You are on page 1of 23

MANUAL RUJUKAN

UNTUK KAUNSELOR
BAGI MEMBANTU
REMAJA BERHENTI
MEROKOK
KANDUNGAN

I PENGENALAN
A Perihal tembakau
B Bahan kimia yang terdapat dalam rokok
II EPIDEMIOLOGI MEROKOK DI KALANGAN REMAJA
A Prevalens merokok
B Faktor-faktor yang mendorong remaja merokok
C Ciri-ciri remaja yang merokok
III KESAN MEROKOK
A Risiko kematian
B Risiko penyakit
C Kesan –kesan fizikal
D Kesan-kesan psiko sosial
IV PENGGANTUNGAN PADA ROKOK
A Jenis penggantungan
B Ketagihan pada nikotin
C Mmenentukan jenis penggantungan
D Menentukan tahap ketagihan nikotin
V PERUBAHAN TINGKAH LAKU
A Peringkat-peringkat perubahan
B Proses-proses perubahan
VI FAEDAH BERHENTI MEROKOK
A Aspek kesihatan
B Aspek psikososial dan ekonomi
VII KESAN SELEPAS BERHENTI MEROKOK
A Kesan positif
B Kesan yang tidak disenangi
VIII KAEDAH MEMBANTU REMAJA BERHENTI MEROKOK
A 10 langkah membantu remaja berhenti merokok
B Memberi motivasi untuk membuat keputusan
C Carta alir membantu remaja berhenti merokok
IX KAEDAH-KAEDAH MENANGANI TEKANAN 2
A Petua mengatasi keinginan merokok
I PENGENALAN
A. Perihal tembakau

• Tembakau berasal dari suatu famili tumbuhan jenis Solanacea.


• Tembakau yang digunakan sekarang untuk membuat rokok, curut dan
seumpamanya adalah dari satu jenis sepesis yang dinamakan sebagai,
Nicotiana tabacum.
• Pokok tembakau mula-mula sekali ditanam oleh penduduk asli Benua
Amerika di bahagian tropik, iaitu yang terdiri daripada kaum “Red
Indian”
• Semasa Christopher Columbus mula menjejakkan kaki di benua tersebut
iaitu pada tahun 1492, hasil yang dibawa pulang ke Eropah sebagai
hadiah ialah daun tembakau yang telah pun dikeringkan dan berwarna
keemasan.
• Kaum “Red Indian” menggunakan tembakau dengan pelbagai cara iaitu
untuk upacara keugamaan dan juga untuk kegunaan harian. Tembakau di
hisap, seperti yang digunakan sekarang, dihidu, dikunyah, dilumat dan
diminum airnya, ditempel pada kulit dan mata untuk tujuan pengobatan,
dan juga digunakan sebagai enema untuk menghapuskan cacing parasit
yang menyerang kanak-kanak dan juga orang dewasa
• Rokok seperti yang ada sekarang mula dihasilkan secara komersial di
Sepanyol sekitar tahun 1630.
• Dari Sepanyol rokok telah tersebar luas kenagara-negara jajahannya dan
seterusnya ke seluruh dunia.
• Rokok mula dibawak masuk ke Semenanjung Tanah Melayu sekitar
tahun 1920 oleh Inggeris.Syarikat rokok pertama yang ditubuhkan ketika
itu ialah Malayan Tobacco Company pada tahun 1929.
• Sekitar tahun 1970 hingga sekarang tembakau merupakan salah satu
tanaman kontan yang penting bagi membantu menaikkan taraf
kehidupan petani-petani di Pantai Timur khususnya Kelantan dan
Terengganu dan juga beberapa buah negari di Pantai barat seperti Perlis
dan juga Kedah.

