P. 1
Kajian Pencemaran Sungai

Kajian Pencemaran Sungai

|Views: 1,325|Likes:
Published by Happy Crystal Chin

More info:

Published by: Happy Crystal Chin on Sep 29, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/12/2014

pdf

text

original

Kajian Pencemaran Sungai

1 PENDAHULUAN TIDAK dinafikan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara kaya dengan sumber air dapat memenuhi kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian. Bagaimanapun, proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar kian berleluasa. Masalah itu juga mengakibatkan berlakunya kerosakan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan. Setiap isu atau masalah yang timbul telah menyedarkan kita betapa seriusnya masalah pencemaran air di negara kita. Masalah pencemaran air ini tidak terhad kepada pencemaran sungai sahaja, bahkan turut melibatkan sumber air bawah tanah, kolam, tasik dan laut. Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan turut tidak terkecuali memperkatakan tentang keadaan alam sekitar di negara ini. "Apa yang berlaku kepada sumber air di negara ini amat menyentuh hati saya. Ia sangat menyedihkan," keluh Abdullah. Keluhan itu sepatutnya cukup untuk memberi mesej kepada kita betapa faktor pencemaran terutamanya yang membabitkan air kini membimbangkan. Juga bahawa air bukan sahaja berfungsi sebagai penyambung nyawa manusia tetapi melangkaui peranan ke arah proses memudahkan urusan pembangunan negara. Pencemaran air mengakibatkan terjadinya krisis air bersih. Di samping kekurangan kesedaran sivik di antara masyarakat serta sektor perindustrian, kelemahan dalam pemantauan oleh pihak berkenaan serta kekurangan dalam pemantapan sistem pemantauan pelaksanaan undang-undang yang termaktub menyebabkan masalah pencemaran air menjadi masalah kronik yang makin lama makin parah. Perbincangan berkenaan dengan pencemaran air yang seterusnya ini tertumpu kepada pencemaran air yang berlaku di negara kita.

2 PENCEMARAN AIR DAN KATEGORINYA Sifat dwikutub air membolehkannya melarutkan pelbagai jenis bahan. Maka sungai dan anak sungai mampu menjalankan kerja-kerja pemecahan, peresapan, pengoksigenan di hilir sungai pada zaman primitif di mana populasi manusia adalah kecil. Berikutan proses urbanisasi, sungai tidak mampu lagi memecahkan kuantiti pencemar yang dimasukkan ke dalamnya dan efluen daripada setiap pusat populasi bertambah ke dalam bekalan air pusat populasi yang lain. Air mengalir di merata tempat menjadi air kumbahan dan bolehlah kita menyatakan bahawa pencemaran air berpunca daripada manusia sendiri.

keselamatan atau kebajikan awam. maka penambahannya yang berlebihan ke dalam sistem akuatik boleh memusnahkan. kimia atau biologi mana-mana bahagian alam sekeling dengan melepaskan. pH boleh jadi di antara 4. iaitu mendakan ferik hidroksida yang berwarna kuning kemerahan mencemar tebing sungai. penyaduran dan larutan penyalutan kromium boleh bertindak sebagai penghalang metabolik atau penafasan dalam banyak organisma. atau kepada tumbuhan-tumbuhan atau menyebabkan suatu pelanggaran terhadap apa-apa syarat. kuprum. kebanyakan invertebrat dan banyak mikroorganisma terhapus. Air yang berasid ini meningkat dengan meningkatnya pengeluaran arang batu. Besi pirit ( hasil perlombongan batu arang ) akan memasuki anak-anak sungai. burung. Sumbangan besi dan sulfat dalam kuantiti yang banyak juga mengurangkan keterdapatan oksigen dalam anak sungai. atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah akta ini. dan merencat atau memusnahkan enzim yang diperlu untuk proses-proses kehidupan.5 pada musim-musim tertentu. Kebanyakan tumbuhan peringkat tinggi tiada dan hanya beberapa jenis alga dan bakteria yang tinggal. ii. iii. merkuri.5 ke 2. Logam-logam berat ini mempengaruhi organism pengurai bersama-sama kehidupan peringkat tinggi. Keasidan atau asiditi Mata air yang keluar daripada rekahan bukit-bikit arang batu mengandungi partikel-partikel bitumen dan sulphur. dan berterusan lama walaupun lombong-lombong ditinggalkan. hidupan liar. . atau kepada binatang. Sesetengah bakteria boleh mendapat tenaga dengan menukarkan ferus kepada ferik untuk pernafasan dan pembiakan. arsenik dan kromium yang digunakan dalam penyalutan timah. Kemasinan atau saliniti Ini berlaku apabila air garam dari lombong atau telaga minyak dilepaskan ke dalam air tawar. Pencemaran air dapat dikategorikan seperti berikut : i. Keracunan atau toksisiti Logam berat seperti plumbum. Semua vertebrat. mengeluarkan atau meletakkan bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah. menyebabkan suatu keadaan yang merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan. ikan atau hidupan dalam air. Hasil sampingan pertukaran keadaan pengoksidaan besi ini. dan pelepasan asid sulfurik menukarkan keasidan air sungai itu dan menurunkan pH anak-anak sungai secara mendadak. Pencemarpencemar yang beracun ini diserap oleh lumpur di bawah dan dilepaskan apabila mendapan di bawah diganggu.Akta Kualiti Alam Sekeliling mendefinasikan pencemaran sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal. Walaupun sesetengah organisma boleh bertoleransi terhadap julat kepekatan garam tertentu. kebanyakan yang akan musnah apabila air tawar bertukar menjadi payau. haba.

