You are on page 1of 66

1.

0 PENGENALAN

Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan
bangsa Melayu sebagai perisai diri. Perguruan seni silat adalah satu institusi pendidikan di
mana manusia dibentuk dan dididik untuk memiliki ketahanan mental dan fizikal yang
maksimum. Dulu, hanya segelintir sahaja yang dapat menamatkan pengajian seni silat
mereka dengan sempurna kerana mereka ini memiliki sifat-sifat terpuji dan keikhlasan yang
tinggi sehingga sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara tanpa mengutamakan
kepentingan diri sendiri. Pada zaman ini wujud beratus-ratus perguruan seni silat. Pada
umumnya, asas seni silat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu 'bunga' dan 'buah'. Seni
bunga adalah gerak tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk mengelirukan lawan.
Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras, padu dan padat untuk menumpaskan
lawan. Tetapi ada perguruan yang tidak menghiraukan seni bunga dan hanya mengajar buah,
contohnya seperti Seni silat Cekak. Anak muridnya dikehendaki berdiri tegak menghadapi
lawan, pukul balas digunakan hanya ketika diserang dan itupun apabila pukulan sudah berada
seinci dua dari badan. Setiap perguruan mempunyai sejarah dan perkembangannya yang
tersendiri. Silat Seni Gayong mempunyai kronologi penubuhan yang tiada tolak bandingnya
dengan seni silat yang lain.

2.0 MAKSUD GAYONG

Falsafah pendidikan Silat Seni Gayong telah dirangka sejak dahulu lagi supaya dapat
melahirkan satu generasi yang berhemah tinggi dan berwawasan bagi memelihara kesucian
agama Islam serta memimpin bangsa dan negara ke arah matlamat yang diredhai Allah
S.W.T. Teras pendidikan Silat Seni Gayong pada dasarnya telah ditunjukkan dalam kalimah
Gayong itu sendiri. Huruf yang pertama iaitu ‘ga’ bermaksud genggam yakni berpegang
kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan
amanat yang diberikan. Kemudian huruf ‘alif’ pula membawa maksud angkat yakni
meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.
1
Manakala huruf ‘ya’ bermaksud yakin iaitu yakin kepada kebolehan diri sendiri. Seterusnya
huruf ‘wau’ iaitu waras dalam membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.
Akhir sekali ialah huruf ‘nga’ iaitu ngeri di mana menunjukkan bersungguh-sungguh dalam
segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan
dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya. Lima huruf tersebut juga melambangkan
lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah
Syahadah, menunaikan sembahyang fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan
zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga
menekankan seorang murid Gayong itu hendaklah menjaga kewajipan mereka sebagai
seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang fardhu lima
kali sehari semalam. Justeru, kekuatan seorang murid Gayong jelas kelihatan daripada
keupayaannya dalam melaksana segala perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala
laranganNya. Apabila wujud kesemua sifat, penghayatan beserta amalan dalam konsep yang
disebutkan tadi barulah boleh dianggap seorang murid Gayong itu benar-benar menuntut dan
mendalami ilmu Seni silat Gayong dengan sebaiknya

3.0 CITA-CITA DAN DASAR

Penekanan pembelajaran seni seni silat dalam masyarakat Melayu adalah selari dengan
seruan Allah S.W.T. dalam Surah Ar-Ra'd supaya umat Islam bersiap sedia dalam
menghadapi musuh dengan kadar kekuatan yang termampu. Ini menunjukkan cita-cita dan
dasar utama Seni silat Gayong meletakkan agama di tempat yang Maha Tinggi. Seni silat
Gayong telah terbukti mampu untuk mempertahankan akidah dan maruah umat Islam. Hal ini
telah terbukti melalui sejarah negara kita ketika dijajah oleh kuasa asing. Pergerakan para
pahlawan Seni silat Gayong seperti allahyarham Mat Kilau, Dato' Bahaman, Tuk Zainal,
Dato' Maharaja Lela dan ramai lagi pejuang kemerdekaan tanahair telah berjaya membataskan
penguasaan pihak penjajah dalam politik dan sosio-budaya penduduk tempatan. Pejuang
kemerdekaan tersebut merupakan pemimpin agama yang lazimnya menjadi teras kepimpinan
tradisi masyarakat Melayu zaman dahulu. Seni silat Gayong kini ialah salah satu warisan
bangsa yang diajar kepada generasi pelapis sebagai alat pendidikan dan pembentukan disiplin
dalam menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara. Ia mestilah dipelihara dengan
sebaiknya agar bangsa kita dapat menghargai warisan nenek moyang dan seterusnya
menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan.

2
4.0 MOTTO SILAT SENI GAYONG 

“Kata Bersahut, Gayong Bersambut”


Motto ini bermkasud sekiranya musuh berseni silat menggunakan kata-kata, maka hikmat
kebijaksanaan akal dan kepetahan lidahlah yang dipertarungkan. Juga sekiranya seseorang
musuh itu bertindak menggunakan kekuatan fizikal, maka serangan tersebut disambut dengan
pencak.seni silat.atau.bergayong. Penuntut Gayong tidak mencari musuh tetapi sekiranya
musuh melakukan serangan berpantang berundur walau selangkah. Seperti pepatah Melayu
“Membujur lalu Melintang patah”, “Daka daki Ku daki juga”, “Patah sayap Bertongkat
paruh”,“Berpantang.maut.Sebelum.ajal”.

5.0 FALSAFAH SILAT SENI GAYONG

Falsafah etika yang membicarakan kaedah pembentukan akhlak terpuji adalah falsafah Seni
silat Gayong. Falsafah ini memupuk peningkatan nilai peribadi dalam pelbagai aspek dari segi
kualiti, matlamat dan sentiasa bergerak dalam lingkungan pedoman yang diberikan. Malah,
falsafah ini juga terdapat dalam setiap amalan adat istiadat, peristiwa sejarah, puisi, amanat
dan pelajaran Seni silat Gayong. Kalimah Seni silat Gayong itu sendiri memberikan
pengertian tersirat yang menjelaskan falsafah utama Seni silat Gayong. Falsafah yang menjadi
perbezaan Seni silat Gayong dengan seni silat yang lain. Seni silat Gayong mempunyai
segala teknik, kaedah dan langkah pencak yang digunakan untuk membela diri atau
melakukan serangan balas. Seni dalam konteks Seni silat Gayong pula ialah satu unsur
dalaman yang menekankan konsep kerohanian dan pembersihan diri. Seni mendidik dan
membentuk pertahanan dan ketahanan jiwa yang sentiasa perlu dibaja dengan makanan
kerohanian dan dihiasi adab kesopanan serta akhlak yang terpuji. Manakala Gayong ialah
suatu kalimah yang menggariskan sifat peribadi, sifat yang membina unsur seni silat dan
unsur seni dalam jiwa dan jasad seorang penuntut Gayong.

Dengan itu, falsafah etika ini berkait rapat dengan pelajaran, adat istiadat dan pendidikan
yang berteraskan ajaran agama Islam. Falsafah Seni silat Gayong daripada sudut global akan
hanya dapat dikupas melalui skop kajian integrasi pemikiran yang luas meliputi aspek sejarah,
adat istiadat, pelajaran dan perkembangan Seni silat Gayong itu sendiri. Hanya mereka yang
mendalami ilmu Seni silat Gayong secara praktikal dan menghayati setiap unsur daripadanya
akan dapat menghuraikan Falsafah Seni silat Gayong dengan tepat, mendalam, terperinci dan
lengkap.

3
6.0 LAMBANG SILAT SENI GAYONG

I. Bulan.dan.Bintang
Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia. Seni silat
Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup.
Ia juga melambangkan agama Islam menjadi teras perguruan perseni silatan ini.
II. Bumi
Menunjukkan bahawa Seni silat gayong akan berkembang ke seluruh dunia
khasnya untuk semua muslim.
III. Beajana Air
Simbolik kepada universaliti ilmu Seni silat Gayong. Apa yang didapati atau
dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negeri telah wujud
dalam Seni silat Gayong. Seni silat Gayong ialah ilmu perseni silatan asli yang
tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia
juga melambangkan kesatuan hati dan bulat kata kerana sepakat. Bak kata
pepatah Melayu, “ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana sepakat ”.
Murid Gayong mestilah berpadu untuk menegakkan yang hak.

IV. Harimau
Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti
atau corak pelajaran Seni silat Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan
seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu
sahaja ia akan menzahirkan kekuatan dan ketajaman cengkaman kukunya yang
boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

4
V. Naga
Menunjukkan bahawa Seni silat Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat,
bahkan juga di dalam air. Logo naga ini dipercayai telah dihadiahkan oleh
Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas
keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu. Naga juga 
merupakan simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Allahyarham Dato’
Meor Abdul Rahman sendiri. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana
kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Seni silat
Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.
VI. Keris.Bersilang
Simbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang Tuah dan Hang
Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak
diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam
lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh kedua-
dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar
kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini
membuktikan Seni silat Gayong adalah seni silat melayu seni warisan bangsa
yang asli dan tulen.

VII. Pedang.Bermata.Dua
Melambangkan pedang Zulfakar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir
kalimah suci dari Al – Quran bermaksud "Kemenangan daripada Allah dan
kejayaan yang hampir" di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan
mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman
Jahilliyah.

VIII. Hitam Chula VII............................................................................................


Melambangkan Bengkung Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negar,
bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Tengku Daeng
Uda Mohd Hashim, Mahaguru Seni silat Gayong. Di sebalik lambang tersebut,
ia bermaksud Seni silat Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi
perjalanan Seni silat Gayong. Tanpa adat, Seni silat Gayong akan hilang
kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk

5
mempertahankan adat agar hala tuju dan matlamat Seni silat Gayong tidak
diselewenegkan.

7.0 BENDERA GAYONG

Bendera Seni silat Gayong

I. Hitam
Melambangkan bayang-bayang iaitu persamaan. Ia bermaksud semua manusia
di sisi Allah S.W.T. adalah sama. Bagaikan sinaran cahaya berwarna-warni
jika dipancarkan kepada objek hitam tetap hitam. Begitulah kedudukan semua
ahli dalam Seni silat Gayong. Pakaian yang disarung dalam latihan atau majlis
rasmi juga berwarna hitam, perbezaannya Cuma pada bengkong atau sandang
yang menandakan tahap kebolehan dan tanggungjawab atau amanah yang
dipikul. Hitam juga membawa konotasi rahsia iaitu ilmu Seni silat Gayong
mempunyai pelbagai rahsianya (Rahsia tersimpan di purbakala, Ilham
menyusun zahir semula)
II. Putih
Bermaksud bersih dan suci. Ia menunjukkan Seni silat Gayong bebas daripada
unsur-unsur syirik dan khurafat. Putih juga melambangkan fitrah kejadian
manusia yang memerlukan agama untuk mencorak dan membentuknya. Dalam
konteks Seni silat Gayong, agama Islam ialah ad-Din iaitu pedoman hidup.

III. Kuning
Melambangkan Tanah Melayu ialah negeri beraja dan berdaulat. Murid yang
memasuki Seni silat Gayong dimestikan berikrar taat setia kepada raja-raja
Melayu dalam istiadat perlimau sintuk.

6
IV. Merah
Tanda keberanian dan kepahlawanan. Murid gayong hendaklah mempunyai
rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Semangat
kepahlawanan perlu untuk mempertahankan kedaulatan tanahair daripada
penceroboh dan perbuatan durjana. Keberanian yang dimiliki hendaklah atas
dasar kebenaran dan tuntutan agama.

8.0 BENGKUNG

Silat Gayong mempunyai beberapa warna talipinggang yang menunjukkan peringkat atau
pangkat seseorang pengamal seni beladiri ini.

7
9.0 ADAT ISTIADAT SILAT SENI GAYONG

I. Mandi Perlimau Sintuk Tapak

Perlimau Sintuk Tapak adalah di mana pelatih hanya dibenarkan mempelajari ilmu Seni silat
Gayong setakat pelajaran Tapak Gayong sahaja.

II. Mandi Perlimau Sintuk Seni

Perlimau Sintuk Seni merupakan peringkat penuntutan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi
lagi. Pelatih akan memperoleh perbezaan dalam penuntutan ilmu (dibenarkan mempelajari
ilmu Seni silat Gayong setinggi mana yang mampu, termasuklah bermain apa jua senjata dan
ilmu kebatinan - tertakluk kepada syarat-syarat tertentu), kedudukan, dan mulai memegang
tanggungjawab. Dalam upacara ini, pelatih dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan
besar(berwuduk).

III. Adat Menghadap Bertapak

Menghadap bertapak dilakukan semasa:


1. Penerimaan penabalan

8
2. Memohon izin bergelanggang
3. Memberi hormat kepada majlis

IV.,Adat Membuka dan Menutup Gelanggang 

Latihan dimulakan dengan adat membuka gelanggang dan diakhiri adat penutupan
gelanggang. Upacara ini disempurnakan dengan membaca ayat-ayat berikut:

1. Surah Al-Fatihah (1 kali)


2. Surah Al-Ikhlas (11 kali)

3. Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. (3 kali)

4. Berdoa semoga dijauhkan segala bahaya dan niat khianat iblis, jin, manusia dan
binatang serta memohon diberkati pelajaran yang dituntut.

5. Doa kesyukuran kerana latihan ditamatkan dengan baik daripada mula hingga akhir
dan semoga mendapat keredhaan serta rahmat Allah s.w.t.

6. Jika ada berkat doa dan bacaan-bacaan yang dibacakan, ianya dihadiahkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w., sekelian Rasulullah, nabi-nabi, wali-wali, al-marhum Dato'
Mahaguru serta zuriatnya, kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat murid Gayong serta
seluruh murid dan ahli Gayong yang telah meninggal dunia baru atau lama.

V..Adab Dalam Gelanggang

Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang:
   1.Tidak meludah
   2.Tidak memakai alas kaki
   3.Tidak bergurau senda
   4.Meminta izin daripada Imam Gelanggang jika ingin keluar daripada gelanggang atau ingin
......bertemu seseorang di luar gelanggang
   5.Menghormati rakan-rakan dalam latihan
   6.Tidak makan atau minum

Bengkung, tengkolok dan sandang hendaklah ditanggalkan dan disimpan di tempat yang elok
semasa menikmati juadah atau makanan. 
9
VI..Khatam/Tamat Pelajaran Permainan Seni Keris

Keris mempunyai keistimewaan dalam sejarah Melayu kerana ia lambang kekuatan dan
kependekaran pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam, misalnya Hang Tuah lima
bersaudara. Permainan keris mempunyai rahsia dan nilai seni yang halus lagi tersendiri serta
tidak sama dengan senjata-senjata lain. Malah permainan senjata keris amat berbahaya dan
sememangnya susah untuk mengendalikan lawan yang hebat bermain keris.

Upacara perkhataman seni keris diadakan di laut (di tepi pantai). Perkhataman di laut
merupakan salah satu adat-istiadat Seni Gayong dan juga merupakan cubaan atau dugaan
terakhir kepada murid-murid Gayong setelah mereka tamat latihan menggunakan senjata
tikam seperti keris.

VII..Mandi Minyak

Mandi minyak ini bukanlah suatu amalan kebatinan untuk menjadi kebal sepertimana yang
sering digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak sehingga seni silat sering disalahtafsirkan.
Mandi minyak merupakan satu amalan tradisi masyarakat Melayu yang bertujuan untuk
pengubatan dan menyihatkan badan. ketika upacara ini dijalankan ahli-ahli gayong hanyalah
menyepuh minyak panas di dalam kawah dan kemudiannya diurut ke seluruh badan. Amalan
mandi minyak dikatakan mampu memberikan suatu daya tahan kepada bisa dan kepanasan.

Upacara mandi minyak dimulai dengan adat buka gelanggang terlebih dahulu. Mandi
minyak adalah dikawal oleh guru-guru tua bermula daripada kelapa dibelah yang mana
kesemua kerja-kerja membelah, mengopek dan memasak minyak kelapa dilakukan
sepenuhnya oleh mereka. Mereka hendaklah berkeadaan suci dari hadas besar atau kecil serta
telah bersembahyang sunat sebelum menjalankan kerja-kerja tersebut. 

Semasa kerja-kerja memasak tersebut dijalankan, gurulatih-gurulatih dan ahli-ahli


gayong yang terlibat akan berterusan membaca surah Al-Ikhlas sehinggalah upacara selesai.
Ini adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah semoga peseni silat dapat diasuh dan
dibaja dengan didikan Al-Quran seterusnya melahirkan peseni silat Gayong yang berpegang
teguh pada Al-Quran dan Islam.

10.0.SEJARAH SILAT SENI GAYONG

10
Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu
sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi
(Portugis) pada tahun 1511, hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid (anak
Laksamana Hang Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan
gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang telah digunakan oleh
Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke
dalam hutan, hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan
penggempur (boleh disamakan dengan gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu
"berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong". Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat
ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hingga ke negeri Pahang, untuk
mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh
generasi demi generasi sehinggalah ke Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang
Pahang yang hidup sezaman dengan Dato’Bahaman dan Mat Kilau.

