P. 1
Falsafah Pendidikan Guru

Falsafah Pendidikan Guru

4.88

|Views: 9,449|Likes:
Published by Hidayat87

More info:

Published by: Hidayat87 on Jul 05, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/27/2013

pdf

text

original

Falsafah Pendidikan Guru.

(FPG) Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guru yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru:
“guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

Matlamat Pendidikan Guru Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamat pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, social dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21. Model Konseptual Pendidikan Guru Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama, iaitu: 1. Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berterasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. 2. Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimipin dan agen perubahan. 3. Kendiri : penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia. Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu : 1. Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. 2. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. 3. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan. Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan.

Disamping itu Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani Unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta potensi guru adalah digambarkan seperti Rajah di bawah:

Ketuhanan

Rohani Pengetahuan Intelek Kemahiran Jasmani Kendiri Rajah : Model Konseptual Pendidikan Guru Kemasyarakatan Nilai Emosi

Implikasi Falsafah Pendidikan Guru : Perana Guru sebagai Pendidik 1. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. 2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. 3. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.

4. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insane guru yang sentiasa

mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. 5. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->