You are on page 1of 19

PERMAINAN TRADISIONAL

WAU
SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


Penghargaan 2
Objektif Kajian 2
Kaedah Kajian 2-3
Hasil Kajian 3-16
- Latar Belakang 3-5
- Tujuan Dimainkan 5
- Jenis-Jenis Wau 5-7
- Bahagian Utama Wau 7
- Pembuatan Wau 7-15
- Kaedah Permainan 15-16
Rumusan 16-17
Lampiran 17-18
Rujukan 18

1
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan saya

kepada guru Sejarah saya, ................ kerana memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam tugasan ini.

Seterusnya, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya, ......................... dan

......................... yang memberi sokongan moral dan semangat kepada saya untuk menjalankan

tugasan ini. Akhir sekali, tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya

...................., .................... dan .......................... kerana berkongsi maklumat yang sangat berharga.

OBJEKTIF KAJIAN

Kerja Khusus Sejarah ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif. Objektif am ialah mencari

dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih dan mempelajari cara mengelas,

menganalisis, mentafsir, mensintesis, merumus dan merekod fakta sejarah dengan betul. Objektif

khusus bertujuan mengenali warisan seni permainan tradisional masyarakat Malaysia dengan lebih

mendalam serta mengetahui tentang latar belakang permainan wau, tujuan dimainkan dan lain-

lain.Objektif lain ialah menyemai semangat patriotik dan nilai-nilai murni di kalangan murid.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian dalam kajian Sejarah ini.

Temu ramah

Saya telah menemu ramah .................... yang merupakan pakar dalam permainan tradisional untuk

mendapatkan maklumat. Beliau dengan sukacitanya memberikan banyak informasi terutamanya

latar belakang wau yang sangat berguna.

Melayari internet

Saya juga melayari internet untuk memperoleh maklumat tentang permainan wau. Bahan

yang terdapat dalam laman web telah saya cetakkan sebagai lampiran. Saya merujuk

2
sumber-sumber lain untuk memastikan kesahihannya.

Analisis dokumen untuk mendapat data

Saya menganalisis buku-buku ilmiah, majalah, dan surat khabar untuk mendapatkan data

mengenai wau. Penyelidikan itu dibuat di perpustakaan sekolah saya dan perpustakaan

Alor Gajah. Data-data telah ditafsir sebelum diolah dalam kerja khusus.

HASIL KAJIAN

LATAR BELAKANG

Wau ialah sejenis permainan tradisional masyarakat Melayu yang memperlihatkan

keunikan pembuatan dan kemahiran bermain. Permainan wau telah digemari oleh

masyarakat Melayu sejak 5 abad lalu.Wau bukan sahaja untuk hiburan, malah juga

dipertandingkan oleh petani-petani selepas musim menuai padi.Wau ialah permainan

masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Masyarakat Melayu

mempercayai ada kaitan antara semangat angin dan langit.

Kini, wau merupakan permainan yang popular di beberapa buah negeri khususnya

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau terkenal di negeri-negeri ini kerana wau

dimainkan apabila selesainya musim menuai padi. Kawasan sawah padi yang lapang

memudahkan pengedaran udara yang menjadi unsur terpenting untuk menerbangkan wau.

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh

serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun, menurut sejarahwan Clive Hart, wau berasal

dari negara China. Ini kerana reka bentuk wau mempunyai persamaan dengan layang-

layang tradisional di China.

Menurut suatu catatan, wau dicipta oleh seorang yang bernama Sang Jaya. Dia

juga digelar sebagai Dewa Muda, Dewa Hindu dan Masai Kelana Seri Panji. Wau

3
dikatakan dihasilkan pada sekitar tahun 711 hingga 839. Ada pihak yang mendakwa

negara asal bermulanya wau ialah Indonesia, Thailand dan Kelantan.

Pendapat ketiga mengatakan wau telah dicipta di China pada 3000 tahun dahulu,

tetapi tujuannya bukan untuk hiburan, sebaliknya digunakan untuk emnerbangkan

makanan kepada mereka yang terperangkap di bukut atau gunung semasa banjir.

Mitos Permainan Wau

Wau dikaitkan dengan mitos “semangat padi” yang berasal dari negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang isteri di Kedah yang bekerja sebagai petani di sebuah

kaki bukit dengan menanam huma. Mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu

dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa..Oleh sebab suaminya ingin

mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu

membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Maka sang isteri berasa cemburu lalu dia menyiksa anak gadisnya sehingga

melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya pada tahun itu padi yang

dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak

gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut

sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang

menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Asal-Usul Nama

Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri-negeri

Melayu utara menggunakan perkataan tersebut. Di negeri Pantai Barat dan Selatan

Semenanjung seperti Melaka, Selangor, dan Johor, wau juga dikenali sebagai “layang-

layang”. Hal ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang mengatakan

4
bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat

DiRaja, dan tidak disebut pula bermain wau.

Selain itu nama “wau” juga dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur

yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur

tersebut akan menghasilkan bunyi “wau”,”wau”,”wau” secara berirama.

TUJUAN DIMAINKAN

Pada mulanya, wau dicipta sebagai simbol kebesaran sesebuah negara. Wau turut

digunakan sebagai panduan menentukan arah mata angin. Selain itu, wau juga dikatakan

menjadi lambang kejayaan bagi setiap serangan yang berjaya dilakukan ke atas negara

lain pada zaman silam.

Apabila berjaya dalam sesuatu serangan misalnya, satu pesta akan diadakan oleh

penduduk setempat bagi meraikan kemenanagan. Caranya dengan mengadakan upacara

menaikkan wau di tempat-tempat terbuka serta disaksikan oleh orang ramai. Lama-

kelamaan wau telah dijadikan sebagai satu permainan masa lapang yang popular hingga

turut diadakan pertandingan di persada antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite

Festivals International Guests.

JENIS-JENIS WAU

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Antaranya ialah wau burung, wau pari, wau

katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau

sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu iaitu wau bulan. Kelantan

dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang

menarik.Selain dijadikan sebagai permainan, wau juga dijadikan sebagai hasil kraftangan

dan hiasan dinding.

5
Wau Bulan

Antara pelbagai jenis wau yang diperagakan, wau bulan merupakan wau yang paling

popular. Wau bulan mempunyai bentuk seperti bulan sabit pada bahagian hadapan dan

separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang

terbit di angkasa apabila diterbangkan. Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz

yang lebih besar berbanding wau lain. Hal ini untuk memastikan corak yang terdapat

pada wau tersebut kelihatan terang dan menyerlah. Pemilihan warna terang dan corak

yang lebih besar digunakan. Keindahan dan reka bentuk wau bulan yang menarik turut

menjadi lambang syarikat kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Wau Burung

Wau burung mempunyai bentuk asas seperti wau bulan, tetapi bentuk badan dan kepala

wau ini lebih kecil. Terdapat juga bentuk wau burung yang hampir menyerupai seekor

burung berterbangan ketika dilayangkan di udara.Terdapat dua jenis wau burung yang

popular iaitu Wau Burung Helang dan Wau Burung Merak.Wau Burung Helang dibentuk

seperti burung helang yang mempunyai kepala serta berparuh kecil. Pada bahagian kepala

turut dihiasi dengan ropol yang kelihatan seperti bulu. Wau Burung Merak pula dihiasi

dengan ukiran yang berbentuk corak dan warna seekor merak. Pelbagai jenis ropol

diletakkan di bahagian ekor wau untuk kelihataan lebih cantik.

Wau Ikan

Wau ikan yang dihasilkan berbentuk ikan bawal, ikan emas dan sebagainya. Berbanding

bentuk-bentuk lain, wau berbentuk ikan emas lebih menarik kerana ropol-ropol yang

membentuk ekor atau sirip. Meskipun begitu, wau ikan kurang diminati oleh kebanyakan

penggemar wau berbanding wau bulan.

6
Wau Kucing

Wau kucing ialah wau yang dihasilkan untuk mempelbagaikan corak dan bentuk wau.

Walaupun pada asalnya wau kucing sama seperti wau bulan, namun terdapat sedikit

penambahan yang dilakukan. Wau kucing mempunyai warna yang lebih gelap dan

mempunyai jurai-jurai di bahagian ekor seperti ekor kucing. Wau kucing jarang

dihasilkan kerana kurang menarik.

BAHAGIAN UTAMA WAU

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala

wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang, dan ekor wau.

Belalai dan jambul

Busur atau Kepala wau


dengung

Sayap
Torek atau pinggang

Ekor wau

PEMBUATAN WAU

Wau mempunyai daya tarikan yang tersendiri pada pandangan orang ramai sewaktu wau

melayang di udara. Justeru, wau memerlukan ketelitian, kesabaran dan ketekunan untuk

7
menghasilkan wau yang bermutu dan berkualiti. Pembuatan wau agak rumit, dari kerja-

kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga

melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa kira-kira dua minggu untuk

siap.

Kekuatan buluh banyak bergantung pada buluh yang menjadi rangkanya. Buluh

merupakan bahan asas untuk membuat wau. Namun, tidak semua jenis buluh sesuai

digunakan untuk membuat wau. Buluh mestilah tebal, ringan dan mudah lentur supaya

rangka yang dibuat kukuh. Buluh yang paling baik ialah buluh yang mati beragan atau

mati pada bahagian rumpun dan berusia tiga hingga lima tahun.Buluh betung dan buluh

minyak antara buluh yang paling banyak digunakan untuk membuat wau. Hal ini

disebabkan buluh jenis ini mempunyai ruas yang panjang dan tahan lebih lama.

Terdapat beberapa petua serta pantang larang yang terlibat semasa ingin

menebang buluh.

Petua Dan Pantang Semasa Mencari Dan Menebang Buluh

• Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak

atau dusun.

• Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

• Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai

banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

• Jangan bercakap semasa menebang buluh.

• Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai

semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

8
• Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti

di waktu tengahari.

• Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

• Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu

• Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.

• Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah

ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk,

hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wak kelik ni ialah hak aku, mu tok sah

ikut akulah, mu make hok sini”.

Buluh yang baru saja ditebang akan dibelah dan dijemur terlebih dahulu selama

seminggu. Hal ini kerana buluh yang dikeringkan menjadi lebih ringan dan memberi imbangan

yang diperlukan ketika wau diterbangkan ke udara. Selepas itu, buluh akan diraut, dikerat dan

diukur dengan teliti untuk membentuk sayap dan ekor wau. Antara bahagian buluh yang perlu

diraut adalah seperti :

• Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1cm dengan kadar lembut dan sederhana

keras.

• Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 cm dan semakin

halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

• Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian diraut sehingga 0.5 cm

Bagi imbangan yang baik, buluh menegak yang bertindak sebagai tulang belakang

wau mestilah tebal daripada buluh lain dalam rangka wau.

Proses Mengikat Bingkai Rangka Wau ( Wau Bulan )

9
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang

rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong

mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping

untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang

hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah

kepingan buluh.

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda.

2.Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu.

3.Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang

4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang.

5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap

6. Untuk bahagian pinggang, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada

bahagian sayap dan ekor wau. Seterusnya kepingan buluh yang diraut lebih nipis

dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan

dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.

7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada

kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang. Bagi mendapatkan

bunyi yang berdengung merdu ketika wau diterbangkan, plastik nipis atau sagu muda

digunakan dan diletakkan di bahagian kepala wau.

10
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan

lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan

kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat yang telah ditebuk.

Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. Kertas ini akan

ditampal pada rangka wau dengan menggunakan gam.

Proses Memasang Tanah Wau

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada

wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih

kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.

2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan 2cm dari rangka bingkai.

3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.

4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara

elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik

dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap,

dan lipat dua untuk bahagian ekor.

2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan

satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak

dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.

11
3. Corak dipotong menggunakan pisau tajam khas.

4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain dengan menyapu gam di belakang kertas

corak. Gam dicampur dengan air terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada berkedut.

Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Selepas itu, kertas berwarna

diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudian diratakan dengan

menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.

5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas

berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.

6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam pada bahagian

tepinya sahaja. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam

menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang

wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau.

Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas

yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan

dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau

hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Kertas yang digunakan nipis dan tahan lama supaya wau tidak mudah rosak

apabila diterbangkan. Sementara kertas yang terlalu tebal atau berat mungkin akan

mengganggu kelancaran wau untuk dinaikkan ke udara. Tarikan pada corak badan wau

akan menjadi tontonan orang ramai sewaktu wau melayang gah di udara.

Corak dan Ukiran Wau

Wau merupakan antara permainan tradisional yang paling menarik. Kebolehannya

berlegar-legar di ruang angkasa sungguh mempesonakan. Ditambah lagi dengan

12
pemilihan pelbagai corak yang menarik serta berwarna-warni. Bagi menghasilkan wau

yang menarik, pelbagai corak dilakarkan pada dada wau. Kemahiran melakar wau

bergantung kepada kreativiti seseorang. Bentuk wau tidak menarik sekiranya tidak dihiasi

dengan motif-motif di atasnya. Dalam menghasilkan motif-motif yang menarik, biasanya

motif yang berasaskan alam semula jadi menjadi panduan. Jenis-jenis motif yang terdapat

dalam wau termasuklah:

Motif Bunga-Bungaan

Motif yang paling popular ialah motif bunga-bungaan. Bunga-bungaan yang menjadi

pilihan adalah dari jenis yang mudah dilakar seperti bunga labu, bunga pecah

lapan,cemapaka dan sebagainya. Motif bunga menjadi pilihan kebanyakan pereka

disebabkan kecantikan dan keindahannya selain memang sinonim dengan kehidupan

masyarakat Melayu yang suka akan bunga.

Motif Abstrak

Corak abstrak ialah corak yang sukar untuk dtafsirkan. Namun begitu, corak abstrak terus

menjadi pilihan pembuat wau. Antara bentuk abstrak yang digemari ialah pucuk jala dan

mata berkait.Motif pucuk jala berbentuk bahagian sudut jala. Bentuk mata berkait seperti

mata bersambungan antara satu sama lain.

Motif Haiwan

Motif haiwan juga menjadi daya tarikan untuk mencorakkan wau. Pun begitu, hanya

sesuatu bahagian haiwan sahaja yang dilakarkan terutama pada sudut pandangan tertentu

namun tetap kelihatan menarik.Motif haiwan yang sering digunakan ialah siku keluang,

tapak harimau, tulang ikan dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis motif haiwan yang

dapat dicorakkan tetapi bergantung kepada kemahiran pembuatnya. Ada kalanya, lakaran

13
haiwan diselang-selikan dengan kombinasi warna abstrak yang memberikan imej yang

lebih terserlah pada wau tersebut.

Motif Geometri

Motif geometri turut menjadi daya tarikan mencorakkan sesebuah wau. Bentuk geometri

biasanya hanya berkisar pada bentuk garisan lurus, melintang dan juga menyerong.

Namun jika dipelbagaikan bentuk-bentuk ini, garisan-garisan ini akan menghasilkan

kelainan yang unik lagi mempesonakan serta lari daripada imej lakaran berbentuk biasa.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu

Di bahagian kepala atau muncungnya serta di hujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi

dengan rambu-rambu atau jambul halus yang berwarna warni menambah cantik lagi

rupanya. Rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat

daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk

membentuk rambu

Proses Membuat Serta Memasang Belalai

Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau

Busur terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.

1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.

2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi

yang dikehendaki.

4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang 2cm dan

ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.

14
5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau

dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang

nilon.

Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya

mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan di udara. Busul diperbuat dari daun

rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia

berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang

belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

KAEDAH PERMAINAN

Kelebihan permainan wau adalah wau dapat dimainkan di mana-mana sahaja tanpa perlu

adanya gelanggang khusus. Setiap kawasan lapang boleh dijadikan tempat permainan

wau. Biasanya wau dimainkan di kawasan lapang di tepi pantai, kawasan sawah, padang

dan sebagainya. Kelebihan kawasan lapang adalah mempunyai tiupan angin kencang

yang mampu menerbangkan wau lebih tinggi di samping memudahkan lagi pergerakan

seseorang pemain wau. Bagi penggemar wau, kepuasan jelas terlihat apabila wau yang

dimainkan mampu terbang tinggi.

Sebelum diterbangkan, wau perlu mempunyai keseimbangan yang baik dan tidak

berat sebelah. Faktor ini akan menentukan sama ada wau dapat terbang dengan baik atau

sebaliknya. Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan

memegang wau yang digelar “jurumain tali” akan bertindak membawa wau kira-kira 15

hingga 25 meter dari kedudukan rakannya dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang

memegang tali.

15
Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara

menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara sehingga

mampu mencecah 600 meter. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau

yang dihias berwarna-warni.Setelah wau naik tinggi, juruanjung akan menambat tali wau

pada pangkal pokok atau terus memegang tali itu. Wau hanya akan jatuh setelah tiada

angin yang bertiup.

Pada masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat

Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh

masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang

telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang

dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakan pertunjukan wau dan layang-

layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan

atau pertandingan wau antarabangsa.

RUMUSAN

Saya berasa syukur dan lega kerana telah telah selesai membuat Kerja Khusus Sejarah

dalam masa yang ditetapkan. Banyak pengetahuan dan ikhtibar yang saya peroleh semasa

membuat kajian ini.

Saya telah mendapat banyak pengetahuan tentang latar belakang wau, pembuatan

wau dan sebagainya. Saya telah memahami kepentingan pemeliharaan warisan budaya

yang merupakan identiti budaya bangsa Melayu dan mempunyai nilai estetika yang

tinggi. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menghargai warisan permainan

tradisional dan mengambil tindakan yang perlu supaya kesenian ini tidak akan ditelan

arus kemodenan. Kita patut mencontohi sikap ketelitian, kesabaran dan ketekunan

16
seorang pembuat wau semasa membuat wau. Sikap ini perlu dipraktikkan dalam apa jua

perkara yang dilakukan supaya perkara itu dapat dilaksanakan dengan berjaya.

Selain itu, saya dapat mempelajari kaedah pengkajian sejarah yang betul. Saya

mempelajari membuat penyelidikan daripada buku ilmiah atau bahan bertulis lain,

menganalisis, dan merekod fakta sejarah dengan cara yang betul. Kesimpulannya, kerja

khusus ini telah memberikan saya pengalaman yang berharga.

LAMPIRAN

Wau Kucing Wau Merak


Wau Bulan

17
RUJUKAN

Buku Ilmiah

Zabri Zakaria, 2005, Variasi Seni dan Budaya:Permainan Rakyat,Selangor:SEJATI

BOOKS

Laman Web

http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

http://www.ppas.org.my/Pameran%20Maya/2004/November/Waubul~1.ppt

Televisyen

Tajuk program : Majalah 3

Tarikh : 8.3.2008 (Sabtu)

Masa : 9.00 p.m.-10.00 p.m.

Rangkaian : TV3

18
19

You might also like