You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI HURUF JAWI DENGAN


MENGGUNAKAN KAEDAH ‘SALAM’

1.0 Tajuk Kajian


Penggunaan kaedah ‘SALAM’ (Sentuh Abjad Lantas Arif Baca) dalam meningkatkan
kemahiran menguasai huruf jawi dalam subjek Pendidikan Islam di kalangan murid
Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5, Johor Bahru.

2.0 Nama Pengkaji


a) Nurul Adilah Binti Noh L20101005884
b) Razemah Binti Kamaruddin L20101006016
c) Noor Azimah Binti Mahyudin L20101006011
d) Fatimah Husna Binti Abu Yamin L20101006012

3.0 Latar Belakang Kajian

Penguasaan huruf jawi dianggap sangat penting kepada setiap individu muslim.Ia
dianggap penting kerana tanpa penguasaan terhadap huruf jawi maka seseorang individu
tidak akan dapat menguasai bacaan Al-Quran. Oleh yang demikian, penguasaan bahasa
jawi perlu diterapkan diperingkat awal umur seorang kanak-kanak. Dengan ini mereka
akan dapat membaca Al-Quran dengan baik dari segi bacaan serta tajwidnya. Untuk
mencapai matlamat ini, satu kaedah yang dikenali sebagai ‘SALAM’ telah diperkenalkan
di mana ia telah dijadikan formula yang mudah bagi menguasai huruf jawi.

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5 iaitu sebuah sekolah
kebangsaan di kawasan perumahan yang terletak di bandar Permas Jaya. Kawasan
perumahan ini terletak kira-kira 20 km dari bandar Johor Bahru, Johor. Kajian ini
disasarkan kepada 23 orang murid Tahun 1 dalam sebuah kelas. Seramai 11 orang murid
telah dipilih secara rawak, yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 6 orang murid
perempuan.
4.0 Penyataan Masalah
Mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah merupakan asas permulaan kepada
pengetahuan murid tentang mata pelajaran Pendidikan Islam akan datang di peringkat
sekolah menengah. Selain itu juga, asas dalam pembacaan Al-Quran memerlukan
penguasaan murid terhadap huruf-huruf jawi.

Satu temu bual menerusi panggilan telefon telah dijalankan di antara pengkaji dengan
Cikgu Abdul Halil Bin Omar, seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan
Permas Jaya 5, Johor Bahru di mana beliau telah menceritakan serba sedikit berkenaan
dengan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam kelasnya. Beliau mendapati
bahawa murid dalam kelasnya tidak dapat menguasai huruf jawi dengan baik. Ini
berikutan pemerhatian yang dijalankan oleh guru terbabit yang mempunyai pengalaman
mengajar murid tahun 1, selama tujuh tahun.

Permasalahan ini dikenal pasti apabila guru meminta murid menyebut huruf jawi dengan
pendekatan nyanyian, murid dapat menyebut huruf jawi dengan jelas dan tepat. Tetapi
apabila guru meminta murid menyebut huruf jawi secara individu iaitu tanpa nyanyian,
murid menghadapi masalah untuk menyebut huruf jawi malah teragak-agak sebutannya.
Ini bermaksud kaedah nyanyian bagi sebutan jawi tidak berjaya meningkatkan kemahiran
murid menguasai huruf jawi dengan tepat walaupun kaedah ini menyeronokkan murid.

5.0 Objektif Kajian


5.1 Meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dengan baik.
5.2 Murid dapat mengingat dan mengenal huruf dengan mudah dan bukannya
menghafal.
5.3 Murid dapat membina kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah
“SALAM”.
5.4 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk
permainan.

6.0 Metodologi Kajian


6.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut Model Stringer (2004)
Langkah 1: Merekabentuk
Langkah 2: Mengumpul Data
Langkah 3: Menganalisis Data
Langkah 4: Menyampai Hasil
Langkah 5: Mengambil Tindakan

6.2 Sasaran Kajian


Kajian ini melibatkan 11 orang murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya
5 yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan dan
seorang guru yang mengajar Pendidikan Islam Tahun 1.