3
I. PENGENALAN
B. Bahan kimia yang terdapat dalam rokok

2. Ada terdapat lebih kurang 4000 bahan kimia dalam asap rokok,
yang mana kebanyakannya adalah toksik dan membahayakan
kesihatan. 43 daripadanya telah diketahui boleh menyebabkan
kanser.
3. Kimia utama yang terdapat dalam rokok yang menimbulkan
pelbagai kesan yang dikehendaki oleh perokok ialah nikotin iaitu
suatu dadah yang merangsang sistem saraf yang kemudianya
menyebabkan ketagihan.
4. Bahan-bahan lain dan kegunaanya yang sebenar dalam kehidupan
kita sekarang adalah seperti dibawah:

Bahan Kegunaan

Formaldehyde Bahan pengawet

Acetone Penanggal cat

Napthylamine Racun gegat

Cadmium Bateri kereta

Ammonia Pencuci lantai

Tar Jalan raya

PVC Plastik

4
II.EPIDEMIOLOGI MEROKOK DI KALANGAN REMAJA
A. Prevalens merokok di kalangan remaja

2. Setiap hari di anggarkan seramai 82,000 hingga 100,000 orang


remaja di seluruh dunia, menyalakan rokok mereka yang pertama
untuk dihisap buat pertama kalinya. Di Malaysia bilangannya
dianggarkan sekitar 80 hingga 100 orang setiap hari.
3. Tinjauan morbiditi dan kesihatan kebangsaan kedua pada tahun
1995, mendapati 16.7% daripada keseluruhan remaja yang dalam
lingkunga umur 12 hingga 18 tahun, merokok.
4. Secara berasingan, berdasarkan tinjauan pada tahun 1995
tersebut, kadar prevalens merokok di kalangan remaja lelaki ialah
28%, dan kadar prevalens merokok di kalangan remaja
perempuan ialah 5%.
5. Kajian susulan yang dijalankan pada tahun 2000, mendapati
kadar prevalens merokok dikalngan remaja telah meningkat.
Kadar prevalens merokok di kalangan remaja lelaki meningkat
sedikit kepada 30%, dan kadar prevalens merokok di kalangan
remaja perempuan meningkat kepada 8%. Kadar prevalens di
kalangan remaja secara keseluruhan ialah 18%.
6. Di ramalkan kadar prevalens merokok di kalangan remaja ini
akan terus meningkat.
7. Bagi remaja lelaki, kadar prevalens merokok dijangka akan
meningkat kepada 32% pada tahun 2010, 33% pada tahun 2020,
35% pada tahun 2030,dan seterusnya menadatar.
8. Bagi remaja perempuan, kadar prevalens merokok diramal akan
meningkat kepada 20% pada tahun 2010, 30% pada tahun 2020,
dan 35% pada tahun 2030 iaitu menyamai kadar remaja lelaki.
9. Ramalan ini dijangka akan terjadi sekiranya keadaan dan tren
yang berlaku sekarang berterusan.
5
II. EPIDEMIOLOGI MEROKOK DI KALANGAN REMAJA

B. Faktor-faktor yang mendorong remaja merokok

1. Faktor psikologi
- Naluri semulajadi suka mencuba sesuatu yang baru.
- Membentuk imej diri agar di anggap berani, hebat, dewasa dll
- Mencari keseronokan
- Menyahut cabaran kawan
- Mengatasi tekanan
- Tiada waja diri (low self esteem)
2. Faktor sosial
- Mencontohi sesorang yang menjadi model ikutan
~ ahli keluarga terdekat terutama bapa
~ bintang pujaan dari kalangan artis atau ahli sukan
- Pengaruh rakan sebaya secara berkumpulan
- Mudah diperolehi
- Mampu dibeli
3. Faktor persekitaran
- Kesan iklan melalui media elektronik dan media cetak
- Rokok terdapat di mana-mana sahaja
- Suasana luar rumah lebih menyenangkan
- Suasana dalam rumah tidak tenteram
4. Faktor ketagihan
- Remaja yang telah menghisap lebih daripada 100 batang
rokok lazimnya akan menjadi ketagih.
- Toleran dan penggantungan fizikal berlaku
- Remaja berkenaan akan terus merokok untuk mengatasi
gejala tarikan.dan bukan lagi untuk keseronokan.

