You are on page 1of 75

PENGENALAN KONSEP SDP

Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan


kanak- kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya.
Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan
pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang
tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan
menyeluruh. Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam
Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan
pandangan daripada tokoh-tokoh:

(a) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh


pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif.
Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran
yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti
meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. Oleh itu Seni Dalam
Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid
mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.

(b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan


bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya
disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di
sekolah. Realitinya kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan kecerdasan
linguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung kecerdasan lain
akan hilang. Teori Kecerdasan Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang
digabungseperti dalam matapalajaran Seni Dalam Pendidikan. Pengabungan ini
dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain
daripada itu dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.
Terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang
dapat dilaksana dengan baik dan berkesan.

(c) Howard Gardner (1983), jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan
di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang
disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menakul dan
menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi
terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran
murid kepada yang lebih kreatif.

KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

(d) Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept” yang mengkaji perkembangan


otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan
intiutif seseorang individu.

(e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk
memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan
dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan
yang berkaitan dengan kecerdasan intutif, personal dan intrapersonal, praktik dan
estetika, holistik dan analitik, emosional dan fi zikal dan intelektual.

(f) Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam
Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau
menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri
dalam kehidupannya.
• Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya
dengan keselesaan hidup.
• Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.
• Mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti
yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.
• Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan.

LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard
Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan.
Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam
kurikulum. Oleh itu guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan
menggunakan kelebihan diri mereka. Selain itu guru perlu merancang aktiviti
pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai
gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran
yang memberi inspirasi.

Teori Kecerdasan Manusia


• Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagaisubjek teori
pembelajaran.
• Hermann (1991) menghasilkan “Quadrant Concept” yang membentuk peranan otak
kanan dan otak kiri yang sama.
• Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan otak
seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri.

Seni Muzik
Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki,
Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengenengahkan teori pembelajaran
berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik
mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak
memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat,
pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan
kemahiran berfi kir dan penghayatan secara berperingkat atau “sequential”.
Seni Pergerakan
• Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau
oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-
pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan-
pertimbangan rasional mengenai apa yang kita ingin lakukan.

• Torrance (1969) menyatakan bahawa otak yang kreatif seringkali mempamerkan


kebolehan murid mengatasi pelbagai masalahnya.

Seni Visual
• Bersoon (1982) mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan respon
emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan. Menerusi kegiatan seni
kanak-kanak meningkatkan keupayaannya untuk membuat pengamatan dan
penaksiran. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti yang sedemikian, otak kanan
dan otak kirinya difungsikan.

• Eisner (1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan


masalah membina kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba
membina suatu konsep yang sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak
membuat pengamatan, membuat taksiran dan tanggapan dan seterusnya membina
konsep.

• Feldman (1976) mendapati bahawa kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran


kanak-kanak tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke
semasa.

• Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati


ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam
pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan
setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi
pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan
mengembangkan pemikiran yang kritis.

Teori Pembelajaran
Teori penting yang perlu diketahui dalam Seni Dalam Pendidikan adalah seperti
berikut:
(a) Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan
atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk
peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.

Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid menciptapenyelesaian


mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada
kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan murid
menacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapat beriteraksi yang akhirnya proses
inkuiri akan terhasil.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru


2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran
3. Menyokong pembelajaran secara koperatif
4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru
dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar
6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya
sebagai panduan merancang pengguna
7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen sedia ada
• Menyusun atur maklumat dan pengetahuan
• Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru
• Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk
• Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan
• Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan

Aktiviti-aktiviti Seni Dalam Pendidikan dapat membina konsep


pembelajaran kanak-kanak melalui:

(b) Teori Kecerdasan Pelbagai


Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).
Dengan tajuk “seven ways of knowing, perceiving and understandingn life” beliau
membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan
istemewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Teori
ini telah menjadi penjana kecerdasan serta defi nisi konsep yang relevan dalam
pendidikan hari ini. Ia dirumuskan sebagai:
• Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar
• Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan
• Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.

Jenis-jenis kecerdasan:
• Verbal – linguistik
• Logik – Matematik
• Visual – ruang
• Kinestetik
• Muzik
• Interpersonal
• Intrapersonal
• Naturalis
KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS
KANAK-KANAK
Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik maka
akan dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi
pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu
persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka
menyentuh, merasa, dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan
pemahaman terhadap persekitaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk
menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan
kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik dajah patut digalakkan semasa
pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu kanak-kanak sepatutnya menyertai proses
pendidikan tanpa sebarang perbezaan.
Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kepada kanakkanak.
Jika diteliti berdasarkan teori Pembelajaran Maslow. Pendidikan boleh diumpamakan
berada didalam tahap fi siologi. Iaitu tahap yang merupakan keperluan asas kepada
kanak-kanak. Keperluan asas, pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum menusia
bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik.
Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung
kepada takad mana keperluankeperluan pelajar dapat dipenuhi. Oleh itu untuk
mencapai objektif, guru perlulah mempertimbangkan langkah-langkah berikut:
• Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fi siologi iaitu
makanan, minuman dan pakaian.
• Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif.
• Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang
• Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi dan
peneguhan yang sesuai
• Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar
• Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri,
menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.

Selain daripada itu kanak-kanak juga memerlukan perkara-perkara berikut


antaranya ialah;
• Jasmani dan fi zikal yang sihat
− Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam
pemikirannya. Untuk itu penyediaan pemakanannya adalah penting untuk
perkembangan tubuh badan dan fi zikal pelajar yang sihat.
• Emosi yang stabil
− Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi
perlulah menunjukkan contoh-contoh yang terbaik ketika berkomunikasi sesama
mereka.
• Kerohanian yang membanggakan
− Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi
• Kefahaman intelek yang tinggi
– Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfi kir dengan tepat
sebelum membuat sesuatu tindakan.
• Perhubungan sosial yang menggalakkan
– Perhubungan sesama kanak-kanak hendaklah di dalam keadaan yang harmoni
dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan
• Kefahaman tentang nilai-nilai estetik
− Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang
nilai-nilai estetik yang terdapat didalam pendidikan seni visual.

PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN


KANAK-KANAK
Perkembangan ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan. Ia
merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur
secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan
sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu.
Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia berlaku daripada
peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini
bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma
itu ke peringkat kematangan tetapi perkembangan juga berlaku berterusan.
Manakala pertumbuhan adalah suatu perubahan yang dapat diukur dari satu
tahap ke satu tahap yang lain. Perubahan ini adalah dari segi kuatiti yang dapat
dibuat di bauat ke atas organisma dengan nyata. Peubahan kuantiti adalah
seperti ukuran tinggi dan berat badan yang dapat diukur. Pertumbuhan juga
boleh didefi nasikan sebagai perubahan di dalam struktur dan fungsi tubuh
seseorang individu dalam proses kematangan.

Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak


• Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan
dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada
peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan
berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari
tengah ke tepi (proximodistal).
• Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satusatu
jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.
• Perkembangan berlaku daripada kedaan yang menyeluruh kepada keadaan
tertentu.
• Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat
dilihat daripada perubahan sifat.
• Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir
hayat, iaitu peringkat matang.
• Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fi zikal dan
pembelajaran.
• Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

2.2.2 Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi


Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan
kanak- kanak pada setiap peringkat. Bila diberi peluang untuk bekerja dengan
berbagai bahan,cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan
variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong. Aktivti seni juga mudah direka
bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak
melihat sesuatu dengan caranya tersendiri. Kanak-kanak suka menyentuh,
menguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi,
menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu. Kanak-kanak suka bermain. Seperti
telah sedia maklum bahawa bermain merupakan satu aktiviti yang penting bagi
kanak-kanak. Apabila kanak-kanak bermain secara tidak langsung dia telah
memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, itelek dan sosialnya. Untuk itu aktiviti
seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu
yang digemari dan diminati dan dengan demikian menjadi bermakna kepadanya.

2.2.3 Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni


Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak
mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana
bahan, kandungan subjek dan environment pelajar dapat disesuaikan mengikut
peringkat perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak kanakkanak,
perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-
kanak. Beliau juga menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan
melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanak-kanak.
Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi
kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian diperingkat itu. Apabila
pengetahuan pasif di aktifkan, perspsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku
secara semula jadi. Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari
segi fi zikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu
dalam perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian,
perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya dan
secara tidak sedar.

2.2.4 Kreativiti
Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-
kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka
dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam
kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang
baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu dengan
menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Cara yang unik ini
mencerminkan kreativiti kanak-kanak. Proses kreativiti boleh melibatkan:
• Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
• Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil
• Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.
Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan
arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, ekstur dan irama. Melalui aktiviti seni daya
estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan.Contohnya menggunakan lagu untuk
memperkenalkan tajuk “Rama-rama”. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu,
mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya,
kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap
tajuk ini. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam
kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Kebolehan kanak-kanak adalah
selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-
kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan
alatan dan bahan yang mereka gunakan.
Pemahaman
Bagaimana kanak-kanak dapat menanamkan konsep pemahaman dalam dirinya.
Untuk itu kekerapan mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah dandi rumah akan dapat
memperkukuhkan lagi pemahaman tentang sesuatu perkara. Untuk pemahaman
boleh dilakukan dalam pelbagai aktiviti, seperti;
• Aktiviti Pergerakan – Ketika aktiviti pergerakan dilakukan kanakkanak akan
mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan
ruang, masa, imbangan berat badan dan daya atau aliran.
• Aktiviti Bermain – Semasa bermain kanak-kanak akan memperkembangkan konsep
pembentukan kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi. Sosialisasi,
kebudayaan, fi zikal, rohani dan nilai-nilai murni.
• Lagu – Di dalam lagu kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri
seperti menyanyi dengan yakin, mengikut tempo dan pic yang tepat, menjadi lebih
kreatif apabila dan menjadi seorang yang bertangungjawab.
• Aktiviti Lakunan – Semasa berlakun kanak-kanak akan dapat memahami sesuatu
konsep dengan lebih jelas lagi. Di mana ketika berlakon ia akan cuba memahami
sesuatu watak secara tidak langsung ini akan dapat menjadikannya sebagai seorang
yang kreatif, inovatif, betangungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih
baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan tinggi.
Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti di atas pemahaman tentang sesuatu konsep
atau perkara dapat dipertingkatkan.
2.2.6 Kesedaran Kendiri
Kesedaran kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku manusia ke arah penyesuaian
sendiri, iaitu penerimaan atau penolakkan dan penghargaan kendiri Seseorang dapat
mempertingkatkan kesedaran kendiri dengan menggunakan cara berkongsi kasih
sayang dengan keluarga, kawan atau gurunya. Perasaan yang dirasai ialah bahawa
dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang berinteraksi dengannya.
Perasaan ini akan membawanya menerima dan menghargai diri.
Sebaliknya jika seseorang individu merasa kurang mendapat penerimaan daripada
orang yang berinteraksi dengannya maka dia akan mengalami perasaan penolakkan
kendiri. Manakala penghargaan kendiri adalah timbul daripada penilaian terhadap
kebolehan dalam kebaikan diri sendiri.

Dengan itu seseorang itu akan dapat dibantu untuk memupuk kesedaran kendiri
melalui pengaruh konsep kendiri terhadap tingkah laku seseorang individu.
Sekiranya seseorang pelajar yang ingin belajar dengan jayanya, dia hendaklah
mempersepsikan dirinya sebagai seorang pelajar yang berkebolehah dan
mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Di samping itu guru memainkan
peranan yang penting untuk mendapatkan konsep kesedaran kendiri yang positif.
Antaranya ialah:
• Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajaran
• Memberi bimbingan yang wajar dengan membentulkan kesilapan pelajar dalam
proses pembelajaran
• Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa
menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan
penghargaan kendiri dan keyakinan.
• Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya
• Menggalakkan interaksi positif dikalangan rakan sebaya.
• Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting
• Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru
PENGENALAN
Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan
tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa
yang terdapat disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat
kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya.
Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada
pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah
penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

3.1 PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA


Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga
peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi
oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk itu
perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi
perkembangan diri setiap individu.
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memahami perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar;
2. Menyatakan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar;
3. Menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan
pembelajaran;
4. Menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melalui deria; dan
5. Memahami tentang penggabungjalinan aktiviti berdasarkan kepada
penggunaan kemahiran deria.

SENTUHAN
Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek
perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak. Sebelum
kanak- kanak itu mula untuk berbahasa. Melalui sentuhan pelajar akan dapat untuk
membuat pelbagai aktiviti contoh dalam aktiviti seni visual, pelajar akan
menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas, atau kanvas. Manakala
didalam muzik pelajar akan cuba untuk mencipta satu corak irama yang berbeza.
Apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah disebabkan kerana pelajar
terutamanya kanak-kanak suka membuat Improvisasi atau mengubah suaikan satu-
satu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pulamereka akan dapat
mengetahui aras, atau ruang sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau jauh.
Perkembangan deria sentuh ini mula berkembangan ketika masih bayi lagi. Melalui
sentuhan ibu kanak-kanak itu akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga
kanak- kanak akan berasa selamat. Berdasarkan aktiviti di bawah. Cuba anda
buatkan aktiviti tersebut berdasarkan deria sentuh melalui ekspresi melalui seni
dengan masa yang berbeza.

3.1.2 Dengar
Mendergar melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang dijalankan pada deria ini
lebih menumpukan kepada persoalan apa yang mereka dengan? Contoh dalam
aktiviti ekspresi melalui seni. Aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan
apa yang telah didengarnya ketika dia melukiskan. Bagitulah juga dengan aktiviti
muzik, mereka akan cuba mencipta bunyi tentang apa yang didengarnya. Dalam
bidang pergerakan pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak
sama ada cepat atau lambat.

3.1.3 Lihat
Melihat menggunakan deria mata yang mengakibatkan pengamatan dan
pemerhatian. Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata itu seseorang
akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala
bagi orang buta ia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat penafsiran
dengan berdasarkan kepada pengalaman seni tampak yang telah dialaminya.
Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui cirri-cirinya dan
seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual.
Dengan melihat juga pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat
dunia ‘visual-spatial’ dengan lebih tepat.
3.1.4 Rasa
Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria ini
pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud
seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang
diterima oleh derianya. Seterusnya apabila maklumat itu dirasakan penting individu
akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi gestalt merumuskan bahawa
dalam persepsi, manusia akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan
daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan. Segala apa yang
dilakukannya adalah mengikut pengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual pelajar
akan dapat meluahkan perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya
apabila membuat sesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak
langsung kakinya akan bergoyang ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada
jenis mud muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan, terdapat
rangsangan apabila mendengar muzik secara tanpa disedari kita akan melakukan
pergerakan.
Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini.
• Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti
pembelajaran
• Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur
kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

3.1.5 Hidu
Hidu lebih menekankan kepada aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku
secara semulajadi sebaliknya guru harus merancang strategi untuk menyerapkan
unsur ini dalam pengajarannya ini boleh dilakukan dengan caracara berikut:
• Kebolehan Mental Pelajar
Faktor ini penting untuk mempastikan setiap pelajar mendapat
pembelajaran optima mengenai konsep yang diajar oleh guru
• Pendekatan Pengajaran
Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan
olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah;
• Pendekatan Inkuiri Penemuan
Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi
penyelesaian masalah. Pelajar akan berfi kir dan menaakul secara mental
dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai
pemberi jawapan yang sebenar.
• Pendekatan Resepsi
Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan
bergantung kepada pelajar.
• Pendekatan Deduktif
Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan dikiuti
dengan contoh-contoh spesifi k yang mengukuhkan konsep tersebut.

3.2 KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA


Hasil dari kepentingan kepekaan deria akan dapat membentuk satu persepsi dalam
bentuk satu keseluruhan. Persepsi ini juga dinamakan sebagai pengamatan. Untuk
itu panca indera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit
akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya.

3.2.1 Persekitaran
Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan
deria pelajar. Jika pelajar yang ada dipersekitaran yang banyak mendapat dorongan
dan galakkan maka ia akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika
tidak ia akan berlaku sebaliknya. Untuk itu menjadi tanggungjawab guru untuk
menyediakan sebuah bilik khusus untuk pendidikan seni visual supaya dapat
membantu persekitaran yang menarik ketika berada dialam persekolahan pelajar
Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni visual. Guru Pendidikan Seni Visual
hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni
hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni
yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.
Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber
ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat
sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar guru seni hendaklah cuba
mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang
sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni
visual yang kondusif adalah tanggungjawab guru untuk meningkatkan keberkesanan
pelaksanaan tugas harian. Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan
pembelajaran juga perlu dititik beratkan. Selain daripada itu guru juga dikehendaki
mengenalpasti sumber pengajaran dan pembelajaran dengan memberi
pertimbangan terhadap pengutaraan tampak kanak-kanak. Pengetahuan tentang
pengurusan bilik Pendidikan Seni visual haruslah penting kerana ia dapat membantu
meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak.

Antaranya ialah:
(a) Aspek Fizikal
• Cahaya
Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai sama ada cahaya semula jadi atau
cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi ruang bilik
darjah.
• Peredaran Udara
Bilik darjah harus mempunyai pengedaran udara yang baik supaya dapat
menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar.
• Stor
Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat dan bahan serta hasil kerja murid
sama ada dalam bilik stor atau almari.
• Panel dan Rak Pameran
Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk tujuan
mempamerkan hasil kerja murid.
• Perabot
Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai dengan
semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid
• Kemudahan Asas
Sinki dan punca elektrik diubahsuai agar dipasang ditempat yang sesuai dengan
kebanyakan aktiviti pendidikan seni visual
(b) Aspek Emosi
• Hiasan Dalaman
Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik
darjah dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan
lagi interaksi pelajar
• Ruang
Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik
darjah dapat menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang
selesa dan kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar.

• Peragaan Hasil Kerja


Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk
memperagakan hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina
keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni.
(c) Aspek Sosial
• Interaksi Murid
Murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah. Ruang yang disediakan
dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi murid
dengan murid dan murid dengan guru.
• Kemudahan Aktiviti Kumpulan
Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat
dijalankan dengan berkesan.
Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:
− Unsur Seni;
− Menggambar/Melukis
− Warna
− Lukisan Alam Semula Jadi.
− Seni huruf dan sebagainya.
Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatian
sewajarnya:
− Keselamatan.
− Kebersihan
− Susunan perabot
− Pameran hasilkerja
− Kelengkapan bilik seni
− Pengagihan tugas
− Pengumpulan alat/bahan
− Jadual waktu penggunaan bilik seni
Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan untuk
memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin
Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual
Contoh pelan bilik khas seni (illustrasi) yang disertakan merupakan cadangan
menunjukkan keadaan sebuah bilik seni yang sesuai.

Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam Proses


Pengajaran dan Pembelajaran
• Jangkaan (rajah)
• Hubungan latar depan dan belakang
• Penumpuan
• Tempoh masa
• Tugasan jelas
• Pengalaman
• Susunan objek
3.2.3 Perkembangan Nilai Estetika
Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu:
(a) merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi,
(b) Persepsi
Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap
rangsangan dalam alam persekitaran. Ia juga merupakan proses intepretasi
maklumat yang diterima oleh organ-organ deria manusia. Contohnya
apabila anda terhidu minyak wangi otak anda akan membuat persepsi dan
mengaitkannya kepada seorang wanita atau bunga.
Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan
kulit) akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam
persekitaran. Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini dihantar ke otak
melalui system saraf. Seperti contoh rajah dibawah iaitu apabila seorang
individu mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan. Bunyi
ini diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Persepsi
• Jangkaan
• Hubungan latar depan dan belakang
• Penumpuan
• Tempoh masa
• Tugasan jelas
• Pengalaman dan
• Susunan objek
(c) Imaginasi
Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu
didalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan.
(d) Konsepsi pelajar
Proses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk
menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan
yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh dihuraikan
sebagai satu idea yang spesifi k tentang peristiwa atau fenomena, sama ada
maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Contohnya
konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mempunyai ciriciri
berikut;
• berkulit keras
• hidup di air atau didarat
• menetas telur
Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu
mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang
iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat
binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan
perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek
gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan
penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan,
terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu
seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya
menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

PENGENALAN SENI VISUAL


Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan
tidak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahan diri dan

seni fotografi . Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan
dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini
menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman
daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan
dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan,
menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan
membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah
rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan
mencorak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih
untuk melihat subjek ini pada perspektif yang lebih luas sama ada dari aspek
estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar akan dapat
membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan
bangsa.
4.1.2 Bidang-bidang dalam Seni Visual
Empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada:
• Melukis dan membuat gambar
• Membuat rekaan corak
• Membentuk dan membuat binaan
• Kraf tradisional
(i) Melukis dan Membuat Gambar
Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta
kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek
ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih
baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan.
Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah kandungan subjek
atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk
merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-
kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar
mengikut cara ekspresinya yang atersendiri. Ini membantu perkembangan pelajar
dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fi siologi dan
psikologi pelajar.

(ii) Membuat Rekaan dan Corak


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan
rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan
lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan
ulangan berdasarkan motif dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh
didapati daripada:
• Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan
• Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, dan gunting
• Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat
• Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
Jenis Susunan Corak Terdiri Daripada:
• Penuh
• Turun satu suku
• Turun tiga suku
• Turun separa
• Sisik ikan
• Selang seli
• Tampak dam dan tampak catur
• Siku keluang
• Pucuk rebung
• Orgee
• Batu bata
• Tunggal
• Berpusat
• Sendeng
• Berombak
• Jidar
• Berjalur
• Cerminan
Teknik Corak
Dibuat secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaian
motif dan tujuan corak ini dihasilkan.

