You are on page 1of 16

1

PENDAHULUAN

Bahasa ialah alat yang digunakan oleh anggota sesuatu masyarakat untuk
berhubung dan berkomunikasi. Menurut Noam Chomsky (1965), bahasa
dipelajari melalui pembentukan satu set rumus yang digunakan untuk
mencetuskan dan mentafsirkan kalimat-kalimat baru. Ujaran pula menurutnya
adalah bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan melalui alat-alat artikulasi manusia.

Pelbagai definisi diberikan oleh ahli bahasa antaranya, bahasa dikatakan


mempunyai struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan
disususn sewenang-wenangnya untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk
berhubung..

Bahasa dipelajari melalui pembentukan satu set rumus yang digunakan


untuk mencetuskan dan mentafsirkan kalimat-kalimat baru. Ujaran pula merujuk
kepada bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan melalui alat-alat artikulasi manusia.
Bunyi- bunyi bahasa juga mempunyi erti dan dapat difahami oleh pendengarnya.
Kombinasi daripada kedua-dua bahagian inilah yang akan menghasilkan satu
perlakuan berbahasa yang sempurna. Terdapat dua kemahiran berbahasa iaitu
kemahiran lisan dan kemahiran menulis.

Kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas iaitu mendengar dan


bertutur yang saling berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran mendengar
merujuk kepada kemahiran yang paling asas dan berlaku pada peringkat
penerimaan. Manakala kemahiran bertutur pula ialah kegiatan melafazkan bunyi-
bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan manusia.

Kemahiran menulis pula merujuk kepada proses penghasilan simbol-


simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-
perkataan dan seterusnya menjadi ayat. Ayat – ayat yang disususn berdasarkan
2

urutan yang bermakna akan membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan
bercetak.

Menurut Down Byrne (1979) yang dipetik dari buku Bahasa Melayu
Komunikasi oleh Dr. Abdull Shukor Shaari, Prof Madya Dr.Nuraini Yusof dan
Mohd Isha Awang (2003) terdapat empat sebab mengapa kemahiran menulis
diajarkan.
 Terdapat perbezaan kecenderungan individu atau pelajar yang menguasai
kemahiran belajar. Misalnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa terdapat sesetengah pelajar yang lebih cenderung kepada
kemahiran membaca daripada kemahiran menulis atau sebaliknya.
 Bagi memenuhi keperluan psikolgi pelajar, kemahiran dapat meningkatkan
kemajuan penguasaan bahasa pelajar dan seterusnya memberi kepuasan
kepada mereka melalui pencapaian yang diperolehi.

 Dapat menyediakan pelbagai aktiviti dalam bilik darjah dan secara tidak
langsung dapat mengelakkanperasaan jemu dan bosan pelajar dala masa
menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Kebosanan mungkin
timbul apabila pengajaran guru hanya tertumpu kepada satu-satu
kemahiran sahaja.

 Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara formal dapat
dijalankan secara serentak dalam bilik darjah misalnya semasa mengikuti
penerangan guru, pelajar secara tidak langsung boleh membuat catatan
terhadap isi pelajaran yang dianggap penting. Prbuatan mencatat isi
tersebut boleh dianggap sebagai aktiviti tidak formal dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran yang sedang dijalankan.
3

Mengikut sudut dan fungsinya, bahasa adalah satu struktur yang unik
yang dimiliki oleh manusia untuk berkomunikasi. Manakala komunikasi dalam
terjemahan daripada istilah Inggeris pula ialah communication. Takrifan
komunikasi yang memberi penekanan penyebaran atau pengiriman ialah takrifan
oleh Theodorson. Komunikasi adalah pengiriman maklumat, pemikiran, sikap
atau emosi daripada seorang individu atau kumpulan kepada individu atau
kumpulan yang lain dengan menggunakan simbol-simbol (Theodorson, 1969).

