You are on page 1of 27

DASAR LIBERALISASI PENDIDIKANMEMPUNYAI HALATUJU KEARAH

PEMBENTUKAN BUDAYA ILMU DENGAN MENGAMALKAN PENDIDIKAN


SEUMUR HIDUP – JELASKAN DALAM KONTEKS CABARAN SEMASA

"Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia

Ketiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yang

kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru

hendaklah dicapai. (YAB Perdana Menteri, 1991)

a. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud
kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik
secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di
setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap
individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan
berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu
budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan
sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat,
bangsa dan negara.

a. Membina Budaya Ilmu

Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu


dengan perkembangan semasa, seperti:

 Teknologi dan perkomputeran – para pendidik seharusnya mengorak langkah


dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai
pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada
penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan
menjadi mekanisme urusan harian.
 Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif – pelajar-pelajar mestilah dididik
menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk
belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era
globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah
kepada pandangan jauh dan luar biasa.
 Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes – Para
pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain
teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran
secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk
mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai
ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan
negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak
digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:

@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)

@ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)

@ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)

@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)

 Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak – nilai-nilai murni menitikberatkan


perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama
manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha
pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan
keharmonian negara.
 Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri – melahirkan generasi untuk
pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha
ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang
menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsif
kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam
sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik,
teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

 
Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri
daripada—
(a) pendidikan prasekolah;
(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah;
(d) pendidikan lepas menengah; dan
(e) pendidikan tinggi,
tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.
16. Maka hendaklah ada tiga kategori institusi pendidikan
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, iaitu—
(a) institusi pendidikan kerajaan;
(B) institusi pendidikan bantuan kerajaan; dan
(c) institusi pendidikan swasta.

bahasa-bahasa
selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan
sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu
tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa
kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan
sebagai mata pelajaran wajib.

Membenarkan bahasa selain bahasa kebangsaan digunakan. Walaupun perkara ini


mencetuskan kemarahan dikalangan pejuang bahasa dan orang melayu khasnya
namun rakyat harus akur dengan cabaran yang perlu dihadapi pada masa hadapan.
Penggunaan bahasa inggeris yang meluas dalam semua cabang pendidikan
menyebabkan pengajaran dalam bahasa melayu tersepit. Malah kebanyakan IPTA dan
IPTS yang menjalanka program berkembar menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya
dalam pengajaran mereka. Jika pelajar di Malaysia tidak disiapkan dengan ilmu Bahasa
inggeis yang cukupp bagaimana mereka mahu bersaing dan mendalami ilmu yang
dipelajari. Jesteru gagallah mereka untuk mengaplikasikan dalam pekerjaan kelak.

Globalisasi dan liberalisasi dalam pendidikan sangat berkait rapat dan merupakan daya
penggerak utama dalam memajukan bidang ini. Konsep Liberalisasi membolehkan
pasaran terbuka dan perdagangan bebas antara negara manakal globalisasi
menggunakan konsep dunia tanpa sempadan yang membernarkan perkongsian ilmu
tanpa had dan perhubungan dilakukan dengan menggunakan teknologi dan kaedah
semasa. Dengan mengambil contoh penubuhan Pusat Program Luar Universiti Putra
Malaysia ditubuhkan atas dasar liberalisasi dan pendemokrasian oendidikan negara.
UPM mula menjalin kerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi swasta yang
membolehkan IPTS berkenaan menjalankan program-program pengajian UPM dengan
seliaan UPM.

Pentingnya liberalisasi pendidikan ini kerana tanpa sekolah satu aliran maka sampai
bila pun negara ini tidak akan
berganjak ke hadapan untuk membina sebuah masyarakat 'Satu Malaysia'.
Tindakan liberalisasi pendidikan oleh masyarakat bukan Melayu akan mula membina
kepercayaan dan keinginan di
kalangan orang Melayu bertoleransi di dalam sektor yang lain. Ini adalah satu
permulaan bagi tujuan membina satu
Malaysia yang diidamkan oleh semua.
Kajian psikologi sosial menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat yang tidak
mempunyai tahap toleransi yang tinggi
bermula di dalam persekitaran kumpulan etnik sendiri yang tidak liberal.

Dr. Mahathir berhasrat agar Malaysia menjadi teraju dan tumpuan dalam industri
pendidikan. Malaysia diharap menjadi tumpuan pelajar-pelajar dalam dan luar negara
untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Kehadiran pensyarah-pensyarah dalam dan luar
negeri bersaing menwujudkan satu budaya ilmu yang baru. Aspek pembangunan
akademik menjadi instrument penting untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Malaysia kini menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba
ilmu tetapi juga kepada universiti-universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu
samada dengan membuka cawangan atau mengadakan program berkembar di sini.
Dasar liberalisasi pendidikan yang dilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia
sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak setakat pendidikan
tinggi, konsep kecermelangan pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat sekolah
dengan memperkenalkan 'sekolah bestari' (smart school) yang bakal beroperasi penuh
menjelang tahun 2000

Perkataan ‘ilmu’ lazimnya merujuk kepada dua maksud; (1) pengetahuan dan
kepandaian di dalam sesuatu perkara, merangkumi semua aspek kehidupan: dunia dan
akhirat, (2) kajian berkenaan sesuatu perkara. Bagi Syed Muhammad Naquib al-Attas,
ilmu didefinisikan sebagai ketibaan maklumat yang benar dan bermakna dalam diri
seseorang insan.

Budaya ilmu membawa erti perlu ada satu suasana di mana setiap orang dalam satu-
satu masyarakat melibatkan diri dengan kegiatan ilmu seperti mencintai ilmu, gigih
menimba ilmu, menyebar dan mengamalkannya selain dalam masa yang sama,
meletakkan ilmu sebagai ukuran pada setiap tindakan bukannya hawa nafsu.