000 individu/kaki persegi.iv. Partikelpartikel terampai ini akan mendak ke dasar sungai dan menayelubungi kehidupan di bahagian bawah sungai dengan selaput yang luas. Industri porselin ( tanah liat putih ) adalah sumber pencemaran ini. atau mempengaruhi pH. Nitrit bertindak dengan hemoglobin membentuk ³methemaglobin´ yang . Ledakan populasi satu atau lebih spesies alga dipanggil blum alga ( blooms ). Fosforus adalah faktor penyebab dan nitrogen menjadi faktor penghad dan organisma seperti alga biru-hijau mengambil alih daripada plankton kerana alga tersebut bebas daripada penghad nitrogen. Apabila berlaku pertambahan kandungan fosforus dalam air. Kekeruhan atau turbidity Bahan-bahan lengai ( inert ) dan halus senang terampai dalam air. tetapi apabila bahan organik diserang oleh bakteria dan dipecahkan menjadi kompaun yang ringkas.Biological Oxygen Demand ) menjadi tinggi. BOD adalah indeks pencemaran air yang berguna. Invertebrate boleh bertoleransi terhadap kepekatan oksigen yang rendah dan bakteria terhadap keperluan oksigen yang lebih rendah. Selain itu. Ikan mempunyai keperluan oksigen yang paling tinggi dan biasanya ikan air sejuk memerlukan lebih oksigen daripada ikan air panas. Mikroorganisma biasanya terkawal kerana kekurangan fosforus. Satu kesan merbahaya kepada manusia adalah nitrat ditukar menjadi nitrit di dalam saluran penghadaman oleh bakteria tertentu. Dalam air tang tercemar teruk. minyak yang boleh dilarut dengan menstabilkan emulsinya dengan detergent. Tubifexi mungkin tidak didapati langsung. Pendeoksigenan (Deoxygenation) Pencemaran yang lazim adalah organik. Pelepasan nitrogen dan fosforus ke dalam air dalam kuantiti yang tinggi adalah salah satu masalah besar dalam pembuangan sisa kerana pertambahan nitrogen dan fosforus mempercepatkan proses penuaan tasik. Cacing Tubifex dan larva sejenis sreangga kecil yang berwarna merah. menghasilkan kelodak yang boleh memusnahkan habitat bagi larva serangga seperti ³mayfly´. Eutrofikasi Air Eutrofikasi merupakan pengkayaan bahan organik atau nutrien dalam tasik dan lain-lain dan menampung pertumbuhan yang banyak. oksigen diperlukan. populasi Tubifex dalam 20. Ini mengurangkan pemancaran cahaya dan merencat proses fotosintesis tumbuhan akuatuk dan mikroskopik. Keperluan oksigen biologi ( BOD . dan dalam air yang tidak tercemar.walaupun bahan-bahan organik tidak meracuni hidupan sungai. Industri besi keluli menghasilkan partikel halus juga menyebabkan sungai yang dimasuki efluen menjadi merah atau hitam. BOD digunakan untuk menentukan jenis hidupan yang boleh ditampung oleh sungai yang tercemar. ia digunakan serta merta menyebabkan kadar pembiakan organisma yang tinggi. v. Dua jenis invertebrate yang bertoleransi terhadap paras oksigen telah dikenali sebagai indeks biologi bagi kesusutan oksigen. Jumlah mereka berkadaran songsang dengan kandungan oksigen dalam air. terutama yang berkaitan dengan bebanan organik air. ³caddis fly´ dan ³stone fly´ yang merupakan sumber makanan penting bagi ikan-ikan. Pembakaran atau penerangan tanah juga melepaskan partikel tanah dan tanah liat. apabila dilepaskan ke dalam air menyebabkan kekeruhan seperti susu. Chironomus hidup dalam lumpur di dasar sungai.

28 juta penduduk kepada yang menyamai 13 juta penduduk. Kedah. Pedu Bukit Saiong dan Bukit Keramat menimbulkan kebimbangan besar bukan sahaja kepada berpuluh NGO alam sekitar. hak asasi manusia dan sebagainya juga kumpulan masyarakat petani dan nelayan juga masyarakat awam dari pelbagai latarbelakang. sumber air kepada pengguna air di Kedah. dan ini telah didapati di Pahang. Kumbahan telah meningkat daripada yang menyamai 6. pembangunan yang tidak terkawal. Hutan tadahan air ini antara lain membekalkan air kepada sumber air utama di negeri Kedah iaitu empangan Muda. Pedu dan Ahning dan Sungai Muda dan Sungai Kedah. kegiatan pembalakan dan perlombongan di kawasan tadahan mengakibatkan masalah pemendapan dan kelodakan. Perak.tidak akan mengambil oksigen menyebabkan seseorang itu sesak pernafasan dan kelemasan dan keadaan ini lebih teruk pada bayi dan kanak-kanak. Kelantan. Kumbahan terus merupakan punca utama pencemaran organik memandangkan ianya tiga kali ganda melebihi jumlah beban pencemaran daripada industri dan buangan haiwan. Chebar Besar. Perak. Pulau Pinang dan Sarawak. meliputi 123 000 ha kawasan Hutan Tadahan Air termasuk Ulu Muda. Pencemaran kumbahan terutamanya dari buangan domestik dan haiwan. di beberapa muara sungai di negeri Johor. kepenggunaan. Perlis dan Pulau Pinang dan kepada masyarakat Industri terutamanya di Pulau Pinang dan Kulim dan tidak kurang juga fungsi hutan tadahan air tersebut sebagai habitat hidupan semulajadi yang dilihatkan sebagai satu kawasan Mega Biodiversiti yang harus dipelihara. . seperti yang ditunjukkan oleh faecal coliform memberi kesan besar terhadap pencemaran organik di kawasan air daratan. Sebagai contoh. Selangor dan Terengganu juga tercemar. Pulau Pinang. Padang Terap. pembalakan di Hutan Ulu Muda . Di samping itu. Kawasan tadahan air ini menjadi pergantungan kepada sumber air kepada 96 000 ha kawasan tanaman padi yang melibatkan 63 000 keluaraga petani. Pelepasan buangan industri dan domestik merupakan komponen utama bahan organik manakala pembukaan tanah secara besar-besaran.

makanan dan minuman. Di samping itu. Punca-punca industri yang menyebabkan pencemaran air terus tertumpu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan Johor. dan menjejaskan mutu kebersihan hasil akuakultur. Industri minyak sawit mentah dan industri pemerosesan getah asli turut terlibat dalam pelepasan beban organik. Satu kajian ke atas sistem pengolahan dan pelupusan buangan berbahaya telah menunjukkan tidak kurang daripada 380. Di samping itu. kertas. pelupusan najis manusia yang tidak teratur di kawasan setinggan. Di Negeri Sembilan. Pulau Pinang dan Selangor mencatatkan bilangan hampir 50 peratus. industri ini telah memberi kesan ke atas punca air di Sungai Linggi yang memerlukan pengolahan biologi dan kimia yang mahal sebelum airnya dapat digunakan untuk tujuan domestik. Penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal telah mengurangkan dengan banyaknya ikan air tawar di beberapa kawasan.Ini adalah disebabkan oleh kepadatan penduduk yang tinggi. Sungai yang tercemar oleh buangan haiwan ternakan telah memberi kesan ke atas pantai dan perairannya yang mana telah menggugat Port Dickson sebagai destinasi tarikan pelancong yang terkenal.000 m3 buangan beracun dan berbahaya daripada kira-kira 1. Masalah pencemaran daripada haiwan ternakan masih lagi belum dapat diselesaikan. Industri utama yang menyebabkan pencemaran tersebut ialah tekstil. dan juga oleh sebab penerokaan kawasan sekitar tasik untuk sektor pertanian. kawasan penempatan padat yang banyak di sepanjang pantai dan kemudahan yang tidak mencukupi untuk pengolahan kumbahan. Pencemaran air tasik dan air bawah tanah juga berlaku. Konsep Kawasan Ternakan Khinzir yang terkandung di dalam Dasar Pertanian Negara masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Pembangunan berterusan tanpa kawalan berkemungkinan akan menyebabkan pencemaran pada ekosistem tasik ini. menyebabkan tumbuhan akuatik seperti tumbuhan terapung dan tumbuhan tenggelam bertumbuh subur di kawasan tasik itu.000 punca dikeluarkan setiap tahun. Beberapa negeri masih belum lagi menggubal enakmen yang diperlukan untuk mengawal dan menguatkuasakan kawalan kebersihan ke atas buangan haiwan ternakan. tahap pencemaran oleh pepejal terampai terus berlaku akibat daripada aktiviti-aktiviti pembangunan tanah yang berleluasa di kawasan-kawasan berhampiran dan pedalaman. Pencemaran yang disebabkan oleh buangan industri yang ditanam dalam tanah serta baja kimia. Sebagai contoh. tahap pembandaran yang meningkat. Tasik Chini di negeri Pahang yang dibangunkan sebagai destinasi pelancongan. sementara beberapa negeri yang mempunyai undang-undang berkenaan masih belum lagi menguatkuasakannya dengan berkesan. pantai-pantai di beberapa kawasan di Pulau Pinang telah bertambah buruk. racun serangga dan racun rumpai dari bidang pertanian. di mana baja dibawa ke tasik oleh air hujan. Kawalan dan kelolaan ternakan khinzir adalah perlu memandangkan industri tersebut telah menimbulkan masalah alam sekitar yang ketara terutamanya di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. getah. .

Nitrogen Ammoniakal (NH3N) iv. iaitu : i. kanser. Menstabilkan suhu tubuh v. Membantu proses pencernaan iv. dan juga pembuangan dan limpahan minyak dan sisa berbahaya daripada kapal. Keperluan Oksigen Kimia (COD) iii. Nilai pH dan (pH) vi. artritis. Selain Oksigen. penyakit kulit. penyakit hati.Pencemaran laut berlaku oleh pembuangan kotoran daripada punca daratan ke laut. Bagi memastikan rakyat terus menikmati taraf kehidupan yang berunsur lestari. batu dalam hempedu dan sebagainya. sakit kepala. Perlu diingatkan air paip kegunaan domestik boleh juga dikantaminasikan kerana tangki yang kotor dan berkarat. jangkitan sistem penghadaman. Oksigen Terlarut (DO) Di samping itu. Lebih dari 70% tubuh manusia terdiri dari air. tumpahan minyak dari pelantar telah dilaporkan lebih banyak berlaku. . Air diperlukankan oleh semua organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan sempurna seperti : i. Kualiti air dinilai dengan menggunakan parameter berikut. gangguan sistem saraf. manusia akan dijangkit penyakit menular. 3 Pencemaran Air : Bahan Pencemar dan Kesan-kesannya Pencemaran air adalah salah satu penyebab penyakit kronik. Proses pembuangan racun / toxin ii. zink dan plumbum yang melebihi kepekatan maksimum yang dibenarkan mengikut Akta Pemakanan Malaysia 1985. Pelicin bagi sendi-sendi iii. tekanan darah tinggi. Walaubagaimanapun. kebanyakan tumpahan minyak yang berlaku di kawasan pelabuhan telah dapat dibersihkan di mana kos pembersihannya telah dapat dipungut daripada pihak-pihak yang berkenaan. Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) ii. air mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Pepejal Terampai (SS) v. parameter lain seperti logam berat dan bakteria perlu diambilkira kerana air paip yang dibekalkan mungkin dikontaminasikan dengan kuprum. di mana tahap kesihatan kebangsaan tidak menjejaskan pembangunan dan kemajuan negara yang berterusan. penyakit ginjal. Akibat meminum air yang tercemar. Di samping itu. penyakit batu karang. Metabolisma tubuh Berikut menunjukkan jadual berkenaan dengan warna mendapan air yang tercemar bersama dengan bahan pencemar serta kesan-kesannya terhadap kesihatan. kualiti air yang digunakan oleh rakyat jelata perlulah memenuhi satu piawaian yang standard.