Tidak semua orang awam boleh dianggap sebagai khalayak. Khalayak


adalah terdiri daripada individu yang memilih untuk mendedahkan diri mereka
kepada sesuatu utusan yang disampaikan oleh sumber komunikasi, sama ada
daripada seorang pemidato atau media massa (Festinger, 1957). Oleh itu,
khalayak merujuk kepada mereka yang menjadi sasaran umum sumber
komunikasi. Komunikasi terbahagi kepada dua iaitu komunikasi lisan dan
komunikasi bukan lisan (bertulis).

KOMUNIKASI BERTULIS

Kemahiran berbahasa adalah penting bagi setiap manusia. Dengan adanya


bahasa, manusia dapat berhubung, melahirkan pandangan, perasaan dan
pendapat, menyampaikan ilmu, mencipta kesusasteraan dan menurunkan ilmu
serta kebudayaan dari satu generasi kepada satu generasi seterusnya.

Bahasa juga merupakan wahana komunikasi yang digunakan untuk


bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa. Sebagai contoh, dalam
sistem pendidikan, ia bukan sahaja dikenali sebagai bahasa yang difahami
umum tetapi bahasa dalam konteks pengajaran dan pembelajaran adalah lebih
kepada bentuknya.

Di sekolah, pelajar hendaklah diajar untuk menulis berbagai-bagai


penulisan seperti cerpen, surat kiriman, berita dan rencana. Kemahiran menulis
4

yang betul perlu dipelajari dan dikuasai untuk memastikan pelajar dapat
memperolehi pengetahuan tentang teknik-teknik menulis yang betul. Ini
bertujuan membolehkan mereka dapat mengumpul bahan dan maklumat agar
aktiviti menulis akan menjadi satu aktiviti yang berfaedah dan diminati.

Dalam suasana kemahiran bahasa, kemahiran bahasa, kemahiran


menulis merupakan satu kemahiran yang tertinggi . Kemahiran menulis juga
memerlukan kebolehan mengolah dan menyusun buah fikiran dengan lancar dan
kemas sehingga menjadi satu jalinan yang berkesinambungan.

Bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam Komunikasi


bertulis dan komunikasi khalayak. Bagaimanapun, sering timbul persoalan
mengenai kedua-dua komunikasi ini iaitu yang mana lebih penting. Bagi
menjawab persoalan ini, berdasarkan kajian yang telah dijalankan,
(Speech,1990 The New Encyclopaedia Britannica) manusia sudah mula
menggunakan komunikasi lisan lebih kurang 1,000,000 tahun dahulu. Manakala
sistem tulisan yang paling awal hanya wujud lebih kurang 5,000 tahun dahulu.
Terdapat lebih kurang 4,000 bahasa di dunia (Comre,1987), tetapi hanya lima
peratus sahaja yang mempunyai tulisan yang asli.

Emig (1997) telah mengemukakan beberapa perbezaan antara lisan dan


tulisan iaitu lisan panjang huraiannya tetapi tulisan memerlukan pemilihan kata-
kata yang rapi. Selain itu, komunikasi lisan tidak memerlukan dedikasi yang
tinggi dibandingkan dengan komunikasi tulisan. Lisan berlandaskan ciri-ciri
konteks pada masa berlaku proses komunikasi manakala tulisan perlu
menyediakan konteks khususnya daripada segi tujuan dan khalayak.

Manakala Vachek (1973) yang telah menjalankan kajian tentang


perbezaan antara lisan dan tulisan telah menjelaskan kedua-duanya mempunyai
taraf yang sama daripada segi kepentingan. Menurutnya lagi, kedua-duanya
saling melengkapi dalam situasi tertentu. Penggunaan lisan lebih berkesan
5

manakala dalam situasi yang lain pula, tulisan lebih sesuai digunakan untuk
menyampaikan sesuatu mesej kepada khalayaknya.

Secara umum dapat kita simpulkan, komunikasi bertulis dan komunikasi


khalayak mempunyai peranan yang sama penting dalam konteks komunikasi.
Lantaran itu, seseorang komunikator perlu menguasai kedua-dua komunikasi ini
sekali dan pada masa yang sama harus bijak memilih yang sesuai untuk
khalayaknya. Komunikasi bertulis termasuklah seperti penulisan teks ucapan,
surat kiriman, laporan, minit mesyuarat, kertas kerja, karya kreatif, rencana
kritikan atau ulasan. Justeru saya memilih teks ucapan sebagai topik
perbincangan utama untuk tugasan ini.

