You are on page 1of 4

Cara-cara memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial,
agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima
oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan
yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-
prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu dalam pelbagai
aspek.

Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan
yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan.
Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu,
penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh
dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.

Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat
membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang
diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya
bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk
membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.

Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SRK, SRJK (C), dan SRJK(T)
dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang
ada seperti padang, kantin, dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung
apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat
perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi.

Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab,
dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus
dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha
yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah
pelajar.

Selain aktiviti-aktiviti ini, rakyat haruslah diberi kesedarantentang perpaduan kaum malalui pelbagai cara. Sejak awal
lagi, pendidikan moral yang dipelajari di sekolah telah dimasukkan pelajaran berkenaan dengan pelbagai kaum di negara
kite. Pelajar didedeahkan kepada adat redam kepercayaan kaum yang berbeza dan memupuk semangat hormat kepada
kaum lain.

Semasa era sebelum dan awal negara kita merdeka dulu, para pemimpin yang mewakili kaum-kaum terbesar di negara
ini, telah bersetuju supaya bahasa ibunda sesuatu kaum itu terus dipelihara dan dikekalkan melalui penubuhan sekolah
jenis kebangsaan (SJK).

Banyaklah SJK Cina dan Tamil dibina di negara ini selepas kita merdeka, di samping sekolah kebangsaan. Murid-murid
Cina dapat belajar dalam bahasa mereka di SJK Cina manakala murid-murid India dapat belajar dalam bahasa mereka di
SJK Tamil.

Pengwujudan SJK ini dapat kita perhatikan, telah menjadi satu medium yang sungguh berkesan sekali bagi kaum Cina di
negara ini untuk terus memelihara dan mengekalkan bahasa serta budaya mereka. Begitu jugalah dengan kaum India.
Nampaknya, dari satu segi, matlamat penubuhan SJK ini memang tercapai. Tetapi kalau kita lihat kesan yang kurang
baik dari penubuhan SJK ini, setelah hampir 50 tahun kita mencapai kemerdekaan, ia telah menyumbang dalam
melebarkan jurang antara kaum di negara kita.

Oleh kerana kebanyakan anak-anak orang Melayu, Cina dan India belajar di sekolah berasingan, maka ia telah
menghalang anak-anak dari tiga kaum ini dari bergaul dan berkawan. Maka, semangat persahabatan antara mereka tidak
dapat dipupuk. Dan kita tahu jalinan persahabatan adalah sangat penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu
padu.

Kita percaya, semasa orang tua kita mencadangkan penubuhan SJK dulu, mereka tidak pernah memikirkan sekolah-
sekolah tersebut akan menjadi masalah kepada hubungan antara kaum di negara ini. Apa yang mereka fikirkan ketika itu
hanyalah untuk memelihara bahasa dan budayamereka sahaja.

Oleh kerana perpaduan kaum itu adalah satu perkara sangat penting bagi menjamin keamanan dan keharmonian negara
ini berterusan, maka pengasingan kaum melalui SJK ini hendaklah kita hentikan serta merta.

Apa yang perlu kita fikirkan sekarang ialah bagaimana kita dapat mengumpulkan anak-anak berbilang kaum ini belajar di
sekolah yang sama, dan dalam masa yang sama, mereka dapat belajar bahasa dan budaya ibunda mereka bagi menjamin
bahasa dan budaya mereka terus terpelihara, seperti yang dihasratkan oleh nenek moyang mereka dulu.

Sesiapa saja yang cintakan negara ini perlu memikul tanggungjawab secara bersama untuk membanteras gejala
perkauman di negara kita ini. Bahaya perkauman ini adalah juga sama seperti bahaya penyalahgunaan dadah yang
menjadi musuh utama kita. Negara akan hancur kalau ia tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

Mana-mana negara, termasuk negara kita, yang rakyatnya berbilang kaum, sangat bergantung kepada keutuhan
perpaduan antara kaum-kaum tersebut dalam menjamin kesinambungan keamanan di negara ini. Oleh itu, usaha dan
kegiatan yang boleh melebarkan jurang antara kaumhendaklah dibanteras dan ditegah sama sekali. Mencegah adalah
lebih baik daripada mengubati.

Tidak salah untuk kaum-kaum di negara ini mengekalkan bahasa dan adat budaya masing-masing. Tetapi dalam
keghairahan kita berbuat demikian, kita tidaklah sepatutnya sampai mengasingkan anak-anak kita di sekolah mengikut
kaum masing-masing yang mengakibatnya jurang perkauman di negara ini semakin melebar.

Sudah menjadi pengetahuan umum, sekolah yang dibina mengikut kaum ini, telah banyak menyumbang kepada
kelonggaran perpaduan antara kaum di negara ini. Nampaknya kita telah mengabaikan perkara yang lebih penting iaitu
perpaduan rakyat semata-mata kerana hendak menjaga bahasa dan budaya kaum kita sendiri.

Kekalkanlah bahasa dan budaya anak-anak ini mengikut kaum masing-masing seperti yang kita mahu, tetapi jangan
sekali sampai mengasingkan sekolah mereka mengikut kaum yang akibatnya hanya akan menggalakan jurang
perkauman.

Langkah-langkah yang drastik perlulah diambil oleh pemimpin kita demi keamanan masa depan negara kita. Lebih baik
kita hapuskan semua bentuk benih-benih perkauman ini sebelum ia mengeluarkan buah yang beracun yang boleh
mengancam keselamatan kita semua
Apakah rakyat Malaysia ikhlas apabila membicarakan perihal perpaduan kaum di Malaysia atau ini hanya merupakan
suatu impian dan ideologi semata-mata? Setelah 47 tahun negara merdeka, kita masih melihat sistem pendidikan negara
yang diamalkan sekarang tidak dapat menawan hati kesemua rakyat Malaysia.