(iii) Membentuk dan Membuat Binaan


Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari
segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut
pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat
binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga
mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik
penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan
alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi;
• Arca timbul
• Arca assemblaj
• Arca mobail
• Arca stabail
• Model
• Diorama
• Boneka
• Topeng
• Origami

Tema dan Subjek


1. Alam semulajadi
2. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis
3. Aliran dan tema sejagat
4. Keperluan dan pengalaman harian
(iv) Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh didefi nisikan sebagai perusahaan atau kerjakerja berunsurkan
seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan
kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.
Jenis-jenis Kraf
1. Alat domestik
2. Alat permainan
3. Alat mempertahankan diri
4. Batik
5. Seni tekat
6. Tembikar
7. Anyaman
8. Kelarai
9. Ukiran

4.1.3 Estetika dalam Pendidikan Seni Visual


Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang
dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu reka cipta dan kreativiti
pelukis akan menjangkau kepada bidang-bidang dan simbol-simbol yang telah dibuat
oleh pengkarya yang terdahulu dengannya. Mereka akan membuat kembara seni
melalui pelbagai ujikaji dan penemuan: bentuk, rupa, warna, persepsi dan
perasaanyangakhirnya menyelesaikan suatu permasalahan. Justeru setiap hasilan
pastinya ada cetusan idea dalam ruang lingkup yang ingin dinukilkan. Burgurt
(1961) berpendapat semua orang yang terlibat dengan pembuatan karya seni
semestinya membuahkan suatu keunikan secara personal untuk disampaikan dalam
karyanya. Apabila pelukis memikirkan kreativiti dalam berkarya, sekaligus
sebenarnya pelukis juga memikirkan nilai estetika yang inginkan ditampilkan.

(a) Peniruan sebagai Representasi Gambar dan Imej


Di dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk mewujudkan nilai
estetika. Peniruan bermakna menterjemah secara langsung objek atau imej. Estetika
yang ditampilkan dari gayaan ini mengikut sejauh mana pelukis dapat menterjemah
semula estetika semulajadi tiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan
peniruan ini, namun untuk tujuan pembelajaran dibolehkan.
(b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi
Pelukis-pelukis agong seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gough dan Goya
sering mengekspresikan lukisannya mengikut perasaan dan emosi. Tema-tema yang
berkaitan dengan kesedihan, kegembiraan, keporak perandaan dan kecelakaan
yang melanda seseorang, tempat, kerajaan dan negara ditampilkan di kanvas dan
arca- arca mereka. Kebolehan
mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan nilai estetika kerana
keselarasan mesej yang ingin disampaikan.
(c) Menggunakan Kaedah Formalistik
Estetika dalam konteks ini menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip rekaan dan
unsur-unsur seni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan,
warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa. Dari kefahaman ini, karya digubah dan
diolah melalui prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni, pergerakan, kontra,
kepelbagaian, pengasan, imbangan dan kesatuan. Setelah memahami pengetahuan
mengenai prinsip di atas, menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang penting.
Olahan ruang, pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kira untuk
menstrukurkan imej gambar sehingga tertampil sebuah karya yang kelihatan gah,
berprestij dan agong.
(d) Keaslian
Dalam berkarya, keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami oleh pelukis.
Dalam berkarya, menciplak atau menjadi plagiat adalah suatu yang ditegah dan
dituduh sebagai pelukis murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilai
estetikanya terserlah dari keunggulan idea atau gagasan.

4.2 ASAS SENI REKA


4.2.1 Unsur Seni
Unsur seni terdiri garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang.
(a) Garisan
• Garisan merupakan cantuman satu siri titik
• Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi,
beralun, zig-zag dan lain-lain lagi.
• Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar
• Melalu garisan kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat
rupa dan membentuk.
Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti;
1. Teknik koyakan
2. Teknik tampalan
3. Teknik kolaj
4. Teknik gosokan
5. Teknik cetakan
6. Teknik capan
(b) Warna
Warna terdiri daripada;
1. Warna asas
2. Warna sekunder
3. Warna tertier
Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning. Warna ini tidak boleh dihasilkan
melalui campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna sekunder apabila ia
dicampurkan antara satu sama lain. Apabila warna kuning dicampur biru, ia
membentuk warna sekunder hijau. Merah dicampur dengan biru membentuk warna
sekunder ungu dan apabila kuning dicampur dengan warna merah ia membentuk
sekunder oren atau jingga. Warna asas dan warna sekunder apabila dicampurkan
akan membentuk warna tertier. Secara mudahnya warna asas adalah ibu segala
warna. Kefahaman mengenai warna ini memudahkan pelajar untuk kerja-kerja
mewarna kepada subjek yang dihasilkan.
LATIHAN 4.1
(c) Jalinan
Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar,
halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan
manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri
dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis:
(i) Jalinan tampak
(ii) Jalinan sentuh
• Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi.
Ia terdiri daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh
sebab ia wujud dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalianan secara
sentuhan.
• Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga
dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan
lain-lain lagi. Jalinan boleh dihasilkan melalui,
• Teknik cetakan
• Teknik pualaman
• Teknik kolaj
• Teknik campuran
• Teknik binaan
• Teknik cantuman
(d) Rupa
Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan
penghujung garisan. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau
mendatar. Rupa terbahagi dua: rupa organik dan rupa geometri. Rupa organik
mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan.
Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Berbeza dengan rupa
geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kun,
kubus, selinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain.Secara
lumrahnya, rupa geometri dihasilkan berbantukan alat geometri.
Jenis-jenis rupa;
• Rupa positif dan negatif
• Rupa dan corak
• Rupa dan lambang
• Rupa dan muka taip

(e) Bentuk
Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap jika dibandingkan
dengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau digambarkan kerana ton,
jalinan ruang diaplikasi sekaligus. Bentuk terdiri dari dua jenis;
(i) Bentuk ilusi (maya)
(ii) Bentuk konkrit
Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, illustrasi, lukisan dan
gurisan. Bentuk ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia
hanya permukaan datar kerana dalam bentuk dua dimensi.
Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan
mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian, bangunan,
manusia dan lain-lain lagi.
(f) Ruang
Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia
menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di
luar, di tepi di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar, ruang boleh
dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya,
ruang dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

Prinsip-prinsip Rekaan
Prinsip rekaan terdiri daripada;
• Harmoni
• Penegasan
• Imbangan
• Kontra
• Pergerakan
• Kesatuan
• Kepelbagaian
(a) Harmoni
Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, teraputik, nyaman, aman dan tenang.
Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan dan
penyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan, bentuk, rupa, jalinan, ruang
dan warna yang saling lengkap melengkapi dan tiada unsur percanggahan di
dalamnya.
(b) Penegasan
Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual bermaksud kemampuan sesuatu
unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini bolehdilakukan dengan
mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan. Unsur-
unsur seni seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna merupakan unsur
biasa yang boleh dikaitkan dengan penegasan.
(c) Imbangan
Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruangan kiri dan
kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada keadaan yang stabil,
sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz, jarak,
bentuk, jalinan, rupa dan warna. Imbangan boleh jadi dalam bentuk simetri atau
bukan simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang yang seimbang kiri
dan atau atas bawah. Jika sebaliknya, ia membentuk imbangan tidak simetri.
(d) Kontra
Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang ingin
diutarakan dalam hal subjek karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini disengajakan untuk
mendapatkan reaksi sipemerhati. Kontra boleh berlaku pada rupa, bentuk, garisan,
warna dan corak.
(e) Pergerakan
Selain perhatian yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam
gambar juga boleh menjadikan sebagai kekuatan imej gambar itu.
Pergerakan sesuatu kenderaan bermotor misalnya, nampak lebih hebat
dan menarik apabila ada unsur pergerakan tambahan yang menjadikan
ia kelihatan seperti bergerak. Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa,
jalinan, ruang dan warna.
(f) Kesatuan
Kesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk,
warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman
pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan
warna. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku dengan seimbang, harmoni
dan saksama ia akan menwujudkan kesatuan.
(g) Kepelbagaian
Kepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan pesembahan yang
membentuk satu gubahan. Kombinasi unsur-unsur seperti jalinan, rupa, bentuk,
warna, ruang dan sebagainya akan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian.
Perkara penting yang perlu diambil kira untuk mewujudkan kepelbagaian yang
harmoni ialah dengan menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian.

Struktur Rekaan
Sebelum berkarya, pertimbangan awal yang menjadi perhatian ialah bagaimana
penstrukturan hal benda dilakukan. Ia dilakukan untuk mendapatkan suatu hasilan
yang baik dan memenuhi spesifi kasi karya yang terancang. Untuk mendapatkan
struktur yang baik, lakaran asas yang mungkin rupa geometri atau rupa organik di
gunakan. Struktur asas yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua iaitu garisan
grid dan garisan struktur. Garisan grid adalah garisan-garisan silang di atas kertas
dimana petak-petak terbentuk dan motif corak dilukis pada setiap petak tadi. Garisan
struktur pula ialah garisan yang terbentuk mengikur sifat objek yang dilukis.
Contohnya, bagi sebuah payung, garisan strukturnya terbentuk sebagai garisan
berpancar daripada tengah payung itu. Bagi ubat nyamuk pula, garisan berpusar
menjadi struktur garisannya dan berpandukan garisan-garisan struktur inilah kerja-
kerja menggambar diteruskan.

Penyerapan Unsur Seni Visual

di Sekolah Rendah
Peter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan pendorong utama
pembelajaran di kalangan pelajar. Drs. Abd. Rahman Saleh (1976) menyarankan
agar sebuah sekolah yang berkesan dapat dicapai dengan menggunakan asas-asas
dikdaktik dalam usaha membangkit minat, memperagakan mata pelajaran, pelajar
aktif, penyajian ilmu secara sisetematis dan pemilihan bahan yang tidak pasif.
Menurut Drs. Abd. Rahman Saleh ia boleh dilaksanakan dengan beberapa cara.

(a) Tujuan pengajaran Seni Visual dijalankan dengan “operational“ yang


khusus. Maknanya, setiap warga sekolah meletakkan tanggungjawab menyerap
unsur seni secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan di setiap penjuru kawasan sekolah
yang mungkin berupa lanskap, mural, arca, taman permainan, simbol-simbol dan
grafi k yang menarik. Warga sekolah seharusnya merasa sayang dan cintakan seni
tersebut.
(b) Memilih method atau kaedah yang tepat. Ini berkaitan dengan kaedah pengajaran
dan pembelajaran. Guru Besar sekolah seharusnya mendokong watak hero untuk
memperkasakan peranan Seni Visual yang dapat menceriakan sekolahnya. Guru-
guru yang layak dan relevan sahaja yang dibenar untuk mengajar Seni Visual.
Peralatan seni dan kemudahan belajar dalam konteks mentarbiyah pelajar dengan
seni lengkap, canggih dan sentiasa mendapat perhatian pihak sekolah.
(c) Menggunakan peralatan dan bahan Seni Visual dengan sebaik-baiknya. Guru
seni yang ingin melihat kewujudan keceriaan sekolahnya akan mengawal,
mengawas dan menyelia peralatan seninya dengan baik dan sistematik.
hadiah atau ganjaran kepada orang atau kelas yang dapat membuat penampilan
seni yang baik dan cemerlang. Ini boleh dilakukan secara pertandingan, “sport
check”, kempen atau agenda tahunan sekolah. Seterusnya perlaksanaan
pendekatan dikdatik di sekolah akan dapat dilaksanakan ke atas pelajar melalui
pendekatan yang berikut:
(a) Pelajaran seni harus mempunyai nilai kemasyarakatan, mempunyai hubungan
dengan kehidupan sehari-hari
(b) Pelajaran seni dapat diberikan dengan jelas sehingga murid dapat mempelajari
penyelesaian sendiri masalah-masah yang dihadapi. Sehubungan dengan itu
struktur pelajaran mesti dirancang dengan baik.
(c) Antara guru dan murid harus mempunyai hubungan yang baik. Guru selalu
membantu dan mendorong kegiatan belajar pelajar, dapat membangkitkan
persaingan dengan kerjasama murid.
(d) Memberikan kesempatan seluas-luasnya kepada murid-murid untuk mencuba,
menyelidik, menyelesaikan masalah dan dididik untuk berdikari.
(e) Penyajian bahan harus diatur berurutan sehingga tujuannya dapat ditetapkan
dengan jelas. Kesukaran-kesukaran harus diatur secara bertingkat atau mengikut
sekuen.
(f) Untuk meningkatkan usaha dan memperoleh gambaran yang telah dicapai, guru
harus mengadakan evaluasi pelajaran. Haruslah diingat bahawa evaluasi adalah
merupakan sebahagian daripada mengajar. Dr. Wan Zahid (1993) mencadangkan
beberapa langkah untuk mengatasi antaranya:
(a) Pembetulan (correction) – Membetulkan fakta dan konsep yang menyeleweng
(b) Orientasi (Orientation) – Memasukkan pandangan, visi dan tafsiran yang tepat
mengenai mata pelajaran ini.
(c) Penyelarasan (reconciliation) – Menyelaras displin-displin ilmu yang mengganggu
dan menggagalkan.
(d) Kesepaduan (integration) – Menyatupadukan seluruh ilmu dalam satu acuan atau
paradigma yang berteraskan tawhid.
Namun begitu kejayaan ini menurut Peter Mortimore (1995) boleh berlaku jika:
(a) Peranan Guru Besar sebagai pemimpin utama sekolah
(b) Perkongsian wawasan dan tujuan
(c) Pengajaran yang bertujuan atau bermatlamat
(d) Jangkaan kejayaan yang tinggi
(e) Saranan supaya memberi galakan yang berterusan dalam amalan pembelajaran
(f) Pemantauan kemajuan dan menilai prestasi pelajar
(g) Hak pelajar dan tanggungjawab pelajar yang dipelihara dan dihormati
(h) hubungkait antara rumah dan sekolah penting untuk membuat sesuatu
pertalian yang tidak putus-putus
(i) Organisasi yang baik dan berkesan penting untuk menanggap, menakluk dan
membina pengalaman.
Akhirnya, hasil (“out-come“) sekolah dalam penyerapan unsur seni dapat
dilaksanakan dengan berjaya sekiranya ada kerjasama secara total.
AKTIVITI SENI VISUAL
4.3.1 Menggambar
Kegiatan menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta
penilaian. Berikut disenarikan jenis teknik dan bahan serta alat yang terlibat.
Bil. Jenis Teknik Bahan Alat
1. Lukisan Kertas, kanvas, kain, plywood Pensel, pensel warna, pen teknikal,oil
pastel, krayon, arang, berus
2. Catan Kertas, kanvas, kain, plywood, Berus, pisau palet, easel, linseed, air,
turpentine kadbod, papan
3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas, Gunting, pisau, mangkuk bahan- bahan
tampalan
4. Montaj Kertas, gambar, majalah, surat Gunting, pisau, pembaris khabar, gam
5. Cetakan Dakwat cetak, gam, tupentine, Penggelek, papan, Spatula,
minyak tanah, minyak linseed, cermin, kertas surat khabar papan
6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, Berus, scrapper warna air
7. Gosokan Warna, kertas, pensel warna, Kain, papan pensel, oil pastels
8. Stensilan Profi lm, kertas, dakwat cetak, Squeezy, penggelek dan kain dye
9. Percikan Warna, air, kertas, Berus, strew, berus gigi
10. Gurisan Kayu, kertas, lilin, dakwat Alat geometri, pembaris
11. Capan Warna, dakwat, kertas, Papan, gunting, pisau bahan-bahan terbuang,
gam
12. Mozek Gam, kertas tebal, kertas warna Gunting, pisau

4.3.2 Membuat Rekaan dan Corak


(a) Corak Tidak Terancang
Bil. Jenis Teknik Bahan Alat
1. Pualaman Kertas, air, cat kilat, cat minyak Besen, berus
2. Tiupan Kertas, kanvas, warna air, warna batik Strew, berus
3. Titisan Warna air, lilin, api Pembaris keluli
4. Ikatan, tisu, warna batik, getah gelang,kain Besen warna, berus
5. Renjisan dan percikan Warna air, kertas, Kanvas Berus, bekas warna
(b) Corak Terancang

Jenis Teknik Bahan Alat


1. Lukisan Kertas, kanvas, kain,plywood Pensel, pensel warna, pen
teknikal,oil pastel, krayon, arang, berus
2. Catan Kertas, kanvas, kain, plywood, linseed, air, turpentine Berus, pisau palet,
easel, kadbod, papan
3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas, bahan-bahan tampalan Gunting, pisau, mangkuk
4. Montaj Kertas, gambar, majalah, surat khabar, gam Gunting, pisau, pembaris
5. Cetakan Dakwat cetak, gam, tupentine, minyak tanah, minyak linseed, papan
Penggelek, papan, Spatula, cermin, kertas surat khabar
6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, warna air Berus, scrapper
7. Capan Warna, dakwat, kertas, bahan-bahan terbuang, gam Papan, gunting, pisau
8. Kaligrafi Kertas, warna, dakwat Pen kaligrafi , buluh, resam
Membentuk dan Membuat Binaan
Jenis Teknik Bahan Alat
1. Arca timbul Kepingan kayu, plaster of Pahat, penukul, alat pengukir,
paris, batu, kayu, plastik, pengikis, kikir pari, kertas lumat, papier mashe, kertas pasir
tanah liat alat
2. Asemblaj Kayu, logam, batu, simen, Alat patri, skru, paku, gergaji, bongkah kayu,
“spare-part” ragum, kenderaan, bahan kutipan, besi
3. Mobail Besi, dawai, kertas, tali temali, Gunting besi, alat patri, plastik, kepingan
logam, zing, sepana, gerudi, pemutar skru kad bod
4. Stabail Simen, kepingan logam, Alat patri, skru, paku, plastik, “spare-parts”
gergaji, ragum, gerudi, kenderaan, besi, logam, sepana hidup, papan pemutar skru
5. Model Kertas tebal, loyang, gangsa, Gunting besi, alat patri, plywood, zing, akar
kayu, sepana, gerudi, papan pemutar skru
6. Diorama Plywood, papan, zing, cermin Gunting besi, alat patri,
lutsinar, patung, karangan sepana, gerudi, laut pemutar skru
7. Boneka Tekstil, span, plastik, tali, cat, Gunting, pisau, playar, spray warna, gam
dunlop pemutar skru /UHU
8. Topeng Papier mashe, plastik, kertas Gunting, pisau, besen surat khabar, habuk
papan, gam, piring plastik, warna
9. Origami Kertas, tekstil, benang Gunting, pisau

Kraf Tradisional
Jenis Teknik Bahan Alat
1. Alat domestik Kepingan kayu, tempurung, Pahat, penukul, alat pengukir, besi,
kayu, manik pengikis, kikir pari, kertas pasir, gergaji kecil
2. Alat permainan Buluh, kertas, benang, gam, Gunting, pisau, gam, gergaji kertas
warna, kayu kecil, pemutar skru, skru
3. Alat pertahanan Kayu, timah, besi, plumbum, Gunting besi, alat patri, diri loyang
sepana, gerudi, pemutar skru

4. Alat perhiasan Benang, tekstil, prada, gam, Gunting, pisau,gergaji kecil, diri
butang,kayu pemutar skru, ragum
5. Batik Kain putih, campuran lilin, Canting, pemidang kayu, pewarna, pemati warna,
debu berus, dapur atau plat soda, pelembut kain/fabrik pemanas, periuk, besen
besar
6. Tekat Benang emas, benag putih, Pemidang kayu berkaki, kain dasar, baldu,
kertas tebal, cuban gam, rotan saga
7. Tembikar Tanah liat, kaolin Tanah liat, Pisau, span,penggelek, papan kaolin golek,
gergaji kecil, pengayak, dawai, pemotong, kayu ukur, angkup luar, pinggan, kayu,
pengguris dan berus
8. Anyaman Pandan, mengkuang, daun Parang, alat jangka, pelurut, nipah, buluh,
paku pakis, tempayan, besen, periuk, daun serdang, rotan, rumput penyisip, pisau
kecil rampai
9. Ukiran kayu Kayu Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis, daun
mempelas, berus, syelek
RUMUSAN
• Pendidikan Seni Visual merupakan satu subjek yang penting dipelajari oleh pelajar
semasa berada di alam persekolahan. Ia merupakan satu mata pelajaran yang dapat
memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan minat dan
seterusnya mendalami Sen Visual secara betul dan bersistem. Pelajar yang
sedemikian pada jangka panjangnya akan memiliki ciri insan yang berbudaya,
mempunyai citarasa seni yang tinggi dan kreatif. Dalam topik ini pengetahuan asas
Seni Visual menjadi bahan penting dan perlaksanaannya bukan terhad pada waktu
yang ditetapkan tetapi boleh diserap dan diterap dalam mata pelajaran lain pada bila-
bila masa sahaja.

PENGENALAN ASAS MUZIK


Biasanya apabila disebut muzik, kita akan teringat kepada lagu-lagu nyanyian,
mainan alat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya; atau mendengar
lagu-lagu dari radio, televisyen kaset, cakera padat dan lain-lain. Muzik mempunyai
hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu pada hakikatnya tidak ada
orang yang sepatutnya bekata “Saya tidak suka muzik”. Melalui muzik seseorang itu
akan dapat melahirkan dan menyatakan kegembiraan, keriangan, kesedihan,
kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena
kehidupan. Muzik boleh menggambarkan emosi seseorang mahu pun boleh
menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku. Kegiatan muzik
merupakan satu saluran komunikasi yang sangat penting. Fahaman dan penglibatan
pelajar dalam kegiatan muzik yang meluas dan sejagat akan dapat membantu
mengeratkan perhubungan dan persefahaman kemanusiaan.

