You are on page 1of 8

Di dalam sains ada menunjukan bahawa lapisan kerak bumi adalah kawasan yang

sentiasa bergolak. Proses pergolakan ini member kesan terhadap susun atur dan struktur batuan.
Geseran, himpitan, dan lipatan yang menghasilkan tekanan dan suhu yang tinggi dalam kerak
bumi. Tekanan dan suhu yang tinggi menolak keluar batuan, bahan pepejal, cecair dan gas ke
permukaan bumi melalui letupan gunung berapi. Bahan cecair yang membeku dan debu akan
membentuk tanah

Menurut Zuess dan Taylor, pada mulanya di Bumi terdapat dua superkontinen di kedua
kutubnya yang merupakan pecahan dari benua Pangaea. Dua superkontinen itu dinamakan
Laurasia dan Gondwana. Kedua-dua benua itu berpecah secara perlahan menjadi benua yang ada
sekarang.

Menurut teori Laurasa-Gonwana, semua benua yang ada sekarang sebenarnya pernah
bersatu sekitar 225 juta tahun yang lalu iaitu Priode Trias Akhir. Daratan yang luas yang
dipanggil Pangaea . Superkontinen Pangaea ini mulai terpecah pada Priode Trias yang akhirnya
menghasilkan dua superkontinen yang lebih kecil iaitu Laurasia dan Gondwana. Laurasia
bergerak kearah Utara dan menjadi benua-benua Eurasia, Amerika Utara dan Asia manakala
Gonwana ke Selatan dan terbelah menjadi Benua-benua Afrika, Antartika, Australia, Amerika
Selatan, dan sub-benua India. Selain itu, putaran bumi juga membekalkan tenaga tekanan yang
cukup untuk memisah dan menghanyutkan benua-benua tersebut selain daripada tenaga
endogenik yang ada di dalam lapisan kerak bumi itu sendiri.

Wegener telah menyatakan terdapat dua arah utama pergerakan/hanyutan benua iaitu
pergerakan ke arah barat yang disebabkan oleh luasa-kuasa tektonik yang ada di dalam bumi dan
juga pergerakan dari kutub akibat tekanan keatas benua yang seolah-olah terapung di atas lautan
magma yang panas. Justuru itu, daya mampatan dan daya regangan inilah yang membantu
pergerakan benua-benua ini. Suhu yang panas di dalam mantel bumi menyebabkan batuan
menjadi cair dan separa cair yang menggerakkan lapisan kerak bumi.

Pemisahan juga terjadi di antara Amerika Selatan dengan Afrika yang akhirnya
membentuk benua Antartika. Pada waktu yang sama terdapat banyak kawasan paya. Mungkin
pada waktu yang sama tumbuhan akuatik pun mula muncul, terutama di kawasan paya tersebut.
Kewujudan tumbuhan palma dan tumbuhan angiosperma telah direkodkan pada waktu yang
sama.

Akhirnya, kira-kira 230 juta tahun yang lalu, pada zaman yang disebut `periode Perm`,
terjadi perubahan iklim. Iklimnya menjadi lebih panas dan lebih lembab. Tumbuhlah hutan-hutan
besar di bahagian timur. Ketika pohon-pohon dan tumbuh-tumbuhan mati, sisanya terkumpul di
laut kebenuaan yang dangkal tersebut.

Kalau dilihat jenis tumbuhan yang terdapat sekarang terutama sekali tumbuhan yang
tumbuh di bumi Malaysia, bukan sahaja terdapat bermacam-macam bentuk morfologi dan
struktur pokoknya, namun terdapat juga pelbagai bunga yang cantik. Ini termasuk tumbuhan
akuatik seperti teratai (Nympheae pubescens) dan telipok (Nelumbo nucifera). Tumbuhan-
tumbuhan ini mudah dikaji terutama sekali yang masih hidup dan berbunga. Biasanya kitar hidup
tumbuhan ini daripada biji benih boleh diikuti sehingga mencapai tahap dewasa oleh kerana
keadaannya masih utuh.

