biseps brakii (antagonist) Triseps brakii (agonist) Brakioradialis (synergist) 2 .2.0 DALAM SISTEM OTOT. NAMAKAN OTOT AGONIST.

1 Penerangan Ringkas Interaksi Otot-Otot Dalam Pergerakan Rangka Saling tindakan otot-otot bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling bertindak atau bekerjasama dalam melakukan suatu pergerakan. Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat. Tindakan Agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus. Antagonis akan mengendur atau relaks. Otot-otot penggerak utama (prime movers). biseps brakii dan brakialis yang bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku. triseps brakii. Sebagai contoh. biseps brakii dan brakialis. Sinergis menambah daya pada pelekatan otot. Misalnya.2. Contohnya. Sinergis pula adalah otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama. Otot-otot brakioradialis. Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus. Ianya juga akan mengawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yang dilakukan oleh Agonis. Otot-otot akan bertindak secara berkumpulan iaitu melibatkan Agonis. Manakala Antagonis pula menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan otot penggerak utama. Apabila Agonis menguncup. 3 .

LUKISKAN DAN NAMAKAN TULANG-TULANG YANG TERDAPAT ANTERIOR PADA BAHAGIAN ³WRIST AND HAND´ PADA PANDANGAN 4 .3.0 DALAM SISTEM RANGKA.

Yang paling proksimal ialah sendi pergelangan tangan atau sendi radiocarpal. Barisan distalnya ialah. Lanjutan daripada sendi ini ialah 2 barisan tulang karpal. Scaphoid. Hanya satu tulang saja dapat dibuktikan dari luar iaitu tulang Pisiform yang menonjol. Mengandungi bahagian-bahagian seperti tulang-tulang di Karpal. Barisan proksimal (disebut dari jari kelingking ke ibu jari) Pesiform. empat tulang tiap satu. Hamate. Capitates. Trapezium. Terdapat 8 ketul tulang karpal yang disebut juga pergelangan tangan. Trapezoid. Ligamen meliputi tulang-tulang Karpal ini dengan rapat dan kukuh di dalam dua barisan . Strukturnya berbentuk memanjang dan kecil dan dua pangkal hujungnya lebih besar daripada bahagian tengah untuk membentuk permukaan artikulasi. Phalanges atau tulang-tulang jari. Terdiri daripada 5 ketul tulang yang membentuk tapak tangan. Metakarpal. Metacarpal dan Phalanges.1 Penerangan Ringkas Pergelangan tangan dan jari-jari dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Carpal. setiap barisan mengandungi 4 tulang.3.Dimana ibu jari membuat pergerakan sendi yang bebas sekali dengan tulang-tulang karpal. Lunate. Triquetrum. Persendian antara Karpal dan Radius membenarkan pergerakan pergelangan tangan dan lengan. Karpal. Sendi-sendi Karpal termasuk artikulasiartikulasi di antara tulang setiap barisan ini dan juga di antara kedua-dua barisan tulang ini. 5 . Terdiri dari 14 ketul tulang-tulang jari yang berbentuk panjang. Bilangan sendi yang banyak dipergelangan tangan membolehkan pergerakan bebas di kebanyakan arah.

6 .0 DALAM SISTEM SARAF LUKIS DAN LABELKAN BAHAGIAN YANG BETUL BAGI SATU NEURON.4.

iaitu Reseptor. badan golgi.4. Sel saraf disebut neuron. dan akson. Ia adalah alat penerima rangsangan atau impuls. 7 . Badan nisel merupakan kumpulan retikulum endoplasma tempat transportasi sintesis protein. Badan sel berfungsi untuk menerima rangsangan dari dendrit dan meneruskannya ke akson. Neurit adalah serabut sel saraf panjang yang merupakan perjuluran sitoplasma badan sel. Di dalam neurit terdapat benangbenang halus yang disebut neurofibril. Neurofibril dibungkus oleh beberapa lapis selaput mielin yang banyak mengandung zat lemak dan berfungsi untuk mempercepatkan penerimaan rangsangan. Saraf tersusun dari berkas serabut penghubung (akson). Pada serabut penghubung terdapat sel-sel khusus yang memanjang dan meluas.sel sachwann yang akan membentuk suatu jaringan yang dapat menyediakan makanan untuk neurit dan membantu pembentukan neurit. Dendrit merupakan perluasan dari badan sel. lisosom. ada tiga komponen yang harus dimiliki oleh sistem saraf. Selaput mielin tersebut dibungkus oleh sel. Badan sel saraf merupakan bahagian yang paling besar dari sel saraf. Sistem saraf terdiri atas sel-sel saraf yang disebut neuron.cabang. Efektor adalah bahagian yang menerima rangsangan yang dihantar oleh penghantar impuls. mitokondria. dendrit. Satu sel saraf tersusun dari badan sel. sitoplasma. Dendrit berfungsi untuk menerima dan mengantarkan rangsangan ke badan sel. Untuk mengesan rangsangan. Penghantar impuls dilakukan oleh saraf itu sendiri. sentrosom. Efektor yang paling penting pada manusia adalah otot dan kelenjar. Akson disebut neurit. Pada tubuh kita yang bertindak sebagai reseptor adalah organ deria.1 Penerangan Ringkas Sistem Saraf pada Manusia merupakan salah satu sistem koordinasi yang bertugas menyampaikan rangsangan dari reseptor untuk dikesan dan diberikan tindak balas oleh tubuh. dan badan nisel. Sel Saraf (Neuron). Dendrit adalah serabut sel saraf pendek dan bercabang. Pada badan sel saraf terdapat inti sel. Lapisan mielin sebelah luar disebut neurilemma yang melindungi akson dari kerosakan. Neuron bergabung membentuk suatu jaringan untuk menghantar impuls (rangsangan).