Professor Zakaria Stapa menjelaskan bahawa budaya ilmu merujuk kepada kewujudan
suatu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap
kesempatan yang ada serta juga keadaan di mana semua tindakan kemanusiaan
dalam masyarakat sama ada di peringkat individu atau berkumpulan adalah diambil dan
dilaksanakan berdasarkan kejituan ilmu itu sendiri.

Dewan Masyarakat ada mengatakan bahawa, “Selepas kemerdekaan sistem


pendidikan negara telah melalui banyak perubahan. Bermula dengan dasar untuk
menyediakan peluang belajar kepada setiap rakyat, dunia pendidikan kita berkembang
pesat dan kompleks. Matlamatnya juga sudah melewati dimensi baru dan lebih
daripada sekadar memberi ilmu kepada masyarakat.” Negara mengalami banyak
perubahan demi perubahan kesan daripada peredaran zaman yang mementingkan
sains dan teknologi selain terpaksa mengadaptasikan fenomena globalisasi dan
liberalisasi selain perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang
berlaku seantero dunia.

Sejajar dengan arus pemodenan ini, fokus masyarakat dunia turut berubah daripada
penemuan di bidang pertanian ke zaman industri dan yangterkini penyertaan yang
meluas dalam bidang teknologi maklumat. Merujuk kepada pandangan pakar dan
sarjana ulung dunia, mereka mengatakan bahawa sains dan teknologi boleh merubah
segalanya seperti “the end of the nation state” cetusan Keneichi Ohmae, Marshall
McLuhan dengan gagasan dunia tanpa sempadan dan Bryan S.Turner dengan idea
zaman Pasca Modernisme. Jika dikaji secara mendalam, semua kebangkitan di atas
merujuk kepada perkembangan dan ledakan pesat sains dan teknologi ke dalam
masyarakat dunia.

Why “budayailmu”?
–All level in society take part in knowledge venture
–Results: Harmony, barakahand knowledge advancement

BIDANG pelajaran khususnya pengajian di peringkat universiti kini semakin mendapat


sambutan. Pelajaran dan ilmu pengetahuan menjanjikan peluang pekerjaan baik sekali
gus dapat meningkatkan taraf hidup seseorang dan keluarga. Peluang belajar di
universiti menjadi pilihan setiap pelajar untuk melanjutkan pelajaran sama ada di dalam
atau di luar negara.

universiti tidak seharusnya hanya menjadi tempat menimba ilmu pengetahuan untuk
menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Malah peranannya biarlah lebih luas dan
menggalakkan pelajar menimba ilmu dan belajar sebagai pendidikan seumur hidup.

Setiap individu perlu bersedia dan meneruskan pelajaran sepanjang hidupnya.


Pendidikan seumur hidup biarlah menjadi prinsip utama bagi masyarakat yang sentiasa
inginkan ilmu pengetahuan dan berusaha meningkatkan diri ke arah kemajuan sejajar
dengan pembangunan negara pada masa depan.

Penerapan akal budi dan nilai murni kepada pelajar juga penting bagi pembinaan
bangsa dan melahirkan golongan intelektual, akademik dan ahli fikir supaya masyarakat
mendapat manfaat dan dapat dibantu untuk berfikir dan menjadi lebih celik ilmu dalam
pelbagai bidang. Semangat nasionalisme dan patriotisme yang diterap dapat
mengelakkan pelajar terjebak dengan kegiatan yang tidak baik.

Matlamat, pendidikan dan pembelajaran di sekolah dan juga di universiti biarlah dapat
melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, beriman dan dapat
menyumbang kepada pembangunan agama bangsa dan negara pada jangka masa
panjang serta dapat mengelak pelbagai gejala sosial, perbuatan rasuah dan tidak
amanah yang boleh merosakkan pembinaan negara bangsa pada masa depan.

Terdapat dua konsep kembar Pendidikan Sepanjang Hayat. Pertama ialah pendidikan
itu adalah proses sepanjang usia dari lahir hinggalah ke liang lahat. Kedua adalah
pendidikan itu adalah proses seluas hidup, merentasi kehidupan dan merangkumi
konteks pendidikan formal, tak formal dan informal.Pendidikan berterusan sebagai
sebahagian sentuhan konsep pendidikan sepanjang hayat bermaksud peluang untuk
mendapat dan meneruskan pendidikan setiap penduduk tanpa mengira tahap umur.
Dengan lain perkataan, setiap individu tanpa mengira batas usia masih disediakan
peluang yang sewajarnya untuk menyambung pendidikan khususnya selepas tamat
mengikuti pendidikan wajib selama sembilan atau 11 tahun seperti apa yang
terkandung dalam sistem pendidikan sekarang.
Dalam ledakan teknologi maklumat dan pendidikan tanpa sempadan membolehkan
semua maklumat diperolehi hanya dihujung jari sahaja. Sumber maklumat dan ilmu
pengetahuan mengalir seperti air yang melimpah ruah. Desakan meningkatkan ilmu
pengetahuan dikalangan guru amat diperlukan bagi membolehkan guru mengejar arus
pendidikan bertaraf dunia dan tidak ketinggalan jauh ke belakang.

Dalam perkembangan yang berkaitan, adalah didapati bahawa dari segi pendekatan
dan pelaksanaan meningkatkan tahap professional guru pendemokrasian dari sudut
peluang untuk pendidikan berterusan pada masa kini adalah semakin baik malah jauh
lebih baik berbanding perkembangannya sedekad yang lalu. Contohnya, hari ini
pendidikan jarak jauh semakin diperluaskan dan menjadi sesuatu yang agak lumrah.
Hari ini sudah kedengaran pendidikan jarak jauh untuk peringkat ijazah sarjana. Selaras
dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini adalah diharapkan
pendidikan jarak jauh yang mempunyai ciri istimewa dari segi kelonggaran masa dapat
dijadikan wadah dalam menyediakan peluang untuk pendidikan berterusan khususnya
bagi kalangan guru yang sudah bekerja tetapi masih berminat dan berkemampuan
untuk meneruskan pelajaran demi untuk meningkatkan taraf profesionalisme mereka.

