You are on page 1of 33

Rumah Usang

Kata orang negara itu tanah, air, angin, gunung, hutan, sungai dan lautan;
Tapi sebenarnya,
Negara itu rumah,
Dan rakyat ahli keluarganya…
Mungkin rumah kita ini sudah usang,
49 tahun usianya, dan ada yang bertanya
Apa perlunya diagungkan rumah yang usang?
Barangkali kita lupa,
Zaman kita dibodohkan oleh british,
Kata-kata manis, taburan janji,
kita dihina di tanah sendiri.
Mungkin juga kita lupa,
Pada kemarau yang dibawa
Dari terik matahari jepun.
Kita menjadi abdi ditanah sendiri,
Betapa peritnya bila difikirkan kembali.
Dan kita terlupa,
Setelah terbenam si matahari,
13 malam kita lalui,
Gelap gelita semuanya,
Yang kelihatan, hanya 3 butir bintang,
Dari sinaran itu, Seribu derita seribu bencana kita merasa,
Hanya dari 3 butir bintang…
Mungkin benar, rumah kita sudah usang,
Tapi dirumah usang inilah segala mimpi menjadi nyata,
jangan kita lupa,
Rumah usang ini dibina dari darah keringat,
Air mata dan derita.
Kata orang, melayu mudah lupa,
Tapi sebenarnya,
Melayu, Cina India,
Kita semua memang mudah lupa.

AKU MASIH INGAT


Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita

aku masih ingat


dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja

aku masih ingat


dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan
aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman

aku masih ingat


dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh

aku masih ingat


dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna

aku masih ingat….


aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu

ibu……..!!!!
aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu…
KAKAL KU POINSOROU

Kakal ku poinsorou
Om tilombuson do momusorou
Gisom do kolimpupuson koposion
Ika pogulu noinggorit. Kakal ku poinsorou
Miampai sunduan di ogirot
Kakal ku poinsorou Kakal ku poinsorou
Di pogulu noponu ko koihadan Miampai iman-imanon di akawas
Kakal ku poinsorou Pinosili doho tulun di kikotumbayaan.
Sontob di notoguangan nu.
Kakal ku poinsorou
Kakal ku poinsorou Au ku olingan
Ginoris ginawo nu di pogulu Sabab sontob ngawi di pinatahak nu
Pinopagayo au ku osomulian.
om pinointutun rati do koposion.
Ina...
Kakal ku poinsorou
Monongkotoluod dika Kakal ku poinsorou
Om tumilombus monongkotoluod Koinsanai di lisi nu di tolumis.
Gisom kopupuson koposion

Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanak


Tuesday, 26 May 2009 20:33

Oleh Zahir Zainudin


Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan
penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun
merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.
Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara
umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya
menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.
Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.
Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara
beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai
bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama”
dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana
kekerapan penggunaannya.
Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam
peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak,
perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental,
emosi, sosial dan bahasa.
Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak
ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-
kanak pada masa ini kerana :
• Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan
mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia
ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak
tahu membaca.
• Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan
perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat
membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan
bacaan yang dibacanya.
• Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat
dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan
mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian
menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80
peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah
berkurangan sehingga 40 peratus.
Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham
membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah
kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang
bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan
membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.
Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak
Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan
lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang
disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara
masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para
pelajar ialah :
• Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf
yang dilihat.
• Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
• Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan
perkataan.
• Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
• Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung
dengan sebutan.
• Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
• Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
• Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan
dan maksud.
Kesan tidak tahu membaca
Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan
sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan
berjaya dalam hidup.
Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah
diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale
menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat
menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga
sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik,
mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi
minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.
Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan,
proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-
kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.
Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami
perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan
mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah
memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.
Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut
peringkat umur.
0 hingga 2 ½ tahun
• mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia
18 bulan.
• belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
• kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak
langsung.
• rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak
gambar dan berwarna-warni.
• kosa kata berkembang sehingga 270.
2 ½ hingga 4 ½ tahun
• peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
• terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
• perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
• kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
• pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa
harus
• bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
• mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.
4 ½ hingga 7 tahun
• perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
• kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali
banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
• corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-
bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya
pendengaran mereka.
• mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
• Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun
umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami
tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.
Membantu kanak-kanak membaca
Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa
panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.
1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari.
Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang
dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan
baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-
rakannya pula.
3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali.
Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara
"terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi
membaca berkenaan.
4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu.
Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di
istana?
Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah
nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan
tahap umur kanak-kanak.