Terdapat suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di
Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan
masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan satu pertandingan seni persembahan
budaya setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Bagi
persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dikira membahayakan telah
dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut
yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang dianggap membuat
persembahan secara bahaya tadi telah ditangkap secara sembunyi dan dirantai lalu dibawa ke
tengah laut untuk dibunuh. Dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong, rantai tadi
berjaya diputuskan dan hulubalang-hulubalang Melaka ini melawan dan berjaya
menumpaskan pengawal Portugis yang mengawal mereka. Oleh kerana bimbang akan
keselamatan mereka selepas itu, hulubalang Melaka ini mengambil keputusan untuk belayar
ke serata tempat gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah
daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ. Di Makasar
ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutamannya dalam kalangan
bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula
kesenian lama ini di Tanah Melayu.

11
Dalam pada itu, terdapat suatu riwayat yang masyhur berkenaan tujuh orang anak raja
tanah Bugis yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan
juga pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada
tolok bandingnya ketika itu. Mereka telah belayar meninggalkan tanah Bugis dan menjelajah
ke serata kepulauan Melayu untuk mencari kawasan penempatan yang baru. Salah seorang
dari putera Bugis itu ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima
Hitam. Daeng Kuning ialah moyang kepada Dato' Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni
Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok,
seorang pahlawan berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng
Kuning.

Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Syed Zainal telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad
Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia. Di Pulau Temiang, yang
terletak berdekatan dengan Pulau Bangka, mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok
Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada
pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka
kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau
Temiang setelah selesai urusan yang diamanahkan oleh Sultan. Dalam perjalanan pulang ke
Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed
Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan.
Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok
Solok. Syed Zainal Al-Attas ialah nenda kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman Daeng
Uda Hashim. Dato' Meor Abdul Rahman mempelajari Silat Seni Gayong daripada nendanya
sendiri, Tuan Syed Zainal Syed Idris Al-Attas ketika berusia 12 tahun. 

10.1.Salasilah keluarga Meor Abdul Rahman

Pada masa ini pecahan ilmu Seni Silat Gayong boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai
perguruan gayong di Malaysia seperti Gayong Patani dan Gayong Pesaka. Tapi yang paling
utama ialah semestinya Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia(PSSGM). Seni Silat Gayong
Malaysia telah diasaskan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd
Hashim. Antara mereka yang pernah mengamalkan Seni Silat Gayong ialah allahyarham Mat
Kilau, Dato' Bahaman dan Dato' Maharaja Lela.

12
Pelajaran asas perseni silatannya diperoleh daripada datuknya sendiri iaitu Syed Zainal
Abidin Al-Attas bermula ketika umurnya 12 tahun. Seni Silat Gayong pada asalnya dibawa ke
Tanah Melayu oleh seorang putera Bugis dari Kepulauan Sulawesi bernama Daeng Kuning
atau digelar Panglima Hitam. Beliau adalah salah seorang daripada tujuh beradik anak raja
Bugis yang berasal dari Makasar, Sulawesi. Ketujuh-tujuh beradik ini yakni Daeng Jalak,
Daeng Celak, Daeng Merawak, Daeng Mempawah, Daeng Telani, Daeng Pelangi dan Daeng
Kuning telah belayar meninggalkan tanah Bugis untuk mencari tapak penghidupan baru.
Beliau bersama-sama dengan enam saudaranya bermastautin di Tanah Melayu di mana segala
ilmu perseni silatan diturunkan kepada keturunannya.

Pada tahun 1813, tujuh beradik ini telah mendarat di Kuala Larut. Mereka menjadikan
kawasan Pangkalan Alur atau Relur Tujuh (kini dikenali sebagai Ayer Kuning) sebagai
tempat persinggahan. Hanya Daeng Kuning sahaja yang terus menetap di Relur Tujuh dan
bertapa di situ. Manakala adik-beradik beliau yang lain pula meneruskan pelayaran dan
berpecah ke seluruh Tanah Melayu, mengikut haluan masing-masing. Daeng Kuning terkenal
dengan kemahirannya bermain senjata sundang lipas. Kedatangan orang-orang Bugis ke
Tanah Melayu ini telah memperkuatkan struktur kesultanan Melayu pada zaman tersebut.
Melalu1i bantuan kuasa Bugis, ketuanan raja-raja Melayu telah dapat dinobatkan kembali.
 Daeng Kuning meninggal dunia pada tahun 1875 di Taiping, Perak.

Sepanjang penetapan Daeng Kuning di Pangkalan Alur atau Relur Tujuh yang kini
dikenali sebagai Ayer Kuning, beliau telah berkahwin dengan seorang puteri Raja Pattani dan
dikurniakan seorang putera yang kemudiannya dikenali dengan panggilan Penghulu Che’
Ngah Tambah. Penghulu Che Ngah Tambah adalah yang membuka daerah Matang dan telah
dilantik oleh Sultan Perak sebagai salah seorang Orang Besar Lapan dan telah mendapat
seorang anak lelaki yang bernama Uda Mohd. Hashim. Kemudian, awal 1900-an Uda Mohd.
Hashim yang merupakan seorang arkitek kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan
Sharifah Aluyah binti Syed Zainal Al-Attas dan dikurniakan dua orang putera. Salah seorang
puteranya ialah, Meor Abdul Rahman dilahirkan pada 21 Ogos 1915 di Kampung Lake
Garden, Taiping. Syed Zainal Al-Attas yang merupakan datuk kepada beliau ini ialah seorang
hulubalang di Pahang yang terkenal dengan semangat penentangan penjajah serta ilmu perseni
silatan yang tinggi. Beliau adalah sahabat karib pahlawan tanah air, Mat Kilau dan Dato’
Bahaman dan pernah menjadi penghulu di Pekan, Pahang di bawah pentadbiran Tok Gajah.

13
10.2.Meor Abdul Rahman

Semasa kecilnya, Meor Abdul Rahman memang seorang anak yang nakal dan tahan lasak.
Kenakalan beliau ini menyebabkan beliau sering menjadi mangsa rotan ayahandanya.
Ayahandanya memang seorang yang garang dan bengis. Kerana kenakalannya inilah
menyebabkan beliau lebih menonjol daripada adik-beradiknya yang lain. Beliau juga lebih
rapat dengan bondanya kerana bondanyalah yang sering mempertahankan tindakan Meor
Abdul Rahman apabila ayahandanya ingin menghukum kenakalannya. Pernah suatu ketika,
Meor Abdul Rahman telah melarikan diri kerana dikejar oleh ayahandanya. Meor Abdul
Rahman telah menyorok di dalam tong dram berisi air dan berpenutup.  Kenakalan Meor
Abdul Rahman diperhatikan setiap masa oleh datuknya Engku Syed Zainal Al-Attas.

Pada tahun 1925, keluarga Meor Abdul Rahman telah berpindah ke Kampung Pokok
Asam dan pada tahun ini juga beliau bersekolah di Sekolah Melayu Taiping dan di English
School Kamunting di Taiping, sehingga ke peringkat Junior Malay Class. Di sekolah
menengah, Meor Abdul Rahman aktif dalam persatuan berpakaian seragam, iaitu pengakap.
Beliau sering mengikuti jambori pengakap yang diadakan di negeri Perak. Selepas tamat
Junior Malay Class, Meor Abdul Rahman kemudian menyambung persekolahannya di
Government Trade School di Ipoh. Syed Zainal dapat melihat secara firasat bahawa suatu
masa nanti Meor Abdul Rahman akan mewarisi ilmu kependekaran yang ada padanya.
Walaupun beliau dilahirkan di tengah-tengah keluarga berdarah pendekar, ini tidak bermakna
beliau sudah mempunyai kekuatan luar biasa serta ilmu perseni silatan yang tinggi.
Disebabkan "darah pendekar" yang diwarisinya itu beliau kerap menjadi mangsa buli rakan-
rakannya di sekolah, yang sengaja mahu menguji tahap keilmuannya dalam dunia perseni
silatan. Setiap hari beliau akan dibuli, diherdik, diugut dan kadangkala dibelasah kerana
kawan-kawannya menyangka beliau kebal seperti datuknya yang terkenal sebagai pendekar
terbilang. Beliau pernah dibelasah oleh 7-8 orang rakan-rakannya. Walaupun beliau belum
mempelajari seni silat lagi pada ketika itu, beliau sering menang dalam setiap perkelahian
yang dicetuskan oleh rakan-rakannya tersebut. Walaupun demikian, kerana sering sahaja
dibuli, Meor Abdul Rahman seolah-olah patah semangat untuk meneruskan persekolahannya
akibat tindak tanduk rakan-rakannya itu. Beliau mengadu kepada bondanya, Sharifah Aluyah
mengenai sikap rakan-rakannya itu serta niatnya untuk berhenti sekolah jika hasratnya untuk
mempelajari seni silat tidak ditunaikan. Walaupun datuknya, Syed Zainal itu seorang
pendekar terbilang, malah saban hari ramai yang datang berguru, namun Meor Abdul Rahman

14
tidak pernah diberi peluang untuk sama-sama belajar. Beliau terpaksa menyorok di bawah
rumah mengintai datuknya bercerita tentang seni silat kepada anak-anak muridnya. Ibunya
bersetuju untuk menyampaikan permintaan Meor Abdul Rahman kepada datuknya.

10.3.Berguru Dengan Syed Zainal Al-Attas

Apabila beliau berumur 12 tahun, barulah Meor Abdul Rahman berpeluang berguru dengan
datuknya iaitu Syed Zainal yang ketika itu sudah menjangkau ke usia 100 tahun lebih. Segala
ilmu dan petua Seni Silat Gayong diperturunkan satu persatu oleh Syed Zainal Al-Attas.
Semakin lama, Seni Silat Gayong semakin sebati dalam diri beliau. Meor Abdul Rahman
mempelajari Seni Silat Gayong bersama-sama 40 orang rakannya di Kampung Pokok Assam,
Taiping. Keluarga beliau berpindah ke Kampung Pokok Assam ketika usia beliau kira-kira 10
tahun. Kekanda beliau, Meor Abdul Aziz tidak ikut sama mempelajari seni silat kerana beliau
lebih gemarkan aktiviti bermotosikal dan telahpun memiliki tiga buah motosikal. Setelah tiga
tahun berguru dengan Syed Zainal,iaitu pada tahun 1931, kesemua rakan-rakannya telah
dikhatamkan oleh Syed Zainal kecuali beliau seorang. Meor Abdul Rahman begitu kecewa
dengan sikap datuknya yang tidak mengkhatamkan dirinya seperti rakan-rakannya yang lain.
Beliau telah menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya sehingga digelar "buah yang tidak
masak".

Beliau lantas mengadu kepada bondanya dan Sharifah Aluyah lalu bersemuka dengan
ayahandanya Syed Zainal dan bertanyakan mengapa Meor Abdul Rahman tidak dikhatamkan
sebagaimana rakan-rakannya yang lain. Sharifah Aluyah sanggup menawarkan seekor
kambing untuk disembelih sebagai syarat untuk Meor Abdul Rahman dikhatamkan. Walau
bagaimanapun, permintaan Sharifah Aluyah tidak dapat dipenuhi oleh Syed Zainal. Menurut
Syed Zainal, beliau tidak boleh mengkhatamkan cucunya tersebut kerana masanya belum tiba.
Apabila tiba masanya kelak, Meor Abdul Rahman pasti akan dikhatamkan walaupun bukan
oleh beliau. Menurut firasat Syed Zainal, cucunya Meor Abdul Rahman akan dikhatamkan
oleh orang ghaib di suatu tempat yang terletak di sempadan Siam-Tanah Melayu. Syed Zainal
menyuruh Sharifah Aluyah menasihatkan Meor Abdul Rahman supaya menunggu sahaja
ketibaan masa pengkhataman tersebut.

Penjelasan bondanya tersebut sedikit-sebanyak telah melegakan hati Meor Abdul


Rahman, namun dia terus menanti-nanti masa yang disebutkan oleh datuknya itu. Ketika

15
usianya sembilan belas tahun, beliau sudah pun mahir dalam segala aspek ilmu perseni silatan
dan adat istiadat Seni Silat Gayong ini. Sebagai seorang anak muda yang sedang meningkat
dewasa, Meor Abdul Rahman sering sahaja terlibat dalam peristiwa beradu tenaga dan
sentiasa pula dapat menewaskan lawannya tersebut.

10.4 Kuala Nerang

Pada tahun 1933, Meor Abdul Rahman pergi ke Kuala Nerang menziarahi kekandanya,
Hendon dan kekanda iparnya, Zainal Abidin. Pada suatu malam, ketika beliau berada di
rumah kekanda iparnya, beliau telah terdengar bunyi gendang seni silat yang dipalu daripada
gelanggang seni silat berdekatan. Setelah sedikit soal selidik, Meor Abdul Rahman
difahamkan bahawa guru gelanggang tersebut yang bernama Sudin adalah berketurunan
Minangkabau dan bekerja sebagai penjahit topi. Meor Abdul Rahman mengambil keputusan
berjumpa dengan guru tersebut bersama-sama dengan rakannya, Osman. Setibanya di sana,
Meor Abdul Rahman pun menyampaikan hasratnya ingin belajar seni silat. Permintaannya itu
ditunaikan dan dipinta pengeras sebanyak $3.25 serta seekor ayam apabila khatam. Walau
bagaimanapun, guru seni silat berkenaan tidak turun ke gelanggang sepertimana yang
dijangkakan oleh Meor Abdul Rahman tetapi hanya orang kanannya iaitu Ali sahaja yang
turun mengajar. Sewaktu latihan, Meor Abdul Rahman telah menggunakan pengetahuannya
dalam Seni Silat Gayong, hingga menyebabkan Ali tewas. Lalu, Ali mengadu hal tersebut
kepada gurunya iaitu, Sudin.

Sebaik sahaja mengetahui hal tersebut, Sudin berhajat untuk bersemuka dengan Meor
Abdul Rahman dan ingin menguji setinggi mana ilmu seni silat yang ada padanya. Oleh
kerana keadaan gelanggang yang sempit, Meor Abdul Rahman mengambil sikap bertahan
pada mulanya. Setiap pukulan Sudin dielak dengan sempurna. Namun, apabila merasakan
Sudin bersungguh-sungguh mahu mengalahkannya, maka Meor Abdul Rahman pun
menggunakan kepakarannya dalam Seni Silat Gayong sehingga menyebabkan Sudin tidak
tentu arah dibuatnya. Ahirnya, Sudin lalu memulangkan semula wang pengeras Meor Abdul
Rahman tetapi ditolak olehnya. Sudin keliru lalu bertanya kepada Meor Abdul Rahman
mengapa beliau masih ingin berguru dengannya sedangkan beliau memiliki ilmu perseni
silatan yang cukup tinggi. Meor Abdul Rahman mengatakan bahawa menurut pesanan Syed
Zainal, datuknya, sekiranya beliau kalah dalam pertarungan, beliau bolehlah terus belajar seni
silat daripada guru yang mengalahkannya. Tetapi jika beliau menang, beliau tidak perlu
16
belajar lagi kerana beliau akan dikhatamkan oleh orang ghaib. Pada hakikatnya, Meor Abdul
Rahman sedang mencari guru yang dapat mengkhatamkannya.

10.5 Pengembaraan ke Menam

Di pekan Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman telah berkenalan dengan seorang perempuan
tua berpakaian lusuh, yang menjual burung serindit. Apabila mengetahui perempuan tua
tersebut berasal dari Menam, yang terletak dekat sempadan Siam, Meor Abdul Rahman mula
mencari jalan bagaimana beliau boleh mengikut perempuan tua tersebut balik ke Menam.
Secara senyap-senyap, tanpa pengetahuan kekandanya, Hendon dan kekanda iparnya, Zainal
Abidin, Meor Abdul Rahman dengan berbekalkan raifal dan sepucuk pistol milik kekanda
iparnya, dan ditemani oleh Mata-mata Bakar bin Osman telah mengikuti perempuan tua yang
dikenali dengan nama Tok Mek Jah itu pulang ke Menam. Jarak perjalanan antara Menam
dengan pekan Kuala Nerang adalah sangat jauh. Tidak ada sebarang pengangkutan kecuali
berjalan kaki selama beberapa hari. Dari Kuala Nerang, mereka menempuh Padang Terap
sebelum berhenti di Padang Sanai. Dari Padang Sanai mereka meneruskan perjalanan ke
Kuak. Di Kuak, Meor Abdul Rahman menumpang di rumah ketua kampungnya, Lenchon.

