You are on page 1of 15

KAEDAH RASM UTHMANI DALAM AL-QURAN

1. Pendahuluan.

 Rangka Perbahasan dan Perincangan.

 Pengenalan Rasm Uthmani


 Pengenalan Rasm Qiyasi.
 Hukum Menggunakan Rasm Uthmani Dalam Penulisan Mushaf.
 Latar belakang penulisan Rasm Uthmani.
 Keutamaan Rasm Uthmani
 Keistimewaan Rasm Uthmani.
 Kaedah-kaedah penulisan mushaf Uthmani.
 Penutup.

 Definisi al-Quran
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Hijr ayat 9:

َ‫كر َو إِنَّا لَهُ لَ َحـاـفِظُون‬


َ ‫َحن نَ َّزلنَا ال ِذ‬
ُ ‫إِنَّا ن‬
Bermaksud: ‘ kamilah yang menurunkan al-Qur’an dan kamilah juga yang
memeliharanya’ .

Al-Qur’an merupakan sebuah kitab suci yang bersifat syumul, diturunkan oleh Allah
s.w.t. sebagai panduan bagi manusia yang merangkumi semua aspek kehidupan mereka. Ia
bukanlah buku sains dan tidak pula buku sejarah, tetapi ia menyentuh semua perkara sama
ada secara tafsili (terperinci) atau secara mujmal (umum). Terpulanglah kepada setiap
individu untuk membuat kajian dan rujukan dalam bidang masing-masing.

Pelbagai takrif dan definisi al-Qur’an telah banyak dikemukakan oleh para ulama’.
Di mana definasi yang telah disepakati oleh ulama ialah Kitab Allah yang mempunyai
mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muammad s.a.w. dengan perantaraan malaikat Jibril
a.s., termaktub di dalam Mushaf, yang dipindahkan secara mutawatir, dimulakan dengan
surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah al-Nas serta mendapat pahala membacanya.

Al-Qur’an bukan sahaja mempunyai kelebihan sebagai Kalam Allah yang qadim
tetapi orang yang membaca, mendengar, menghafaz, belajar dan mengajar al-Qur’an,
mereka semua dapat menikmati kelebihan dan fada’il al-Qur’an.

 Satu kaedah penulisan yang unik dan istimewa. Sekiranya kaedah penulisan ini tidak
bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a., sudah tentu ia tidak sesuai
lagi digunakan dalam penulisan mushaf kerana secara zahirnya seolah-olah terdapat
beberapa kesalahan yang berlaku dalam penulisan. Jelasnya tedapat banyak rahsia dan
hikmah yang terkandung dalam penulisan ini sehingga Rasulullah s.a.w. dan para sahabat
r.a. begitu mengambil berat terhadap penulisan ini.

2. Rasm Uthmani.

1
i. Rasm Uthmani ialah tulisan mushaf-mushaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh
Sayyidina Uthman r.a. untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya. Ia
juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antar mushaf-mushaf Rasm
Uthmani dengan Rasm Qiyasi.

ii. Dr. Sya‘ban Muhammad Ismail berpendapat Rasm Uthmani ialah satu keterangan yang
membicarakan mengenai mushaf-mushaf yang ditulis pada zaman Sayyidina Uthman r.a.
dan dihantar ke kota-kota Islam ketika itu. Di mana kaedah penulisannya merangkumi
tujuh huruf al-Qur’an, ditulis tanpa titik dan baris serta terdapat dalam mushaf dan bacaan
semasa semakan terakhir dan tidak dimansuhkan bacaan.

iii. Dikenali sebagai Rasm Istilahi atau Rasm Uthmani yang bersifat tawfiqi iaitu penulisan
menurut kaedah-kaedah tertentu yang menyalahi kaedah penulisan biasa dari sudut
sebutan, kerana menggunakan beberapa kaedah lain seperti hazf (membuang), ziyadah
(menambah), ibdal (mengganti), wasl wa fasl (menyambung dan memisah), dan penulisan
hamzah yang dinisbahkan kepada para sahabat menulis wahyu dengan menggunakan rasm
tersebut di bawah pemerhatian dan pengawasan Rasulullah s.a.w. sendiri.

iv. Terdapat banyak faktor yang boleh dijadikan sandaran untuk memperkukuhkan kenyataan
ini. Antara faktor-faktor yang dimaksudkan itu ialah kaedah penulisannya adalah Tawqifi
daripada Rasulu1lah s.a.w., juga merupakan salah satu daripada rukun bacaan al-Quran,
penulisannya merangkumi tujuh huruf al-Quran yang meliputi semua wajah-wajah qiraat
yang mutawatirah, di samping ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir Malaikat
Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a. w..

v. Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasu1u1lah s.a.w. kepada
para sahabat. Ini bermakna bahawa rasm ini sebenarnya datangnya daripada Allah s.w.t.,
kerana sebagaimana yang telah dimaklumi bahawa Rasu1ullah s.a.w. tidak akan
mengajarkan sesuatu kepada para sahabatnya melainkan setelah mendapat wahyu daripada
Allah s.w.t., firman Al1ah s.w.t. yang berbunyi :

Surah al-Najmi (53) : 1-4.

Yang bermaksud : “Demi bintang semasa ia menjunam. Rakan kamu (Nabi


Muhammad s.a.w. yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu) tidaklah
ia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan
kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang
berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya
sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak
lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.”

2
3. Rasm Qiyasi.

i. Rasm Qiyasi ialah membentuk atau menggambarkan satu kalimah dengan huruf ejaannya,
dengan mengambil kira cara untuk memulakan dan berhenti pada kalimah tersebut. la juga
ditakrifkan dengan membentuk atau menggambarkan satu kalimah berpandukan huruf-
huruf ejaannya, supaya bersesuaian antara tulisan kalimah tersebut dengan sebutannya.
Rasm ini juga dinamakan sebagai Rasm Imla’ie iaitu penulisan yang berpandukan kepada
huruf-huruf ejaannya. Oleh sebab itu, cara penulisannya tidak dikaitkan dengan ziyadah,
hazaf, ibdal dan sebagainya.

ii. Daripada definisi-definisi yang dikemukakan di atas, maka dapatlah diambil kesimpulan
bahawa Rasm Qiyasi itu adalah satu kaedah penulisan yang dicipta oleh para ulama
berpandukan kepada ejaan sesuatu kalimah. Hendaklah diketahui bahawa kaedah
penulisan ini tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah s.a. w. untuk menulis al-Quran dan
ianya tidak pernah pun digunakan oleh para sahabat dalam penulisan al-Quran di zaman
tersebut dan ia hanya digunakan dalam penulisan kalimah-kalimah Arab sahaja. Penulisan
al-Quran dengan menggunakan kaedah Rasm Qiyasi ini hanya berlaku selepas zaman para
sahabat, dengan tujuan semata- mata untuk memberi kemudahan kepada orang ramai
ketika membaca al-Quran.