6
II. EPIDEMIOLOGI MEROKOK DI KALANGAN REMAJA
C. Ciri-ciri remaja yang merokok

1. Prestasi sekolah
- sering ponteng sekolah
- sering gagal menghabiskan kerja sekolah
- sering bergerak secara berkumpulan
- jarang melibatkan diri dengan aktiviti sekolah
- prestasi akademik lemah
- sering terlibat dengan vandalisma
2. Aktiviti luar sekolah
- sering melepak secara berkumpulan
- melakukan vandalisma harta awam
- melakukan jenayah kecil
3. Penampilan diri
- sentiasa kelihatan comot dan selekeh
- nafas berbau rokok
- rambut berbau rokok
- pakaian berbau rokok
- warna kekuningan pada gigi
- bibir kering dan lebam
- sering batuk-batuk
4. Latar belakang keluarga
- keluarga bermasalah
- Ibu bapa berpendidikan rendah
- Tinggal di kawasan setinggan atau perumahan awam
kos rendah seperti rumah pangsa 2 bilik
- Bapa atau keluarga tua di rumah merokok
- Ibu bapa yang sering sibuk
- Ibu bapa yang kurang mengambil kesah
- Jarang berkumpul atau melakukan sesuatu bersama

7
III. KESAN MEROKOK

A. Risiko kematian

2. Perokok mempunyai risiko 50% lebih tinggi berbanding


bukan perokok, untuk mati kerana penyakit-penyakit yang
berkaitan dengan merokok.
3. 50% daripada perokok ini akan mati sebelum umur 70 tahun
4. Perokok akan kehilangan antara 20 hinnga 22 tahun jangka
hayat biasa seandainya dia tidak merokok
5. Setiap perokok mempunyai risiko 3 kali ganda lebih tinggi
untuk mati awal berbanding bukan perokok.
6. Remaja yang mula merokok pada umur 14 tahun atau kurang
adalah 15 kali ganda lebih berkemungkinan untuk mati
kerana kanser paru-paru dibandingkan dengan bukan
perokok, dan 5 kali ganda lebih berkemungkinan
dibandingkan dengan sesaorang yang mula merokok pada
umur 24 tahun.
7. Perokok apabila mencapai umur tiga-puluhan atau empat-
puluhan akan menghadapi risiko 5 kali ganda lebih tinggi
untuk mati kerana serangan sakit jantung
8. Perokok yang menghisap 20 batang rokok sehari menghadapi
risiko 2 hingga 3 kali ganda lebih tinggi untuk kena strok dan
mati kerananya.

8
III. KESAN MEROKOK

B. Risiko Penyakit

2. Merokok boleh menyebabkan sekurang-kurangnya 40 jenis


penyakit yang boleh menyerang hampir semua sistem dan
organ dalam tubuh manusia.
3. Diantara penyakit-penyakit tersebut dan risiko untuk
mendapatnya kerana merokok adalah seperti di bawah:

Penyakit Risiko dalam %

Kanser kerongkong 748 %


Kanser mulut & tekak 455 %
Kanser esofagus 401 %
Kanser pundi kencing 272 %
Kanser pankreas 186 %
Kanser paru-paru 930%
COPD (emfisima & ch. bronkitis) 967 %
Penyakit jantung iskemia 472 %
Strok 477 %
Atherosclerosis 254 %
Ulser peptik 207 %
Crohn’s disease 519 %
Pneumonia 147 %
9
III. KESAN MEROKOK

C. Kesan-kesan fizikal
2. Kurang berstamina
3. Tanda warna karat pada gigi
4. Mudah kena jangkitan salur pernafasan

D. Kesan-kesan psikososial
• Mudah murung
• Mudah memberontak
• Hilang minat untuk belajar
• Mudah tertekan
• Suka berkelahi
• Kecerdasan otak terjejas
• Keupayaan menghafal menurun
• Waja diri menurun
• Anti sosial
• Suka membuang masa
• Suka mengambil risiko mencuba pengalaman baru iaitu
mengambil dadah