LUKIS DAN WARNA KERATAN RENTAS BAGI SISTEM TERSEBUT.5.0 DALAM SISTEM INTEGUMENTARI. 8 .

Lapisan korneum merupakan lapisan kulit mati. Banyaknya keringat yang dikeluarkan dapat mencapai 2. Epidermis tersusun di atas lapisan tanduk (lapisan korneum) dan lapisan Malpighi. 9 . tergantung pada keperluan tubuh dan kawalan suhu. Dermis. Lapisan Malpighi mengandung pigmen melanin yang memberi warna pada kulit. Lapisan ini mengandung pembuluh darah. Lapisan spinosum berfungsi menahan geseran dari luar. dan tanda awal penyakit serta pengawalan suhu tubuh. yang dapat mengelupas dan digantikan oleh sel-sel baru. kelenjar keringat menjadi aktif dan pembuluh kapilari di kulit melebar.1 Penerangan Ringkas Sistem Integumentari Kulit manusia terdiri atas epidermis dan dermis. Aktifnya kelenjar keringat mengakibatkan keluarnya keringat ke permukaan kulit dengan cara penguapan. garam.000 ml setiap hai. dan kelenjar minyak. saat suhu lingkungan rendah.5. akibatnya penguapan sangat berkurang. Keringat mengandungi air. hujung saraf. Kulit berfungsi sebagai alat ekskresi kerana adanya kelenjar keringat (kelenjar sudorifera) yang terletak di lapisan dermis. Kelenjar keringat menghasilkan keringat. Melebarnya pembuluh kapilari akan memudahkan proses pembuangan air dan sisa metabolisme. akar rambut. Penguapan mengakibatkan suhu di permukaan kulit turun sehingga kita tidak merasakan panas lagi. pelindung terhadap kerusakan fizikal atau luaran. kelenjar keringat tidak aktif dan pembuluh kapilari di kulit menyempit. penyinaran. Lapisan Malpighi terdiri atas lapisan spinosum dan lapisan germinativum. Fungsi lain sebagai alat ekskresi adalah sebagai organ penerima rangsangan. Sebaliknya. sehingga suhu tubuh tetap dan tubuh tidak mengalami kesejukkan. Pada keadaan ini darah tidak membuang sisa metabolisme dan air. dan urea. kelenjar keringat. Pengeluaran keringat dikawal oleh Hipotamulus. Lapisan germinativum mengandungi sel-sel yang aktif membelah diri. mengantikan lapisan sel-sel pada lapisan korneum. Pada suhu lingkungan tinggi (panas).

6.0 LUKIS DAN WARNAKAN µMUSCLES OF THE ANTERIOR RIGHT HIP AND TIGH¶ 10 .

Syukur ke hadrat Illahi dengan izin dan rahmat-Nya. Ucapan terima kasih kepada keluarga yang memberi dorongan dan perangsang serta rakan sekelas yang sudi berkongsi ilmu dan info-info terkini berkaitan tugasan serta semangat kerjasama yang dicurahkan. terlalu banyak perkara yang saya masih belum kuasai. Encik Razak Bin Sulong yang sememangnya sentiasa bersemangat dalam menyampaikan ilmu di samping memberikan panduan pelaksanaan kerja kursus ini. Namun. namun isi pembelajaran yang berbeza berbanding semasa di sekolah dahulu. ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing. pengetahuan sedia ada saya berkaitan kursus Anatomi dan Fisiologi ini adalah cetek.7. saya membanyakkan bacaan dari buku-buku rujukan dan sumber internet. Walaupun saya merupakan bekas pelajar aliran Sains Tulen semasa di sekolah menengah dahulu. Selain itu. saya telah berjaya menyiapkan tugasan kursus PJM 3106. Saya juga ada merujuk kepada rakan karib yang kini sedang dalam latihan untuk menjadi 11 . merumitkan proses untuk memahami isinya. secara jujurnya. saya berasa amat beruntung kerana tidak menghadapi masalah yang terlalu sukar untuk diselesaikan. Cara mengatasi masalah-masalah yang timbul adalah. Bagi menyiapkan tugasan ini. Sebelum melaksanakan tugasan ini. terdapat beberapa kesulitan sebelum tugasan ini berjaya disiapkan. Saya berasa bernasib baik dengan kehadiran pensyarah pembimbing yang sentiasa memberikan masa dan ruang bagi kami menyiapkan tugasan ini sebaiknya. Segala ilmu pengetahuan dan input berguna dikongsikan bersama bagi memudahkan tugas kami dalam melaksanakan tugasan ini. Anatomi dan Fisiologi bagi Semester 3. kami telah berbincang secara berkumpulan tentang kehendak sebenar tugasan. Tidak mungkin dilupakan. 2010.0 REFLEKSI Alhamdulillah. saya juga tidak memahami beberapa proses atau situasi yang memerlukan daya kefahaman dan imaginatif yang tinggi. Antaranya adalah.

terima kasih. Beliau banyak membantu saya untuk memahami sesuatu perkara yang menjadi kekeliruan dalam minda ini. Dalam melakukan tugasan ini. saya dapat memahami beberapa topik penting yang mungkin akan ditanya dalam peperiksaan. Akhir kata. saya juga mendapat banyak input berguna dari pembacaan yang meluas melalui internet. sekian. Tugasan ini banyak membantu saya memahami beberapa konsep mudah dalam Anatomi dan Fisiologi.doktor. Secara kesimpulannya. melalui tugasan ini. 12 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful