You are on page 1of 12

Pendidikan Agama Islam

HUBUNGAN IBADAT DENGAN KEHIDUPAN SEHARIAN

Ibadat merupakan tugas dan kewajipan manusia terhadap Allah s.w.t, Tuhan yang
menciptakan dan juga mencipta alam semesta ini. Ia juga merupakan matlamat
utama mengapa Allah menjadikan manusia sebagaimana yang diterangkan oleh
Allah s.w.t dalam surah al-Dzariat ayat 56:

‫نس ۡٱل ِجنَّ َخلَ ۡقتُ َو َما‬


َ ِ ‫ُون إِاَّل َوٱإۡل‬
ِ ‫ لِ َي ۡع ُبد‬٥٦

“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk beribadat
kepadaKu"

Berdasarkan dalil di atas jelas menunjukkan bahawa ibadat merupakan perkara


yang sangat penting yang mesti difahami betul-betul oleh setiap orang yang beriman
kepada Allah dan para RasulNya sebelum ia diamalkan dan dihayatinya.

Dari segi bahasa, ibadah berasal dari perkataan "Abada" iaitu bererti patuh, taat,
setia, tunduk, sembah, menghambakan diri dan seumpamanya. Dari segi istilah,
ibadat merangkumi perkara-perkara yang disukai oleh Allah s.w.t sama ada berupa
perkataan atau perbuatan sama ada zahir ataupun batin.

Konsep ibadah dalam Islam pula merangkumi segala kegiatan manusia sama ada
dari segi rohaniah, jasmaniah, dunia , akhirat, zahir dan batin yang mencakupi
semua perkara dan perbuatan yang sesuai dengan suruhan dan larangan Allah s.w.t
iaitu mentaati segala yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang.

Ulama telah membahagikan ibadah kepada dua bahagian iaitu ibadah ‘Ammah iaitu
ibadah umum manakala Ibadah Khassah bermaksud ibadah khusus.

Ibadah Khassah (khusus) ialah ibadah yang caranya, rukunnya dan syaratnya
telah ditetapkan oleh Allah swt iaitu ibadah yang mana struktur, sistem dan
peraturannya telah ditetapkan oleh Syariat Islamiyyah secara lengkap dan terperinci
dan mesti dilaksanakan dengan sempurna. Dalam ibadah jenis ini, kita hanya
melaksanakan sahaja sesuai dengan apa yang ditetapkan tanpa boleh meminda,
merubah, menambah atau menguranginya. Contohnya sembahyang, puasa, zakat

1
Pendidikan Agama Islam

dan mengerjakan haji. Dengan erti kata lain mesti ditunaikan oleh setiap individu
yang mencakupi syarat-syarat dan digelar sebagai ibadah 'Fardhu Ain'.

Ibadah khusus yang dilakukan akan diterima sekiranya ibadah tersebut


mengandungi dua perkara iaitu, niat yang ikhlas kerana Allah swt. dan
melakukannya dalam bentuk yang ditentukan untuk ibadah tersebut.

Ibadah umum (‘Ammah) ialah ibadat yang meliputi segala aspek kehidupan
manusia. Iaitu pengabdian diri secara tidak langsung kepada Allah menerusi semua
urusan kehidupan duniawi yang mengikat hubungan sesama manusia dan makhluk
lain yang berlandaskan aqidah dan syariat Islam.

Antara urusan tersebut termasuklah aktiviti atau amalan manusia di ladang, kilang,
pejabat, rumah atau di mana saja ia berada dan pada bila-bila masa tanpa terikat
dengan satu-satu jangkamasa dan tempat-tempat tertentu dan kegiatan kehidupan
seharian tetapi mempunyai syarat-syarat tertentu.

Seseorang Muslim yang beribadat kepada Allah swt dengan fikirannya, dengan
hatinya, dengan lidahnya, dengan pendengarannya, penglihatannya dan segala
pancainderanya, beribadat dengan badannya, dengan hartanya, dengan
mengorbankan jiwanya dan lain-lain seperti menuntut ilmu, berniaga dan
sebagainya.