Definisi Muzik
Hampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai juga
yang mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk mendapatkan
persetujuan tentang defi nisi muzik mungkin tidak begitu mudah. Pada amnya muzik
adalah diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-
bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran
atau rekaan dengan satu cara yangdianggap memuaskan mengikut estetika, corak
pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya
tertentu. Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi
kipas dan bunyi- bunyi lain yang didengar dipersekitaran boleh didefi nisikan sebagai
muzik juga. Bahasa Arab, pengertian muzik dalah sebagai handasah alsawt yang
bermaksud “kejuruteraan bunyi secara artistik”. Sebenarnya muzik ialah satu
perkataan yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman puba Yunani
diberi nama sebagai “Muses” yang bemaksud semua bentuk seni halus ermasuk
muzik. Tetapi pada hari ini perkataan muzik ini digunakan secara universal dan
bermaksud seni bunyi-bunyian.

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik


Mengikut “Principles of the Pestalozzian System of Music” mengenai prinsip
pengajaran dan pembelajaran muzik adalah seperti berikut:
• Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda atau saimbologi (kaedah
hafalan sebelum catatan) dan biarlah pelajar menyanyi dahulu sebelum mempelajari
notasi muzik.
• Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati,
mendengar, meniru, seeta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu dan
menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka sendiri sama ada bunyi-bunyi
itu sama atau berlainan, dan seronok untuk didengar atau tidak. Perkara ini
dilakukan dengan penerangan atau panduan yang paling minimum daripada guru. Ini
bererti pembelajaran yang aktif dan bukan yang berbentuk pasif. (kaedah penemuan
kendiri).
• Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna
ton atau jalinan) pada satu ketika. Perkara ini harus dijalankan dengan teliti sebelum
melakukan aktiviti gabungan dengan
unsur muzik yang lain. Setiap pelajar harus mahir dan cekap dengan
setiap unsur muzik tersebut melalui latihan yang mencukupi, sistematik dan
berperingkat sebelum beredar kepada aspek yang berikut. (pembelajaran
mengikut urutan).
• Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik
dijalankan Dengan itu pelajar akan dapat mengaitkan amalan praktik dan
teori dengan usaha sendiri. (pembelajaran heuristik).
• Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan
membuat latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha
sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik (kaedah pendekatan
berkonsep).
• Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus
diselaraskan. Nyanyian solfa tidak digalakkan.

Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik


Contoh Peta Minda
Kebanyakkan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik telah
diasaskan berdasarkan kepada Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi
Suzuki, Zoltan Kodaly dan Edwin Gordon. Walau pun setiap pengkaedah
muzik mempunyai latar belakang yang berbeza, tetapi setiap daripada mereka
banyak memberi perhatian kepada bagaimana konsep-konsep muzik hendak
diperkenalkan kepada pelajar-pelajar. Diantara kelima-lima pendekatan itu,
pendekatan Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana
mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat
atau ‘sequential’.
Pendekatan Dalcroze, Orff, Kodally dan Gordon lebih memberikan penumpuan
kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. Manakala
Suzuki lebih menumpukan kepada pembelajaran muzik instrumental dan berkait
dengan pembelajaran muzik untuk pelajar prasekolah.
Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti ‘eurhythmic’ adalah
merupakan pendekatan Dalcroze. Dengan itu, gerakan, improvisasi dan nyanyian
solfa diberikan keutamaan dalam pendidikan muzik oleh Dalcroze. Bagi
Dalcroze, perkembangan kebolehan muzik dikalangan pelajar boleh berlaku
dengan baik tanpa tumpuan yang mengongkong dan formal kepada aktivitiaktiviti
muzik pada peringkat awal pelajar. Baginya aktiviti-aktiviti formal
seperti latihan teori dan pembacaan notasi lebih melibatkan intelek sahaja.
Oleh itu, Dalcroze telah banyak menggunakan gerak geri tubuh badan untuk

menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap


aspek- aspek muzik seperti irama, rangkai lagu, melodi dan bentuk atau
struktur muzik dikalangan pelajar. Beliau berpendapat bahawa tubuh badan
manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan otak melalui satu sistem
urat saraf atau otot-otot yang bagitu kompleks. Kajian dan penyelidikan dalam
bidang neurologi telah banyak memberi bunkti kepada pendapat Dalcroze
mengenai kaedah kinestetiks yang dinamakan eurhytmics.
Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman
muzikal. Satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff adalah kegunaan
peralatan muzik yang direka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik
bagi pelajar. Sifat semula jadi kanak- kanak untuk bermain diberi makna
sepenuhnya dalam pendekatan Orff. Ide-ide Dalcroze telah mempengaruhi Orff.
Beliau telah mengaitkan muzik dengan gerakan dan pertuturan pelajar yang
berirama (chants) dalam bukunya Orff Schulwerk. Orff berpendapat bahawa
Irama bahasa/ lagu dan pergerakan secara spontan kesemuanya boleh bayak
membantu pelajar supaya mempelajari dan memahami dengan lebih berkesan
tentang konsep- konsep muzikal. Pelajar yang mempelajari muzik melalui
pendekatan Orff diberi peluang yang mencukupi untuk mempelajari muzik
dan melakukan improvisasi dengan muzik dengan cara ‘penemuan sendiri’.
Pendekatan Orff boleh dibahagikan kepada empat komponen utama:
(i) Imitasi (Mengajuk Balik) Berkait dengan perkembangan kemahirankemahiran
asas dengan menggunakan pertuturan berirama dan juga
irama badan. Irama badan yang dimaksudkan adalah melalui aktivitiaktiviti
bertepuk tangan, petik jari, menampar peha, hentak kaki dan
sebagainya. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan bersama pembelajaran
nyanyian dan bermain alat muzik. Alat-alat genderang yang tidak
berpic dan yang berpic (glokenspiel, xylofon, metalofon, simbal, dram,
kerincing, loceng) banyak digunakan. Manakala alat melodi yang utamanya
ialah rekoder.
(ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi
muzikal dan membuat gerakan dengan usaha sendiri.
(iii) Improvisasi
Pelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu atau
kumpulan dengan kesemua peralatan Orff. Pada mulanya hanya skel
pentatonik disyorkan. Ia dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentu
pada peralatan genderang Orff yang berpic seperti xylofon dan metalofon.
Cuma memainkan not tonik “do” dan not yang kelima “soh” kesemua notnot
lain ditanggalkan. Alat xylofon yang lain pula hanya menggunakan
skel pentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh “ti” dan not keempat
“fah”.
Skel Pentatonik
Skel pentatonik ialah skel yang mempunya lima ton.
(iv) Creation (Mencipta)
Pada tahap ini pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakan
bahan asas dari fasa-fasa diatas. Bahan itu digunakan untuk mencipta
rondos, mini suites dan theme and variation. Diperingkat ini cerita
pelajar dan puisi digunakan sebagai bahan muzikal untuk penciptaan
muzik dengan menggunakan pertuturan berirama, gerakan, nyanyian dan
permainan alat-alat muzik Orff.
(v) Literasi
Pada tahap ini pelajar akan belajar menulis dan membaca notasi muzik
seperti ‘sight singing’, menulis corak irama dan skor muzik.
Kodaly telah mengasaskan satu pendekatan yang bagitu terkenal diseluruh dunia.
Beliau telah merancang satu kurkulum muzik untuk kegunaan sekolah dimana
pembelajaran muzik diadakan sebanyak empat hingga enam kali seminggu
dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat sekolah menengah Program
muzik ini diaturkan secara berperingkat atau ‘sequential’ dalam beberapa
aspek pembelajaran muzik seperti nyanyian, latihan aural, notasi muzik dan
permainan alat muzik. Kodaly telah memberi penekanan yang jelas kepada
aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari peringkat awal lagi melalui
aktiviti nyanyian semerta dan menurunkan melodi dengan notasi. Kegunaan
isyarat tangan, latihan solfa tangga nada pentatonik dan nyanyian lagu rakyat
secara a capella (nyanyian tanpa iringan alat muzik).
Pendekatan Suzuki pernah digelar ‘pendekatan bahasa ibunda’. Suzuki
menamakan kaedanya talent education’ atau pendekatan bakat’. Seperti
pendekatan Orff, pendekatan Suzuki juga memerlukan alat-alat khas iaitu
violin kecil. Ciri-ciri yang istimewa dalam pendekatan Suzuki termasuk
penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik
secara individu. Suzuki juga berpendapat bahawa pendidikan muzik
harus bermula dari peringkat awal kanakkanak dan pengajaran muzik
perlu dimulakan dengan bermain secara menghafal ‘rote playing’
sebelum menerima pembelajaran notasi formal ‘note’. Mendengar muzik
secara berulang kali atau berkali-kali atau secara bertubi-tubi dianggap
amat penting di dalam pendekatan Suzuki. Kebanyakan dari ciri-ciri asas
dalam pendekatan Suzuki masih dikekalkan sehingga kini dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran muzik.

Latihan solfa isyarat tangan:


Curwin Hand Signs
The Kodály approach emphasizes the importance of learning how to sing
on pitch. In the 18th century, Joh Spencer Curwin (England) developed
hand signs to go with the solfege syllables (do re mi, etc.). Kodály
integrated these hand signs into his teaching methods.
Hand sings are a way of giving a physical placement for a vocal pitch. The
low “do” begins at your midsection. Each pitch is then above the previous
one. Thus, you have the hand signs going up when the pitch goes up. The
upper “do” is at eye level.
Do Sol
Re La
Mi Ti
Fa Do
Pendekatan Edwin Gordon adalah berasaskan kepada hasil penyelidikan
jangka panjang mengenai kandungan muzik dan turutan pembelajaran di
peringkat sekolah rendah. Pendekatannya adalah bercorak formal berbanding
kepada pendekatan Dalcroze, Orff, Suzuki atau Kodaly yang lebih berdasarkan
kepada falsafah masing-masing. Gordon mengutamakan prinsip ‘sound
before symbol’ di mana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan
muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Bagi
Gordon, pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiap pelajar
dapat menguasai satu kebolehan yang digelar sebagai ‘audiation’ iaitu satu
proses mental yang membolehkan seorang manusia supaya mendengar muzik
dalam akal fikiran tanpa rujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara
fizikal (sound vibration). Dengan itu punca bunyi dalam ‘audiation’ adalah
dari akal fi kiran sendiri dan bukan dari persekitaran fi zikal. Bahan dan strategi
dalam pendekatan Gordon juga diatur secara perperingkat mengikut teori-teori
pembelajaran semasa. Aspek-aspek kognitif juga diberi keutamaan yang sama
sengan aspek-aspek pembelajaran muzik yang lain. Dengan itu pelajar boleh
membezakan irama, meter dan juga tonaliti selain dari menyanyi, bermain alat
muzik, membaca notasi atau menghayati muzik.
5.2 KONSEP MUZIK
Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti
tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep
muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi Irama, Melodi,
Harmoni, Warna Ton, Tekstur, Bentuk dan Ekspresi.
Berdasarkan pengetahuan anda bincangkan pendekatan Kodaly
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah.
LATIHAN 1.1
Unsur-unsur Muzik
(a) Melodi
Peta Minda Melodi
Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya
lagu ‘Rasa Sayang’.
Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah.
Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do re mi (jeda tiga).
Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut
langkah tertentu. Contoh skel C major.
Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C.
(b) Harmoni
Harmoni: Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan
bersama atau serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod.
Kegunaan kod adalah untuk mengiringi melodi
Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk triad
not yang digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel.
Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu
persatu, menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakan arpeggio
atau kod curai.
Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak kesatu kod yang lain, ianya
disebut sebagai pergerakan kod. Diantara pergerakan kod yang lazim
digunakan adalah pergerakan kod I –IV –V. Kod-kod ini dinamakan sebagai
kod primer.
(c) Irama
Irama : Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akan
menghasilkan irama yang berbeza.
Detik : Bit yang konsisten. Contoh denyutan jantung.
Meter : Masa bagi muzik dikawal oleh meter yang ditulis seperti berikut
23426
44428
Angka di atas menunjukkan bilangan detik dan angka di bawah
menentukan jenis detik.
Corak : Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan corak
Irama irama yang berbeza.
Rentak : Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi
nyanyian atau permainan alat. Contoh rentak masri.
Tempo : Kelajuan sesebuah lagu atau muzik. Contoh allegro (cepat)
moderato (moderate pace).
(d) Ekspresi
Peta Minda Ekspresi
Ekspresi : Merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu
persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah
dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri
muzikal boleh menghasilkan interpretasi tersendiri.
Dinamiks : Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut
dalam Muzik
P (piano) – lembut (soft)
Fforte) – Kuat (loud)
Istilah : Tempo – berkaitan dengan kelajuan dalam muzik
Alla marcia – berentak mac Andante sederhana cepat
Allegro – rancak dan cepat
Coda ( ) – bahagian tambahan dalam sesuatu ciptaan
Da capo (D.C) – dari permulaan
Dal Segno (D.S) – dari tanda segno
Fine – tamat
Moderato – sederhana
Segno – tanda
Tanda : Simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik dengan
Syarat maksud khusus.
(e) Bentuk
Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang
mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB.
Contohnya:
• Penyusunan idea muzik dalam bentuk berikut:
− Bentuk dua bahagian
− Bentuk tiga bahagian
− Bentuk rondo
− Bentuk strofi k
− Bentuk tradisional
(f) Warna Ton
Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna
ton dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza
ialah:
• Suara lelaki dengan suara perempuan;
• Suara perempuan dengan suara pelajar;
• Suara orang menjerit dengan suara berbisik;
• Tepukan tangan dengan petikan jari;
• Ketukan batu dengan ketukan kayu;
• Kicauan burung dengan salakan anjing;
• Geseran gelas dengan ketukan kayu;
• Paluan gong dengan gesekan biola; dan
• Petikan gitar dengan tiupan trumpet
Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut
serta cara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalah
seakan-akan sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan
yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut,
kasar, nyaring, garau, halius, gekap, terang, ringan dan berat.
Dalam nyanyian, suara perempuan boleh dikategorikan dalam dua jenis iaitu
soprano dan alto. Manakala suara lelaki boleh dikategorikan dalam tiga
jenis iaitu bariton, tenor dan bes. Setiap jenis suara ini mempunyai warna ton
tertentu. Dalam nyanyian koir yang mempunyai pelbagai jenis suara, hasilan
warna tonnya adalah menarik dan harmonis.
Dalam permainan gabungan alat muzik seperti permainan orkestra terdapat
alat tali, alat tiup brass, alat tiap kayu dan perkusi. Setiap alat mempunyai
pembuatan dan cara mainan tersendiri yang boleh menghasilkan pelbagai
warna ton. Begitu juga keadaannya dalam permainan ensemble alat
tradisional di mana terdapat gabungan warna ton alat ketukan logam,
alat ketukan kayu an alat tiupan buluh. Permainan yang mempunyai
gabungan alat-alat seperti ini boleh menghasilkan warna ton yang menarik
dan indah didengar.
(g) Jalinan
Jalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi
muzik agar menjadi lebih menarik dan diminati ramai.
Jalinan boleh dibahagikan kepada;
• Monofoni
• Homofoni
• Polifoni
Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa
ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada
iringan (no accompaniment) Penggunaan satu alat muzik sahaja.
Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni
yang mempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dan sebagainya.
Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan
dengan menggunakan alat iringan.
5.2.1 Kemahiran Muzikal
Untuk membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik secara solo
dan ensemble dengan teknik yang betul melalui aktiviti nyanyian dan
bermain alat muzik bagi membolehkan pelajar mengalami, menuikmati dan
menilai persembahan muzik serta mengamalkan nilai-nilai murni. Di bawah
ini ianya telah dibahagikan kepada tiga komponen besar dalam pendidikan
muzik.
• Kemahiran Muzikal Nyanyian
• Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan
• Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.
(a) Kemahiran Muzikal Nyanyian
(i) Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-elemen
berikut:
• postur
• pernafasan
• sebutan
• artikulasi
• ekspresi
• penghasilan ton (register)
• memfrasa
(ii) Membina kemahiran menyanyi
• Kemahiran Individu
− menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo
− menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun
− menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan
− menyanyi serta merta mengikut skor muzik
• Kemahiran Ensemble
− menyanyi dalam ensemble vokal secara unison
− menyanyi secara ensemble vokal secra berharmoni dalam
lapisan suara. Sporano, alto dan tenor.
− Mendengar secara aktif dan selektif
(b) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan
• Bergembira bergerak dengan muzik
• Melibatkan diri secara aktif
• Mendengar secara aktif dan selektif
• Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan
• Memahami konsep muzik melalui pegerakan
• Mengenali aspek budaya yang berkaitan dengan pergerakan dengan
muzik
• Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan
• Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.
(c) Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik
• Bergembira bermain alat muzik
• Melibatkan diri secara aktif
• Mendengar secara aktif dan selektif
• Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal
• Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat
• Mengenali alat muzik tradisional
• Membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui
aktiviti permainan
• Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

5.3 PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAM


AKTIVITI MUZIKA
5.3.1 Nyanyian
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,
pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara. Kegiatan
ensemble vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara
harmonis dan seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan
disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensembel. Penerapan
nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu
yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang
ditegaskan dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama.
Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut;
(a) Mari Menyanyi
(i) Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi
• lagu berentak tradisional
• lagu pusingan dan
• lagu suara berlapis
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 􀁘 95
(ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan
(iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik
(b) Menyanyi Secara Muzikal
(i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan
kepada tekanan dan latihan sebutan berirama
(ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:
• pic, tempo,corak irama, melodi; dan
• ekspresi mengikut mud dan dinamik.
(c) Teknik dan Cara Menyanyi
(i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel
dan warna ton
(ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur,
urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada;
• pernafasan
• pengeluaran suara
• artikulasi
• sebutan, dan
• postur.
(d) Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian
(i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti
monofoni dan polifoni.
(ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik
seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya.
(iii) Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek;
• Lirik;
• Melodi;
• cara menyanyi: dan
• cara persembahan
(iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian
kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal
(v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar,
lagenda dan tokoh.
(vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman
diri.
(vii) Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur
tradisional dan lagu dari negara lain.

5.3.2 Muzik dengan Gerakan


Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan
tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini
mementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan
ekspresi diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahami
konsep muzik khususnya irama dan ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatan
pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari
yang mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti berikut:
• Gerakan mengikut lirik lagu
• Gerakan mengikut konsep muzik
• Interpretasi muzik dengan gerakan
• Gerakan bebas dengan muzik; dan
• Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik.
Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu;
• Imbangan berat badan
• Ruang
• Masa
• Daya/ aliran.
(a) Imbangan Berat Badan
Faktor ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, tegang dalam
otot dan pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke
bawah) mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas
badan (paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang
kuat memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan
yang ringan memerlukan sedikit sahaja tenaga otot.
(b) Ruang
Pastikan ada ruang disekeliling angota badan. Dari satu tempat yang tetap
kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras tertentu.
Ruang ini dinamakan “lingkungan pergerakan”. Pergerakan ini boleh dibuat
mengikut cara-cara berikut:
• Dari jauh menuju ke pusat badan
• Dalam ruang yang ada mengelilingi badan, bergerak mengikut aras
• Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu
pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat
pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya
Bila sahaja badan digerakan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa
pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi,
atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjak dan
berguling di atas lantai.
(c) Masa
Faktor ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila
membuat sesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa,
pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang
lambat menggunakan banyak masa.
Kederasan pergerakan itu atau punurutan pergerakan tidak semestinya
berterusan. Had kederasan boleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa
boleh ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat atau serta merta.
Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan
kemalangan. Kebolehan mempercepat atau melambat, memberhenti atau
memulakan sesuatu pergerakan serta merta sangat perlu untuk kawalan dan
kemahiran dalam pergerakan.
(d) Aliran
Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah
pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa
sahaja.
Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta merta.
Aliran pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh
berpanjangan atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan
gerakan itu.
5.3.3 Permainan Alat
Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan
psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.
Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai
alat muzik termasuk penggunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya
kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara
selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan
bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui penglibatan mereka
bermain alat muzik.
Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama
yang berlaku di dalam kegiatan permainan alat secara ensemble. Konsep muzik
yang ditegaskan didalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi
dan ekspresi. Kebanyakkan alat muzik yang digunakan didalam permainan
alat secara ensemble ini ialah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan
beberapa alat tradisional tempatan yang difi kirkan sesuai.