iii. Dalam penulisan al-Quran Rasm Qiyasi para ulama yang mencipta rasm ini telah
menggunakan beberapa metode yang tersendiri. Di antara metode-metode yang mereka
gunakan ialah:

a. Menentukan sesuatu huruf itu berpandukan kepada cara ejaannya, tidak kepada
sifat-sifatnya yang mendatang. Maksud dengan huruf-huruf ejaannya ialah zat-zat
huruf itu sendiri, tanpa melihat kepada sifat-sifatnya yang mendatang seperti iqlab,
idgham dan seumpamanya. Sebagai contohnya, kalimah ( ‫ ) أنـبئهم‬tidak ditulis dengan
( ‫) أمبئهم‬, begitu juga kalimah ( ‫ ) من يوم‬tidak ditulis dengan ( ‫) ميوم‬

b. Tidak terdapat sebarang huruf yang dihazafkan. Contohnya adalah seperti huruf alif
pada kalimah ( ‫) مالك‬, huruf waw yang kedua pada kalimah ( ‫) ال يستوون‬, huruf ya’
yang kedua pada kalimah ( ‫ ) الحواييين‬dan seumpamanya. Semua huruf-huruf tersebut
dikekalkan mengikut kaedah Rasm Qiyasi, walau pun ia dihazafkan mengikut
kaedah penulisan Rasm Uthmani.

c. Huruf-huruf pembukaan di beberapa surah-surah tertentu seperti surah al-Baqarah.


Ali ‘lmran, Yasin dan sebagainya ditulis dengan huruf-hurufnya sahaja tanpa
menggunakan ejaannya. Contohnya seperti ditulis dengan menggunakan huruf-huruf
berikut ( ‫) الم‬, (‫)يس‬, (‫) ن‬, walau pun ia dieja dengan ( ‫) الف الم ميم‬, ( ‫ ) يا سين‬dan ( ‫) نون‬.

d. Semua huruf yang berbaris dua sama ada kasrah atau dammah, tidak ditulis dengan
tanda baris dua (huruf Alif) seperti ( ‫) عزيز‬, ( ‫ ) غفــور رحيم‬melainkan sekiranya ia
fathah seperti ( ‫) غفورا رحيما‬, dengan syarat huruf tersebut bukan fathah yang maqsur
seperti ( ‫ ) هــدى‬atau diakhiri dengan huruf ta' al-marbutah seperti ( ‫ ) ورحمة‬atau
diakhiri dengan huruf hamzah seperti ( ‫) ماء‬.

e. Semua huruf hamzah al-wasl dikekalkan kerana walaupun ia tidak wujud ketika
bacaan wasl tetapi ia tetap wujud pada ejaan dan ketika memulakan bacaan.
Contohnya seperti kalimah ( ‫) الحمد‬, ( ‫) اهدنا‬, (‫ ) الذين‬dan sebagainya.

3
iv. Kaedah ini digunakan untuk menulis al-Quran, hanya setelah berlalunya zaman para
sahabat, di mana pada ketika itu telah ramai orang yang berkemahiran dalam bidang
penulisan. Di kalangan mereka ada yang menganggap bahawa kaedah Rasm Uthmani
hanya menyusahkan orang ramai untuk membaca al-Quran dan seterusnya mereka
menganggap bahawa rasm tersebut sudah tidak sesuai lagi digunakan.

v. Sekiranya diimbas sekali lalu, seolah-oleh membayangkan bahawa kaedah penulisan yang
menggunakan Rasm Qiyasi itu adalah lebih betul dan tepat sementara kaedah penulisan
yang menggunakan Rasm Uthmani agak menyimpang daripada kebenaran. Namun perlu
kita sedari bahawa perkara-perkara yang berhubung dengan wahyu atau kalam Allah s.w.t.
itu tidak boleh diukur melalui akal atau zahimya sahaja, kerana ia adalah merupakan
sebesar-besar mukjizat yang Allah s.w.t. kumiakan kepada rasulnya, dan segala perkara
yang terkandung di sebaliknya hanya dalam pengetahuannya semata-mata.

4. Hukum menggunakan Rasm Uthmani dalam penulisan mushaf-mushaf al-Quran.

Para ulama telah berselisih pendapat mengenai kaedah yang perlu digunakan dalam penulisan
mushaf-mushaf al-Quran. iaitu sama ada wajib menggunakan kaedah Rasm ‘Uthmani atau boleh
juga menggunakan kaedah Rasm Qiyasi. Terdapat tiga mazhab yang membincangkan masalah
tersebut, iaitu:

i. Wajib menulis al-Quran dengan menggunakan Rasm ‘Uthmam. Pendapat tersebut telah
disepakati oleh kebanyakkan ulama salaf dan khalaf. Antara mereka yang berpegang dengan
pendapat ini ialah Yahya bin Ya‘mar (m. 89 H), Mujahid bin Jabar (m. 104 H), ‘Abd
al-Rahman bin Hurmuz (m. 117 H), Ibn Syihab al-Zuhri (m. 124 H), al-Khalil bin Ahmad
al-Farahidi (m. 170 H), Imam Abu ‘Amru al-Dani (m. 444 H) dan ramai lagi. Antara hujjah
pendapat ini, seperti berikut:

a. semua jurutulis wahyu Rasulullah s.a.w. menulis al-Quran dengan menggunakan


kaedah penulisan Rasm Istilahi ini. Semasa pemerintahan khalifah Abu Bakar r.a.,
beliau telah memerintahkan supaya al-Quran disalin semula ke dalam suhuf dengan
menggunakan kaedah yang sama. Begitu juga zaman Khalifah ‘Uthman r.a., beliau
juga memerintahkan supaya al-Quran disalin semula ke dalam beberapa buah
mushaf berpandukan kepada suhuf Abu Bakar.

b. semua para sahabat merestui apa yang dilakukan oleh kedua-dua Khalifah Abu
Bakar dan Uthman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang membantah atau
mempertikaikannya. Diceritakan bahawa para sahabat yang ketika itu berjumlah
lebih kurang 12.000 orang telah bersepakat menyatakan bahawa Rasm ‘Uthmani itu
wajib diikuti dan haram bagi sesiapa yang menyalahinya.

ii. Harus menulis al-Quran sama ada menggunakan Rasm ‘Uthmani atau Rasm Qiyasi, tetapi
bagi orang-orang yang mempelajari dan mendalami al-Quran, wajib bagi mereka
menggunakan Rasm ‘Uthmani ini. Antara mereka yang berpegang dengan pendapat ini
ialah al-Syeikh ‘lzzuddin ‘Abd al-Salam (m. 660 H) dan Imam Badr al-Din Muhammad
bin ‘Abdullah al-Zarkasyi (m. 794 H).

a. penu1isan al-Quran menurut kaedah-kaedah tulisan yang digunakan pada zaman


sayyidina ‘Uthman boleh menyebabkan manusia sukar untuk membaca al-Quran
dan mendedahkan mereka kepada kesalahan dan perubahan, sama ada menambah

4
atau mengurangkan sesuatu daripadanya. Namun demikian, kaedah tulisan Rasm
‘Uthmani perlu juga dipelihara kerana ia merupakan warisan para ulama yang
terdahulu.