Ka'ab bin Ujrah ra berkata : Pada suatu ketika seorang lelaki di hadapan Rasulullah
saw yang sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya. Demi mereka melihat
kepantasan dan kecerdasan orang itu, mereka berkata : "Wahai Rasulullah,
alangkah baiknya jika dia menjadi tentera berperang di jalan Allah." Rasulullah saw
bersabda : "Sekiranya ia keluar untuk menyara hidup anak-anaknya yang masih
kecil, maka ia di jalan Allah, sekiranya ia keluar untuk menyara ibubapanya yang
sudah tua, maka ia di jalan Allah, sekiranya ia keluar untuk menyara hidupnya
sendiri dan memelihara kehormatannya, maka ia di jalan Allah. Kalau ia keluar
semata-mata untuk riya' (menunjuk-nunjuk) dan untuk bermegah atau berbangga,
maka ia di jalan syaitan." (Hadith riwayat Tabrani).

2
Pendidikan Agama Islam

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Tidaklah seseorang Muslim itu bercucuk
tanam atau menanam tanaman, kemudian dimakan oleh burung, manusia atau
binatang melainkan diberi ganti baginya dengan pahala sedekah.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Di dalam persetubuhan salah seorang
kamu ada nilai sadaqah (diberi pahala)." Para sahabat bertanya : "Adakah salah
seorang kami memenuhi syahwatnya dan diberi ganjaran pahala?" Rasulullah saw
menjawab : "Apakah kamu tidak mengetahui sekiranya ia memenuhinya pada yang
haram bukankah ia berdosa?" Mereka menjawab : "Ya." Rasulullah saw bersabda :
"Begitu juga jika ia memenuhinya pada yang halal maka baginya pahala." (Hadith
riwayat Muslim dan Tarmizi)

Banyak lagi hadith-hadith lain yang menunjukkan kepada kita kelasan ruang lingkup
ibadat yang meliputi seluruh aktiviti atau kegiatan manusia dalam segala
kehidupannya. Sebagaimana yang dikatakan oleh ulama iaitu merupakan
kesempurnaan rahmat dan kasih sayang Allah swt ke atas hambaNya yang mana
Allah memberi pahala kepada mereka dalam segala tindakan mereka asalkan
tindakan tersebut bercanggah dengan syariatNya, tidak melalaikan daripada
melakukan ibadat khusus dan mestilah dengan niat untuk mencari keredhaan Allah
swt. Inilah yang dikatakan ibadah yang menjalankan kewajipan sebagai khalifah
Allah.

Menunaikan hak peribadi seperti makan, minum, menuntut ilmu adalah ibadat.
Menunaikan kewajipan kemasyarakatan sesuai dengan perintah Allah swt adalah
ibadat. Memberi makan haiwan yang lapar adalah ibadat dan sebagainya.

Pada dasarnya, amalan seseorang itu akan diberi ganjaran pahala jika ianya
memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Orang yang melakukannya adalah orang yang beragama Islam, yang beriman
kepada Allah swt. Orang yang tidak beriman segala amalannya tidak mempunyai
nilai di sisi Allah swt.

b) Niat yang baik, bersih dan ikhlas, jauh daripada niat yang buruk iaitu untuk
memenuhi tuntutan agama dan mencari keredhaan Allah swt. Sabda Rasulullah saw

3
Pendidikan Agama Islam

yang bermaksud : "Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat dan
tiap-tiap orang itu akan dibalas mengikut niatnya"

c) Segala pekerjaan yang dilakukan mestilah pekerjaan yang diharuskan dan


diterima oleh syariat Islam serta tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.
Contohnya kerja atau amalan yang haram seperti bekerja di kedaiminuman keras,
kelab malam, berjudi dan sebagainya tidak dianggap ibadah walaupun niatnya baik
kerana Allah swt.

d) Pekerjaan yang dilakukan itu tidak melalaikan atau menghalang seseorang


daripada melaksanakan tanggungjawab yang asasi seperto solat, puasa, zakat dan
sebagainya.

e) Pekerjaan itu hendaklah dilakukan dengan tekun, cekap dan optimum iaitu
melaksanakan tugas dalam lingkungan kemampuan dan kepakarannya.

f) Pekerjaan tu hendaklah disertakan dengan rasa syukur kepada Allah dan


dilakukan dengan cara yang sederhana.