yang secara langsung menyebabkan perubahan sistem sungai bukan sahaja dari segi kualiti tetapi juga kuantiti. · Pencemaran kimia (bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal dan biologi serta logam berat dikelaskan sebagai pencemar kimia ).4 Pencemaran Sungai Pencemaran sungai-sungai di kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar yang bertambah serius dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu kaedah penyelesaian yang benar-benar efektif untuk menangani masalah ini. Komposisi bahan berkenaan didapati melebihi paras yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti air Kebangsaan Interim Kelas II. Di Malaysia. Najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria seperti Escherichia coli. disentri. kaca dan kelodak) Pencemaran biologi (seperti najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria seperti Escherichia coli atau E. sampah sarap dan logam berat seperti arsenik. Coli. Mengikut kajian hidrologi ada tiga klasifikasi pencemaran air berlaku iaitu: Pencemaran fizikal (tidak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam. Selain itu. di samping bahan lain seperti najis binatang. kertas. taun. Akibat perubahan guna tanah yang berlaku telah mendedahkan sungai kepada pelbagai masalah yang tidak mampu ditanggung oleh sungai. punca utama pencemaran sungai berlaku disebabkan oleh kelodak dan sisa kumbahan. Keadaan ini dapat dilihat berdasarkan kepada masalah yang berlaku akibat perubahan yang berlaku. kusta dan penyakit paru. kadmium raksa dan plumbum. pembangunan di negara ini dan proses urbanisasi telah membawa kepada perubahan penggunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegiatan ekonomi serta penyediaan kemudahan sosial. cacing nematod dan mikrob lain). . demam kepialu. gatal kulit. cacing nematod dan mikrob lain dan dikenalpasti penyebab penyakit berbahaya seperti hepatitis.

Sungai Tukang Batu. Kualiti air sungai di negara kita secara keseluruhannya menurun. kualiti air sungai di Malaysia adalah dalam keadaan yang semakin merosot akibat daripada pencemaran alam sekitar. sehingga 2005 sebanyak 13 buah sungai di negara ini didapati mengalami pencemaran teruk manakala 75 buah lagi tercemar sederhana manakala 32 buah lagi masih bersih. Kualiti Air Semakin Merosot Tidak ramai di antara kalangan kita yang mengambil berat tentang makna sebenar kualiti bekalan air di seluruh negara yang semakin merosot kerana pencemaran berikutan kegiatan pembuangan sisa sampah dalam sistem saliran. semakin buruk pula pencemaran sumber bekalan air utama khususnya sungai yang berlaku. Sungai Buloh. Namun. 34 buah sungai tercemar sederhana dan 74 buah sungai bersih ( Jadual 1[4]). Sepatutnya. Sungai Batu di Perak. . Kualiti air[1] adalah dianggapkan bersih untuk kehidupan biologi sekiranya paras ukuran BOD adalah 3 miligram seliter (mg/liter). kita sebagai pengguna merasa bimbang tentang isu ini Kita meyedari semakin hebat dan pesatnya pembangunan serta pertumbuhan penduduk. Sungai Kempas. kandungan pepejal terampai tidak lebih daripada 50 mg/liter dan kandungan ammonia-nitrogen tidak melebihi 0. Sungai Juru dan Jejawi di Pulau Pinang. Sungai Benut dan Sungai Pasir Gudang di Johor. Pencemaran Sungai Kian Kritikal Berdasarkan statistik[2]. Selangor dan Pulau Pinang. Sungai yang tercemar teruk ialah Sungai Dondang. Sungai Sepang. Statistik ini menunjukkan bilangan sungai yang tidak tercemar mengalami kemerosotan berbanding dengan statistik[3] pada Tahun 2000. Sungai Sedili Besar.Seperti yang diketahui. Sungai Samit dan Sungai Tuaran di Sabah (yang tertinggi).3 mg/liter. Antara negeri yang mengalami pencemaran sungai paling tinggi adalah Johor. sumber air mentah di negara kita kebanyakannya diperoleh terus dari sungai utama dan empangan yang dibina untuk menyimpan air. Sungai Pahang dan Sungai Kempas didapati mengandungi kandungan logam raksa. Sungai Klang dan Sungai Buloh di Selangor. Sungai Selangor dan Sungai Golok adalah sungai-sungai yang teruk tercemar oleh kumbahan. Sungai Klang. di mana 12 buah sungai yang tercemar teruk. Sungai Miri/Lutongdi Sarawak dan Sungai Jimah di Negeri Sembilan. Sungai Rembah. tembaga. kadmium. Sementara sungai Sepang. plumbum serta zink yang melebihi standard yang dibenarkan.

Selain itu. Bab 15 : Alam Sekitar. 2000 [4] Water Quality Management in Malaysia . kelodak daripada hakisan yang juga sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti penerokaan hutan serta pelepasan sisa oleh industri juga menjadi penyumbang utama masalah pencemaran ini. JAS.Dr Zulkifli Abdul Rahman. para 15.Nota Kaki [1] Laporan Rancangan Malaysia Ke-6. JAS.05 [3] Water Quality Management in Malaysia . .06 [2] Laporan Rancangan Malaysia Ke-8 ( 2001-2005) Bab 19 para 19.Dr Zulkifli Abdul Rahman. 2000 Laporan juga menyatakan bahawa 70 peratus masalah pencemaran sungai disebabkan oleh kumbahan dan pembuangan sampah.