b. al-Syeikh ‘lzzuddin Abd. Salam, salah seorang u1ama yang berpegang dengan
pendapat ini pernah mengatakan bahawa tidak harus menu1is mushaf pada hari ini
berpandukan kepada kaedah penulisan yang pertama (Rasm ‘Uthmani), supaya tidak
berlaku sebarang perubahan di sebabkan kejahilan.

iii. Wajib menulis al-Quran dengan menggunakan Rasm Qiyasi, Rasm ‘Uthmani pula tidak
harus digunakan, melainkan untuk orang-orang yang tertentu sahaja. Antara mereka yang
berpegang dengan pendapat ini ialah Abi Bakar al-Baqilani (m. 403 H) dan ‘Abd
al-Rahman bin Muhammad bin Khaldun (m. 808 H).

a. kaedah-kaedah penulisan itu hanyalah merupakan tanda-tanda atau alamat-alamat


sahaja. Tiap-tiap kaedah penulisan yang bertepatan dengan cara pembacaan, maka
itulah tulisan yang tepat dan betul. Di samping itu tidak terdapat sama ada dalam
al.Quran, hadis Rasulullah s.a.w., ijma ummah atau pun sebarang qias yang
memerintahkan supaya al-Quran itu ditu1is berpandukan kepada kaedah-keadah
yang tertentu. Rasulullah s.a. w. juga tidak pemah memerintahkan kepada juru tulis-
juru tulis baginda supaya menu1is al-Quran menurut satu kaedah yang khusus.

b. Abu Bakar al-Baqilani yang turut bersetuju dengan mazhab ini juga pernah
mengatakan bahawa Allah s. w.t. tidak mewajibkan ke atas ummat untuk menu1is
al-Quran dengan menggunakan kaedah penu1isan yang tertentu dan meninggalkan
yang lainnya. Begitu juga tiada terdapat sebarang nas yang menunjukkan bahawa
penulisan al-Quran itu hendaklah menggunakan wajah-wajah atau kaedah-kaedah
yang tertentu.

5. Latar belakang penulisan Rasm Uthmani.

i. Setelah Khalifah Abu Bakar r.a. wafat pada tahun 13 hijrah, beliau digantikan oleh
Khalifah ‘Umar bin al-Khattab r.a. dan tugas untuk menyimpan suhuf Abu Bakar diambil
alih oleh beliau. Sepanjang masa pemerintahan Khalifah Umar r.a., suhuf tersebut tetap
dijadikan sebagai rujukan dalam pembacaan al-Quran, tetapi dalam masa yang sama para
sahabat dan kebanyakan umat Islam di zaman tersebut tetap mengutamakan hafazan
dalam pembacaan al-Quran.

ii. Selepas kewafatan Khalifah Umar r.a., suhuf tersebut disimpan pula oleh anak
perempuannya iaitu Hafsah bt. Umar. Beliau terus menyimpan suhuf itu sehinggalah
beliau meninggal dunia. Kemudian suhuf itu diambil oleh Marwan bin al-Hakam bin
Abi al-‘As bin Umayyah yang menjadi gabenor di Madinah al- Munawwarah pada ketika
itu dan terus membakamya. Perkara ini dilakukannya selepas suhuf tersebut dijadikan
rujukan untuk menulis mushaf al-lmam pada zaman Sayyidina Uthman r.a..

iii. Sayyidina Uthman al-Affan r.a. telah dilantik menjadi Khalifah Islam yang ketiga pada
tahun 23 hijrah selepas Sayyidina Umar al-Khattab wafat. Pada zaman tersebut,
penaklukkan Islam ke beberapa buah negara di sekitamya begitu hebat berlaku dan
kesannya ramai penduduk-penduduk negara yang ditawan itu memeluk Islam. Pada masa
yang sama, amalan pembacaan al-Quran tetap menjadi ibadah yang utama dalam

5
kehidupan mereka sehari-harian. Penduduk-penduduk di setiap kota Islam itu mempelajari
kaedah-kaedah pembacaan al-Quran daripada para sahabat yang masyhur di sisi mereka.
Penduduk Damsyik mempelajarinya daripada al-Miqdad bin al-Aswad, penduduk Syam
mempelajarinya daripada Ubai bin Ka‘ab, penduduk Kufah pula mempelajarinya daripada
Abdullah bin Mas‘ud, sementara penduduk Basrah mempelajarinya daripada Abu Musa
al-Asy‘ari. Bacaan mereka itu berbeza antara satu sama lain, di sebabkan perbezaan
wajah-wajah qiraat.

Faktor Penulisan Mushaf.

i. Pada tahun yang ke dua puluh lima hijrah iaitu di sekitar dua atau tiga tahun zaman
pemerintahan Khalifah ‘Uthman r.a.. penduduk-penduduk negeri Syam dan Iraq telah
keluar beramai-ramai untuk memerangi negeri Armania dan Azarbaijan. Salah seorang
sahabat yang turut serta dalam serangan itu ialah Huzaifah al-Yaman.

ii. Sebagaimana amalan kebiasaannya. mereka akan membaca al-Quran secara berkumpulan
sebelum melancarkan serangan. Oleh kerana cara bacaan kedua.dua penduduk negeri
tersebut berlainan di sebabkan mereka mempelajari al-Quran daripada guru dan qiraat
yang berbeza. maka terjadilah satu peristiwa yang boleh membawa kepada perpecahan
dan perbalahan di kalangan mereka. Tiap-tiap satu pihak mendakwa bahawa bacaan
mereka sahaja yang betul dan bacaan yang lain salah. mereka saling caci mencaci.
sehinggalah kepada peringkat saling kafir mengkafir di antara satu sama lain. Melihat
perbalahan yang sedang berlaku, Huzaifah al-Yaman pun segera mengadap Kha1ifah
‘Uthman r.a. untuk menceritakan keadaan itu dan beliau mendesak supaya masalah
tersebut segera ditangani sebelum umat Islam terus berpecah belah di sebabkan perbezaan
cara bacaan mereka sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani telah berpecah belah.

iii. Dengan sebab itu. Sayyidina Uthman r.a. pun menghimpunkan sekalian sahabat yang
terkemuka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setelah perbincangan yang panjar lebar
diadakan, akhirnya mereka bersepakat untuk menulis sebuah mushaf yang dinamakan
sebagai mushaf al-Imam. Selepas itu beberapa lagi buah mushaf yang lain ditulis
berpandukan kepada Mushaf al-lmam untuk dihantar ke setiap kota Islam pada ketika itu,
supaya mushaf-mushaf tersebut boleh dijadikan rujukan yang utama apabila terdapat
perselisihan dalam keadah pembacaan al-Quran.

iv. Untuk melaksanakan tugas yang sangat berat ini, Kha1ifah Uthman r.a. telah melantik
empat orang sahabat yang terkemuka. yang diketuai oleh Zaid bin Thabit dan dibantu oleh
Abdullah bin al-Zubair, Sa‘id bin al-‘As dan ‘Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisyam.
Mereka yang bertiga ini adalah dari kalangan Quraisy. Menurut sebahagian riwayat, para
sahabat yang dilantik untuk melaksanakan tugas tersebut adalah seramai dua belas orang
yang terdiri daripada orang-orang Muhajirin dan Ansar dan di antara mereka ialah Ubai
bin Ka‘ab.

v. Khalifah ‘Uthman r.a terus menghantar utusan bertemu dengan Hafsah bt. Umar untuk
meminjam suhuf Abu Bakar yang ada dalam simpanan beliau. Setelah suhuf itu diterima,
beliau pun terus memerintahkan kepada empat orang sahabat yang ditugaskan itu supaya
menulis semula a1-Quran berpandukan kepada suhuf tersebut. Setelah selesai menyalin
suhuf tersebut, Sayyidina Uthman r.a. memerintahkan supaya ia dipulangkan semula
kepada Hafsah.

