You are on page 1of 38

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

1.0 PENGERTIAN PENDIDIKAN AL-QURAN

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN AL-QURAN


2.1 Hukum Mengajar Al-Quran pada Zaman Rasulullah
2.2 Sejarah Pengkhususan dalam Pengajaran Al-Quran

3.0 ZAMAN RASULULLAH DI MAKKAH DAN MADINAH


3.1 Makkah
3.2 Madinah
3.3 Perbezaan Pendidikan Al-quran Di Makkah dan Madinah
3.4 Bahan Pengajaran Rasulullah s.a.w
3.5 Kurikulum Pendidikan Al-Quran pada Zaman Rasulullah
3.6 Kebijaksanaan Rasulullah dalam pendidikan
3.7 Langkah-Langkah Pengajaran Rasulullah
3.8 Metodologi Pengajaran Rasulullah

4.0 SEJARAH PENDIDIKAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAHABAT


4.1 Tingkatan Ilmu Yang diajarkan
4.2 Sumbangan Besar dalam pendidikan Ummah
4.3 Kurikulum Pendidikan al-Quran pada zaman Khulafa.

5.0 SISTEM KEBERKESANAN PENDIDIKAN AL-QURAN ZAMAN RASULULLAH

PENUTUP

RUJUKAN

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

PENDAHULUAN

Segala pujian dan syukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyiapkan
kertas kerja ini. Jutaan terima kasih kepada yang membantu secara langsung dan tidak langsung.

Kerta kerja ini bertajuk “ Sejarah Pendidikan al-Quran pada Zaman Rasulullah s.a.w.” Tujuan kajian
ini dijalankan adalah untuk menerapkan semangat kepada pendidik yang bakal bergelar guru al-
Quran bagi mengetahui sejarah-sejarah di zaman Rasulullah dan Sahabat.

Di dalam kertas kerja ini menerangkan pelbagai subtopik yang berlainan tajuk tapi saling
bergantung antara satu sama lain. Selain itu, pada zaman rasulullah menggunakan pelbagai kaedah
bagi mendidik dan menyampaikan pengajaran kepada umatnya. Dari kaedah yang Baginda gunakan
masih digunakan dalam pembelajaran pada masa kini seperti kuliah, syarahan, berpidato dan
halaqah.

Begitu kesan pengajaran Nabi sehingga masa kini. Selain itu juga dalam kertas kerja menerangkan
cara pembelajaran para sahabat yang meneruskan agenda Nabi Muhammad s.a.w. Pada zaman
Sahabat pula telah wujudnya pelbagai tempat pendidikan seperti kuttab. Pada zaman juga telah
wujudnya institusi pendidikan ini seperti masjid dijadikan kegiatan untuk menjalankan aktiviti
pendidikan.

Bagi mengetahui segala penerangan tentang sejarah pendidikan al-quran ini, semuanya telah
dinyatakan dalam kertas kerja ini.

Sekian, terima kasih

1.0 PENGERTIAN PENDIDIKAN AL-QURAN

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Menurut ilmu tatabahasa Melayu, pendidikan ialah nama terbitan daripada kata dasar
“didik” yang membawa maksud jaga, pelihara, atau ajar dengan hati-hati sejak kecil. Dalam
Bahasa Inggeris disebut Education berasal dari dua cantuman kalimah bahasa latin iaitu e’ex dan
Ducereduc. E’ex bererti keluar dan ducereduc bererti memimpin. Oleh itu, ia juga boleh diertikan
bahawa Pendidikan ialah menyerap ilmu pengetahuan dalam bentuk teori serta melakukan latihan
dalam bentuk praktis bagi membentuk keperibadian dan watak serta mencungkil bakat terpendam.
Dalam Bahasa Arab juga disebut At-Tarbiah iaitu kata terbitan dari kata Rabba yang bererti
mengasuh, memelihara atau memimpin.
Ta’dib juga sinonim dengan makna pendidikan cuma perkataan ini lebih menjurus kepada
pendidikan adab dan akhlak. Menurut Syed Naquib al-Attas, Ta'adib adalah kata yang paling
sesuia untuk memberi pengertian terhadap pendidikan. Seorang pelajar yang cemerlang dalam
akademik tetapi tidak beradab belum boleh dikatakan berjaya kerana matlamat pendidikan yang
utama adalah membentuk akhlak dan sahsiah bukannya sekadar menyediakan pelajar dengan
pengetahuan semata-mata.
Kalimah al-Quran pula ialah kalimah bahasa arab yang bererti bacaan. Dalam ilmu saraf,
kalimah al-Quran dibawa imbangannya seperti berikut:
‫قرانا‬-‫يقرأ‬-‫قرأ‬
Jadi, Quran di sini bermaksud dibaca. Sebahagian ulama berpendapat bahawa kalimah al-Quran
tidak diambil dari mana-mana perkataan lain. Ia adalah kata nama khas bagi kitab Allah. Ia sama
sahaja dengan kitab-kitab lain seperti Taurat, Injil dan Zabur. Semuanya merupakan nama-nama
bagi kitab Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi sebagai pegangan dan panduan umat nabi
berkenaan.
Al-Quran yang ada pada kita sekarang ialah kitab Allah yang mempunyai mukjizat, yang
diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Malaikat Jibril yang termaktub di
dalam mushaf, yang dipindahkan kepada kita secara tawattur dimulakan dengan surah al-Fatihah
dan disudahi dengan surah An-Nas serta mendapat pahala membacanya.
Menyentuh mengenai perkaitan antara pendidikan dengan al-Quran, kedua-duanya saling
berkait iaitu pendidikan adalah satu usaha untuk membentuk akhlak serta memberi ilmu kepada
masyarakat dan al-Quran adalah kitab panduan yang turut terkandung didalamnya ayat-ayat yang
menyentuh soal pendidikan. Oleh itu, pendidikan al-Quran bolehlah didefinisikan sebagai proses
membentuk sahsiah pelajar, menyampaikan ilmu pengetahuan serta mencungkil bakat pelajar
berdasarkan kaedah yang digariskan di dalam al-Quran.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN AL-QURAN


Setiap proses pengajaran dan pembelajaran tentunya mempunyai kaedah, pendekatan,
strategi, langkah dan sebagainya bagi menjamin matlamat pengajaran tercapai.
Begitu juga dengan pendidikan negara, mempunyai falsafah dan matlamatnya yang
termaktub bagi memastikan pelajar-pelajar mempunyai keseimbangan dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Pendidikan Al-Quran pastinya lebih luas daripada itu kerana Ianya kitab panduan sejagat
dan dustur ummah yang mendidik manusia menuju kebahagian abadi dunia dan akhirat. Al-Quran
menuntut umatnya menjadi seorang yang mahir ataupun pakar dalam apa sahaja bidang yang
diceburi. Dalam pada itu al-Quran mendidik manusia supaya kenal Tuhannya, kenal Penciptanya
serta menginsafi setiap dosa yang dilakukan dan bertawakkal hanya kepadanya.
Terdapat beberapa aspek di dalam al-Quran yang bertujuan untuk mendidik dalam bidang-
bidang tertentu iaitu:
1. Pendidikan tauhid
Dalam Al-Quran, Allah mendidik manusia beriman dan mempercayai hanya Allah
yang layak disembah dan tempat berserah segala sesuatu kerana Dialah sahaja yang
berkuasa. Disamping itu Allah s.w.t juga memberi ancaman kepada manusia jika
tidak bertauhid dan melakukan syirik kepada Allah.
2. Mensyukuri nikmat
Manusia perlu menyedari bahawasanya segala nikmat yang diperolehi adalah dari
Allah semata-mata. Jika dihitung nescaya manusia tidak akan terhitung nikmat yang
Allah telah kurniakan kepada manusia. Secara kasarnya, nikmat boleh dibahagikan
kepada 3 bahagian iaitu:
a. Nikmat jasmani
b. Nikmat rohani
c. Nikmat harta benda
Atas segala nikmat ini manusia harus berfikir bahawa manusia tidak seharusnya
ingkar dan menyekutukan Allah sebaliknya mensyukuri segala nikmat yang Allah
telah kurniakan.

3. Mendidik supaya bertakwa kepada Allah

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Bertakwa bererti melakukan segala sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana taat
kepada perintah Allah atau takutkan kemurkaannya. Al-Quran mendidik manusia
supaya menjadi orang yang bertakwa. Kerana orang yang bertakwa itu dikasihi Allah
dan diberi pangkat dan darjat yang tinggi disisi Allah.
4. Mendidik supaya bertawakkal
Tawakkal bererti menyandarkan segala usaha kita kepada Allah. Apa pun yang kita
lakukan natijahnya perlu diserahkan kepada Allah. Kerana kita hanya mampu
berusaha tetapi yang menentukan natijah baik atau buruk, berjaya atau tidak, menang
atau kalah hanyalah Allah s.w.t.
5. Menegak yang makruf dan melarang kemungkaran
Tugas dakwah adalah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua umat islam.
Dalam masyarakat terdapat pelbagai jenis manusia. Ada yang jahat, pencuri, perogol,
pembunuh dan sebagainya. Oleh itu perlunya ada dikalangan manusia yang bangun
untuk memberi nasihat dan melarang segala perbuatan yang mungkar dikalangan
masyarakat.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

2.1 HUKUM MENGAJAR AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Hukum orang yang mengajar al-quran kepada orang lain pada zaman Rasulullahs.a.w.
Adalah fardhu kifayah sepertimana Kata imam al-Suyuti :
”Ketahuilah bahawa menghafaz al-Quran itu fardu kifayah ke atas umat demikian juga
mengajar al-Quran, ia adalah sebaik-baik ibadah kepada Allah”.