kerosakan organ-organbadan.Toksin kimia ini boleh menyebabkan keracunan makanan. 2. protozoa. plumbum.Baja kimia(i) Ekosistem air dapat di cemar oleh fosfat dan nitrat yangmeresap ke dalam kolam dan sungai daripada baja yang disembur.(ii) Misalnya.ii. danhepatitis A oleh virus. ciritbirit oleh protozoa Entamoeba.benzena. Kesemua jenis bahan pencemar air boleh dibahagikan kepada:(a) Agen biologii.(ii) Pepejal endapan dan ampaian menurunkan kualiti air sertamengakibatkan longgokan kelodak sungai yang bokd menyebabkanbanjir.ini akan menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan akuatik yangterlampau banyak lalu menyesak dan mengganggu keseimbanganekosistem air tersebut.(c) Toksin kimiai. sianida. Pencemaran air berlaku akibat pembuangan bahan kotoran domestik. gris.kuprum. industri. PCB.Toksin kimia organik pula adalah pestisid seperti DDT. dansebagainya. dan akali . penyakit demamkepialu oleh bakteria Salmonella. merkuri.ii. dan bahan-bahan lain yang terapung di atasair dapat mengurangkan penembusan cahaya matahari dan resapangas seperti oksigen.pertanian.Sifat air sebagai pelarut juga menyenangkan pencemarannya. asid. dan virus yang membawapenyakit. 3. Air ialah pelarut universal kerana banyak jenis bahan kimia larut di dalamnya.iii. kadmium. dan mutasi gen. selenium.b.Garam-garam inorganik.(d) Agen fizikal(i) Minyak. asid dan akalii.f. Ini seterusnya boleh menyebabkan hidupanakuatik mati. dan zink yang dibuang dari kilang-kilang. dan av dari stesen nuklear. penyakit kolera disebabkan oleh bakteria Vibrio.Contohnya. penyakit barah.Garam-garam inorganik.Kebanyakan sungai di Malaysia dicemarkan dengan kegiatan yang berikut: (1) Tumpahan Minyak(2) Buangan Dari Aktiviti Pertanian Dan Ternakan(3) Pelupusan Sampah Sarap Kumbahan Dan Lain-lain Buangan Perumahan(4) Pelupusan Bahan Buangan Kommersial Dan Industri(5) Bahan Buangan Pembinaan PENCEMARAN AIR 1. atau juga akibat hakisan tanah ke dalam sumber air sehingga menjadikansumber air itu tidak lagi selamat untuk hidupan air dan kegunaan manusia.(e) Bahan buangan radioaktifBahan buangan radioaktif mungkin disalurkan ke dalam sistem airsemasa pembuangan sisa radioaktif makmal kajian sisa radioaktifbuangan hospital.Antara toksin kimia inorganik yang mungkin terdapat dalam air yang tercemaradalah arsenik. jika kandungan fosfat dalam air adalah tinggi.Sumber air boleh dicemari oleh bakteria. kromium. kromat.

