You are on page 1of 1

Adat Resam Dan Pantang Larang Kaum Cina

Masyarakat Cina mempunyai adat resam dan pantang larang yang unik.
Kehidupan seharian mereka dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara,
tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal
kelahiran, perkahwinan dan kematian.

Pelbagai adat resam dan pantang larang diamalkan oleh masyarakat Cina
merangkumi sewaktu mengandung dan selepas lahir. Pelbagai bentuk adat resam dan
pantang larang diamalkan oleh masyarakat wanita Cina semasa mengandung dan
selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian
buruk seperti keguguran, kecacatan dan kematian.

Sewaktu mengandung, wanita-wanita masyarakat Cina diberi kawalan yang ketat


dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Ibu mertua
bertanggungjawab untuk menjaga wanita mengandung dan bukannya suami.
Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh
melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak
perempuan dianggap menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila
berkahwin, mereka dianggap sebagai milik keluarga suaminya.

Banyak pantang larang yang perlu dipatuhi oleh wanita mengandung. Mereka
tidak dibenarkan untuk membuat kerja-kerja berat seperti memaku kerana khuatir bayi
akan kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku dan tidak
mengeluarkan kata kata kesat supaya bayi tidak terkena badi. Sebarang konflik atau
pertelingkahan dielakkan supaya tidak mengganggu bayi. Wanita hamil juga tidak
digalakkan sentiasa menggosok perut kerana bayi yang lahir kelak akan manja.

Selepas bersalin, wanita perlu berpantang selama 40 hari. Ibu tidak dibenarkan
mandi air sejuk kerana takut masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan
dililit dengan kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi
dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat.

Masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut. Mereka beranggapan


rambut bayi yang dilahirkan hanya sementara sahaja. Adat ini sebagai pengiktirafan
terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Yeow Shiau Lie 3A

You might also like