Mengajar al-Quran adalah satu daripada cara berdakwah ke jalan Allah, malah ia dianggap
antara dakwah yang paling mulia dan paling penting. Ibn Hajar berkata :
” Berdakwah kepada Allah itu berlaku dengan pelbagai cara, antaranya menerusi
pengajaran al-Quran”.

Ia dianggap antara cara dakwah yang paling mulia.

Manakala Rasulullah s.a.w. apabila ditanya mengenai orang yang terbaik dalam kalangan
manusia, baginda bersabda :
” Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling baik membaca al-Quran dan paling
bertakwa kepada Allah.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

2.2 SEJARAH PENGKHUSUSAN DALAM PENGAJARAN BACAAN AL-QURAN

Pengajaran bacaan al-Quran secara intensif telah bermula sejak zaman nabi lagi seperti yang
diriwayatkan bahawa baginda telah bersabda :

”Hendaklah kamu mempelajari al-Quran daripada empat orang”


Abdullah bin Mas’ud, Salim Mawla (hamba) Abu Huzaifah, Mu’az bin Jabal dan Ubai
bin Ka’ab (Bukhari, hadith no.3758)

Imam Bukhari telah meriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik yang menyebut bahawa
Nabi s.a.w. telah bersabda kepada Ubai bin Ka’ab r.a. :

”Sesungguhnya Allah menyuruh aku mengajarkan al-Quran kepada engkau ”. Mendengar


itu Ubai (dalam kehairanan) bertanya : ” Adakah Allah telah memilihku dengan menyebut
namaku kepada engkau, wahai Rasulullah ? ” Jawab Rasulullah : ” Ya, Allah telah
menyebutkan nama engkau kepada aku. ” Mendengar jawapan itu, Ubai pun menangis.
(Sahih Bukhari, hadith no.4578)

Sesungguhnya Allah menyuruh Rasul-Nya mengajarkan Ubai bin Ka’ab hukum tajwid iaitu
tentang makhraj-makhraj huruf, sifat dan hukum-hukum bacaan yang mutawatir seperti yang
diterima oleh Nabi s.a.w. daripada Jibril. Menurut sejarah, sesudah peristiwa itu, Ubai giat
menghafaz al-Quran sehingga beliau mencapai kedudukan tinggi dalam jurusan ini yang merupakan
satu kemuncak kejayaan yang besar. Oleh kerana itu, Rasulullah sendiri pernah bersabda : yang
paling banyak membaca al-Quran dalam kalangan kamu ialah Ubai. (at-Tirmidzi)

Nabi s.a.w. Juga telah mengutuskan kepada kabilah Zakwan, Asiyyah dan Bani Lihyan tujuh
puluh orang daripada kalangan Ansar yang merupakan Qurra’ (pembaca dan pengajar al-Quran)
pada waktu itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : ” Kami menamakan mereka
Qurra’ pada zaman mereka. ” (Bukhari. Hadith no.4090.)

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Terdapat dua golongan sahabat yang mempelajari bacaan al-Quran daripada Nabi s.a.w. Iaitu :

1. Golongan yang mempelajari al-Quran terus daripada Nabi s.a.w. seperti Ibn Mas’ud, Abu
Musa al-Ash’ari, Ubai, Zaid dan para sahabat lain yang termasuk golongan yang banyak
mendengar al-Quran daripada Nabi s.a.w.
2. Golongan yang mempelajari al-Quran daripada sahabat-sahabat yang lain seperti Ibn Abbas,
Abdullah bin al-Sa’ib dan lain-lain yang merupakan golongan sahabat yang lebih muda.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

3.0 ZAMAN RASULULLAH S.A.W. DI MAKKAH DAN MADINAH

3.1 PERINGKAT MAKKAH


Pada zaman pra Islam atau lebih dikenali sebagai zaman jahiliah kebanyakan penduduk
jazirah arabiah berada dalam keadaan buta huruf dan hanya sebilangan kecil sahaja yang mengenali
angka dan huruf yang membolehkannya menulis dan membaca. Menurut al- Salaby (1976:19)
antara penduduk Makkah yang mula-mula belajar menulis huruf arab ialah Sufyan bin Umayyah
dan Abu Qais bin Abd, Manaf, mereka belajar daripada Bishr Abd. Malik dari negeri Hirah

Mengikut Dr. Abdullah Isyak (1089:35) bahawa Ibnu Khaldun juga telah meriwayatkan
orang yang belajar menulis di Hirah pada masa itu ialah Sufyan bin Umayyah. Sesetengah pengkaji
menjelaskan Harb bin Umayyah, mereka belajar daripada Azlan bin Sidrah. Menurut Sejarah orang
yang mula-mula menulis dan membaca sebagai satu mata pencarian di tanah arab ialah seorang
yang berasal dari Wadi al-Qurra iaitu suatu perkampungan yang terletak di Madinah. Ia telah
berusaha memberi pelajaran mengenal huruf kepada beberapa orang penduduk Madinah.

Fakta diatas menjelaskan bahawa asal kota Makkah sememangnya tidak mengenali huruf,.
Ilmu angka dan huruf berasal dari Madinah. Al- Salaby (1976:19) menjelaskan orang Quraisy yang
pandai menulis dan membaca hanya lapan belas orang sahaja .

Kedatangan agama islam telah mengubah tamadun keilmuan jahiliah ini. Turunnya al Quran
sebagai kitabillah terakhir telah memaksa orang arab jahiliah mempelajari al-Quran samada huruf
atau tulisan untuk membolehkan mereka membaca la-Quran dan memahami isi al-Quran . Memang
benarlah al-Quran itu membimbing manusia dariapda Zulumat (kegelapan) kepada nur (cahaya).
Dalam surah al Baqarah 2:257 dan arahan membaca dalam surah al Alaq 96;1 melalui mengenali
huruf dan kemudian membolehkan mereka membaca. Manusia dapat melibatkan diri dengan proses
keilmuan yang membawa kepada arus kemajuan dan melauinya juga mereka akan mengalami
proses dari segi kognitf dan efektif.

Bagi mengatasi masalah arab Quraisy ini, baginda Rasulullah saw tidak jemu-jemu
menggalakkan orang Islam supaya belajar ekoran daripada wahyu pertama ayat 1-5 surah al Alaq.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Salah satu cara baginda Rasulullah saw mengembangkan ilmu menulis dan membaca ialah dengan
mengenakan syarat kepada tawanan-tawanan perang Badar yang boleh menulis dan membaca agar
setiap daripada orang tawanan itu dikehendaki mengajar 10 orang anak-anak daripada orang islam
membaca dan , menulis sehingga pandai sebagai ganti membebaskan diri.

Mengikut al-Abrashi (terjemahan h. Bustami 1970:60) baginda nabi juga menggunakan


kepakaran orang Yahudi dan Nasrani yang pandai menulis dan mambaca agar mengajar kemahiran
ini kepada kaum muslimin. Begitulah sifat marunahnya baginda dalam konteks ilmu dan
pendidikan.

Rasullallah saw menggunakan teknik rangsangan dengan mangarahkan umat islam agar
rajin menuntut ilmu seperti hadis baginda yang bermaksud:
“menuntut imu adalah wajib dikalangan muslimin dan muslimat”

Rasulullah saw meminta Shaffah al Adawiyah mengajarkan isteri nabi Saiyyiditina Hafsah
dengan pelajaran menulis dan membaca, dorongan dan galakan daripada baginda yang berterusan
ini, apatah lagi dalam menuntut ilmu hukumnya wajib maka para keluarga dan sahabat baginda
telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya. Seterusnya al-Abrashi (hal. 44) telah
menjelaskan bahawa atas suruhan baginda inilah menyebabkan jumlah orang islam pandai menulis
dan mengenal huruf telah bertambah. Dengan itu lahir lah jurutulis- jurutulis atau khatib yang diberi
tugas untuk mancatatkan ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis nabi setelah kawafatan baginda.
antaranya ialah Abi Ka’ab al-Ansari, Zaid bin Thabit, Uthman bin Affan dan lain-lain.

Pada peringat awal perkembangan islam ilmu pengetahuan dan pendidikan islam telah
sampai di rumah baginda dan rumah sahabat baginda seperti rumah al- Arqam bin al-Arqam,
Rasulullah saw menyampaikan ilmu-ilmu islam peringkat asasnya ilmu akidah dan ahklak . Pada
zaman Makkah ini Rasulullah saw berperanan sebagai seorang guru, murid-muridnya tediri
daripada kalangan dan para sahabat yang rapat dengan baginda manakala rumah baginda dan rumah
al-Arqam Bin al-Arqam beperanan sebagai intistusi pertama pendidikan islam.