6.3 Instrumen Kajian


a) Mengumpul Data
Sebelum mengambil langkah seterusnya, tinjauan terhadap masalah yang telah
dikenal pasti akan dilakukan bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam berkenaan masalah tersebut. Kaedah yang digunakan untuk
mengutip data adalah seperti berikut:
i. Temubual – kami telah menemubual Cikgu Abdul Halil Bin Omar bagi
mengenal pasti dan memahami dengan lebih mendalam mengenai
masalah tersebut.
ii. Ujian Pra – setelah mengenal pasti masalah, satu ujian pra telah
diberikan kepada kumpulan sasaran untuk melihat sejauh mana
kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang
dikaji. Ujian Pra mengandungi 4 bahagian soalan. Murid akan
menyebut dan membaca mengikut arahan guru. Guru akan menanda di
dalam borang yang disediakan. (Sila rujuk lampiran)

 Menyebut huruf secara individu

Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)


Menguasai 4 36
Tidak menguasai 7 54

 Bacaan secara tertib alif hingga ya


Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
Menguasai 3 27
Tidak menguasai 8 63

 Bacaan menurun ya hingga alif

Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)


Menguasai 2 18
Tidak menguasai 9 82

 Bacaan secara rawak

Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)


Menguasai 1 9
Tidak menguasai 10 91

b) Semasa Pelaksanaan Tindakan


Setelah analisis tinjauan dijalankan, guru akan mengumpulkan murid dalam
kumpulan sasaran dan satu kaedah baru akan diperkenalkan di mana ia
mengandungi tiga aktiviti:
 Aktiviti 1 – Menggunakan jari bermain kad blok huruf
 Aktiviti 2 – Menyebut huruf dengan menggunakan bongkah huruf
 Aktiviti 3 – Menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM.
(Sila Rujuk Lampiran)

c) Selepas Pelaksanaan Tindakan


Ujian Pos akan diberikan kepada murid untuk melihat pencapaian murid
selepas pelaksanaan tindakan di mana ujian tersebut mengandungi soalan yang
sama seperti Ujian Pra. Perbandingan akan dibuat untuk mengetahui samada
ketiga-tiga aktiviti yang dijalankan berkesan atau tidak ke atas tahap
penguasaan murid dalam huruf jawi.

6.4 Metod Analisis


(a) Temubual – Analisis untuk mengenalpasti dan memahami masalah murid
dalam penguasaan huruf jawi.
(b) Ujian Pra dan Ujian Pos – Analisis markah murid

7.0 Kesignifikan Kajian


Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan guru-guru sekolah serta guru
Pendidikan Islam.

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Jenis Perbelanjaan Jumlah

Perjalanan (Tg Malim – Johor Bahru)


RM 160
- RM 40 x 4 orang

Percetakan soal selidik


RM 3
- RM 0.20 x 15 set

Percetakan laporan RM 5

Lain-lain belanja RM 10

JUMLAH RM 178

9.0 Jadual Pelaksanaan

Bi Perkara Tarikh
l

1 Mesyuarat Jawatankuasa (Pengumpulan data awal)  1 minggu

2 Temuduga guru  1 hari

3 Penulisan kertas cadangan  1minggu

4 Mereka bentuk tinadakan (Mengenal pasti masalah)  3 hari

5 Mengumpul data  3 hari

6 Mneganalisis data  3 hari

7 Menyampaikan hasil  3 hari

8 Mengambil tindakan  3 hari

9 Refleksi dan penilaian kajian  3 hari

10 Penulisan laporan kajian 1 minggu

10 Pembentangan dapatan kajian (Pemurnian laporan)  1 minggu

10.0 Rujukan

LAMPIRAN
Jadual Pencapaian murid dalam kaedah SALAM

PENCAPAIAN (markah dalam %)


Bil NAMA MURID
U1 U2 U3 U4 U5 U6
1 Ahmad Idris Bin Lasehe 20          
2 Muhammad Azim Haiqal Bin Mohd Azmi 18          
3 Muhammad Firdaus Bin Gusnaldi 21          
4 Muhammad Hasif Syahmie Bin Zainal 25          
5 Muhammad Syamim Bin Mohd Yusof 20          
6 Afidah Lillah Binti Senin 13          
7 Kasih Nurlaila Binti Khaidir 11          
8 Nabihah Binti Norizan 24          
9 Nur Iszety Azirah Binti Ismail 10          
10 Nurul Aleya Binti Ahmad Rusli 15          
11 Syaripah Noorazwana Binti Said Budy Hady 20          

You might also like