You are on page 1of 4

KERTAS 2 ( 942/2 ) - Geografi Kemanusiaan

Antara tajuk penting ialah faktor-faktor yang mempengaruhi taburan dan


kepadatan penduduk dunia. Pada kali ini, calon-calon akan didedahkan pula
kepada taburan dan kepadatan penduduk di rantau Asia, khususnya Malaysia.
Taburan penduduk dunia berbeza-beza dari satu kawasak dengan satu
kawasan yang lain, disebabkan oleh faktor-faktor yang umumnya berkaitan
dengan faktor fizikal dan budaya di sesebuah kawasan. Sebagai contoh,
taburan penduduk di Asia Tenggara berbeza dengan taburan penduduk di
kawasan lain. Hal ini disebabkan cirri-ciri budaya dan fizikal yang
mempengaruhinya berbeza. Asia Tenggara merupakan salah satu kawasan
yang sesetengahnya berpenduduk padat. Tumpuan penduduk yang padat
kebanyakannya bertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai ciri-ciri yang
tertentu sahaja.
TABURAN PENDUDUK DI ASIA TENGGARA

Kawasan Penduduk Padat


• Di kawasan benua Asia Tenggara, tumpuan kawasan penduduk yang padat
terletak di delta-delta sungai utama seperti delta Sungai Mekong. delta
Sungai Merah, delta Sungai Chao Phraya dan delta Sungai Irrawady .
• Faktor-faktor yang menyebabkan kawasan-kawasan ini berpenduduk padat
ia1ah:
• Tanih jenis lanar yang subur sesuai untuk tanaman padi.
• Adanya kemudahan pengairan, di mana padi boleh ditanam secara intensif
untuk menampung keperluan penduduk ramai.
• Bentuk muka bumi yang landai sesuai untuk petempatan. dan aktiviti
pertanian.
• Terdapat sungai-sungai utama yang digunakan sebagai jalan perhubungan
dan pengangkutan semula jadi yang murah.
• Faktor sejarah - kawasan delta menjadi petempatan awal, dan penduduk
bertumpu di sini.
• Terdapat pelbagai kelebihan berbanding kawasan di peda1aman atau hulu
sungai.
• Di kawasan delta terdapat banyak bandar utarna yang berkembang pesat.
• Proses urbanisasi pesat sehingga menggalakkan migrasi desa ke kota.
• Kota atau bandar menjanjikan pelbagai peluang pekerjaan sehingga
menarik migrasi ke bandar.
• Ibu negara menjadi tumpuan migran kerana wujudnya banyak peluang
pekerjaan.
• Terdapat pelbagai bentuk hiburan di kota yang menjadi tarikan penghijrah.
• Kemudahan awam dan sosia1 seperti di bandar tidak didapati kawasan luar
bandar.
• Banyak pusat pendidikan terutamanya pusat-pusat pengajian tinggi
bertumpu di kota.
• Kepesatan sektor industri di kota menarik banyak tenaga buruh.
• Terdapat pelabuhan utama untuk import dan eksport contohnya Bangkok
dan Pelabuhan Kelang menambahkan kepadatan penduduk.
• Terdapat tanah gunung berapi lava bes yang subur untuk aktiviti pertanian.
KAWASAN PENDUDUK KURANG PADAT
1. Kawasan sederhana padat terletak di pinggir kawasan berpenduduk padat.
2. Kawasan berpenduduk jarang terletak di kawasan yang mempunyai ciri-ciri
berikut:
• Kawasan pedalaman yang terpencil
• Kawasan yang bentuk muka buminya kurang sesuai untuk petempatan
kerana berbukit-bukau
• Kawasan yang berhutan tebal.
• Kawasan yang tanahnya kurang subur untuk aktiviti pertanian.
• Kawasan yang sukar dihubungi (lazimnya didiami oleh suku kaum asli
sahaja).
• Kawasan yang mempunyai sistem saliran yang tidak baik (contohnya
kawasan paya bakau).
• Pulau-pulau yang lokasinya terpencil serta tidak mempunyai potensi untuk
dimajukan.
• Kawasan yang kurang atau tiada daya tarikan (potensi) untuk dimajukan
atau dijadikan destinasi pelancongan.
• Kawasan yang taburan hujannya tidak sekata ataupun kurang.
• Kawasan yang menyulitkan perhubungan dan pengangkutan.
• Kawasan yang sering dilanda bencana alam seperti banjir.
• Kawasan yang kurang kemudahan sosial dan ekonomi.
• Kawasan yang sukar dimajukan atau untuk memajukannya akan
melibatkan kos yang tinggi.
• Kawasan yang tidak terdapat banyak sumber alam seperti mineral.
• Kawasan yang kurang terdapat peluang pekerjaan atau aktiviti ekonomi.
• Kawasan yang sumber-sumber alamnya sangat terhad.
• Kawasan yang lokasi atau perletakannya kurang strategik atau sesuai
untuk petempatan.
TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA
• Taburan penduduk Malaysia tidak sekata. Secara umumnya taburan
penduduk di Malaysia boleh dipecahkan kepada tiga kawasan, iaitu