Tuntutan sosial kepada kaum guru bagi mencapai satu tahap kualiti perkhidmatan yang
cemerlang hendaklah dilihat secara positif. Seluruh warga pendidikan harus bersedia
menyahut cabaran ke arah pendidikan sepanjang hayat. Keperluan ilmu yang
mendesak memaksa semua guru memainkan peranan aktif dalam meningkatkan lagi
kualiti pendidikan melalui latihan berterusan, budaya meneroka ilmu, menguasai ilmu
pengetahuan, kemahiran serta sikap proaktf dalam menyahut seruan kerajaan agar
ilmu itu dikongsikan kepada semua masyarakat tanpa mengira umur dan taraf
pendidikan.

Untuk menjayakan pendidikan sepanjang hayat, semua guru perlu mengembleng


tenaga membina budaya Pendidikan Sepanjang Hayat. Budaya ini dapat dibina melalui
pelbagai peluang pembelajaran melalui program dan kursus yang ditawarkan seperti
menggunakan teknologi maklumat dan internet sebagai satu opysen yang membuka
peluang yang luas tidak kira latar belakang sosio ekonomi dan jantina. Pembelajaran
boleh dilakukan di rumah, di tempat kerja, program latihan khas, pembelajaran just in
time dan pembelajaran di sekolah. Semua ini menjadikan suatu kelaziman dalam
menwujudkan budaya Pendidikan Sepanjang Hayat.

Universiti Sains Malaysia ingin mengorak langkah menyahut seruan kerajaan untuk
meningkatkan kualiti pendidikan rakyat Negara Malaysia melalui konsep pendidikan
sepanjang hayat. Universiti Sains Malaysia menawarkan 35 program akademik di
peringkat Ijazah Sarjana Muda secara penuh masa kepada calon-calon yang
mempunyai pengalaman kerja yang luas melebihi 10 tahun dalam bidang yang relevan
dengan program akademik yang dipohon dengan hanya kelulusan minima, SPM atau
setaraf.
 
Program ini membuka peluang kepada individu yang ingin terus menimba ilmu bagi
merealisasikan impian dan cita-cita untuk mengenggam segulung ijazah walaupun telah
melewati usia. Ia bertepatan dengan Konsep Program Pendidikan Sepanjang Hayat
dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. Bersandarkan kepada
pengalaman yang ada, mereka kini mampu bersaing dengan generasi muda dalam
menimba ilmu.

Pembelajaran sepanjang hayat meliputi pelbagai pendekatan untuk belajar. Ini


termasuklah:

 Amalan Membaca
 Penyertaan Kursus Jangka Pendek
 Penyertaan Kursus Jangka Panjang
 Penyertaan Ceramah

Apa yang lebih penting ialah faham pembelajaran sepanjang hayat membolehkan
semua orang mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkannya
mengambil bahagian secara cergas sebagai seorang warganegara yang
bertanggungjawab.

Dalam arus persejagatan yang dialami sekarang, kemampuan seseorang menguasai


ilmu pengetahuan dan kemahiran baru merupakan kunci utama untuk mendapatkan
tawaran pekerjaan. Di dalam masyarakat workaholic seperti bangsa Jepun, kesedaran
tentang kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini mencetuskan satu keadaan
yang dikenali sebagai "employability fever"  di mana ahli masyarakatnya bersikap tekad
untuk memiliki kelulusan atau kemahiran tertentu bagi menjamin mereka memperolehi
peluang pekerjaan di dalam bidang yang mereka minati.

Jika di peringkat orang perseorangan, pembelajaran sepanjang hayat ini merupakan


satu kelebihan bagi mendapatkan peluang pekerjaan tetapi di peringkat syarikat
mahupun negara, ia merupakan pemangkin utama untuk meningkatkan penguasaan
pasaran dan mencapai daya saing ekonomi yang mapan.

Apabila seseorang itu memperolehi pekerjaan yang diingini menerusi kesungguhannya


mempelajari sesuatu yang baru atau sesebuah negara mencapai daya saing yang
tinggi hasil kecemerlangan yang ditunjukkan oleh rakyatnya, secara tidak langsung
mereka mempunyai lebih keupayaan atau kuasa untuk menentukan hala tuju yang ingin
dicapai seterusnya. Inilah juga yang dirujuk oleh Knassel, Meed and Rossetti tadi
sebagai empowerment.

Selain memberi ruang yang lebih dalam bidang pekerjaan mahupun keupayaan dalam
menentukan sesuatu, pembelajaran sepanjang hayat juga merupakan satu
keseronokan (enjoyment) kepada mereka yang cintakan ilmu pengetahuan dan sesuatu
yang baru. Dalam banyak keadaan, belajar kerana seronok akan memudahkan lagi
usaha memahami atau menghayati sesuatu perkara dan seterusnya akan mendorong
seseorang itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang perkara tersebut.  

usaha untuk menyemarakkan faham pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dilihat
menerusi iltizam kerajaan yang dinyatakan di dalam Teras Kedua Misi Nasional yang
dimuatkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Walaupun dalam hal ini, kerajaan kita
agak terlewat jika dibanding dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan
mahupun Singapura kerana mereka bermula seawal pertengahan tahun 1990 an dan
awal 2000 lagi, tetapi ia bukanlah satu alasan untuk kita tercicir daripada arus kemajuan
dalam bidang keilmuan ini.