Ibadah dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang unik dan berbeza dari agama dan
kepercayaan yang lain. Antaranya ialah :

Bebas dari sebarang perantaraan iaitu, Ibadah dilakukan secara langsung antara
makhluk dan Khaliq (Allah) tanpa sebarang perantaraan.

Tidak terikat dengan sesuatu tempat tertentu. Setiap hamba Alah dapat
berhubung dengan Allah dari arah dan penjuru dan di mana saja ia berada. Sabda
Rasullah s.a.w yang bermaksud : " Seluruh muka bumi ini adalah dijadikan masjid
untukku yakni suci dan bersih".

Tidak membebankan kerana ibadah dalam Islam bersifat mudah, ringan dan dalam
kemampuan manusia melakukannya.

Meliputi semua bidang kehidupan. Ibadah dalam Islam bukan hanya terbatas
kepada hubungan manusia dengan Allah bahkan merangkumi hubungan manusia

4
Pendidikan Agama Islam

sesama manusia yang merangkumi aspek ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan
sebagainya.

Ikhlas. Setiap ibadah yang dilakukan tidak mengharapkan balasan dari orang lain.
Setiap kebaikan yang dilakukan adalah kerana mengharapkan keredhaan Allah
semata – mata.

Ibadah adalah semua perkara yang dilakukan disukai dan diredhai oleh Allah s.w.t
sama ada perkataan, zahir dan batin." Oleh itu, sembahyang, puasa, zakat, haji,
bercakap benar, menunaikan amanah, berbakti kepada orang tua,menghubungkan
silaturahim, menyuruh yang maaruf, mencgah yang mungkar, berdoa, berzikir,
membaca al-Quran dan seumpamanya adalah termasuk dalam ibadah.

Ibadah adalah kepatuhan atau ketundukan yang terbit dari hati yang mencintai allah
kerana tiada yang lebih layak dicintai melainkan Allah s.w.t. Oleh itu, kasih kepada
Allah dan RasulNya, takut kepadanya, taubat, ikhlas, sabar terhadap ketentuan
Allah, bersyukur terhadap nikmatnya, redha kepada qadha' dan qadar, bertawakkal
kepadanya dan takut terhadap azab Allah juga termasuk dalam skop ibadah.

Tegasnya skop ibadah dalam Islam amat luas iaitu merangkumi seluruh aktiviti
kehidupan. Demikian juga tidur anda, percakapan anda, perbuatan anda dan
sebagainya. Skopnya begitu luas sehingga hubungan seks anda dengan isteri atau
suami juga dikira sebagai ibadah.

Ibadah yang terbaik adalah ibadah yang dipanggil sebagai afdhal. Ibadah afdhal
ialah ibadah yang dilakukan bagi tujuan mencapai keredhaan Allah swt bagi setap
masa mengikut kehendak di masa itu. Antaranya ialah Ibadah yang afdhal ketika
peperangan menentang musuh Allah ialah berjihad walaupun terpaksa
meninggalkan segala sembahyang sunat di maam hari, puasa di siang hari atau
wirid-wirid tertentu. Manakala ibadah yang afdhal ketika ada tetamu ialah melayan
tetamu. Ibadah yang afdhal ketika sembahyang lima waktu ialah bersungguh-
sungguh mengerjakannya dengan cara yang paling sempurna dan mengerjakannya
pada awal-awal waktu.

5
Pendidikan Agama Islam

Ibadah yang afdhal ketika mendengar azan ialah meninggalkan segala wirid dan
bacaa-bacaan lain dan menjawab azan dengan penuh perhatian. Seterusnya,
ibadah yang afdhal ketika kesusahan ialah menolong orang-orang yang ditimpa
kesusahan. Ibadah yang afdhal ketika di Arafah ialah berdoa, berzikir dan tilawah al-
Quran dan ibadah yang afdhal ketika ada orang yang sakit ialah menziarahi si sakit.