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

PENGENALAN
Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi nilai
pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan
dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni.
Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan
rendah) adalah untuk menyediakan pengalaman- pengalaman yang berkaitan
bagi membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai warga negara yang
bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat.
Pendidikan pergerakan juga merupakan salah satu wacana yang menyumbang
ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan
sahsiah pelajar tentang keperluan-keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar
berdasarkan kepada model wholistik perkembangan kanak-kanak. Pendidikan
pergerakan boleh diperhebatkan lagi keberkesanan dengan menjadikannya
sebagai alat pendidikan yang mendorong kepada kegiatan-kegiatan penerokaan,
kreativiti, proses-proses berfi kir dan penyelesaian masalah serta pembentukan
konsep pembelajaran yang merangsang pembinaan keyakinan diri dan
pengukuhan imej kendiri yang utuh. Dalam hubungan ini matlamat dan prinsip
pendidikan pergerakan tidak akan menyimpang daripada landasan konsep
“kanak-kanak total”.Pendidikan pergerakan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap
sebagaitambahan kepada kurikulum sekolah secara total. Ia sebenarnya merupakan
suatu pendekatan dalam pendidikan kanak-kanak yang menyumbang ke arah
perkembangan pelajar itu dengan cara seperti berikut:
1. membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan
lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot.
2. memantapkan tahap kecerdasann fi izikal, pengetahuan dan sikap.
3. memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui pengalamanpengalaman
pergerakan terarah.
4. memupuk tatalaku sosial dan emosi yang disanjungi masyarakat.
5. memantapkan perkembangan konsep akademik menerusi pengintergrasian
konsep bilik darjah dengan program aktiviti fi zikal.
6. meningkatkan minat beriadah menerusi aktiviti-aktiviti pergerakan yang
mencabar dan menyeronokkan.
Aktiviti-aktiviti pergerakan diperingkat sekolah rendah dan menengah yang
terbahagi kepada empat bidang kandungan utama, iaitu:
• Permainan berunsur pendidikan
• Pergerakan berunsur pendidikan
• Sukan dan atletik
• Kecergasan jasmani.

6.1 PERGERAKAN ASAS


Istilah pergerakan membawa erti yang agak baru dalam bidang pendidikan.
Secara literalnya istilah ini bermaksud proses yang memandu pelajar untuk
memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan
masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang
berteraskan
kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala
pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak
untuk belajar.

Pendidikan pergerakan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah


Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah di bahagikan kepada dua
kategori.
1. Pergerakan kreatif
2. Gimnastik
Setiap satu mempunyai fungsi yang unik dan penting dalam membentuk
ketrampilan pergerakan. Deskripsi pendidikan pergerakan yang serupa ini
apabila diaplikasikan kepada pengalaman-pengalaman pergerakan manusia,
memerlukan semacam iringan berirama yang boleh ditempatkan didalam
kategori aktiviti berirama. Pengalaman- pengalaman ini ada diterapkan di
dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang terdiri seperti,
• Pengalaman tidak berstruktur
• Pengalaman separuh berstruktur
• Pengalaman berstruktur
Terdapat juga pertindihan aktiviti-aktiviti pergerakan yang terdapat dalam
pergerakan kreatif dan gimanastik jika berdasarkan kepada pengalamanpengalaman
diatas.
Program pergerakan atau aktiviti berirama ini dirangka secara seimbang antara
KBSR dan KBSM untuk memanfaatkan pelajar dengan pengalaman-pengalaman
berkaitan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek berikut;
1. ritma asas
2. ritma kreatif
3. lagu pergerakan
4. permainan dan
5. kemahiran gimnastik
Pergerakan asas yang penting yang menjadi kata kunci dalam aktiviti
pergerakan ialah berjalan, berlari, berlompat, memintal, berpusing, meregang
dan menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan dengan melompat
mengikut iringan muzik merupakan bentuk pergerakan asas dalam tarian zapin
dan joget.

Pergerakan Lokomotor
Bukan Lokomotor Lokomotor
• Membongkok
• Meregang
• Memulas
• Berpusing
• Mengangkat badan
• Merebah
• Menghayun
• Berjalan
• Berlari
• Meloncat
• Melompat
• Lari skip
• Galop
• Meluncur
Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolah ialah
untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara
kemahiran yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor.
Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat
yang lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang
lebih kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran- kemahiran yang
berikut:
• Berjalan
• Berlari
• Melonjak
• Melompat
• Hop
• Melungsur
• Gallop (berjalan seperti kuda)
• Skip
Untuk membiasakan guru dengan cara menggunakan dan melaksanakan
pergerakan- pergerakan di atas, analisanya telah dibuat dalam bentuk penerangan
ringkas. Diharapkan penerangan ini dapat difahami oleh guru supaya konsep
setiap pergerakan menjadi jelas. Kata kunci dan frasa tertentu dicadangkan
sebagai panduan pengajaran atau untuk tujuan merangsang pembetulan.
(a) Kemahiran Lokomotor Asas
(i) Berjalan
Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak
melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak
mempunyai tabiat yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa
bahagian badan yang lain, selain kaki, dan juga menggunakan tenaga
berlebihan yang sepatutnya boleh dikurangkan. Imbangan badan yang
betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat
seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul.

Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang


dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki
yang lain. Semasa berjalan, hujung kaki hendaklah menghala lurus
ke hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolaholah
mengikut satu garisan lurus. Tangan melenggang bebas berselangseli
mengikut arah kaki melangkah. Perlakuan seumpama ini dapat
memberi imbangan badan sambil dapat pula membawa bahagian badan
bergerak ke hadapan. Terdapat ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki
menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak yang baru
terhasil bagi menahan anggota badan daripada rebah. Kedudukan badan
hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang lega.
Frasa pengajaran penting:
• Ayun langkah dari paras punggung
• Berpijak di tumit dan biarkan berat badan beralih pantas di
sepanjang bahagian sisi luar tapak kaki sehingga ke hujung ibu
jari.
• Ibu jari kaki menghala lurus ke hadapan.
• Berjalan dengan lembut
• Muka dongak dan memandang lurus ke hadapan
• Melenggangkan lengan dan tangan secara bersahaja
• Cadangan untuk penelitian:
• Berjalan tegak-tinggi, kemudian berjalan tegak berjengket yakni
lebih tinggi
• Jalan berundur kemudian ke hadapan
• Berjalan seperti robot atau askar permainan.
• Berjalan seperti gergasi
• Berjalan seperti gorilla, gajah, anjing cedera di kaki
• Berjalan seperti barang permainan berkuasa bateri
• Berjalan seperti patung-patung kawalan tali
• Berjalan bebas (tekankan imbangan yang baik)
• Berjalan setempat, ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan
dan bentuk zig-zag
• Berjalan mengikut gabungan mana-mana cara di atas
• Berjalan berjengket, di atas tumit, mengangkat lutut tinggi, kaki
jegang dan berjalan seperti berkawat
• Berjalan perlahan dengan langkah besar dan langkah kecil
• Berjalan pantas dengan langkah besar dan langkah kecil
• Berjalan perlahan sambil menurunkan dan meninggikan badan.
(b) Berlari
Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan.Yang berbeza ialah semasa
berlari ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan
seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi. Lutut lebih kerap
diangkat dan dibawa kea rah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian
siku sambil diayun kea rah hadapan dan belakang bertukar ganti dengan
arah pergerakan kaki.
Frasa Pengajaran Penting:
(i) Berlari di atas bebola kaki.
(ii) Bengkokkan siku dan lutut
(iii) Ayun tangan ke hadapan
(iv) Tegakkan kepala
(v) Berlari dengan gaya yang lembut
Cadangan untuk Penelitian:
(i) Berlari setempat, ayun tangan ke hadapan.
(ii) Berlari dengan perlahan, lutut diangkat tinggi
(iii) Berlari dengan ringan di atas bebola kaki.
(iv) Berlari kuat (dengan bunyi bising) kemudian beransur-ansur senyap.
(v) Berlari pantas dan kemudian beransur perlahan-lahan.
(vi) Berlari dan berhenti apabla syarat diberi, kemudian berlari semula.
(vii) Berlari ke hadapan, berundur ke sisi.
(viii) Berlari mengikut seorang ketua.
(ix) Berlari mengikut pelbagai kelajuan.
(x) Berlari mengikut hala zig-zag
(xi) Berlari berjengket
(xii) Berlari menendang ke belakang
(c) Berlari serta Berlonjak (LEAP)
Berlari serta berlonjak hamper menyerupai pergerakan berlari, cuma
ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya
lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa berlari, lutut di
angkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat
berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat daripada tanah setelah
mengambil kekuatan atau lanjuran untuk bergerak maju. Lonjakan
adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas kaki yang satu
lagi. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa
langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.
Frasa Pengajaran Penting:
(i) Tolak ke atas, hulur dan jejak.
(ii) Ayun tangan (lengan) ke atas dan ke hadapan
(iii) Lari, lari dan lompat (tekankan perkataan lompat untuk menandakan
kekuatan dalam pergerakan)
Cadangan untuk Penelitian:
Berlari serta berlonjak (leap) adalah sukar bagi kanak-kanak. Beri latihan
lompatan. Variasi jarak dan ketinggian lompatan yang memandai perlu
dikuasai:
(i) Lari beberapa langkah dan kemudian melompat
(ii) Melompat seperti rusa melompat pagar
(iii) Melompat seutas tali di atas lantai
(iv) Melompat tali yang ditinggikan sedikit
(v) Melompat menyeberang dua utas tali yang menyerupai anak sungai
(d) Lompatan
Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada
tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah
kaki. Badan berada diudara buat seketika, kemudian turun semula di atas
sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai
jarak hadapan atau ketinggian lompatan.
Frasa Pengajaran Penting:
(i) Mengayun tangan ke belakang dan kehadapan, dan ke bawah dan ke
atas
(ii) Membengkokkan lutut dan buku lali dan melonjak dengan kuat
(iii) Hulur dan jejak
Cadangan untuk Penelitian:
(i) Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan
(ii) Melompat seperti pantulan berubah-ubah pantulan tinggi dan rendah
(iii) Melompat dan capai pelbagai benda
(iv) Melompat sambil bergerak kehadapan dan pelbagai arah.
(v) Melompat kedalam dan ke luar gelung rotan
(vi) Lompat untuk jarak
(vii) Melompat sambil mengubah ke arah lompatan
(viii) Melompat seperti kanggaru
(ix) Melompat anak sungai
(e) Melompat Ketingting
Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang
sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah
dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di
atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.
Frasa Pengajaran Penting:
(i) Ketingting keudara dengan sebelah kaki dan menurun dan
mendarat semula dengan kaki yang sama
(ii) Angkat tangan ke atas
(iii) Kepala tegak
(iv) Lutut bengkok
Cadangan untuk Penelitian:
(i) Ketingting setempat, tegak di atas sebelah kaki selama lima kiraan
(ii) Ketingting dan pusingkan badan
(iii) Ketingting arah ke hadapan, ke belakang dan ke kiri kanan.
(iv) Ketingting meliputi pelbagai jarak
(v) Ketingting melintasi tali, atau gerisan

6.1.1 Kemahiran Persepsi Motor


Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor) adalah
penting bagi pembinaan pergerakan berkordinasi. Pelajar perlu mempunyai rasa
kewujudan dirinya dalam ruangan. Pelajar perlu mengenalpasti arah kiri dan
kanan dan boleh memahami perkaitan bentuk atau corak. Perkembangan persepsi
motor juga memainkan peranan dalam pencapaian akademik kanak-kanak.
Kemahiran persepsi motor diperlukan bagi membaca huruf isyarat (decoding)
dan kemahiran ini merupakan suatu keperluan awal bagi kemahiran membaca.
Berikut adalah kemahiran-kemahiran persepsi-motor:
• Mengimbang
• Kesedaran badan
• Kesedaran ruang
• Kesedaran hala datar (laterality)
• Kesedaran arah (directionality)
• Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata
(a) Mengimbang
Mengimbang boleh dibina melalui berdiri di atas sebelah kaki atau
ketingting atau berjalan di atas palang pengimbang. Penggabungan aktivitiaktiviti
mengimbang dengan permainan lebih menyoronokkan bagi pelajar.
Pelajar berpeluang membayangkan diri mereka sebagai ahli sarkas yang
berjalan di atas tali atau mengimbang di atas sebelah kaki di atas belakang
kuda sarkas.
(b) Kesedaran Badan
Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri:
• Saiz
• Pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh badan serta perkaitannya
di antara satu dengan yang lain
• Berupaya melakukan pergerakan membongkok, melurus, memusing,
mengilas dan menggerakkan badan.
• Perasaan timbul ketika berada dalam kedudukan yang berbeza-beza.
Kesedaran ini adalah penting bagi pemahaman pelajar tentang potensi
pergerakannya.

(c) Kesedaran Ruang


Kita hidup di dalam ruangan dan tubuh badan kita mengisi ruangan
tersebut. Apabila kita bergerak, kita sebenarnya bergerak melalui ruang
dan tubuh badan kita memenuhi ruang seperti juga benda-benda lain
yang berada dipersekitaran kita. Kita juga menyedari tubuh badan kita serta
perkaitannya di antara benda-benda disekitar. Hal ini merupakan konsep
asas yang perlu di terokai oleh pelajar supaya mereka boleh menyedari
tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenarnya.
Pelajar digalakkan untuk menerokai persekitaranya. Guru menyuruh pelajar
melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala semua arah.
Dengan cara ini mereka akan lebih menyedari saiz ruang diri persendirian
mereka semasa tidak bergerak. Pelajar juga digalakkan untuk bergerak
bebas di dalam ruang yang wujud di luar persendirian mereka.
(d) Kesedaran Hala Datar (Laterality)
Hal ini merupakan kesedaran tentang wujudnya arah kanan dan kiri
di sisi tubuh badan seseorang. Dengan ini seseorang dapat mengawal
pergerakan daripada kedua-dua belah bahagian tubuh badan secara
serentak atau secara berasingan.
Sebarang latihan yang memerlukan kordinasi bahagian kiri dan kanan
tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan iaitu tangan atau
lengan kanan dan kaki kiri bersama-sama digunakan akan menolong
mengembangkan kesedaran hala datar pelajar (sense of laterality).
Permainan sperti Angels in the snow sesuai bagi tujuan ini. Dalam
permainan ini, pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan
kaki serta tangan membentuk gerakan membulat (circular movement)
mengikut arahan yang diberikan oleh guru.
(e) Kesedaran Arah
Kesedaran ini membolehkan seseorang menyedari arah ke kiri, kanan atas,
bawah hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. Kesedaran
lauran arah ini terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai
kesedaran hala-datar.
Pelbagai jenis penerokaan pergerakan dapat menggerakkan perkembangan
kesedaran arah ini. Umpamanya bergerak ke hadapan, ke belakang, ke kiri,
ke kanan, ke atas, dan ke bawah boleh membina kesedaran arah. Melalui
pergerakan seumpama ini pelajar dapat membiasakan dan menyesuaikan
pengalaman yang diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan di
dalam muka surat bercetak iaitu semasa membaca.
(f) Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata
Tujuan melakukan sesuatu pergerakan hanya akan tercapai jika kordinasi
di antara pergerakan bahagian-bahagian badan disempurnakan dengan
baik. Interaksi ini haruslah dilakukan dengan mudah, cekap dan tepat.
Ini melibatkan interaksi yang licin di antara kumpulan-kumpulan otot
imbangan yang sempurna dan turutan jangkaan yang betul
Permaian bola merupakan kordinasi tangan-mata yang amat baik. Pelajar
melambungkandan menyambut dengan kedua-dua belah tangan atau
melambungkan dengan sebelah tangan dan menyambutnya dengan
tangan yang sebelah lagi. Permaian yang melibatkan sepakan pula adalah
baik bagi kordinasi kaki-mata. Pelajar boleh menyepak bola ke arah sasaran
yang tidak bergerak atau ke arah gawang gol.
6.1.2 Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif alatan hendaklah dibina di peringkat umur yang
lebih awal. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk
mengawal, menangani atau mengawasi sesuatu objek.
Kemahiran manipulatif berikut merupakan asas kepada pembinaan
kemahiran diri seseorang pelajar:
• Membaling
• Menyambut
• Memukul
• Menendang atau menyepak
• Menggelecek
Kesemua Kemahiran manipulatif di atas juga dapat mempertingkatkan
perkembangan kordinasi tangan-mata dan kaki-mata. Di samping itu kemahiran
manipulatif ini dapat memberi keyakinan serta membentuk sikap pelajar untuk
menjadi untuk menjadi seorang yang berjaya dalam menempuh kehidupannya.
6.2 PENDIDIKAN PERGERAKAN
Pendidikan dalam apa bidang sekalipun haruslah berbentuk pengalaman yang
bermakna. Pendidikan haruslah juga memberangsangkan dan menghasilkan
kepuasan yang semerta serta menimbulkan minat bagi mendapatkan
pengetahuan seterusnya. Hal ini boleh dicapai dengan menggunakan pergerakan
sebagai media pembelajaran. Pembelajaran melalui pergerakan bukanlah
sesuatu yang baharu. Pendidikan pergerakan adalah suatu kaedah pengajaran
yang unik kerana apabila pelajar sedang belajar untuk bergerak mereka juga
belajar sambil bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfi kir dan
Kemahiran Contoh
Hubung kait motor-penglihatan – Menangkap bola
– Melambungkan bola melalui gelung rotan
– Menggelecek bola hoki
Pemindahan motor-penglihatan – Mengulang semula sesuatu pergerakan
– Melakukan kedudukan pergerakan seperti
yang terdapat di dalam sesuatu gambar
– Membaca dan melakukan pergerakan
seperti yang terdapat di dalam sesuatu
arahan
Hubung kait motor-pendengaran – Menari mengikut muzik
– Melahirkan pergerakan kreatif mengikut
muzik seperti pic yang berbunyi rendah dan
kuat yang digambarkan dengan langkah
yang kuat dan badan yang direndahkan.
Penukaran motor-pergerakan – Mendengar dan melakukan arahan
– Melahirkan urutan ritma seperti bertepuk
atau mengetuk mengikut irama
Hubung kait motor kinestatik – Aktiviti penyedaran tubuh badan
– Aktiviti mengimbangkan badan.
Hubung kait motor-taktile – Memanjat (jungle gym)
– Merangkak menerusi terowong.
merasi sesuatu secara langsung. Dia akan belajar pelbagai domain iaitu
psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui pergerakan seperti ini pelajar akan
dapat mempelajari tentang dirinya sendiri;
• Apa yang mampu dilakukannya
• Bagaimana dia boleh mengawal diri
• Bagaimana dia dapat mengawal sesuatu yang berada disekelilingnya sekitar
(ruang manusia dan lain-laian yang bernyawa dan yang tidak bernyawa) dan
• Bagaimana dia dapat melahirkan perasaan dan ideanya.
Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh
diri kanak- kanak iaitu perkembangan fi zikal dan psikologi, kebolehan
untuk belajar dan bergaul di antara satu dengan lain. Perasaan terhadap
diri sendiri dan perhubungan dengan persekitarannya juga turut berkembang
melalui pelbagai pergerakan itu.
Pendidikan pergerakan dapat melatih kebolehan menghubungkaitkan
kemahirankemahiran
seperti berikut:

Gimnastik Pendidikan
Gimnastik pendidikan dibahagikan kepada kategori pengalaman lantai,
pengalaman atas rumput, tikar getah atau permainan yang tidak banyak
memerlukan peralatan untuk meningkatkan cabaran. Pengalaman peralatan pula
terdiri daripada pergerakan yang menggunakan alat-alat seperti bangku panjang,
palang, alang, peti pelana dan peralatan taman permainan. Pada peringkat
awal, sebahagian besar latihan ditumpukan kepada aktiviti-aktiviti lantai, tetapi
apabila pelajar sudah mahir, sebahagian besar tumpuan diialihkan pula kepada
kegiatan-kegiatan pengalaman peralatan.
(a) Pengalaman Lantai
Apabila pelajar sudah dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas, tumpuan
seterusnya, secara keseluruhan hendaklah kepada usaha merapatkan seluruh
anggota menjadikannya satu bentuk paduan. Apabila setiap pelajar telah
dapat menguasai aksi-aksi dan mengekalkan bentuk-bentuk aksi itu, mereka
bolehlah menumpukan perhatian kepada lakuan lain seperti menggulingkan
tubuh ke arah yang berlainan.
Pengalaman-pengalaman pada tahap kawalan termasuk antaranya lakuan
mengguling daripada kedudukan berdiri kepada bergerak dan mengguling.
Imbangan-imbangan berbentuk bukan simetri dan imbangan terbalik boleh
diperkenalkan. Pembentukan konsep tetap (pegun) boleh diterangkan
dengan membandingkan perbezaannya dengan aksi mengguling. Boleh
mencabar pelajar untuk menggabungkan antara dua jenis kemahiran yang
mudah tetapi berkaitan, seperti bergerak dengan mengimbangkan badan
dengan menggunakan dua anggota dan seterusnya.
Urutan pergerakan yang lebih kompleks dan maju bukan sahaja
menyeronokkan, malah mencabar keupayaan pelajar. Pemindahan beban
daripada bahagian anggota kaki ke anggota tangan, meneroka imbangan
badan yang tidak stabil dan menerap sebahagian atau seluruh beban berat
badan rakan, adalah antara cabaran yang sesuai bagi setiap pelajar.
Konsep-konsep pemecutan, kukuh, apungan, terikat dan bebas adalah
antara konsep-konsep yang ditekankan pada tahap kecekapan. Mana-mana
pelajar yang telah mempelajari beberapa lakuan pergerakan gimnastik akan
berasa seronok dengan cabaran yang menekankan tumpuan kepada kualiti
pelaksanaan. Kegiatan memadan dan mencerminkan pergerakan rakan,
mengulangi urutan beberapakapan.
(b) Pengalaman Peralatan
Selepas pelajar telah boleh menguasai aktiviti-aktiviti lantai, maka pelajar itu
bolehlah membuat gimnastik dengan menggunakan peralatan-peralatan
gimnastik seperti palang imbangan, palang selari, peti pelana dan gelang.
Kebanyakan sekolah menengah mempunyai peralatan seperti diatas tetapi
TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 􀁘 113
tidak bagi kebanyakan sekolah rendah. Yang mana pada lazimnya sekolah
rendah hanya menggunakan bangku panjang, meja, kerusi, gegelang,
tali panjat dan rangka-rangka panjat untuk menerapkan pengalaman
gimnastik menerusi pengunaan alatan.
Guru dilarang memaksa pelajar menggunakan sesuatu alat. Mana-mana
pelajar yang masih berada diperingkat prakawalan boleh memulakan
program latihan dengan cara berjalan-jalan di sepanjang alang atau
bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah,
bergayut pada tali atau bergerak disepanjang rangka panjat. Ini secara
tidak langsung membawa pelajar itu untuk membiasakan dirinya
dengan peralatan yang digunakan dalam latihan sebenar untuk membina
keyakinan diri.
Latihan-latihan permainan berhalangan yang mudah dengan menggunakan
peralatan seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelong rotan, tali, bongkah
dan rotan sesuai digunakan untuk mempelajari konsep-konsep seperti
diatas iaitu menyimpang, menerusi dan bawah.
Pelajar yang berada pada peringkat kawalan boleh mencuba menggunakan
pelbagai cara untuk bergerak di atas alang, bergayut di atas palang
atau tali, melompat dari meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu
bahagian ke satu bahagian lain di atas palang bertingkat. Setelah pelajar
itu mahir menggunakan peralatan, anda bolehlah menggalakkan mereka
memindahkan kemahiran aktiviti lantai kepada aktiviti menggunakan
peralatan.
Apabila pelajar telah menjangkau tahap kecekapan mereka perlulah
pula memberi perhatian kepada lakuan imbangan, bentuk, cara bergerak
dan acar menyokong beban anggota yang jauh lebih mencabar. Seperti
pengalaman aktiviti lantai dalam permainan gimnastik pelajar haruslakh
digalakkan supaya memberi perhatian terhadap kualiti pergerakan mereka
dan mengadunkannya ke dalam suatu bentuk urutan dengan sempurna.
Tema-tema yang paling sesuai untuk gimnastik pendidikan ialah melompat
dan mendarat, mengguling, membongkok, melentur, memusing dan
mengayun, kesedaran ruang dan kesedaran kinestetik.
Gimnastik Irama
Dalam gimnastik irama pelaksanaan kemahirannya dilakukan secara berannsuransur
dan kemudian diikuti dengan iringan irama muzik. Melalui latihan
berirama ini pelajar bukan sahaja berasa lebih gembira tetapi juga dengan
sendirinya akan memantapkan kemahiran-kemahiran merekaa yang kompleks
dan mencabar itu.