Pernyataan Teras Kedua itu antara lain menegaskan bahawa kejayaan negara
bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki. Sehubungan dengan itu, kerajaan
Malaysia telah membuat iltizam untuk melaksanakan usaha penambahbaikan sistem
pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra sekolah hinggalah ke
peringkat tinggi dan juga vokasional.

Sebaliknya kita mahu menjadi satu ummah yang seimbang dan cemerlang dalam
semua perkara. Ini adalah bertepatan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad
dan al-Hakim di mana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Kemuliaan manusia
adalah agamanya, harga dirinya (kehormatannya) adalah akalnya dan ketinggian
kedudukannya adalah akhlaknya

TAHAP kesedaran rakyat negara ini terhadap kepentingan pembelajaran sepanjang


hayat (PSH) masih lagi rendah dan ia menjadi kekangan kepada usaha menjadikan
Malaysia sebuah negara maju
Rakyat negara ini masih belum memahami kepentingan pembelajaran sepanjang hayat
biarpun sudah banyak usaha dan peluang disediakan bagi membolehkan mereka
menikmati pendidikan sedemikian.

Jika dikaji perkembangan PSH sejak mula diperkenalkan di negara ini, ia semakin
meningkat berdasarkan kapasiti penyediaan kemudahan dan jumlah universiti yang
menawarkan PSH atau pengajian terbuka jarak jauh (ODL).
Perkembangan itu bagaimanapun belum selari dengan senario kemasukan pelajar
khususnya kalangan bekerjaya bagi merebut peluang pendidikan tinggi.

Ia mungkin berkait rapat dengan faktor kesedaran rakyat yang belum cukup kuat
terhadap kepentingan PSH. Laporan Unit Perancang Ekonomi dalam Model Baru
Ekonomi turut mendedahkan sebahagian besar tenaga kerja di negara ini adalah dari
kelompok yang tidak berkemahiran tinggi dan ia dikhuatiri terus menjadi kekangan
kepada sasaran negara mencapai status negara maju. Malah, setiap tahun, hanya
sekitar 33 peratus dari kohort berumur 19 hingga 24 tahun berpeluang memasuki
universiti berbanding kohort sama di kebanyakan negara lain yang sudah pun
mencecah 60 peratus. Di sini, perlunya peranan universiti ODL melaksanakan
pendekatan lebih agresif dan menyeluruh bagi menggalakkan minat dan
kecenderungan masyarakat menambah pengetahuan dan kemahiran sedia ada.

Pendekatan wajar dilaksanakan universiti ODL bagi meningkatkan kesedaran rakyat


terhadap kepentingan PSH sekali gus menarik kemasukan pelajar lebih ramai.

PSH adalah instrumen penting dalam memenuhi keperluan individu mahupun guna
tenaga terhadap pendidikan selain memastikan wujud kesaksamaan sosial. Justeru,
kerajaan meletakkan PSH sebagai sebahagian polisi penting dalam kerangka
pembangunan negara dan menerusi Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-
2010) contohnya, secara jelas memberi penekanan kepada penggalakan PSH dengan
menyediakan pelbagai kemudahan bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
biarpun telah tamat latihan dan pendidikan secara formal.
Dalam menarik pelajar merebut peluang pendidikan tinggi, OUM melaksanakan sistem
kemasukan terbuka bagi program pengajian ditawarkan dengan mengenakan syarat
kemasukan yang fleksibel. Contohnya bagi program ijazah sarjana muda, calon hanya
perlu memiliki kelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah
Rendah (PMR) selain syarat tambahan mencapai umur 21 tahun pada tahun memohon,
lulus ujian asas kemasukan dan mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya
lima tahun.

Program peringkat sarjana pula tidak mensyaratkan calon wajib ada ijazah sarjana
muda, sebaliknya hanya kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau A-
Level, umur 35 tahun dan memenuhi syarat tambahan lain. Setakat ini, kemasukan
pelajar dari sistem ini mewakili 20 peratus daripada keseluruhan 2,500 pelajar baru
OUM pada setiap semester dan kita yakin mampu menarik lebih ramai kelompok ini
pada masa depan.

Cabaran terpaksa ditempuhi universiti ODL bagi memastikan usaha


mengarusperdanakan PSH mampu dicapai.

Dunia hari ini memerlukan modal insan yang tinggi daya kreativiti dan inovasi. Jaminan
universiti dituntut dari kalangan pengamal industri bagi melahirkan graduan berdaya
saing dan kompeten dan ini adalah antara cabaran bagi universiti ODL bagi memenuhi
kemahuan ini sekali gus memberi sumbangan bermakna kepada negara. Satu lagi
cabaran yang perlu diberi perhatian adalah masalah keciciran pelajar dan ia lazimnya
berlaku di mana-mana saja universiti di dunia yang menawarkan ODL. Realitinya,
kebanyakan pelajar adalah kalangan mereka yang bekerjaya dan berkeluarga dan ia
menuntut pengorbanan dan komitmen tinggi pelajar bagi memastikan mereka berupaya
meneruskan perjuangan demi meraih segulung ijazah. Berdasarkan pemerhatian, tahun
pertama pengajian disifatkan tempoh kritikal bagi pelajar ODL bagi menyesuaikan masa
dan keadaan.

Ada kalangan pelajar yang bijak mengatur masa dan berupaya menangani cabaran
bergelar mahasiswa berkeluarga, namun tidak kurang yang terkandas dan akhirnya
tercicir dalam pengajian. Kita prihatin terhadap perkara ini dan saya sering
mengingatkan warga OUM agar bersama-sama membantu dan membimbing
mahasiswa menangani. Kajian dilakukan mendapati kadar keciciran pelajar belum
begitu meruncing iaitu sekitar 20 peratus, jauh lebih rendah berbanding universiti lain.