10
IV. PENGGANTUNGAN PADA ROKOK
A. Jenis penggantungan
1. Penggantungan secara fizikal
- Di sebabkan oleh nikotin
- Nikotin merangsang pengeluaran dopamine- iaiatu suatu
bahan neurotransmiter dalam otak yang menjadi asas
kepada ketagihan.
-Toleran akan terjadi, bila mana badan memerlukan dos
nikotin yang lebih tinggi daripada sebelumnya, dan
penambahan dos ini berterusan.
- Penurunan paras nikotin dalam tubuh akan menimbulkan
gejala-gejala tarikan.
- Ketagihan pada nikotin ini merupakan sebab utama kenapa
perokok terus merokok
2. Penggantungan secara psikologi
- Berlaku apabila merokok dikaitkan dengan pelbagai situasi
sosial, emosi dan persekitaran. Situasi-situasi ini bertindak
sebagai pencetus (triggers)
- Perokok merasakan bahawa merokok akan menenangkan
fikiran apabila tertekan, cemas atau sugul.
- Perokok merasakan bahawa dengan merokok mereka akan
lebih kreatif, lebih bermaya dan sebagainya.
- Sebenarnya rokok tidak mencetuskan kesan ini, tetapi oleh
kerana perokok telah menyakinkan diri bahawa kesan-kesan
terbut hanya boleh diperolehi dengan merokok, maka
berlakulah penggantungan secara psikologi.
3. Penggantungan secara tabiat (behaviour)
- Perokok telah mengaitkan kehidupan dan aktiviti harian dengan
merokok, seperti merokok selepas makan, semasa waktu rehat,
semasa menunggu bas dan seumpamanya.
- Setiap gerakkerja perbuatan merokok itu sendiri yang dilakukan
berulang-ulang seperti cara memegang rokok, cara meletakkan
rokok di bibir, cara menghisap dan menghembus asap dan
sebagainya telah menjadi sebati dan otomatik.
11
IV. PENGGANTUNGAN PADA ROKOK

B. Ketagihan pada nikotin

2. Apabila tubuh sudah terbiasa untuk berfungsi dengan paras


nikotin tertentu dalam sistem darah, perokok terpaksa
memastikan paras nikotin dalam darahnya dipertahankan
dengan terus merokok.
3. Penurunan paras nikotin dalam darah akan menimbulkan
sindrom tarikan.
4. Pada tahap ini perokok akan terus merokok walaupun
sebenarnya tidak lagi merasa kesan keseronokan seperti yang
pernah dirasainya semasa mula-mula merokok dahulu.
5. Perokok akan merokok sebaik sahaja bangkit daripada tidur
pada waktu pagi, dan memerlukan sekurang-kurangnya 20
batang rokok sehari untuk mengelakkan salah satu gejala
sindrom tarikan berlaku keatasnya.
6. Gajala-gejala sindrom tarikan nikotin adalah seperti berikut:
- murung
- letih lesu
- sukar tidur
- resah gelisah
- cepat marah
- berubah selera makan
- kurang tumpuan
- berpeluh
- ketar
7. Gejala-gejala ini amat kuat dalam tempuh 2 – 3 minggu tetapi
kemudianya reda dan akhirnya hilang.
8. Skima ketagihan pada nikotin – lihat sebelah.