Menurut kajian, tumbuhan daratan bermula apabila adanya organism pertama yang
meninggalkan air dan menuju ke daratan melalui kala geologi. Tumbuhan berbunga atau
Angiosperma yang termasuk monokot dan dikot merupakan jenis tumbuhan yang dominan hanya
pada masa sekarang. Berdasarkan rekod geologi, kewujudan tumbuhan-tumbuhan ini dianggap
bermula pada 125 juta tahun yang lalu.

Dua kelompok yang mula-mulanya sama boleh menjadi amat berlainan jika hidup dalam
persekitaran yang berbeza. Apabila sesuatu spesies terpecah kepada dua kawasan geografi, maka
bermulanya proses yang mana setiap kelompok menyesuaikan diri dengan persekitaran masing-
masing, lama-kelamaan individu dari satu kelompok tidak boleh membiak bersama kelompok
yang satu lagi. Daripada satu spesies, berveolusilah dua spesies yang elok.

Tahap yang paling penting di dalam evolusi ialah bagaimana tumbuhan dari laut boleh
menyesuaikan diri terhadap keadaan lingkungan daratan. Daripada tumbuhan yang hanya
menghasilkan spora kepada tumbuhan yang menghasilkan biji benih dan daripada kumpulan
Gymnosperma kepada kumpulan Angiosperma merupakan suatu proses yang kompleks. Di
daratan tumbuhan memerlukan tisu penyambung seperti xilem dan floem. Di samping itu,
tumbuhan memerlukan akar untuk menyerap air dan nutrien dari tanah, batang untuk membawa
air dan nutrien ke bahagian tertentu, dan juga daun untuk membuat makanan. Terdapatnya
pertukaran beberapa spesies tumbuhan fosil daripada satu spesies kepada spesies yang lain
melalui waktu kala geologi yang panjang, menunjukkan bukti bahawa proses evolusi sedang
berlaku.

Kewujudan tumbuhan daratan pertama pada kala Silurian, kira-kira 436 hingga 408 juta
tahun yang lalu, iaitu sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Cooksonia telah dikesan.
Tumbuhan ini membentuk zon berhampiran kawasan air, jadi tidak jauh dari keadaan tempat
asalnya. Cooksonia walaupun berbentuk seperti lumut tetapi mempunyai sistem vaskular,
bercabang dan terdapat sporangium pada bahagian hujung batangnya. Asal usul tumbuhan tinggi
banyak dikaitkan dengan Cooksonia.

Pada zaman Devonian, kira-kira 408 hingga 360 juta tahun yang lalu, keadaan iklim
dunia panas dan lembap. Jenis tumbuhan yang merupakan tumbuhan kosmopolitan telah tersebar
luas di daratan. Jenis Psilophyta tersebar dengan meluas, sehingga masa ini terdapat dua genus
yang masih hidup, iaitu Psilotum dan Tmeripteris. Pada zaman Carboniferous kira-kira 360
hingga 286 juta tahun yang lalu, tumbuhan clubmoss yang besar telah tumbuh dengan suburnya
di kawasan paya. Ia telah menjadi bahan bakar seperti arang batu yang tersimpan di dalam bumi
di bahagian utara Hemisfera hingga sekarang. Ini merupakan bahan tumbuhan yang
dilonggokkan berjuta-juta tahun yang lalu.

Di antara zaman Carboniferous-Permian, iklim bertukar menjadi sejuk sehingga


membentuk zaman ais. Selepas zaman ais, permulaan zaman Permian pun berlaku kira-kira 286
sehingga 245 juta tahun lalu. Pada zaman ini, dunia bertambah panas sehingga aras laut naik dan
banyak bahagian muka bumi telah dibanjiri. Di sini, proses evolusi yang cepat telah berlaku
sehinggakan tumbuhan seperti tumbuhan Glossopterid sangat kaya, disebabkan oleh keadaan
iklim yang sesuai untuk tumbuhan jenis ini. Selain itu, jenis paku pakis yang besar, Ginkgophyta,
Cycadophyta dan Conifer mula muncul. Diandaikan tumbuhan berbunga berasal dari
Glossopterid. Sistem akar kelihatan seperti turus vertebrat dan dikenali sebagai vertebraria.
Struktur ini diperlukan untuk penyesuaian tisu-tisu tumbuhan yang mula terdedah pada udara dan
bukan lagi dalam lingkungan berair. Perubahan permulaan ini sangat penting untuk kehidupan
spesies tumbuhan di dalam hutan paya yang berair.