Sebagai pelopor sistem ODL, apakah pendekatan dilaksanakan OUM bagi memastikan
keupayaan melahirkan masyarakat berilmu dan berkemahiran tinggi secara berterusan.

Kita menekankan usaha menyediakan kemudahan infrastruktur dan program akademik


berkualiti bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada mahasiswa. Biarpun ia
membabitkan pelaburan tinggi, kita yakin pulangannya nanti bukan saja kepada
universiti, malah negara apabila lahir pekerja yang mampu menjadi penyumbang kritikal
kepada peningkatan produktiviti dan pembangunan negara. Sejak beberapa tahun ini,
kita sudah membelanjakan hampir RM100 juta bagi membeli dan membina premis baru
pusat pembelajaran di seluruh negara. Terbaru, pembukaan Pusat Pembelajaran Shah
Alam awal Jun lalu menjadikan jumlah keseluruhan 60 pusat pembelajaran OUM di
seluruh negara.

Usaha menambah baik program akademik pula dilaksanakan secara berterusan


dengan memastikan modul serta sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang lebih holistik dan komprehensif. Baik dalam bentuk kendiri, bersemuka dan
e-pembelajaran, sistem penyampaian P&P tutor dipantau, manakala prestasi setiap
mahasiswa dinilai secara berjadual.

Agenda pengantarabangsaan yang mampu dicapai universiti yang menawarkan PSH


dan sejauh mana usaha menarik pelajar luar negara dilaksanakan.

Hakikatnya, sukar bagi OUM untuk menerima kemasukan pelajar luar negara kerana
kita menggunapakai sistem pengajian terbuka. Apa yang kita laksanakan adalah
mengeksport program pengajian ke luar negara dengan mewujudkan pusat
pembelajaran di luar negara bagi membuka peluang kepada lepasan sekolah dan
golongan profesional luar negara mengikuti program ditawarkan OUM.

Setakat ini, lima negara menjadi lokasi pusat pembelajaran global iaitu Yaman, Bahrain,
Maldives, Sri Lanka dan Ghana dan kita merancang untuk mengembangkan lagi sayap
ke Eropah Timur dengan sasaran Hungary sebagai lokasi permulaan. Perkembangan
itu bukan saja mengukuhkan jaringan antarabangsa bersama penyedia program
pengajian tinggi di negara berkenaan, malah membuktikan kualiti program pengajian
sepanjang hayat OUM setanding program sama di peringkat antarabangsa.

Satu penyataan penting dalam falsafah pendidikan di Malaysia adalah usaha untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1990). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar
Pelajaran 1979 pula telah menggariskan matlamat pendidikan di Malaysia adalah
untuk melahirkan individu yang berdisiplin terhadap diri, keluarga, masyarakat,
institusi pendidikan dan juga negara. Matlamat tersebut telah meletakkan satu penanda
aras di mana generasi rakyat Malaysia yang telah tamat alam persekolahan akan
menjadi warganegara yang dapat memberikan sumbangan bermakna terhadap
keharmonian negara. Penyataan tersebut yang digariskan tiga dekad yang lalu secara
relatifnya masih relevan dalam menjawab permasalahan semasa terutama dalam
persekitaran kehidupan global yang sentiasa berubah.

Malaysia, sebagai sebahagian daripada komuniti kehidupan global pada


realitinya juga tidak terlepas dari menghadapi kemelut sosial yang sedang melanda
masyarakat dunia mass kini. Dunia tanpa sempadan yang menyebabkan kebanjiran
maklumat, akses yang mudah kepada dunia hiburan, layaran mudah bahan-bahan
porno melalui Internet dan kehidupan alam siber yang menjadi trend masyarakat

Fenomena yang berlaku ini telah mencetuskan perasaan kebimbangan terhadap


generasi pelajar pada masa kini. Perkembangan tersebut telah mendorong para
perancang kurikulum di kebanyakan negara terpaksa menyemak semula keberkesanan
kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubaban akibat pengaruh globalisasi
tersebut. Dari aspek perkembangan pendidikan para perancang merasa terpanggil
untuk membuat penyemakan sejauhmana kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan
yang dilaksanakan di negara masing-masing benar-benar relevan untuk menyediakan
pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing
persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.

Dari segi perkembangan kurikulum pula institusi pendidikan berhadapan dengan


pelbagai tekanan sama ada
dari ahli politik, pendidik, ahli akademik, masyarakat massa, ibu baps, penyelidik,
tokoh korporat, kumpulan pedagang, ahli profesional dan sebagainya untuk
melakukan langkah tertentu terhadap kurikulum secara lebih drastik sifatnya seperti
merombak kurikulum, memberi nilai tambah, melakukan inovasi, membuat
penyemakan dan melakukan reformasi bagi memastikan kurikulum sekolah tetap
relevan dengan keperluan kehidupan itu sendiri.
Trend globalisasi juga telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam pelaksanaan
pendidikan di Malaysia sebagai tindak balas kepada keterbukaan idea mengenai
keperluan pendidikan dalam meningkatkan kualiti hidup. Antara cabaran tersebut
adalah dari segi:
1. Keperluan terhadap pembelajaran berterusan.
2. Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat.
3. Pengurusan pendidikan.
4. Pembentukan jati diri pelajar.
5. Kualiti guru.

