You are on page 1of 9

3.

0 BAHASA MELAYU KUNO

3.1 PENDAHULUAN

Perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-7 banyak


dipengaruhi oleh budaya yang datang ke Nusantara seperti budaya India.
Dari segi sejarah, sebelum abad ke-7, ramai peniaga dan pedagang India
(dari barat) yang bertukar-tukar barang perniagaan dengan pedagang
China (dari timur). Oleh itu, untuk memudahkan urusan, mereka singgah
di Kepulauan Melayu.

Budaya yang paling berpengaruh di Alam Melayu pada peringkat


awal ialah budaya India. Sebenarnya tarikh bermulanya pengaruh India di
Alam Melayu tidak diketahui dengan tepat. Pengaruh India ini bukan
sahaja disebarkan oleh pedagang-pedagang India, tetapi turut disebarkan
oleh orang-orang Melayu yang pergi berdagang ke India.

Kesan kemasukan pengaruh India yang paling ketara ialah


penggunaan bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa
kebudayaan yang terpenting di India. Segala hasil seni kesusasteraan
klasik, ilmu pengetahuan, falsafah, dan agama ditulis dalam bahasa ini.
Melalui bahasa Sanskrit, bahasa Melayu telah mengalami evolusinya
yang pertama. Banyak perkataan Sanskrit telah diterima masuk ke dalam
bahasa Melayu.

Bahasa Sanskrit bukan sahaja dipinjam untuk menyatakan sesuatu


yang berkaitan dengan bidang kebudayaan, kesenian atau agama, tetapi
bahasa itu juga telah mempengaruhi pelbagai cabang kehidupan.
Misalnya, beberapa perbendaharaan kata Sanskrit telah digunakan untuk
menamakan bahagian tubuh badan, barang-barang perdagangan, alat
perkakas, tumbuh-tumbuhan, senjata dan ilmu pengetahuan.

Ini mungkin disebabkan bahasa Melayu masih kurang


perbendaharaan katanya dalam menyatakan perkara-perkara tertentu

22
atau berkemungkinan orang-orang Melayu ingin menaikkan taraf
bahasanya ke arah bahasa sarjana untuk menyatakan idea-idea baharu
yang tinggi-tinggi.

3.2 DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO

Menurut Nik Safiah Karim dalam bukunya iaitu ACE AHEAD


BAHASA MALAYSIA (2008,13), bahasa Melayu kuno ialah bahasa
Melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7 sehingga abad
ke-13, iaitu pada zaman peralihan Hindu-Islam. Pada ketika itu, kerajaan
yang berkuasa ialah kerajaan Sriwijaya. Sewaktu pemerintahan kerajaan
Sriwijaya, bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasa
pengantar kerajaan. Ini terbukti dengan terjumpanya empat buah batu
bersurat yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno.

3.3 BAHAN BUKTI

3.3.1Batu Bersurat di Kedukaan Bukit

Batu bersurat ini bertarikh 605 tahun Saka (683M). Batu bersurat
ini telah diperoleh daripada sebuah keluarga Melayu yang menetap di
Kampung Kedukaan Bukit pada 29 November 1920. Kampung ini terletak
di tebing Sungai Tatang dalam wilayah Musi di bahagian barat daya
Palembang.

Batu bersurat ini mengandungi sepuluh baris ayat. Ayat-ayat itu


diukir di atas batu berbentuk bujur. Tulisan pada batu ini terpelihara
dengan baik, kecuali tiga baris terakhirnya yang tidak dapat dibaca kerana
telah terserpih.

3.3.2Batu Bersurat di Talang Tuwo

22
Batu Bersurat Talang Tuwo ini bertarikh 606 tahun Saka (684M).
Batu bersurat ini telah dijumpai oleh Residen Jambi, iaitu L.C. Westenek
pada 17 November 1920 di sebuah kawasan yang bernama Talang Tuwo,
di bahagian barat daya Bukit Seguntang, iaitu lebih kurang lapan kilometer
dari Palembang. Batu bersurat ini merupakan batu pasir yang di atasnya
terdapat 14 baris ayat yang dipahat.

3.3.3Batu Bersurat di Kota Kapur

Batu bersurat ini bertarikh 608 tahun Saka (686M). Batu bersurat
ini telah ditemui oleh J.K. van Meulen pada tahun 1892 di Kota Kapur,
iaitu sebuah pekan di Pulau Bangka. Batu ini berbentuk tiang batu.
Dipercayai batu ini telah dibawa ke Pulau Bangka, kerana tidak ada batu
lain seperti itu di pulau tersebut.

3.3.4 Batu Bersurat di Karang Brahi

Batu bersurat yang bertarikh 614 tahun Saka (692M) ini telah
dijumpai pada tahun 1904 oleh seorang inspektor bernama L. Berkhout.
Sewaktu dijumpai, batu ini digunakan sebagai lapik untuk membasuh kaki
di sebuah masjid di Jambi. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Krom,
didapati teks Batu Bersurat Karang Brahi ini menyamai teks pada Batu
Bersurat Kota Kapur, cuma teks pada Batu Bersurat Karang Brahi ini
kurang dua baris daripada teks pada Batu Bersurat Kota Kapur.

