You are on page 1of 20

KERTAS CADANGAN

PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT

ANJURAN

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Dengan kerjasama

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR

Serta
PEJABAT KESIHATAN DAERAH YAN
1TUJUAN KERTAS KERJA DAN PROGRAM

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan bagi melaksanakan program yang
dirancangkan. Ia juga disediakan bagi memohon peruntukkan kewangan bagi menjalankan
program ini. Di samping itu ia juga bertujuan untuk memaklumkan kepada agensi yang terlibat
sama dalam menjayakan program ini.

Program ini dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan
Selamat bagi melahirkan “Generasi Berilmu,Sihat dan Progresif” melalui amalan gaya Hidup
sihat Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek-aspek
kebersihan,dan penjagaan kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar .
Pengetahuan dan kemahiran mengenai kesihatan ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan
sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan
penjagaan kebersihan dan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah . Kesedaran golongan
ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan

bermula dari rumah.

2. PENDAHULUAN:

Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat ini merupakan salah satu program Panitia
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan yang dirancang dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa Dan
Guru Sekolah Kebangsaan Singkir bagi menyempurnakan aktiviti tahunan sekolah.
Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang
diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang
disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat.Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada
amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat kita yang sememangnya kurang
prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Program ini akan dijalankan dengan menyediakan sudut-sudut pameran, gerai-gerai jualan
produk kesihatan,kiosk informasi kesihatan dan pemeriksaan kesihatan percuma,slot tayangan
video ,pertandingan serta kempen-kempen kesihatan.
3. NAMA PROGRAM

Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat merupakan nama yang dipilih bagi program
ini.Ia dipilih berdasarkan kempen amalan gaya hidup sihat yang ingin diterapkan ke sanubari
masyarakat kita agar generasi yang terbentuk di masa hadapan merupakan mereka yang sentiasa
menjaga kesihatan dan mengambil tahu mengenai amalan kesihatan yang betul. Justeru, adalah
diharapkan program ini berjaya selari dengan hasrat dan objektif pelaksanaannya.

4 TEMA PROGRAM
Program ini bertemakan sihat sepanjang hayat. Ia bermaksud cara dan amalan hidup yang
mementingkan kesihatan perlu diterapkan setiap masa,di mana jua serta berterusan sepanjang
hidup kita.Ia bukanlah sekadar satu program yang mendidik generasi muda dan masyarakat
mengenai amalan gaya hidup sihat , namun amatlah diharapkan ia menjadi satu platform yang
akan mendidik masyarakat kita kearah mengamalkan cara hidup sihat dan tidak berisiko selama-
lamanya.

5. MATLAMAT
Program ini bermatlamat bagi memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang
memuaskan dari segi fizikal,mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di
sekolah di samping memberi pengetahuan seimbang mengenai kesihatan yang tepat kepada ahli
masyarakat.

Pengabaian terhadap isu-isu mengenai kesihatan sama ada dari aspek penjagaan kesihatan
diri,amalan pemakanan,penyakit berisiko tinggi,keprihatinan terhadap bahaya
rokok,penyalahgunaan dadah terlarang,ketagihan alkohol, aspek kesihatan sosial seperti gejala
pelacuran,isu-isu kemanusiaan ,sek rambang,serta informasi tepat mengenai penyakit
merupakan perkara-perkara yang harus diambil perhatian serius agar ia tidak terus menjadi isu-
isu kesihatan yang lebih sukar ditangani.Lantaran itu diharapkan program ini dapat menjadi
wadah bagi menggerak masyarakat agar menghargai hidup ini dengan lebih bermakna.

6. OBJEKTIF

Antara objektif Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat ini ialah:

 .Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kebersihan,dan kesihatan dengan


menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
 Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar dan
komuniti walau di mana mereka berada.
 Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan bersih,sihat dan selamat ketika di
sekolah.
 Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir
buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.
 Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan
sekolah terhadap amalan-amalan kebersihan dan kesihatan secara keseluruhannya.

 Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri
yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai
benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti
penyalahgunaan dadah,seks rambang .
 Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat
sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama.