TEKS UCAPAN

Menurut Kamus Dewan (1996) ucapan boleh bermaksud apa yang diucapkan,
perkataan, syarahan, pidato,kata-kata pengharapan ataupun kata-kata yang
melahirkan terima kasih. Dengan itu, ucapan dapat dikatakan sebagai sesuatu
penglahiran idea secara lisan yang diucapkan kepada khalayak dalam bentuk
pidato. Oleh itu, teks ucapan boleh disimpulkan sebagai tulisan yang dijadikan
sebagai asasdalam penyampaian sesuatu ucapan.

TEKS UCAPAN YANG BAIK


Bagi menghasilkan teks ucapan yang berkesan, seseorang penulis perlu
menekankan aspek maklumat agar mesej yang disampaikan dapat ditangapi
sebaik mungkin. Dalam pada itu, penulis juga perlu memikirkan berkenaan
keperluan pendengar atau khalayak serta suasana majlis yang berlangsung.
Antara ciri-ciri teks ucapan yang baik ialah;
 Bahasa mudah difahami
o Bahasa yang digunakan dalam penulisan teks ucapan hendaklah
ringkas, padat, mudah difahami, tegas, berkesan dan
meyakinkan.Teks ucapan juga haruslah menggunakan bahasa yang
6

mudah, tidak berbelit-belit sehingga menyebabkan khlayak pembaca


atau penonton tidak boleh memahami perkara yang ingin disampaikan.

 Isi ucapan yang sesuai


o Isi dalam sesuatu penulisan teks ucapan perlu bersesuaian dengan
tajuk ucapan . Isi ucapan yang hendak disampaiakan juga hendaklah
bersesuaian dengan tahap keupayaan khalayak pembaca dan
penonton. Sekiranya, pembaca atau penonton adalah dari golongan
kanak-kanak, isi ucapan hendaklah sesuai dengan tahap umur dan
keupayaan mereka. Sebaliknya jika khalayak terdiri daripada golongan
orang dewasa, isi teks ucapan hendaklah bersesuaian dengan tahap
penerimaan mereka. Faktor taraf pendidikan pembaca dan pendengar
juga harus diambilkira dalam menghasilkan sebuah penulisan ucapan
yang baik dan berkesan.

 Teks yang tersusun


o Sesuatu penulisan ucapan yang baik mestilah disampaikan dengan
mengikut susunan tertentu dalam ucapan. Setiap penulisan teks
ucapan atau pengucapan perlu dimulai dengan kata-kata aluan yang
baik kemudian diikuti dengan isi ucapan yang ingin disampaikan dan
diakhiri dengan penutup yang baik. Sekiranya teks ucapan tidak
disusun dengan baik mungkin ia dianggap sebagai berita atau cerita
sahaja.

FORMAT PENULISAN TEKS UCAPAN

Penulisan ucapan, ceramah, syarahan dan pidato tidak banyak berbeza


formatnya. Hanya penyampaian intonasi dan penggunaan laras bahasa sahaja
berlainan. Ucapan dan syarahan lebih berbentuk fakta dan hujah-hujah yang
dikemukakan lebih serius. Ia juga boleh didasarkan daripada perumpamaan atau
cogan kata.
7

Format karangan ucapan antaranya adalah kata-kata aluan ditulis sebagai


pembuka kata dengan mengikut tingkat kedudukan tetamu yang hadir, Isi-isi
ucapan disampaikan mengikut arahan soalan dan kata-kata penghargaan ,
pujian, kiasan, simpulan bahasa dan pantun serta ucapan terima kasih perlu
diselitkan agar pendengar tidak bosan.

Penulisan teks ucapan memerlukan persediaan yang teliti agar


penyampai dan khalayak tidak kecewa pada akhir penyampaian ucapan.
Terdapat tiga tahap utama dalam menulis teks ucapan iaitu prapenulisan,
penulisan dan penyuntingan.