6
Metode khalifah Uthman r .a. dalam penulisan AI-Quran

i. Penulisan al-Quran yang dilakukan oleh empat orang sahabat yang telah dilantik iaitu
Zaid bin Thabit, Abdullah bin al-Zubair, Sa‘id bin al-‘As dan Abd al-Rahman bin
al-Harith bin Hisyam itu adalah di bawah penyeliaan Khalifah Uthman r.a. sendiri.
Walaupun suhuf Abu Bakar dijadikan sumber utama dalam penulisan itu, namun apa yang
ada dalam dada para sahabat juga merupakan sumber yang diutamakan. Jawatan kuasa
yang dilantik tidak akan menulis sesuatu ayat melainkan dirujuk terlebih dahulu kepada
para sahabat yang ada di Madinah.

ii. Khalifah Uthman r.a. sangat berhati-hati dalam menyelia penulisan tersebut, kerana ianya
berkaitan dengan kalam Allah s.w.t., di samping akan menjadi sumber rujukan utama
kepada umat Islam pada ketika itu. Oleh itu beliau telah menetapkan beberapa metode
yang perlu diikuti oleh jurutulis-jurutulis tersebut, antara melarang menulis jika:
 ayat al-Quran yang dimansuhkan bacaan.
 tidak terdapat ketika semakan terakhir.
 ditulis oleh orang perseorangan (ahad).
 dan bila berlaku perselisihan lahjah hendaklah ditulis dengan lahjah Quraysy.

6. Keutamaan Rasm Uthmani.

i. Tawqifi daripada RasuIullah s.a.w.

Rasm ‘Uthmani ialah merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan dan dibimbing
oleh Rasu1u1lah s.a.w. kepada para sahabat. Ini bermakna ianya datangnya daripada Allah
s.w.t., kerana Rasu1ullah s.a.w. tidak akan mengajarkan sesuatu kepada para sahabatnya
melainkan setelah mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. firman Al1ah s.w.t. yang
berbunyi :

Surah al-Najmi (53): 1-4.

Yang bermaksud: “ Demi bintang semasa ia menjunam. Rakan kamu (Nabi


Muhammad s.a.w. yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu) tidaklah
ia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan
kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang
berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya
sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak
lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.”

Kenyataan tersebut ada1ah merupakan pegangan kebanyakkan u1ama semenjak dahu1u


sehingga1ah sekarang. la lebih diyakini di sebabkan bukan sahaja para u1ama yang
berpegang dengannya, ma1ah para sahabat Rasulu1lah s.a.w. yang terdahulu juga turut
mengama1kannya dan mereka tidak pernah mengingkarinya. Sungguh pun ada pendapat
yang bertentangan dengan kenyataan di atas, namun pendapat itu perlu ditolak kerana
kaedah penu1isannya terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sandaran yang kukuh.

7
ii. Salah satu dari rukun bacaan al-Quran

Para u1ama a1-Quran telah bersepakat mengatakan bahawa rukun bacaan a1-Quran yang
betu1 ada tiga perkara dan sa1ah satu daripadanya ia1ah hendaklah ia bertepatan dengan
sa1ah satu daripada mushaf-mushaf ‘Uthmani, sama ada yang dihantar oleh Sayyidina
‘Uthman ke Makkah, Madinah. Kufah, Basrah, Syam atau pun Mushaf al-lmam yang
disimpan sendiri oleh beliau.

Perkataan rukun ada1ah bermaksud perkara yang perlu ada pada sesuatu, dan sekiranya ia
tiada, maka Allah s.w.t. tidak akan menerima perbuatan atau ama1an tersebut. Sebagai
contohnya, ibadah sembahyang seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
sekiranya ia tidak disempurnakan, demikian amalan bacaan al-Quran seseorang diterima
sekiranya ia berpandukan kepadanya.

iii. Merangkumi tujuh huruf al-Quran

Satu lagi faktor yang sangat penting sehingga menjadikan Rasm Uthmani perlu diberi
keutamaan ialah kerana kaedah penulisannya berkaitan dengan tujuh huruf al-Quran dan
ini menjadikan ianya bertepatan dengan wajah-wajah qiraat yang diajarkan oleh
Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat, banyak hadis yang menerangkan bahawa al-Quran
itu diturunkan dalam tujuh huruf, antaranya sebagaimana sabda baginda s.a.w .

Yang bermaksud: "Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani‘,


telah menceritakan kepada kami al-Hasan bin Musa, telah menceritakan
kepada kami Syayban daripada ‘Asim daripada Zir bin Hubaysy daripada
Ubay bin Ka‘ab ia telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bertemu dengan
Jibril dan baginda berkata: Wahai Jibril, sesungguhnya aku diutuskan
kepada satu umat yang buta huruf dan di kalangan mereka ada orang-
orang tua yang lemah, uzur, kanak-kanak, hamba dan orang-orang yang
tidak boleh membaca satu cara bacaan semata-mata. Jawab Jibril: Wahai
Muhammad, sesungguhnya al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf ".

Terdapat berbagai-bagai pendapat u1ama mengenai maksud tujuh huruf yang diterangkan
da1am hadis-hadis yang la1u. Sa1ah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakkan
u1ama, tujuh huruf itu ada1ah bermaksud tujuh cara bacaan yang berbagai-bagai yang
merangkumi di da1amnya perselisihan nama-nama sama ada ianya mufrad, muthanna atau
jama‘ dan sama ada mudhakkar atau muannath, perselisihan pada cara i‘rab, perselisihan
pada cara tasrif, perselisihan sama ada mendahulukan atau mengakhirkan sesuatu huruf
atau ka1imah, perselisihan dari segi ibdal (tukar) sama ada pada huruf atau kalimah,
perse1isihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau ka1imah dan
perselisihan pada lahjah sama ada teba1, nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya.
Pendapat ini dipersetujui oleh kebanyakkan ulama seperti Ibn Qutaybah, al-Qadi Abu
al-Tayyib dan lain-lain.

iv. Bertepatan Dengan Pembentangan Terakhir

Selain daripada tiga faktor di atas, terdapat satu lagi faktor penting yang membuktikan
bahawa Rasm ‘Uthmani itu sangat perlu diutamakan dalam penulisan al-Quran iaitu, ianya
bertepatan dengan pembentangan terakhir al-Quran oleh Rasulullah s.a.w. bersama
Malaikat Jibril a.s.