Cabaran Pertama: Pembelajaran Berterusan

Pihak UNESCO dalam membincangkan keperluan perubahan dalam bidang


pendidikan dalam era globalisasi ini mencadangkan supaya digerakkan pemikiran ke
arah melakukan rombakan dalam cara-cars membangunkan potensi sumber manusia
melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Pendekatan ini
mencadangkan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi
orangorang
dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan
mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan
lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan din individu itu
sendiri (Hussein Ahmad, 2001). Idea tersebut di alas secara tidak langsung mendorong
kepada berkembangnya trend pendidikan secara berterusan terutama dalam kalangan
orang dewasa. David (1988) telah menyenaraikan beberapa alasan mengapa trend
tersebut wujud:

1. Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat


sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat
berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan.
2. Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi.
3. Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorang ahli
masyarakat yang berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang
pengguna yang lebih pintar.
4. Membangunkan pemahaman kritikal daripada masalah-masalah yang
wujud dalam masyarakat serta berupaya mengambil bahagian secara aktif
dalam masyarakat dengan tujuan mencapai keadilan sosial.
5. Membangunkan sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi
memperoleh pengetahuan yang diperlukan.
6. Membangunkan sikap belajar secara sukarela.
7. Membantu orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografi sendiri dalam
hubungannya dengan masyarakat secara keseluruhannya.
8. Membantu orang dewasa dalam merancang kedaya dan mencapai
matlamat yang bererti.
9. Membolehkan individu membangunkan kelebihan-kelebihan terpendam
dan mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut.

Di samping itu, Rancangan Jangka Panjang Ketiga bagi tempoh 2001-2010


dan Dasar Wawasan Negara telah memberikan penekanan kepada usaha untuk
membangunkan tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi menerusi dasar
Pendidikan Seumur Hidup yang antara lain bertujuan:

1. Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan


memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran
2. Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi
keperluan pengetahuan dalam industri
3. Mewujudkan program e-Latihan
4. Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua
agensi dalam perkhidmatan awam
5. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan
dewasa dan Pendidikan Berterusan
6. Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti,
masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi
program Pendidikan Berterusan
7. Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan
seumur hidup.

Selain itu, akibat tuntutan masyarakat yang agak tinggi terhadap peri pentingnya
pendidikan berterusan ini, terdapat kecenderungan orang ramai di Malaysia yang
menyambung pelajaran mereka pada peringkat lebih tinggi dan juga untuk
mempelajari pelbagai kemahiran. Penubuhan Universiti Terbuka Malaysia misalnya
memberi peluang untuk mereka yang berminat meneruskan pengajian yang mungkin
tergendala akibat masalah-masalah tertentu. Pusat Pendidikan Berterusan di Universiti
Malaya juga telah menawarkan pelbagai kursus profesional untuk para eksekutif
dalam bidang pentadbiran, pemasaran, kemahiran bahasa dan program pendidikan
awal kanak-kanak di mana jumlah peserta sentiasa meningkat dari setahun ke setahun.
Pertambahan bilangan pelajar yang memohon pads saban tahun merupakan cabaran
kepada setiap institusi seumpama itu dari segi pembukaan lebih banyak kampus
cawangan, penambahan bilangan tenaga pengajar dan kemudahan-kemudahan
pembelajaran.

Cabaran Kedua: Inovasi Dalam Pelaksanaan Kurikulum


Ohmae (1995) menyatakan bahawa perkembangan dalam teknologi maklumat dan
arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah
melahirkan paradigma bare kepada semua organisasi, termasuk institusi pendidikan.
Seperti mana-mana negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada
menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger
(1998) menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang
amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap
kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini disebabkan kebimbangan
akan kehilangan daya saing dalam persekitaran dunia global sekiranya penyemakan
dan perubahan terhadap kurikulum tidak dilakukan. Dalam konteks ini, sistem
pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi yang agak radikal bermula
sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat global tersebut.
Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran telah diperkenalkan seperti:
1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan
pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local
Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu
bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian
menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar
mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan
aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan
pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan
guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan
bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar
berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.
Di samping perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum
di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum
tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran
tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam
persekolahan. Trend yang agak ketara dikenal pasti dalam perkembangan kurikulum
di Malaysia adalah ke arah melahirkan warganegara global, selaras dengan
perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi kini. Ini seiring dengan
pendapat Hallinger (1998) bahawa langkah yang proaktif diperlukan supaya sekolah
berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai ciri tertentu bagi persediaan
menghadapi persaingan global iaitu dari segi:
1. Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat
2. Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan
bahasa antara bangsa
3. Menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan
seharian
4. Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar,
menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan bare.
5. Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan
budaya.

Seiring dengan perubahan pada persekitaran global juga, kurikulum di Malaysia


telah melalui satu era transformasi dari segi penggunaan bahasa Inggeris dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains dan matematik di sekolah
rendah dan di sekolah menengah. Ini bertujuan untuk memberikan persediaan kepada
pelajar bagi menghadapi persekitaran global terutama berkaitan dengan perkembangan
sains dan teknologi di mans bahasa Inggeris adalah begitu penting dikuasai bagi
mengakses ilmu dan maklumat dalam bidang tersebut. Bahasa antara bangsa yang lain
seperti bahasa Arab, Perancis, Jepun, Jerman dan lain-lain turut diperkenalkan juga di
sekolah yang bertujuan menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia global dan
menjadi global player secara lebih berkesan.