Rasulullah saw menyampaikan setiap wahyu yang diterima atau setiap kali wajah diturun
kepada kaum keluarga baginda, para sahabat dan sekalian kaum muslimin secara terbuka.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Rasulullah berbuat demikian kerana tugas Rasullullah untuk menyampaikan ajaran islam dan
menyeru manusia ke jalan Allah, firman Allah yang bermaksud.
“wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan oelh Allah kepoada engkau
daripada tuhan engkau, kiranya engakau tuidak melakukan demikan, maka tidaklah
engakau menyampaikan risalah.” (Surah al-Maidah 5:67)

Bentuk pengajaran Rasulullah saw ialah membaca al-quran karim kepada para sahabat dan
menerang maksud ayatnya supaya dapat difahami dan di hayati serta diamalkan pada saat itu, juga.
Baginda Rasul juga menyuruh para sahabatnya mengahafal setiap ayat yang telah diajar di samping
Rasulullah saw menyeru para sahabatnya untuk menulis agar dapt sentiasa diulang kaji pada masa
yang lain.

Baginda Rasulullah saw menunjukkan dan melatih para sahabat dan semua kaum muslimin
agar mengamalkan serta mengamati segala pelajaran yang disampaikan oleh baginda .
Sesungguhnya nabi Muhammad saw ialah seorang rasul dan guru yang telah mendidik melatih dan
memandu umat islam dengan penuh tanggungjawab, mesra dan penuh perasaan kasih saying.
baginda Rasulullah s.a.w selalu menjadikan dirinya sebagai teladan dan contoh-contoh yang diikuti.

Para sejarawan islam telah memulakan kajian tentang pendidikan islam pada zaman
Rasulullah saw bermula dari Institusi al-Arqam bin al-Arqam di Assafah, Makkah pada tahun 610
masihi. Disinilah bermulanya era pendidikan islam dan Quran (Barnadib, 1985:85)

Pada zaman Makkah, hubungan perkembangan dakwah nabi selari dengan perkembangan
pendidikan islam. Dengan itu pendidikan nabi terhadap golongan pemeluk islam bertitik tolak
daripada gerakan dakwah nabi secara sulit selama kira-kira tiga tahun.

Ali al-Jamilathi dan Abu al-Tuwanisiah (1978) menerangkan bahawa Rasulullah saw telah
memulakan institusi pendidikannya di rumah al-Arqam bin al-Arqam di Assafah, Makkah pada
tahun khasnya terdiri daripada sahabat-sahabat nabi yang rapat dengan baginda termasuk keluarga
baginda, seperti isteri baginda Rasullallah saw kemudian berkembang menjadi tiga puluh lapan
orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. Pendidikan tersebut
telah di atur dan kendalikan oleh baginda nabi secara sulit selama tiga tahun.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Selain institusi pendidikan al-arqam bin al-arqam. Rasulullah saw juga menngunakan
rumahnya sebagai pusat pembelajaran. langkah pertama yang dilakukan oleh baginda dalam proses
pengajaran pembelajaran ialah melalui metod iqra (bacaan). iaitu dengan membaca ayat-ayat al-
quran yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada para sahabatnya melalui metod Tartil

Menurut Kassim Ahmad (1984) Rasulullah saw juga menekan kaedah penurunan wahyu
pada masa itu, satu era yang istimewa pada zaman pendidkan Rasulullah saw di peringkat makkah
ialah apabila diturunkan wahyu yang pertama kepada nabi Muhammad saw yang menekankan
konsep bacaan.

Para pengkaji sejarah islam menjelaskan bahawa isi kandungan pendidikan yang
disampaikan itu bergantung kepada wahyu daripada Allah swt sendiri. Maka dengan itu, kelahiran
Pendidikan islam adalah satu era baru bagi dunia pendidikan yang ada pada masa itu.

Bukan sahaja wahyu yang turun kepada nabi Muhammad saw itu sebagai bahan pengajaran
nabi bahkan ia juga merupakan sumber pendidikan Rasulullah saw kepada keluarga dan para
sahabat baginda , wahyu yang menekan persoalan akidah masyarakat Quraisy pada masa itu telah
dikuliahkan oleh agenda di Institusi dirumah Al-Arqam

Metodologi penyampaian Pendidikan islam kepada Murid-muridnya dilakukan secara :


1. Baginda membacakan ayat-ayat yang diterima kepada murid-muridnya
2. Menjelaskan maksud ayat
3. Dihafal
4. Mendidik dengah penuh kasih sayang

Keberkesanan pendidikan Rasulullah saw ini bukan sahaja dapat dicapai melalui aspek
kognitif malah juga aspek efektif dan psikomotor dalam bentuk amalan dan penghayatan . Sebagai
contoh keberkesanan tiga domain pendidikan di atas dapat dilihat daripada peristiwa murid baginda
Saad bin Abi Waqas dengan ibunya dan dijelmakan oleh Allah swt melalui surah yang bermaksud:

“dan kami wajibkan kepada manusia (berbuata) kebaikan kepada kedua-dua ibu bapanya.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

dan jika kedua-dua ibu bapanya mammaksa unutk mempersekutukan aku dengan seseuatu
yang tidak ada pengetahuan tentangya, maka jnganlah kamu mengikuti kedua-duanya.
hanya kepad akulah kamu akan kembali, lalau aku khabarkan kepadamu apa yang telah
kamu kerjakan”. (surah al-ankabut)

Sepanjang penglibatan baginda Rasulullah saw sebagai guru pendakwah atau seorang rasul,
baginda banyak menerima cabaran dan ugutan daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada ketua-
ketua kafir quraisy di makkah, segala penentangan mereka tidak di hiraukan oleh baginda . Baginda
tidak pernah tunduk dengan tawaran-tawaran yang diberikan kepadanya. sabda Rasulullah saw.
yang bermaksud
….bahawa sebenarnya aku di utuskan sebagai seorang pendidik.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

3.2 PERINGKAT MADINAH


Perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam lebih pesat dan menggalakakkn
apabia Rasulullah ke madinah pada tahu 622 kasihi . Perkembangan ini berkait rapat dengan
peranan masjid yang telah didirikan oleh Rasulullah s.a.w. Disana masjid telah di jadikan markas
kegiatan sosial dan kemasyarakatan selain daripada tempat ibadah. kegiatan ini termasuklah proses
pembelajaran dan pendidikan.

Bagi memastikan kesucian masjid sebagai tempat ibadah maka nabi telah membina surau
yang bersambung dengan masjid tersebut, surau itu dikenali dengan nama al-suffah. ia boleh
dikatakan sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan pengajaran pembelajaran yang dijalankan disitu
lebih sistemetik dan formal. Manakala metode pengajaran adalah dalam bentuk halaqah yang
disampaikan melalui kaedah syarahan dan praktikal. Sejajar dengan perkembangan dan tersusun.
Pelbagai aspek kehidupan dipelajari dan diajar kepada mereka.

Memandangkan kepesatan perkembangan islam maka lebih banyak sekolah didirikan pada
masa itu. dikatakan terdapat sembilan buah sekolah yang telah dibina pada zaman Rasulullah saw.
antaranya yang terpenting ialah sekolah Kaabah. Rasulullah saw selalu melawat sekolah berkenaan
serta mengadakan serta mengadakan perbincangan dengan murid-muridnya. Baginda juga
menghantar ramai guru untuk mengajar di seluruh wilayah islam di semenanjung tanah arab.

Fakor utama Rasulullah saw berhijrah ke Madinah kerana gesaan Allah swt. akibat ancaman
orang quraisy yang semakin membahayakan sehingga baginda di Madinah terus membina sebuah
masjid yang diberi nama Masjid Quba' yang kemudiannya menjadi intitusi pendidikan terpenting.

Masjid Quba Rasulullah saw terus mengumpulkan umat islam dan memperkenalkan sistem
Halaqah di masjid tersebut .Selepas menunaikan solet berjemaah, para muslimin duduk
mengelilingi nabi dalam separuh bulatan untutk mendengar pengajaran nabi tentang agama islam.
Ekoran penerimaan serta sokongan tempatan madinah daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Baginda menyususkan strategi pengajaran dalam tiga bentuk iaitu :

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

1. Pendidikan Rasulullah saw dalam bentuk umum


Ia dijalankan sendiri oleh Rasulullah saw dan oleh para sahabat baginda di dalam dan
diluar kota Madinah. dari segi metodologi pengajaran Rasulullah saw menggunakan
pendekatan khutbah dan halaqah. Kaedah khutbah digunakan ketika baginda
mengajar di masjid manakala bentuk halaqah diadakan di rumah baginda sendiri atau
di rumah para sahabat. Kandungan pengajaran baginda meliputi sembilan kandungan
antaranya akidah, syariah dan huraian isi wahyu yang mencakupi siasah (politik),
ijtimaiyyah (sosial) dan iqtisyho diyah(ekonomi)