8
Sebagaimana yang diketahui bahawa semasa Rasulullah s.a.w. melakukan semakan
terakhir al-Quran kepada Malaikat Jibril a.s., salah seorang sahabat yang begitu hampir
kepada baginda iaitu Zayd bin Thabit turut hadir bersama-sama. Oleh itu apabila Zayid
bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpu1kan al-Quran oleh
Khalifah Abu Bakar r.a. dan Khalifah ‘Uthman r.a., beliau menulis dengan berpandukan
kepada apa yang telah beliau dengar semasa pembentangan terakhir.

Oleh yang demikian, beliau menganggap bahawa semua ayat al-Quran yang pemah
diturunkan semasa hayat Rasulullah s.a.w. tetapi tidak dibentangkan semasa
pembentangan terakhir adalah sebagai ayat yang telah dimansuhkan tulisannya dan beliau
tidak menulisnya dalam suhuf dan mushaf tersebut. Begitu juga segala apa yang
terkandung da1am mushaf-mushaf para sahabat seperti Mushaf Sayyidatina ‘Aisyah,
Mushaf Sayyidina Umar, Mushaf Ubay bin Ka‘ab dan lain-lain lagi tidak dianggap
sebagai al-Quran kerana ia tidak terdapat semasa pembentangan terakhir .

7. Keistimewaan Rasm Uthmani.

Terdapat berbagai-bagai tanggapan di kalangan para ulama mengenai kedudukan Rasm


‘Uthmani ini. Namun begitu banyak keistimewaan Rasm Uthmani yang tiada terdapat pada
rasm yang lain. Keistimewaan-keistimewaan tersebut terdapat pada huruf-huruf ziyadah,
hadhaf, ibdal, lahjah-lahjah yang digunakan, kalimah yang bersambung dan berpisah, bentuk
tulisan yang sama dan sebagainya. Semuanya ini menjadikan rasm tersebut lebih diyakini untuk
diamalkan.

i. Keistimewaan huruf-huruf ziyadah.

Selain daripada mengandungi mukjizat yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. sahaja,
huruf-huruf ziyadah ini juga dilihat mempunyai banyak keistimewaan. Para ulama
berpendapat bahawa huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal
baris bagi sesuatu huruf itu, terutamanya pada peringkat awal penulisannya yang tiada
mempunyai sebarang baris. Contohnya seperti ka1imah ( ‫ ) إيتاءى‬ditambah dengan huruf
ya' selepas huruf hamzah, untuk menunjukkan bahawa hamzah itu berbaris kasrah,
kalimah ( ‫ ) سأوريكم‬ditambah dengan huruf waw selepas huruf hamzah untuk menunjukkan
bahawa hamzah itu berbaris dammah dan kalimah ( ‫ ) وأل اوضعوا‬pula ditambah dengan
huruf alif selepas huruf hamzah untuk menunjukkan bahawa hamzah itu berbaris fathah.

Selain daripada itu para ulama juga mendapati bahawa huruf-huruf ziyadah juga ada
mempunyai makna lain yang tersirat di seba1iknya. Contohnya seperti ziyadah huruf ya'
pada ka1imah ( ‫ ) بأييـد‬dalam firman Allah s.w.t. ( ‫) والسماءـ بنينـاـها بأييـد وانا لموسعون‬, adalah
untuk lebih menguatkan lagi kenyataan mengenai kebesaran Allah s.w.t. yang mencipta
langit dengan begitu kukuh dan sempurna dengan kekuasaan dan kehebatannya.

ii. Keistimewaan huruf-huruf ibdal.

Huruf-huruf ibdal dilihat oleh para ulama mempunyai satu keistimewaan yang tersendiri.
Mereka berpendapat bahawa huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk
mengetahui asal bagi sesuatu huruf. Contohnya seperti ka1imah (‫ ) الزكــوة ( ) الصـــلـوة‬dan
sebagainya yang ditulis dengan huruf waw menggantikan huruf alif di sebabkan huruf
waw itu adalah merupakan asal bagi kalimah-kalimah tersebut. Begitu juga pada kalimah

9
( ‫) هــدى‬, ( ‫ ) فتلقى‬dan sebagainya yang ditulis dengan huruf ya’ menggantikan huruf alif
disebabkan huruf ya' itu adalah merupakan asal bagi ka1imah-ka1imah tersebut.

iii. Merangkumi beberapa lahjah Arab.

Dalam Mushaf Rasm ‘Uthmani terdapat contoh yang menunjukkan bahawa a1-Quran itu
ditulis bukan hanya menggunakan lahjah Quraisy sahaja, tetapi penu1isannya
merangkumi beberapa lahjah Arab yang lain seperti lahjah Huzayl, Hawazin, Kinanah
dan sebagainya. Contohnya seperti membuang huruf ya' selepas huruf ta' pada kalimah
( ‫ ) يأت‬dalam firman AlIah s.w.t.: ( ‫) يوم يأت ال تكلم نفس إال بإذنه‬, adalah berpandukan kepada
lahjah Huzayl.

iv. Keistimewaan kaedah penulisan yang sama.

Satu lagi keistimewaan yang terdapat pada Rasm ‘Uthmani ialah terdapatnya beberapa
kalimah yang ditulis dengan kaedah tu1isan yang sama, walaupun cara bacaannya
berbeza. Kaedah ini digunakan supaya kalimah-kalimah tersebut sesuai dibaca oleh semua
wajah qiraat, seperti ditulis tanpa huruf alif selepas huruf kha' pada kalimah ( ‫) يخدعون‬,
dalam firman Allah s.w.t: ( ‫ ) وما يخدعون إال أنفسهم‬supaya ia boleh dibaca oleh qiraat yang
mengekalkan huruf alif tersebut (‫) يخادعون‬, atau pun qiraat yang menghazafkannya.

Keistimewaan-keistimewaan yang dinyatakan di atas adalah merupakan perkara-perkara


zahir yang dapat difikirkan oleh para u1ama berdasarkan kajian dan ilmu mereka semata-
mata. Sesungguhnya masih terdapat banyak lagi keistimewaan lain yang tidak dapat
mereka selami kerana hakikatnya semua itu adalah merupakan mukjizat yang menjadi
rahsia Allah s.w.t. semata-mata.