Selama dua hari Meor Abdul Rahman berada di Kuak. Makan minumnya diuruskan
oleh Lenchon. Walaupun beliau sudah mula mempunyai ramai kenalan, namun selok-belok
kehidupan di perkampungan Siam itu dirasakan masih asing. Suatu ketika, kerana sudah tidak
tahan untuk membuang air besar di mana setelah ditahan selama dua hari, Meor Abdul
Rahman pun meminta izin kepada Lenchon untuk pergi ke sungai bagi melepaskan hajatnya
itu. Ketika beliau berada di atas sebatang titi untuk membuang air besar, tiba-tiba meluru
berpuluh-puluh ekor babi hutan ke arah beliau. Meor Abdul Rahman telah disondol hingga
terjatuh ke dalam sungai. Selepas memakan najis-najis yang terdapat di situ, babi-babi hutan
tersebut pun melarikan diri ke dalam hutan. Perjalanan Meor Abdul Rahman masih tidak
berpenghujung. Cerita-cerita menarik tentang kehidupan di Menam semakin menyemarakkan
minatnya untuk ke sana. Baginya, jauh perjalanan luas pandangan. Walaupun beliau sudah
merasakan tentang azab dan sengsaranya ketika menempuhi perjalanan ke Kuak dari Padang
Sanai dahulu, namun kini beliau bertekad untuk ke Menam pula.

Pertemuannya dengan Tok Choh di Kuak semakin membakar semangatnya untuk


meneruskan perjalanan ke Menam. Empat hari empat malam berjalan kaki barulah sampai ke
Menam. Selama empat hari di Menam, Meor Abdul Rahman telah menjadi anak angkat
17
kepada keluarga Tok Choh dan menginap di rumah Tok Mek Jah. Dinding rumah penduduk
Menam termasuk dinding rumah Tok Mek Jah diperbuat daripada kulit-kulit binatang.
Sewaktu di Menam, Meor Abdul Rahman bersama-sama dengan Bakar sering menghabiskan
masa mereka dengan keluar memikat burung serindit kerana harganya ketika itu sangat mahal
(seekor burung serindit boleh mencapai harga di antara RM 3 - RM 5 seekor). Setelah empat
hari di Menam, Meor Abdul Rahman meminta diri untuk pulang ke Kuala Nerang untuk
menemui kekanda iparnya Zainal Abidin.

Selepas beberapa hari di Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman mengambil keputusan
untuk pulang ke Taiping bagi menemui keluarganya. Beliau telah menceritakan segala
pengalaman yang dilalui beliau kepada kekandanya Meor Abdul Aziz. Meor Abdul Aziz juga
tertarik untuk ke sana. Tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kekanda iparnya Zainal Abidin di
Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman dan kekandanya Meor Abdul Aziz telah pergi ke
Menam. Kedatangan mereka ke Menam semula telah mengejutkan Tok Choh dan Tok Mek
Jah. Di Menam mereka menghabiskan kebanyakan masa dengan keluar berburu binatang.
Meor Abdul Rahman pernah bertanyakan kepada Tok Mek Jah berkenaan sebuah bukit yang
terletak di dalam hutan Menam. Menurut Tok Mek Jah, tempat tersebut bernama Lam Goh.
Meor Abdul Rahman bertanyakan Tok Mek Jah sama ada beliau boleh pergi ke kawasan bukit
tersebut. Menurut Tok Mek Jah, kawasan bukit itu agak "keras" dan Tok Mek Jah keberatan
untuk melepaskan Meor Abdul Rahman ke sana.

10.6 Bersua Hang Tuah

Seni silat Seni Gayong Malaysia diasaskan oleh Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd
Hashim. Meor Abdul Rahman menzahirkan ilmu pusaka dan amanah yang diterima daripada
pahlawan Melayu yakni Laksamana Hang Tuah. Terdapat dua situasi yang dikatakan semasa
peristiwa berkenaan berlaku.

SITUASI PERTAMA

Ketika keluar berburu bersama-sama dengan enam orang rakannya di dalam hutan belantara
di Menam iaitu di sempadan antara Siam dan Tanah Melayu, hujan ribut telah turun disertai
dengan kilat petir sabung-menyabung. Ini menyebabkan kawan-kawan beliau yang seramai
enam orang tadi telah terpisah dengannya dan tidak kelihatan lagi. Setelah keadaan pulih

18
seperti sediakala, Meor Abdul Rahman menyedari bahawa dirinya tinggal bersendirian.
Beliau lalu meneruskan perjalanannya dengan merayau-rayau tanpa mengetahui arah yang
hendak dituju. Dalam keadaan diri yang sangat letih serta kebingungan, beliau mengambil
keputusan untuk berehat lalu terlelap di atas suatu batu hampar berwarna hitam selebar kira-
kira satu rantai.

Dalam keadaan antara tidur dan jaga, tiba-tiba muncul bayang-bayang lembaga
seorang manusia yang berpakaian seperti seorang hulubalang Melayu zaman dahulu, dengan
dipinggangnya tersisip sebilah keris. Lembaga itu mengarahkan agar beliau jangan berasa
bimbang dan takut dan memaklumkan bahawa beliau akan dipenuhkan dengan ilmu-ilmu
pertahanan dalam ilmu kepahlawanan.

Dalam keadaan diri antara sedar dan tidak, Meor Abdul Rahman pun diajar dengan
berbagai ilmu kependekaran zahir dan batin. Segala rahsia ilmu Seni silat Seni Gayong dan
mempertahankan diri telah dicurahkan kepada beliau. Selepas beliau melalui pelbagai ujian
dan cubaan, beliau telah dibawa ke sebatang anak sungai yang berdekatan dan dimandikan
dengan tujuan mengkhatamkannya. Di sanalah Meor Abdul Rahman diamanahkan supaya
ilmu yang telah dipelajarinya (Seni Gayong), diperkembangkan dengan seluas-luasnya di
dalam negara ini dengan mengikut adat-istiadatnya yang tertentu. Pada saat itu juga, lembaga
itu memperkenalkan dirinya dengan mengatakan bahawa beliau ialah Datuk Laksamana Hang
Tuah. Hang Tuah akhirnya meminta Meor Abdul Rahman mengangakan mulut lalu,
diludahkannya ke dalam mulut Meor Abdul Rahman sebagai tanda sempurnalah sudah
pengkhataman beliau. Hang Tuah juga mendakwa bahawa Meor Abdul Rahman adalah orang
yang paling gagah dan tiada orang lain yang dapat menewaskannya selagi ia patuh kepada
pantang-larang tertentu. Hang Tuah telah mengarahkan Meor Abdul Rahman menghadap
sultan yang memerintah negerinya (Perak) ketika itu untuk menyembahkan taat setia serta
mengarahkan beliau meninggalkan tempat itu dengan segera menuju ke arah matahari naik.
 Setelah tersedar daripada tidurnya, Meor Abdul Rahman merasakan terdapat suatu kelainan
pada dirinya, beliau seolah-olah telah diresapi oleh kegagahan yang amat luar biasa.

SITUASI KEDUA

Ketika Meor Abdul Rahman sedang duduk berzikir di atas sebuah batu hitam, tiba-tiba
muncul lima lembaga manusia yang lengkap berpakaian hulubalang zaman dahulu sambil
masing-masing bersenjatakan sebilah keris. Salah satu daripada lembaga tersebut
19
memperkenalkan dirinya sebagai Datuk Laksamana Hang Tuah, hulubalang Raja Melaka
yang termasyhur pada zaman dahulu. Hang Tuah mengatakan, bahawa kini tibalah masanya
untuk Meor Abdul Rahman dikhatamkan.

Hang Tuah kemudian telah mengarahkan keempat-empat lembaga yang mengiringinya


supaya menyerang Meor Abdul Rahman secara serentak. Meor Abdul Rahman telah berjuang
bersungguh-sungguh menentang serangan ramai tersebut, biar pun ketika itu diri beliau tidak
bersenjata langsung. Serangan yang datang dari pelbagai arah tersebut dihadapinya dengan
gagah, dan berjaya dipatahkan satu demi satu. Akhirnya, keempat-empat lembaga tersebut
berjaya ditewaskan oleh Meor Abdul Rahman, dan Meor Abdul Rahman berjaya menendang
dan merampas satu daripada keris yang digunakan oleh lembaga-lembaga yang
menyerangnya. Keris yang berada di dalam genggaman Meor Abdul Rahman khabarnya
adalah keris Pendawa Lima yang menjadi miliknya sekarang dan keempat-empat lembaga
tersebut dipercayai sebagai "Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu". Hang
Tuah kemudian meminta agar perlawanan diberhentikan, lalu menyuruh Meor Abdul Rahman
mengangakan mulut. Hang Tuah kemudian meludah ke dalam mulut Meor Abdul Rahman
sambil mengamanahkan ilmu seni silat yang telah dipelajarinya(Seni Gayong) diajar kepada
keseluruhan insan dengan mengikut adat istiadat yang sejati, pada masa-masa yang tertentu.
Hang Tuah juga meminta Meor Abdul Rahman menghadap raja yang memerintah negerinya
untuk menyembahkan taat setia dan berbakti kepada sultan sebagaimana Hang Tuah berbakti
kepada Raja Melaka. Hang Tuah juga mendakwa bahawa Meor Abdul Rahman adalah orang
yang paling gagah dan tiada seorang pun yang dapat menewaskannya selagi beliau patuh
kepada syarat-syarat yang tertentu. Hang Tuah kemudian menyuruh Meor Abdul Rahman
meninggalkan tempat tersebut menuju ke arah matahari naik.

10.7.Melawan Jaguh Tomoi

Selepas peristiwa pertemuannya dengan Hang Tuah di batu hitam, bertempat di suatu
kawasan terpencil di sempadan Malaysia-Thai, Meor Abdul Rahman mendapati dirinya
beroleh suatu kekuatan yang amat luar biasa. Misi pengembaraannya untuk mencari "orang
ghaib" sepertimana yang pernah disebut oleh nendanya, Syed Zainal sudah pun berakhir.
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman melalui satu kawasan yang
dikenali gelanggang tomoi.

20
Meor Abdul Rahman pun masuk ke gelanggang Tomoi dan bertarung dengan salah
seorang jaguh tomoi tempatan. Dalam perlawanan tersebut, Meor Abdul Rahman telah
menggunakan kepandaiannya dalam Seni Silat Gayong, sehingga menyebabkan juara tomoi
tersebut tunggang-langgang. Lalu, juara tomoi tersebut meminta perlawanan tersebut
dihentikan.

10.8 Panglima Sendo Perak

Tanpa membocorkan rahsia pertemuannya dengan Hang Tuah di batu hitam itu, akhirnya
Meor Abdul Rahman bergegas pulang ke Taiping. Sebelum itu beliau singgah sebentar di
rumah kekandanya di Kuala Nerang. Beliau tetap merahsiakan apa yang telah dialaminya
daripada pengetahuan kedua-dua ibu bapanya. Sebagai mematuhi amanat di dalam mimpinya,
beliau telah meminta izin daripada bondanya Sharifah Aluyah untuk menghadap DYMM
Paduka Seri Sultan Perak ketika itu iaitu Almarhum Sultan Alang Iskandar. Sharifah Aluyah
menurut ceritanya pernah dipinang oleh Sultan Alang Iskandar suatu ketika dahulu.

Beliau ditemani oleh beberapa orang rakannya yang menjadi pegawai kerajaan,
dengan berbasikal beramai-ramai menuju ke istana. Ketika tiba di istana, Meor Abdul
Rahman telah diberitahu bahawa Sultan Alang Iskandar telah berangkat ke Manong
menghadiri suatu majlis keramaian. Meor Abdul Rahman dan rakan-rakannya pun bergegas
ke Manong. Untuk menghadap sultan bukannya tugas yang mudah. Beberapa kali Meor
Abdul Rahman dihalang oleh Datuk Seri Nara Diraja. Pada ketika itu baginda sultan tengah
sibuk kerana sedang bermain mahjong. Setelah puas didesak akhirnya Datuk Seri Nara Diraja
membenarkan Meor Abdul Rahman bertemu dengan Sultan,

Di hadapan Sultan, beliau telah menunjukkan kegagahan beliau dengan mengangkat


Puteh Lawak yang berbadan besar dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Puteh
Lawak telah dijulang dan diputar-putarkan sebelum dicampak. Selepas peristiwa itu, baginda
Sultan telah memerintahkan Meor Abdul Rahman agar menghadap baginda sekali lagi iaitu
bertempat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Di sana Meor Abdul Rahman telah
menunjukkan kebolehannya membengkokkan paku sepanjang enam inci, membengkokkan
besi dengan leher, berlawan tarik tali dengan 50 orang lelaki (25 di kanan, dan 25 di kiri),
mematahkan wang syiling perak dengan menggunakan jari (Setengah bahagian daripada wang
syiling perak 50 sen ini disimpan oleh Cikgu Siti Kalsom manakala setengah bahagian yang

21
lain disimpan oleh waris Almarhum Sultan Idris Syah. Wang syiling ini kelihatan seperti telah
disiat kepada dua bahagian), badan beliau digelek dengan kereta Bentley milik Sultan dan
beliau juga berjaya memutuskan rantai pengikat kaki gajah. Semua ujian tersebut dijalankan
pada waktu malam. Sultan Alang Iskandar masih lagi belum berpuas hati. Pada keesokan
harinya baginda telah memerintahkan Meor Abdul Rahman mengangkat selaras meriam
penabur yang terbesar di istana. Atas kejayaannya itu, baginda Sultan telah menggelarnya
"Panglima Sendo Perak" atau "Orang Kuat Perak".

Sejak hari itu beliau dikenali sebagai "Rahman Sendo". Baginda juga berkenan
mengambil beliau sebagai anak angkat dan mulai saat itu, tinggallah Meor Abdul Rahman di
Istana Mercu, Kuala Kangsar. Meor Abdul Rahman hanya kembali semula ke kampungnya
(Kampung Pokok Assam) setelah Sultan Alang Iskandar mangkat pada tahun 1938. Beliau
telah dinasihatkan oleh ayahanda saudaranya, Ngah Majid yang menjawat jawatan Panglima
Perang Kiri Perak supaya pulang semula ke Kampung Pokok Assam untuk mengelakkan diri
beliau dianiayai oleh pembesar negeri yang cemburu kepada beliau.

10.9 Berhijrah ke Singapura


 

Tentera British Kalah Kepada Jepun

Tidak berapa lama setelah keluar dari istana, Meor Abdul Rahman telah mendirikan rumah
tangga bersama Kalsom binti Hj. Kechik, yang merupakan seorang anak tempatan Kedah
yang juga adalah adik angkat kekandanya, Hendon. Setelah berumahtangga, Meor Abdul
Rahman dan isterinya menetap di rumah kekandanya, Hendon di Kuala Nerang. Namun, pada
penghujung tahun 1938, beliau telah berangkat ke Singapura bersama Zainal Abidin iaitu
sepupunya untuk mencari pekerjaan. Oleh kerana beliau adalah lulusan daripada Government
Trade School, beliau telah diterima bekerja sebagai tukang kimpal manakala Zainal Abidin
22
sebagai mekanik mesin. Mereka bekerja di Naval Base yang baru sahaja dibuka ketika itu.
Setelah enam bulan bekerja, pada pertengahan 1939, Meor Abdul Rahman telah mendapat
pekerjaan di Royal Signal Corps sebagai seorang mekanik. Di Gillman Barrack, Royal Signal
Corps, beliau turut menjadi Guru Kombat (Combat Instructor) yang mengajar ahli-ahli Royal
Signal Corps di mana merupakan tentera British yang ketika itu di bawah Pegawai
Memerintah Lt. Kol. Pope. Juga, pada ketika ini beliau membawa isterinya ke Singapura.

  Pada pertengahan tahun 1941, Meor Abdul Rahman pulang ke Kota Sarang Semut
untuk menghantar isterinya yang sedang mengandung anak mereka yang pertama. Meor
Abdul Rahman singgah di Kg. Pokok Assam untuk melawat kedua-dua orang tuanya semsa
dalam perjalanan pulang ke Singapura. Beliau telah terpikat dengan anak perempuan Nuteh,
Faridah (Anin) semasa menziarahi kekanda sepupunya, Nuteh Alang Abdul Rahman. Tidak
lama selepas itu, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Faridah. Selepas berkahwin,
Meor Abdul Rahman telah membawa isteri keduanya ke Singapura. Mereka menyewa sebuah
bilik di Bushi Park, Prince South Street. Dua bulan kemudian mereka disertai pula oleh isteri
pertama Meor Abdul Rahman bersama anak sulung mereka Fadhilah. Tidak berapa lama
kemudian, mereka sekeluarga berpindah ke Raden Mas dan menyewa sebuah rumah di situ.
Lebih kurang sebulan di Raden Mas, Perang Dunia Kedua pun meletus di Singapura.

Pada 15 Februari 1942 Singapura telah jatuh di bawah tangan tentera Jepun. Meor
Abdul Rahman telah mendapat arahan daripada Lt.Kol. Pope supaya menyelamatkan diri dari
pulau Singapura. Beliau meninggalkan Singapura hanya setelah diarahkan berbuat demikian
oleh pegawai atasannya. Kerana keberaniannya itulah beliau dianugerahkan pingat King
George VI daripada kerajaan British pada tahun 1947. Dalam suasana huru-hara, Meor Abdul
Rahman sekeluarga telah berpindah dari Raden Mas ke Batu 5 1/2 Pasir Panjang. Di situ
terdapat sebuah jeti yang digunakan oleh nelayan untuk memunggah hasil tangkapan mereka
ke darat. Meor Abdul Rahman berjaya mendapatkan sebuah perahu yang ditinggalkan di jeti
tersebut. Walaupun tidak pandai berperahu, Meor Abdul Rahman atas daya usahanya sendiri
telah mengemudi perahu tersebut. Beliau sekeluarga terpaksa mengharungi lautan luas di
perairan Singapura yang bergelombang besar dan berapi-api kerana terbakar akibat tumpahan
minyak. Dalam suasana yang sangat mencemaskan itu, mereka terpaksa pula berhadapan
dengan ancaman bom yang digugurkan daripada kapal terbang Jepun.