PEJABAT PELAJARAN DAERAH


DAERAH MANJONG
PERAK DARUL RIDZUAN
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN MEMBACA

OLEH:

SK KAYAN,SITIAWAN,PERAK

PENYELIDIK:

MAZNI BIN OTHMAN

22 SEPTEMBER 2007
PENGENALAN

Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 1982. Kurikulum ini telah
memperkenalkan pelajaran pemulihan sebagai salah satu terasnya, dan untuk menunai inovasi kurikulum ini, banyak guru khas
pemulihan telah ditempatkan di sekolah rendah. Guru pemulihan tidak berupaya mengendalikan pemulihan tanpa sokongan daripada
guru besar dan guru-guru sekolah terbabit Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) memberikan penekanan kepada kemahiran-
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Kebolehan murid-murid menguasai ketiga-tiga kemahiran ini dapat menyempurnakan
pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Langkah-langkah yang sesuai perlu diambil bagi mengatasi sebarang masalah pembelajaran
yang mungkin timbul dari semasa ke semasa. Salah satu langkah yang perlu diambil ialah dengan menjalankan ujian-ujian

yang
tertentu bagi membolehkan guru mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian murid-murid . Ujian diagnostik adalah satu ujian yang
boleh digunakan untuk mencapai keperluan tersebut.
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran
menguasai membaca. Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata ( KGBK ) dan Kaedah Fonik
digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca.
Setelah mengenalpasti tahap penguasaan setiap kemahiran, tindakan diambil untuk

mempertingkatkan kemahiran membaca agar mereka boleh memahami teks yang dibaca.

PELAKSANAAN KAJIAN

Tinjauan Awal:

Dalam tinjauan awal. Pencapaian pelajar dalam kemahiran-kemahiran asas membaca di kaji.
Ujian awal ( Diagnostik ) dilaksanakan dan temubual dengan guru di adakan. Ujian dan temubual
berikut dilaksanakan

Ujian 1: Membaca perkataan suku kata KVKV


Ujian 2: Membaca perkataan KVKVK
Ujian 3: Membaca perkataan VKVK
Ujian 4: Membaca teks pendek ( 15 – 20 patah perkataan )
Ujian 5: Temubual dengan guru pemulihan
Analisis Data Ujian 1.

Pencapaian

Tahap

Frekuensi

Peratus

0 – 8

Sangat lemah

12

11.1

9 – 16

Lemah

52

48.2

17 – 24

Sederhana

37

34.2

25 – 32

Baik

3.7

33 – 42

Sangat Baik

2.8
Dari data yang diperolehi di dapati hanya 6.5% menguasai kemahiran ini dengan baik,

manakala 59.3% berada pada tahap lemah

Analisis Data Ujian 2

Pencapaian
Tahap

Frekuensi

Peratus

0 – 4

Sangat lemah

48

44.4

5 – 8

Lemah

26

24.1

9 – 12

Sederhana

30

27.8

13 – 16

Baik

2.8

17 – 20

Sangat Baik

0.9

Daripada data diperolehi, hanya 3.7% pelajar menguasai kemahiran membaca aras KVKVK dan

68.5% masih belum menguasai kemahiran membaca KVKVK

Analisis Data Ujian 3

Pencapaian

Tahap

Frekuensi

Peratus
0 – 4

Sangat lemah

3.7

5 – 8

Lemah

15

13.9

9 – 12

Sederhana

30

27.8

13 – 16

Baik

32

29.6

17 – 20

Sangat Baik

27

25

Adalah didapati sebahagian besar pelajar iaitu 54.6% boleh memberi membaca VKVK

Dan hanya 17.6% masih belum menguasai kemahiran ini.

Analisis Data Ujian 4

Pencapaian

Tahap

Frekuensi

Peratus

0 – 4

Sangat lemah

4
3.7

5 – 8

Lemah

15

13.9

9 – 12

Sederhana

30

27.8

13 – 16

Baik

32

29.6

17 – 20

Sangat Baik

27

25

Adalah didapati sebahagian besar pelajar iaitu 54.6% boleh memberi membaca teks

Dan hanya 17.6% masih belum menguasai kemahiran teks


Analisis Data 5 ( Temubual/ soalselidik )

Penggunaan Instrumen Kemahiran Membaca

Instrumen / Modul

Ada

Tiada

Instrumen Pengesanan Celik Huruf ( IPCH )


Instrumen Penentu Penguasaan 3M ( IPP3M )
Modul ASBALIS ( asas baca dan menulis )
Modul-modul kemahiran asas membaca dan menulis yang disediakan
oleh guru
Modul KACEM ( kemahiran cepat membaca )
Modul-modul kemahiran asas mengira yang disediakan oleh guru
Modul-modul pengamatan
Lain-lain ( nyatakan )
Perkara