12
IV. PENGGANTUNGAN PADA ROKOK

B. Ketagihan nikotin

7. Rajah Skima ketagihan nikotin

Penggunaan nikotin
untuk keseronokan,
meningkatkan prestasi, Tolerans dan
mengawal perasaan penggantungan
dll. fizikal

Penggunaan nikotin Ketiadaan atau


untuk menghilangkan kekurangan nikotin
atau meredakan menimbulkan
gejala-gejala sindrom gejala-gejala
tarikan sindrom tarikan

13
IV. PENGGANTUNGAN PADA ROKOK

C. Menentukan jenis penggantungan

- Tidak boleh tahan setengah hari tanpa merokok


- Rasa gian untuk merokok bila tidak merokok
selama beberapa jam. Penggatungan
- Perlu merokok sebaik sahaja bangun tidur. fizikal
- Jika tidak merokok, rasa begitu lemah sehingga
terpaksa terus merokok

- Merokok membantu untuk berfikir dengan baik


- Merokok ialah kegiatan paling menyeronokkan Penggantungan
- Merokok ketika marah, sugul atau sebaliknya psikologi
- Merokok menenangkan apabila rasa tertekan

-kadang-kadang dapati diri merokok tetapi tidak


ingat bila rokok itu dinyalakan
-Menikmati langkah-langkah yang diambil untuk
menyalakan rokok seperti mengetuk batang rokok Tabiat
dan sebagainya.
-Gemar merokok semasa berehat atau selepas makan.
-Rasa lebih selesa jika terdapat rokok di tangan

1. Sekiranya mempunyai 2 daripada keadaan-keadaan dalam kotak yang


berkenaan, menandakan penggantungan berkenaan berlaku.
2. Perokok boleh mengalami salah satu atau kesemua jenis
penggantungan.
14
IV. PENGGANTUNGAN PADA ROKOK
D. Menentukan tahap ketagihan nikotin
2. Skor Fagerstrom (0 – 4 = ringan; 5-6= sederhana;6-10=berat)
Soalan Jawapan Skor

1.Berapa bilanagan rokok yang dihisap < 10 0


sehari 10 –20 1
> 20 2
2.Tempoh masa untuk menghisap rokok >30 minit 0
pertama sebaik sahaja bangkit dari tidur <30minit 1
3.Sukar untuk tidak merokok ketika Tidak 0
berada di tempat larangan merokok Ya 1
4.Merokok lebih banyak pada sebelah Tidak 0
pagi berbanding waktu selepasnya Ya 1
5.Merokok walaupun ketika sakit Tidak 0
Ya 1
6.Paras nikotin dalam rokok yang dihisap <1mg 0
1-1.2mg 1
>1.3mg 2
7.Kerap mana menyedut asap rokok secara Tidak pernah 0
dalam Kadang-kadang 1
selalu 2

1. Skor Fagerstrom ringkas


Gunakan soalan 1 dan 2 sahaja ( 0-2=rendah; 3 = tinggi)
15
V. PERUBAHAN TINGKAH LAKU

A. Peringkat-peringkat perubahan

Peringkat Tindakan

Prakontemplasi Belum terfikir atau bersedia untuk


(precontemplation) berhenti merokok

Kontemplasi Sedang menimbang-nimbang untuk


(contemplation) berhenti merokok

Persedian Telah membuat keputusan untuk


(preparation) berhenti dalam masa sebulan yang
akan datang
Tindakan Telah pun berhenti merokok untuk
(action) tempoh kurang daripada 6 bulan

Pengekalan Telah pun berhenti merokok lebih


(maintenance) daripada 6 bulan

Berulang Kembali merokok setelah berhenti


(relapse) merokok lebih daripada 6 bulan

B. Proses-proses perubahan
- Meningkatkan kesedaran - Komitmen
- Pembebasan sosial - Membangkitkan emosi
- Menilai diri - Ganjaran
- Menangkis - Kawalan persekitaran
- Perhubungan yang boleh membantu
16
VI. FAEDAH-FAEDAH BERHENTI MEROKOK