Proses pembentukan peribadi sesebuah masyarakat atau individu sama seperti


proses membina sebuah bangunan. Kalau dalam pembinaan bangunan asasnya
disiapkan dahulu begitu juga dengan membentuk masyarakat mesti dimulakan
dengan pembinaan asasnya terlebih dahulu. Peribadi muslim ialah peribadi yang
tersendiri yang terbentuk dari latihan-latihan melalui ibadat. Dalam seluruh
peribadatan, keikhlasan menjadi sari pati yang amat dikehendaki. Ibadah
mempunyai hubungan yang erat dengan aqidah. Antaranya ialah

a) Ibadah adalah hasil daripada aqidah iaitu keimanan terhadap Allah sebenarnya
yang telah membawa manusia untuk beribadat kepada Allah swt.

b) Aqidah adalah asas penerimaan ibadah iaitu tanpa aqidah perbuatan seseorang
manusia bagaimana baik pun tidak akan diterima oleh Allah swt.

c) Aqidah merupakan tenaga penggerak yang mendorong manusia melakukan


ibadat serta menghadapi segala cabaran dan rintangan.

Kesan – kesan ibadah

a) Ibadah merupakan makanan atau santapan rohani, sebagaimana makanan dan


minuman yang menyuburkan jasad, begitu juga ibadah menyuburkan ruh.

b) Ibadah dapat melahirkan perasaan bebas daripada sebarang perhambaan


kepada selain Allah iaitu dapat mengembalikan manusia kepada fitrahnya sebagai
hamba Allah swt.

6
Pendidikan Agama Islam

c) Ibadah dapat mencorakkan kehidupan kehidupan seseorang


muslim berdasarkan celupan Allah di mana mereka sentiasa terikat dan patuh
kepada hukum dan peraturan daripada Allah swt.

d) Ibadah dapat membentuk akhlak dan membentuk jiwa yang mulia.

e) Ibadah dapat melahirkan kesatuan matlamat alam kehidupan individu dan


masyarakat. Ia juga menjadi asas perpaduan umat Islam dari pelusuk dunia.

f) Ibadah mendekatkan diri kepada Allah dan dengan itu memuliakan manusia


daripada makhluk-makhluk lainnya.

g) Ibadah menguji kesabaran, keimanan dan ketaatan manusia terhadap Allah


swt.

Hubungan Ibadat dengan Akidah

a) Ibadah adalah hasil daripada aqidah iaitu keimanan terhadap Allah sebenarnya
yang telah membawa manusia untuk beribadat kepada Allah swt.

b) Aqidah adalah asas penerimaan ibadah iaitu tanpa aqidah perbuatan seseorang
manusia bagaimana baik pun tidak akan diterima oleh Allah swt.

c) Aqidah merupakan tenaga penggerak yang mendorong manusia melakukan


ibadat serta menghadapi segala cabaran dan rintangan.

Daripada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa ibadah dalam Islam bukan
hanya sekadar melakukan solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya tetapi meliputi
seluruh urusan hidup manusia. Iaitu ibadat dalam pengertian umum
adalah menjalani kehidupan untuk memperolehi keredhaan Allah swt dengan
mentaati syariatnya dan semua perbuatan yang diizinkan oleh Allah swt, maka itulah
yang dikatakan ibadat.

7
Pendidikan Agama Islam

PERBEZAAN AMALAN MAKMUM MUAFIQ DAN MAKMUM MASBUQ

Makmum Muafiq Makmum Masbuq


Muafiq: Seorang ma’mum yang sempat Masbuq: seorang ma’mum yang tidak
berjemaah dengan imam semasa berdiri sempat berjemaah semasa berdiri
(qiam) imamnya, di mana ia mempunyai imamnya dan tidak mendapat masa
masa yang cukup untuk membaca Al- yang cukup untuk membaca Al-Fatihah
Fatihah bersama Imam dengan bacaan bersama Imam.
yang sederhana.
Ia boleh berlaku ke atas seseorang Ini disebabkan Imam telahpun rukuk
ma’mum kepada empat rakaat sama ada atau hampir-hampir rukuk kemudian
pada rakaat pertama, rakaat kedua, ma’mum tadi masuk ke saf sembahyang
rakaat ketiga, dan seterusnya pada rakaat berjemaah.
keempat.