23
10.10 Peristiwa di Pulau Sudong

Selepas seharian berkayuh akhirnya beliau sekeluarga mendarat di sebuah pulau yang
kelihatannya agak selamat daripada peluru musuh iaitu Pulau Sadong. Di sana, Meor Abdul
Rahman telah disambut oleh seorang penduduk pulau yang bernama Naning. Untuk
menumpang di pulau tersebut, terdapat syarat yang perlu dilaksanakan iaitu bertarung dengan
seorang jaguh Pulau Sudong, yang bernama Wak Kusang. Wak Kusang ialah seorang yang
berkulit gelap, bertubuh pendek tetapi tegap dan mempunyai lengan sebesar paha orang
dewasa.

Pertarungan antara Wak Kusang dengan Meor Abdul Rahman berlangsung di kawasan
tanah perkuburan, kerana penduduk pulau membina rumah bertiang tinggi di tepi pantai,
manakala bahagian tengah pulau dikhaskan sebagai tanah perkuburan. Pertarungan tersebut
berlangsung dalam suasana yang sangat tegang dan hebat. Dengan berkat ilmu Seni Silat
Gayongnya, maka di akhir pertarungan, Wak Kusang telah dihempas oleh Meor Abdul
Rahman. Darah mula mengalir daripada kepala Wak Kusang kerana kepala beliau telah
terhempas ke batu nesan kubur di situ. Kemenangan Meor Abdul Rahman telah disambut
dengan perasaan gembira oleh ahli keluarga beliau. Penduduk pulau pula telah bersorak
gembira seolah-olah menyaksikan suatu perlawanan sabung haiwan. 

Peta Pulau Sudong

Pada suatu malam, lebih kurang setelah seminggu mereka berada di Pulau Sudong,
Meor Abdul Rahman telah bermimpi didatangi satu lembaga yang memberi amaran
kepadanya bahawa suatu bahaya akan menimpa penduduk Pulau Sudong dan menyuruh Meor
Abdul Rahman berusaha menghalang bahaya itu dan ia juga berjanji akan membantu beliau.
24
Pada keesokan harinya iaitu pagi tanggal 17 Februari 1942, penduduk Pulau Sudong telah
mendapat khabar bahawa tentera Jepun akan mendarat. Berita tentang pendaratan tentera
Jepun telah membimbangkan penduduk pulau kerana mereka banyak mendengar berita
tentang kekejaman tentera Jepun. Seorang nelayan dari pulau berdekatan datang ke Pulau
Sudong memberitahu anak dan isterinya telah dirampas oleh tentera Jepun dan dibawa naik ke
atas kapal perang mereka. Terdapat beratus-ratus kapal perang Jepun yang berlabuh di
hadapan Pulau Bukum. Berita ini telah menggemparkan penduduk Pulau Sudong. Penghulu
dan penduduk pulau telah berkumpul dan mula membincangkan soal keselamatan anak-anak
gadis mereka yang berada dalam keadaan bahaya. Berbagai-bagai pandangan dikemukakan.
Setelah keadaan menjadi semakin buntu, Meor Abdul Rahman pun memberikan pandangan
beliau. Beliau mencadangkan kepada penduduk kampung untuk mempelajari ilmu yang
dimilikinya dengan syarat hendaklah memasuki Gayong terlebih dahulu.

Penduduk Pulau Sudong kemudian diarah untuk mengisikan air ke dalam tempayan.
Mereka bertanyakan Meor Abdul Rahman di mana mereka boleh mendapatkan air tawar
kerana pada kebiasaannya air tawar diperoleh dari Pulau Senang. Meor Abdul Rahman lalu
berdoa memohon supaya diturunkan hujan. Dengan izin Allah, tidak berapa lama kemudian
langit pun mendung dan hujan mulai turun. Orang-orang kampung lalu mengisikan tempayan
dengan air hujan. Setelah air tempayan itu dibacakan doa dan ayat-ayat Al-Quran, Meor
Abdul Rahman pun menjiruskan/memperlimaukan tujuh orang pemuda yang sanggup
menentang kemasukan tentera Jepun. Pada 17 haribulan Februari 1942, jam 2.00 petang,
tujuh pemuda yang terdiri daripada Naning bin Mat, Ahmad Arshad bin Haji Hassan, Sabtu
bin Likur, Yusof bin Rantau, Osman bin Timpong, Mustapha bin Bengkok dan Bendol bin
Benggol telah diperlimaukan. Upacara ini berlaku di rumah penghulu Pulau Sudong. Dengan
itu, ini menunjukkan Seni Silat Gayong telah mula dikembangkan di luar Perak iaitu di Pulau
Sudong, Singapura dan ini merupakan detik permulaan Meor Abdul Rahman dalam
memperkenalkan ilmu Seni Silat Gayong serta adat istiadatnya kepada orang ramai.

  Pada waktu itu laut kelihatan dipenuhi api yang menjulang. Pulau Bukum kelihatan
telah terbakar. Penduduk Pulau Sudong kemudian diminta mengumpulkan periuk belanga dari
tiap-tiap rumah. Buntut periuk tersebut kemudian dikikis untuk diambil arangnya. Ada periuk
yang pecah akibat terlalu kuat dikikis. Selepas itu arang tersebut dicampurkan dengan minyak
kelapa dan dibancuh seperti membancuh simen. Meor Abdul Rahman kemudiannya
mengumpulkan semua perempuan yang berada di Pulau Sudong. Campuran arang dan minyak

25
kelapa itu pun disuruh sapu ke muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kaum perempuan.
Tepung gandum pula diletak dicelah-celah rambut supaya rambut kelihatan seperti telah
beruban. Perempuan-perempuan muda kemudian disuruh masuk ke dalam rumah Meor Abdul
Rahman dalam kira-kira seramai 200 orang semuanya. Meor Abdul Rahman kemudian
meminta beras kunyit. Setelah dibacakan doa tertentu, beras kunyit tersebut diserahkan
kepada Naning. Naning kemudian mengetuai enam lagi rakannya pun mula bergerak
mengikut gerak hati yang dipimpin oleh semangat beras kunyit tersebut. Apabila sampai di
tepi pantai, Meor Abdul Rahman menyuruh Naning menabur beras kunyit ke laut dan
mengarahkan Naning dan rakan-rakannya meraba-raba atau menggagau di dalam air.
Sebanyak tujuh bilah keris tanpa hulu dan tanpa sarung diperoleh dari dalam air laut di gigi
pantai tersebut. Meor Abdul Rahman mengarahkan Naning dan rakan-rakannya membalut
bahagian hulu keris dengan kain layar buruk serta sedikit kain kuning. Keris-keris tersebut
lalu disorokkan dicelah dinding atap rumah Meor Abdul Rahman.

Apabila Meor Abdul Rahman bertanya kepada ketujuh-tujuh pemuda tadi apakah yang
akan mereka lakukan sekiranya anak isteri mereka dirampas oleh tentera Jepun. Lalu, mereka
menjawab mereka akan melakukan serangan balas dengan membunuh tentera Jepun tersebut.
Seorang daripada penghulu-penghulu pulau telah menyuarakan rasa kebimbangannya, gusar
sekiranya dibunuh tentera Jepun tersebut, Pulau Sudong akan menjadi padang jarak, padang
terkukur akibat serangan balas daripada tentera Jepun yang lain. Lalu, mereka bertujuh
menjawab lagi mereka rela mati syahid daripada hidup dayus.Keadaan ini telah membuktikan
bahawa ketujuh-tujuh lelaki tersebut telah naik semangat keberanian. Dari tujuh orang murid
lelaki pertama Gayong ini, hanya empat orang murid sahaja yang berani menawarkan diri
menjadi pengawal di rumah Meor Abdul Rahman. Perempuan-perempuan tua pula disuruh
mengusutmasaikan rambut dan ditempatkan di bawah pokok kelapa yang terdapat di pesisiran
pantai Pulau Sudong.

10.11 Meor Rahman dan Tentera Jepun

Tidak berapa lama kemudian, tentera Jepun pun tiba dengan kapal pendarat tenteranya.
Mereka melepaskan beberapa das tembakan pistol ke udara untuk mengarahkan orang-orang
kampung ke darat. Sebaik sahaja mereka mendarat, mereka melihat hanya perempuan-
perempuan tua sahaja yang kelihatan. Mereka merungut kerana belum berjumpa wanita muda
di pulau tersebut. Tentera Jepun tersebut terus mencari di sekitar pulau. Tidak lama kemudian,

26
tentera Jepun itu sampai ke rumah Meor Abdul Rahman. Tindakan pemuda-pemuda kampung
yang asyik memandang ke arah rumah Meor Abdul Rahman telah mencurigakan pihak tentera
Jepun. Mereka pun terus naik ke atas rumah Meor Abdul Rahman. Meor Abdul Rahman yang
berdiri di muka pintu pun terus membaca beberapa potong ayat Al-Quran sambil terus berdoa.
Sebaik sahaja daun pintu ditolak, tentera Jepun menjadi begitu terkejut dan ketakutan melihat
betapa hodohnya perempuan-perempuan yang berada di dalam rumah tersebut. Sentuh pun
mereka tidak mahu. Askar-askar Jepun tersebut menjadi gempar ketakutan sambil menjerit-
jerit.

Sebaik sahaja tentera Jepun berundur dari rumah Meor Abdul Rahman, mereka telah
melihat penduduk kampung yang asyik memerhatikan ke arah sebuah tongkang Cina. Mereka
nampak seorang lelaki Cina tua sedang menimba air laut dari geladak tongkangnya. Tentera
Jepun pun terus pergi mendapatkan tongkang tersebut. Setelah memeriksanya, mereka lalu
mengesyaki sesuatu. Tentera Jepun lalu menolak papan besar yang menutup lantai tongkang
tersebut. Sebaik sahaja papan penutup tersebut ditolak, kelihatanlah ramai anak-anak gadis
Cina di dalamnya. Lelaki Cina tua tersebut telah ditolak ke dalam air laut dan ditembak
sehingga mati. Anak-anak gadis Cina tersebut pula telah diangkut ke dalam kapal perang
mereka. Di atas kapal tersebut, anak-anak gadis Cina tersebut telah diperkosa beramai-ramai.
Jerit pekik mereka dikatakan kedengaran sehingga ke Pulau Sudong.

Selepas tentera Jepun hilang daripada pandangan, maka terselamatlah perempuan-


perempuan di Pulau Sudong. Kemudian, Meor Abdul Rahman lalu mengarahkan ketujuh-
tujuh bilah keris tanpa hulu tersebut dicampak kembali ke laut. Pada awalnya mereka agak
keberatan untuk membuangnya, kerana mereka berhasrat untuk menyimpannya kerana
percaya keris-keris tersebut membawa tuah. Apabila ditanya oleh Meor Abdul Rahman sama
ada mereka telah mengembalikan semula keris tersebut ke laut, mereka berbohong dan
mengatakan telah membuangnya. Namun Meor Abdul Rahman mengetahui hal yang sebenar
lalu mendesak mereka agar segera membuangkannya ke laut.

Menurut Meor Abdul Rahman, jika keris tersebut tidak dikembalikan semula ke laut,
dikhuatiri suatu perkara buruk akan berlaku, seperti kedatangan ribut dan sebagainya. Dengan
takdir Allah, maka pada hari ketiga daripada berlakunya peristiwa itu, timbullah seekor buaya
putih di tempat di mana keris-keris tersebut dicampakkan Dua minggu kemudiannya, yakni
pada pertengahan 1942, Meor Abdul Rahman dan keluarganya pun meninggalkan Pulau

27
Sudong untuk pulang ke kampungnya di Taiping, Perak. Penduduk-penduduk pulau itu
dengan sedih telah keluar beramai-ramai mengucapkan selamat jalan kepada beliau
sekeluarga. Meor Abdul Rahman bersama kedua-dua isterinya, anak sulungnya dan ahli
keluarganya yang lain berangkat pulang ke Taiping dengan menumpang sebuah kereta api
barang. Turut berada di dalam gerabak kereta api tersebut ialah askar-askar Jepun yang ingin
bergerak ke Utara.

Pada tahun 1943, Meor Abdul Rahman telah ditangkap dan dipenjarakan oleh
pemerintah tentera Jepun kerana beliau telah membunuh seorang askar Jepun yang cuba
memperkosa isteri pertamanya. Sewaktu dibawa keluar dari penjara untuk menjalani hukuman
mati iaitu hukuman gantung, Meor Abdul Rahman dengan penuh berani dan nekad telah
melawan dan berjaya menumpaskan pengawal-pengawal Jepun yang bersenjata api dan
pedang samurai. Dengan berkat ilmu Seni Silat Gayong, perut askar Jepun yang mengawalnya
dirodok dengan hujung jejari tangan hingga terburai isi perut. Walaupun tidak berjaya
melepaskan diri secara sepenuhnya, tindakannya ini dengan kuasa Allah telah menyebabkan
beliau dibebaskan secara bersyarat (atas nasihat jurubahasa Jepun yang berbangsa Melayu).
Tidak lama kemudian, Meor Abdul Rahman telah dipaksa menjadi seorang polis Jepun
(Kempeitai). Seperti askar Jepun yang lain, kepala beliau telah dibotakkan dan diberikan
seragam polis Jepun. Semasa bertugas sebagai polis Jepun, beliau pernah ditugaskan
ditugaskan di Ipoh, Perak dan Meor Abdul Rahman pernah beberapa kali menewaskan
beberapa orang ketua Persatuan Komunis Malaya (PKM) yang terkenal handal dan kebal.

10.12 Gayong Tersebar di Nusantara

Apabila pemerintahan Jepun tamat sekitar tahun 1945, Meor Abdul Rahman kembali semula
ke Singapura. Tidak beberapa lama kemudian, beliau telah menjadi Penghulu Besar di Pulau
Sudong dan seterusnya pulau itu menjadi pusat Seni Silat Gayong. Dari Pulau Sudong inilah
Seni Silat Gayong berkembang, sehingga merebak ke pulau-pulau lain seperti Pulau Seking,
Pulau Bukum, Pulau Sebaruk, Pulau Sekijang, Pulau Sembilan, Pulau Semakom dan Pulau
Damar. Apabila berita tentang kehebatan Seni Silat Gayong sampai ke pengetahuan orang-
orang di kepulauan Indonesia, mereka telah menghantar seorang wakil mereka yang bernama
Wak Simong, untuk menjemput Meor Abdul Rahman mengembangkan Seni Silat Gayong di
sana. Kebetulan pada ketika itu penduduk di sana sedang diancam oleh lanun. Meor Abdul
Rahman pergi ke Pulau Terong dengan empat orang muridnya iaitu Naning, Mersad, Bendol
28
(penghulu Pulau Sudong selepas Meor Abdul Rahman) dan seorang lagi yang tidak dapat
dipastikan namanya. Maka dengan ini, Seni Silat Gayong pun berkembang dengan pesat di
Pulau Terong, Pulau Geranting dan seterusnya beberapa pulau yang lain, termasuklah di
kepulauan Riau.

Sekitar tahun 1947, kerajaan British telah menawarkan Meor Abdul Rahman jawatan
sebagai pegawai dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura (Malayan Secret
Service). Ketua Polis Singapura telah mendapat tahu rahsia akan kehebatan Mahaguru Meor
Abdul Rahman sewaktu beliau berkhidmat sebagai Guru Kombat di Gillman Barrack. Setelah
empat bulan, beliau memohon dipindahkan ke Jabatan Siasatan Jenayah (CID). Permohonan
beliau diluluskan dan beliau telah ditempatkan di Bahagian Merinyu Timbangan dan
ditugaskan menyiasat sebarang penipuan dalam timbangan. Tidak lama kemudian beliau
ditugaskan pula di bahagian kepolisan yakni di Balai Polis Central, Singapura sebagai seorang
pegawai berpangkat Sarjan.

Pada tahun 1947 juga, atas jasa-jasa beliau menentang keganasan tentera Jepun, beliau
telah dikurniakan pingat keberanian King George VI oleh kerajaan Inggeris. sekitar tahun ini
juga beliau giat mengembangkan ilmu Seni silat Seni Gayong di tanah besar Singapura.
Menjelang tahun 1948, jumlah anak murid Gayong sudah mencapai 100,000 orang, dengan
50,000 daripadanya adalah dari kepulauan Indonesia. Seni silat Seni Gayong mula
berkembang di pulau besar Singapura pada akhir tahun 1949. 7 orang murid pertama yang
menjalani upacara Perlimau Tapak ialah Ahmad Sudi, Mansor Fadal, Ustaz Mansor, Sinwan,
Joned Hanim, Hosni Ahmad dan Salim. Sinwan, Joned Hanim dan Salim merupakan anggota
Jabatan Siasatan Jenayah Singapura yang terawal menjadi murid Gayong. Pusat Latihan Seni
Silat Gayong dalam tahun 1950an di pulau besar Singapura ialah di Bakar Sampah. Dalam
tahun 1954, kumpulan pertama wanita seramai 7 orang telah memasuki Gayong di Singapura.
Mereka ialah Che Kalsom bte. Haji Kechik, Paridah bte. Yusope, Asmah (isteri Joned
Hanim), Aisyah ( isteri Mansor Fadal ), Rafeah Fadal, Hendon dan Intan.

