You are on page 1of 2

Kepentingan penilaian

Konsep penilaian

- Penilaian ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanak-kanak


dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap sesuatu
proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya.
- Proses ini dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran
dan tahap perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak
mengalami proses pembelajaran.
- Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat
tentang sesuatu perkara.
- Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang
telah ditetapkan itu telah tercapai.
- Arthur et.al. (1996) berpendapat penilaian ialah proses mengumpul bukti dan
membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian yang
membawa maksud proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang
keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur.

Matlamat penilaian

Menurut Putri Zabariah dan Rohani (2007) penilaian dijalankan adalah supaya guru dapat:
2.2.1 Mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh;
2.2.2 Melihat perubahan pada perkembangan setiap kanak-kanak;
2.2.3 Membuat perancangan dan pengubahsuaian aktiviti pengajaran untuk membantu
meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak;
2.2.4 Mempelajari keperluan setiap kanak-kanak;
2.2.5 Mengesan keberkesanan aktiviti, rutin, dan strategi yang digunakan;
2.2.6 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke
semasa.
2.2.7 Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa, pakar-pakar kesihatan, guru besar dan
pegawai-pegawai yang memantau;
2.2.8 Menghargai hasil kerja kanak-kanak; dan
2.2.9 Membuat tindakan susulan serta-merta

Kpntingan penilaian
- penilaian adalah salah satu aspek yang harus diberi penekanan oleh guru prasekolah bagi
menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak sepanjang mereka
mengikuti pembelajaran di prasekolah.
- Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) menyatakan penilaian adalah sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan secara berterusan
- proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dengan
menggunakan pelbagai kaedah.
- bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan
dan dipertingkatkan.
- Penilaian yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan tepat dan jelas seperti yang
termaktub dalam Akta Pendidikan (1996) dan disebutkan lagi dalam Peraturan-
peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997, yang ditulis dalam perenggan:
“5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang
perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor”.
- peringkat prasekolah dijalankan secara tidak formal dan berterusan.
- Tujuannya supaya guru dapat mengumpul maklumat sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran serta mengetahui kemajuan kanak-kanak dalam berbagai aktiviti dan
perkembangan sikap mereka.

http://cikguani.blogspot.com/2009/03/penilaian-di-prasekolah.html

You might also like