8. Kaedah-kaedah penulisan mushaf-mushaf Uthmani.

Rasm ‘Uthmani adalah merupakan satu kaedah tulisan yang diwahyukan oleh Allah s.w.t
kepada Rasulullah s.a.w, dan ianya jauh berbeza dengan kaedah penulisan biasa yang dikenali
dengan Rasm Qiyasi. Oleh itu para ulama telah bertungkus lumus untuk mengkaji perbezaan-
perbezaan tersebut dan akhimya mereka mendapati bahawa terdapat enam kaedah yang
digunakan dalam penulisan Rasm ‘Uthmani ini. Kaedah-kaedah tersebut ialah al-Hazf (buang),
al-Ziyadah (tambah), al-Humaz (penulisan huruf-huruf Hamzah), al-lbdal (tukar), al-Wasl wa
al-Fasl (menyambung dan memisahkan) serta apa yang mengandungi dua wajah qiraat, ditulis
berpandukan salah satu daripadanya.

i. Kaedah Pertama: aI-Hazf.

AI-Hazf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.
Dalam Rasm ‘Uthman, al-hazf bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis tetapi wajib
dibaca, sama ada ketika wasl atau waqf. Terdapat enam huruf yang dibuang mengikut
kaedah Rasm ‘Uthmani iaitu al-waw, ya', lam, nun dan huruf-huruf di permulaan beberapa
surah tertentu.

10
a. Hazf huruf alif. Semua mushaf ‘Uthmani ditulis dengan membuang huruf-huruf alif
pada keadaan-keadaan berikut:
 Huruf alif bagi hamzah al-wasl yang terdapat pada kalimah ( ‫ ) اسم‬dalam firman
Allah s.w.t. (‫) بسم هللا‬.
 Huruf alif yang terletak di antara dua huruf lam, contoh seperti firman Allah
s.w.t. ( ‫) للذى ببكة‬.
 Huruf alif pada fi‘l al-amr dari kalimah ( ‫ ) السؤال‬yang dimulai dengan huruf waw
atau fa’ seperti ( ‫ ) فسئـل‬dan ( ‫) وسـئل‬.
 Huruf alif selepas huruf ya’ al-nida’ seperti ( ‫ ) يـاـئادم‬dan ( ‫ ) بـاـأيها الناس‬dan lain-lain lagi.

b. Hazaf huruf waw. Semua mushaf ‘Uthmani ditulis dengan membuang huruf waw pada
keadaan-keadaan berikut:
 Huruf waw yang kedua apabila sebelumnya juga terdapat huruf waw sama ada
ianya mufrad atau jama‘ seperti ( ‫) داوود‬, ( ‫ ) ال يستوون‬dan sebagainya.
 Huruf waw yang menjadi surah (rumah) bagi hamzah apabila selepasnya juga
terdapat huruf waw sama ada ianya berbaris atau sukun (tanda mati). Contohnya
seperti ( ‫) الموءودة‬.
 Huruf waw yang menjadi fi’l marfu‘. Terdapat empat tempat semuanya iaitu
firman Allah s.w.t.( ‫) ويدع اإلنسـاـن‬, ( ‫) ويمح هللا‬, ( ‫) يوم يدع‬dan ( ‫) سندع الزبانية‬.
 Huruf waw pada kalimah ( ‫ ) صالحو‬dalam firman Allah s.w.t. ( ‫) صالح المؤمنين‬.

c. Hazaf huruf ya’. Semua mushaf ‘Uthmani ditulis dengan membuang huruf ya’ pada
keadaan~keadaan berikut:
 Huruf ya’ di hujung kalimah yang disebut sebagai lam kalimah. Contohnya
seperti firman Allah s.w.t. ( ‫) أجب دعوة الداع‬, ( ‫) واليل إذا يسر‬dan sebagainya.
 Huruf ya’ di hujung kalimah yang merupakan ganti nama orang yang berkata.
Contohnya seperti firman Allah s.w.t. ( ‫) فهو يشفين‬, ( ‫ ) ربى أكرمن‬dan sebagainya.
 Huruf ya’ yang menjadi surah (rumah) bagi hamzah apabila sbelum atau
selepasnya terdapat huruf ya’. Contohnya seperti ( ‫) ســيئات‬, ( ‫ ) خــاـــطئين‬dan
sebagainya.
 Huruf ya’ pada semua kalimah ( ‫ ) إبراهـم‬dalam surah al-Baqarah.

d. Hazaf huruf lam. Semua mushaf ‘Uthmani ditulis dengan membuang huruf lam pada
keadaan-keadaan berikut:
 Huruf lam yang didahului oleh alif lam ma‘rifah, sama ada ia mufrad, muthanna
atau jama‘, pada perkataan ( ‫) الذى‬, ( ‫) الـتى‬, ( ‫) الذان‬, ( ‫ ) الذين‬dan sebagainya.
 Huruf lam yang didahului oleh alif lam ma‘rifah pada perkataan ( ‫) اليل‬.

e. Hazaf huruf nun. Semua mushaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf nun pada
keadaan-keadaan berikut :
 Huruf nun yang pertama yang terdapat pada kalimah ( ‫ ) تأمــــنا‬dalam firman
Allah s.w.t. ( ‫) مالك ال تأمــنا على يوسف‬.
 Huruf nun yang kedua yang terdapat pada kalimah (‫ ) ننجى‬dalam firman Allah
s.w.t. ( ‫) نـــــجى المؤمنين‬.

f. Hazaf huruf-huruf di permulaan surah. Semua mushaf ‘Uthmani ditulis dengan


membuang huruf-huruf permulaan pada surah-surah tertentu. Contohnya seperti ( ‫) ن‬, (
‫) ق‬, ( ‫ ) كهـيعص‬yang dibaca dengan ( ‫ ) نون‬, ( ‫) قاف‬, ( ‫ ) كاف ها يا عين صاد‬dan sebagainya.

ii. Kaedah kedua: al-Ziyadah (penambahan)

11
AI-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu. Dalam Rasm
Uthmani, al-ziyadah adalah huruf-huruf yang mesti ditulis tetapi haram dibaca sama ada
ketika wasl atau waqf terdapat tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah penulisan Rasm
Uthmani iaitu alif, waw dan ya’.

a. Ziyadah huruf alif. Semua mushaf ‘Uthmani ditulis dengan menambah huruf alif pada
keadaan-keadaan berikut:
 Huruf alif sebelum ya’ yang terdapat pada kalimah (‫ )لشــىء‬dalam firman Allah
s.w.t. ( ‫) وال تقولن لشاىء‬.
 Huruf alif sebelum ya’ pada kalimah ( ‫ )أفلم يايئس‬dan ( ‫) وال تايـئسوامن روح هللا‬.

b. Ziyadah huruf waw. Semua mushaf Uthmani ditulis dengan menambah huruf waw pada
keadaan-keadaan berikut :
 Huruf waw selepas huruf hamzah yang terdapat pada kalimah ( ‫ ) سأوريكم‬dalam
firman Allah s.w.t. ( ‫ ) سأوريكم ءايتى‬dan ( ‫) سأوريكم دار الفـاـسقين‬.
 Huruf waw selepas huruf hamzah yang terdapat pada kalimah-kalimah berikut,
iaitu ( ‫) أولوا‬, ( ‫) أوالت‬, ( ‫ ) أوالء‬, ( ‫ ) أولــاـئك‬dan ( ‫) أولـاـئكم‬.