29
10.13 Silat Seni Gayong di Kedah

(Dari Kiri) Dato' Meor Rahman, Sultan Badlishah dan Tengku Kassim

Pada awal tahun 1957, satu rombongan Seni silat Seni Gayong dari Singapura yang dipimpin
sendiri oleh Meor Abdul Rahman telah mengadakan persembahan di Kelab Sultan Abdul
Hamid, Alor Setar, Kedah atas undangan Y.A.M. Tengku Laksamana Kedah, Tengku Kassim
Ibni Sultan Badlishah. Pertunjukkan tersebut telah disaksi oleh DYMM Sultan Badlishah Ibni
al–Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah, Sultan Kedah Darul Aman. Ini merupakan
cubaan pertama untuk mengembangkan sayap Seni silat Seni Gayong di Kedah.

Meor Abdul Rahman telah berunding dengan Sultan Kedah tentang permintaan
baginda Sultan supaya Seni Gayong diajarkan kepada rakyat Kedah. Pada awalnya Meor
Abdul Rahman berasa keberatan untuk mengembangkan Seni Silat Gayong di Kedah kerana
menghormati pendekar-pendekar seni silat yang telah sedia ada di Kedah. Walaupun beliau
telah mengemukakan pelbagai alasan, akhirnya beliau terpaksa menurut kemahuan Sultan
apabila baginda menghantar anggota Polis untuk menjemput Meor Abdul Rahman mengajar
di Kedah.

30
10.14 Bertemu Dato' Onn Jaafar

Dato' Onn bin Jaafar

Dalam tahun 1959, Meor Abdul Rahman bertemu dengan Allahyarham Dato’ Onn Jaafar di
Alexandra, Singapura. Sebelum daripada itu, Meor Abdul Rahman telah mendapat isyarat
daripada bapanya, Daeng Uda Mohd.Hashim menyuruh Meor Abdul Rahman mencari
seorang murid yang tua, yang keningnya telah putih. Menurut Daeng Uda Mohd.Hashim yang
sedang "keturun tok nenek" (diresapi semangat ghaib pahlawan dahulu kala/didatangi
rohaniah nenek moyang) ketika itu, orang itulah yang boleh merebakkan Gayong. Orang
tersebut tinggal di seberang Tambak Johor. Sejak dari itu, Meor Abdul Rahman mula mencari
orang yang dimaksudkan. Pada masa yang sama Dato' Onn juga mendapat firasat untuk
mencari Meor Abdul Rahman. Dalam pertemuan tersebut, Dato' Onn telah berkata sekiranya
betul Meor Abdul Rahman adalah keturunan Raja Bugis, beliau hearuslah boleh menukarkan
bunga melur kepada benda lain.

Meor Abdul Rahman pun membaca sepotong doa lalu dihembuskan kepada bunga
melur tersebut. Dengan takdir Allah, bunga tersebut telah bertukar menjadi batu akik. Dato’
Onn pun melamar untuk menjadi murid Gayong dan lamarannya telah diterima oleh Meor
Abdul Rahman. Atas nasihat dan usaha Dato’ Onn, Seni Silat Gayong pun didaftarkan di
Johor Bahru dan dikenali sebagai Pertubuhan Seni Silat Gayong dengan No. Pendaftaran 361,
Johor Bahru. Dato’ Onn dilantik sebagai Penasihat dan beliau sendiri menjadi pengerusi.
Dengan terdaftarnya Seni silat Seni Gayong, maka aktivitinya dapat dijalankan dengan lebih
bersistematik dan efektif. Dari Singapura, Seni Silat Gayong telah bertapak di Johor. Di Johor
Bahru, terletak pejabat Gayong iaitu di Jalan Yahya Awal, iaitu di rumah Cikgu Ibrahim. Ahli
jawatan kuasa pusat ketika itu terdiri daripada Cikgu Ibrahim, Hajjah Asmah, Cikgu Kadir
31
yang merupakan ayahanda Cikgu Abd.Rahman dan beberapa orang ahli jawatankuasa yang
lain. Gelanggang latihan seni silat yang terawal di Johor ialah di Jalan Puteri, iaitu di
kediaman Dato' Onn Jaafar. Antara murid-murid Gayong Johor yang awal ialah anak-anak
Dato' Onn sendiri iaitu antaranya, Fuzi (berkahwin dengan Jeneral Ghazali Mohd.Seth) dan
Tun Hussein Onn sendiri (Perdana Menteri Malaysia yang Ketiga).

Dato' Meor Rahman bersama Dato' Onn bin Jaafar

Dalam tahun 1961, Meor Abdul Rahman bersara dari jawatan sebagai mata-mata gelap

dan terus menceburkan dirinya dalam perniagaan. Segala aktiviti Gayong beliau jalankan di
tempat kediamannya di Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura. Sebuah akademi seni silat
bernama Sekolah Gayong Woodlands atau Institute of Gayong Woodlands telah ditubuhkan
oleh Meor Abdul Rahman dalam tahun 1959. Akademi ini mengeluarkan Sijil Diploma bagi
mereka yang lulus dalam kursus–kursus yang ditawarkan. Antara tenaga yang pengajar yang
membantu Meor Abdul Rahman ialah Siti Noor Aisyah bte. Meor Abdul Rahman, Nordin bin
Abdul Rahman, Sidek, Abdul Majid bin Omar, Atan dan Abdul Rahman bin Kadir. Akademi
ini telah berjaya melahirkan beberapa orang gurulatih semenanjung yang terkenal
seperti Abdul Majid Mat Isa, Ramli Ibrahim, Ramli Mat Arof, Siti Kalsom Meor Abdul
Rahman, Khamsiah M. Ali, Awang Daud dan Ahmad Lazim. Pada 6 Disember 1961, Sharifah
Aluyah meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning

Pada sekitar tahun 1960, Mahaguru Meor Abdul Rahman telah bertemu dengan
Pendita Za'ba di Singapura. Pendita Za'ba adalah berketurunan Bugis. Beliau telah diminta
oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk melukis lambang Gayong iaitu yang terdiri
daripada gambar seekor naga, sempena peristiwa kelahiran beliau yang berkembarkan seekor

32
ular yang telah bertukar menjadi naga. Dengan bantuan Cikgu Nor Aidil, sijil Gayong yang
berasaskan lambang naga satu ini kemudian direka bentuk.

10.15 Seni silat Gayong di Selangor

Pada awal tahun 1960-an iaitu sekitar tahun 1963, Tony Razman yang merupakan bintang
filem bersama-sama Harun telah pergi ke Singapura untuk menemui Mahaguru Meor Abdul
Rahman. Mereka telah memohon kepada Meor Abdul Rahman agar memperturunkan
pelajaran Gayong kepada sekumpulan murid di Selangor. Mahaguru Meor Abdul Rahman
telah memperkenankan permintaan mereka. Dengan menaiki sebuah kereta, Mahaguru Meor
Abdul Rahman pun bergerak naik ke Selangor dari Singapura. Ketika Mahaguru Meor Abdul
Rahman sedang mengajar seni silat di Chow Kit, datang beberapa orang samseng yang
diketuai oleh Mat Lodeh bersama-sama dengan Hasyim Teksi dan beberapa orang rakannya
yang lain. Mat Lodeh lalu memperkenalkan diri mereka. Apabila menyedari gertakan mereka
tidak berhasil, maka samseng-samseng tersebut pun berlalu dari situ. Tidak berapa lama
kemudian, tiba sebuah lori yang dipenuhi dengan samseng-samseng lain. Begitu pun,
Mahaguru Meor Abdul Rahman tidak berganjak dari tempatnya. Dengan bersenjatakan kapak,
Mahaguru Meor Abdul Rahman telah memberi amaran kepada samseng-samseng tersebut.

Menyedari amukan Mahaguru Meor Abdul Rahman boleh mengakibatkan banyak


kemalangan jiwa, maka samseng-samseng tersebut sekali lagi terpaksa berlalu pergi.
Beberapa hari kemudian, datang pula beberapa orang ketua samseng menemui Mahaguru
Meor Abdul Rahman. Apabila terasa diri mereka diperkecilkan, samseng-samseng tersebut
tanpa berfikir panjang terus menyerang Mahaguru Meor Abdul Rahman. Serangan-serangan
daripada samseng-samseng tersebut mudah sahaja dipatahkan oleh Mahaguru Meor Abdul
Rahman. Akhirnya, samseng-samseng tersebut mengaku kalah dan meminta maaf malah
telah meminta untuk menjadi murid beliau.

Berita kehebatan Mahaguru Meor Abdul Rahman menumbangkan kepala samseng di


Kuala Lumpur telah tersebar dengan cepat. Tidak lama kemudian, Mohd.Razali Salleh
(kemudian menjadi Setiausaha PSSGM) tiba di tempat kejadian dan telah memohon kepada
Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk menjadi murid Seni Silat Gayong. Setelah
Mohd.Razali Salleh memasuki Gayong, Seni Silat Gayong telah dikembangkan di Selangor
melalui persatuan belia. Dewan Belia Kampung Pandan menjadi pusat latihan terawal di

33
Selangor, manakala gelanggang Gayong terawal terletak di Kampung Baru, iaitu di belakang
rumah Mohd.Razali Salleh. Di Selangor, Gayong dikembangkan secara mengadakan
demonstrasi seni silat. Beberapa demonstrasi seni silat telah diadakan di Kampung Pandan,
Damansara (di hadapan adinda Sultan Selangor), di Dewan Belia Kampung Pandan (di
hadapan Datin Paduka Aisyah Ghani, yang juga menjadi ahli Gayong). Apabila Mohd. Razali
Salleh mengambil alih jawatan Setiausaha Agung PSSGM dari En.Hussein yang berasal dari
Kedah, pejabat Gayong telah dipindahkan ke Dewan Belia Kampung Pandan, iaitu pada tahun
1969.

10.16 Penyebaran Silat di Seluruh Dunia

Pada tahun 1962, Meor Abdul Rahman melawat Kedah, dan membawa guru-guru dari Kedah
untuk mengembangkan Gayong di Negeri Sembilan, Johor dan Singapura. Beliau telah
mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan berdaftar. Dato’ Onn telah
merangka perlembagaan pertubuhan. Pada November 1962, Meor Abdul Rahman membawa
guru-guru Kedah di Singapura bergerak naik ke Melaka dan membuka gelanggang di Taboh
Naning, Alor Gajah dan Bukit Lintang. Pada bulan seterusnya, Meor Abdul Rahman melantik
Abd.Majid Mat Isa menjadi Gurulatih Tertinggi merangkap Timbalan Pengarah Silat Seni
Gayong. Kemudian, pada tahun 1963, beliau bersama rombongan Gayong dari Singapura
melawat ke Kedah. Pada bulan Mac pula, Meor Abdul Rahman membawa lapan orang guru
dari Kedah untuk kembangkan Gayong ke seluruh Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada
Abdul Majid Mat Isa, Ramli Mat Arof, Awang Daud, Ismail Chik, Ibrahim Abdullah, Mohd
Khir Saad, Mohd Desa Din dan Ahmad Lazim. Tiba di Perak, buka gelanggang di Kampung
Ayer Kuning, Kampung Terong dan Kampung Lubuk Terong. Dari Perak, rombongan
seterusnya menuju ke Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura. Meor Abdul
Rahman telah memanggil semua guru yang bertugas di Semenanjung untuk menghadiri
kenduri perkahwinan Fadhilah di Lorong Fatimah, Woodlands.

Bersamaan 22 Oktober,1963 Pendaftaran Silat Seni Gayong diluluskan dan dikenali


sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong dengan nombor pendaftaran 361. Pada tahun 1964,
Mesyuarat Agung PSSGM pertama diadakan di Gurun ,Kedah. Meor Abd.Rahman(YDP)
dan Meor Abdul Aziz(NYDP). Ibu pejabat PSSGM juga berpindah ke Kota Sarang Semut dan
Meor Abdul Rahman turut berpindah dari Singapura dan menetap di Kedah. Pusat Latihan
Tertinggi Silat Seni Gayong telah berpindah dari Woodlands, Singapura ke Kota Sarang

34
Semut, Kedah. Bagaimanapun, upacara adat istiadat dijalankan di Ayer Kuning, Taiping.
Gayong Perdana yang pertama diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan dirasmikan
oleh Sultan Kedah, Sultan Abd.Halim Muadzam Syah. Malangnya, pada 18 Februari 1964,
Uda Mohd.Hashim meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning. Tahun seterusnya,
Perdana Gayong kedua diadakan di Stadium Kubu, Melaka. Namun, pada 1966, Meor Abdul
Aziz meninggal dunia.

Pada tahun 1967, istiadat pertabalan ahli Lembaga Beradat diadakan di Ayer Kuning,
Taiping. Seterusnya, pada hari bersejarah iaitu pada 31 Ogos 1967, iaitu Sambutan
Kemerdekaan ke-10, seramai 500 orang ahli Gayong telah mengetuai perbarisan. Pada tahun
1969, Meor Abdul Rahman menetap di Ayer Kuning, Taiping. Dato’ Harun Hj.Idris diisytihar
sebagai Imam Khalifah Selangor. Tiga tahun kemudian, Meor Abdul Rahman bersama
Setiausaha Agung PSSGM dan dua gurulatih Gayong Selangor diundang ke Osaka, Jepun
(mengadakan persembahan silat selama dua minggu di Osaka ‘70). Balai adat PSSGM
dibentuk di Ayer Kuning.

Pada tahun 1971, di atas kegigihan Mahaguru Meor Abdul Rahman mengembangkan
Seni Silat Gayongnya, beliau telah dikurniakan bintang kebesaran Dato' Paduka Chura
Simanja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak,
Sultan Idris Shah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar.

Dato' Paduka Chura Simanja Kini

Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman merupakan orang pertama diletakkan keris Taming Sari
di atas kepalanya, iaitu sebelum beliau dikurniakan anugerah darjah kebesaran Dato' Paduka
Chura Simanja Kini oleh Sultan Perak. Menurut Dato' Meor Abdul Rahman, keris Taming
Sari itu sangat berdaulat kerana sebaik sahaja tamat upacara penganugerahan tersebut dan
35
apabila beliau kembali semula ke rumahnya, beliau telah diserang seram sejuk yang teramat
sangat sehingga menyebabkan beliau mengamuk dan bertempik tidak tentu arah. Beliau tidak
pernah mengalami perasaan yang sedemikian sepanjang beliau melibatkan diri dalam Seni
Silat Gayong. Menurut Dato' Meor Abdul Rahman lagi, keris Taming Sari ini telah
diserahkan oleh Sultan Mahmud Shah kepada anakandanya Raja Muzaffar yang hendak
dirajakan di Perak. Sultan Mahmud juga telah menitahkan Raja Muzaffar supaya menamakan
semula negeri Gangga Negara (nama lama Perak) dengan nama Perak, sempena nama
Bendahara Melaka, Paduka Tun Perak. Pada tahun ini juga, Silat Seni Gayong diperkenalkan
kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Pada tahun 1972, Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah telah berkenan menjadi
Penaung Agung PSSGM dan Serantau. Baginda juga pernah suatu ketika turun takhta kerana
mengambil Tapak Gayong di hadapan Mahaguru Dato’Meor Abdul Rahman. Selepas upacara
tersebut baginda ditabalkan kembali menjadi sultan. Sultan Perak mempunyai hirarki paling
tinggi di dalam Seni Silat Gayong. Baginda memakai sandang Seri Mahkota Agong Gangga
Cula Sakti dan Seri Tribuana Gangga Cula Sakti. Hal ini disebabkan Sultan Perak adalah
daripada jurai keturunan Sultan Melaka.

Pada tahun 1973, Silat Seni Gayong diperkenalkan kepada Polis Diraja Malaysia.
Malah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menewaskan Bruce Lee di Hong Kong. Tahun
seterusnya, Balai Adat baru dibina, khas untuk dilangsungkan upacara adat istiadat
pertabalan, penganugerahan tauliah dan bengkung tertinggi. Pada tahun ini juga, Dato’ Meor
Abd.Rahman melawat Sabah, bertemu Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah. Tun Datu
Mustapha telah dilantik sebagai Imam Khalifah Gayong bagi Negara-negara Islam.

