You are on page 1of 3

Nama Rosli Dhobi memang tercatat dalam buku sejarah.

Tapi beliau hanya dikenali sebagai


seorang pemberontak yang mati di tali gantung kerana terlibat membunuh Gabenor
Sarawak.Kisah sebenar beliau tidak banyak dipaparkan kepada umum.

Alhamdulillah kesempatan berkunjung ke Sibu bersama rombongan Lujnah Tanah PAS Pusat
selama seminggu dapat menambah maklumat kami berkaitan tokoh pejuang kemerdekaan di
bumi Kenyalang itu.

Tidak terfikir dibumi yang pernah diperintah oleh keluarga di Raja Brooke,tanpa pondok atau
pasantren tiba tiba muncul anak muda yang berjiwa agama bangkit menentang penjajahan British
di atas wadah Islam.Tidak terdengar nama tokoh tokoh agama ketika itu di bumi Sarawak
seumpama nama nama Tuan Guru Hj Hasan Monas yang popular sebagai Tok Janggut di
Kelantan ,atau sehebat Haji Abdul Rahman Limbung dan Tokku Paloh di Terengganu,Syeikh
Samad Palembang yang menentang Siam di Kedah atau sekurang kurangnya seperti Mat
Kilau,Imam Rasul alias Tok Gajah dan Dato Bahaman Orang Kaya Semantan di Pahang yang
sempat berguru dengan Tokku Paloh ulama besar di Terengganu. Itu.

Rupa rupanya Allah telah mentakdirkan dibumi Sarawak yang diperintah penjajah itu munculnya
seorang anak muda dalam usia 16 tahun yang kalauhari ini nya,masih dibangku sekolah dan
tidak pernah faham akan perjuangan.Itulah pemuda Rosli Dhobi yang menggerakan pergerakan
pemuda Rukan 13 yang menjadikan ibadah solat sebagai teras utama dalam perjuangannya.

Berkunjung ke rumah nenek Halimah Dhobi yang berusia 81 tahun kakak kepada Rosli yang
masih hidup telah mengimbau kembali nostalgia silam 60 tahun yang lalu kisah kehebatan dan
pengorbanan seorang anak muda yang bencikan penjajahan hingga sanggup mengorbankan
nyawanya bersama 3 sahabat yang lain demi Islam dan tanahair tercinta.

Pada 1946 ketika keluarga Raja Brooke yang memerintah Sarawak menyerahkan kuasa kepada
British,berlaku kebangkitan rakyat menentang kemasukan Brirish ke Sarawak.

Pemuda bernama Rosli ,yang dikatakan mendapat bimbingan daripada Awang Rambli Hamit
seorang peguam bertindak berani menulis surat amaran kepada Gabenor baru yang kedua Sir
Duncen Stewart supaya tidak datang ke Sarawak.Surat dari remaja kampong itu tentu sekali
dipandang sebelah mata oleh ‘orang putih’.Penjajah Inggeris tidak pedulikan amaran budak
kampong itu.

Disember 1949,belum sempat Gabenor itu menikmati dan meratah hasil bumi Sarawak,perutnya
terburai di kawasan berhampiran anak sungai Rajang di Bandar Sibu yang hari ini terletaknya
bangunan Lembaga Pelabuhan.Barangkali Sir Duncen Stewart ketika itu baru saja samapai ke
Sibu melalui jalan air.Pemuda Rosli Dhobi bukan pemuda bacul,amaran telah diberi,dia merasa
bertanggungjawab untuk memberi pengajaran kepada penjajah yang angkuh sebelum mereka
meratah hasil bumi rakyat Sarawak.

Dengan laungan Allahu Akbar,anak muda yang berusia 16 tahun itu meluru ke arah Gabenor
British itu,tanpa membuang masa senjata ‘badik dalam genggamannya dibenamkan sepuas
puasnya ke perut Gabenor itu hingga rebah ke bumi.Orang ramai bertempiaran lari.Tentera
tentera pengiring Gabenor tentu sahaja terkejut beruk dengan kejadian yang tidak diduga.Rosli
ditangkap,dan anda bayangkanlah sahaja apa yang terjadi ke atas beliau selepas itu.Gabenor yang
parah dibawa ke Singapura untuk dirawat.Tiga hari kemudian norang putih itu menemui ajalnya.