 Prapenulisan
Penulis perlu mengenal pasti sumber dan seterusnya menentukan tajuk ucapan.
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan pada peringkat pencernaan idea
iaitu;
o Penulisan bebas
Penulis bebas menulis apa sahaja yang terlintas dalam fikirannya dalam
tempoh lima sehingga sepuluh minit tanpa berhenti dan tidak memikirkan
sama ada sususnannya itu logik ataupun tidak.

o Penulisan berfokus
Penulis menmpukan kepada persoalan utama perbincangan dan
mengambil kira khalayak.

o Percambahan fikiran
Penulis berbincang dalam kumpulan kecil dan saling bertukar-tukar idea .
Hasil daripada perbincangan tersebut, dirumuskan idea yang boleh
dijadikan kandungan utama ucapan.

o Dialog imaginasi
8

Penulis cuba mengupas sesuatu persoalan berdasarkan pendapat orang


lain. Dengan itu, idea tidak terhad kepada mengambil pandangan sendiri
sahaja tetapi melangkaui pandangan orang lain.

Idea yang diperolehi melalui teknik – teknik yang dikemukakan di atas


perlulah disokong oleh maklumat khusus bagi mengukuhkan idea. Oleh itu,
penulis perlu mendapatkan maklumat yang menyeluruh dan tepat bagi
menjadikan penyampaian ucapan lebih berkesan. Maklumat boleh diperolehi
daripada perpustakaan ataupun secara online dan melaui wawancara.

 Penulisan
Secara umumnya, sesuau teks ucapan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Pada peringkat pendahuluan, penulis atau
pengucap perlu mengenal pasti hadirin dalam majlis. Terdapat dua jenis taraf
hadirin iaitu,
o Satu taraf hadirin – Tetamu terdiri daripada pemimpin yang
berperingkat seperti menteri, orang-orang kenamaan, pegawai-
pegawai tinggi kerajaan ataupun swasta dan sebagainya.

o Dua taraf hadirin – Dalam majlis berkenaan, terdapat dua peringkat


hadirin. Peringkat pertama terdiri daripada golongan diraja dan
peringkat kedua terdiri daripada golongan rakyat biasa seperti menteri,
orang kenamaan, pegawai kerajaan ataupun swasta dan sebagainya.

Semasa menulis teks ucapan, sebaik- baiknya setiap isi ditulis dalam satu
perenggan. Ini bertujuan membantu khalayak agar lebih mudah memahami
ucapan. Penyampai yang baik akan menggunakan alat bantu semasa beliau
berucap bagi memastikan khalayak mendapat maklumat dengan berkesan.

Kualiti sesebuah ucapan bergantung kepada kesinambungan antara


pengenalan, badan ucapan (isi) serta penutup teks ucapan yang dibuat
9

(Samsudin Wahab, 2005). Pastikan bahagian isi atau badan ucapan sentiasa
berkaitan dengan bahagian pengenalan supaya pendengar tidak lupa isi utama
yang akan disampaikan. Badan ucapan merangkumi tujuan umum, tujuan
khusus, mesej utama, isi penting, serta bahan menyokong.

Ciri-ciri bahasa bercakap adalah ayat dan perkataannya lebih pendek.


Selain itu ia tidak banyak menggunakan penambahan pen…an, per…an dan
ke…an. Sebaliknya, banyak menggunakan penambahan ber…, me…, dan …
kan. Seterusnya, ucapan juga banyak menggunakan perkataan sendi seperti
walaupun begitu, barangkali, mungkin, boleh juga dan sebaliknya. Rujukan diri
juga banyak digunakan seperti “Saya rasa, Saya berpendapat, pada saya, saya
fikir dan saya cadangkan”.

Ucapan juga biasanya digunakan untuk menyampaikan penerangan,


penghargaan atau pujian kepada seseorang dalam sesuastu majlis seperti majlis
hari jadi, majlis perpisahan dan sebagainya.