Keadaan makmum muafiq sebelum Keadaan makmum masbuq sebelum


memulakan solat memulakan solat

Hukum bagi orang muafiq dimaaf Ma’mum yang masbuq hukumnya


kepadanya tertinggal jarak tiga rukun dimaafkan meninggalkan bacaan
yang panjang daripada imamnya. Tidak fatihah, kerana fatihah yang belum
termasuk rukun yang pendek. dibaca atau sempat dibaca sebahagian
sahaja oleh ma’mum itu dikira
semuanya ditanggung oleh imamnya.

Seorang ma’mum yang muafiq sedang Ma’mum itu pada mulanya dia adalah
solat berjemaah, sebelum imam berdiri muafiq, di dalam menunaikan peraturan-

8
Pendidikan Agama Islam

tegak daripada sujud yang kedua, dia peraturan solatnya ia terlewat, belum
sudah rukuk. Maka ma’mum berkenaan sempat ia berdiri tiba-tiba imam telah
mendapat rakaat itu kerana ketinggalan rukuk atau hampir rukuk, hukum
daripada imam belum masuk kepada ma’mum itu ialah orang masbuq.
rukun keempat.

Seorang ma’mum yang muafiq sedang Jika ia sempat qiam dan terus rukuk
berjemaah sebelum imam duduk sebelum imamnya bangkit daripada
tasyahud akhir ma’mum berkenaan sudah rukuk maka ia mendapat rakaat itu, dan
rukuk, hukumnya dia juga mendapat dimaafkan dia meninggalkan bacaan
rakaat itu fatihah

TAFSIRAN SURAH AL-ASR DAN KAITANNYA DENGAN GEJALA


KERUNTUHAN AKHLAK

1. ‫الرحِيم‬ َّ ِ ‫ب ْس ِم هَّللا‬: 
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

Penyayang.

2. ‫َو ْال َعصْ ِر‬ Demi masa.


3. ‫ان لَفِي ُخسْ ٍر‬َ ‫إِنَّ اإل ْن َس‬ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
َ ‫اص ْوا ِب ْال َح ِّق َو َت َو‬
َّ ‫ ْوا ِب‬Y‫اص‬
4. ‫ب ِْر‬Y‫الص‬ ِ ‫ِين آ َم ُنوا َو َع ِملُوا الصَّال َِحا‬
َ ‫ت َو َت َو‬ َ ‫ إِال الَّذ‬kecuali orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya
mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Asas makna al-’asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.” Inilah yang
dinyatakan oleh Ibn aris dalam Mu’jam Maqayis al-Lughah. Atas dasar itulah, Allah
menggunakan perkataan mu’siraat sepertimana tertulis dalam surah (an-Naba’ ayat
14) yang bermaksud:

9
Pendidikan Agama Islam

[Dan Kami menurunkan dari awan (mu’siraat) , air hujan yang mencurah-curah.]

Awan ialah mu’siraat yang dikaitkan dengan perkataan al-’asr di mana awan akan


‘diperah‘ bagi menghasilkan hujan yang turun dan dapat kita nikmati dalam
kehidupan seharian. Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang
Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat? Kita perlu ‘memerah‘nya sekuat
tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak menggunakan umurnya
dengan perkara yang baik dan berguna akan sentiasa berada dalam kerugian.

Selain itu, Allah menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di
situ sahaja. Iman perlulah dipupuk agar sentiasa bersabar dalam mengerjakan amal
kebaikan. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan berasa bosan dan
seterusnya kita gugur dalam lapangan iman dan amal.

Berkenaan tafsir surah ini pula, ianya diturunkan di Mekah dan mengandungi 3 ayat
serta merupakan surah terpendek dan paling ringkas dalam Al Quran. Imam At
Tabrani menyatakankan bahawa, apabila dua orang sahabat Rasulullah bertemu,
mereka tidak akan berpisah melainkan salah seorang membaca surah ini, surah Al
‘Asr dan yang seorang lagi menyampaikan salam.

Keadaan yang paling merugikan bagi seseorang itu adalah di saat mendapati dirinya
terlalu banyak masa terluang tanpa diisikan dengan aktiviti yang bermanfaat dan
berguna bagi diri dan orang lain. Oleh itu, kita seharusnya menggunakan waktu
tersebut dengan sebaik – baiknya. Gunakan masa kosong tersebut untuk melakukan
aktiviti – aktiviti yang berguna dan baik terutama sekali dalam mencari rezeki dan
menuntut ilmu.