Dari segi pelajar dalam sistem pendidikan umayyah ini terdiri daripada pelbagai lapisan
umur dan status hidup daripada kalangan kaum lelaki dan wanita, kecil dan tua. kaedah
pengajaran baginda selain dua metode di atas ialah:
a) Amalan
Semua ajaran baginda yang berkaitan dengan suruhan dan larangan Allah
dibuat secara terus dan diri peribadi nabi menjadi ikutan, contoh serta
teladan melalui qudwah hsanah. Antara contoh dan teladan
“nabi melakukan sesuatu sesuatu perbuatan (sunnah) agar menjadi
petunjuk kepada umatnya”
b) Pendekatan jiwa
Kasih sayang nabi kepada umatnya sering ditunjukkan telah menambat hati
murid untuk patuh dan taat keapada baginda Rasulullah.
2. Pengajaran Nabi dalam Bentuk Khususiah.
 Pendidikan ini dikhususkan kepada kanak-kanak, tawanan perang dan sahabat nabi.
Rasulullah mendidik kanak-kanak dengan menggunakan kaedah teguran, suruhan,
amalan, qudwah hasanah dan member pengajaran dengan mengambil iktibar daripada
cerita-cerita yang berbentuk Bashir Wa-Nazir.
Kenyataan diatas dapat dilihat melalui riwayat daripada Omar ibn Salmah, beliau berkata :
sewaktu saya masih kecil dan berada di bawah jagaan baginda Rasulullah S.a.w. baginda
berkata kepada saya :
“Wahai kanak-kanak, bacalah bismillah sebelum makan dan makanlah dengan tangan
kanan serta ambillah makanan yang paling hamper dengan kamu dahulu”
Inilah kaedah-kaedah yang harus diterapkan kepada pendidik untuk mendidik anak-anak

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

murid atau pelajar yang berada di bawah umur.


3. Pendidikan melalui Institusi (madrasah)
 Proses pengajaran yang lebih sistematik digunakan oleh Nabi iaitu dapat dilihat melalui
institusi tersebut yang dinamakan sebagai madrasah bermaksud sekolah. Melalui system
ini terdapat dua peringkat :
i. Menulis dan membaca
ii. Ashab Assaffah

Proses menulis dan membaca ini ditujukan kepada kanak-kanak. Mustaffa (1985),
rasulullah s.a.w menggunakan bebrapa orang tawanan Perang Badar yang terdapat daripada kaum
musyrikin yang berkebolehan menulis dan membaca untuk mengajar kanak-kanak muslim atas
kadar seorang tawanan dengans epuluh orang kanak-kanak islam. Mereka perlu mengajar kanak-
kanak islam ini sehingga mereka pandai dan ini merupakan jaminan kebebasan tawanan tersebut.

Dimana pada peringkat Ashab Assaffah pula merupakan peringkat golongan pemuda belia,
Rasulullah s.a.w dan para sahabat menerapkan ilmu kepada golongan belia ini dengan tentang ilmu
syarak, kemasyrakatan, ekonomi, pendidikan jasmani dan politik sebagai persiapan hidup pada
masa yang akan datang.

Kedua-dua peringkat pendidikan ini dibuat disekeliling masjid dan di bangunan-


bangunanyang dikhaskan untuk pendidikan islam. Untuk memastikan kesucian masjid sebagai
tempat ibadah, nabi telah membina surau yang bersambung dengan masjid tersebut dan dikenali
sebagai Al-Suffah.

As-suffah ini dikenali sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan pengajaran pembelajaran
yang dijalankan lebih sistematik dan formal. Hal ini kerana ia dijalankan di kawasan masjid dan
keadah pengajaran yang digunakan adalah halaqah yang disampaikan melalui kaedah syarahan dan
pratikal.

Kesan daripada peperangan menentang kaum musyrikin penganut islam semakin bertambah
lantaran kejayaan Rasulullah dalam mentarbiyah mereka. Baginda telah membahagikan murid-
murid kepada tiga golongan iaitu :

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

1. Kanak-kanak diberi pendidikan dalam bentuk khususiyah


2. Kaum lelaki dewasa, diberikan pendidikan umumiyyah.
3. Kaum wanita dewasa, diberikan pendidikan umumiyyah.

Hasil daripada rasulullah dalam bidang penulisan ini maka lahirlah tokoh-tokoh sahabat
yang berkemahiran membaca dan menulis seperti Abi Ka’ab, al-Ansori, Zaid bin Thabit, Othman
bin Affan dan lain-lain yang antaranta dilantiik menjadi jurutulis nabi untuk menulis dan membaca
surat-surat sama ada untuk dihantar ke Rom, Parsi atau yang diterimanya dari Negara luar dalam
hubungan diplomatik antara madinah dan Eropah.

Kota Madinah pada masa itu telah menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan
pendidikan. Pelbagai jenis ilmu yang telah disebarkan di Madinah iaitu di Jazirah Arabiah dan
Negara-negara sekitarnya. Di Madinah telah terdapat Sembilan buah masjid yang berperanan
sebagai institusi pendidikan nabi. Antara sekolah yang terkemuka iaitu sekolah Kaabah.

3.3 PERBEZAAN CIRI PEMBINAAN PENDIDIKAN AL-QURAN DI KOTA MAKKAH


DAN MADINAH
 Period kota Makkah:
Teras pembinaan pendidikan islam di kota Makkah adalah pendidikan tauhid,
titikberatnya adalah menanamkan nilai-nilai tauhid ke dalam jiwa setiap
individu muslim, agar jiwa mereka terpancar sinar tauhid dan tercermin dalam
perbuatan dan tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari.
 Period kota Madinah:
Pokok pembinaan pendidikan islam di kota Madinah dapat dikatakan sebagai
pendidikan sosial dan politik, yang merupakan kelanjutan dari pendidikan
tauhid di Makkah, iaitu pembinaan di bidang pendidikan sosial dan politik agar
dijiwai oleh ajaran , merupakan cermin dan pantulan sinar tauhid tersebut.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

3.4 BAHAN PENGAJARAN (SILIBUS) RASULULLAH S.A.W.


Menurut Ghazali Darussalam, Wahyu merupakan bahan pengajaran (sukatan) dalam proses
mendidik atau mengajar pengikutnya. Ia berbentuk Al-quran mahupun hadis. Ini dapat dinyata dan
dijelaskan bahawa baginda s.a.w. tidak bercakap atau mengajar sesuatu melainkan ditunjuk oleh
wahyu sepertimana dalam firman allah yang bermaksud :
“Dan tiadalah yang diucapkan itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada
lain hanyalah wahyu yang di wahyukan”
(surah Al-Najm, 53:3-4)

Maka dengan itu, bahan pengajaran Rasulullah adalah lengkap dan sempurna hal ini kerana
wahyu yang datang adalah daripada allah s.w.t. Al-quran ialah kitab yang sedikit pun tiada
kekurangan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Tiadalah kami alpakan suatu pun dalam al-Kitab”

Dengan bahan pengajaran yang telah diwujudkan oleh nabi iaitu Al-quran. Kita sebagai
umatnya dan pendidik harus mengikut apa yang telah rasulullah s.a.w. tetapkan. Semestinya bahan
yang disediakan itu berlandaskan syariat Islam dan hukum Allah.

3.5 KURIKULUM PENDIDIKAN AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W


Kurikulum pendidikan pada zaman Rasulullah sangat sulit, sebab Rasul mengajar pada
sekolah kehidupan yang luas tanpa dibatasi dinding kelas. Rasulullah memanfaatkan berbagai
kesempatan yang mengandungi nilai-nilai pendidikan dan rasulullah menyampaikan ajarannya
dimana saja seperti di rumah, di masjid, di jalan, dan di tempat-tempat lainnya.

Sistem pendidikan islam lebih bertumpu kepada Nabi, sebab selain Nabi tidak ada yang
mempunyai keutamaan untuk menentukan isi-isi pendidikan islam. Dapat dibezakan menjadi dua
period:

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Makkah
 bahan yang diajarkan hanya berkisar pada ayat-ayat Makiyyah sejumlah 93 surat dan
petunjuk-petunjuknya yang dikenal dengan sebutan sunnah dan hadits.
 bahan yang diajarkan menerangkan tentang kajian keagamaan yang menitikberatkan pada
keimanan, ibadah dan akhlak.

Madinah
 pendidikan yang dilakukan Nabi pertama-tama membangun lembaga masjid, melalui masjid
ini Nabi memberikan pendidikan islam.(al-Quran)
 Bahan pendidikan islam(al-Quran) yang diajarkan berkisar pada bidang keimanan, akhlak,
ibadah, kesihatan jasmani dan pengetahuan kemasyarakatan

Metod yang dikembangkan oleh Nabi adalah:


a. Bidang keimanan: melalui soal jawab dengan penghayatan yang mendalam dan di dukung
oleh bukti-bukti yang rasional dan ilmiah.
b. Bahan ibadah : disampaikan dengan metod demonstrasi dan peneladanan sehingga mudah
didikuti masyarakat.
c. Bidang akhlak: Nabi menitikberatkan pada metod peneladanan. Nabi tampil dalam
kehidupan sebagai orang yang memiliki kemuliaan dan keagungan baik dalam ucapan
maupun perbuatan.

3.6 KEBIJAKSANAAN RASULULLAH S.A.W DALAM PENDIDIKAN


Untuk melaksanakan fungsi utamanya sebagai pendidik, Rasulullah telah melakukan
serangkaian kebijaksanaan yang amat sistematik serta sesuai dengan situasi dan keadaan.