plumbum.Sampah sarap dan kumbahan ini disalurkan ke dalam parit dan seterusnya kedalam sungai. logam.Industri perlombongan petroleum di dasar laut juga mencemarkan laut denganpetroleum yang tertumpah keluar semasa penggerudian perigi minyak dan semasaperlanggaran atau letupan tangki minyak.Kilang-kilang yang mengeluarkan barangan seperti bahan kimia. getah.ii. dan sagu biasanyamembuang sisa-sisa hampas organik ke dalam sungai. pestisid.pestisid.Punca pertaniani.ii. Punca-punca pencemaran air boled dibahagikan kepada:(a) Punca domestiki.Kehadiran garam-garam inorganik kalsium semula jadi yang banyak menyebabkanair menjadi keras dan sukar membentuk buih dengan sabun. koko. elektronik. nenas.Dalam sungai. Garam-garam inijuga menyebabkan paip air tersumbat apabila garam kalsium diendapkan padadinding.iii. sampah organik akan mereput dan diuraikan oleh bakteria denganoksigen yang terlarut dalam air. dan arsenik juga dicurahkanoleh industri perlombongan ke dalam sistem sungai. dan sebagainya akan menghasilkan sisa-sisaberbentuk cecair dan ampaian yang biasanya dibuang ke dalam sungai. dan baja juga menghasilkan sisa-sisa toksik yangdisalurkan ke dalam sungai secara sengaja atau tidak sengaja.(b) Punca industrii.b. Ini akan mengurangkan kandungan oksigen airdan menyebabkan kematian organisma-organisma akuatik.Industri pengilangan yang berasaskan pertanian memproses hasil-hasilpertanian seperti kelapa sawit.ii.Sisa baja yang meresap ke sungai menyebabkan pertumbuhan alga yang cepatlalu menghalang penembusan cahaya ke bahagian bawah permukaan air dan inimengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan akuatik.iii. dakwat. dan insektisid untukmembunuh haiwan perosak dan herbisid untuk membunuh rumput-rumpai juga bolehmencemarkan air sungai. Ini menjejaskan rantaimakanan dan hidupan akuatik yang bergantung kepada plankton sebagai makananasasnya.iv.Dalam bidang pertanian.Pencemar domesfik terdiri daripada sampah sarap dan kumbahan pembuanganharian dari rumah kediaman di bandar atau di luar bandar. kuprum. terutamanya lombong bijih timah paling banyakmencemarkan air sungai dengan ampaian selut dan kelodak.Kilang-kilang industri penghasilan bahan agrokimia seperti insektisid.Industri perlombongan.tekstil.i. dalam paip.Organisma pengurai (pereput) menggunakan bahan organik sebagai punca tenagadan nutrisi. penggunaan baja.Kehadiran asid atau alkali yang berlebihan boleh mengganggu kemandirianekosistem akuatik kerana haiwan dan tumbuh-tumbuhan akuatik mempunyai julattahanan terhadap perubahan pH yang sempit.ii.Kehadiran garam magnesium sulfat yang terlampau banyak dalam air minumanboleh menyebabkao cirit-birit.Seterusnya rantai makanan dalam ekosistem air sungai akan terganggu. cat.merupakan hasil pembuangan dariindustri perkilangan dan aktiviti lain manusia. zink. Di samping itu ikan yang tercemar akan membahayakan kesihatanpengguna jika dimakan.herbisid.Bahan-bahan agrokimia ini yang disembur ke atas tumbuh-tumbuhan akan meresapke dalam tanah dan akhirnya sampai ke air bawah tanah serta sungai lalumencemarkannya.4.iv.v. Semasa aktiviti penguraian bahan- .b. Kesannya adalah kawasan pantai akantercemar dan banyak spesies burong laut akan mati akibat minyak yangterlekat pada bulu pelepahnya. Lapisan minyak di permukaan laut juga bolehmenghalang penembusan cahaya matahari ke dalam laut lalu menghentikan prosesfotosintesis tumbuh-tumbuhan laut dan fitoplankton.iii. Sisa-sisa logamlain seperti merkuri.5.iii. Keperluan oksigen biokimia (BOD)a.Penambahan bahan organik (seperti tumbuh-tumbuhan mati dan sampah sarap) kedalam air akan meningkatkan aktiviti organisma pengurai.

plastik dan kelodok.bahan organik berlaku. Pecemaran Biologi seperti najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria seperti Esterichia coli. Air minuman seharusnya mempunyai nilai BOD yang kurang daripada 1.Keperluan oksigen biokimia [BOD). tasik-tasik dan laut. Kandungan air juga boleh tercemar daripada air larut resap atau leachate yang mengalir dari tempat pembuangan atau pelupusan sampah.ii. Akal manusia tentu sekali dapat melihat keperluan menjaga kualiti air agar ia akan sentiasa selamat untuk digunakan. "Biochemical Oxygen Demand"] adalah jumlahkuantiti oksigen yang digunakan oleh mikroorganisma seperti bakteria dankulat untuk penguraian bahan organik dalam suatu sampel air. bahan kimia terlarut daripada pencemaran fizikal dan biologi serta logam berat dikelaskan sebagai pencemar kimia. banyakoksigen terlarut akan digunakan. tak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam. maka bekalan oksigenyang terlarut akan dihabiskan untuk aktiviti penguraian lalu melemaskanorganisma akuatik lain. seperti ikan dan zooplankton. dimana sisa-sisa bahan buangan ternakan seperti najis dibuang kedalam atau dialirkan kesungai. air seterusnya mengalir kekawasan tadahan atau tempat pengumpulan air atau empangan. Pencemaran air termasuklah pencemaran sungai-sungai. Melihat akan kepentingan air kepada kehidupan samaada kepada manusia atau makhluk yang lain seperti binatang dan tumbuhan tentunya logik akal akan membantu kita untuk sentiasa memelihara kualiti air. memandangkan air amat penting kepada kelangsungan hidup. . tumpuhan minyak daripada kapal-kapal. tanpa air amat sukar untuk manusia meneruskan kehidupan. kertas.sisa bahan buangan kilang-kilang secara haram dan tidak teratur.c. Aktiviti pertanian dan perternakan juga menyumbang kepada pencemaran air.Apabila terlampau banyak bahan organik hadir dalam air.Nilai BOD yang rendah menandakan kuantiti oksigen yang terlarut dalam airadalah tinggi manakala semakin tinggi nilai BOD.400 mg oksigen per liter air [iaitu 200 . Pencemaran Air dan Kesannya Pencemaran Air AIR adalah sumber alam yang sangat penting. nilai BOD yang biasa bagi air yang tercemar dengan najis adalah200 . semakin kurang oksigen yangterlarut dalam air. Pencemaran air adalah satu masalah alam sekitar yang bertambah serious dan sehingga sekarang masih tiada lagi keadah penyelesaian yang benar-benar efektif untuk menangani masalah ini. kaca. Mengikut kajian hidrologi ada tiga klasifikasi pencemaran air berlaku iaitu pencemaran Fizikal.Contohnya.cacing nemotad dan mikrob lain. Diantara pencemaran air yang kerap berlaku adalah air sungai menjadi kotor disebabkan pembuangan sampah. yang berpunca daripada beberapa aktiviti yang dijalankan oleh manusia. Pencemaran Kimia. menyebabkan air berbau busuk.400 ppm (bahagian per juta)].d.i. Kegiatan pembalakan yang tidak teratur juga menyumbang kepada pencemaran air sungai dimana kebanyakan air sungai menjadi keruh dan berlumpur. iaitu lebih tercemar sesuatu sampel air itu dengan bahanorganik.