Pada zaman Triassic kira-kira 245 hingga 208 juta tahun lalu, tumbuhan Glossopterid
telah hilang dan digantikan dengan spesies Dicroidium. Pada waktu yang sama terdapat banyak
spesies tumbuhan Lycopod, Podocarp Conifer, Ginkgophyta dan Cycadophyta. Kebanyakan
tumbuhan ini hidup di dalam kawasan paya yang luas yang kelak akan menjadi kawasan
lombong minyak dan gas.

Zaman Jurassic merupakan suatu jangka waktu yang agak panas dan lembap. Kira-kira
208 hingga 144 juta tahun yang lalu, terdapat kawasan-kawasan tertentu yang kaya dengan
tumbuhan dan jenis tumbuhan yang tersebar luas ialah tumbuhan Conifer, Cycad, Paku Pakis,
Gingkophyta dan Lycopod. Dengan curahan hujan yang tinggi, banyak sungai telah terbentuk
pada zaman ini. Selepas zaman Jurassik diikuti pula zaman Cretaceous yang dipercayai bahawa
tumbuhan Angiosperma mula berevolusi pada waktu ini, iaitu zaman Cretaceous. Catatan polen
telah menunjukkan kehadiran beberapa jenis Lilioid dan Mangnolioid. Kala Cretaceous berlaku
kira-kira 1.6 juta tahun, terdapat permulaan pembentukan hutan hujan daun lebar. Apabila corak
iklim bertukar, maka terdapat beberapa zon dari Kutub Utara sampai ke Khatulistiwa.

Spesies yang berjaya dengan mempunyai populasi dan koloni yang tinggi ialah rumpai
akuatik terapung Eichhornia crassipes. Tumbuhan akuatik ini telah tersebar luas di seluruh dunia
terutama di negara yang beriklim tropika. Dari segi evolusi tumbuhan ini, ia telah berjaya
menyesuaikan diri dengan keadaan lingkungannya

Penyebaran penyesuaian terhadap pelbagai nic ekologi yang berkaitan dengan lingkungan
perairan telah menghasilkan pelbagai kitar hidup dan juga sistem pembiakan dalam kumpulan
daripada famili Pontederiaceae. Variasi di dalam kitar hidup biasanya dikawal oleh keadaan
persekitaran air, sama ada dalam atau ceteknya air dan juga musim kering atau musim hujan.
Daripada empat genus, iaitu Eichhornia, Pontederia, Monochoria, dan Heteranthera, dua genus
Eichhornia dan Monochoria tersebar luas di Malaysia.

Seorang ahli sains botani, Profesor Corner dari Cambridge University telah menulis asal
usul tumbuhan. Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Corner (1964), semua tumbuhan yang
terdapat di dunia, berasal dari laut. Sel tumbuhan dari laut telah membentukkan jenis tumbuhan-
tumbuhan tinggi lain melalui proses evolusi. Sama ada tumbuhan yang dibentuk itu merupai
lumut, paku pakis atau tumbuhan Angiosperma. Pada dasarnya, semua unit sel yang terdapat
pada tumbuhan itu adalah sama. Sel tumbuhan yang mempunyai dinding sel dan bahagian
rongga, secara relatif luas bergantung pada lima aktiviti yang penting untuk hidup. Aktiviti yang
dimaksudkan ialah fotosintesis, respirasi, pembentukan protein, pengambilan air, dan
perkumuhan.

Kesemua tumbuhan berasal daripada alga. Alga yang bermula dari laut kemudian
menjadi tumbuhan daratan dan seterusnya kembali semula pada air, biasanya di perairan air
tawar (Mansor et al. 1995). Tumbuhan akuatik merupakan tahap terakhir daripada proses evolusi
tumbuhan.