Proses pendidikan pada zaman Rasulullah berada di Makkah belum berjalan sebagaimana
yang diharapkan. Hal yang demikian belum di mungkinkan, kerana pada saat itu Nabi
Muhammmad belum berperanan sebagai pemimipin atau ketua Negara, bahkan baginda dan para
pengikutnya berada dalam bayang-bayang ancaman pembunuhan dan kaum kafir quraisy. Selama di
Makkah pendidikan berlangsung dari rumah ke rumah secara sembunyi-sembunyi.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Diantaranya yang terkenal adalah rumah Al- Arqam. Langkah yang bijak dilakukan Nabi
Muhammad SAW pada tahap awal islam ini adalah melarang para pengikutnya untuk
menampakkan keislamannya dalam berbagai hak.tidak menemui mereka kecuali dengan cara
sembunyi-sembunyi dalam mendidik mereka.

Setelah masyarakat islam terbentuk di Madinah barulah, barulah pendidikan islam (al-
Quran) dapat berjalan dengan berleluasa dan terbuka secara umum.dan kebijaksanaan yang telah
dilakukan Nabi Muhammmad ketika di Madinah adalah:
a. Membangun masjid di Madinah. Masjid inilah yang selanjutnya digunakan sebagai pusat
kegiatan pendidikan dan dakwah.
b. Menyatukan berbagai potensi yang semula saling berserakan bahkan saling bermusuhan.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

3.7 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN RASULULLAH S.A.W

Menurut Ghazali Darussalam dalam bukunya Pedagogi Pendidikan Islam telah menyatakan
pelbagai langkah dan cara yang Rasulullah telah anjurkan untuk dalam bidang pendidikan supaya
semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara langkah yang diambil oleh baginda ialah :
Mewujudkan pusat pendidikan
a. Banyak institusi yang digunakan oleh baginda bagi tujuan untuk mengajar ajaran
islam kepada umatnya. Antara pusat-pusat atau tempat pendidikan ialah :
1. Rumah sebagai pusat pendidikan
Sejak awal kerasulan bagi lagi, rumah dijadikan tempat pendidikan kepada
pengikutnya. RUmah Al-Arqam bin Abi al-Arqam menjadi pusat pengajaran dan
pusat pertemuan baginda bersama para sahabat. Selain itu juga, ia dijadikan tempat
menyampaikan ajaran agama Islam kepada kaum muslimin. Dan buat pengetahuan
semua keadah ini berkekalan sehingga baginda berhijrah ke Madinah.
2. Tempat Umum dan terbuka.
Rasulullah s.a.w. juga diperintahkan supaya menyampaikan ajarannya secara terang-
terangan oleh Allah s.w.t. dimana dalam firman Allah yang bermaksud :
“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang
diperintahkan kepadamu dan berpalinglah daripada orang yang musyrik”
(Surah al-Khijr,15:94)
Setelah itu, baginda bergerak ke Bukit Safa yang menjadi kelaziman orang Quraisy
dijadikan sebagai tempat mengumpulkan orang ramai.
3. Institusi Masjid
Antara masjid yang menjadi tempat pengajaran Islam iaitu Masjid Quba’ dan Masjid
An-Nabawi. Selain itu terdapat Sembilan buah masjid yang terdapat di Madinah
menjadi tempat pendidikan. Umat Islam di Madinah mengantar anak-anak mereka ke
masjid untuk diberikan pendidikan. Selepas pembukaan Kota Mekah, Baitullah
menjadi pusat pengajaran Islam untuk seluruh kaum muslimin.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

4. Pengajaran Kepada Masyarakat Terdekat


Nabi telah memulakan pendidikan al-quran dengan mendahulukan kaum kerabatnya
sebagaimana firman firman Allah Swt :

Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat


(Qs.As-Syu'ârâ;214)

Pada peringkat pertama, orang yang paling awal memeluk Islam adalah isterinya,
Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar bin as-Siddq, Zaid bin Harithah dan Abi Bin
Abi Talib. Kesemuanya adalah sahabat terdekat Rasulullah. Setelah itu, Islam
semakin berkembang luas dan menyebar ke seluruh pelosok. Inilah sebabnya
pendidikan yang baik adalah yang dimulai dari rumah oleh orang tua kepada anak-
anaknya. Sebagaimana sabda Rasulullah :

"Ajarlah anak-anakmu (dengan ilmu pengetahuan) kerana sesungguhnya mereka


dijadikan untuk zaman yang lain daripada kamu."

5. Berlaku Adil Terhadap Anak Didik


Dalam menyampaikan ajaran Islam, Rasulullah diajarkan oleh Allah supaya tidak
berlaku diskriminasi. Baginda rasulullah diperingatkan Allah ketika Abdullah bin
Ummu Maktum datang hendak menemui baginda. Pada saat itu, Rasulullah sedang
berbincang dengan para pembesar Quraisy dan Rasulullah telah bermasam muka.
Maka turunlah ayat Al-Quran sebagai teguran akan kesilapan baginda itu :

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling kerana telah datang seorang buta
kepadanya.(Qs.'Abasa ;1-2)

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

3.8 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH S.A.W.


Menurut Ghazali Darussalam dalam bukunya Pedagogi dalam Pendidikan Islam iaitu
menerangkan Rasulullah s.a.w. Mempunyai pelbagai cara dalam menyampaikan pengajarannya
kepada umatnya dan orang lain. Antara kaedah yang bersifat kognitif, efektif dan berbentuk
psikomotor.

Terdapat banyak pengajaran yang disampaikan oleh baginda s.a.w dengan menggunakan
kaedah ini, antaranya :
1. Kuliah dan khutbah atau pidato.
Ini adalah cara pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w iaitu kuliah dan berkhutbah
atau pidato yang seringnya disampaikan di Masjid dan juga dirumah. Ini jelas bahawa
Rasulullah s.a.w mengajar kaum muslimin dengan berkhutbah di masjid pada setiap hari
Jumaat.
Pada musim haji juga baginda berucap di Arafah, Mina, Perigi Ghadir dan di Uhud. Pada
pengajaran ini hanya baginda sahaja yang bercakap dan umatnya hanya mendengar apa yang
baginda ucapkan.
2. Halaqah
Sepanjang pendidikan baginda kepada para sahabat, baginda amat gemar menggunakan
kaedah halaqah dimana Rasulullah s.a.w bersila di dalam masjid yang dikelilingi oleh
umatnya. Kesan daripada pengajaran yang dilakukan oleh baginda adalah konsep pengajaran
dua hala. Iaitu kaedah ini masih digunakan oleh semua pendidik terutama di peringkat
tertinggi.
3. Soal Jawab
Rasulullah s.a.w juga menggunakan cara pembelajaran secara soal jawab. Hal ini jelas
dimana Rasulullah s.a.w di suatu masa telah soal jawab dengan malaikat Jibril tentang rukun
Iman, rukun Islam, tentang Ihsan dan tentang Kiamat. Baginda bersoal jawab dengan tujuan
untuk mengajar kepada orang ramai.
4. Hafalan
Teknik ini adalah salah satu teknik yang terdapat dalam pribadi Rasulullah, terbukti ketika
Rasulullah menerima wahyu Allah yang pertama, beliau bersungguh-sungguh dan terus
menerus menghafalnya agar tidak lupa.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

5. Perdebatan
Teknik ini digunakan ketika perdebatan tentang Ibrahim dengan Raja Namrud. Al-Quran
telah menjelaskan hal ini, melalui firman Allah yang berbunyi :

"Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang mendebat Nabi Ibrahim tentang Tuhannya
(Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan) ketika
Nabi Ibrahim berkata. 'Tuhanku ialah Allah yang menghidupkan dan mematikan;
Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dari Barat, lalu
terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.
'"(Qs.Al-Baqarah ;258)

6. Penceritaan
Dalam menyampaikan ajaran Islam, Rasulullah banyak menggunakan metode bercerita. Hal
ini terlihat kerana di dalam terdapat banyak cerita-cerita lampau berkaitan dengan nabi-nabi
dan umat terdahulu.
7. Menggunakan Bahasa Isyarat.
Dalam menyampaikan pengajaran, Rasulullah juga sering menggunakan gaya atau isyarat
dengan anggota badan Rasulullah. Contohnya ketika beliau menjawab pertanyaan tentang
orang yang memelihara anak yatim, seperti yang digambarkan dalam sabdanya :
"Aku dan orang yang memelihara anak yatim seperti dua ini (diisyaratkan ibu jari dan jari
tengah)"

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

4.0 SEJARAH PENDIDIKAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAHABAT


Menurut Prof. Dr Hassan Langgulung(1988) dalam buku Asas-asas Pendidikan Islam
menerangkan bahawa bertahun-tahun pemerintahan Khulafa al-Rasyidin merupakan perjuangan
terus menerus antara hak yang mereka bawa dan dakwahkan kebatilan yang mereka perangi dan
musuhi. Pada zaman khulafa al-Rasyidin seakan-akan kehidupan Rasulullah SAW itu berulang
kembali. Pendidikan islam masih tetap memantulkanAl-Qur’an dan Sunnah di ibu kota khilafah di
Makkah, di Madinah dan di negeri- negeri lain yang ditakluki oleh orang-orang islam. Prof. Dr.
Hasan Langgulung, Asas-asas Pendidikan Islam, Jakarta: Pustaka Husna, 1988. Hal 121

Berikut penguraian tentang pendidikan Islam(al-Quran) pada masa Khulafa al- Rasyidin:

A. Masa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Menurut Prof. Dr. H. Samsul Nizar, M.ag (2008) dalam bukunya Sejarah
Pendidikan Islam pola pendidikan al-Quran pada masa Abu Bakar masih seperti pada masa
Nabi, baik dari segi isi kandungan mahupun lembaga pendidikannya. Dari segi isi
kandungan pendidikan Islam terdiri daripada pendidikan tauhid atau keimanan, akhlak,
ibadah, kesihatan, dan sebagainya. Menurut Ahmad Syalabi lembaga untuk belajar membaca
menulis ini disebut dengan Kuttab. Kuttab merupakan lembaga pendidikan yang dibentuk
setelah masjid, selanjutnya Asama Hasan Fahmi mengatakan bahwa Kuttab didirikan oleh
orang-orang Arab pada masa Abu Bakar dan pusat pembelajaran pada masa ini adalah
Madinah, sedangkan yang bertindak sebagai tenaga pendidik adalah para sahabat rasul
terdekat.