Aktiviti gimnastik berirama ini biasanya dilakukan pada bentuk awalan


dengan menggunakan peralatan seperti bola, gelang, rotan, tali dan
reben. Apabila pelajar itu telah mahir menggunakan perlatan itu bolehlah ia
menggabungkan pergerakan dengan pola rutin yang mudah. Penggabung
jalinan rutin-rutin seperti gimnastik bola berirama, gimnastik gelang berirama
atau gimnastik reben berirama dan lain-lain itu ke dalam program
gimnastik.
Berikut adalah beberapa saranan untuk menjayakan sesi gimnastik berirama:
• Gunakan muzik iringan semasa berlatih
• Gunakan pelbagai ragam irama untuk meningkatkan kreativiti dan
membangkitkan minat.
• Jarakkan kanak-kanak untuk mengelakkan kemalangan.
• Beri penekanan pada penggunaan anggota-anggota tangan dan lulut secara
serentak semasa menangkap objek-objek.
• Latihkan semua kemahiran kedua-dua bahagian tubuh.
• Biarkan pelajar mencipta kemahiran dan rutin mereka sendiri.
Jenis-jenis peralatan untuk Gimnastik berirama:
• Bola
• Belantan
• Gelung
• Reben
• Tali
Paling penting dalam gimnastik berirama ialah pergerakan yang betul dengan
mengikut muzik.
(a) Gimnastik Berirama (Bola)
Berikut adalah teknik-teknik asas dalam memanipulsikan bola seperti
mengguling, mengayun, dan melontar yang digubah mengikut muzik.
(i) Letakkan bola di atas tapak tangan tanpa mencekamnya semasa
melakukan aktiviti.
(ii) Lontarkan bola dengan hanya menggunakan gerakan bahu.
(iii) Tangkap bola dengan menggunakan hujung jari
(iv) Ayun dan gulingkan bola ke lantai dengan memegangnya dengan
pergelangan tangan.

(b) Gimnastik Berirama (Belantan)


Belantan yang digunakan adalah lebih kurang 3 kaki persegi panjang.
Teknik-teknik penggunaan belatan serta aktivitinya adalah seperti berikut:
dengan muzik berentak Waltz.
(i) Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belatan. Gugurkan belantan
ke lantai dengan sebelah hujungnya melantun dan cuba untuk
menangkapnya.
(ii) Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belatan. Lontar belantan ke
udara dan tangkapnya.
(iii) Berdiri tangan kanan memegang sebelah hujung belatan. Keduadua
tangannya disisi. Ayun belantan melintasi badan dan tangkapnya
dengan tangan kiri.
(iv) Bertinggung. Cuba gunakan berbagai-bagai bentuk pergerakan
lokomotor untuk aktiviti-aktiviti di atas.
(c) Gimnastik Berirama (Gelung)
Gelang yang digunakan berukuran 20 – 27 inci diameter dengan
tapak tangan menadah ke atas dan ke bawah untuk aktiviti-aktiviti gelang
dengan muzik berentak waltz.
(i) Pegang gelang dengan sebelah tangan dan ayunkan gelang ke
atas dan ke bawah.
(ii) Pegang gelang
(d) Gimnastik Berirama (Reben)
Reben yang digunakan berukuran 10 – 15 kaki panjang dan muzik berentak
Waltz. Kibarkan reben dari satu bahagian ke satu bahagian lain di
hadapan dalam pola melengkung.
(e) Gimnastik Berirama (Tali)
Tali digunakan berukuran berdasarkan saiz dan ketinggian gimnas. Diukur
dari tapak kaki hingga ke bahagian ketiak gimnas.
Gimnastik Artistik
Untuk melaksanakan gimnastik artistik pelajar seharusnya telah boleh
menguasai semua asas gimnastik. Di mana tahap penggunaan dan kecekapan itu
sudah boleh memanipulasi tubuh mereka serta mempunyai asas pengalaman
gimnastik seperti aksi- aksi dirian tangan, roda kereta, gulingan, imbangan
dan sebagainya. Bimbingan daripada guru amatlah penting dalam pelaksanaan
gimnastik berirama ini. Ketika ini ramai pelajar meminati permainan gimnastik
secara sendiri dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh kelab-kelab
gimnastik dimana kelab-kelab ini mempunyai jurulatih yang bertauliah yang
mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk mengenadalikan program
gimnastik dengan baik.

Berikut adalah kegiatan gimnastik artistik bagi pelajar ditahap kecekapan:


(a) Gulingan
Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian
anggota yang lain disekeliling suatu paksi. Pelajar di tahap pengggunaan
boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuanlakuan
mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan
lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling. Mereka juga
boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara menjunam, atau
mempraktikkan lakuan mengguling dengan kadar pergerakan yang
berbeza-beza.
Di tahap kecekapan, pelajar boleh belajar cara melakukan lakuan mengguling
sebagai sebahagian daripada kemahiran tambahan. Mereka harus
bersedia untuk menggunakan kemahiran ini apabila berlaku kecemasan,
seperti terjatuh dalam permainan bola jaring, bola sepak dan sebagainya.
(b) Imbangan
Mengimbang bermaksud kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan
berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga
mempunyai ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik.
Pelajar yang sudah mencapai keupayaan perlakuan asas, sama ada ditahap
aplikasi atau kemahiran, mampu menyokong beban berat mereka dengan
kedua-dua belah tangan dalam keadaan tetap, dalam keadaan kedua-dua
kaki terlunjur ke atas, punggung lurus selari dengan kedua-dua tangan buat
selama tiga hingga lima saat. Aktiviti yang dilakukan di tahap penggunaan ini
termasuklah mengimbang dalam persekitaran yang dinamik, memindah dan
menukarkan bebanan menjadi tetap, sambil pada masa yang sama melakukan
imbangan dalam pelbagai kedudukan. Ini adalah penting untuk membantu pelajar
membuat keputusan mengenai gabungan pergerakan di samping membolehkan
memilih dan mencipta cara menjalinkan satu jenis pergerakan dengan cekap.
Di tahap kecekapan, latihan imbangan dilakukan di atas lantai dan
diatas sebarang alatan dengan menggabungkan kemahiran imbangan
dengan faktor masa, daya tenaga, kuasa, tetap dan rasa keriangan untuk
mengekpresikan kontras di antara pelbagai unsur. Pelajar digalakkan
memperhaluskan gaya pergerakan lantai mereka daripada satu kedudukan
kepada satu kedudukan serta membentuk cara lakuan dengan baik dan
menggunakan fokus sepenuhnya.
Memindah beban seperti aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling,
meloncat dan meluncur merupakan antara lakuan memindahkan beban
yang lazim. Tetapi lakuan memindahkan beban yang paling kerap ialah dari
kaki ke kaki seperti dalam berjalan.
Terdapat perbezaan yang ketara antara gimanstik pendidikan dengan
gimnastik artistik. Dalam gimnastik artistik matlamatnya adalah jelas.
Pelajar dikehendaki mempelajari cara melaksanakan kemahiran-kemahiran
yang telah ditetapkan mengikut kaedah yang khusus. Sementara itu hasilan
daripada gimnastik pendidikan tidak mudah diperjelaskan. Kemahirankemahiran
yang hendak dipelajari itu tidak ditentukan terlebih dahulu dan
praktiknya tidak terikat kepada kaedah-kaedah tertentu. Dalam hal ini guru
akan bertindak sebagai pembantu kepada pelajar untuk meningkatkan
keupayaan mereka untuk bergerak sealiran dengan arus graviti, membina
keyakinan diri dan sifat berdikari, serta menginterpretasikan perlakuanperlakuan
di samping menentukan cara terbaik untuk mempraktikkan
kemahiran-kemahiran berkenaan.
6.3 PENDIDIKAN KREATIF
LATIHAN 6.2
6.3.1 Interpretasi Idea
Para pelajar merupakan golongan yang kreatif. Kekreatifan mereka tidak
mengenal sempadan dalam proses mereka meneroka dan berangan-angan
(fantasi) tentang persekitaran mereka. Mengikut Albert Einstein, seorang ahli
sains terkemuka, imaginasilah penggerak kepada kreativiti. Namun setelah
pelajar itu meningkat dewasa sifat kreatif ini akan semakin berkurangan. Ini
adalah disebabkan tekanan ke atas pelajar untuk mengikut normal sosial dan
pelbagai hukum dan peraturan yang ditetapkan agar boleh menyesuaikan diri
dan berfungsi dalam masyarakat.
Kreatif juga merupakan sebagai satu bentuk kecerdasan. Gardner 1978,
mengganggapnya sebagai salah satu daripada ”multiple intelligence” yang
meliputi pelbagai fungsi otak.
Pembelajaran bagi kanak-kanak adalah satu proses yang aktif dan melibatkan
membuat keputusan. Mereka perlu diberikan ruang dan masa untuk meneroka
dan mencuba idea dengan cara mereka tersendiri. Mengikut Torrance (1969),
ciri-ciri berikut yang terdapat pada para pelajar membantu untuk mereka belajar
secara kreatif.
• Mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama
• Keupayaan untuk menyusun
• Melihat dari sudut atau perspektif yang berlainan
• Meneroka sebelum pengajaran formal
• Menggunakan ”silence” dan ”hesitation”
• Melihat dengan lebih dekat
• Menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah
• Bercerita dan menyanyi.
Justeru, setiap pelajar perlu diberi peluang yang sama dan akses yang
sepenuhnya kepada bidang-bidang kreatif dalam kurikulum. Namun demikian,
bukan semua pelajar akan memberi respon yang sama kepada kreativiti. Oleh
itu sebagai guru amat penting bagi kita untuk mempunyai konsep yang jelas
mengenai kreativiti dan kriteria-kriteria yang boleh digunakan sebagai kayu
pengukur dalam menentukan kreativiti pelajar.
6.3.2 Perasaan dan Tanggapan Deria
Lowenfi eld dan Brittain (1982) mencadangkan empat peringkat dalam
perkembangan kreativiti pelajar.
• Peringkat ’scribbling’ di mana pelajar meneroka alam sekitar dengan
menggunakan panca inderayang dijelmakan melalui lakaran-lakaran
secara rawak. Mereka meneroka dengan warna, ruang dan bahan-bahan
3D. Lakaran ini kemudian menjadi lebih sistematik dan terkawal.
• Pra-skema: Pelajar cuba menggambarkan pengalaman mereka
• Skema: Pelajar meneroka cara dan kaedah baru, mencari pola untuk
menerangkan perhubungannya dengan alam sekitar. Peringkat ini pelajar
telah mula menggunakan simbol.
• Realisme visual: Pelajar mula menyedari peranan kumpulan sosial.
Menunjukkan minat untuk bekerja dan boleh mengawal pearasaan dalam
kumpulan yang tidak dikawal oleh orang dewasa. Lukisan menjadi lebih
realistik dalam menggambarkan pengalaman sebenar.
Dalam melalui peringkat perkembangan ini pelajar mempelajari juga
tentang diri mereka melalui ekspresi yang dijelmakan atau yang dihasilkan.
Sebagi guru, kita seharusnya menggalakkan keunikan dan keaslian idea
pelajar supaya mereka tidak beranggapan bahawa mereka perlu meniru dan
mempunyai idea yang sama dengan kanak-kanak lain. Untuk itu kita perlulah
menyediakan ruang dan masa bagi pelajar meneroka dan menghasilkan
idea-idea mengikut cara mereka sendiri. Kebebasan ini akan membantu pelajar
belajar berdikari dan bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka
disamping meningkatkan keupayaan minda mereka.
Kreativiti pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi idea, perasaan,
emosi dan semua aspek ini sering dilihat apabila melihat pelajar bermain.
Dengan bermain pelajar berasa bebas untuk terlibat mengikut cara mereka
tersendiri, menginterpretasi tugas mengikut kefahaman mereka sendiri dan
memberi peluang kepada mereka mencuba langkah-langkah yang boleh mereka
fi kirkan tanpa batasan atau had yang ditetapkan oleh guru.
LATIHAN 6.3
Nyatakan peringkat perkembangan kreativiti pelajar berdasarkan
kepada pendapat Lowenfi eld dan Brittain (1982)?
6.3.3 Unsur Pergerakan – Tubuh Badan, Ruang,
Masa dan Daya
Dalam pergerakan kreatif pelajar akan berasa bebas untuk bergerak untuk
meluahkan perasaannya. Dia tidak memerlukan orang dewasa untuk dijadikan
contoh untuk dibuat peniruan. Dengan itu pergerakan kreatif boleh berlaku
dimana-mana sahaja. Antara objektif pergerakan kreatif ialah;
• Pergerakan yang bebas untuk menggerakkan anggota badan
• Mendapat pengalaman untuk meluahkan perasaan, masa, beban dan
ruang serta idea
• Meningkatkan tahap kesediaan
• Mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan.
Untuk mengelolakan pergerakan kreatif adalah diharapkan agar pelajar dapat
memanfaatkan penggunaan otot kasar dan halus dalam mengadakan aktivitiaktiviti
pergerakan itu. Otot-otot kasar dan halus perlu diperkembangkan dan
dimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap kesediaan pelajar.
Untuk memahami unsur pergerakan dengan lebih baik disenaraikan di bawah
komponen-komponen asas pergerakan.
• Imbangan badan
– Tenaga yang digunakan untuk bergerak.
– Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan.
– Bahagian atas mencerminkan keringanan
• Masa
− Pergerakan yang cepat sedikit menggunakan masa
− Pergerakan lambat banyak menggunakan masa
− Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan
− Had laju atau kederasan pergerakan bolehlah dijadikan sebagai
rentak, beat atau pulse.
• Ruang
− Merupakan lingkungan pergerakan samada lingkungan umum)
personal space)atau lingkungan kendiri (general space)
− Aras: tinggi, sederhana dan rendah
− Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah
• Aliran
– Pergerakan yang dilakukan itu samada bergerak secara bebas atau
terkawal.
RUMUSAN
• Topik ini memberi penekanan tentang pengetahuan asas tentang
pergerakan yang merangkumi pergerakan asas, pendidikan pergerakan
dan pendidikan kreatif. Seperti telah tersedia maklum penekanan kepada
pergerakan banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikannya,
potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya
sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat
pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan
rendah) adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang
berkaitan bagi membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai
warga negara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam
masyarakat.
UJIAN 1
PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

􀁘 PENGENALAN
Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk
meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfi kir
dengan setiap aktiviti pembelajaran. Topik ini bukan sahaja meneydiakan cara
tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan
mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfi kir
secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam
Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di
dalam bilik darjah.
Seni dalam pendidikan mengajar pelajar begaimana untuk menangani secara
produktif terhadap sumber-sumber imaginasi, kreativiti dan pemikiran serta
emosi dan bagaimana untuk berkomunikasi denganapa yang mereka lihat. Seni
dalam Pendidikan juga mengajar remaja untuk membuat ekpresi diri terhadap
apa yang mereka tanggap dan rasa melalui pelbagai bahasa.
7.1 PENEROKAAN
Penerokaan membawa maksud, menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang
belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara menjelajah. Dalam
erti kata yang lain meneroka adalah bermaksud menggunakan pelbagai bahan
dan kaedah. Pengalaman meneroka merupakan suatu situasi pembelajaran.
Semasa proses ini berlaku guru. tidak digalakkan untuk menilai aktiviti yang
sedang dijalankan sebaliknya guru hanyalah berperanan sebagai fasilatator
atau pembimbing dan membimbing pelajar untuk menemui sesuatu yang lebih
spesifi k tentang diri mereka. Anda digalakkan untuk meneroka dengan membuat
ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.
Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benarbenar
lebih berimaginatif.

