You are on page 1of 9

Sumbangan Tunku Abdul Rahman

           Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik,beliau banyak
memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba
menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan
British dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Demi perpaduan orang melayu,beliau
sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan union dan menghadiri perjumpaan-
perjumpaan menentang Malayan Union di Alor Setar serta mengorbankan kerjayanya untuk
mengambil alih teraju kepimpinan UMNO.Sebagai seorang tokoh yang berjaya,beliau turut
dikenal sebagai bapa keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang cintakan keamanan dan
perpaduan.Beliau sanggup menerima sebarang halangan dan cabaran demi perpaduan
negara.Sebagai contoh,pada tahun 1955,Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri telah
mewakili kerajaan British untuk menghadiri Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak
parti Komunis Malaya.Walaupun rundingan ini gagal,tetapi telah berjaya mencipta imej
beliau sebagai pencinta kedamaian.                     

           Tunku Abdul Rahman akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang
paling berjaya apabila beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan mencapai
kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorban
untuk negara demi menyelesaikan masalah politik negara.Sumbangan beliau merupakan suatu
pengorbanan yang tidak terkata nilainya dalam sejarah politik negara.

           Tunku Abdul Rahman banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan agama
Islam.Beliau banyak melibatkan diri dengan usaha-usaha mengasas pertandingan menbaca al-
Quran.Beliau pernah menjadi Presiden PertubuhanKebajikan Islam Malaysia(PERKIM)
apabila persatuan itu ditubuhkan pada 20 Ogos 1960.Atas kebolehan dan daya usaha
gigihnya,beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka
yang dan dihormati oleh semua negara Islam.Beliau talah dilantik sebagai Setiausaha Agung
Sekreteriat Negara-negara islam di Jeddah yang pertama pada 9 Jun 1970.Di bawah pimpinan
beliau,pertubuhan ini berjaya menark lebih 41 buah negara Islam menyertainya.Selepas
bersara,beliau masih aktif dalam menyumbangkan tenaga demi perkembangan islam.Pada 18
januari 1980,Beliau telah dilantik menjadi Presiden Regional Islamic Council for Southeast
Asia and The Pacific(RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di persidangan Negara-Negara
Islam.

             Segala jasa dan sumbangan yang beliau curahkan akhirnya membolehkan beliau
mendapat penghargaan dari negara Pakistan dengan Anugerah hadiah Hijrah padabulan MAC
1983,dan Anugerah AL-Malik Faisal dari negara Arab Saudi pada tahun yang sama.

            Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang islam yang sangat berjaya.Taraf beliau
selaku tunggak atau teraju utama sudah mampu membuktikan betapa berat tugas dan
tanggungjawabnya.Dari sini,beliau telah banyak membawa manfaat pada perkembangan
Islam.

            Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen.Beliau juga
seorang putera yang berjiwa rakyat.Ini terbukti apabila beliau sanggup menghantar misi
pendamai dan keamanan ke Congo,Afrika yang dilanda peperangan saudara pada tahun
1961.Sebagai pemimpin PERKIM,beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian
Kemboja yang memasuki Malaysia melalui kelantan pada tahun 1975.Dengan bantuan
Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu,beliau menempatkan seramai 4,5000 orang pelarian di
Pangkalan Chepa dan Cherating.Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan kedah Darul
Aman untuk menggunakan tanah kepunyaannya bagi mendirikan rumah anak-anak yatim dan
orang-orang tua.Bangunan ini kemudian diberi namaDarul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul
Rahman Putra.

             Tunku Abdul Rahman memang terkenal sebagai dermawan bukan sahaja di tanah
airnya malah di kalangan negara-negara yang lain.Jelas terbukti bahawa beliau adalah seorang
insan yang humanis.Beliau senantiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja
tanpa mengira bangsa,agama,dan negara.Jasa dan usaha beliau yang tidak kenal putus asa
akan senantiasa dikenang oleh semua rakyat Malaysia selama-lamanya.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul

Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri

Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak

kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun

1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya

dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan

"Bapa Malaysia".

Kerjaya Politik
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk

bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian

meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa

Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum

Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain.

Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai

partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn

meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang

baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.

Laluan ke kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk

memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak

berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan.

Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UM

NO dengan MCA memenangi 51

daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya

yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan

pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding

tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957

diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala

Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak
"Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan

perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai

sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.

Kegiatan Islam

Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku

mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan

untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru.

Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum

kematiannya.

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran

Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan

daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri

yang pertama di Kedah pada tahun 1951.

Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian

menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di

dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia

Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.

Garis masa
 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih
dikenali sebagai Istana Pelamin.

 1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf
ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di
Sekolah Debsirindir, Bangkok.

 1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.

 1919 (umur 16): Belajar di England.

 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan
dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.

 1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di


Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya
yang lalu

 1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.

 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-
Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai
Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.

 1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.

 1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke
lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan
dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki
bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.

 1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai,
Singapura.

 1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton.
Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
 1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau jug

a bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani


dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.

 1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam
bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula
dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.

 1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di
Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah
Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar
Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.

 1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan
Am Selatan Kedah.

Tunku Abdul Rahman


pada tahun-tahun akhirnya (gambar)

 1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.

 1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajia

 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.

 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat
Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke
Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan
kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.

 1946: Menyertai UMNO.


 1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar
meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat
negeri yang pertama di Kedah.

 1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi
menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.

 1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti
Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri
Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.

 1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat
kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.

 1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos.
Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan
bolasepak antarabangsa.

 1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation
(AFC) (1958 – 1976).

 1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah


pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru
sebagai Muslim.

 1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang
menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah
Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.

 1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu
bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).

 1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih
besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.

 1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan
dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.

 1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno
dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.

 1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik
(RISEAP) (1982 – 1988).

 1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja
Langgar di Alor Star.
 

You might also like