Lembaga pendidikan Islam(al-Quran) masjid, masjid dijadikan sebagai benteng pertahanan


rohani, tempat pertemuan, dan lembaga pendidikan Islam, sebagai tempat shalat berjama’ah,
membaca Al-qur’an dan lain sebagainya.

B. Masa Khalifah Umar bin Khattab

Menurut Prof. Dr. H. Samsul Nizar, M.ag dalam bukunya Sejarah Pendidikan Islam
berkaitan dengan masalah pendidikan , khalifah Umar bin Khattab merupakan seorang
pendidik yang melakukan penyuluhan pendidikan di kota Madinah, beliau juga menerapkan
pendidikan di masjid-masjid dan pasar-pasar serta mengangkat dan menunjuk guru-guru

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

untuk tiap-tiap daerah yang ditaklukan itu, mereka bertugas mengajarkan isi Al-qur’an dan
ajaran Islam lainnya. Adapun metod yang mereka pakai adalah guru duduk di halaman
masjid sedangkan murid melingkarinya.

Pelaksanaan pendidikan di masa Khalifah Umar bin Kattab lebih maju, sebab selama Umar
memerintah Negara berada dalam keadaan stabil dan aman, ini disebabkan disamping telah
ditetapkannya masjid sebagai pusat pendidikan juga telah terbentuknya pusat-pusat
pendidikan Islam di berbagai kota dengan ilmu yang dikembangkan, baik dari segi ilmu
bahasa, menulis, dan pokok ilmu-ilmu lainnya.

Pendidikan dikelola di bawah pengaturan gabernor yang berkuasa saat itu,serta diiringi
kemajuan di berbagai bidang, seperti jawatan pos, kepolisian, baitulmal dan sebagainya.
Adapun sumber gaji para pendidik waktu itu diambilkan dari daerah yang ditaklukan dan
dari baitulmal.

C. Masa Khalifah Usman bin Affan.

Menurut Prof. Dr. H. Samsul Nizar, M.ag dalam bukunya Sejarah Pendidikan Islam pada
masa khalifah Usman bin Affan, pelaksanaan pendidikan Islam(al-Quran) tidak jauh berbeza
dengan masa sebelumnya. Pendidikan di masa ini hanya melanjutkan apa yang telah ada,
namun hanya sedikit terjadi perubahan yang mewarnai pendidikan Islam. Para sahabat yang
berpengaruh dan dekat dengan Rasulullah yang tidak diperbolehkan meninggalkan Madinah
di masa khalifah Umar, diberikan kelonggaran untuk keluar di daerah-daerah yang mereka
sukai. Kebijaksanaan ini sangat besar pengaruhnya bagi pelaksanaan pendidikan di daerah-
daerah.

Proses pelaksanaan pola pendidikan pada masa Usman ini lebih ringan dan lebih mudah
dijangkau oleh seluruh peserta didik yang ingin menuntut dan belajar Islam dan dari segi
pusat pendidikan juga lebih banyak, sebab pada masa ini para sahabat memilih tempat yang
mereka inginkan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat.

Tugas mendidik dan mengajar umat pada masa ini diserahkan pada umat itu sendiri, ertinya
pemerintah tidak mengangkat guru-guru, dengan demikian para pendidik sendiri
melaksanakan tugasnya hanya dengan mengharapkan keridhaan Allah.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

PENULISAN AL-QURAN DI ZAMAN SAIDINA UTHMAN IBN AFFAN

Di zaman khalifah Uthman Affan, Islam telah berkembang luas sehingga ke Afrika di barat
dan ke Azarbaijan di timur. Dengan demikian terdapat ramai orang Islam bertaburan di
merata tempat, khasnya negeri-negeri yang baru dibuka. Guru-guru dalam kalangan sahabat
telah dihantar ke negeri-negeri berkenaan untuk mengajar al-Quran dan pengetahuan Islam.
Masing-masing membaca al-Quran mengikut bacaan sahabat atau guru yang dihantar ke
situ.

Dengan demikian terdapat sedikit kelainan bacaan antara satu tempat dengan tempat lain.
Ada yang mengikut bacaan Ubai bin Ka’ab, ada pula yang membaca mengikut bacaan Ibnu
Mas’ud dan di tempat lain mengikut bacaan Abu Musa al-Ash’ari. Masing-masing
mengatakan bacaannya sahaja yang betul dan ada menyalahkan orang lain. Hal ini telah
berlarutan hingga sampai ke satu tahap yang menimbulkan persengketaan yang hampir-
hampir mencetuskan pergaduhan sesama muslimin. Sebenarnya sahabat-sahabat besar
menerima al-Quran daripada Rasulullah dengan tujuh jenis bacaan (qiraat). Apabila mereka
mengajar, mereka hanya mengajar satu jenis bacaan yang mereka minat sahaja. Dengan
sebab itu terdapat perbezaan bacaan pada tempat-tempat tertentu.

Seorang sahabat yang bernama Huzaifah bin al-Yaman yang baru balik dari negeri Syam
setelah selesai pembukaan Armenia dan Azarbaijan memberitahu hal ini kepada Saidina
Uthman. Beliau mencadangkan supaya diambil sesuatu tindakan untuk menyelamatkan umat
Islam. Tindakan yang dimaksudkan itu ialah menulis semula al-Quran dalam beberapa
naskah dan dihantar ke semua negeri Islam. Dengan demikian, orang Islam boleh membaca
al-Quran dengan cara yang sama seperti yang tertulis itu.

Uthman bersetuju dengan cadangan ini dan terus meminta Suhuf yang ditulis di zaman Abu
Bakar yang masih ada di tangan Hafsah binti Umar al-Khattab. Zaid bin Thabit sekali lagi
dilantik menjadi ketua panitia pengumpulan al-Quran di peringkat ini. Mereka terdiri
daripada Abdullah bin Zubair, Said bin al-’As dan Abdul Rahman bin al-Harith.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Mereka disuruh supaya menulis semula dengan baik mengikut lahjah atau loghat Arab
Quraish. Al-Quran yang ditulis ini tidak mempunyai titik dan baris (tanda bacaan). Ini
adalah untuk meraikan Qiraat Tujuh. Mengikut as-Sayuti, penulisan ini dibuat dalam lima
naskah untuk dihantar ke bandar-bandar besar seperti Kufah, Basrah, Makkah, Yaman dan
lain-lain. Naskah-naskah lain yang pernah ditulis oleh sahabat di zaman Rasulullah
diperintah supaya dibakar semuanya. Semua orang Islam disuruh membaca al-Quran
mengikut seperti dalam mushaf ini.

Inilah al-Quran yang disebut Mushaf Uthmani yang ada pada kita sekarang. Cuma mushaf
yang ada sekarang telah ditulis dengan khat yang baik dan diletakkan titik dan baris dengan
sempurna untuk memudahkan orang yang bukan arab membacanya. Usaha meletakkan baris
diusahakan oleh Abul-Aswad Ad-Duali dengan izin khalifah dan usaha ini disempurnakan
dalam kurun pertama hijrah.

Itulah tiga peringkat penulisan al-Quran iaitu di zaman Rasulullah, Abu Bakar dan Uthman.
Ketiga-tiga peringkat ini mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri kenapa tindakan
penulisan itu perlu dibuat. Peringkat pertama sebagai rekod segala wahyu diturunkan dan
untuk rujukan dikala lupa. Peringkat kedua takut kehilangan al-Quran kerana kematian para
huffaz dan peringkat ketiga ialah untuk kesatuan bacaan dan perpaduan ummah di samping
mengelakkan perpecahan.