7.1.1 Meneroka Alat dan Bahan


Apabila kanak-kanak sudah menguasai aktiviti-aktiviti lantai pelajar juga
digalakkan untuk meneroka pengalaman peralatan. Seperti palang imbangan,
palang selari, peti pelana dan gelang. Setengah-tengah sekolah hanya
menggunakan bangku panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan rangkarangka
panjat sahja untuk mendapatkan pengalaman peralatan.
Biasanya peralatan yang diimprovisasikan atau dimanipulasikan menjadi
kegemaran pelajar untuk melakukannya. Mereka boleh diperkenalkan kepada
alatan tertentu dengan cara menggalakkannya meninjau dan meneliti alat

. Guru dilarang memaksa pelajar melakukan atau menggunakan


sesuatu peralatan. Pelajar diperingkat prakawalan boleh memulakan program
latihan dengan cara berjalan-jalan disepanjang alang atau bangku yang
rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada tali
panjat, atau bergerak di sepanjang rangka panjat. Pengenalan secara ini
akan membawa pelajar berjinak-jinak dan dapat membiaskan diri dengan
peralatan yang digunakan dalam latihan sebenar. Ini akan dapat membina
keyakinan diri pelajar.
Latihan-latihan berhalangan dirancang berpandukan penggunaan peralatan
yang mudah diperolehi seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelong rotan,
tali, bongkah dan rotan. Ini semua adalah untuk menguatkan keyakinan pelajar
mempelajari konsep-konsep seperti di atas, iaitu menyamping, menerusi dan
bawah.
Pelajar pada tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat
penyesuaian menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka boleh mencuba
pelbagai cara untuk bergerak di atas palang, bergayut diatas palang atau tali,
melompat dari atas meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian
kesatu bahagian lain di atas palang bertingkat. Kemudian setelah mahir
menggunakan peralatan barulah digalakkan untuk memindahkan keaktiviti
menggunakan peralatan yang sebenarnya.
Pelajar pada tahap aplikasi bolehlah mencuba berbagai cara untuk masuk ke
dalam sesuatu ruang alat; melompat, melintasinya dan membuat bentukbentuk
dengan menggunakan anggota-anggota semasa beraksi. Pengalaman
yang melibatkan kebolehan memindah beban ke pelbagai bahagian anggota,
melakukan imbangan-imbangan bukan simetri serta imbangan-imbangan
terbalik adalah sesuai kepada pelajar yang beradad di tahap ini.
Apabila pelajar telah meninjau pada tahap kecekapan, mereka perlulah pula
memberi perhatian kepada lakuan imbangan, bentuk, cara bergerak dan cara
menyokong beban anggota yang jauh lebih mencabar. Pelajar juga harus
digalakkan supaya memberi perhatian terhadap kualiti pergerakan mereka
semasa menjalani latihan pola-pola pergerakan dan mengadunkannya ke
dalam suatu bentuk urutan dengan sempurna. Tema-tema yang paling sesuai
seperti melompat, mendarat, mengguling, membongkok, melentur, memusing
dan mengayun bertujuan untuk membina tubuh yang mantap, kesedaran
ruang dan kesedaran kinestetik ketika berada di atas sesuatu perlatan.
Bagaimanakah cara-cara untuk meneroka sesuatu aktiviti?
7.1.2 Meneroka Cara Pengolahan dan Manipulasi
Pelajar d itahap penggunaan dan kecekapan sudah bersedia untuk meneroka
cara pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba memanipulasi tubuh mereka supaya
boleh melakukan aktiviti gimnastik atau pergerakan dengan lebih mencabar
lagi. Di atas pengalaman-pengalaman yang diperolehi itu pelajar seringkali
cuba untuk mempraktikkan lagak ngeri gimnastik artistik sebagai gerak balas
kepada perlakuan gimnastik. Pelajar akan melakukan aksi-aksi seperti;
• Dirian tangan
• Roda kereta
• Gulingan
• Imbangan dan sebagainya.
Kemungkinan ada pelajar yang meminta bantuan guru untuk melaksanakan
sesuatu lakuan gimnastik atau memperbaiki gaya lakuan yang telah mereka
tonton atau yang sedang mereka pelajari. Untuk itu bimbingan guru adalah
penting pada peringkat ini.
7.1.3 Meneroka Idea dan Isi Kandungan
Pelajar digalakkan untuk meneroka idea dan isi kandungan yang terdapat
didalam pergerakan seperti aktiviti mengguling dan mengimbang.
(a) Aktiviti Mengguling
(i) Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagianbahagian
anggota yang lain di sekeliling sesuatu paksi. Pelajar boleh
meningkatkan keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuanlakuan
mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan
lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling.
(ii) Pelajar juga boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara
menjunam atau mempraktikkan lakuan mengguling dengan kadar
pergerakan yang berbeza-beza, pantas atau perlahan mengikut pilihan
individu.
(iii) Pelajar juga perlu bersedia untuk menggunakan kemahiran mengguling
dengan spontan apabila berlaku kecemasan, seperti terjatuh dalam
permainan bola sepak, bola jaring, bola keranjang, bola tampar atau
pun dari alatan aras tinggi.
TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI 􀁘 127
7.2 MEMPEROLEH PENGALAMAN
Pengalaman dalam seni visual, muzik dan pergerakan akan menjana
pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi perkembangan kognitif,
kanak-kanak menggunakan seni untuk meluahkan fi kiran dan idea mereka.
7.2.1 Pelbagai Strategi Memperoleh Pengalaman
Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan
kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan
pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja
untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil
risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.
Rajah 7.2: Pelbagai cara untuk memperolehi pengalaman
7.2.2 Aktiviti Memperoleh Pengalaman
Terdapat pelbagai cara pelajar memperolehi pengalaman antaranya ialah
melalui permainan. Permainan merupakan nilai riadah yang sungguh
menakjubkan, nilai kecergasan yang tinggi dan bertindak sebagai alat yang amat
ampuh untuk menyalurkan rasa ketahanan semulajadi di dalam jiwa pelajar
didalam pelbagai peringkat. Antara objektif permainan ialah:
• Menyediakan aktiviti lasak yang secukupnya bagi kelompok otot besar
dengan tujuan mengembangkan daya potensi yang memberi kesan kepada
pengembangan dan pengawalan otot dengan baik
• Membina kebolehan-kebolehan berlari, bertindak, menyelinap, mula dan
berhenti.
• Mempelajari cara-cara mengendali dan mengawal anggota semasa dalam
keadaan tertekan.
• Memupuk kecergasan mental dalam kerangka perancangan strategi
permainan.
• Membantu pelajar memahami dan mematuhi peratur-peraturan dan arahanarahan.
• Menggalakkan pelajar bermain dengan rakan-rakan sebaya mengikut
peraturan dan tingkahlaku yang positif seperti tidak bergaduh.
• Menggalakkan pelajar bermain secara adil dan bersemangat kesukanan yang
terpuji.
• Memahami diri sendiri dan diri orang lain.
• Kebanyakan aktiviti-aktiviti didalam permainan dapat memberi
kesan yang positif kepada perkembangan asas kemahiran motor yang
berpadanan di samping dapat menyediakan asas untuk perkembangan dan
pengekalan kecergasan fi zikal.
Selain mempunyai potensi untuk menyuburkan kedua-dua aset yang
diperkatakan itu permainan mengandungi daya tarikan yang cukup berkesan
iaitu keseronokan. Terdapat banyak nilai-nilai pembentukan peribadi yang
boleh didapati didalam aktiviti main. Antaranya ialah:
• Kesukaran dalam permainan bukan sahaja melibatkan bentuk fi zikal
tetapi lebih menitik beratkan ketahanan nilai kognitif setiap pelajar seperti
pemahaman tentang peraturan, pertanggungjawapan, pilihan dan strategi.
• Apabila pelajar diberi peluang untuk mengubahsuai dan mereka
cipta permainan- permainan, rangsangan kognitif mereka turut sama
menggerakkan pemikiran dan kreativiti mereka.
• Permainan boleh digunakan untuk mengajar dan memperkukuhkan
konsep-konsep akedemik yang khusus seperti yang terdapat dalam
matapelajaran sains, matematik, bahasa, muzik dan lain-lain.
• Permainan dapat meningkatkan keupayaan lokomotor seperti berlari,
melompat dan mengimbang.
• Permainan juga dapat memantapkan keupayaan manipulatif asas seperti
melontar, membaling, menangkap, menendang, mengelak, mengelecek dan
lain-lain lagi.
• Permainan juga mempunyai potensi untuk meningkatkan tahap kecergasan
seperti kekautan, daya tahan, kelenturan dan ketahanan kardiovaskular.
• Permainan membina kecergasan motor seperti kelajuan, ketangkasan,
kordinasi, keseimbangan dan lain-lain.

7.2.3 Kepentingan Pengalaman Secara Langsung


Segala aktiviti yang dilakukan boleh didapati secara langsung berdasarkan
kepada pengalaman-pengalaman yang telah diperoleh. Antaranya adalah
berdasarkan kepada pengalaman permainan. Sebagai contoh, kemahiran
membaling dan menangkap pundi-pundi kacang bersama rakan mungkin
dapat dipindahkan dan dipraktikkan dalam kemahiran membaling dan
menangkap bola jaring atau bola lisut. Untuk itu rancangan-rancangan
yang terdapat di dalam permainan boleh disusun kepada tiga kategori
pengalaman mengikut tahap kemahiran pelajar antaranya ialah:
(a) Pengalaman Kemahiran Permainan Tak Varian
Sebagai pengalaman awal, pelajar akan diberi peluang melibatkan
diri dengan kemahiran-kemahiran asas dalam situasi tertutup atau
berubah. Pengalaman- pengalaman yang sedemikian memberi pelaung
kepada pelajar untuk mencapai keupayaan mengawal sesuatu objek
melalui penggunaan pola motor yang khusus. Pengalaman itu dirancang
sebegitu rupa agar latihan berkenaan menjadi semirip yang mungkin
dengan situasi pengalaman sebenar.
Dalam pengalaman tak varian, pelajar diperlukan untuk meramal arah
tuju bola atau pundi-pundi kacang atau arah tuju pergerakan lawan.
Pengalaman ini sesuai untuk pelajar berada di tahap prakawalan dan
tahap pengawalan kecekapan kemahiran yang menghadapi kesulitan
dalam melaksanakan sesuatu kemahiran yang menghadapi masalah dalam
melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi yang dinamik atau terbuka.
Apabila kecekapan sesuatu kemahiran itu meningkat, kadar
kesukaran tugas perlu juga ditingkatkan dan pada masa yang sama
kebolehtelahan relatif kemahiran dikekalkan. Contoh, semasa pelajar
membaling bola ke sasaran yang tidak bergerak, jarak sasarannya bolehlah
ditambah. Jika pelajar belajar berlari dan melompat melepasi halangan
yang rendah, ketinggian halangan itu boleh dipertingkatkan.
Jangan paksa pelajar melakukan aktiviti jika dia tidak bersedia melakukan
sesuatu kemahiran. Ini adalah disebabkan kebanyakan kemalangan yang
berlaku adalah disebabkan kerana paksaan guru atau jika pelajar belum
bersedia melakukannya.
(b) Pengalaman Kemahiran Permainan Dinamik
Apabila pelajar sudah memperolehi kemahiran yang membolehkan
mereka bermain dengan cekap mereka haruslah diberi peluang untuk
mempraktikkan kemahiran mereka itu dalam kedaaan serupa seperti
dalam keadaan permainan yang sebenarnya. Pelajar perlu didedahkan kepada
pengalaman sukan sebanyak mungkin
yang boleh terutamanya kepada permainan-permainan yang memerlukan
gabungan pelbagai kemahiran.
Pengalaman-pengalaman seperti ini mengalakkan pelajar untuk
memajukan dan mengutarakan teknik yang telah dipelajari ke dalam
situasi-situasi tertentu. Kemahiran permainan jenis dinamik melibatkan dua
aspek kemahiran.
Menggabungkan lebih daripada satu jenis kemahiran motor ke dalam
permainan perhubungan kerjasama. Kebolehan menggunakan kemahiran
dalam perhubungan yang menyakitkan hati dan bela diri yang mudah.
Peningkatan daripada pengalaman kemahiran permainan tak varian
kepada pengalaman kemahiran permainan dinamik dan seterusnya
kepada pengalaman bermain sebenar adalah agak logik dan merupakan
perkembangan yang wajar.
.
(c) Pengalaman Bermaian Permainan
Pelajar banyak terdedah kepada permainan. Dengan adanya aktiviti
bermain boleh membantu mereka menghayati rasa keseronokkan, kepuasan,
kegembiraan dan kejayaan.
Pelbagai bentuk emosi akan tercetus daripada pengalaman bermain.
Terdapat juga perkembangan kemahiran itu terbina akibat daripada
pengalaman bermain, namun bermain sahaja bukanlah hanya satu-satunya
cara paling berkesan untuk meningkatkan ketrampilan kemahiran motor
pelajar. Adalah penting untuk membezakan antara pelajaran yang bertujuan
untuk meningkatkan kemahiran (pengalaman kemahiran permainan
tak varian dan dinamik) dengan pelajaran yang bertujuan memupuk
keghairahan untuk dan menimba pengetahuan bermain pelbagai jenis
permainan.
Untuk memastikan masa yang sesuai bagi menukarkan daripada
pengalaman kemahiran tak varian kepada situasi dinamik, guru hendaklah
mengklasifi kasikan pelajar mengikut tahap generik kecekapan kemahiran.
Ciri-ciri generik tahap kemahiran:
(a) Tahap Prakawalan
• Pelajar menghadapi masalah mengulangi sesuatu pergerakan yang
berkesan secara berturut-turut. Pola perlakuan mereka berubah-ubah
dari satu percubaan ke satu percubaan.
• Pelajar melakukan pergerakan secara keterlaluan dan tidak cekap
semasa mempraktikkan kemahiran.
• Pergerakan pelajar nampak janggal dan lazimnya bertentangan dengan
kaedah praktik kemahiran yang sebenar.
• Kejayaan sering dikaitkan dengan nasib dan bukan dengan
kesungguhan usaha dan bimbingan.
• Apabila pelajar berlatih menggunakan peralatan, perlakuan mereka
nampak seolah-olah dikuasai oleh peralatan.
(b) Tahap Kawalan
• Pergerakan pelajar lebih tertib, terkawal dan nampak lebih mengikut
kehendak mereka.
• Pergerakan pelajar lebih tekal dan pola pengulangannya agak serupa.
• Pelajar lebih kerap mempraktikkan kemahiran dengan betul.
• Percubaan pelajar untuk menggabungkan antara satu jenis pergerakan
dengan yang lain atau mempraktikkan sesuatu kemahiran dalam
hubungannya dengan objek atau dengan rakan pemain, biasanya tidak
terhasil.
• Oleh sebab sesuatu pergerakan itu masih belaum dapat dipraktikkan
secara automatik, pelajar perlu menumpukan perhatian yang lebih
kepada apa yang sedang dilakukannya.
(c) Tahap Penggunaan
• Dengan penumpuan, lakuan-lakuan pergerakan dapat dipraktikkan
dengan jaya.
• Walaupun konteks tugas berubah-ubah, pelajar masih mampu
melaksanakan kemahiran dengan betul
• Pelajar sudah berupaya untuk mengawal kemahiran mereka dalam
situasi- situasi yang boleh diramal. Mereka boleh mempraktikkan secara
tekal.
• Pelajar mampu mempraktikkan dengan baik kemahiran-kemahiran
kompleks yang terdiri daripada gabungan beberapa kemahiran.
(d) Tahap Kecekapan
• Kemahiran hampir dapat dipraktikkan secara otomatik dan pola-pola
perlakuan sudah menjadi hampir sama.
• Pelajar berupaya memberi tumpuan ciri-ciri yang berada di
luar jangkaan dalam konteks permainan, namun masih mampu
mempraktikkan kemahiran mengikut hasrat hati.
• Pergerakan dilakukan dengan mudah dan bersahaja seolah-olah
tanpa perlu banyak usaha.
• Pelajar memperlihatkan keupayaan mengubahsuai perlakuan mereka
selaras dengan kehendak-kehendak situasi, baik yang terancang
mahupun yang tidak terancang.
7.3 EKSPRESI
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi
peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan,
bunyi, pergerakan dan visual mereka.
Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam
aktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh,
mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri.
Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan
sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.
Media-media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk catan, tubuh badan, suara
atau bunyi. Aapabila ianya digabungkan secara harmoni, ekspresi ayang terhasil
menjadi estetik.
7.3.1 Bentuk Ekspresi
Terdapat pelbagai bentuk/cara ekspresi yang boleh dilahirkan oleh
manusia untuk meluahkan perasaannya. Antaranya ialah;
(a) Perasaan
Perasaan yang dlahirkan merupakan hasil luahan daripada hati. Ia
merangkumi perasaan sedih, riang, dukacita dan sebagainya. Perasaan
ini berkembang mengikut tahap umur dan pengalaman seseorang.
Untuk itu menjadi tanggungjawab seorang guru agar dapat membantu
pelajar supaya dapat mengawal perasaan apabila melakukan sesuatu
perkara. Untuk itu beberapa latihan dan kemahiran perlu diadakan
untuk mengawal perasaan. Terutama ketika sedang bermain, memang
menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Yang
menang akan berperasaan gembira manakala yang kalah akan merasa
kecewa. Untuk latihan menahan kesabaran dan penerapan nilai-nilai murni
perlu ditekankan dalam sesuatu aktiviti permainan sebelum menjurus ke
perlawanan yang sebenar.
(b) Lisan
Arahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan sebaik
mungkin agar dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah ertikan.
Kebanyakan pergaduhan atau perkelahian berlaku keranan arahan yang
diterima secara lisan tidak jelas dan tidak difahami oleh penerima.
(c) Reaksi
Apabila melihat sesuatu masalah pelajar akan dapat membuat tindakan
yang tepat akibat daripada latihan dan pengalaman yang telah diterima.
Reaksi pelajar perlulah di dalam tahap sentiasa bersedia dan segala
tindakan yang dibuat hendaklah tepat dan betul.
(d) Emosi
Emosi memainkan peranan penting dalam luahan ekspresi diri pelajar.
Persaan atau emosi yang ditonjolkan oleh pelajar kadangkala dapat
diterima dan kaladangkala dicemuh oleh individu-individu lain. Oleh
itu penting bagi guru untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai
aktiviti-aktiviti permainan supaya ia boleh mencetuskan suasana keriangan,
bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi
persaingan dan cabaran.
Konsep kendiri yang unggul berkait rapat dengan keupayaan kawalan
fi zikal dan emosi. Oleh itu pengalaman-pengalaman jasmani bolehlah
dianggap sebagai salah satu cara terbaik yang boleh dimanfaatkan untuk
memantapkan ciri-ciri konsep kendiri yang unggul itu.
(e) Bukan Lisan
Segala arahan-arahan yang bukan lisan dan gambaran-gambaran yang
diperolehi akan ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah
tafsirkan. Kebiasaannya segala bentuk arahan yang berbentuk bukan
lisan mudah difahami dengan jelas. Manakala sepenerima akan mengikut
kehendak arahan tersebut.
(f) Idea
Semua idea-idea dan kebolehan menjana minda perllah digunakan
didalam melaksanakan ekspresi pelajar. Antara kebolehan yang perlu
ditekankan ialah kemahiran berfi kir. Untuk itu untuk meluahkan ide-ide
yang bernas seseorang pelajar itu perlulah mengetahui kemahiran berfi kir.
Ciri-ciri kemahiran berfi kir adalah seperti berikut:
• Membanding dan membeza
• Merumus, membuat inferen dan meramal
• Mencetuskan atau menjanakan idea dalam sesi perbincangan
• Menentukan sumber sama ada boleh dipercayai atau tidak
• Mengusul dan memeriksa andaian
• Menimbang dan membuat keputusan
• Mencipta metafora atau analogi
• Menganalisis dan menilai
• Menyelesaikan masalah.
(g) Menggambar
Aktiviti mengambar adalah penting untuk menjadi sebahagian daripada
cara untuk mengawal emosi pelajar. Dengan mengadakan aktiviti
menggambar membolehkan pelajar itu mengalihkan tumpuannya kepada
kertas yang ada dihadapannya. Semasa aktiviti menggambar segala masalah
yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas. Manakala
setiap hasilan menggambar itu boleh didefi nisikan sebagai tafsiran terhadap
tingkahlakunya.
(h) Menghasilkan
Setiap apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar,
kemahiran berfi kir, arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah
merupakan ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara.
7.3.2 Unsur Perasaan dalam Ekspresi
Perkataan perasaan merupakan satu konsep yuang susah hendak dihuraikan
tetapi ia hampr sama dengan pengkajian emosi. Perasaan merupakan sebagai
reaksi badan terhadap rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya
atau yang memberikan sumber manfaat dan kerugian yang mungkin kepada
seseorang.
Bagaimanakah seseorang pelajar dapat meluahkan ekspresi diri
dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.
Emosi dan perasaan kanak-kanak adalah lebih hebat sifatnya berbanding
dengan orang dewasa. Jika seorang dewasa tidak menyedari hakikat tingkah
laku kanak-kanak, dia mungkin tidak akan memahami kenapa seorang kanakkanak
itu bersikap negatif terhadap sesuatu situasi yang dianggap remeh yang
tidak sewajarnya menimbulkan reaksi yang sedemikian.
Perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu situasi itu tidak sama
dengan individu-individu lain. Tegasnya tidak ada dua individu yang serupa dari
segala segi.
Kematangan dari sudut perasaan merupakan satu nciri penting dalam
persekitaran seni dalam pendidikan. Kematangan perasaan merujuk kepada
kebolehan menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan keadaan
yang tidak diduga tanpa membabitkan perasaan yang keterlaluan atau tekanan
jiwa.
Pada umumnya kematangan perasaan dapat dicapai melalui percambahan
emosi yang ceria dan sepoi secara beransur-ansur.
Dengan ini untuk mendapat satu perasaan yang stabil sikap dan konsep
kendiri yang stabil kanak-kanak boleh dicorakkan oleh tingkah laku dan
perilaku ibu bapa dan guru- guru yang menjadi model, penguat kuasa dan
penilai terhadap pembentukan tingkah laku.
7.3.3 Penyampaian yang Berekspresif
Semua bentuk penyampaian oleh pihak guru mahu pun oleh sekolah
perlulah yang bersifat berekspresif. Daripada perlakuan dan tingkahlaku guru
yang dianggap sebagai model, fasilitator dan pemudahcara pelajar akan cuba
untuk mengikutnya. Secara tidak langsung pelajar akan dapat dipengaruhi
oleh guru berdasarkan konsep kendiri dan sahsiah yang sedia ada.
Konsep kendiri bermaksud imej kendiri. Ia merangkumi tentang gambaran rupa,
kesihatan, kebolehan dan kelemahan tingkahlaku. Konsep kendiri terbentuk
hasil daripada interkasi pelajar dengan orang lain dan penyesuaian diri pelajar
dengan alam sekitar. Penyesuaian yang berjaya akan menghasilkan konsep
kendiri positif manakala kegagalan akan membawa konsep kendiri yang negatif.
Pembentukan sahsiah juga boleh menyebabkan pelajar itu menjadi seorang
berekspresif. Untuk mempengaruhi pelajar supaya lebih berekspresif pengaruh
personaliti terhadap pembelajaran perlu ditekankan.
Untuk itu gaya pembelajaran perlulah dirangsangkan pada setiap pelajar:
• Rangsangan persekitaran (cahaya, bunyi, suhu, susun atur bilik)
• Rangsangan emosi (motivasi, keazaman, tanggungjawab, struktur)
• Rangsangan sosiologi ( diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, kelompok)
• Rangsangan fisiologi (kekuatan persepsi yang merangkumi auditori, visual,
kanestetik, makanan/minuman, waktu belajar, pergerakan)
• Rangsangan psikologi (analitik atau global, pemproses otak kiri dan
kanan, dan impulsif atau refl ektif)
Dengan adanya pembentukan sahsiah yang positif dan konsep kendiri yang
positif oleh guru diharapkan dapat membolehkan pelajar bersifat lebih ekspresif
dalam melaksanakan matapelajaran seni dalam pendidikan.
7.3.4 Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan dalam mengujudkan pelajar seupaya menjadi
lebih ekspresif ialah melaksanakan permainan yang bersifat koperatif dan sukan.
Dalam permainan koperatif pelajar dibimbing dan diasuh agar membesar
menjadi insan yang murni. Konsep yang menjadi teras dalam permainan
koperatif ialah bermain besama-sama bukannya bermain untuk bersaing
dan pelajar adalah bebas untuk mengubahsuai permainan mengikut kehendak
situasi dan daya kreativiti.
Permainan jenis ini boleh dimainkan dimana-mana sahaja tanpa memerlukan
banyak peralatan. Terdapat perbezaan permainan koperatif dengan permainan
lain terutamanya pada struktur, bentuk dan objektifnya. Ini secara tidak
langsung akan membebaskan pelajar daripada sebarang tekanan persaingan
yang kerap kali membawa kesan tingkah laku yang merosakkan.
Aktiviti-aktiviti Permainan:
(a) Permainan Rekaan Guru
(i) Guru perlu memahami pelajar terutama dari segi kebolehan,
kemahiran yang telah sedia ada dan minat pelajar.
(ii) Pendekatan berbentuk pendekatan terarah iaitu guru akan mengawal
persekitaran penemuan.
(iii) Guru boleh membuat pengubahsuaian aktiviti permainan. Seperti jenis
permainan, ruang, bahan dan peralatan permainan.
(iv) Permainan rekaan guru menjadikan kanak-kanak lebih menyeronokan
dan dapat menumpukan perhatian dengan penuh minat.
(b) Permainan Rekaan Kanak-kanak
(i) Pemainan jenis ini boleh dikategorikan dalam spektrum pembelajaran
yang berkaitan dengan kreativiti. Permainan dimainkan secara serentak.
(ii) Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan sama-sama berinteraksi
dengan pelajar. Guru juga perlu mempercayai kebolehan setiap pelajar
terutama dari sudut kognitif dan juga kemahiran motor.
(iii) Pelajar yang tidak mempunyai pengalaman diberi masa secukupnya
untuk memahirkan dirinya sehingga. Tetapi akan terhapus apabila
mereka telah puas dan seterusnya akan mencuba mencari permainan
baru lagi.
(iv) Peruntukan masa tiada hadnya, masa ikut kehendak dan persetujuan
kumpulan.
(v) Satu kumpulan dua atau tiga orang.
RUMUSAN
• Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu
aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan
pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara
untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi
sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan
mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu
bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan
terhadap ekspresi diri.
Rangsangan persekitaran
Rangsangan emosi
Rangsangan sosiologii
Rangsangan fi siolo
PENGHUBUNGKAITAN
8.1 PENGENALAN
Setiap insan yang hidup tidak boleh hidup bersendirian tanpa adanya
rakan, ia akan sentiasa mencuba untuk berinteraksi atau mencari idea-idea
baru untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya. Kebiasaannya
masalah itu akan diselesaikan dengan pembagai cara. Untuk itu ia akan
mencuba mengenalpasti masalah, langkah-langkah membaik pulih atau
penambahbaikan masalah yang dihadapi dan seterusnya akan membuat
kesimpulan samaada masalah itu telah diselesaikan atau sebaliknya.
Pengertian Penghubungkaitan Semua Benda
Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seolah-olah seperti sepasang
tangan dengan jejarinya yang dianggap sebagai pelajar, manakala ibu jari
sebagai gurunya Semua jejari pelajar ini dibolehkan bergerak dan berfungsi
dengan bebas tanpa had mahu pun sekatan untuk meneroka seberapa
banyak mungkin idea-idea yang baru yang boleh didapati di persekitarannya,
sementara ibu jari berperanan sebagai penyokong, pembimbing dan pembantu.
Walau pun seseorang itu tidak mempunyai ibu jari, tetapi ia masih lagi boleh
bergerak, akan tetapi pergerakannya itu akan menghadapi masalah untuk
membantu menggenggam sesuatu benda dengan erat. Pada masa inilah ibu
jari (guru) kehadapan untuk membantu jari jemari mengenggam sesuatu objek
atau dari satu sudut pandangan guru pelajar pemahaman sesuatu idea atau
konsep. Jari jemari ini akan tetap bekerjasama untuk mencapai tugasan yang
diberi. Untuk itu prinsip perpaduan adalah penting. Ini adalah disebabkan
penghubungkaitan merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah dan
ia sentiasa berkaitan rapat antara satu sama lain tanpa ada yang menimbulkan
masalah.
Kelebihan Penghubungkaitan
Apabila keperluan asas, manusia untuk kesepaduan kepunyaan dan
kepercayaan dilengkapi, barulah dapat kita mulakan pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai guru, kita perlulah membantu sekolah untuk
mewujudkan pengalaman-pengalaman umum yang akan melahirkan perasaan
penghubungkaitan.
Keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara penghubungkaitan
ialah bergantung kepada tujuh criteria asas yang boleh dihuraikan
seperti
(a) Mempunyai Semangat Saling Bergantung:-
Untuk itu setiap pelajar perlulah mempercaya antara satu sama lain bahawa
mereka perlu mempunyai semangat saling bergantung ke arah mencapai
prestasi yang cemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi
semua anggota dalam kumpulannya.
(b) Kemahiran Sosial yang Penting untuk Berkomunikasi:
Pelajar perlu mempunyai kemahiran sosialisasi yang baik dengan
tidak menira agama, bangsa, jantina dan budaya. Berkongsi kemahiran
kepimpinan, membina kepercayaan diantara satu sama lain dan
menguruskan konflik.
(c) Kesedaran akauntabiliti individu – setiap anggota dalam kumpulan
akan sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggotanya.
(d) Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa kesemasa untuk memastikan
kelancaran aktiviti.
(e) Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapat
digabungkan dalam proses pembelajaran.
(f) Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu
proses pembelajaran pelajar.
(g) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak
dapat wujud sebagai satu mata pelajaran.
LATIHAN 8.1
(a) Penghubungkaitan Merupakan Satu Jaringan yang Saling Berkait antara
Satu Sama Lain
Untuk meningkatkan tahap kefahaman sesuatu mata pelajaran maka
satu jaringan yang khusus perlu diadakan terutamanya dari segi
penghubungkaitan kemahiran-kemahiran pada setiap mata pelajaran.
(b) Memudahkan Pelajar untuk Mengingat
Dengan mengguna konsep penghubungkaitkan ini pelajar akan lebih
mudah untuk mengingatkan sesuatu mata pelajaran. Untuk itu konsep
yang terdapat di dalam kemahiran berfi kir boleh diaplikasikan seperti
penggunaan pengurusan grafi k.
(c) Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan Aktif
Dengan adanya penghubungkaitan minda pelajar akan digerakan secara
aktif, dan akan bertindak lebih kreatif.
(d) Pembelajaran Berkesan
Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan
apabila pendekatan penghubungkaitan dilaksanakan berdasarkan aspekaspek
berikut:
• Pengajaran lebih terancang dengan disusun rapi dengan penetapan objektif,
isi pelajaran, strategi, kaedah-kaedah yang jelas serta penggunaan bahanbahan
pembelajaran yang relevan.
• Kepelbagaian kaedah digunakan kerana pelajarnya adalah kepelbagaian
individu yang berbeza antara satu dengan lain seperti tahap mental,
fi zikal, emosi dan sebagainya.
• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar adalah
fokus utamanya.
• Aktiviti serta isi pelajaran adalah bersifat kontekstual iaitu ada hubung
kait dengan kehidupan harian.
• Berlaku aktiviti pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai secara
menerentasi kurikulum.
8.2 PENGHUBUNGKAITAN SENI VISUAL,
MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN
MATA PELAJARAN LAIN
Penghubungkaitan di antara mata pelajaran lain dengan mata pelajaran seni
visual, muzik dan pergerakan dapat dihuraikan seperti berikut;
Rajah 8.3: Penghubungkaitan antara seni visual, muzik dan pergerakan
dapat dihubungkaitkan dengan matapelajaran lain.
Iaitu dengan berdasarkan kepada
Berdasarkan huraian di atas dapat disimpulkan bahawa muzik, seni visual dan
pergerakan pelbagai disiplin ilmu yang terdapat di dalamnya.
MSP:
Muzik, Seni,
Pergerakan