7. FORMAT PELAKSANAAN

Pameran Gaya Hidup Sihat ini berformatkan gerai jualan dan pameran di samping terdapat
kiosk-kiosk informasi mengenai kesihatan,klinik mini untuk pemeriksaan kesihatan percuma
,slot tayangan video ,pertandingan kuiz , ceramah kesihatan dan serta beberapa
8. PENGANJUR
Penganjur Program ini ialah Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan SK Singkir dengan
kerjasama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru serta Pejabat Kesihatan Daerah Yan.

9. TARIKH
Tarikh cadangan bagi Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat ini ialah pada hari Rabu
bertarikh 11.7.2010.

10. TEMPAT
Program ini akan dijalankan di Sek Keb Singkir,08110 Bedong, Kedah Darul Aman.

11. PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN


Pihak penganjur mensasarkan golongan pelajar khasnya dan generasi muda amnya serta
komuniti sekitar kawasan sekolah.
12. CARTA ORGANISASI
Cadangan Carta Organisas
AJK Induk Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.

PENASIHAT
TN HJ ABD SAMAD B SALLEH
GURU BESAR SK SINGKIR

PENGERUSI
EN.ABD HALIM B SAID
GURU PENOLONG KANAN HEM

TIMBALAN PENGERUSI
PN NASRI BT ARIFFIN((GPK1)
PN RUHAIZA BT ISMAIL (PKKOKU)

PN NORABISHAH BT ZAINAL ABIDIN


KETUA PANITIA PJ PK

SETIAUSAHA
PN ROSIMA BT HJ HANAFI
SETIAUSAHA PANITIA PJ DAN PK

AJK

TN HJ HAMID SAAD PN NOR’AIN BT SALAM


EN MUHD DANIAL B ZUBIR EN MUHD HANIF YAAKOB
EN WAN LOKMAN W KHUS PN MEK LIMAH BT SAAUD
PN DARWENA BT IDRIS EN MUHD FARIS FAKHRURAZI
PN SHATIRAH BT OSMAN PN DELAILA HUSNA KADIR
ENCIK HAMZAH B ALI EN SOFIAN B SHUIB
JAWATANKUASA PELAKSANA
PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT

PENASIHAT
Tn Hj Abd samad B Salleh
Guru Besar SK Singkir

PENGERUSI
En Ahmad Hasan B Harun
Pen.Kanan HEM

TIMBALAN PENGERUSI
Pn Nasri Bt Ariffin
Pen.Kanan 1

SETIAUSAHA
Pn Rosima Bt HJ Hanafi
Setiausaha Panitia PJ Dan PK

BENDAHARI
Pn Saleha Bt Selamat

AHLI JAWATANKUASA
SAMBUTAN URUSETIA/JEMPUTAN

Guru Besar SKS Pn Norabishah Bt Zainal Abidin


Tn Hj Abd Hamid B Saad –YDP PIBG Pn Rosima Bt Hanafi
Guru-guru Penolong Kanan En Muhd Faris B Fakhrurazi

HADIAH DOKUMENTASI
Pn Nor Ain Bt Salam Pn Shatirah Bt Osman
Pn Jaliliyah Bt Kadir Pn Ainol Badri Bt Bahari

SIARRAYA PROMOSI/BANNER
En Hamzah B Ali En Sofian B Shuib
En Romli B Ismail Pn Elliya Bt Aris

JAMUAN PERALATAN
Pn Darwena Bt Idris En Muhd Hanif B Yaacob
Pn Nadzirah Bt Said En Kamaruzzaman B Ibrahim
AJK PIBG Pn Mardiana Bt Abd Rahman

KAWALAN MURID PELANCARAN


En Muhd Danial B Zubir Pn Delaila Husna Bt Kadir
En Pn Marissa Bt Ahmad Pn Syafinaz Bt Selamat

PERTANDINGAN KUIZ KANAK-KANAK


En Wan Lokman B Khushairy Panitia PJ dan PK
Pn Muniyati Bt Kadir En Yusrizal B Mansor(PKDY)
Pn Siti Fatimah Bt Bakar

13. TENTATIF PROGRAM


Berikut ialah tentatif bagi Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat

Hari Masa Acara Sasaran/Pengisian Lokasi

Ahad 8:00pg -Pelancaran Program Semua golongan Dataran Ilmu


11.7.201 Pameran GHSSH
0 -Senamrobik

9:00pg -Jualan dan Pameran Semua golongan


Produk-produk -Gerai Produk Ruang Legar
kesihatan/makanan Barangan Penjagaan Pusat sumber
-Kempen Makan Ulam- Kesihatan OSIM Sekolah
ulaman dan Produk -Gerai Healthy Herbs
Herba -Gerai HPA
-Promosi Dan Jualan -Gerai Buah-buahan (Dijalankan
Diskaun Barangan Tempatan serentak)
Penjagaan Kesihatan -Gerai Makanan
Dari Syarikat OSIM Organik Halal
-Kiosk PKDY-informasi -Gerai IKS Makanan
kesihatan (Unit Promosi) Ringan Berkhasiat

-Pertandingan Murid-murid Tahap 1 Medan Letak


Mewarna Anjuran dan Kanak-kanak Kenderaan 1
Panitia PJ dan PK Tabika

-Ceramah dan Pameran Golongan pelajar Dewan Ilmu


Anti Rokok Oleh
PKDY
-Ceramah Golongan pelajar Bilik Wawasan
Penyalahgunaan Dadah
AADK Daerah Yan
10:30- Rehat
11:00pg
-Kempen menderma Golongan dewasa Bilik Rawatan
darah
11:00- -Pemeriksaan Kesihatan Semua golongan Bilik Wawasan
12:00tgh percuma
-Ceramah Motivasi :Cara Golongan remaja Bilik Matematik
menangani konflik dan dan dewasa
stress oleh Dr Zul
-Ceramah Kesihatan: Semua golongan Dewan Ilmu
Gaya Hidup Sihat oleh
Pusat Kesihatan Merbok

12:00-2:00 Pertandingan memasak Semua golongan Perkarangan


ptg Menu Sihat oleh Kaum Kantin
Bapa
-Pertandingan Bayi Sihat Semua golongan Ruang Legar PSS
Tajaan Panitia PJK

2:00ptg Bersurai

14. KAEDAH PELAKSANAAN KERJA


  Manual Perlaksanaan Program

Bil Pelaksanaan Tugas Tindakan


1. -Penyediaan kertas kerja program. Setiausaha Program
Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan
persetujuan asas dari pihak-pihak penganjur dan
pelaksana program melalui mesyuarat dan
bersemuka.-Mesyuarat Kali Pertama
2 Pelantikan AJK Program secara rasmi Setiausaha Program
3 Mengaktifkan sebuah bilik gerakan bagi
pelaksanaan kerja-kerja asas program – cadangan AJK Persiapan Tempat
Bilik Wawasan Setiausaha Program

4 Mesyuarat Kali ke 2 AJK Program-


5 Menjalankan kerja-kerja penyediaan ,percetakan dan Setiausaha dan JK
mengirim surat menyurat,kad /surat Promosi
jemputan,borang-borang
6 Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan Setiausaha Program
khidmat pos laju,email,mesin faksimili atau
pertemuan peribadi.(kepada agensi-agensi ,ahli
sukerelawan dan individu terlibat)
7 Menempah dan memasang banner untuk tujuan JK PRomosi/Seranta
promosi
-promosi mula dijalankan
8 Menyedia dan mencetak borang-borang JK Pertandingan
penyertaan,pemarkahan ,keputusan bagi
pertandingan /kuiz yang diadakan
9 Menyediakan hadiah dan cenderahati JK Hadiah
10 Tempahan makanan untuk jamuan dan jamuan VIP JK Jamuan
11 Menyediakan bilik-bilik khas utuk kegunaan JK Persiapan Tempat
pameran dsb.Menyediakan dewan untuk tujuan
pelancaran
12 Pengumpulan bahan /fotografi /rakaman video untuk JK Dokumentasi
pendokumentasian
13 Kerja pembersihan kawasan selepas program Semua JK
secara menyeluruh bersama-sama pihak sekolah ,
waris serta badan-badan yang terlibat