a) Kawasan berpenduduk padat

b) Kawasan berpenduduk sederhana

c) Kawasan berpenduduk jarang.


• Taburan penduduk di Malaysia boleh juga dilihat dari sudut petempatan,
sama ada di bandar dan luar bandar atau berdasarkan wilayah.
• Trend taburan penduduk Malaysia lebih kepada penduduk yang bercorak
bandar kerana proses pembandaran yang pesat.
• Kawasan yang banyak terdapat sumber semula jadi serta mampu
menawarkan atau membuka peluang pekerjaan.
• Dari segi wilayah, tumpuan penduduk ialah di negeri-negeri pantai Barat
Semenanjung Malaysia disebabkan oleh:

a) terdapatnya bandar-bandar utama di kawasan ini.


b) kawasan tumpuan industri utama

c) kawasan yang banyak menawarkan peluang pekerjaan

d) kawasan yang menjadi pusat pendidikan, terutamanya institusi pengajian


tinggi.

e) kawasan yang pesat berkembang

f) kawasan yang menjadi destinasi pelancongan

g) kawasan yang banyak kemudahan awam atau sosial

Kawasan Penduduk Padat di Semenanjung Malaysia.


• Di kawasan pantai Barat Semenanjung Ma1aysia, antara kawasan yang
berpenduduk padat ialah:

(a) Pulau Pinang.

(b) Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

(c) Lembah Kinta.

(d) Kawasan perindustrian Tampoi dan Johor Bahru

(e) Melaka dan Negeri Sembilan Darul Khusus


• Kawasan terpadat yang terletak di Kua1a Lumpur dengan kepadatan
penduduknya melebihi 5000 orang per kilometer persegi.
• Selain daripada kawasan-kawasan tersebut, terdapat juga kawasan yang
padat penduduk di Semenanjung Malaysia, yang terletak di Pantai Timur,
iaitu

1. Delta Kelantan

2. Delta Terengganu.
• Kedua-dua kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk seramai 450
orang per kilometer persegi.
• Di Sabah dan Sarawak, kawasan yang padat penduduknya terletak di
bandar-bandar utama sahaja seperti di kawasan berikut:

1. Kuching
2. Kota Kinabalu
3. Wilayah Persekutuan Labuan

• Penduduk juga tertumpu di sepanjang pantai kerana kawasannya rendah


dan sesuai bagi petempatan dan kegiatan ekonomi.
Kawasan Penduduk Sederhana Padat di Semenanjung Malaysia
• Kawasan yang berpenduduk sederhana lazimnya terletak di pinggir
kawasan padat penduduk. Kawasan-kawasan berpenduduk padat yang
lain terletak di lembah-lembah sungai, seperti lembah Sungai Kelantan,
lembah Sungai Pahang dan lembah Sungai Perak.
• Di Sabah, kawasan sederhana penduduk terletak di tanah pamah Pantai
Barat, Lembah Kinabatangan dan Semporna.
• Di Sarawak, kawasan sederhana penduduk meliputi kawasan di sekitar
Kuching-Serian, dan kawasan Kuching-Sematan.

Kawasan Jarang Penduduk di Semenanjung Malaysia

Kawasan jarang penduduk terdiri daripada kawasan peda1aman yang


bergunung-ganang dan berhutan tebal. Selain itu, kawasan berpaya juga
mempunyai penduduk yang jarang.

You might also like