Pada 6 Mac 1975, Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak telah dilantik
menjadi Paduka Imam Khalifah dan Penasihat Agung Majlis Tertinggi Adat Istiadat Seni Silat
Gayong Malaysia dan Serantau oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman. Dengan
perlantikan ini, Perdana Menteri Malaysia (berketurunan Bugis) dengan rasminya telah
menjadi murid kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Istiadat
pertabalan itu telah diadakan di kediaman Tun Abdul Razak iaitu di Seri Taman, dengan
disaksikan oleh kerabat-kerabat Gayong dari Perak, Kedah dan Selangor. Tun Abdul Razak
kemudian mengakui dan berikrar bahawa anggota-anggota Gayong adalah "saudara
segayong". Beliau juga diterima menjadi "anak angkat" kepada Dato' Meor Abdul Rahman

36
dan menjadi "kekanda angkat" kepada Sultan Perak, Sultan Idris Shah yang menjadi Penaung
Agung Pertubuhan Seni silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau. Adat istiadat melantik Tun
Abdul Razak ini diselubungi suasana yang mengandungi unsur-unsur ghaib. Menurut
Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, beliau mengambil Tun Abdul Razak sebagai anak
angkat kerana berlaku beberapa petanda baik semasa istiadat pertabalan itu dilakukan. Tun
Abdul Razak mempunyai beberapa petanda baik yang dapat dilihat semasa istiadat pertabalan
itu dijalankan dan adalah suatu perkara yang luar biasa dan sukar diperoleh oleh orang lain.
Hadir sama di istiadat itu ialah Imam Khalifah Gayong Selangor, Datuk Harun Idris, Imam
Khalifah Gayong Perak, Datuk Sri Kamaruddin Mat Isa, Imam Khalifah Gayong Pulau
Pinang, Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir, Datuk Senu Abdul Rahman (Imam Khalifah
Malaysia), Tan Sri Syed Nasir (Imam Khalifah Malaysia) dan beberapa orang pembesar
negara yang lain.

Pada tahun 1976, Dato’Meor Abd.Rahman dan isteri pertama, Kalsom Hj.Kechik
melawat Sarawak, bertemu dengan Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub yang
merupakan Ketua Menteri Sarawak pada ketika itu. Seterusnya, pada 11 Disember,1976,
Televisyen BBC London merakamkan upacara Mandi Minyak di Dewan Belia Kampung
Pandan yang dijalankan oleh Dato’ Meor Abdul Rahman. Kemudian, pada Julai, 1977
perkhataman keris kali kelima di Teluk Batik, Perak. Pada bulan seterusnya pula, Cikgu
Abd.Majid Mat Isa dilucutkan jawatannya sebagai Gurulatih Tertinggi PSSGM oleh Dato'
Meor Abdul Rahman. Kemudian pada April, 1978 Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong
Malaysia(PSSPGM) ditubuhkan dan didaftarkan di Pulau Pinang. 20-23 Februari, 1985 pula,
Dato’ Meor Abdul Rahman melawat ke Brunei kali pertama untuk menghadap Sultan Brunei.
Kemudian, pada Januari,1986 isteri beliau, Datin Kalsom Hj. Kechik meninggal dunia. Pada
19-21 Mac 1986 Dato’ Meor Abdul Rahman melawat Brunei buat kali kedua. Pada tahun
yang sama, Dato’ Meor Abdul Rahman bersama Tuan Haji Ahmad Nayan bin Saad melawat
London. Seterusnya, Disember,1987 Dato’ Meor Abdul Rahman menghadiri Kejohanan Silat
Sedunia di Kuala Lumpur. Pengakuan aktor terkenal Indonesia, Dicky Zulkarnain bahawa
bukan beliau yang menewaskan Bruce Lee tetapi Dato’ Meor Abd.Rahman. Pada Disember,
1989 pertabalan ahli Lembaga Beradat Selangor dan perlantikan Tan Sri Muhammad bin
Muhd. Taib sebagai Imam Khalifah Gayong Selangor dan akhir sekali pada Mei,1991 adalah
perkhataman keris terakhir yang dijalankan oleh Dato’ Meor Abd.Rahman di Port Dickson,
Negeri Sembilan.

37
10.17 Perginya Pahlawan Melayu

Dato' Meor Abdul Rahman juga sangat rapat dengan Sultan Johor, Sultan Mahmood Iskandar
yang berketurunan Raja Bugis. Dato' Meor Abdul Rahman pernah berkereta dengan baginda
Sultan dan sering bertindak sebagai penasihat sultan. Kerana akrabnya hubungan Dato' Meor
Abdul Rahman dengan Sultan Johor, menurut ceritanya, baginda Sultan Johor pernah bertitah
bahawa cuma Dato'Meor Abdul Rahman sahaja yang boleh menasihati baginda. Dato' Meor
Abdul Rahman pernah mempersembahkan berita penemuan makam Daeng Kuning kepada
baginda Sultan Johor. Dato' Onn Jaafar merupakan orang pertama yang dibawa melawat
Makam Daeng Kuning. Sewaktu ditanya tentang lambang Gayong (temuramah di Universiti
Malaya pada tahun 1979), Dato' Meor Abdul Rahman menyatakan,

"Asalnya, lambang Gayong bernaga satu. (Apabila) Dato' balik dari Singapura ke Taiping,
Dato' kasihankan kekanda Dato', Meor Aziz yang banyak tolong Dato'. Meor Aziz tidak
belajar seni silat seni tetapi cukup faham tentang adat-istiadat. Dato' angkat Meor Aziz jadi
Penasihat Tertinggi (Advisor), ketika di Perak. Dato' dua beradik, (jadi) tambah satu naga lagi
pada lambang Gayong. Yang betul cuma seekor naga sahaja lahir di dunia. Dato' lahir ke
dunia dengan seekor ular yang telah pergi ke laut melalui Teluk Kertang di Matang, tempat
orang Cina dan Melayu berperang pasal lombong. Ekor naga mengelilingi dunia bermakna
Gayong akan terkenal ke seluruh dunia..."

Ketika ditanya tentang siapa pewaris Gayong selepas beliau (di Taiping pada tahun
1989), Dato' Meor Abdul Rahman berkata,

"Pesanan Ungku Syed Zainal, Gayong ini tidak boleh dibagi kepada murid yang tidak
diturunkan (tak mahu belajar). Gayong ini, diwajibkan darah daging kita belajar. Kalau tidak
mahu belajar, cuma hendakkan warisan - tiada warisan! Orang yang betul-betul jujur
mengikut Gayong sekurang-kurangnya 21 tahun, tak putus-putus. Mengikut Dato' ke darat, ke
laut, ke lembah...Cikgu Siti Kalsom - jadi Ibu Gayong. Dato' datang ke dunia ini untuk
Gayong sahaja. Seorang pembantu Dato' iaitu Ibu Gayong. Gayong akan datang kembali balik
semula, yang pangkal balik ke hujung, yang hujung balik ke pangkal, akhirnya akan bersatu
balik. Segayong, sekendi, seperigi, seminum, sejalan, sejadi, sedarah, sedaging, sepadu. Dato'
tidak turunkan kesemua ilmu Gayong kepada seseorang murid - PERLU BERCANTUM!"

38
Mahaguru Meor Abdul Rahman telah menyahut panggilan Ilahi pada 23 Jun, 1991 bertempat
di Pusat Perubatan Pakar, Ipoh kerana sakit tua. Jenazah beliau telah dikebumikan di tanah
perkuburan di perkarangan Masjid Lama, Taiping. Beliau telah mewasiatkan selepas
pemergiannya tiada lagi seorang pengganti yang bergelar Mahaguru selepasnya. Silat Seni
Gayong akan ditadbir oleh Lembaga Amanah Silat Seni Gayong, yang dianggotai oleh
mereka yang bersifat amanah dan berpegang kepada perjuangan Silat Seni Gayong. Sebelum
menghembus nafas terakhirnya, Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman telah melantik
anakandanya, Cikgu Siti Kalsom Meor Abdul sebagai Pemegang Amanah I Silat Seni Gayong
Malaysia dan Serantau manakala Cikgu Razali Salleh sebagai Pemegang Amanah II.

11.0 PERKEMBANGAN SILAT SENI GAYONG

Selepas merdeka, terdapat ratusan aliran Perguruan Silat di Malaysia. Satu arahan telah
dikeluarkan agar pengamal silat mewujudkan persatuan silat dan didaftarkan dengan tujuan
untuk membina dan meyusun pengurusan silat menjadi lebih baik. Oleh itu, wujud pelbagai
nama aliran penguruan silat kerana setiap pendaftar mestilah mempunyai nama kumpulan
masing-masing. Pada tahun 1978, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia ketika
itu berusaha untuk mewujudkan satu badan atau gabungan peringkat negara yang boleh
membangunkan silat secara lebih berkesan, maka wujudlah Majlis Seni Silat Malaysia (1983).
Kemudiannya ditukar kepada nama baru iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia atau
PESAKA Malaysia, dan lulus pendaftarannya pada 1986. Pesaka malaysia telah dianggotai
oleh empat anggota bertaraf badan pendiri Pesaka Malaysia iaitu Seni Gayung Fatani
Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Silat Lincah Malaysia dan Silat Cekak Malaysia. Lain-
lain perguruan silat menjadi anggota PESAKA Negeri yang diwujudkan di setiap negeri di
Malaysia. Bermakna seluruh silat telah bersatu di bawah PESAKA Malaysia.

Pada 11hb Mac, 1980, Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah
rasmi ditubuhkan sebagai badan induk silat di peringkat antarabangsa dan Jakarta, Indonesia
menjadi ibupejabat PERSILAT. Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura telah diiktiraf
sebagai anggota pendiri PERSILAT. Badan induk kebangsaan untuk silat dikenali sebagai
Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) di Indonesia, Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA)
di Malaysia, Persekutuan Silat Brunei (PERSIB) di Brunei dan Persekutuan Silat Singapura
(PERSISI) di Singapura. Pencak Silat telah diiktiraf sebagai Seni Bela Diri Asli bangsa
Indonesia. Manakala di Malaysia, Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa Silat sebagai
39
Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan dibawah Akta Warisan Negara semasa
Konvensyen Silat yang dianjurkan pada 3hb hingga 4hb Disember 2006. Pada 23hb hingga
24hb September, 1979, ketika Sukan Asia Tenggara ke-14, IPSI telah memperkenalkan
Olahraga Pencak Silat. Peraturan pertandingan ini telah disusun pada tahun 1973. Silat
sekarang adalah secara rasmi termasuk sebagai sebahagian daripada Sukan Asia Tenggara.

Kini, Silat seni gayong adalah pertubuhan silat paling popular dan menjadi pemangkin
kepada silat lain, kerana memiliki cawangan PSSGM di seluruh negara, seperti di Amerika
Syarikat, England, Perancis, Sepanyol, Kuwait dan Australia.  Maka cabaran yang dihadapi
pada hari ini, tidak lagi domestik sifatnya, bahkan juga di peringkat antarabangsa. Dengan
perkembangan ini, pentadbiran pertubuhan perlu berwibawa untuk menangani isu-isu yang
timbul dengan bijak dan berkesan. Malah, selain memiliki cawangan di seluruh negara, Silat
Seni Gayong juga diambil sebagai kurikulum di hampir semua institusi pengajian tinggi
awam (IPTA). Sistem pengajaran dan pembelajaran dijalankan selaras dengan pendidikan
masa kini. Bahkan, seni silat kini bukan sahaja diaplikasikan untuk mempertahankan diri atau
dipelajari di gelanggang-gelanggang tertentu semata-mata, namun seni silat juga dijadikan
sebagai seni persembahan di majlis-majlis keraian tertentu seperti Hari Kemerdekaan, majlis
penyampaian anugerah, perkahwinan dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga pertandingan-
pertandingan seni silat yang dianjurkan tidak kiralah diperingkat dalam mahupun di luar
negara. Dalam pada itu, sistem organisasi yang teratur dan sistematik melancarkan lagi
pengurusan persatuan Silat Seni Gayong.

11.1.0 Sistem Organisasi Silat Gayong

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar
dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada
mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998
(Rujukan 0149/98). Perubahan ini berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui
Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan
hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Badan Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni
Gayong Malaysia dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus untuk
mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia,
iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. Penubuhan organisasi ini di peruntukan
dalam Perlembagaan Pertubuhan - merujuk kepada perkara 30 dan perkara 31. Badan

40
Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan
dengan merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan
pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan. Badan ini berkait rapat dan berhubung secara
langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan.
Disamping itu juga ia berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar,
samada dari dalam negara mahu pun luar negara, dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran
Silat Seni Gayong Malaysia.  

         Lembaga Adat Istiadat pula memberi fokus kepada merancang, melaksana dan
mengawal pelaksanaan amalan adat-istiadat silat yang diwarisi. Perkara-perkara yang diberi
perhatian termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian sandang-sandang
kebesaran, adat perlimau tapak dan seni, tatacara pemakaian serta penampilan dan pelaksanan
protokol budaya warisan. Majlis Gurulatih seterusnya berperanan dalam urusan merancang,
melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum
latihan dan kejurulatihan. Ini termasuklah urusan mengumpul dan menyusun pelajaran-
pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai
kemahiran yang diperturunkan oleh Allayarham Dato’ Meor Abdul Rahman.
Merujuk kepada dasar yang ditetapkan dalam Akta Pembangunan Sukan yang dinyatakan,
badan-badan yang perlu berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan ialah badan daerah, negeri dan
kebangsaan. Gelanggang-gelanggang yang ditubuhkan di dalam sesebuah daerah hanya perlu
mendaftar atau bergabung di bawah pengurusan daerah atau negeri (jika tiada daerah yang
mendapat kelulusan pendaftaran) yang telah diluluskan pendaftarananya oleh Pesuruhjaya
Sukan.

Setiap pendaftaran daerah, atau negeri atau kebangsaan ini adalah secara berasingan.
Kewujudan badan-badan ini tidak ada kaitan di antara satu dengan lain dari aspek
penubuhannya. Pembatalan mana-mana badan di mana-mana peringkat sekali pun tidak akan
membabitkan pembatalan badan-badan lain. Contohnya jika Pertubuhan Silat Seni Gayong
Malaysia sesuatu Negeri terbatal pendafatarannya, pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong
Malaysia daerah-daerah di negeri berkenaan tidak terjejas. Begitu juga jika berlaku
pembatalan pendaftaran badan di peringkat kebangsaan, badan di peringkat negeri dan daerah
boleh meneruskan pentadbiran masing-masing tanpa sebarang sekatan dari mana-mana pihak
berkuasa.

41
Setakat ini, kaitan yang jelas di antara daerah, negeri dan kebangsaan ialah
penggunaan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Pertubuhan di peringkat
kebangsaan telah memohon jasa baik Pesuruhjaya Sukan supaya hendaklah merujuk kepada
badan kebangsaan ini jika terdapat mana-mana pihak yang memohon untuk mendaftar dengan
mengguna nama Gayong. Tujuannya ialah untuk mengelak lebih banyak badan silat
mengguna nama Gayong. Contohnya Gayong Fatani, Pusaka Gayong, Gayong Warisan,
Gayong Sundang, Gayong Ghaib, Gayong Ma’rifat dan sebagainya. Jumlah yang ada ini pun
telah banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat umum, terutamanya dari aspek
kesahihan, asal-usul dan pentadbiran.

11.1.1 Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan PSSGM

Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM) telah
bermesyuarat  pada 29 Mei 2009 dan tamat pada  31 Mei 2009 bertempat di DPalma Hotel,
Ampang Selangor adalah bagi mewartakan dan mengesahkan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Kebangsaan yang pernah diadakan pada 05 Februari 2008 di Kediaman Cikgu Sazali Salleh
bin Dato’Meor Abd Rahman di Air Kuning Taiping, Perak. Pada Mesyuarat kali ini
menyaksikan Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan sebulat suara bersetuju serta memutuskan
bahawa setiap Pengerusi Lembaga Beradat Negeri akan di dilantik menduduki Ahli Majlis
Lembaga Beradat Kebangsaan, Cikgu Adiwijaya Abdullah, DNS,ANS, BKM selaku
Pemangku Presiden  juga Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan Merangkap Pemangku
Yang DiPertua PSSGM  mengumumkan  keputusan mesyuarat  tersebut seperti berikut:

Pengerusi Agung Lembaga Beradat Kebangsaan : Cikgu Mohd Noor bin Haji Abdul Samad
Setiausaha Agung Lembaga Beradat Kebangsaan : Cikgu Mustapa Kamal bin Haji Shariff 
Datin Hajjah Faridah bt. Abu Johan sebagai IBU GAYUNG PSSGM

Pengerusi Lembaga Beradat Negeri Negeri adalah :


01. Perlis - Cikgu Nordin bin Abdul Rahman
02. Kedah  - Cikgu Shuib bin Husin
03. Pulau Pinang     - Cikgu Yaakub bin Said
04. Perak       - Datin  Hajjah Faridah bt. Abu Johan
05. Selangor  - Cikgu Selamat bin Mat Raji
42
06. N.Sembilan - Cikgu Arshad bin Ibrahim
07. Kelantan - Cikgu Haji Mansoor bin Othman
08. Johor - Cikgu Mohd Noor bin Haji Abdul Samad
09. Terengganu - Cikgu Ghazali bin Harun
10. Melaka - Cikgu Haji Mohamed bin Md Nor
11. Pahang - Cikgu Ahmad Tajuddin bin Othman
12. Sarawak - Cikgu Uthman bin Haji Ramli

Barisan Ahli Lembaga Waris Amanah adalah :


01.Perlis         - Cikgu.Nordin bin Abdul Rahman                    
02.Kedah  - Cikgu Adiwijaya bin Haji Abdullah, DNS,ANS, BKM
03.Perak         - Cikgu Sazali Salleh Dato’ Meor Abd Rahman
04.Selangor  - Cikgu Mustapa Kamal bin Haji Shariff, PPT, PJK
05.Selangor     - Cikgu Kahar bin Haji Redha, PJK
06.Melaka     - Cikgu Tuk’ Ismail bin Jantan, DMHL
07.Selangor - Cikgu Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid, PJK

Mesyuarat Lembaga Beradat Kebangsaan yang di adakan di Dpalma Hotel, Ampang


adalah rentetan dari tertubuhnya Lembaga Beradat Kebangsaan di Kediaman Pn Siti Kalsom
di Air Kuning Taiping, Perak  pada tahun 2003. Semasa hayat Allahyarham Dato’Meor Abdul
Rahman, surat bertarikh 08/09/1989 ada memaklumkan bahawa Pewarisan bagi  mengekalkan
kesinambungan Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau selepas ketiadaan beliau nanti,
maka Pewaris untuk mewarisi ilmu Pelajaran, Adat Istiadat dan Pertubuhan Silat Seni Gayung
Malaysia kepada   anakanda beliau iaitu Allahyarmah Pn. Siti Kalsom dan Allahyarham Dato’
Haji  Ahmad bin Lazim, dan kepada  mereka berdua inilah  Allahyarham Dato’ Mahaguru 
amanahkan sebagai pewaris zuriat perjuangan Silat Seni Gayung. Mereka berdua juga telah
diamanahkan membentuk satu Badan Majlis Waris Amanah Tertinggi seramai 7 orang (Tali
Pinggang Pelangi Hitam ) bagi mentadbir dan menyusun segala perkembangan Pertubuhan
Silat Seni Gayung Malaysia pada masa akan datang.