8.2.1 Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai


Mata Pelajaran
Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah
berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk
satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait
untuk mencapai satu matlamat.
Rajah 8.4: Menghubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran
8.2.2 Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai
Mata Pelajaran
Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran
akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan
yang sebenar.
8.2.3 Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran boleh diertikan sebagai matlamat pembelajaran atau objektif
yang perlu diperolehi secara eksplisit dan implisit. Hasil pembelajaran akibat
daripada penghubungkaitan itu akan membuatkan sesuatu pembelajaran itu
akan menjadi lebih efektif.
Jadual 8.1: Contoh Sedutan Ringkasan Mengajar Pendidikan Seni Visual
Tahun : 4 jingga
Bilangan pelajar : 28 orang
Umur : 10 tahun
Tarikh/ Hari : 15/05/2006 (Isnin)
Masa : 11.00 – 12.00 tgh
Pelajaran : Seni Visual
Perkara : Membentuk dan membuat binaan.
Tajuk : Binaan – berbagai-bagai bentuk dan penggunaan ruang.
Penggabung jalinan
Kemahiran
: 1. membuat bentuk-bentuk dari kertas
2. menyusun bentuk-bentuk
3. menggunting
Pengetahuan sedia
ada
: Pelajar pernah melihat susunan bentuk-bentuk tiga
matra sama ada melalui pameran atau televisyen
Objektif Eksplisit : Pada akhir pelajaran pelajar akan dapat:
1. menggunting dan melipat kertas untuk membuat
bentuk- bentuk tiga matra.
2. menyusun bentuk-bentuk untuk mencipta satu
binaan dengan kemas dan menarik
3. menimbulkan sikap kerjasama untuk menghasilkan
ciptaan antara rakan sedarjah
Objektif Implisit : Menikmati hasil karya sebagai hiasan daripada bentukbentuk
tiga matra
8.3.1 Motivasi, Fasilitasi, Penyampaian Pengukuhan,
Pelanjutan, Penglibatan
(a) Motivasi
Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan
membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan
prestasi dalam cara yang diingini. Motivasi dapat dibahagikan kepada dua,
iaitu;
(i) Motivasi ekstrinsik
Penggunaan insentif yang dirangsangkan dari luar
(ii) Motivasi intrinsik
Didorong oleh keinginan yang terbit dari dalam diri individu itu
sendiri yang selalunya tidak dipengaruhi sebarang insentif luaran.
Motivasi ekstrinsik merupakan sebagai pendorong untuk menggerakkan
individu-individu menuju kepada kejayaan. Motivasi jenis ini terdapat
dalam pelbagai bentuk. Terdapat kelemahan motivasi jenis ini ialah ia
mempunyai kecenderungan mempengaruhi tumpuan seseorang individu
itu lebih kepada ganjaran daripada tumpuan kepada usaha mempelajari,
melaksanakan dan memperbaiki prestasi atau tugas yang diberikan.
Pelajar akan berasa terangsang apabila menyedari adanya sesuatu yang
menarik yang bakal diperolehi. Tanpa dipaksa pelajar akan melakukan apa
sahaja mengikut kehendak program itu.
Dalam Seni dalam pendidikan motivasi boleh diklasifi kasikan kepada
tiga aspek motivasi.
• Motivasi dan hubungannya dengan minat
• Motivasi dan hubungannya dengan keputusan
• otivasi dan hubungannya dengan pertandingan.
(b) Fasilitasi
Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya
dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang
pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak
langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat
penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan
kelemahan diri sendiri.
Kesemuanya ini terbentuk hasil dari penglibatan secara total dengan
interaksi yang aktif ibu bapa, guru disekolah, rakan sebaya dan masyarakat
serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitarannya.
148 􀁘 TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN
Untuk itu sekolah perlu disediakan dengan kemudahan-kemudahan yang
membolehkan pelajar untuk belajar dengan lebih selesa tanpa ada
sebarang gangguan serta serba kekurangan.
• Bilik yang selesa
• Terdapat peredaran cahaya dan udara yang sesuai
• Bahan dan peralatan yang mencukupi
• Kakitangan pembantu yang terlatih.
• Bilik yang dapat merangsang minda pelajar
(c) Penyampaian Pengukuhan
Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar
supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau
terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.
Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi
pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan oleh guru untuk membantu
pelajar supaya pengukuhan pada setiap mata pelajaran itu dilaksanakan.
Antaranya;
(i) Bahan pembelajaran yang menarik minat pelajar
Bahan pembelajaran perlulah yang menarik minat pelajar serta mesra
pengguna. Guru perlu membantu pelajar untuk menggunakan bahanbahan
yang diguna pakai. Pastikan juga bahan-bahan pembelajaran
adalah mencukupi.
(ii) Mempelbagaikan pendekatan dan strategi pengajaran
Terdapat pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran antaranya ialah,
• perbincangan,
• tunjuk cara,
• penyelesaian masalah
• simulasi
• projek
• bermain
(iii) Penggunaan media (cetak dan elekronik)
Media cetak seperti,
• Kertas edaran,
• Pamplet
• Akhbar
• Majalah,
• Risalah,
• Komik, dan sebagainya
(iv) Media elektronik
• Radio
• Video
• Televisyen
• Bahan pelajaran dihasilkan oleh komputer.
8.3.2 Meta Kognisi, Refleksi, Pembelajaran Bestari
(a) Meta Kognisi
Merupakan aktiviti mental yang digunakan untuk memantau, mengawal
dan merancang untuk penyelesaian masalah, kefahaman, ingatan dan
proses kognitif yang lain. Borich dan Tombari pula menyatakan bahawa
meta kognisi merupakan satu cara individu menggunakan strategi kognitif
untuk mencari dan mengumpul maklumat dan tahu bila dan dimana untuk
menggunakan stratetgi kognitif tersebut.
Meta kognisi dikenali juga sebagai ”berfi kir tentang berfi kir” bila mana
apabila kita berfi kir tentang berfi kir, kita sebenarnya sedang menguruskan
apa yang kita perlu difi kirkan. Pengetahuan meta kognisi ini dapat
dibahagikan kepada tiga jenis pengetahuan. Ketiga-tiga pengetahuan
ini penting untuk menggalakkan pelajar dapat membuat meta kognisi.
Pengetahuan tersebut adalah seperti:
• Pengetahuan personal
Pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan diri. Contohnya,
individu tahu dia lebih suka membaca pelajaran pada waktu pagi
daripada waktu malam.
• Pengetahuan tugas
Pengetahuan tentang variasi cara tersendiri dalam melaksanakan
tugas. Contohnya cara menyelesaikan masalah matematik berlainan
daripada cara membuat karangan.
• Pengetahuan strategi
Pengetahuan tentang strategi tertentu yang lebih berkesan daripada
strategi lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
(b) Refleksi
Refl eksi bermaksud sesuatu proses seseorang yang berusaha untuk
mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difi kirkan
atau dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk juga
memikir-kan cara untuk memperbaiki dan merancang dengan membuat
pengubahsuaian supaya dapat digunakan dengan lebih efektif.
Proses refl eksi merangkumi 6 peringkat iaitu:
Rajah 8.6: 6 peringkat proses refl eksi
Berdasarkan rajah di atas, proses refl eksi bermula daripada peringkat,
• Kefahaman
Merupakan cetusan asas untuk mengenalpasti dan menjelaskan isu,
fenomena dan masalah pedagogi.
• Tranformasi
Pada peringkat transformasi pula merupakan peringkat untuk
merancang membuat tindakan seterusnya iaitu dengan mengambil
kira segala faktor yang diperlukan.
• Pelaksanaan
Pada peringkat ini guru akan melaksanakan apa yang telah dirancang,
menguji atau mengkaji segala aspek dengan menggunakan. Instrument
yang telah ditetapkan.
• Penilaian
Pelaksanaan ini berterusan sehingga keperingkat penilaian. Iaitu akan
menilai segala tindakan yang telah diambil
• Refl eksi
Membuat segala refl eksi iaitu mengingat dan merenung kembali
segala aktiviti yang telah dialaminya, menganalisa dan menilai
kesannya serta memikirkan cara untuk membaikinya untuk digunakan
pada masa depan.
• Kefahaman baru
Membuat satu perancangan pengubahsuaian, peningkatan atau
membuat tindakan susulan dan menjadi cetusan idea yang asas
untuk membuat satu transformasi yang baru dan tindakan-tindakan
yang berikutnya hingga menjadi satu bentuk lingkaran secara terus
menerus demi mempertingkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman
dan kemahiran pedagogi seseorang pendidik.
(c) Pembelajaran Bestari
Bestari bermaksud cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan dan
berbudi pekerti yang baik. Untuk itu pembelajaran bestari ialah pembelajaran
yang membolehkan seseorang pelajar menjadi cerdas dan pandai,
berpendidikan, berilmu pengetahuan yang tinggi dan akan mempunyai budi
pekerti yang baik.
Untuk melaksanakan pembelajaran bestari yang berjaya beberapa pendekatan
telah dilaksanakan oleh kementerian pelajaran. Antaranya:
(i) Sekolah Bestari
Mewujudkan sekolah bestari supaya dapat membina pelajar menjadi
seorang yang cerdas dan pandai menggunakan teknologi-teknologi
terkini dalam aktiviti pembelajaran mereka. Manakala matlamat
pembentukannya ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
pusat kecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia dan boleh
melahirkan generasi yang mampu untuk menghadapi segala cabarancabaran
Wawasan 2020.
(ii) Penggunaan Komputer
Komputer memainkan alat pembelajaran yang penting, utama untuk
memperolehi segala maklumat dan ilmu pengetahuan. Untuk itu
computer akan digunakan secara meluas di dalam segala aktiviti
pembelajaran, pentadbiran dan membuat penilaian. Manakala buku
teks hanya digunakan sebagai bahan rujukan sahaja.
(iii) Peranan Guru
Peranan guru menjadi lebih luas iaitu bukan sahaja berperanan
sebagai pengajar sebaliknya guru juga akan berperanan sebagai seorang
pemudahcara, penasihat, fasilitator, model sesuatu bentuk pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlulah mahir menggunakan alat bantuan mengajar
tekini terutamanya komputer dan pelbagai alat multimedia yang lain.
(iv) Peranan Pentadbir
• Pentadbir perlu menyediakan makmal teknologi maklumat supaya
memudahkan guru dan pelajar mencari bahan-bahan yang berkaitan
dengan alat audio visual.
• Menyediakan makmal computer supaya mudah bagi pelajar
mengakses bahan-bahan pembelajaran melalui internet, membuat
e-mail dan lain-lain lagi
• Bilik guru dilengkapi dengan prasarana pengurusan maklumat dan
sumber, e-mail, dan database.
• Pejabat pentadbiran pula akan dilengkapi dengan data base untuk
pengurusan guru,pelajar dan inventori, sumber serta pengedaran
maklumat dan notis.
• Memudahkan pihak sekolah berinteraksi dan berkomunikasi dengan
cepat dan pantas dengan Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran
Neger dan Kementerian Pelajaran melalui Jaringan (network)
Untuk meralisasikan matlamat pembelajaran bestari ini tercapai dengan
jayanya. Kementerian Pelajaran perlulah membuat tindakan segera dengan
menggalakkan guru supaya bersedia untuk memperlengkapkan diri mereka
dengan kemudahan-kemudahan teknologi maklumat terkini seperti penggunaan
computer.
Tindakan yang perlu diambil oleh guru ialah:
(a) Peka Terhadap Persekitaran Sekolah
(b) Meningkatkan Pengetahuan Kerja/Tugas
Guru perlu mempertingkatkan pengetahuan tentang tugas dan kerja
yang telah diamanahkan kepadanya dengan menghadiri kursus-kursus
dalam perkhidmatan, melanjutkan pelajaran, menghadiri kursus-kursus
jangka pendek.
Tugas utama guru adalah untuk budaya ilmu di kalangan pelajar. Nilainilai
budaya ilmu yang hendak dipupuk dalam diri pelajar disekolah
ialah budaya membaca, budaya belajar, budaya berfi kir, budaya berwacana,
budaya menulis dan budaya berkarya.
(c) Meningkatkan Hubungan Interpersonal
Hubungan interpersonal dijalinkan melalui komunikasi. Tujuannya
berkomunkasi adalah untuk menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat
atau maklumat kepada pendengar.
Pelajar juga digalakkan untuk mempertingkatkan hubungan interpersonal
dengan rakan, pelajar-pelajar, serta ibu bapa mereka.
Ciri-ciri sifat guru yang positif ialah:
• Mempunyai sifat yang positif dan mempunyai pandangan
• Berperibadi baik - tidak ego, sombong dan menunjuk-nunjuk.
• Mempunyai kefahaman tentang pertumbuhan dan perkembangan
pelajar
• Mempunyai keadaan fi zikal, mental dan kerohanian yang sempurna
• Sabar, ramah, tidak mudah jemu, pandai menarik hati pelajar
• Sensitive terhadap sikap dan tindak tanduk orang lain
• Ada keyakinan diri sendiri terhadap tugas yang diberi
• Peka terhadap persekitaran
• Bertolak ansur dan bertimbang rasa
• Dapat menyimpan rahsia orang lain.
(d) Membuat Refl eksi Melalui Penyelidikan Tindakan
Membuat refl eksi melalui penyelidikan tindakan dapat membantu dan
mempertingkatkan tahap pengajaran serta pembelajaran guru serta dapat
membuat pengubahsuaian dan membaiki kaedah, teknik serta rancangan
mengajar supaya dapat pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
(e) Merebut Peluang Pendidikan Terbuka
Guru perlu merebut peluang yang sedia ada untuk mempertingkatkan
tahap akademiknya kerana pemerolehan ilmu tidak hanya terhad di sekolah
sahaja malahan kini telah merentasi sempadan Negara. Kerana ia bukan
sahaja boleh didapati dengan mudah tetapi memerlukan pengorbanan tinggi
guru untuk memerolehi ilmu.
Terdapat pelbagai bentuk jenis Pendidikan Terbuka yang dikelolakan oleh
kerajaan, badan berkanun atau swasta antaranya ialah Pendidikan Jarak
Jauh, Pendidikan Universiti Virtual dan Pendidikan Universiti Terbuka.
Malaysia, menjelang tahun 2000 telah berjaya menubuhkan sebuah Universiti
Terbuka (UNITEM/OUM) dan sebuah universiti virtual (UNITAR) yang
menggunakan teknologi terkini seperti video-conferencing, internet untuk
tujuan kuliah.