Sebagai orang Islam, kita patut bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Allah
dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah berusaha menulis al-Quran dalam
sebuah naskah yang akhirnya menjadi mushaf-mushaf yang banyak seperti yang kita dapati
hari ini. Demikian juga dengan usaha meletakkan tanda-tanda al-Quran, baris, titik dan
sebagainya. Tanpa ada usaha ini mungkin sangat sukar bagi orang bukan arab untuk
membacanya.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

PERMULAAN WAHYU SELEPAS PENULISAN AL-QURAN PADA ZAMAN


SAIDINA UTHMAN

Dari Aisyah, Ummul Mukminin, Radhiyallah ’Anha berkata, ” Wahyu yang pertama yang
diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah mimpi yang benar dalam tidur. Dia tidak melihat
dalam mimpi, kecuali datang seperti falaq (fajar) subuh, kemudian setelah itu, dia suka
menyendiri dan dia menyendiri di Gua Hira. Dia bertahannuts (khalwat) di dalamnya,
beribadah selama beberapa malam. Sebelum meninggalkan keluarganya, dia membawa
bekal, kemudian kembali ke Khadijah, kemudian membawa bekal lagi untuk berikutnya. Ia
terus berulang hingga datanglah kebenaran dalam kondisi dia berada di Gua Hira.

Malaikat datang dan berkata, ’’ Bacalah ! ” Dia berkata, ” Saya tidak boleh membaca. ” Dia
memelukku hingga terasa sesak, kemudian dia melepaskanku, kemudian setelah itu, dia
minta saya membaca, saya katakan, ” Saya tidak boleh membaca” , kemudian dia kembali
memelukku untuk yang kedua kalinya sehingga saya measa tersesak, kemudian
melepaskanku dan berkata, ” Bacalah.” Saya katakan, ” Saya tidak boleh membaca.”
Kemudian dia kembali memelukku yang ketiga kalinya, kemudian melepaskanku’, dia
berkata,” Bacalah dengan nama Rabb-mu yang telah menciptakan manusia dari ’alaq
(segumpal darah yang menempel), bacalah dengan nama Rabb-mu yang Maha Mulia.

D. Masa Khalifah Ali bin Abi Thalib

Menurut Prof Dr. H. Samsul Nizar, M.ag menyatakan dalam bukunya iaitu pada masa Ali
telah terjadinya kekacauan dan pemberontakan, sehingga di masa ia berkuasa
pemerintahannya tidak stabil. Dengan kericuhan politik pada masa Ali berkuasa, kegiatan
pendidikan Islam(al-Quran) mendapat hambatan dan gangguan. Pada saat itu ali tidak
sempat lagi memikirkan masalah pendidikan sebab keseluruhan perhatiannya itu
ditumpahkan pada masalah keamanan dan kedamaian bagi seluruh masyarakat Islam.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Adapun pusat-pusat pendidikan pada masa Khulafa al-Rasyidin antara lain:

1. Makkah

Guru pertama yang mengajar di Mekah setelah Mekah ditakluki ialah Muaz bin
Jabal. Beliaulah yang mengajar al-Quran dan perkara halal haram dalam Islam.

2. Madinah

Lebih terkenal dan lebih mendalam ilmunya kerana di sana terdapat Khalifah Abu
Bakar, Umar, Ali, Zaid bin Thabit serta sahabat-sahabat Nabi Muhammad.

3. Basrah

Sahabat yang terkenal ialah Abu Musa al-Asyari dan Anas bin Malik.

4. Kuffah

Sahabat yang tinggal di Kufah ialah Ali bin Abu Talib dan Abdullah bin Mas’ud.
Tugas Ibn Mas’ud ialah mengajar al-Quran dan ilmu agama. Beliau diutus oleh Umar
al-Khattab ke Kufah untuk menjadi guru.

5. Damsyik (Syam)

Setelah negeri Syam menjadi sebahagian negara Islam dan penduduknya ramai
memeluk Islam, maka Saidina Umar menghantar tiga orang guru agama ke negeri itu
iaitu Muaz bin Jabal, Ubadah dan Abu Dardak al-Dardak. Mereka mendirikan
madrasah agama dan mengajar al-Quran serta ilmu agama pada tiga tempat iaitu Abu
al-Dardak di Damsyik, Muaz bin Jabal di Palestin dan Ubadah di Hims.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

4.1 TINGKATAN PELAJARAN ILMU YANG DIAJARKAN

Pada masa khalifah-khalifah al-Rasyidin sebenarnya telah ada tingkat pengajaran hampir
serupa seperti sekarang. Tingkat pertama ialah Kuttab, tempat murid-murid belajar menulis dan
membaca, menghafal al-Quran serta belajar dasar-dasar agama Islam. Setelah tamat al-Quran,
mereka meneruskan pelajaran ke masjid. Pelajaran di masjid itu terdiri dari peringkat menengah dan
peringkat tinggi. Pada peringkat menengah gurunya belumlah ulama besar, sedangkan pada
peringkat tinggi gurunya ulama yang dalam ilmunya dan terkenal kealiman dan kesahihannya.

Umumnya guru memberikan pelajaran kepada murid-murid seorang demi seorang sama ada
di Kuttab atau di masjid pada peringkat menengah. Pada peringkat tinggi pelajaran diberikan oleh
guru dalam satu halaqah yang dihadiri oleh para pelajar.

4.2 SUMBANGAN BESAR DALAM PENDIDIKAN UMMAH


Saidina Uthman seorang khalifah yang berjasa besar dalam bidang pendidikan umat Islam.
Pemerintahan beliau dilanda masalah dengan sebab pasukan tentera Islam bercanggah dalam bacaan
al-Quran. Percanggahan itu hampir menimbulkan perpecahan dalam kalangan sesama tentera dan di
antara panglima-panglima. Hal ini berlaku disebabkan perbezaan mashaf yang mereka miliki.
Pertelingkahan bacaan al-Quran ini melarat kepada orang-orang Hims, Kufah dan Basrah. Orang
yang menyedari keadaan ini ialah Huzaifah ibnul Yaman yang dengan segera memberitahu Khalifah
Uthman demi menyelamatkan umat Islam daripada pertelingkahan seperti yang berlaku kepada
umat Yahudi dan Nasrani.

Saidina Uthman segera mengarahkan supaya al-Quran yang ada pada Hafsah binti Umar
disalin sebanyak enam salinan. Tugas yang amat berat ini dilaksanakan oleh sebuah jawatankuasa
yang diketuai oleh sahabat besar, Zaid bin Thabit berpandukan kepada hafalan para hafiz dan
dirujukkan kepada bacaan Quraisy kerana al-Quran

diturunkan mengikut dialek tersebut. Al-Quran yang telah dibukukan itu dipanggil ” Mashaf
” dan dikenali dengan ” Mashaf Uthmani ”. Salinan-salinan tersebut kemudian dihantar ke negeri-
negeri Islam dan diperintahkan supaya Mashaf yang lain daripada itu dibakar.Tindakan tegas
saidina Uthman itu telah menyelamatkan umat Islam daripada perpecahan yang boleh merosakkan
masa depan Islam.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

4.3 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (AL-QURAN) PADA ZAMAN KHULAFA AL-


RASYIDIN (632-661M/12-4H)
Menurut Dr.Armai Arief (2005) menerangkan di dalam bukunya mengenai sistem
pendidikan islam(al-Quran) pada masa khulafa al-Rasyidin dilakukan secara mandiri, tidak dikelola
oleh pemerintah, kecuali pada masa Khalifah Umar bin al;khattab yang turut campur dalam
menambahkan materi kurikulum pada lembaga kuttab.

Isi kandungan pendidikan islam(al-Quran) yang diajarkan pada masa khalifah Al-Rasyidin
sebelum masa Umar bin Khattab, untuk pendidikan dasar:

a. Membaca dan menulis

b. Membaca dan menghafal Al-Qur’an

c. Pokok-pokok agama islam, seperti cara wudlu’, shalat, shaum dan sebagainya

Ketika Umar bin Khattab diangkat menjadi khalifah, ia menginstruksikan kepada penduduk
kota agar anak-anak diajari:

a. Berenang

b. Mengendarai unta

c. Memanah

d. Membaca dan menghapal syair-syair yang mudah dan peribahasa.

Sedangkan materi pendidikan pada tingkat menengah dan tinggi terdiri dari:

a. Al-qur’an dan tafsirnya

b. Hadits dan pengumpulannya

c. Fiqh (tasyri’) 20Dr.Armai Arief, MA, Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Lembaga
Pendidikan Islam Klasik. Bandung: Penerbit Angkasa,2005. Hal 13

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

5.0 KEBERKESANAN PENDIDIKAN DI ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT

5.1 PENDAHULUAN
Mempelajari Sejarah Pendidikan islam amat penting, terutama bagi pelajar-pelajar agama islam dan
pemimpin-pemimpin islam. Dengan mempelajari Sejarah Pendidikan Islam kita dapat mengetahui
sebab kemajuan dan kemunduran islam baik dari cara didikannya maupun cara ajarannya.
Khusunya pendidikan islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Sejarah Pendidikan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW terdapat dua period. Iaitu period
Makkah dan period Madinah :

 Period Makkah, Nabi Muhammad lebih menitikberatkan pembinaan moral dan akhlak serta
tauhid kepada masyarakat Arab yang bermukim di Makkah

 Period di Madinah Nabi Muhammad SAW melakukan pembinaan di bidang sosial politik.
Disinilah pendidikan islam berkembang pesat.