Selain keempat-empat batu bersurat di atas, terdapat sebuah lagi batu


bersurat yang dijumpai di kawasan yang jauh dari Sumatera, iaitu di Jawa
Tengah. Batu bersurat ini dijumpai di Gandasuli, iaitu di daerah Kedu,
arah ke timur Gunung Sundara. Bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat
Gandasuli ini amat rapat kaitannya dengan keempat-empat batu bersurat
yang ditemui di Sumatera. Batu-batu bersurat ini merupakan bukti
terpenting tentang bahasa Melayu tertua yang ditulis dalam bahasa

22
Austronesia dan merupakan satu-satunya dokumen yang memerikan
permulaan kerajaan Sriwijaya.

3.4 CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO

3.4.1 SISTEM TULISAN

Dari segi penulisan, keempat-empat batu bersurat awal yang


dijumpai semasa pemerintahan kerajaan Sriwijaya ini
menggunakan tulisan Palava, khususnya Palava Kemudian.
Tulisan Palava ialah sejenis tulisan India Selatan purba yang
digunakan untuk penyebaran agama Hindu. Tulisan Palava
Kemudian ini mempunyai prinsip tulisan yang sama tinggi.

Selain tulisan Palava, tulisan lain yang digunakan dalam


bahasa Melayu kuno ialah tulisan Kawi dan Nagiri. Perkataan
Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair.
Pada peringkat awal, tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar dan
kemudiannya diubahsuai dan diukir pada batu. Tulisan Nagiri pula
digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli. Tulisan Nagiri ini berasal
dari India Utara.

3.4.2 KOSA KATA

Berdasarkan keempat-empat batu bersurat yang dinyatakan


sebelum ini (tidak termasuk batu Bersurat Gandasuli), terdapat
kira-kira 283 patah perkataan daripada 50 baris teks yang tertera di
atas batu-batu itu. Daripada 283 patah perkataan ini, 55.5 peratus
merupakan kosa kata bahasa Melayu atau bahasa Austronesia,
manakala selebihnya kosa kata yang dipinjam daripada bahasa
Sanskrit.

Bahasa Sanskrit sangat berpengaruh dalam bahasa Melayu


kuno kerana bahasa Melayu pada ketika itu masih kekurangan

22
kosa kata untuk mengungkapkan konsep-konsep baharu. Konsep-
konsep baharu ini dibawa oleh bahasa masyarakat yang membawa
konsep tersebut.

Berdasarkan bentuk-bentuk perkataan dalam bahasa


Melayu kuno, terdapat beberapa bentuk yang menarik sifatnya.

a) Fonem semivokal w dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi b secara


konsisten dalam bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


wuat Buat
wunuh bunuh
wanum bangun
watu Batu
wuah Buah
wuluh Buluh

b) Ketidakwujudan vokal e pepet dalam bahasa Melayu kuno.


Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


dangan dengan
tathapi Tetapi
manghidupi menghidupi
marwangun membangun
lapas Lepas

c) Perubahan fonem yang tidak konsisten. Contohnya, fonem u


berubah menjadi o, iaitu uram dalam bahasa Melayu kuno
berubah menjadi orang dalan bahasa Melayu moden. Tetapi u
tidak berubah menjadi o dalam lingkungan suku kata akhir
tertutup. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


wunuh bunuh
suruh Suruh
wuluh Buluh

22
d) Dari segi morfologi, bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu
kuno hampir sama dengan bahasa Melayu moden. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa imbuhan yang sudah tidak
digunakan lagi.
i. Awalan ni- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi di-
dalam bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


ni tanam di tanam
ni makan di makan
ni suruh di suruh
ni bunuh di bunuh
ni sumpah di sumpah

ii. Awalan mar- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ber-
dalam bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

mar lapas ber lepas

mar wuat ber buat

iii. Awalan par- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi per-
dalam bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

par wuat per buat

iv. Awalan maka- tidak lagi wujud dalam bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

makagila menjadi gila

makasakit menjadi sakit

22
v. Akhiran –a tidak lagi wujud dalam bahasa Melayu moden. Contohnya :

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

datua datu

wuata buat

vi. Akhiran –i sama seperti bahasa Melayu moden dan biasanya hadir bersama-
sama imbuhan awalan. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

niujari diujari

e) Bunyi n dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ny dalam


bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

wuahna buahnya

wuatna buatnya

tatkalana tatkalanya

f) Bunyi h yang terdapat dalam bahasa Melayu kuno telah dilenyapkan dalam
bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

sahaya saya

tuha tua

samuha semua

22
g) Terdapat konsonan yang dieja dengan aspirasi bh, ph, dh, kh, dan th akibat
daripada pengaruh bahasa Sanskrit. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

bhumi bumi

dhuka duka

sukhacitta sukacita

h) Terdapat juga perkataan dalam bahasa Melayu kuno yang tidak


digunakan lagi pada hari ini. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

tuwi dengan

inan itu

tlu tiga

hulun/ulun orang gaji

sarak memisahkan diri

langit/makalangit memperdaya

i) Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa Melayu kuno yang


masih kekal sehingga kini. Contohnya:
aku, ini, kayu, curi, sama, lagi, jadi,laki, ratus,naik, dua

j) Sesetengah perkataan dalam bahasa Melayu kuno telah berubah maknanya


dalam bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

kita kamu (pengertian mufrat)

kamu kamu (pengertian jamak)

22
22

You might also like