PENDEKATAN BERTEMA
9.1 PENGENALAN
9.1.1 Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang
disusun sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi
peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan
menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian
yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar
menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga
bidang-bidang kurikulum.
Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema
pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang
mengekspresikan sesuatu tema yang diterimapakai.
9.1.2 Pemilihan dan Penentuan Tema
Justeru itu, memilih tema merupakan langkah yang penting untuk
memperkembangkan
unit pembelajaran. Ini adalah kerana banyak masa dan usaha yang
perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema dan cara untuk
mengkategorikan pendekatan itu. Di sini, disenaraikan panduan untuk memilih
tema yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
pelajar:
(a) Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah seperti berikut:
• berasaskan konsep
• berasaskan kemahiran
• berasaskan kandungan dan kemahiran
• berfokus kepada isu
• berfokus kepada projek
• berorientasikan kajian kes
(b) Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut:
(i) Boleh merentas semua matapelajaran
Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua
matapelajaran. Contoh: Tema Pokok. Untuk itu semua mata pelajaran
boleh menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran matematik,
pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok
dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar
akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti
pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.
(ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalaman dan
kehidupan pelajar
Pastikan tema yang dipilh ada kaitannya dengan pengalaman dengan
kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat
interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan
berkesan.
(iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa
Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi,
masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak
langsungan dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara
perkara yang diajar dengan keadaan situasi yang sebenar.
(iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Beberapa justifi kasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema,
terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperolehi
bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran supaya guru dapat mengajar dengan menunjukkan
contoh-contoh yang sebenar dan ’hands on’ tidak kepada guru Cuma
bercerita sahaja tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar.
(v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih
Guru hendaklah berminat dengan tema yang dipilih dan ini
akan dapat memotivasikan dan mempertingkatan lagi penglibatan
pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan.
(vi) Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar
Pastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan
pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran
dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.
9.1.3 Kelebihan, Kekuatan dan Isu/Cabaran
Tahukah anda terdapat kelebihan, kekuatan dan isu/cabaran dalam
melaksanakan Pendekatan Bertema?
(a) Kelebihan Pendekatan Bertema kepada Pelajar adalah seperti berikut:
(i) untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(ii) untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan,
(iii) dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan
pengetahuan dan pengalaman lalu
(iv) dapat menghadapi cabaran
(v) dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan
(vi) untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal
(vii) menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang
pelbagai budaya
(viii) untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait
pengetahuan dan kemahiran
(b) Kekuatan
(i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan
pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan,
imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaslam tema yang diberi
(ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti
dan kreativiti yang tinggi
(iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan
(iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi
baru
(v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan
(vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran
(c) Isu/Cabaran
(i) kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran
(ii) untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan
(iii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbezabeza
(iv) sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas
(v) kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza
9.2 PENGHUBUNGKAITAN TEMA DENGAN
MATA PELAJARAN
Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui
satu topik atau tema yang dipilih berrsesuaian dengan masa, tempat, minat
dan latar belakang pelajar.

Tema yang dipilih dijadikan sebagai bahan untuk menguasai sesuatu


kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulsi, asas matematik,
berfi kir dan emosi serta sosial. Selain itu pendekatan ini memberi peluang
kepada pelajar meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih.
9.2.1 Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran
(a) Bagaimana memilih tema yang sesuai untuk digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran?
Pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam
perkembangan sesuatu unit. Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk
improvisasi ialah mudah dan berfungsi. Tema wujud dalam kehidupan
seharian. Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan
cuba terokai.
Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk
memilih tema.
• Apakah konsep atau isu utama yang penting pada tema yang dipilih?
• Apakah hasil pembelajaran yang sering ada pada setiap sukatan?
• Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan?
• Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pelajar berfi kir?.
• Mampukah pelajar membuat perkaitan yang signifi kan di antara
disiplin-disiplin yang lain?
• Bolehkah tema yang dipilih itu menarik dan sesuai kepada pelajar?
• Adakah bahan-bahan sumber mencukupi untuk mengajar unit ini?
(b) Cara menjalankan Pendekatan Bertema
Ada beberapa cara yang berbeza untuk memperkenalkan unit ini:
(i) Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh
guru untuk memperkenalkan pendekatan bertema.
• K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?
• W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?
• L (learn) --- Apa yang saya belajar dari tajuk ini?
(ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu tajuk
seperti alam semula jadi, komunikasi, perakaunan, iklim, puisi dan
lain-lain seperti sains, agama, moral, kemahiran hidup.
(iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan
membacakan sebuah cerita kepada kelas
(iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan
sesuatu unit- jika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian sebuah kolej
tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di atas papan bulletin
bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai manusia dan mesin
yang berupaya mengajar atau menyatakan mesej.
(v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset
(vi) Dedahkan pelajar mempelajari puisi contohnya bahasa dan muzik
(vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian contohnya sains dan
matematik
(viii) Bawa bahan bantu mengajar contoh batu karang
Tema daripada mata pelajaran sains, matematik, kajian tempatan dan bahasa
boleh diajar dengan menggabungjalinkan muzik seni visual dan pergerakan
bagi membolehkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran menjadi satu
proses yang bermakna. Kelebihan dan kekurangan
9.2.2 Tema dengan Kemahiran
Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan
kemahiran diri pelajar. Terutamanya kemahiran 3 M (membaca, menulis dan
mengira) yang menjadi tunjang kepada falsafah pendidikan negara yang dapat
memperkembangan tahap potensi pelajar yang menyeluruh dari segi intelek,
jasmani, emosi, rohani dan sosialisasi.
9.2.3 Penggabungjalinan Aktiviti dengan
Menggunakan Pendekatan Bertema
Berikut adalah peta minda penggabungjalinan aktiviti dengan menggunakan
pendekatanan bertema.

INTEGRASI
10.1 PENGENALAN
Program pendidikan Intergrasi merupakan satu program yang amat popular
di luar negra khususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulai pada
tahun 1900 an. Pada ketika itu penekanan pada mata pelajaran sains telah
mula diintergrasikan dengan mata pelajaran. Ini adalah disebabkan kerana
dia telah menganggap sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya.
Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran
lain diintergrasikan ke dalam kurikulum disekolah-sekolah. Dengan dapat
dibuat secara kesimpulan bahawa konsep intergrasi dalam kurikulum adalah
diamalkan dengan secara meluas dikebanyakan pelajar negara-negara maju.
10.1.1 Berbagai Pengertian Integrasi
Kebanyakannya pendidik menggunakan konsep dan makna pengintergrasian
dari pelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi.
Intergrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total
dimana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur
perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara
satu sama lain.
Dari sudut sosiologi, intergrasi mempunyai lebih daripada satu makna.
Pertama, ia boleh dilihat dari sudut perhubungan antara personaliti dengan
personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan
antara pelajar dengan guru. Kedua perlu ada rasa keinginan yang terjalin
dalam perhubungan antara individu dengan pelbagai pelbagai egensi
masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan
antara pelbagai institusi masyarakat itu.
Manakala dari sudut pedagogi, intergrasi melibatkan kaedahdan teknik
mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit
pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu
dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.
10.1.2 Berbagai Jenis Integrasi
Terdapat pelbagai cara integrasi dijalankan dalam pengajaran dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang berkesan
sangat dititik beratkan bagi mempastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar.
Bagi mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif pendidikan
kebangsaan beberapa kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran
antaranya ialah konsep integrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih
dikenali sebagai kesepaduan. Untuk itu konsep bersepadu dalam KBSR
membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran,
bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi dan
menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR pendidikan adalah bagi pembangunan
individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Untuk itu bebrapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran KBSR yang mengandungi aspek.
(a) Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran
bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui
strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu
pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam
satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran.
Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta
menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang
menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.
Jenis-jenis Penggabungjalinan
Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran boleh dilihat daripada tiga sudut seperti:
• Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
• Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam
sesuatu mata pelajaran
ATIHAN 10.1
(b) Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan
atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke
dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses
penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan
proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau
lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada
mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi
aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa
mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.
Ciri-ciri Penyerapan:
(i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagaibagai
pelajaran
(ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam
satu mata pelajaran
(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan
adalah fl eksibel.
(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama
dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi
penekanan yang lebih
(v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan.
Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam
aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca,
menulis dan mengira.
(c) Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan
nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilainilai
yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan,
nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan
dan sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua pendekatan
iaitu;
(i) Pendekatan implisit
Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya
apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas, datang tepat pada
waktu secara tidak langsung segala perlakuan guru ini diperhatikan
oleh kanak-kanak dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh
kanak-kanak. Tindakan guru menyokong dan memberi pujian kepada
pelajar secara tidak langsung menyedarkan pelajar untuk menerima
sesuatu nilai yang positif itu.
(ii) Pendekatan eksplisit
Penerapan nilai secara eksplisit ialah dengan mengadakan suatu
peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang
sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.
Program atau aktiviti yang khusus juga adakalanya diadakan untuk
menerapkan sesuatu nilai seperti program motivasi, sambut hari
guru, hari kemerdekaan, kempen kebersihan, kempen anti rokok
dan sebagainya. Di dalam bilik darjah, guru pendidikan moral dan
pendidikan Islam akan mengajar sesuatu topik berkaitan dengan
sesuatu nilai, ini juga dianggap sebagai eksplisit. Untuk itu
penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat dan
cara pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas.
(d) Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan
untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang
tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula
merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam
merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara perlu diambil kira
termasuk:
(i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan.
(ii) Pengajaran dan pembelajaran perlu diubah suai dan dipelbagaikan
mengikut keperluan kognisi murid.
(iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan
bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid memahami
dan menguasai Hasil Pembelajaran.
182 􀁘 TOPIK 10 INTEGRASI
Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan secara pemerhatian,
lisan atau bertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan
konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai.
(e) Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian
rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah
untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.
Guru perlu mengorganisasikan semula kelas untuk menempatkan murid
dengan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan dirancang bagi murid
yang mencapai aras masteri 80% dalam praujian. Pencapaian sedemikian
menunjukkan bahawa murid telah menguasai unit pembelajaran tertentu
dan kumpulan murid ini akan terus menjalani aktiviti pengayaan tanpa
melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut.
Aktiviti pengayaan juga dirancang bagi murid yang mencapai aras
masteri 80% dalam pascaujian selepas melalui proses pengajaran dan
pembelajaran unit pembelajaran tersebut
(i) Pengayaan Berbentuk Pengukuhan
Aktiviti ini menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dan
kemahiran yang telah dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama
dan bukan sesuatu yang baru. Sebagai contoh di HSP Sains Tahun
4, Tema: ‘Menyiasat Alam Fizikal’, di bawah Hasil Pembelajaran
‘Memahami Konsep Isipadu’; murid mempelajari konsep isipadu
dan mengukur isipadu. Dalam aktiviti pengayaan berbentuk
pengukuhan murid diberi pelbagai masalah berkaitan dengan konsep
isipadu yang biasa ditemui dalam kehidupan harian. Antaranya, ialah
mengukur isipadu air yang diminum oleh murid setiap hari, dan
mencari isipadu beg sekolah murid untuk memuatkan buku sekolah.
Melalui aktiviti sedemikian, murid dapat mengaplikasikan konsep
isipadu dalam konteks yang lebih relevan, dan seterusnya dapat
mengukuhkan pemahaman tentang konsep isipadu.
(ii) Pengayaan Berbentuk Perkembangan
Aktiviti ini merupakan aktiviti yang lebih kompleks, serta mencabar
pada peringkat kognisi yang lebih tinggi dalam unit pembelajaran
yang berkait rapat dengan unit pembelajaran yang dipelajari.
Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui aktiviti ini
boleh meliputi bidang yang lebih luas dan lebih mendalam. Aktiviti
ini boleh dijalankan secara kadar kendiri dan terarah kendiri.
(iii) Pendekatan Integrasi
Menurut Passe (1999) terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan
integrasi dalam kurikulum iaiitu:
• Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada
Sesuatu perkara yang diintergrasikan kedalam mata pelajaran
yang sedia ada. Pendekatanini melihat hubungan antara mata
pelajaran dan seterusnya menggalakkan rentasan disiplin. Sebagai
contoh antara mata pelajaran seni visual dengan muzik dan
pergerakan, mata pelajaran kemahiran hidup dengan matematik
serta antara sains dengan pendidikan jasmani dan kesihatan.
Adaptasi adalah melalui konsep penggabungjalinan, penyerapan
dan penerapan. Selain itu unsur-unsur nilai murni, KBKK, unsur
patriotisme, unsur-unsur kebersihan dan penjagaan alam
sekitar boleh diintegrasikan melalui pendekatan adaptasi ini.
• Membina kurikulum baru
Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan di dalamnya
mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan
Contohnya disiplin kesihatan telah dimasukkan ke dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani sehingga menjadi mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Gabungan unsur sejarah,
geografi dan hal ehwal tempatantelah mewujudkan mata pelajaran
Kajian Tempatan.
10.1.3 Kelebihan Integrasi
Saranan mengintergasikan seni dalam pendidikan kedalam bidang-bidang
kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan.
(a) Antara kelebihan-kelebihan itu adalah seperti berikut:
Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk
unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam
unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi
aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat
kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan
sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah. Contoh, jika sesebuah
kelas sedang mempelajari satu unit pelajaran berhubung dengan tajuk
”Cara Kehidupan Masyarakat Iban di Rumah Panjang”, guru atau pelajar
dalam bilik darjah itu akan menubuhkan unti-unit kumpulan kecil
dan setiap unit itu akan mengkaji satu aspek masyarakat orang Iban
seperti apa yang dilakukan oleh orang iban untuk hidup, permainan dan
rekreasi mereka, upacara dan tarian-tarian adat resam mereka seperti
ketika menyambut hari gawai, perkahwinan dan pelbagai aspek lain
lagi. Apa sahaja bahan dan maklumat yang diperolehi oleh setiap
kumpulan itu boleh dipersembahkan baik dalam bentuk penerangan l i s a n ,
pergerakan atau bentuk aksi. Secara tidak langsung aktiviti seperti ini
akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap
pelajaran yang disampaikan.
(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam
pendidikan.
Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin
untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak
langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan
melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.
(c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas.
Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum
yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun
pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program
aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah.
10.1.4 Isu dan Cabaran Intergrasi
Masalah berhubung dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan, seni
visual atau musik bukanlah satu alasan yang baru. Dengan keadaan jadual
waktu yang padat, sesetengah sekolah agak berasa keberatan untuk
menambahkan lagi jumlah mata pelajaran. Oleh yang demikian, apabila
sesuatu bidang baru diperkenalkan, beberapa langkah-langkah terpaksa
diambil oleh pihak sekolah untuk memuatkan mata pelajaran baru itu kedalam
jadual pembelajaran yang sedia ada itu dengan cara mengeluarkan mata pelajaran
tertentu yang dianggap kurang penting dari segi akedemiknya.
Apa yang berlaku kepada mata pelajaran pendidikan jasmani dinegara ini
merupakan satu contoh yang baik. Daripada tiga waktu seminggu, kini telah
dikurangkan kepada dua dan daripada peruntukkan masa 45 minit sesetiap
waktu telah dikurangkan kepada 40 minit. Jalan penyelesaian terbaik dalam
menangani masalah ini ialah pihak pengurusan sekolah dan guru-guru perlulah
melaksanakan perancangan yang lebih berdaya cipta dimana mata pelajaran
pendidikan jasmani digabungkan dengan mata pelajar teras yang lain, atau pun
kepada mata pelajaran yang sudah kukuh kedudukannya dalam kurikulum.
10.1.5 Intergrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
Kesemua mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan boleh dintegrasikan
kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Malahan
dengan diadakan pengintegrasian mata pelajarn ini akan memperkukuhkan
dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang hendak diajar.
(a) Aspek Psikologi
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, integrasi dari sudut psikologi
merangkumi personaliti secara menyeluruh pelajar. Ini secara tidak langsung
akan memberi kesan yang impak kepada minda dan tubuh pelajar.
Terdapat teori metafi zik berhubung dengan fungsi-fungsi tubuh dan
mental yang menyokong pernyataan ini. Pada dasrnya teori-teori ini
terjelma dari kepercayaan tentang wujudnya persemadian di antara tubuh
dan minda. Berdasarkan hakikat ini, dari sudut psikologi, mempunyai
kesan pengaruh yang ketara terhadap pelajar.
Pergerakan, pada dasarnya merujuk kepada pembelajaran melalui aktiviti
pendidikan jasmani. Ramai di kalangan pendidik, malahan termasuk a h l i -
ahli falsafah kontemporari, memperakui hakikat prinsip perhubungan
minda-tubuh atau istilah lain kepaduan psikomotor. Namun pelaksanaan
prinsip ini masih jauh dari kebenarannya. Ada juga dalam kes-kes tertentu,
guru-guru pendidikan jasmani terlalu menekankan aspek bukan fi zikal
sehingga mengabaikan aspek fi zikal seperti yang diperlukan. Kedua-dua
keadaan yang melampau ini boleh memberi kesan sampingan kepada
pelajar terhadap pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh pelajar
sehingga boleh menjejaskan personalitinya.
(b) Aspek Sosiologi
Dari segi sosiologi terdapat tiga kategori integrasi, iaitu:
• Integrasi antara personaliti
• Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat
• Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat.
Perhatian utamanya ialah mengenai aspek integrasi sosiologi yang memberi
tumpuan kepada hubungan antara personaliti dengan personaliti. Dalam
hubungan ini seni dalam pendidikan mempunyai peranan sebagai agen
integrasi.
Manusia, pada dasarnya, adalah mahkluk sosial. Menerusi seni dalam
pendidikan, faktor ini dapat diekploitasikan dengan sebaik mungkin
kerana kebanyakan aktiviti seni dalam pendidikan atas sifat semula
jadinya tidak dapat mengelak daripada terlibat dalam kegiatan yang
berunsur kerjasama. Aktiviti-aktiviti berkelompok menuntut setiap
individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai
kejayaan bersama. Oleh yang demikian, aktiviti seni dalam pendidikan
dengan sifatnya yang berkelompok, mempunyai ciri-ciri yang berteraskan
demokrasi. Dalam hubungan ini, aksi-aksi yang terdapat dalam seni
dalam pendidikan yang merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan
pergerakan itu mempunyai satu titik tolak interaksi sosial yang terjalin
menerusi perhubungan deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini
mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang
membawa kepada konsep perpaduan.
Program yang terdapat dalam seni dalam pendidikan bukan sahaja
menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar tetapi juga
186 􀁘 TOPIK 10 INTEGRASI
berupaya memenuhi keperluan-keperluan sosial yang asas. Apabila semua
pelajar berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat
dan kebolehan mereka, maka akan terbentuklah satu situasi ideal yang
dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan
keinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Keperluan untuk belaian berkait rapat dengan keperluan untuk
ketermilikan. Pelajar mahukan dirinya diterima sebagai anggota sesebuah
kelompok dan pada masa yang sama mereka juga memerlukan kasih
sayang. Dalam kegiatan Seni dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian
sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakkan yang diberi
kepada pelajar sebaik sahaja merreka mempersembahkan aktiviti yang
mmenarik. Perhubungan antara pelajar dengan pelajar, guru dengan
pelajar yang mesra mewujudkan suasana yang harmonis dan ini akan menyebabkan
pelajar merasakan bahawa guru dan rakan-rakan mereka
prihatin terhadap diri dan menghargai bakat yang mereka miliki. Suasana
yang sedemikian rupa yang akan mencetuskan perhubungan mesra boleh
diwujudkan menerusi program yang terdapat dalam seni dalam pendidikan.
(c) Aspek Pedagogi
Integrasi dari sudut pedagogi boleh berlaku dengan dua cara, iaitu
(i) Berkait dengan prosedur mengajar:
Yang menggabungkan pelbagai bidang pelajaran melalui unitunit
kerja, dan bidang-bidang pelajaran itu akan membantu
mengembangkan konsep-konsep dan pemahaman terhadap unit-unit
itu.
(ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran:
Perhubungan terjalin dengan sebegitu rupa membuatkan isi atau
kandungan setiap bidang bertambah mapan dalam usaha untuk
mempertingkatkan kefahaman dalam bidang-bidang lain yang
bersangkutan. Dalam kebanyakan program disekolah rendah keduadua
pendekatan ini dianggap sangat praktik dan memberi makna
kepadanya.
Dalam banyak hal pelajaran Seni dalam pendidikan belum diiktiraf sebgai
satu subjek yang sah dalam kurikulum kerana penekanan terhadapnya
berbeza berbanding dengan penekanan yang diberikan kepada bidangbidang
akademik yang lain.

You might also like