Menurut Mahmud Yunus dalam bukunya Sejarah Pendidikan Islam, menyatakan bahawa
pembinaan pendidikan islam khususnya al-Quran pada masa Makkah meliputi:
1. Pendidikan Keagamaan
Iaitu hendaklah membaca dengan nama Allah semata-mata jangan dipersekutukan dengan
nama berhala.
2. Pendidikan Akliyah dan Ilmiah
Iaitu mempelajari kejadian manusia dari segumpal darah dan kejadian alam semesta.
3. Pendidikan Akhlak dan Budi pekerti
Iaitu Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada sahabatnya agar berakhlak baik sesuai
dengan ajaran tauhid.
4. Pendidikan Jasmani atau Kesihatan.
Iaitu mementingkan kebersihan pakaian, badan dan tempat kediaman.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Cara Nabi melakukan pembinaan dan pengajaran pendidikan agama islam di Madinah adalah
seperti berikut:
1. Pembentukan dan pembinaan masyarakat baru, menuju satu kesatuan sosial dan
politik.
Nabi Muhammad SAW mulai meletakkan dasar-dasar terbentuknya masyarakat yang bersatu
padu secara intern (ke dalam), dan ke luar diakui dan disegani oleh masyarakat lainnya
(sebagai satu kesatuan politik).
Dasar-dasar tersebut adalah:
 Nabi Muhammad saw mengikis habis sisa-sisa permusuhan dan pertentangan antara suku,
dengan jalan mengikat tali persaudaraan diantara mereka. Nabi mempersaudarakan dua-
dua orang, mula-mula diantara sesama Muhajirin, kemudian diantara Muhajirin dan
Ansar. Dengan lahirnya persaudaraan itu bertambah kukuhlah kesatuan kaum muslimin.
 Untuk memenuhi keperluan sehari-hari, Nabi Muhammad menganjurkan kepada kaum
Muhajirin untuk berusaha dan bekerja sesuai dengan kemampuan dan pekerjaan masing-
masing seperti waktu di Makkah.
 Untuk menjalin kerjasama dan saling menolong dalam rangka membentuk tata kehidupan
masyarakat yang adil dan makmur, turunlah syari’at zakat dan puasa, yang merupakan
pendidikan bagi warga masyarakat dalam tanggungjawab sosial, baik secara material
mahupun moral.
 Suatu kebijaksanaan yang sangat efektif dalam pembinaan dan pengembangan masyarakat
baru di Madinah, adalah disyari’atkannya media komunikasi berdasarkan wahyu, iaitu
salat juma’t yang dilaksanakan secara berjama’ah dan azan. Dengan solat juma’at tersebut
hampir seluruh warga masyarakat berkumpul untuk secara langsung mendengar khutbah
dari Nabi Muhammad SAW dan salat jama’ah jum’at
 Setelah selesai Nabi Muhammad menyatukan kaum muslimin, sehingga menjadi
bersaudara, lalu Nabi mengadakan perjanjian dengan kaum Yahudi, penduduk Madinah.
Dalam perjanjian itu ditegaskan, bahwa kaum Yahudi bersahabat dengan kaum muslimin,
tolong- menolong , bantu-membantu, terutama bila ada serangan musuh terhadap Madinah.
Mereka harus mempertahankan negara bersama-sama kaum Muslimin, disamping itu kaum
Yahudi merdeka memeluk agamanya dan bebas beribadat menurut kepercayaannya. Inilah
salah satu perjanjian persahabatan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
2. Pendidikan sosial politik dan kewarganegaraan.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Pendidikan sosial dan kewarnegaraan islam pada masa itu adalah pokok-pokok fikiran yang
terkandung dalam konstitusi Madinah, yang dalam pengamalannya diperincikan dengan
lebih lanjut dan disempurnakan dengan ayat-ayat Al-Quran yang turun Selama period
Madinah.

Tujuan pembinaan adalah agar secara beransur-ansur, pokok-pokok fikiran konstitusi


Madinah diakui dan berlaku bukan hanya di Madinah sahaja, tetapi luas, baik dalam
kehidupan bangsa Arab mahupun dalam kehidupan bangsa-bangsa di seluruh dunia.

3. Pendidikan anak dalam al-Quran


Dalam islam, anak merupakan pewaris ajaran islam yang dikembangkan oleh Nabi
Muhammad saw dan generasi muda muslimlah yang akan melanjutkan misi menyampaikan
islam ke seluruh penjuru alam. Oleh kerananya banyak peringatan-peringatan dalam Al-
qur’an berkaitan dengan itu. Diantara peringatan-peringatan tersebut antara lain:

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

PENUTUP
Kesimpulan yang dapat disini bahawa sistem pendidikan ini sudah mula pada zaman Rasulullah
s.a.w lagi. Hal ini telah dibuktikan oleh para sejarawan yang mana mereka mengkaji mengenai
sejarah pendidikan di zaman Rasulullah.

Pendidikan di zaman Rasulullah mempunyai pelbagai kaedah dan bentuk pengajaran yang telah
didedahkan dan digunakan oleh Rasulullah. Bentuk pengajaran ini masaih digunakan sehingga hari
ini. Pada zaman Rasulullah, tempat pengajaran atau pembelajaran itu dilaksanakan di masjid-masjid
hal ini kerana masjid pada zaman itu juga bukan sahaja untuk melakukan ibadat bahkan ia juga
menjadi tempat penyampaian ilmu pengetahuan kepada umatnya.

Antara masjid-masjid yang menjadi tempat pengajian ilmu pengetahuan iaitu Majis Quba dan
Masjid Makkah. Pelbagai ilmu juga telah diperkenalkan pada zaman Rasulullah s.a.w sendiri seperti
beribadat dan sebagainya.

Setelah itu ilmu pengetahuan ini disambung oleh para khulafa ar-Rasyidin iaitu 4 khalifah ini.
Disini mereka telah meneruskan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan pada zaman ini juga al-
quran telah dibuku dan dikumpulkan iaitu pada zaman Saidina Uthman Ibn Affan.

Walau bagaimana pun al-quran pada zaman itu menjadi rujukan dalam mendalami pelbagai ilmu.
Penyebaran tempat ilmu ini berlaku di pelbagai tempat seperti di makkah, madinah, dan sebagainya.
Kesan dalam ilmu pengetahuan di zaman rasulullah dan sahabat meninggalkan kesan kepada sistem
pendidikan pada masa sekarang. Hal ini kerana pendidikan yang digunakan sekarang adalah sama
dengan kaedah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w

Akhirnya, sistem pendidikan zaman Rasulullah dan sahabat ini adalah satu sistem pendidikan yang
sememangnya telah di nyatakan dalam Al-quran. Pendidikan Al-quran pada zaman itu juga telah
lama dilaksanakan kerana mereka pada zaman itu sememangnya menggunakan al-quran bagi
mendalami ilmu pengetahuan.

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Rujukan Buku

1. Armai Arief (2005) Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Lembaga Pendidikan Islam
Klasik. Bandung: Penerbit Angkasa.

2. Hasan Langgulung (1988) Asas-asas Pendidikan Islam, Jakarta: Pustaka Husna.

3. Abuddin Nata (2005) Pendidikan Islam Perspektif Hadits. Ciputat: UIN Jakarta Press.

4. Samsul Nizar (2008) Sejarah Pendidikan Islam, Jakarta: Kencana.

5. Mahmud Yunus (1992) Sejarah Pendidikan Islam, Jakarta: PT. Hidakarya Agung.

6. Zuhairini,dkk (1998) Sejarah Pendidikan Islam, Jakarta: Bumi Aksara,cet.9.

7. Mohd. Yusuf Ahmad (2005) Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran, Penerbit Universiti
Malaya, Kuala Lumpur

8. Abdul Raof Dalip (1990) Zaman Khalifah al-Rasyidin, Fakulti Pendidikan UKM, Selangor.

9. Imam Ahmad bin Qudamah al-Maqdisi (2005), Mukhtasar Minhaj al-Qosidin (Ringkasan
Kitab Jalan Mereka Menuju Allah Jilid 1 & 2) Rangkain Berkat Sdn Bhd & Pustaka Salam Sdn.
Bhd., Terengganu & Kuala Lumpur.

10. Dr. Zaid bin Abdul Karim az-Zaid (2009) Fikih Sirah Mendulang Hikmah dari Sejarah
Kehidupan Rasulullah, Darus Sunnah Press, jakarta

11. Muhammad Munir al-Qadban, Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi s.a.w., Pustaka Darussalam
Sdn. Bhd., Kedah

12. Dr Muhammada Masir (2001) At-Ta'lîm wa Manhaj Tarbiyah Islâmiyah, Vol.102, Tahun II
Shoutu 'l-Azhar,

13. Dr Yusof Qardhawi (2000) Ummatunâ Baina Qarnaini, Dar el Shourouk, Cet. I.

14. Ahmad Mohamad (1997) Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, Penerbit
Fajar Bakti, Shah Alam

15. Sulaiman Noordin (2008) Sejarah Pemikiran 1 : Sumber Ilmu, Perbandingan Idealogi dan
Orde Baru Dunia, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Rujukan Laman Web

16. www. hipermart.pendidikan.com

Hak Cipta terpelihara


Draft 1 – 9 / 7 / 2010

You might also like