You are on page 1of 1

Walaupun sedang menjawat jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) namun masih

ramai yang tidak memahami apakah sebenarnya jawatan tersebut dan apakah
perbezaan dengan jawatan hakiki.  Bagi menjelaskan pengertian KUP ini saya
mengibaratkan jawatan hakiki sebagai kerusi dan penjawat jawatan tersebut adalah
seseorang yang dilantik secara hakiki selaras dengan gred kerusi tersebut.  Contohnya
kerusi DG34 seperti guru besar sekolah gred B dijawat oleh pegawai DG34 dan ia
adalah jawatan hakiki yang dijawat oleh penjawat hakiki.  Jika guru besar tadi telah
tamat pengajian peringkat ijazah dan dilantik ke jawatan DG41, maka sekiranya beliau
masih kekal di jawatannya tadi maka ia dinamakan sebagai DG41(KUP).  Ini kerana
kerusi jawatan guru besar yang disandangnya adalah khusus untuk DG34 tetapi beliau
masih menduduki kerusi tersebut walaupun gred jawatannya kini adalah DG41. 

    Begitu juga jawatan kenaikan pangkat time-based seperti DG32 dan DG44 bagi
mereka yang telah layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan seperti guru-guru
penolong biasa.  Apabila seseorang guru dinaikkan pangkat secara time-based, maka
mereka tidak dilantik sebagai pentadbir seperti guru penolong kanan atau guru besar
sebaliknya tetap menjalankan tugas guru biasa.  Ini bermakna kerusi yang mereka
duduki adalah kerusi yang sepatutnya untuk gred DG29/41 tetapi mereka mendudukinya
kerana kenaikkan pangkat mereka adalah berdasarkan time-based. 

    Kesimpulannya jawatan KUP adalah apabila seseorang yang bergred jawatan lebih
tinggi menduduki jawatan yang sepatutnya disandang oleh penjawat hakiki yang
grednya lebih rendah.  Ia adalah keadaan di mana seseorang penjawat awam dapat
menikmati kenaikkan gred tanpa meninggalkan jawatan asal.

Renung-Renungkan:  Jawatan dan pangkat bukanlah anugerah tetapi tanggungjawab


dan amanah yang perlu dipikul didunia dan dijawab di akhirat.

You might also like