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks


pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan
melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan
beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:
1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan
di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa
kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu
perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan,
kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.
2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif
bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik
kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan
juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan
itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti
idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara
sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai
pendidik dan penyampai ilmu.
3. Penatnbahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap
perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab.
Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea
perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami
masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan
pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan
aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum
dan pelbagi "jenis hari".
4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan
perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang
memberikan sokongan iaitu dari segi: a) kewangan b) motivasi dan
dorongan c) pengiktirafan d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan
pembelajaran dan e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.
5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara
menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru
sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti
pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan
mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.
6. Perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran: Guru-guru yang mempunyai
tahap pengetahuan dan kemahiran yang rendah terhadap sesuatu inovasi akan
kurang memberikan kerjasama berbanding mereka yang lebih berpegetahuan
dan berkemahiran. Misalnya guru yang lebih berkemahiran dalam komputer
tentu akan bertindak secara proaktif dalam proses pengajaran berbantu
komputer berbanding guru yang kurang berkemahiran.
7. Perubahan yang kerap dan mendadak: Sesuatu perubahan kurikulum yang
diperkenalkan terlalu kerap dan mendadak akan menimbulkan kejutan
kepada guru. Mereka kurang bersedia kerana terpaksa mengetahui,
mempelajari dan melaksanakan kemahiran bare.
Penggunaan teknologi maklumat dalam era globalisasi juga merupakan cabaran
yang memerlukan keprihatinan pihak Kementerian Pelajaran. Perkembangan semasa
menuntut kepada penggunaan komputer sebagai media prima dalam memperoleh dan
menyebarkan ilmu, kemahiran dan cara-cara menjalankan penilaian. Penggunaan
perisian komputer pada masa ini berlaku secara aktif seiring dengan pelbagai
kemudahan infrastruktur yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
Pada masa yang sama juga Pembelajaran Berbantu Komputer telah beroperasi secara
pantas di sekolah-sekolah dengan penggunaan pelbagai perisian. Antaranya adalah
seperti berikut:
I. Perisian latih tubi yakni program yang membantu pelajar mencari
penyelesaian kepada maslah atau menjawab soalan yang disediakan. Contoh
perisisan adalah buku kerja elektronik di mana pelajar menggunakan perisian
latih tubi untuk membuat aktiviti pengukuhan dan mengulangkaji pelajaran.
Komputer dapat memberi maklum balas kepada jawapan pelajar dan
sekaligus dapat menilai pencapaian mereka.
2. Perisian tutorial iaitu program yang berfungsi sebagai tutor dalam
menyediakan maklumat dan aktiviti pembelajaran yang perlu dikuasai
pelajar. Perisian seperti ini mengajar penggunanya dan kemudian menyoal
semula apa yang telah disampaikan.
3. Perisian simulasi: Perisian ini menyamai fenomena sebenar atau imaginasi
untuk memperlihatkan bagaimana situasi sebenar berlaku secara realiti.
Perisian ini dapat memaparkan fenomena dalam bentuk teks, grafik, animasi
dan bunyi. Pelajar boleh berinteraksi dengan komputer seperti membuat
analisis dan membuat keputusan.
4. Perisian permainan: Perisian ini lebih kepada bentuk memotivasikan pelajar
dengan menggunakan aktiviti permainan yang berkaitan dengan
pembelajaran.
5. Perisian penyelesaian masalah: Perisian ini merupakan program yang
mengajar secara langsung melalui huraian, penjelasan dan langkah-langkah
mengikut tahap perkembangan pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer dengan kemudahan
penggunaan ICT akan menjadikan pengajaran lebih bermakna kerana orientasi
pengajaran adalah berpusatkan pelajar. Guru berperanan sebagai pemudahcara dan
penyelesai masalah. Johnson (1986) menjelaskan bahawa penggunaan ICT dalam
pengajaran boleh diaplikasikan dalam semua bidang mata pelajaran seperti sains,
matematik, bahasa dan kesusasteraan. Perisian komputer berupaya memandu pelajar
untuk berfikiran kritis dan menghasilkan pembelajaran bermakna yang bukan hanya
sekadar mempersembahkan maklumat daripada buku teks atau sumber lain dalam
bentuk media.

Cabaran Ketiga: Pengurusan Pendidikan


Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam
perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi
dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan
pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan
dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang
dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information
System). Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah
melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:
1. Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan
menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.
6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan
pelajar.
7. Penempatan pelajar dalam kelas.
8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
9. Pembinaan jadual waktu guru.
10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan
rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.
(Rahmad Sukor, 2006)

Cabaran Keempat: Pembentukan Jati Diri


Isu-isu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat untuk
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang
menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa
kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk
pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Hussein Ahmad (2001)
memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa
perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di
seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua
mahu
pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah
bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi.
Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya
hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu
terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Fenomena yang berlaku boleh
dikatakan sebagai satu petunjuk di mana asas-asas budaya, agama dan citra bangsa
sendiri mulai longgar dan tercabut secara tidak kita sedan sehinggakan pars remaja
tidak berasa bersalah untuk meniru secara melulu gaya kehidupan barat seperti
kehidupan berfoya-foya dan berseronok-seronok, pergaulan bebas, penganjuran
majlis-majlis sosial yang melampaui batas, penonjolan pelbagai fesyen pakaian ala
Barat yang keterlaluan dan sebagainya.

Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak


remaja di landasan moral yang betul menurut acuan tempatan melalui pelaksanaan
program-program pendidikan nilai di sekolah. Aspek yang perlu diteliti adalah aspek
berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana
perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar.
1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama
ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur,
amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan,
sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi
contohan pelajar. Guru juga perlu membawa w .atak orang yang taat kepada
amalan agama.
2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah,
ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu,
kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemenelemen
yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut
merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh
oleh pihak pentadbiran sekolah
3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab
dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah
pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan
sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong,
semangat cinta akan negara dan berdisiplin.
Cabaran yang perlu dilaksanakan secara kolektif dalam pembentukan jatidiri pelajar
adalah dari segi strategi untuk menerapkan nilai kerohanian melalui tiga fakulti yang
perlu dilaksanakan secara serentak iaitu pengisian roh, pengisian akal dan pengisian
jasmani. Cabaran untuk mengisi kerohanian perlu berlandaskan sumber yang
berautoriti dengan merujuk kepada sember ketuhanan dan nubuwwah. Pengisian akal
pula perlu bertunjangkan aspek kognitif yang terpandu bersesuaian dengan fitrah
kejadian manusia itu sendiri. Dalam erti kata lain, akal perlu diberikan input dengan
unsur-unsur yang dapat mengangkat martabat manusia menjadi lebih berkualiti dan
dapat dimanfaatkan untuk kehidupan masyarakat, negara dan kehidupan sejagat. Dari
segi jasmani pula kegiatan yang berasaskan gaya hidup sihat perlu diterapkan seperti
cara menggunakan masa lapang, tabiat pemakanan, riadah perlu digerakkan secara
aktif dan berterusan dengan bimbangan dan panduan guru.