Seperti yang telah dinyatakan di dalam surah Al-Asr, manusia kini berada di dalam
kerugian kerana tidak menggunakan masa dengan sebaik – baiknya. Masa
digunakan sewenang – wenangnya untuk melakukan perkara – perkara yang tidak
berfaedah seperti melepak, merayau – rayau dan bersembang. Perkara ini cukup
banyak sekali dilihat dikalangan remaja. Remaja seharusnya belajar menggunakan
masa dengan baik. Sekiranya tidak menggunakan masa tersebut dengan baik, ia
mampu menyebabkan keruntuhan akhlak kerana mereka menggunakan masa
tersebut membuat aktiviti yang tidak befaedah dan ini boleh menjebakkan mereka

10
Pendidikan Agama Islam

kepada sesuatu yang buruk. Masa ibarat mata pedang kerana, jika tidak
menggunakannya dengan baik ia pasti akan memancung kita.

Pepatah melayu yang menyebut, masa adalah emas merupakan pernyataan yang
salah kerana masa tidak boleh dibeli. Walaupun sebanyak mana emas yang kita
gunakan belum tentu dapat membeli masa itu. Oleh itu, pergunakanlah masa itu
dengan sebaiknya.

Sebahagian manusia itu pula, ada yang suka menangguhkan kerja, di mana kerja
yang penting dilakukan itu di ringan – ringankan. Sebagai contoh, solat wajib
patutlah disegerakan dan tidak patut cuai dalam melaksanakannya. Di masa – masa
yang terluang, manusia itu seharusnya menggunakannya dengan baik dengan cara
beribadat dan mencari rezeki. Masa tidak akan kembali lagi, oleh itu gunakanlah ia
dengan sebaiknya.

REFLEKSI

Ibadah adalah kewajipan untuk semua umat islam laksanakan. Namun, bagi
melaksanakan ibadah tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. Jelaslah iman yang
kuat itu yang akan membawa diri kita sentiasa mengingati Allah. Alhamdulillah,
11
Pendidikan Agama Islam

dengan segala kudrat yang Allah kurniakan, dapat juga saya menyiapkan tugasan
ini. tanpaNya segala usaha yang saya lakukan tidak akan sempurna. Membuat
tugasan ini bukanlah mudah kerana ia melibatkan komitmen dan kesungguhan
dalam mencari bahan dan idea. Disamping dugaan mencari bahan tersebut,
terdapat juga halangan yang lain di mana terpaksa membantu keluarga membuat
kerja rumah. Jadi, proses membuat tugasan ini terpaksa ditangguh. Syukur kepada
Allah kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini.
Ucapan terima kasih saya tujukan kepada Ustaz Hafidz kerana memberi tugasan ini,
kerana ia memberi saya sedikit pengetahuan dan ilmu. Ilmu ini, saya dapat menerusi
pembacaan daripada bahan yang saya cari. Saya juga mengucapkan terima kasih
kepada keluarga dan rakan-rakan yang membantu secara langsung dan tidak
langsung

RUJUKAN

Abdul Al-Qari. (2003). Kewajipan & Keunggulan Sembahyang Jemaah: menurut Al-


Quran & As-sunnah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Ahmad & Mohd Farid. (2008). Islam Agama Rabbani: Dasar Pendidikan Islam Teras.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Anonymous. (2008). Tafsir Surah Al-Asr (Demi Masa). Laman web: Kelab Rakan
Siswa Islah Malaysia. Karisma Melaka (Disemak pada 4 September 2010).

Engku A. Z. (2008). Konsep Ibadah Dalam Islam. Laman web:


http://blogs.udm.edu.my/drkuzaki/2008/02/09/konsep-ibadah-dalam-islam/
(Disemak pada 4 September 2010)

Hanafi Mohamed. (1999). 40 Fadhilat Sembahyang Berjemaah. Kuala Lumpur: Al-


Hidayah Publishers.

Hassan Ahmad. (1990). Masalah Muwafiq dan Masbuq. KotaBharu: Syarikat Jaafar


Rawas.

12

You might also like