Pada Mesyuarat Agung Kebangsaan pada tarikh 28 Januari 2006 yang berlangsung di
International Hotel K.Lumpur yang lalu, Pn Siti Kalsom selaku Pengerusi Lembaga Beradat
Kebangsaan dan Presiden PSSGM, telah mengumumkan  di dalam Majlis tersebut bahawa
Cikgu Mohd Noor bin Hj Abdul Samad sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Beradat
43
Kebangsaan dan Cikgu Adiwijaya  Hj Abdullah, DNS,ANS,BKM sebagai  Timbalan
Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan. Selepas  Pn Siti Kalsom bt. Dato’ Meor Abdul
Rahman kembali ke Rahmatullah pada 06 Februari 2007 maka Mesyuarat Majlis Lembaga
Beradat  Kebangsaan diadakan di Kediaman Cikgu Sazali di Air Kuning Taiping, Perak pada
05 Februari 2008. Adiwijaya Abdullah telah mengumumkan perlantikan Cikgu Mustapa
Kamal bin Haji Shariff, PPT,PJK sebagai Setiausaha Lembaga Beradat Kebangsaan dan
Cikgu Sulleh bin Udin selaku Setiausaha Majlis Gurulatih Kebangsaan.

11.1.2 Majlis Eksekutif PSSGM

Di bawah kuasa Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan, diwujudkan majlis dan
badan yang mempunyai fungsi dan bidangkuasa tertentu bagi mentadbir adat dan istiadat
secara khusus dan tersusun. Majlis dan badan yang dimaksudkan ialah :

a.Majlis Kehakiman Gayong   


 b.Majlis Istiadat   
c. Majlis Perhubungan   
 d. Majlis Kegurulatihan   
e. Majlis Kewangan   
 f.  Majlis Ibu Gayong   
 g.  Lembaga Beradat Negeri   
  h.Badan Penapis Amanah   
  i.  Badan Ibu Gayong
 

a. Majlis Kehakiman Gayong

Majlis Kehakiman diketuai seorang Kipas Emas. Majlis ini terdiri daripada dua buah
jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Aduan dan Jawatankuasa Perlimau. Jawatankuasa Aduan
terdiri daripada tidak lebih enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Agung Lembaga
Beradat Kebangsaan. Perlantikan ahli Jawatankuasa Aduan dibuat untuk meneliti dan
membantu Kipas Emas menyelesaikan aduan tertentu. Apabila aduan yang dibuat
diselesaiputuskan maka Jawatankuasa tersebut terbubar dengan sendirinya. Bagaimanapun
ahli daripada Jawatankuasa yang terbubar boleh dilantik semula untuk menangani aduan lain.
44
Jawatankuasa Perlimau pula terdiri daripada tidak lebih enam orang Ketua Wakil Beradat.
Jawatankuasa ini berkuasa mentadbir hak-hak adat perlimau di seluruh negara. Ketua Wakil
Beradat dilantik oleh Lembaga Waris Amanah bagi tempoh yang ditetapkannya. Ketua Wakil
Beradat boleh menjalankan upacara penerimaan murid Gayong di mana-mana negeri sama
ada atas arahan Lembaga Waris Amanah atau jemputan Lembaga Beradat Negeri tertentu.
Jawatankuasa Perlimau berkuasa ke atas setiap Wakil Beradat yang dilantik oleh Lembaga
Waris Amanah di mana-mana jua. Jawatankuasa ini boleh membuat peraturan atau panduan
bagi meningkatkan imej Wakil Beradat dan pengurusan Jawatankuasa Perlimau.

b..Majlis.Istiadat

Majlis Istiadat dipengerusikan seorang Ketua Khlaifah Besar (Istiadat). Keanggotaannya


dipilh daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat atau ahli Gayong atas budibicara Pengerusi
Majlis Istiadat. Majlis ini bertanggungjawab untuk membangun, mengurus dan mentadbir
Balai Istiadat dan Muzium Silat Seni Gayong.

c..Majlis.Perhubungan

Majlis Perhubungan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Perhubungan).


Keanggotaannya dipilih daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat atau individu atas
budibicara Pengerusi Majlis Perhubungan. Majlis ini bertanggungjawab untuk mengurus dan
mentadbir Jawatankuasa Pendidikan dan Jawatankuasa Sebaran Am atau sebarang
jawatankuasa yang ditubuhkan untuk pembangunan Silat Seni Gayong. Di bawah
Jawatankuasa Pendidikan, diwujudkan Institut Kegurulatihan Gayong dan Institut Kefahaman
Gayong sebagai Institusi Pendidikan yang mengeluarkan sijil, diploma dan ijazah dalam Silat
Seni Gayong.

d..Majlis.Kegurulatihan

Majlis Kegurulatihan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Kegurulatihan)


manakala Ketua Pengarah atau Pengarah Gurulatih dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah
Pusat Latihan Tertinggi. Keanggotaannya dipilih daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat

45
atau individu atas budibicara Pengerusi Majlis Kegurulatihan. Majlis ini bertanggungjawab
untuk membangun, mengurus dan mentadbir hal ehwal Pusat Latihan Tertinggi dan Pusat
Latihan Negeri. Perkara yang menyentuh pelajaran dan latihan Silat Seni Gayong adalah di
bawah bidang kuasa Majlis Tertinggi Gurulatih.

e..Majlis.Kewangan

Majlis Kewangan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Kewangan).


Keanggotaannya dipilih daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat atau individu atas
budibicara Pengerusi Majlis Kewangan. Majlis ini bertanggungjawab membangun, mengurus
dan mentadbir sumber pendapatan dan wang adat Silat Seni Gayong.

f..Majlis.Ibu.Gayong

Majlis ini dipimpin oleh seorang Pengerusi, masing-masing seorang Setiausaha, Penolong
Setiausaha dan Bendahari serta tidak melebihi daripada 17 orang ahli. Keanggotaannya terdiri
daripada semua Pengerusi Badan Ibu Gayong dan ahli yang dilantik oleh Majlis Ibu Gayong.
Perlantikan ini ditauliahkan untuk tempoh selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan. Antara
tugasnya:
   i. Bertanggungjawab secara khusus ke atas hal ehwal murid dan guru wanita
   ii. Membincangkan sebarang perkara yang menyentuh kebajikan dan masa depan ahli ........
.wanita
   iii. Mengusul sebarang ketetapan untuk dibincangkan Lembaga Beradat Kebangsaan.

g..Lembaga.Beradat.Negeri

Lembaga ini dipimpin oleh seorang Imam Khalifah manakala Pengerusi Lembaga Beradat
Negeri menjalankan urusan pentadbirannya. Pentadbiran organisasinya adalah menurut
kaedah-kaedah yang diputuskan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan. Perlantikan anggotanya
selain daripada Imam Khalifah (jika berkenaan) atas syor Pengerusi Lembaga Beradat Negeri.
Setiap lantikan adalah untuk tempoh selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan daripada masa
ke semasa. Antara tugas dan bidangkuasanya ialah :

46
i. Menjalankan sebarang polisi dan peraturan yang ditetapkan Majlis Tertinggi
Lembaga BeradatKebangsaan
ii. Bertanggungjawab ke atas urusan adat dan istiadat di dalam negeri masing-masing

iii. Mengawasi perjalanan Majlis Gurulatih dan pentadbiran pertubuhan negeri agar
tidak bercanggah.dengan.agama.dan.adat.

Lembaga Beradat Negeri boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja untuk melicinkan
pentadbirannya. Keanggotaan jawatankuasa kerja ini adalah atas budibicara Waris Beradat.

h..Badan.Penapis.Amanah

Badan Penapis Amanah ditadbir oleh Majlis Kehakiman Gayong. Badan ini dianggotai oleh
panglima-panglima yang dipilih oleh Jawatankuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan.
Fungsinya ialah sebagai Biro Siasatan Gayong. Majlis Kehakiman Gayong berkuasa
mengarahkan ahli Badan Penapis Amanah untuk menyiasat sebarang aduan kesalahan bagi
pihak Kipas Emas yang berlaku di mana-mana sama ada melibatkan individu atau organisasi.

i..Badan.Ibu.Gayong

Badan Ibu Gayong dianggotai oleh ahli Gayong yang dilantik sebagai Imamah.
Keanggotaannya ialah selama tiga tahun dan boleh dipanjangkan atas budibicara Lembaga
Beradat Negeri. Antara tugasnya ialah :

i. Menjalankan sebarang tugas yang diputuskan oleh Majlis Ibu Gayong


ii. Memutuskan sebarang masalah, perancangan dan agenda murid dan guru Gayong
wanita di peringkat negeri.

11.2.0 Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong

Sandang kebesaran ini adalah hak progatif (istimewa) Dato' Mahaguru. Selepas
pemergiannya, kuasa untuk menganugerahkan sandang kebesaran ini terletak kepada
Lembaga Waris Amanah. Sandang kebesaran ini dianugerahkan kepada individu tertentu
mengikut kategorinya. Kategori sandang kebesaran terbahagi kepada:

47
 Sandang.Mahaguru
Sandang ini hanya layak dimiliki oleh Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Abdul
Rahman bin Daeng Uda Mohd. Hashim selaku Pewaris Agung Gayong.
 Sandang.Kegurulatihan
Sandang ini dianugerahkan kepada guru atau jurulatih Gayong yang mencapai tahap
pelajaran dan kebolehan tertentu.

 Sandang.Protokol
Sandang ini dianugerahkan kepada KDYMM Raja-raja Melayu dan pemimpin-
pemimpin negara atau negeri yang menerima perlantikan dalam jawatan protokol
Lembaga Beradat Kebangsaan.

 Sandang.Khas
Sandang ini adalah sandang peribadi yang dianugerahkan kepada pemimpin negara
dan murid atau guru Gayong yang mempunyai kebolehan khas tertentu. Corak
sandang ini bergantung kepada pemakainya.

 Sandang.Berjawatan
Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong yang diamanahkan menduduki
jawatan samada dalam ahli eksekutif atau ahli Jawatakuasa Agung Lembaga Beradat
Kebangsaan, ahli jawatankuasa Lembaga Beradat Negeri dan ahli Majlis Teringgi
Gurulatih.

Bersamaan 2 Oktober 2010, menurut akhbar My Metro, pada hari berkenaan  PSSGM
sekali lagi bakal mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila akan menobatkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Imam Khalifah Agung melalui penganugerahan
Sandang Kebesaran, Seri Mahkota Agung Bintang Pelangi. Malah, PSSGM juga
menganugerahkan Seri Mahkota Agung Relang Pelangi yang membawa gelaran Timbalan
Imam Khalifah Agung kepada Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri
Sembilan (Rujuk lampiran 4).

48
49
50
Sandang Kehormat
Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong atau individu tertentu sebagai satu
penghargaan atas jasa atau sumbangan mereka kepada pembangunan negara dan Silat Seni
Gayong.

51
11.3.0 Peringkat Pelajaran

Kini, Silat Seni Gayong telah dijadikan antara matapelajaran dalam kokurikulum di sekolah
dan institusi pengajian tinggi. Secara umumnya, pelajaran di dalam Silat Seni Gayong
dibahagikan kepada tujuh peringkat, iaitu:

i. Tapak.Gayong
Terdiri daripada segala pelajaran asas gerak tangan dan kaki, termasuk juga latihan
senaman anak harimau, elakan dan tangkapan kunci mati (21 buah tapak kunci
mati) bagi menewaskan lawan tanpa menggunakan senjata.
ii. Seni.Tapak.Gayong
Lanjutan daripada pelajaran Tapak Gayong. Pada peringkat ini pesilat diajar
menghalusi lagi pelajaran bahagian Tapak Gayong supaya pesilat berkemampuan
52
untuk membuat serang balas yang berkesan. Pelajaran pada peringkat ini
termasuklah buah tapak kunci hidup (teknik membuka kuncian - 49 buah) di
samping berkemampuan untuk mengunci semula lawan. Juga merangkumi
pelajaran Pecahan Buah Tapak sebanyak (7x21) buah dan Serangan Maut/Buah
Pukulan (21 buah).

iii. Seni.Keris
Pelajaran menggunakan senjata tikam seperti keris dan pisau.Mengandungi
pelajaran Seni Keris (Keris Satu dan Keris Dua - 49 tikaman), Seni Pisau
(Serangan Maut dan Pentas - Pisau Satu dan Pisau Dua)

iv. Seni.Simbat
Pelajaran menggunakan senjata belantan dan merupakan asas kepada permainan
parang panjang, kapak, tekpi, pedang, sundang lipas, dan lembing. Mengandungi
pelajaran Seni Simbat/Tongkat (kunci dan permainan), Seni Simbat Suk/Cota
(kunci dan permainan), Seni Tongkat Panjang/Tembung (kunci dan permainan),
Seni Parang Panjang (kunci dan permainan - Parang Satu dan Parang Dua),
permainan Parang Panjang dan Perisai, permainan Parang Panjang - Rantai,
permainan Pisau-Simbat, Seni Tombak/Lembing (kunci dan permainan), Seni
Anak Tombak (kunci dan permainan), Seni Parang-Tekpi, Seni Tombak-Tekpi.

v. Seni.Yoi
Pelajaran tangan kosong yang dipenuhi dengan buah pukulan bagi menentang
serangan ramai (21 buah pukulan).

vi. Seni.Belian
Permainan tapak harimau yang dihiasi dengan amalan kebatinan. Juga dikenali
sebagai Serangan Bapak Harimau.

vii. Seni.Cindai
Pelajaran yang menggunakan kain sarung dan merupakan pelajaran tertua dalam
Silat Seni Gayong. Seni Cindai terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu Cindai
Jantan dan Cindai Betina.Tujuh pecahan yang terdapat dalam permainan cindai
ialah: Sauk-sauk (21 buah), Tebar (21 buah), Serkap (21 buah), Kain Tudung (21

53
buah), Awang Bodoh (21 buah), Pukat (21 buah), dan Kalung Puteri (21 buah).

Selain daripada mata pelajaran yang disenaraikan di atas, terdapat juga mata pelajaran Seni
Gerak Bayang, Gada-gada(sejenis senjata baling), Seni Seligi, Seni Selayang pandang, Seni
Serangan Rajawali, Seni Sundang Lipas, Mayang Gesit, Serbuk Beracun, Senjata Api (jarak
dekat) seperti untuk menghadapi musuh bersenjata pistol dan senapang banet dan permainan-
permainan lain lagi. Pendek kata, di dalam Silat Seni Gayong terhimpun semua pelajaran silat
yang terdapat di alam Melayu ini.

