You are on page 1of 6

JALINAN KASIH SKSI 201

0
1.0 PENGENALAN
Program ’Jalinan Kasih Sekolah Kebangsaan Seri Indra’ ini merupakan
program yang julung kali yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri
Indra. Program ini merupakan program santai yang bakal dilaksanakan
bertujuan untuk meningkatkan ikatan silaturrahim di kalangan guru-guru
dengan kakitangan Sekolah Kebangsaan Seri Indra. Kebiasaannya dalam
mengendalikan sesuatu program, jamuan akan ditempah daripada katering.
Tetapi dalam program ’Jalinan Kasih Sekolah Kebangsaan Seri Indra’ ini ada
kelainannya di mana setiap guru atau kakitangan SKSI dikehendaki
membawa atau membeli satu jenis juadah untuk dijamu oleh semua guru
dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Seri Indra. Program ini bakal
dilaksanakan sempena menyambut Bulan Ramadan pada 1431 Hijrah dan
menghargai jasa setiap guru dan kakitangan SKSI yang telah bertungkus
lumus serta bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program.

2.0 TAJUK PROGRAM


”JALINAN KASIH SKSI”

3.0 RASIONAL
3.1 Meningkatkan hubungan silaturrahim bukan sahaja di kalangan guru
malah seluruh kakitangan SKSI.
3.2 Meningkatkan semangat kekeluargaan supaya dapat mewujudkan
semangat bekerjasama dalam kerja berpasukan yang proaktif.

4.0 MATLAMAT
4.1 Mewujudkan pertukaran idea yang bernas di kalangan guru dan
kakitangan SKSI.
4.2 Mewujudkan komunikasi dua hala di kalangan guru dengan
kakitangan SKSI.

1
JALINAN KASIH SKSI 201
0

5.0 OBJEKTIF
5.1 Memberi peluang kepada semua kakitangan SKSI mengenali antara
satu sama lain dengan lebih dekat.
5.2 Mewujudkan interaksi suasana yang mesra dan selesa di antara
kakitangan dengan guru SKSI.
5.3 Mengurangkan tekanan bebanan tanggungjawab di kalangan guru
dan kakitangan SKSI

6.0 BUTIR- BUTIR PROGRAM.


Tempat : Bilik Mesyuarat Jubli Emas
Tarikh : 10 Ogos 2010
Masa : 9.00-12.00 tengah hari

7.0 TENTATIF PROGRAM


Tarikh Waktu Perkara

10 Ogos 2010 9.00 pagi Guru dan kakitangan menghantar juadah


( Selasa ) masing-masing di bilik mesyuarat Jubli Emas.
10.00- Jamuan makan *
12.00 Program bersurai
tengah
hari

*Sepanjang program akan ditayangkan vidoe program-program yang telah


berjaya dilaksanakan.

8.0. PENGANJUR
Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama unit pentadbiran SKSI

2
JALINAN KASIH SKSI 201
0

9.0 PENYERTAAN
Semua guru dan kakitangan SKSI

10.0 JAWATAN KUASA PROGRAM

GURU PEMBIMBING
En. Azrin Bin Jaya
Pn. Surianie Binti Kassim

PENGERUSI
Su Ee A/P Eh Boon Chai

SETIAUSAHA
Nur Syuhada Binti Abdul Rasid

AHLI JAWATANKUASA

Penyediaan Tempat
Rosni Binti Hamzah

Dokumentasi
Mimi Zuraihan Binti Zukri

Buku Program & Promosi


Fatimah Zaharah Binti Abu Bakar

3
JALINAN KASIH SKSI 201
0

11.0 PENUTUP
Semoga diharapkan supaya program yang dirancang dapat dilaksanakan
dengan jayanya serta mendapat sokongan daripada semua pihak.
Sesungguhnya komitmen yang padu dan jitu daripada semua pihak adalah
tunggak kepada kejayaan sesuatu program.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_________________________ _________________________
( NUR SYUHADA BINTI ABDUL RASID ) ( SU EE A/P EH BOON CHAI )
Setiausaha Pengerusi Program
Program Jalinan Kasih SKSI Program Jalinan Kasih SKSI

4
JALINAN KASIH SKSI 201
0

PENGESAHAN GURU PENASIHAT

Saya telah berbincang dengan jawatankuasa program ini dan bersetuju / tidak
bersetuju supaya program ini dilaksanakan.

Ulasan :

Tandatangan Guru Penasihat:

_________________________
( AZRIN BIN JAYA )
Guru Bimbingan
Sekolah Kebangsaan Seri Indra Tarikh: ________________

KELULUSAN GURU BESAR


Saya bersetuju / tidak bersetuju meluluskan program ini untuk dilaksanakan.

Ulasan :

Tandatangan Guru Besar

_________________________

(AZMI BIN MUSA)


Guru Besar

5
JALINAN KASIH SKSI 201
0
Sekolah Kebangsaan Seri Indra. Tarikh: ________________

You might also like