Hutan hujan Asia Tenggara adalah yang tertua wujud di dunia, ianya terdiri dari hutan
hujan yang ada di Bumi ini. Kira-kira 70 juta tahun yang lalu. Ia memiliki kekayaan
keanekaragaman yang tiada bandingnya dengan hutan dari Amazon atau hutan hujan Afrika.
Asia Tenggara merupakan 3.100 batu rantaian panjang dan 20.000 pulau terikat antara Asia dan
Australia. Daerah ini terletak dalam garis lintang utara dan 20 ° 16 ° Selatan, dan bujur 95 °
menjadi 105 ° timur. Purata suhu adalah di antara 70°C to 90°C .Kelembapan di sini selalunya
tinggi.
Pada jutaan tahun yang lalu, seluruh dunia melalui zaman tempoh panas dan sejuk.
Walaubagaimanapun, iklim Asia Tenggara adalah tetap dan tidak berubah kerana lokasinya yang
terletak di garisan Khatulistiwa dan dikelilingi oleh air. Hal ini kerana cuaca di khatulistiwa tidak
banyak berubah dan laut sekitarnya mempunyai banyak wap air dalam bentuk hujan, daerah itu
boleh mempunyai hutan yang konsisten selama tempoh yang sangat panjang masa. Selain itu,
tahap pasang surut air dari pemanasan dan kitar icing, sebahagian hutan terus kekal sebagai
`hutan refugia`yang mana wujudnya takungan air yang mana hidupan liar dan lain-lain hidupan
boleh kekal dari gangguan persekitaran ini. Malaysia dan pulau-pulau Kalimantan, Sumatera dan
Jawa menjadi satu bahagian daratan yang sama selama zaman ais berakhir.

Apabila glasier mencair,kebanyakan takungan-takungan ini telah terputus antara satu


sama lain. Hal ini memaksa spesis-spesis yang hidup pada waktu ini untuk berevolusi bagi
menyesuaikan diri dengan persekitaran tempatan yang membawa kepada satu kepelbagaian
spesis.

Kepelbagaian spesis inilah yang menghasilkan Hutan Hujan Asia Tenggara mempunyai
kepelbagaian diversiti. Salah satu keistimewaan hutan hujan tanah rendah di Malaysia, Borneo
dan Sumatra adalah hutannya didominasi oleh spesis dari keluarga Dipterocarpaceae. Dipterokap
adalah pokok tertinggi yang boleh mencapai ketinggian sehinga 120 kaki. Selain itu, bnyak
tumbuhan epifit orkid dan paku-pakis tumbuh di batang-batang pokok. Liana dan tumbuhan
pemanjat dan mencekik lain pula menggunakan batang pokok yang tinggi ini untuk mendapatkan
cahaya matahari. Bagi pokok Tualang yang antara pokok ketiga tertinggi di dunia menjadi
tempat untuk lebah madu (Apis dorsata) membina sarang yang bergantungan di dahan-dahan.

Kemudian, di bawahnya pula akan ada pokok-pokok renek yang akan memanjangkan
silaranya agar daunnya mendapatkan cahaya untuk berfotosintesis. Pokok-pokok yang bawah
naungan (shade tolerant) pula akan memenuhi lantai hutan. Dan di lantai hutan pula, akan
dipenuhi oleh kebanyakan nutrient di perlukaan tanah. Hal ini berikutan dari sesarap lantai hutan
dari ranting dan daun pokok yang mati dan sisa-sisa pokok mati yang akan diuraikan oleh fungi,
serangga dan pengurai lain. Memandangkan banyak sesarap dan nutrien di lantai hutan, maka
akar pokok tidak perlu masuk jauh ke dalam tanah untuk mencari nutrien. Oleh sebab ini, hutan
Hujan Asia Tenggara dipenuhi oleh beberapa peringkat ketinggian strata pokok yang memenuhi
lantai hutan.

You might also like