Cabaran Kelima: Perkembangan Profesionalisme Guru


Guru merupakan aset utama bagi memastikan perkembangan pendidikan dapat
dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Guru perlu memiliki kualiti yang bersifat
kontemporari dan relevan dengan zamannya. Robiah Sidin (1994) mencadangkan
beberapa kriteria yang perlu dimiliki guru supaya mereka mempunyai kesediaan dan
mampu menghadapi perubahan zaman. Antara ciri yang perlu dimiliki adalah:
1. Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas
2. Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya
3. Sentiasa mengikuti peredaran masa
4. Memahami perkembangan teknologi
5. Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea bare dan inovatif
98

Omar Hashim (1991) pula berpendapat bagi memastikan guru dapat


melaksanakan perubahan kurikulum sesuai dengan keperluan zaman global ini dengan
berkesan seseorang guru perlu memiliki beberapa kemahiran, seperti yang beliau
nukilkan:
Apakah antara kemahiran yang hams ada pada seseorang guru sebagai
persediaan abad 21 ini?....Para guru hares mempunyai bekalan secukupcukupnya
baik dari segi kemahiran mahu pun pengetahuan. Guru abad 21
mestilah merupakan pendidik serba boleh serta lincah dalam beberapa
kemahiran termasuk keupayaan menggunakan media elektronik serta
komputer untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. (him.
428-429)
Cabaran guru dalam peningkatan profesionalisme banyak berkait dengan tumpuan
guru itu sendiri terhadap pelaksanaan tugas terutama berkaitan sesuatu inovasi
(Ornstein & Hunkins, 1988). Banyak kajian telah dijalankan mengenai perkara
tersebut. Antara lain kajian oleh Habib Mat Som (2005), Katz (1972), Hall dan
Loucks (1978), Fuller (1975) dan Anderson (1997). Secara umumnya dapatan kajian
menunjukkan terdapat pola tertentu dari segi kesediaan guru terhadap peningkatan
tahap profesionalisme mereka
Fuller (1975) yang dianggap sebagai pelopor dalam kajian perkembangan
profesionalisme guru mengkategorikan tingkah laku guru kepada tiga tahap iaitu: a)
Tumpuan Berkaitan Peribadi; b) Tumpuan Berkaitan Tugas; c) Tumpuan Berkaitan
Kesan. Hall dan Loucks (1978) pula dalam kajian lanjutnya telah memurnikan
klasifikasi tumpuan tersebut kepada tahap berikut: a) Tumpuan Tiada Berkaitan; b)
Tumpuan Berkaitan Peribadi; c) Tumpuahn Berkaitan Tugas; dan d) Tumpuan
Berkaitan Kesan. Huraian bagi setiap Tahap Tumpuan tersebut adalah seperti berikut:
I. Tumpuan Tiada Berkaitan: Guru tidak mahu mengambil tahu apa-apa
perubahan yang berlaku di sekolah.
2. Tumpuan Berkaitan Peribadi: Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk
melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi kemahiran dan
pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan
keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya.
3. Tumpuan Berkaitan Tugas: Guru cenderung untuk melaksanakan tugas
dengan cekap dan sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik terutama
dari segi pengajaran dan pembelajaran.
4. Tumpuan Berkaitan Kesan: Guru mempunyai visi yang jelas terhadap
peranannya sebagai pendidik secara holistik dalam konteks kemajuan
pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan implikasi kurikulum terhadap
kemajuan negara.
Kajian yang dijalankan oleh Habib Mat Som (2005) berkaitan Tumpuan Guru
menunjukkan 33 peratus guru berada pads Tahap Tumpuan Berkaitan Peribadi
berbanding 28 peratus pads tahap Tumpuan Berkaitan Tugas, 22 peratus pads Tahap
Tumpuan Berkaitan Kesan dan 17 peratus pada Tahap Tumpuan Tiada Berkaitan.
Rumusan kajian beliau mencadangkan secara umumnya hanya segelintir guru sahaja
yang memiliki Tahap Tumpuan yang tidak produktif (Tahap Tumpuan Tiada
Berkaitan) dalam konteks peningkatan tahap profesionalisme guru itu sendiri.

Kesimpulan
Dunia pendidikan di Malaysia masa kini sedang melalui era transfonnasi yang sangat
dirasai gelombangnya. Ini terkesan daripada minat ibu baps yang tinggi terhadap
perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra
sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi.
Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan
pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin
sengit. Masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikan
dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan
dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isuisu
dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan
masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan
mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan
kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.
Para pendidik di sekolah juga perlu melihat ke hadapan dengan pandangan dan
paradigma barn di mana pendidikan dalam era globalisasi ini perlu di tafsirkan secara
holistik. Tidak perlu ada pemisahan antara kesungguhan guru, komitmen terhadap
pengajaran dan pembelajaran dan juga kesediaan untuk mendidik generasi pelajar di
mana kesemuanya perlu bergerak selari dan sentiasa beriringan. Dalam erti kata lain,
memotivasikan pelajar untuk memperoleh kecemerlangan dalam aspek kognitif,
kemahiran, spiritual dan sosial perlu juga diiringi dengan kesediaan guru untuk
samasama
memikul tanggungjawab yang semakin berat kerana sifat semulajadi pendidikan
itu sendiri yang memang sentiasa dinamik dan perlu memberi tindak balas terhadap
keperluan zaman.

You might also like