You are on page 1of 7

1.

0 GANGGUAN EMOSI DI KALANGAN MURID

1.1 Definisi Gangguan Emosi

Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu
atau lebih karasteristik oleh murid-murid. kamus dewan bahasa dan pustaka telah
memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai gangguan emosi adalah akibat
konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada
melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. seterusnya gangguan emosi juga dapat
ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi
yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial.
Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual,
kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. secara ringkasnya gangguan
emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang
menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. gangguan emosi ini akan menimbulkan
pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. gangguan emosi adalah satu
perkara yang amat serius pada usia persekolahan. mereka akan mengalami gangguan
emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.

2.0 Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan
gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan
emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga,
pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah


yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada
masalah kesesakan didalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid
untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh
Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang
mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana
dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin

1
melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan
mengganggu emosi mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa
kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid
nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara
langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka
mengalami tekanan emosi.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami
gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang
besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin
bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang.
Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan,
kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.

Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung,


kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga
seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid.
Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya
mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari
segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah,
resah dan lain-lain lagi.

Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra,
tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan
akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak
stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku,
murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain.
Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala
ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu
sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan
meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya
diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan
dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

2
Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit
berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun
begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam
kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu
bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-
rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka
membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan
aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.

Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik
hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea
yang baik. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai
ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang
yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid
sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang
disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan
marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan
tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan
tingkah laku murid di dalam kelas.

3.0 Kesan Gangguan Emosi Di Kalangan Murid

Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Seperti yang
dinyatakan oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life "No one can
liveWithout experiencing some degree of stress at all." Tekanan boleh membawa kesan
yang positif bagi sesetengah Individu kerana Ia boleh mendorong seseorang untuk
memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat penyesuaian dengan
corak kehidupan yang sentiasa berubah (Iohnson, 1997). Sebaliknya, tekanan yang
tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin mendatangkan kesan
yang negatif Terdapat sesetengah pelajar melakukan cara yang tidak sihat untuk
rnengatasi gangguan tekanan yang akhimya cara sedemlklan mendatangkan kesan

3
negatif kepada diri rnereka sendiri contohnya dengan mengambil dadah dan alkohol,
tidur dan makan berlebihan atau menahan lapar,

Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh


pelajar mempunyai kaitan dengan penghargaan kendiri yang rendah (Arora, Kurnari
dan Enright, 1988; Youngs, Rathge, Mullis dan Mullis, 1990), lokus kawalan yang
lemah (Cole dan Sapp (1988), kemurungan (Toler dan Murphy, 1985), tingkahlaku
delinkuen (Vaux dan Ruggiero, 1983) dan masalah penyalahgunaan (Mates dan Allison
(1992). Penemuan yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan bahawa
tekanan yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelajar
yang mengalaminya. justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn tekanan boleh
membantu remaja berkenaan. Antara simptom-sirnptom yang menunjukkan seseorang
mengalami tekanan ialah mengalami gangguan tidur.Pelajar tersebeut tidak dapat tidur
dengan betul dan ini akan menyebebkan matanya merah dan selalu berair dan pelajar
itu juga mungkin selalu kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan tidak cukup tidur.

Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap kejadian-


kejadian biasa. Apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi dia akan
menunjukkan reaksi –reaksi yang abnormal dan berlebihan .Contohnya marahdan maki
hamun mana mana pelajar jika terlanggarnya di tangga.

Kesan yang seterusnya ialah ,pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak
gembira terhadap pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian
yang cemerlang di akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan
menghayati dan menghargainya pencapian tersebut dan hanya mengambilnya
pencapaian tersebut dengan tanpa makna.

Pelajar –pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan
yang melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata
berkelip-kelip dan menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala pada
setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk mendapatkan
perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat keputusan dan hilang
sifat kelucuan

Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang


dinyatakanmenunjukkan bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami

4
tekanan. Pelajar yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa
mereka sedang mengalami gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-kesan yang
dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkan golongan ibu bapa mernbantu pelajar
yang tertekan bahkan pelajar yang menyedari bahawa mereka menunjukkan slmptom-
simptom tersebut boleh mendapatkan bantuan leblh awal sebelum kesan negatif yang
mungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada diri pelajar.

4.0 Langkah-langlakah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan


Murid

Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah


mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu
perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan
emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengan
kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah
yang boleh diambil oleh guru,ibubapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti berikut:

 Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik


Sebagaimnana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh
mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat,
mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan
demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan
murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya
atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga
mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kumpulan.
 Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan
Aktiviti Kumpulan member banyak peluang kepada murid-murid untuk
berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang
dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid
menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz,
permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan
merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta
mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh

5
menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendan dalam diri
mereka.
 Menggunakan Percakapan Yang Sesuai
Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh
mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di
bawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan
interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru
harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi
tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi
tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada
murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu
adil dan berseuaian.
 Guru membantu murid yang bermasalah
Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat
pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk
membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru
menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-
murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya
mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka
dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat
mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.

 Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan


program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam
pembentukan tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka
yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian
akademik, membangunkan kemahiran social, meningkatkan kemahiran dalam
mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.
 Murid bersifat self-efficacy
Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-officacy iaitu murid yang
boleh belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan,
memikir bagaimana memabaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan
bukan membimbang atau menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk

6
memandang segala perkara secara optimistic kerana ia merupakan cara yang
paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini.
 Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan
psikologi dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada
ahli psikologi, kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah.
Kerjasama dengan ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat
bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang
bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu diberi maklumat yang
berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Perbincanga
antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan
untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama.
 Selain daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan
teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada
anak yang mengalami gannguan emosi. Ibubapa juga memberikan beberapa
tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing.
 Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah
laku yang tidak diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak
yang merokok. Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau
tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki
tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya mereka memukul anak
tersebut wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnya
dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan
anak atau murid itu mengalami gangguan emosi.
 Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya.
Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif.

Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada


murid yang gagal menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah
di atas ini akan membantu seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk
menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan
kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.

You might also like