11.4.0 Bengkung

Tahap pencapaian pelatih diperlihatkan daripada bengkung yang diperoleh. Setiap bengkung
yang diperoleh merupakan petunjuk kepada pencapaian jenis-jenis kemahiran.

i. Bengkung Kosong

Asas Gerakan 1
    1. Tumbuk Pintal Tali
    2. Pancung Dayung
    3. Tumbuk Pintal Tali Bertapak
    4. Lambung Kemudi
    5. Tolak Lintang
    6. Tebar Jala
    7. Gulungan 10
        1. Lambung Kemudi Kiri
        2. Tebar Jala Kanan
        3. Tolak Lintang Kiri
        4. Pancung Dayung Kiri
        5. Tumbuk Bertapak
        6. Tolak Lintang Kiri
        7. Pancung Dayung Kiri
        8. Tumbuk Bertapak
        9. Tolak Lintang Kiri
        10. Duduk Anak Harimau

54
 

Asas Elakan 1
    1. Tangkis Kuak Sisi Dalam
    2. Tangkis Bawah
    3. Tangkis Atas / Sangga Langit
    4. Kilas Dayung Tebar Jala
    5. Masuk Luar Tumbuk Pintal Tali
    6. Elak Dalam
    7. Juring Pelipat Balas Pancung

 Buah Tapak Kunci Mati


    1. Kilas Sawa Berendam
    2. Kilas Payung / Patah Dayung Pikul Mayat / Pangku Mayat
    3. Kilas Sangga Maut/ Tali Gantung / Umpil Dayung Tali Gantung
    4. Kacip Emas / Kancing Emas
    5. Patah Dayung / Pasung Emas
    6. Cekak Banting (Kacip Emas) / Kacip Emas Cekak Banting
    7. Kacip Selak Emas / Selak Mati Kacip Emas / Kacip Emas Kilas Dayung
 
Buah Tapak Kunci Hidup
    1. Pentas 1
    2. Tempur Bebas (1 lawan 1)
 
Lompatan Harimau
    1. Tenggiling hadapan + Tenggiling hadapan dengan senjata di tangan kanan + Tenggiling
hadapan dengan senjata di tangan kiri + Tenggiling ke belakang + Diakhiri dengan melenting
ulat
    2. Harimau Menghambur Mangsa berhalangan rendah (Anak Kambing 5 halangan)
    3. Harimau Melompat Pagar

ii..Bengkung Awan Putih

55
Asas Gerakan 2
    1. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi
    2. Tumbuk Balas Pancung
    3. Tumbuk Bertapak Balas Siku Belakang Sambil Tangkis Kuak Sisi Dan Tangkis Bawah
    4. Lambung Kemudi Balas Juring
    5. Tebar Jala Balas Tolak Lintang
    6. Cakar Helang Balas Hentak
    7. Gulungan 21 (Bersedia dalam kedudukan harimau menyimpan kuku di rusuk kiri)
        11. Tumbuk Balas Pancung
        12. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Kun
        13. Cakar Helang Balas Hentak
        14. Tendang Lambung Kemudi
        15. Pancung Dayung Ke Hadapan
        16. Padam Lampu
        17. Tolak Lintang
        18. Tumbuk Bertapak Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah
        19. Tebar Jala
        20. Sepak Rajang
        21. Duduk Anak Harimau
     
Asas Elakan 2
    1. Tolak Lintang Kiri
    2. Tolak Lintang Kanan
    3. Tebar Jala Kanan
    4. Rimbat Helang Kiri
    5. Rimbat Helang Kanan
    6. Jala Tebar Kanan
    7. Rimbat Relang Balas Juring Kiri
 
Buah Tapak Kunci Mati
    1. Kilas Sawa Berendam
    2. Kilas Payung / Patah Dayung Pikul Mayat / Pangku Mayat
    3. Kilas Sangga Maut / Tali Gantung / Umpil Dayung Tali Gantung
    4. Kacip Emas / Kancing Emas
    5. Patah Dayung / Pasung Emas
    6. Cekak Banting (Kacip Emas) / Kacip Emas Cekak Banting
    7. Kacip Selak Emas / Selak Mati Kacip Emas / Kacip Emas Kilas Dayung
    8. Pasung Cina
    9. Tali Gantung / Malaikul Maut
    10. Kilas Dayung Tali Gantung
    11. Selak Mati (Buaya Berendam) / Kilas Maut
    12. Kilas Tali / Patah Dayung Tali Gantung / Pasak Lintang
    13. Tolak Lintang (Kacip Emas) / Pasung Bumi
    14. Sekapur Sirih / Selak Dayung Buaya Berendam / Selak Mati
    15. Patah Layar Perahu Karam
    16. Patah Julang / Patah Dayung Perahu Karam / Patah Selak Dayung
    17. Patah Sangga / Selak Mati Patah Gelang Geta / Rangkam Dayung
    18. Kilas Biawak / Patah Dayung Selak Mati Buaya Berendam
    19. Sangga Kilas Patah Tebu / Patah Tebu Selak Dayung Kacip Emas / Umpil Maut
    20. Pasak Mati / Tembi Siku Pasung Emas Patah Dayung / Lintang Mayat
56
    21. Kilas Buaya Berendam / Kuda Gila Lipat Maut Buaya Berendam

Serangan Harimau
    1. Patah Dayung Nasi Hangit
    2. Patah Dayung Kuda Gila
    3. Tarian Kuda Gila
    4. Humban Ketam Kawah Pecah
    5. Kipas Gayong Selak Gayong
    6. Jinjit Kuali Kawah Pecah
    7. Kibas Gayong Pasak Gayong Selak Gayong
 
Buah Tapak Kunci Hidup
    1. Pentas 1
    2. Pentas 2
    3. Tempur Bebas (1 Lawan 3)

Lompatan Harimau
    1. Tengiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang
    2. Bangun Melenting Ulat + Harimau Melenting (Lenting Pacat) (1 Kali)
    3. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Rendah (7 Halangan)
    4. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Rendah (5 Halangan)
    5. Harimau Melompat Pagar Berhalang  

iii..Bengkung Pelangi Hijau

Asas Gerakan 3
    1. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Kun
    2. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Pancung
    3. Cakar Helang Balas Hentak Balas Lambung Kemudi
    4. Tendang Sula Balas Tendang Kuda
    5. Tebar Jala Balas Jala Tebar Kaki Sama
    6. Tebar Jala Kanan Balas Jala Tebar Kiri
    7. Gulungan 31
        22. Simbar Cakar Helang Kanan
        23. Simbar Cakar Helang Kiri
        24. Timang Puteri
        25. Tumbuk Pintal Tali Tiga Kali
        26. Tendang Sula Balas Tolak Lintang
        27. Pusing Roda
        28. Juring Terbang, Jatuh Mengiring
        29. Juring Kanan
        30. Juring Kiri
        31. Duduk Anak Harimau
   
Asas Elakan 3
    1. Elak Dalam Balas Pancung Kanan
    2. Elak Luar Balas Pancung Kiri
    3. Elak Putar Balas Pancung Kanan
57
    4. Elak Putar Balas Pancung Kiri
    5. Patah Tebu Siku
    6. Elak Dalam Disusuli Serangan Tombak Todak
    7. Hentak Adam Lutut Balas Sepak Penyawa

Pecahan Buah Tapak (7x21)

 
Serangan Harimau
    1. Patah Dayung Nasi Hangit
    2. Patah Dayung Kuda Gila
    3. (Tarian) Kuda Gila
    4. Humban Ketam Kawah Pecah
    5. Kipas Gayong Selak Gayong
    6. Jinjit Kuali Kawah Pecah / Pangku Mayat Pecah Kawah Hentak Kawah
    7. Kibas Gayong Pasak Gayong Selak Gayong
    8. Tembi Gayong Pasak Gayong Selak Gayong
    9. Lipat Gayong Pangku Kawah Pecah Kawah Kelek Kawah
    10. Kawah Sepit Pecah Tebu / Pangku Mayat Pancung Kawah Hentak Kawah
    11. Tendang Kuda Kawah Tiarap
    12. Tembi Kilas Pangku Mayat Kawah Pecah
    13. Gasing Emas Tiarap Kawah
    14. Panku Lutut Patah Tebu
    15. Pangku Mayat Pancung Kawah Hentak Kawah
    16. Pecah Kawah
    17. Pikul Kawah Buang Kawah
    18. Lambung Kawah Kawah Sepit Patah Tebu
    19. Pangku Lutut Patah Tebu
    20. Pulas Tebu Buang Kawah Jejak Tebu Patah Pucuk
    21. Tarian Kuda Gila
 
Buah Tapak Kunci Hidup
    1. Pentas 4
    2. Pentas 5
    3. Pentas 6
    4. Pentas 7
    5. Tempur Bebas (1 Lawan 5)

Lompatan Harimau
    1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang
    2. Bangun Melenting Ulat + Harimau Melenting (3 Kali)
    3. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Rendah (9 Halangan)
    4. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Tinggi (5 Halangan)
    5. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Rendah (7 Halangan)
    6. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Tinggi (3 Halangan)
    7. Harimau Menyusur Gelung Api (3 Halangan)
    8. Pusingan Roda (3 Kali)

58
iv..Bengkung Pelangi Merah

Asas Gerakan 4
    1. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah
    2. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah Balas Pancung
    3. Tumbuk Bertapak Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah
    4. Lambung Kemudi Bertapak
    5. Tolak Lintang Bertapak
    6. Tebar Jala Bertapak
    7. Gulungan 41
        32. Serangan Rajawali
        33. Balas Hentak
        34. Tembi Siku Kiri
        35. Tembi Siku Kanan
        36. Serangan Rajawali
        37. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah
        38. Tolak Lintang Kanan
        39. Tolak Lintang Kiri
        40. Duduk Anak Harimau
        41. Tenggiling Ke Hadapan Dan Duduk Anak Harimau

Asas Elakan 4
    1. Elak Kuak Sisi Balas Tampar Harimau Balas Padam Lampu
    2. Elak Putar Diikuti Tembi Siku
    3. Elak Putar Balas Pancung Balas Pecah Gendang, Cengkam Bahu Balas Alu Patah
    4. Yoi Kiri Dan Alu Patah Kanan Dan Pancung
    5. Elak Dalam Dan Tumbuk Pintal Tali
    6. Sepak Rajang
    7. Tolak Bahu Dan Bentis Hadapan
 
Lompatan Harimau
1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang
2. Bangung Melenting Ulat + Harimau Melenting Ke Hadapan + Harimau Melenting Ke
Belakang
3. Harimau Membaling Angin Tanpa Halangan
4. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Rendah (10 - 15 Halangan)
5. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Tinggi (7 Halangan)

Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)


Menghentak Bahagian Sisi Kepala Dengan 3 Keping Genting (Wanita 2 Keping)

Seni Pisau (Pisau 1 dan Pisau 2)


1. Asas Gerakan
2. Asas Elakan
3. Kunci Mati Pisau (1 - 21)
4. Buah Tapak Senjata (1-21)

59
v..Bengkung Pelangi Merah Cula 1 

Asas Gerakan 5
    1. Tumbuk Berbalas Dituruti Tendang Lurus Dalam Tapak
    2. Tumbuk Berbalas Dituruti Tendang Lurus Bertapak
    3. Siku Layang Balas Pancung Balas Tangkis Kuak Sisi Luar Balas Tangkis Bawah
    4. Serangan Rajawali Balas Hentak Balas Tendang Lurus Melangkah
    5. Tamparan Harimau Melangkah Balas Sepak Juring
    6. Sepak Juring Bersilang Kaki
    7. Golongan 51
        42. Serangan Rajawali Balas Hentak
        43. Lambung Kemudi
        44. Simbar Cakar Helang
        45. Tolak Lintang Ke Kanan
        46. Tolak Lintang Ke Kiri
        47. Layang Tembi Siku, Hentak Emas Sepukal Atas Telapak Tangan, Duduk Anak
Harimau Dan Timang Puteri
        48. Harimau Melenting Hadapan
        49. Tenggiling Belakang (Atas Angin Belakang)
        50. Melenting Ulat
        51. Duduk Anak Harimau
        
Asas Elakan 5
    1. Masuk Luar Dan Tumbuk Kepala
    2. Pancung Dayung Kanan Balas Pancung Dayung Kiri
    3. Kilas Tangan Penyerang (Penyerang Tertunduk) Sambil Tarik Tapak Ke Belakang
    4. Tangkap Silang Dan Rebahkan Penyerang Ke Sisi
    5. Elak Putar Balas Tembi Siku Muka
    6. Elak Putar Balas Tembi Siku Muka Balas Tolak Ke Hadapan Sambil Rimbat Kuda Gila
    7. Elak Luar Dan Siku Muka
 
Lompatan Harimau
    1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang
    2. Bangun Melenting Ulat + Harimau Melenting Hadapan + Harimau Melenting Belakang
    3. Harimau Membaling Angin Halangan Rendah (7 Halangan)
    4. Harimau Membaling Angin Halangan Tinggi (5 Halangan)
    5. Harimau Memusing Roda Dan Melenting Ke Belakang (3 Kali)
    
Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)
Menjurus Ke Bumi Bertatangkan 4 Keping Batu Genting (Wanita 3 Keping)

Seni Keris (Keris 1 dan Keris 2)


    1. Asas Gerakan
    2. Asas Elakan
    3. Kunci Mati Keris (1 - 21)
    4. Buah Tapak Senjata (1 - 21)

60
vi..Bengkung Pelangi Merah Cula 2

Asas Gerakan 6
Asas Elakan 6
1. Elak Putar Dan Tamparan Harimau Kiri
2. Elak Putar Dan Tamparan Harimau Kanan
3. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kiri
4. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kanan
5. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kanan Balas Tamparan Harimau Kiri
6. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kanan Balas Tamparan Harimau Kiri,
Rentap Bahu Balas Alu Patah
7. Elak Putar Dan Duduk Melutut Diikuti Tendangan Kuda

Lompatan Harimau
1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang
2. Bangun  Lenting Ulat + Harimau Melenting Hadapan + Harimau Melenting Belakang +
Harimau Membaling Angin Ke Hadapan + Harimau Membaling Angin Ke Belakang
3. Harimau Memusing Roda + Harimau Melenting Ke Belakang (2 Kali ) + Harimau
Membaling Angin Ke Belakang (1 Kali)

Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)


1. Menetak Dengan Tangan Kanan (Lelaki 5 Keping / Wanita 4 Keping)
2. Menyiku Dengan Tangan Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)
3. Menendang Separuh Bulatan Dengan Kaki Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)
4. Menjurus Dengan Tangan Kiri (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)

Seni Simbat / Simbat Suk


1. Asas Gerakan
2. Asas Elakan
3. Kunci Mati Simbat / Simbat Suk (1 - 21)
4. Buah Tapak Senjata (1 - 21)

vii..Bengkung Pelangi Merah Cula 3

Asas Gerakan 7
Asas Elakan 7
Seni Pemecahan
Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)
1. Menetak Dengan Tangan Kanan (Lelaki 7 Keping / Wanita 5 Keping)
2. Menyiku Dengan Tangan Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)
3. Menendang Separuh Bulatan Dengan Kaki Kiri (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)
4. Menendang Juring Dengan Kaki Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)
5. Menghentak Dengan Kepala (Sisi Kepala) (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)
 
Seni Parang (Parang 1 dan Parang 2)
1. Asas Gerakan
2. Asas Elakan
3. Kunci Mati Parang (1 - 21)
4. Buah Tapak Senjata (1 - 21)

61
12.0 PENUTUP

Silat Seni Gayong merupakan seni mempertahankan diri orang Melayu dengan gerakan-
gerakannya yang estetik di mana pengamalnya dilarang melakukan maksiat, harus taat
beribadat dan dalam amalannya dibacakan doa-doa dari ayat Al-Quran. Silat ini banyak
berkaitan dengan kebatinan. Dengan itu, diharapkan agar Silat Seni Gayong ini akan terus
dipertahankan agar tidak ditelan arus modenasi dan globalisasi. Setiap anak Melayu harus
memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengekalkan Silat Seni Gayong sebagai
salah satu seni mempertahakan diri yang terunggul di mata dunia.

LAMPIRAN
62
Lampiran 1: Carta Organisasi Pentadbiran

63
Lampiran 2: Carta Organisasi Fungsi

64
Yang Dipertua Dato' Adiwijaya Haji Abdullah

Timbalan Yang Dipertua I Dato' Ismail Jantan

Timbalan Yang Dipertua II Sazali Dato' Meor Abdul Rahman

Naib Yang Dipertua I Datin Feridah Abu Johan

Naib Yang Dipertua II Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid

Naib Yang Dipertua III Mohamad Faid Haji Musa

Setiausaha Agung Sulleh bin Udin

Penolong Setiausaha Agung Haji Lamsah bin Arbai

Bendahari Agung Amy Zairy bin Rahmat

Penolong Bendahari Agung Syarizal bin Dato' Maizan

Ahli Jawatankuasa Yaakob Haji Said

Shahsuzanni Abu Bakar

Rasol Haji Abdul Ghani

Mas Sharifah Mismat

Haji Mohd Sani Morni

Mohd Nor Abdul Samad

Abdul Rahim Masrom

Kahar Reza

Mohd Isa Mustaffa

Muhd Kawar Hezazy Uthman

Mariam Bujang

Mustapa Kamal Sharif

Meor Badrul Hisham bin Kamaruzaman

65
Nik Azman bin Nik Par

Rosni bin Mohd Daud

Juru Audit Dalam Hamzah Tajuddin


Ishak Maarif

Lampiran 3: Majlis Jawatankuasa Agung 2010-2011

66

You might also like