Ada

Tiada

Instrumen Pengesanan Celik Huruf ( IPCH )

12

( 46.2% )
10

( 38.5%)

Instrumen Penentuan Penguasaan 3M ( IPP3M )

21

( 80.8%)

3(11.5%)

Modul ASBALIS ( asas baca dan menulis )

18

( 69.2% )

6( 23.1% )

Modul kemahiran asas membaca dan menulis yang disediakan

oleh guru

20

( 76.9% )

4( 15.4% )

Modul KACEM ( Kemahiran Cepat Membaca )

7( 26.9%)

14

( 53.8% )

Modul Kemahiran asas mengira yang disediakan oleh guru

16

( 61.5% )

7( 26.9%)

Modul Pengamatan

9( 34.6% )

12

( 46.2%)

Berdasarkan jadual tujuh perkara yang berkaitan dengan penggunaan instrumen dan modul

mengenalpasti kemahiran 3M . Hanya dua perkara modul dan instrumen ( > 75.0% ) iaitu

Instrumen Penentu 3M dan Modul Kemahiran asas membaca yang disediakan oleh guru
digunakan dengan tinggi. Manakala bahan penggunaannya mengikut urutan seperti berikut;
a. Modul ASBALIS ( 69.2%)
b. Modul Kemahiran Asas Mengira Yang Disediakan Oleh Guru ( 61.5%)
c. Instrumen Pengesanan Celik Huruf ( 46.2%)
d. Modul Pengamatan ( 34.6%)
Faktor mempengaruhi Tahap Membaca Murid

1. Sangat tidak mempengaruhi

2. Tidak mempengaruhi

3. Mempengaruhi
4. Sangat mempengaruhi

Faktor-faktor

Tahap Pengaruh

Latar belakang sosio ekonomi murid

3
4

Sikap murid

Persekitaran tempat tinggal

Persekitaran sekolah

Keberkesanan pengajaran guru

Sokongan pengurusan sekolah

Sokngan pelajaran murid di rumah

3
4

Kehadiran kelas pra sekolah/ tadika

Masalah keluarga

Kehadiran di sekolah

Kesihatan murid

Perkembangan kognitif

Faktor-faktor

Tahap Pengaruh

min

sp

1
2

Latar belakang sosio ekonomi murid

3(11.5%)

17

(65.4%)

5(19.2%)

3.08

0.57

Sikap murid

9(34.6%)

17

(65.4%)

3.65

0.48

Persekitaran tempat tinggal

3(11.5%)

20

(76.9%)

3(11.5%)

3.00

0.48

Persekitaran sekolah

3(11.5%)

6(23.1%)

15

(57.7%)

2( 7.7%)

2.61

0.80

Keberkesanan Pengajaran Guru

3(11.5%)

14
(53.8%)

9(34.6%)

3.23

0.65

Sokongan Pengurusan Sekolah

5(19.2%)

15

(57.7%)

6(23.1%)

3.03

0.66

Sokongan pelajaran murid di rumah

3(11.5%)

11

(42.3%)

12

(46.2%)

3.34

0.69

Kehadiran kelas pra sekolah / tadika

5(19.2%)

14

(53.8%)

7(26.9%)

3.07

0.68

Masalah Keluarga

2(7.7%)

11

(42.3%)

13

(50.0%)

3.42

0.64
Kehadiran di sekolah

14

(53.8%)

12

(46.2%)

3.46

0.50

Kesihatan murid

1(3.8%)

1(3.8%)

17

(65.4%)

7(26.9%)

3.15

0.67

Perkembangan kognitif

13

(50.0%)

13

(50.0%)

3.50

0.51

Nota : 1. Sangat Tidak Mempengaruhi 2. Tidak Mempengaruhi 3. Mempengaruhi

4. Sangat Mempengaruhi.

Jadual menunjukkan tahap faktor yang sangat mempengaruhi penguasaan 3M adalah faktor sikap dan perkembangan kogniti pada tahap (
3.50 <min < 4.00 ). Manakala faktor-faktor lain hanya pada tahap mempengaruhi berdasarkan urutan berikut;
a.Kehadiran di sekolah ( min = 3.46, sp = 0.50 )

b.Masalah Keluarga ( min = 3.42, sp = 0.64 )

c.Sokongan pelajaran murid di rumah ( min = 3.34, sp = 0.68 )


d.Keberkesanan Pengajaran Guru ( min = 3.23, sp = 0.65 )
e.Kesihatan murid ( min = 3.15, sp = 0.67 )
f.Kehadiran kelas pra sekolah / tadika ( min = 3.07, sp = 0.68 )
g.Latar belakang sosio ekonomi ( min = 3.08, sp = 0.57 )
h.Masalah keluarga ( min = 3.03, sp = 0.66 )
i.Persekitaran tempat tinggal ( min = 3.00, sp = 0.48 )
j.Persekitaran sekolah ( min = 2.61, sp = 0.80 )
Rumusan:

Masalah membaca merupakan kekangan utama dalam proses membaca mudah atau asas khususnya bagi perkataan dalam lingkungan
KVKV.KVKVK,VKVK dan Teks mudah. Kesukaran mengikut tertib dan factor penggunaan instrument dan murid mempengaruhi kadar
membaca murid.
FOKUS KAJIAN

Berdasrkan analisa data, focus kajian ini ialah untuk memperkukuhkan kemahiran membaca

KVKV,KVKVK,VKVK dan teks mudah agar pelajar boleh membaca pada aras seterusnya.

MERANCANG TINDAKAN

Bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti dalam tinjauan awal beberapa aktiviti dalam
pendekatan KGBK dan Kaedah Fonik di jalankan di dalam dan di luar bilik darjah.Segala aktiviti
adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada penguasaan kemahiran membaca
1. Menguasai Kaedah KGBK

a. Meninjau buku-buku yang digunakan dalam kaedah KGBK

b. Memilih bahan-bahan yang boleh membantu menguasai kemahiran membaca

2. Penilaian terhadap keberkesanan buku dan kaedah

PELAKSANAAN TINDAKAN

I.

Menguasai kemahiran pendekatan KGBK dan Kaedah Fonik

II.

Pelajar dipecahkan mengikut aras kemahiran

III.

Tugasan di beri berdsarkan kemampuan dan kebolehan

IV.

Masa yang fleksibel

V.

Peralatan dan bahan Bantu mengajar menggunakan multimedia

PEMERHATIAN
Beberapa pemerhatian dibuat semasa pelaksanaan tindakan dalam kajian ini.
a. Bilangan murid yang boleh menyebut dan membaca perkataan
b. Pencapaian setiap pelajar dalam membaca
c. Markah yang dicapai dalam ujian pencapaian membaca
Pemerhatian / Keputusan itunjukkan dalam jadual;

Ujian 1

Ujian 2

Ujian 3

Ujian 4

Ujian 5

Penyertaan/

10

10

9
aktif

Penyertan/

pasif

Pencapaian
Bilangan Penyertaan

Ujian 1

Ujian 2

Ujian 3

Ujian 4

Teks1

Teks2

Teks 3

Sangat

lemah

Lemah

Sederhana

Baik

Sangat
Baik

Jumlah

PENILAIAN

Ujian 1 dan jian 3 merupakan tahap yang sukar jika dibandingkan ujian 2. Penambahbaikan
dapat dilihat dari segi peratus pencapaian bagi setiap ujian yang diberi. Berdasarkan
penggunaan pendekatan KGBK dan Kaedah fonik penapaian dinyatakan dalam jadual dibawah
bagi kemahiran membaca.
Kaedah KGBK

Pencapaian

Tinjauan Awal

Ujian 1

Ujian 2

Ujian3

Sangat lemah
Lemah
Sederhana
Baik
Sangat baik
Kaedah Fonik

Pencapaian

Tinjauan Awal

Ujian 1

Ujian 2

Ujian3

Sangat lemah
Lemah
Sederhana
Baik
Sangat baik
Daripada perbandingan di atas didapati kemajuan kemahiran dapat dilihat apabila menggunakan

kaedah KGBK dan Kaedah Fonik.

REFLEKSI

Daripada kajian yang dijalankan adalah di dapati bahawa kemahiran membaca murid pemulihan dapat ditingkat dengan menggunakan
kaedah KGBK dan Kaedah Fonik dalam pengajaran guru. Terdapat jug factor yang mempengruhi penguasan kemahiran iaitu sikap
pelajar dan kadar
kehadiran mereka dating ke sekolah. Penggunaan diagnostic dapat membanu dengan cepat guru

mengesan ketidakbolehan membaca murid.

CADANGAN

Kajian tindakan seterusnya bolehlah dijalankan bagi mengenalpasti tahap kefahaman

murid mehami teks dan membetulkan gaya membaca.

KAJIAN TINDAKAN PENINGKATAN


KEMAHIRAN MEMBACA
1

You might also like