A. Aspek kesihatan

3. Risiko kepada beberapa jenis penyakit yang dikaitkan dengan


merokok akan menurun. Ini adalah kerana fungsi utama
organ-organ penting dalam tubuh seperti jantung, paru-paru,
hati, dan buah pinggang kembali pulih.
4. Risiko untuk mati lebih awal akan menurun. Sekiranya
sesorang berhenti merokok sebelum mencapai umur 50 tahun,
risiko untuknya mati dalam tempoh 15 tahun yang mendatang
akan menurun sehingga 50%.
5. Keupayaan deria rasa pada lidah dan mencium bau pada
hidung kembali normal 2 hari selepas berhenti merokok.
6. Tahap kesuburan kembali normal selepas 3 bulan berhenti
merokok. Keupayaan mendapat ereksi dan bilangan sperma
kembali normal dengan berhenti merokok.
7. Keluhan seperti sesak nafas, cepat mengah, sering batuk-
batuk dan seumpamanya akan berkurang dan lambat laun
hilang setelah beberapa minggu berhenti merokok.
8. Selepas 4 bulan berhenti merokok, segala saki baki bahan-
bahan kimia daripada asap rokok yang terdapat dalam tubuh
akan lenyap.
9. Paras kolesterol dalam darah akan menurun walaupun tanpa
mengubah amalan pemakanannya yang biasa.
10. Kecederaan dalam bentuk luka atau melicit pada kulit akan
lebih cepat sembuh berbanding ketika merokok dahulu.
11. Kesihatan kulit kembali normal
12. Nafas tidak lagi berbau busuk

17
VI. FAEDAH BERHENTI MEROKOK

B. Aspek psikososial dan ekonomi

2. Terlepas daripada belenggu ketagihan


3. Keyakinan pada diri akan meningkat
4. Prestasi sekolah sama ada akademik mahu pun ko-korikulum
akan meningkat
5. Kehidupan akan lebih ceria
6. Kelihatan lebih tampan dan kemas.
7. Terbentuk imej baru yang lebih matang dan bergaya
8. Menjadi contoh teladan yang baik kepada seisi keluarga dan
juga rakan taulan.
9. Dapat mengurangkan sumber pencemaran udara
10. Mengurangkan risiko kebakaran
11. Dapat menjimatkan wang.

18
VII. KESAN SELEPAS BERHENTI MEROKOK

A. Kesan Positif
2. Selepas beberapa jam berhenti merokok, sistem darah akan
mulai bersih daripada nikotin. Dalam tempoh 2-3 hari hasil
sampingan nikotin akan lenyap daripada badan.
3. Selepas 6 jam, nadi akan menjadi perlahan keparas yang
biasa (normal), tekanan darah juga turut menurun sedikit.
4. Selepas 24 jam, karbon monoksida akan mula lenyap
daripada tubuh, membolehkan lebih banyak oksigen diresap
oleh sel darah merah.
5. Selepas 2 hari deria rasa dan deria menghidu akan pulih
seperti sedia kala. Selera makan akan bertambah.
6. Selepas beberapa minggu, silia dalam saluran pernafasan
akan kembali pulih untuk membersihkan segala kotoran yang
terdapat dalam saluran tersebut.
7. Selepas 2 bulan, peredaran darah keseluruh tubuh terutama di
bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki dan juga alat
kelamin akan kembali normal
8. Selepas 3 bulan, kesuburan bagi lelaki dan juga wanita
kembali berfungsi seperti keadaan seorang bukan perokok.
9. Selepas setahun risiko kepada pelbagai jenis penyakit
berkurang pada kadar separuh.
10. Selepas 5 tahun kadar risiko kepada penyakit dan kematian
berkaitan dengan merokok menurun lagi keparas hampir
dengan kadar risiko bukan perokok.
11. Selepas 10 tahun, kadar risiko menjadi sama dengan bukan
perokok.

19
VII. KESAN SELEPAS BERHENTI MEROKOK

B. Kesan yang tidak disenangi

2. Kesan-kesan yang tidak disenangi biasa berlaku kepada


sesaorang yang baru berhenti merokok. Ini sebenarnya
adalah suatu petanda yang baik, bahawa fungsi tubuh kini
kembali pulih. Kesan-kesan ini akan hilang dalam tempoh 3
hingga 14 hari daripada tarikh hari mula berhenti merokok.