Rosli bersama tiga rakannya merengkok dipenjara Kuching.Kesempatan dalam tahanan beliau
mengutus surat kepada ibu bapanya menasihatkan mereka agar bersabar dan berdoa untuk
keselamatan dirinya dan rakan di dalam tahanan.Dia juga berpesan agar diadakan solat hajat
moga diberi bantuan dari Allah.

Beberapa ketika ditahanan sementara menunggu keputusan pengadilan,tentera gurkha datang ke


rumah kakaknya Halimah yang sedang mengandung,memintakan sijil beranaknya,katanya untuk
proses pembebasan Rosli.Kakak Halimah tentu gembira sekali dengan perkhabaran
tersebut,tanpa berfikir panjang diserahkannya sijil beranak adiknya mudah mudahan Rosli yang
dirinduio akan dibebaskan segera.

Jangkaan Halimah jauh meleset.Surat beranak yang membuktikan adiknya itu baru berusia 16
tahun dan tidak boleh dihukum mati kerana masih juvana telah dikhianati British.Tarikh lahirnya
telah diubah supaya melebihi 18 tahun.Maka layaklah Rosli dijatuhkan hukuman mati.Begitulah
qada’ dan takdirnya yang tentu sekali tak dapat dilupakan keluarga Rosli yang masih hidup
hinggalah ke saat ini.

Sebelum dijatuhkan hukuman mati,Rosli sempat mewasiatkan kepada keluarganya dalam surat
terakhirnya supaya sentiasa bersabar,berilah didikan agama kepada anak anak dan jangan lupa
perbanyakkan kebajikan dan jangan tinggalkan solat untuk bekalan di hari baqa’.

Empat puluh tahun berlalu,selepas dijatuh hukuman mati,mayatnya tak dibenarkan dilihat ahli
keluarga.Jasadnya terus berada di penjara Kuching walau negara sudah merdeka.Dia masih tak
dihargai sebagai pejuang.Hinggalah pada tahun 1996,selepas berbagai desakan ,kerajaan
membenarkan pusara nya bersama tiga rakan yang lain dipindahkan ke Makam Pahlawan di
Masjid Sibu.

Tetapi ada kejadian aneh berlaku yang menjawab teka teki selama lebih 40 tahun.Pusara Rosli
kosong,tiada tulang rangka,gigi,maupun rambut.Berbeza dengan 3 sahabatnya yang ditemui
tulang rangka,gigi dan rambut.

Benarlah cerita cerita dahulunya,isteri kepada Gabenor yang mati dibunuh sangat berhajat untuk
menatap wajah pemuda yang berani membunuh suaminya itu.Rosli dikatakan tidak
digantung,tetapi dibawa ke England untuk diperlihatkan kepada isteri Gabenor.Di sana
kemungkinan dia disiksa,dibunuh ,dicincang atau dicampak ke laut,wallahu a’lam.Hanya Allah
yang lebih mengetahui.

Menurut catatan pada batu nesan di makam pahlawan tarikh kematian mereka adalah berbeza
.Rosli dan Morshidi Sidek dijatuhkan hukuman mati pada 2 Mac 1950,manakala peguam dan
juga mentor beliau Awang Ramli dan Bujang Suntong dijatuhi hukuman pada 23 Mac 1950.

Dato onn

Menumbuhkan umno.

Menyatukan penduduk tanah Melayu

Orang pertama yang membuka keahlian umno kepada bukan Melayu.

menubuhkan Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA)- bertanggungjawab dalam meningkatkan
taraf kebajikan sosio ekonomi bangsa Melayu

Dato Bahaman..

Menentang campur tangan kuasa asing.

Mempertahan maruah bangsa dari ditidas kuasa barat.

Dol said…

Tokoh yang menentang penindasan tentera british

Menentang pencerebohan kuasa barat di naming

Berani menentang penjajahan walaupun tiada senjata…

Rosli dhobi

You might also like