industri elektronik dan semikonduktor. Ia boleh membawa penyakit taun. kadium raksa dan plumbum. sunagai Selangor dan sungai Golok adalah sungaisungai yang teruk tercemar oleh kumbuhan. industri makanan dan tapaian serta industri penghasilan barangan getah. dengan kebanyakan membuang terus ke sungai. selain menyebabkan penyakit kulit sekiranya kita mandi dengan air yang tercemar. sungai Klang. kadium. sungai Pahang dan sungai Kempas. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. sebanyak 63% lagi atau 73 batang sungai pada tahap tercemar. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. sungai Skudai. sampah sarap dan logam berat seperti arsenik.cirit-berit dan kolera. Contohnya. Pada bulan april 2006 sebagai contoh lebih 2 juta penduduk didearah Kuala Langat. Kegiatan ternakan terutamanya najis khinzir turut menyumbang kepada pencemaran air.plumbum serta zink yang tinggi seperti sungai Sawit dan sungai Tuaran di Sabah.sungai Klang dan sungai Damasara. Diantara penyumbang terbesar ialah industri pembersihan dan kerja-kerja logam. sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. Cuma 27% atau 32 batang sungai sahaja dikatagorikan sebagai bersih. manakala beberapa sungai didapati mengandungi kandungan logam raksa. Terdapat beberapa kesan pencemaran air diantaraanya membahayakan kesihatan apabila air tercemar di minum. operasi pemprosesan filem. boleh mengakibatkan penyakit.Di negara kita punca utama pemcemaran sungai atau air berlaku disebabkan oleh kelodak dan sisa kumbuhan disamping bahan lain seperti najis binatang. dari pusat pelupusan sampah Sungai Chembung milik Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Kajian yang dijalankan keatas 116 batang sungai diseluruh negara didapati10% tau 11 sungai paling teruk tercemar. yang tidak mempunyai loji rawatan leachate yang sempurna menyebabkan sungai tercemar dan memasuki kawasan tadahan. Lebih 70% masalah pencemaran air sungai disebabkan oleh kumbuhan dan pembuangan sampah selain itu. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menunjukkan sebahagian besar ladang terletak diSelangor dan Negeri Sembilan tidak mempunyai sistem pengurusan sisa najis khinzir yang betul dan menyebabkan pencemaran air. nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah.Hulu Langat. siput atau kerang yang akan dimakan oleh manusia. Petaling dan Sepang dilaporkan terputus bekalan air beberapa hari kerana pencemaran air busuk ommania di sungai Semeyih. Sungai Sepang. yang berpunca akibat pencemaran daripada air kotor atau leachate. Kegiatan darpada Industri telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada masalah pencemaran sungai atau air. Antara sungai yang terlibat termasuklah sungai Sepang. tembaga. sungai Buluh. . kelodok daripada hakisan yang juga sebahagian besarnya disebaakan oleh aktiviti penerokaan hutan serta perlepasan sisa oleh industri juga menjadi penyumbang utama masalah pencemaran air. membunuh kehidupan akuatik seperti ikan. Kesan Pencemaran Air Implikasi Kesihatan ± semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius. sungai Sengget.

salmonela. sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu. gangguan kulit. . cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai. demam panas. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit.Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf. Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri. cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya. Disenteri. kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak. muntah-muntah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->