Terdapat beberapa jenis ucapan antaranya ucapan nasihat, ucapan


politik, ucapan maklumat, ucapan terima kasih, ucapan sejahtera, ucapan
perpisahan, ucapan memberi semangat dan ucapan tahniah. Selain itu terdapat
tiga fungsi ucapan. Pertama, bagi mengukuhkan sikap dan kepercayaan hadirin.
Kedua, ucapan bagi menggubah sikap dan kepercayaan hadirin. Ketiga, ucapan
bagi mendorong supaya hadirin melakukan sesuatu perbuatan atau mengambil
tindakan (Abdullah Hassan & Ainon Mohd., 2005).
10

JENIS-JENIS TEKS UCAPAN

a) Ucapan nasihat
Ucapan ini sangat penting. Tanpa ucapan ini tentu banyak perkara yang
dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan baik seperti yang diharapkan.

b) Ucapan politik
Ucapan ini bertujuan untuk mempengaruhi masyarakat agar mengikut cadangan-
cadangan yang diberikan oleh ahli politik.

c) Ucapan makluman (pengumuman)


Ucapan ini tidak terlalu panjang. Jika ucapan ini terlalu panjang lebih sesuai
dipanggil ucapan umum yang tidak mempunyai motif jelas.

d) Ucapan terima kasih


Ucapan ini diberikan oleh individu yang sudah menerima penghargaan daripada
organisasi atau pihak tertentu. Bertujuan untuk mengucapkan ucapan terima
kasih.

e) Ucapan sejahtera
Ucapan jenis ini selalunya pada awal pertemuan antara dua pihak. Ianya berlaku
secara formal sekiranya dalam suatu majlis yang dirancang.

f) Ucapan perpisahan
Fokus hadirin dan penumpuan terhadap individu yang bakal meninggalkan
organisasi atau pertukaran tempat bertugas.

g) Ucapan memberi semangat


Ucapan ini bertujuan untuk memberi semangat pendengar. Ianya dirancang
dengan baik dan sempurna. Kejayaan atau kegagalan ucapan dipengaruhi oleh
kandungan dan pengisian ucapan tersebut.
11

h) Ucapan tahniah dan penghargaan


Ucapan ini diberikan kepada seorang atau mereka yang memperoleh kejayaan
dan memberi sumbangan kepada organisasi. Ucapan ini bertujuan sebagai
tanda menghargai kejayan yang dicapai. Ucapan yang tidak terlalu panjang
kerana objektifnya menyatakan penghargaan dan tahniah kepada mereka yang
terlibat.

STRUKTUR UCAPAN
 Memulakan penulisan teks ucapan
Memulakan penulisan teks ucapan dengan memberi salam dan ucapan
sejahtera. Permulaan yang baik hendaklah memberi ucapan sejahtera mengikut
keutamaan dan kepentingan khalayaknya yang terlibat.

 Menentukan idea utama


Menyatakan tujuan utama atau idea pusat ucapan yang akan diberikan. Setelah
idea utama dikenal pasti dengan ini dapat memberi gambaran umum
keseluruhan isi yang dirancang.

 Badan ucapan
Kualiti ucapan bergantung kepada kesinambungan antara pengenalan, badan
ucapan serta penutup ucapan dibuat (Samsudin Wahab, 2005). Hendaklah
memastikan bahagian isi atau badan ucapan sentiasa berkaitan dengan
bahagian pengenalan supaya pendengar tidak lupa isi utama yang akan
disampaikan. Badan ucapan merangkumi tujuan umum, tujuan khusus, mesej
utama, isi penting, serta bahan menyokong.
12

TEKNIK MENGARANG
 Pendahuluan
o Bermula dengan kata-kata aluan. Contohnya, Yang Berbahagia

 Isi
o Cari isi yang paling sesuai dengan tajuk ucapan
o Perasaan semasa menyampaikan ucapan perlu diluahkan.
o Perkara-perkara umum patut dinyatakan di dalam sesebuah ucapan
o Simpulan bahasa dan bahasa kiasan boleh dimasukkanke dalam ucapan
untuk menyedapkan ucapan tersebut.

 Penutup
o Pantun juga boleh diselitkan
o Akhiri dengan ucapan terima kasih
13

KESIMPULAN

Bagi mengakhiri penulisan sesebuah teks ucapan, hendaklah merumuskan


keseluruhan isi ucapan yang disampaikan. Justeru tidak perlulah panjang lebar
dan memadai sekadar menyebut ayat yang mewakili satu isi. Pada bahagian
penutup, teks ucapan akan diakhiri dengan merumuskan kembali secara ringkas
idea-idea utama yang telah dikemukakan.

