You are on page 1of 1

Sahabat Alam Malaysia (SAM) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan

pada tahun 1977. Menyertai Friends of the Earth International (FOEI) sejak 1983. Perjuangan
SAM adalah untuk memelihara alam yang diamanahkan dan dianugerahkan Tuhan daripada
dieksploitasi dan dimusnahkan dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan, kemajuan dan
kemodenan serta membela hak masyarakat akar umbi yang terkesan akibat-aktiviti ini.
Last Updated on Friday, 19 June 2009 02:32
 
SAM -
Pengenalan
Written by Administrator   
Saturday, 23 May 2009 10:41
Sahabat Alam Malaysia (SAM) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah
ditubuhkan pada tahun 1977. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam yang
 
dianugerah dan diamanahkan oleh Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan oleh
kegiatan manusia dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan dan kemajuan. 
 Dalam mengembangkan wadah perjuangan alam sekitar ini, SAM telah di beri penghargaan
dengan penganugerahan Global 500, Honour Roll 1978, Alternative Global Price 1988,
Goldman Award 1991, Conde Nast Travel Environmental Award 1998 dan The Right
Liverhood Award.
 
Namun, dengan tidak merasa besar diri dengan anugerah ini, keutamaan SAM kini  dan
selamanya hanya satu iaitu meneruskan perjuangan dalam membina kesedaran kritikal
masyarakat  dan kerajaan di semua peringkat terhadap tanggungjawab dalam mengawal
kegiatan manusia terhadap alam dengan mengembalikan kewarasan kita dalam menguruskan
sumber alam demi keharmonian hidup dan untuk generasi masa depan.

You might also like