You are on page 1of 3

Contoh teks ucapan majlis makan malam dan format ringkas

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM MPV 2004.

Mengumumkan ketibaan Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia, YB.


Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan.

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia,Dato' Hon


Choon Kim,Yang Dihormati Ketua Sektor Pengurusan dan Akademik, Jabatan Pelajaran Sabah,
Puan Hajah Aminah Musaly, Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Bahagian Sandakan, Dr. Dayu
Sansalu, dif-dif kehormat, tuan2 dan puan2 sekalian.

Sirih junjung penyeri majlis,


majlis MPV kita raikan,
selamat datang tamu ke majlis,
majlis makan malam kita sajikan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Jamuan Jabatan Pelajaran
Sabah.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang indah ini. Untuk
makluman hadirin sekalian, majlis ini diraikan sempena Pameran MPV Sekolah Menengah
Akademik Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 2004.

Hadirin sekalian,
majlis dengan ini mempersilakan Yang berbahagia Pegawai Pelajaran ...........untuk memberi
ucapan alu-aluan.majlis dengan ini mempersilakan.
terima kasih.............

Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput........untuk membacakan doa


makan.dipersilakan.

Bertamu rai sandakan,


gendang gendut tali kecapi,
sambil menonton kita makan,
pelbagai persembahan akan diserikan.

Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada para hadirin
sebagai hiburan sampingan.dengan ini majlis memulakan persembahan dengan
menjemput.............untuk menyampaikan ...........dipersilakan

hadirin dan hadirat,


majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan...................dipersilakan
seterusnya kita nikmati pula persembahan nyanyian daripada..............majlis dengan sukacitanya
mempersilakan.

Para hadirin sekalian,


sebentar tadi kita telah menikmati gemersik suara................, kita serikan lagi majlis ini dengan
persembahan tarian...........
dengan sukacitanya majlis mempersilakan.

Hadirin yang dihormati,


majlis ini diteruskan dengan persembahan..............

terima kasih ...........atas persembahan itu tadi.

para hadirin,
kita hangatkan lagi suasana dengan menjemput..................yang akan
mempersembahkan.............dipersilakan.

Hadirin yang dihormati,


dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka sampai di sinilah sahaja majlis pada malam ini.
kita akan tangguhkan majlis ini dan berharap berjumpa pada masa akan datang.

kalau ada sumur di ladang,


bolehlah kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah kita berjumpa lagi.

segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan. sekian, wabillahi
taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.

dengan ini diumumkan keberangkatan pulang YB Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan.

.......................................................................
Format Secara ringkas.

1. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.(hadirin diminta berdiri)


2. Ucapan salam dan selamat datang serta kesyukuran.
3. Pengenalan ringkas majlis yang diadakan.
4. Ucapan alu-aluan daripada tuan rumah.
4.1Perucap alu-aluan
- Mengucapkan Selamat datang
- Menyatakan  fungsi dan objektif majlis
- Melaporkan aktiviti
- Mengemukakan Cadangan dan permintaan
- Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada…….
5.Ucapan terima kasih drpd penganjur(jika perlu)
5.1Perucap terima kasih
- Berterima kasih diberi peluang berucap
- Mengucapkan selamat datang ke majlis
- Melaporkan aktiviti …..
- Mengemukakan cadangan dan permintaan
- Mengucapkan terima kasih kepada tamu kehormat dan AJK …..
6.Ucapan utama daripada tetamu kehormat(jika beliau ingin berucap)
6.1Perucap Utama
- Mengucapkan tahniah kepada pengelola
- Melaporkan informasi terkini…….
- Memberi nasihat
- Menjawab cadangan dan permintaan
- Kata penutup……..
7.Terus kepada agenda utama majlis seperti agenda makan malam atau pun anugerah.
8.penutup
9.mengumumkan keberangkatan pulang tetamu kehormat(hadirin diminta berdiri)

Semoga ianya dapat membantu sesiapa jua......................

Posted at 09:32 am by shamida

You might also like