You are on page 1of 1

Matapelajaran : Matematik

Masa : 60 Minit
Kelas : 4 Cemerlang
Tajuk : Ukuran Panjang
Objektif Pembelajaran : Murid – murid akan diajar Penambahan dan Penolakan Ukuran Panjang
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid – murid akan dapat melakukan penambahan
ukuran panjang melibatkan penukaran unit dalam :
o Milimeter
o sentimetre dan milimeter
Pendekatan P&P : Konstruktivisme, ‘peer learning’
Pengalaman Yang Lalu : Murid telah memahami hubung kait antara unit – unit dalam ukuran panjang
BBM : Tali, pembaris, slaid powerpoint,lagu, radio, kotak beracun, buku teks.
Nilai : Kerjasama, kejujuran, keseronokan dalam pembelajaran.
Kosa Kata / : Panjang, tambah, jumlah, tukar
Pembendaharaan Kata
Aktiviti pembelajaran: : Set Induksi (5 minit):
 Nyayian lagu ‘Senyum’
(rujuk Slaid powerpoint).
: Langkah 1 (10 minit):
 Murid dikehendaki melakukan aktiviti secara berpasangan dan setiap
pasangan dibekalkan seutas tali dan gunting.
 Guru mengarahkan mereka untuk mengukur senyuman rakan dengan
menggunakan tali yang diberikan dan nyatakan dalam unit milimeter.
: Langkah 2 (15 minit):
 Murid diminta untuk menambahkan senyuman mereka dan pasangan serta
nyatakan dalam unit milimeter dan sentimeter(rujuk slaid powerpoint).
 Guru mencatatkan jumlah ukuran panjang dalam unit milimeter dan
sentimeter bagi semua pasangan di papan hitam.
 Pasangan yang mempunyai senyuman terpanjang diminta ke hadapan dan
melakukan penambahan di papan hitam.
: Langkah 3: (10 minit)
 Guru menyediakan sebuah kotak yang mengandungi beberapa soalan. Guru
akan mengarahkan murid untuk duduk dalam bulatan.
 Guru akan memainkan lagu dan murid- murid dikehendaki untuk
menghulurkan kotak tersebut sekeliling rakan- rakan mereka.
 Murid yang terakhir memegang kotak sebelum lagu dimatikan hendaklah
mencabut soalan dan menjawab soalan di papan hitam.
 Guru akan menyemak jawapan murid. Sekiranya jawapan yang diberikan
adalah betul, murid akan diberikan ganjaran (gula- gula).
: Langkah 4: (15 minit)
 Murid – murid diberikan 5 soalan dan disemak bersama.
(* latihan untuk murid - murid yang lemah dan mahir boleh diasingkan jika
perlu )
 Latihan pengukuhan (kerja rumah)– buku teks.
: Konklusi (5 minit):
 Menceritakan penggunaan penambahan ukuran panjang dalam kehidupan
seharian.
 Guru menyuruh murid- murid membuat kesimpulan daripada pembelajaran
pada hari tersebut.
Refleksi: :

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

You might also like