Lantaran, ucapan juga boleh membawa maksud apa yang diucapkan,


perkataan, syarahan, pidato,kata-kata pengharapan ataupun kata-kata yang
melahirkan terima kasih. Dengan itu, ucapan dapat dikatakan sebagai sesuatu
penglahiran idea secara lisan yang diucapkan kepada khalayak dalam bentuk
pidato. Oleh itu, teks ucapan boleh disimpulkan sebagai tulisan yang dijadikan
sebagai asas dalam penyampaian sesuatu ucapan.
14

TEKS UCAPAN

Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua Sekolah


Kebangsaan Bintulu, guru-guru pengiring dan pelajar-pelajar yang dikasihi
sekalian, selamat pagi dan salam sejahtera.

Pada hai ini, tamatlah sudah kursus jati diri yang pelajar ikuti selama tiga
hari dua malam di Kem Semilajau Bintulu. Tentu pelajar tidak sabar untuk
kembali ke pangkuan keluarga dan berehat setelah penat menjana minda dan
tenaga untuk mengisi kekososngan rohani dan jasmani. Sesungguhnya, banyak
manfaat dan faedah yang diperolehi para pelajar sejak kita mula menggerakkan
tulang empat kerat untuk aktiviti pertama kita di sini.

Sejak awal lagi para pelajar telah didisiplinkan dengan bermacam-macam


undang-undang yang ketat. Bagaimanapun ia bukan bertujuan untuk
menyusahkan pelajar. Semua itu adalah untuk memastikan para pelajar benar-
benar berdisiplin, mendengar arahan serta dapat membentuk fizikal dan mental
yang sempurna. Di sini juga para pelajar dapat berdikari dan membentuk
semangat kerjasama dalam kumpulan.

Semua aktiviti yang dijalankan adalah untuk menyedarkan para pelajar


mengenai erti perjuangan sebenar dalam dunia realiti para pelajar. Sebelum ini
ramai dalam kalangan kita hanya menikmati keselesaan dan tidak pernah
merasai kesusahan hidup. Diharap aktiviti sebegini dapat mematangkan para
pelajar menempuh cabaran yang mendatang.

Para pelajar sekalian,


Melalui aktiviti ”abseling’, ”jungle trekking” dan ”treasure hunt”, semuanya
adalah untuk melatih para remaja menjai lasak supaya dapat menentang anasir
15

luar. Para pelajar yang berani dan lasak adalah harapan kita untuk memimpin
negara pada masa depan. Ia juga boleh mengeratkan perpaduan dan semangat
kekitaan antara kaum. Melalui semangat muhibah yang diterapkan, para pelajar
akan lebih bersikap bergotong royong dan tolong menolong dalam menjalani
kehidupan seharian pada masa akan datang. Janganlah kita hanya
mementingkan diri sendiri dan takut menghadapi cabaran. Ini kerana sikap
tersebut hanya akan membawa kehancuran kepada negara amnya dan
masyarakat kita khasnya.

Selain itu, altiviti sebegini juga dapat membantu meningkatkan


pengetahuan dan mendalami ilmu tentang cara hidup di hutan serta mengenai
flora dan fauna. Benar kata pepatah, belakang parang kalau diasah lagikan
tajam. Begitu juga pelajar sekalian, pendedahan ini sesungguhnya memberi
pengalaman baru bagi mereka yang pertama kali mengikuti program sebegini.

Setelah beberapa hari di sini, saya bagi pihak penganjur memohon maaf
sekiranya sepanjang program ini berlangsung kami telah terkasar bahasa dan
terlanjur kata sama ada ianya kami sedari ataupun tidak.

Akhir kata, dengan berakhirnya kursus ini diharap dapat memberikan


tunjuk ajar yang baik oleh saya dan orang-orang di sini. Apa yang baik dijadikan
teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Dengan ini saya akhiri ucapan
ringkas ini dengan ucapan terima kasih.
16

You might also like