Segolongan besar ethnik Cina lebih beminat menghantar anak mereka ke sekolah Cina, sebilangan besar ethnik India
pula lebih berminat menghantar anak mereka ke sekolah Tamil, walaupun kebanyakan sekolah jenis ini di dalam keadaan
yang daif dan tidak mempunyai kemudahan yang cukup.

Ada pula satu golongan ethnik Melayu yang lebih cenderung menghantar anak mereka ke sekolah yang bercirikan
agama. Tidak kurang juga ethnik Melayu dan kaum-kaum lain yang berpendidikan tinggi dan menggolongkan diri
mereka sebagai elit di dalam masyarakat, memandang rendah terhadap sekolah kebangsaan dan sanggup menghantar
anak mereka ke sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.

Golongan minoriti lain pula, jika diberi peluang, mungkin ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis
kebangsaan di mana bahasa ibunda mereka menjadi bahasa pengantar. Fenomena ini semakin ketara kini walaupun
negara sudah mencapai kemerdekaan sekian lama.

Jika dilihat di sektor pekerjaan pula, didapati sektor kerajaan lebih banyak dipenuhi golongan bumiputera dan
kebanyakan sektor swasta pula berjaya didokongi bukan bumiputera. Wujud budaya hidup yang berbeza antara kedua-
dua sektor ini.

Di sudut pendidikan tinggi pula, didapati sektor pendidkan swasta lebih ramai terdiri daripada golongan bukan
bumiputera. Ibu bapa bukan bumiputera menghantar anak mereka dihantar belajar di luar negara atau di institusi swasta
tempatan bagi mencapai masa depan yang lebih cerah.

Mereka sanggup bersaing dengan kaum-kaum lain untuk berjaya di dalam pelajaran. Kebanyakan golongan bumiputera
pula lebih cenderung melanjutkan pelajaran di IPTA dan UiTM. Mereka didapati lebih suka bersaing sesama sendiri.

Terdapat kelainan dan jurang yang besar di antara bumiputera dan bukan bumiputera dari segi penguasaan bahasa asing
dan daya saing. Masing-masing kaum hidup dengan sikap dan budaya kerja tersendiri.

Pemisahan sikap dan budaya hidup sebegini menjurangkan lagi perpaduan rakyat apabila majikan lebih cenderung
menggunakan pekerja yang sehaluan dengan budaya kerja mereka.

Jika dilihat pada petanda-petanda yang sedang menular di dalam masyarakat majmuk Malaysia, rakyat Malaysia masih
jauh lagi untuk mencorakkan Bangsa Malaysia yang boleh kita banggakan. Malah apa yang dihasratkan oleh pemimpin
masyarakat untuk mencorakkan satu bangsa yang bersatu, mungkin tinggal sebagai ‘slogan’ impian sahaja.

Sistem pendidikan negara seharusnya memainkan peranan yang penting untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.
Sekolah kebangsaan seharusnya dipertingkatkan dari segi kualiti dan daya saing dan dijadikan teras untuk memupukkan
semangat perpaduan yang sejati dan ia seharusnya menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Bahasa Melayu perlu dikenali sebagai Bahasa Malaysia bagi mencerminkannya sebagai bahasa negara kepunyaan
kesemua rakyat Malaysia. Sekolah kebangsaan perlu bersifat berkecuali dari segi agama dan ras dan memberi hak yang
sama kepada semua untuk belajar tanpa mengira agama atau kaum.

Para guru hendaklah terdiri dari pelbagai kaum. Sekolah kebangsaan juga perlu mengajar bahasa-bahasa ibunda kesemua
kaum jika wujud permintaan terhadapnya. Ini dapat menarik minat pelajar dari kesemua kaum.

Kesemua sekolah dan institusi pengajian tinggi di dalam negara perlu berbilang bangsa untuk memberi peluang yang
sama kepada semua rakyat Malaysia dalam mewujudkan perpaduan dan persaingan yang sihat.
Teras penyatuan bangsa bermula dari sekolah. Jika setiap kaum inginkan kelainan dari kaum yang lain, dengan
mewujudkan pengenalan yang tersendiri melalui sistem pendidikan yang berbeza dan institusi pendidikan pula hanya
dapat menarik sesuatu kaum, maka cita-cita untuk mewujudkan perpaduan kaum yang murni hanya akan tinggal sebagai
harapan semata-mata.

Antara 9 cabaran Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan masyarakat bersatu-padu. Masyarakat Malaysia berbilang
kaum dan mengamalkan budaya masing-masing.Oleh itu usaha menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum adalah
sesuatu yang mencabar dan mengambil masa yang panjang. Sejak kemerdekaan tanahair sehingga ke hari ini, kerajaan
secara konsisten melaksanakan pelbagai pendekatan bagi menyatupadukan rakyat. Antaranya melalui aktiviti sukan dan
pendidikan.

Antara usaha kerajaan dalam bidang pendidikan ialah dengan penubuhan Sekolah Wawasan. Dalam laman web rasmi
Kementerian Pelajaran dinyatakan tentang konsep Sekolah Wawasan iaitu, Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah
yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah
konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap
sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan
penghubung (http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=sek_wawasan&bhs=my).

Selain, itu Sekolah Kebangsaan yang sedia ada turut membantu menyatupadukan rakyat melalui kehadiran pelajar-pelajar
bukan Melayu di sekolah-sekolah ini. Pergaulan seharian antara mereka akan menimbulkan kemesraan dan seterusnya
mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu.

You might also like