c. Ziyadah huruf ya’. Semua mushaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf waw pada
keadaan-keadaan berikut :
 Huruf ya’ selepas hamzah yang terdapat pada kalimah ( ‫ ) أفإين‬dalam firman Allah
s.w.t. ( ‫ ) أفإين مات أو قتل‬dan ( ‫) أفإين مت‬.
 Huruf ya’ pada tujuh tempat-tempat berikut, antaranya ialah pada finnan Allah
s.w.t. ( ‫) من نبـإى المرسـلين‬, ( ‫) منءانـاءى اليـل‬, ( ‫) أو من وراءى ححـابـ‬, ( ‫ ) بـأييكم المفتـون‬dan
sebagainya.

iii. Kaedah ketiga : aI-Humaz (penulisan huruf-huruf Hamzah)

Huruf-huruf hamzah di dalam al-Quran terletak sama ada di pemulaan, di pertengahan atau
di hujung kalimah. Dalam mushaf-mushaf ‘Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah
tersebut pula adalah berbeza antara satu sama lain berpandukan kepada kedudukannya.

a. Huruf hamzah di pangkal kalimah semua ditulis dengan surah (rumah) alif, sama ada
fathah, kasrah atau dammah. Contohnya seperti ( ‫) أمر‬, ( ‫) إبراهــم‬, ( ‫ ) أنزل‬dan sebagainya.
Demikianlah juga sekiranya ia didahului dengan huruf ziyadah seperti ( ‫) لبإمام‬, ( ‫) سأصرف‬
dan lain-lain lagi.

b. Huruf hamzah di pertengahan kalimah berbeza cara penulisannya antara satu sama lain:
 Sekiranya sebelum hamzah terdapat satu huruf sukun, maka ia ditulis tanpa surah
(rumah) seperti ( ‫) يسـئل‬, ( ‫) سوءة‬, ( ‫ ) يجــئرون‬dan sebagainya.
 Sekiranya huruf hamzah itu kasrah atau pun sukun dan sebelumnya kasrah, ia
ditulis dengan surah (rumah) ya’ seperti ( ‫) ســـئـل‬, ( ‫ ) جـئـت‬dan sebagainya.
 Sekiranya huruf hamzah itu dammah atau pun sukun dan sebelumnya dammah, ia
ditulis dengan surah waw seperti ( ‫) يذرؤكم‬, ( ‫ ) المؤمنون‬dan sebagainya.
 Sekiranya huruf hamzah itu fathah atau pun sukun dan sebelumnya fathah, ia
ditulis dengan surah alif seperti ( ‫) مأواهم‬, ( ‫ ) سألتهم‬dan sebagainya.

c. Huruf Hamzah di hujung kalimah juga berbeza cara penulisannya di antara satu sama
lain.

12
 Sekiranya sebelum huruf hamzah itu kasrah, ia ditu1is dengan surah (rumah) ya’
seperti ( ‫) قرئ‬,( ‫) شاطئ‬dan sebagainya.
 Sekiranya sebelum huruf hamzah berbaris dammah, ia ditulis dengan surah waw
seperti ( ‫ ) إن امرؤا‬dan sebagainya.

iv. Kaedah keempat: aI-Ibdal (Menukarkan huruf).

Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain. Dalam penulisan mushaf-
mushaf Rasm ‘Uthmani, kaedah ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu ibdal alif kepada
waw, ibdal alif kepada ya’, ibdal nun kepada alif, ibdal ta’ al-marbutah kepada ta’
al-maftuhah dan ibdal waw kepada alif.

a. Ibdal alif kepada waw.


 pada empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu ( ‫) الصلوة‬, ( ‫) الزكوة‬, ( ‫ ) الحوة‬dan
( ‫) الربوا‬.
 pada empat kalimah dalam surah-surah tertentu iaitu ( ‫) بالغدوة‬, ( ‫) كمشكوة‬, ( ‫ ) النجوة‬dan
( ‫) منوة‬.

b. Ibdal alif kepada ya'.


 Apabila alif terletak di hujung kalimah, sekalipun ia berhubung dengan damir
(ganti nama) seperti ( ‫) هدى‬, ( ‫ ) مجر ـها‬dan sebagainya, melainkan pada beberapa
keadaan berikut :
 alif yang bersebelahan dengan huruf ya’ sama ada sebelum atau selepasnya
seperti ( ‫) الدنيا‬, tetapi pada kalimah ( ‫) يحيى‬, dan ) ‫ ) وسقيها‬, ia tetap ditulis
dengan huruf ya’.
 dan kalimah-kalimah ( ‫) تترا‬, ( ‫) كلتا‬, ( ‫) عصانى‬, ( ‫) األقصا‬, ( ‫) أقصا المدينة‬, ( ‫) طغا الماء‬
dan ( ‫) سيماهم‬.

c. Huruf alif pada kalimah (‫ ) أنى‬yang membawa maksud ( ‫) كيف‬, juga pada kalimah-
kalimah ( ‫) متى‬, ( ‫) بلى‬, ( ‫) حتى‬, ( ‫ ) إلى‬dan ( ‫ ) على‬melainkan pada firman Allah s.w.t. (
‫ ) لدى‬melainkan pada firman Allah s.w.t. ( ‫) لدا الباب‬.

d. Ibdal nun kepada alif.


 Nun taukid pada kalimah ( ‫) وليكونا‬, ( ‫ ) لنسفعا‬dan ( ‫) فـتعسا‬.
 Nun pada kalimah ( ‫ ) إذن‬seperti firman Allah s.w.t. ( ‫) فإذا ال يؤتون‬.

e. Ibdal ta' al-marbutah kepada ta' al-Maftuhah.


 Kalimah ( ‫ ) رحمة‬ditulis dengan ta' al-maftuhah ( ‫ ) رحمت‬ada tujuh tempat dalam al-
Quran.
 Kalimah ( ‫ ) نعمة‬ditulis dengan ta' al-maftuhah ( ‫ ) نعمت‬ada sebelas tempat dalam
al-Quran.
 Kalimah ( ‫ ) سنة‬ditulis dengan ta' al-maftuhah ( ‫ ) سنت‬ada lima tempat dalam al-
Quran.
 Kalimah ( ‫ ) امرأة‬ditulis dengan ta' al-maftuhah ( ‫ ) امرأت‬ada tujuh tempat dalam al-
Quran.
 Kalimah ( ‫ ) لعنة‬ditulis dengan ta' al-maftuhah ( ‫ ) لعنت‬ada dua tempat dalam al-
Quran dan lain-lain lagi.

f. Ibdal waw kepada alif.


Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang
ketiganya ialah huruf waw seperti ( ‫) الصفا‬, ( ‫) شفا‬, ( ‫ ) سنا‬dan ( ‫) أبا‬, melainkan semua
kalimah ( ‫ ) الضحى‬dan lima kalimah yang lain iaitu ( ‫) زكى‬, ( ‫) حـاـها د‬, ( ‫) تلـاـها‬, ( ‫ ) طحـاـها‬dan
( ‫) سجى‬.