Kesan Keterangannya

Batuk-batuk Mekanisma pembersihan salur


pernafasan kembali normal
Pening sedikit Tubuh mula mengadaptasi dengan paras
oksigen yang lebih tinggi daripada paras
rendah semasa merokok dahulu

Sakit kepala Tekanan darah menurun

Rasa kebas& Terjadi kerana peredaran darah menjadi


sengal otot lebih lancar
Sembelit Boleh berlaku kepada sesaorang yang
membiasakan diri merokok untuk buang
air besar. Hal ini berlaku untuk beberapa
hari sahaja
Gejala tarikan Tidak berpanjangan. Boleh diatasi
nikotin dengan rawatan NRT.
Bertambah Biasanya tidak melebihi 5 kg. Purata
berat badan ialah 3.5kg.

20
VIII. MEMBANTU REMAJA BERHENTI MEROKOK

A. 10 langkah membantu remaja berhenti merokok (10 M)

1. Mensyaki remaja yang merokok


2. Menaya remaja berkenaan samada merokok atau tidak
3. Menasihatinya supaya berhenti
4. Menguji kesediannya untuk berhenti
5. Memotivasinya jika merasa was-was untuk berhenti
6. Mengukur jenis dan tahap ketagihannya
7. Menetapkan tarikh berhenti merokok
8. Memberikan petua-petua mengatasi gian rokok
9. Membimbingnya menjalani hidup baru tanpa rokok
11. Merujukkannya ke “Klinik Berhenti Merokok” jika perlu

B. Memberi motivasi untuk membuat keputusan


14. Minta senaraikan kebaikkan dan juga keburukan kedua-dua
keadaan iaitu jika terus merokok dan juga jika berhenti
merokok, dalam kotak seperti di bawah:

Kebaikan jika terus Keburukan jika terus


merokok merokok

Kebaikan jika berhenti Keburukan jika berhenti


merokok merokok

22. Tanyakan kembali samaada kali ini dia bersedia untuk


berhenti merokok setelah menyedari kebaikan yang akan
diperoleh dengan berbuat demikian.

21
VIII. MEMBANTU REMAJA BERHENTI MEROKOK

C. Carta alir pengurusan remaja yang merokok

Mensyaki remaja yang merokok

Tanya merokok atau tidak

Ya Tidak

Nasihat supaya Beri pendidikan


berhenti merokok pencegahan

Tidak
Uji kesedian untuk bersedia
berhenti merokok Beri motivasi

Bersedia Sekarang Masih tidak


Tetapkan tarikh berhenti bersedia bersedia
merokok
Beri maklumat

Ukur tahap jenis Ringan


& ketagihan Bimbing

Berat Tidak Berjaya


berjaya berhenti

Rujuk Klinik Q Cegah daripada berulang

22
IX. KAEDAH MENGATASI TEKANAN

A. Petua mengatasi keinginan merokok (10 M)

1. Melengah-lengah daripada merokok. Selepas 3 minit


keinginan itu biasanya akan reda.
3. Menarik nafas panjang, dengan berdiri tegak, lalu tarik nafas
sedalam mungkin dengan menggunakan otot abdomen, iaitu
abdomen akan mengembung semasa tarik nafas. Kira lima
saat kemudian hembus nafas keluar melaui mulut perlahan-
lahan. Ulangi sebanyak 10 kali.
4. Minum air banyak-banyak, tambah limau dan ais jika suka.
5. Membasuh tangan jika ada rasa hendak merokok
6. Mandi kerap kali sepaya rasa segar
7. Mengunyah sesuatu makanan yang rangup seperti buah apel
8. Melakukan senaman regangan bila rasa letih
9. Menyibukkan tangan membuat sesuatu yang digemari
10. Menjauhkan diri dar situasi yang mendorong kembali untuk
merokok
11. Memohon kepada tuhan supaya berjaya mengatasi rokok.

23

You might also like