You are on page 1of 1

NOVEL HIKMAH : SINOPSIS

Hikmah memaparkan kisah seorang remaja Amri yang sering membuli dan memeras wang
daripada pelajar lain di sekolah. Namun begitu, segalanya berubah apabila Amri berada di rumah.
Dia menjadi seorang yang taat dan sayang akan ibunya. Perubahan sikap Amri ini berkait rapat
dengan bapanya seorang kaki judi yang sering menyusahkan dan menyakiti ibunya. Hal ini
menyebabkan Amri benci dan marah akan bapanya dan sering melepaskan kemarahanya kepada
pelajar lain di sekolahnya. Perbuatan Amri ini menarik perhatian Sapura, pengawas sekolah.

Sapura telah melaporkan perbuatan Amri mengugut salah seorang pelajar sekolah kepada
guru disiplin iaitu Cikgu Salman. Oleh sebab itu, Amri sentiasa menyimpan dendam terhadap
Sapura. Dendam Amri terbalas jua apabila dia berjaya melaksanakan rancangannya sehingga
Sapura terjatuh ke dalam bendang. Dalam keadaan marah, Sapura pergi ke rumah Amri untuk
menceritakan kepada ibunya perihal anaknya yang nakal dan liar itu. Sapura tidak sempat
memberitahu hal tersebut kepada ibu Amri setelah menyaksikan peristiwa menyayat hati di
rumah Amri.

Setelah menyedari ibunya sakit, Amri bercadang untuk pergi ke farmasi dengan basikal di
pusat bandar supaya dapat membeli ubat untuk ibunya. Amri terpaksa menggunakan wang hasil
peras ugutnya itu kerana dia tiada pilihan lain. Dalam perjalanan dia pulang setelah membeli ubat
Amri telah ditahan oleh seorang pemuda yang meminta pertolongannya.

Nasibnya kurang baik kerana pemuda kerana pemuda tadi sebenarnya seorang penagih
yang berniat untuk memeras ugut dengan meminta wang daripadanya. Oleh sebab Amri tidak
punya wang untuk diserahkan, pemuda tadi bersama dengan seorang rakanya memukul Amri
sehingga parah dan ubat ibunya yang baru dibeli dicurahkan ke tubuhnya. Ketika itu, Amri
teringat akan perbuatanya memeras ugut pelajar lain di sekolahnya , dia sedar wang yang
digunakan untuk membeli ubat untuk ibunya itu haram.

Sapura yang mengekori Amri mendapati Amri cedera dan tidak sedarkan diri. Sapura
mengejutkan Amri dan memberitahu bahawa ibunya sedang dirawat di hospital. Ibu Amri ke
hospital dibawa oleh ayah Sapura. Amri terharu dan berterima kasih atas pertolongan Sapura dan
keluarga . Amri meminta maaf kepada Sapura .

Akhirnya Amri dan Sapura bersahabat baik. Amri telah berubah. Kini dia pula menjadi
pelindung kepada pelajar-pelajar yang menjadi mangsa buli di sekolahnya. Amri mengharapkan
sinar baharu dalam keluarganya apabila ayahnya keluar penjara nanti.

You might also like