13
v. Kaedah kelima: al-Wasl wa al-Fasl (menyambung dan memisah)

Al-Wasl wa al-fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf
atau kalimah-kalimah yang tertentu. Di dalam penulisan Rasm ‘Uthmani terdapat banyak
kalimah yang ditu1is dengan cara bersambung pada sesuatu tempat, tetapi ditulis dengan
cara berpisah pula pada tempat yang lain dan begitu juga sebaliknya.

a. Ditulis dengan bersambung pada ka1imah-kalimah berikut:


 Semua kalimah (‫ )أال‬dalam al-Quran, melainkan pada sepuluh tempat ditulis ( ‫)أن ال‬.
 Semua kalimah ( ‫ ) أما‬dan ( ‫) إما‬, melainkan pada firman Allah ( ‫) وإن ما نرينك‬.
 Semua kalimah ( ‫) عما‬, melainkan pada firman Allah s.w.t. ( ‫) عن ما نهوا عنه‬.
 Semua kalimah ( ‫ ) كلمــا‬melainkan pada firman Allah s.w.t. ( ‫ ) من كل ما سألتموه‬dan
lain-lain lagi.

b. Ditulis dengan memisahkan antara ka1imah-kalimah berikut:


 Semua kalimah ( ‫ ) فى ما‬dalam al-Quran, ditulis ( ‫) فى ما هـاـهنا ءامنين‬.
 Semua kalimah ( ‫ )من ما‬melainkan dua tempat pada firman Allah ( ‫) من ما ملكت‬.
 Semua kalimah ( ‫ ) حيث ما‬dalam al-Quran.
 Semua kalimah ( ‫ ) بئس ما‬yang didahului dengan huruf fa’ dan lam, seperti ( ‫) فبئس ما‬
( ‫ ) لبئس ما‬dan lain-lain lagi.

vi. Kaedah keenam: Kalimah yang mengandungi berbagai-bagai qiraat ditulis dengan
salah satu daripadanya.

Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah qiraat,
kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut. Kaedah penu1isan
kalimah-kalimah yang termasuk dalam bahagian ini boleh dibahagikan kepada tiga
bahagian.

 Bertepatan tu1isannya dengan dua wajah qiraat.


Terdapat beberapa kalimah yang ditulis tanpa huruf alif (hazaf alif), tetapi bacaannya
bertepatan dengan dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan alif (panjang) atau tanpa
alif (pendek) seperti kalimah ( ‫ ) فـــكهين‬yang boleh dibaca dengan panjang atau pendek
pada huruf fa’, kalimah ( ‫ ) مـــلك‬yang boleh dibaca dengan panjang atau pendek pada
huruf mim dan kalimah-kalimah yang seumpamanya.

 Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat. Apabila terdapat dua wajah qiraat
pada sesuatu kalimah, maka ia ditulis dengan menggunakan salah satu wajah yang
lebih mashyur, contohnya, kalimah ( ‫ ) الصراط‬ditulis dengan huruf sad walau pun
terdapat sebahagian qiraat yang membaca dengan huruf sin dan huruf zai yang
diisymamkan. Ini di sebabkan bacaan dengan Sad itu adalah lebih mashyur dan
banyak digunakan dalam qiraat-qiraat yang mutawatir jika dibandingkan dengan
bacaan-bacaan yang lain.

 Berlaku penambahan di sebabkan wajah qiraat yang berbeza. Terdapat beberapa


perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau kalimah, dan ini
menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak sesuai
digunakan bagi qiraat yang lain. Oleh itu ia ditu1is pada sebahagian mushaf dengan
satu kaedah dan sebahagian lagi mushaf dengan kaedah yang lain. Contohnya firman
Allah s.w.t. (‫) تجــرى تحتها األنهـاـر‬, ia ditu1is sedemikian pada sebahagian mushaf dan
mushaf yang lain pula dengan penambahan ka1imah ( ‫ ) من‬menjadi (‫) تجرى تحتها األنهـاـر‬.

14
9. Penutup.

Sememangnya Rasm Uthmani ini mempunyai kelainnya yang tersendiri sehinggakan ianya
terlalu sukar untuk diperkatakan. Hanya mereka yang mengkaji dan memperhalusinya sahaja
yang akan dapat menafsirkan keunikannya ini. Berdasarkan kepada rea1iti dan apa yang telah
dikaji oleh para ulama, oleh itu sebahagian besar di ka1angan mereka berpendapat bahawa
Rasm Uthmani ini ada1ah suatu kaedah penu1isan yang wajib dipelihara dan diama1kan.
Ada1ah menjadi suatu kesa1ahan yang besar dan berdosa kepada sesiapa yang mengingkari atau
tidak mahu beramal dengannya.

Wa1au pun di sana terdapat pendapat yang mengatakan bahawa kaedah penulisan Rasm
Uthmani ini tidak wajib diama1kan, namun pendapat tersebut ditolak oleh kebanyakkan ulama
kerana ia boleh membawa kepada penambahan atau pengurangan huruf-huruf a1-Quran serta
mendedahkan a1-Quran kepada perubahan dan penyelewengan. Diharapkan semuga dengan
terhasi1nya kertas kerja ini, ianya sedikit sebanyak akan membuka minda kita untuk terus
berama1 dan meyakini sepenuhnya Rasm Uthmani ini, kerana dengan mempertikaikan
kesahihannya, bermakna seseorang itu telah mempertikaikan huruf-huruf a1-Quran. Sekian
terima kasih, wassa1am.

10. Rujukan.

Al-Quran.

Tafsir Pimpinan al-Quran (JAKIM).

Syaykh Muhammad Abd al-Azim al-Zarqani (1988), Manahil al-Urfan fi Ulum al-Quran.
Ahmad Syams al-Din (ed.), j. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Dr. Subhi al-Saleh (1988), Mabahith fi Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayi.

Abd al-Fattah al-Qadi (1977), Tarikh al-Mushaf al-Syarif. al-Kaherah: al-Jihaz al-Markazi li
al-Kutub al-Jam‘iyyah wa al-Madrasiyyah wa al-Wasa’il al-Ta‘limiyyah.

Manna’ al-Qattan (1999), Mabahith fi Ulum al-Quran. c. 2. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

Husayni Syaykh Uthman (t.t.), Haq al-Tilawah. Jordan: Maktabah al-Manar.

Abd al-Fattah al-Qadi (1981), al-Budur al-Zahrah fi al-Qiraat al-Asyr al-Mutawatirah min
Tariq al-Syatibiyyah wa al-Dura. Beirut : Dar al-Kutub al-Arabi.

___________________ ( 1977), al-Wafi fi Syarh al-Syatibiyyah fi al-Qiraat al-Sab‘. Kaherah:


Dar al-Sya‘b.

Al-Hafiz Abi al-Kayr Muhammad bin Muhammad bin al-Jazari al-Dimasqiy (t.t.), al-Nasyr fi
al-Qiraat Aysr. Ali Muhammad Diba‘ (ed.), Mesir: Dar al-Fikri.

15

You might also like