15. ANGGARAN KEWANGAN

15.1 ANGGARAN PENDAPATAN


BIL SUMBER PENDAPATAN RM
1 SUMBANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU RM 300.00
2 UNIT PANITIA PJ DAN PK RM 212.00
3 SUMBANGAN SYARIKAT OSIM (M) Sdn Bhd. RM 500.00
4 SUMBANGAN ORANG PERSEORANGAN RM 150.00
JUMLAH PENDAPATAN RM1162.00

15.2.ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA ANGGARAN


PERBELANJAAN (RM)
1 Perbelanjaan Cetakan
Booklet Program RM1.50 X 100 RM150.00
Surat-menyurat RM20.00
Jumlah Perbelanjaan Cetakan RM170.00
2 Promosi
Banner RM40.00 X 3 helai RM120.00
Iklan Promosi RM0.20 X 60 RM12.00
keping
Jumlah Perbelanjaan Promosi RM132.00
3. Jamuan
Jamuan ringan RM1.50 X 150 RM225.00
Jamuan VIP orang RM50.00
RM5.00 X 10
orang
Jumlah Perbelanjaan Jamuan RM275.00
4. Hadiah Dan Cenderahati
Hadiah Pertandingan menu Sihat RM30.00 X 3 orang RM90.00
Cenderahati RM 5.00 X 10 RM50.00
Hadiah Kuiz orang RM20.00
Hadiah Pertandingan Mewarna RM2.00 X 10 orang RM40.00
Sijil Penyertaan RM4.00 X 10 RM80.00
Hadiah Pertandingan Bayi Sihat orang RM60.00
Cenderahati RM0.80 X 100 RM45.00
orang
RM20.00 X
3orang
RM2.00 X 25
orang
Jumlah Perbelanjaan Hadiah RM385.00
5. Lain-lain perbelanjaan RM200.00
Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan RM1162.00
16. PENUTUP

Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat merupakan salah satu program Panitia Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi tahun 2010.Ia turut membawa misi panitia bagi
merealisasikan pengetahuan mengenai gaya hidup sihat kepada amalan yang berterusan
sepanjang hayat. Justeru itu, pihak panitia amatlah berharap agar program ini mendapat
kelulusan dan sokongan dari pihak pentadbir .

Disediakan oleh:

………………………
(PN ROSIMA BT HJ HANAFI)
SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR SESI 2010

Disemak oleh:

………………………………
(PN NORABISHAH BT ZAINAL ABIDIN)
KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR SESI 2010.
1.17 SURAT PERMOHONAN KELULUSAN PELAKSANAAN PROGRAM

SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR


08110 BEDONG KEDAH
Tel/Fax : 04 – 4573166
Email : sksingkir.ppdkmy@gmail.com

Guru Besar SK Singkir, Surat Kami : SKS/YAN/60/002/14 (054)

08110 Bedong ,Kedah DarulAman Tarikh : 15hb JUN 2010

Tuan,

PERMOHONAN MENJALANKAN PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG

HAYAT

Perkara di atas dirujuk.


Pihak Panitia Pendidikan Jasmani ingin mengadakan satu Program Kesihatan iaitu Pameran
Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.Oleh itu, kami ingin memohon kerjasama pihak tuan bagi
menjalankan program ini.

2. Berikut ialah keterangan mengenai program yang akan dijalankan:

Tarikh : 11Julai 2010


Hari : Ahad
Masa : 8.00 Pagi
Tempat: Dewan SK Singkir

3. Kerjasama dan sokongan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG

Saya yang menurut perintah,

……………………………………….

(PN ROSIMA BT HAJI HANAFI)


Setiausaha Pameran GHSSH 2010
SK Singkir

_______________________________________________________________________

Setiausaha Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat 2010


Sek Keb Singkir

Saya dengan ini menyokong / tidak menyokong permohonan bagi menjalankan Pameran Gaya
Hidup Sihat Sepanjang Hayat.
Sekian .Terima kasih.

Tandatangan,

…………………………………
( )
1.18 SURAT PERMOHONAN PERUNTUKKAN KEWANGAN BAGI MENJALANKAN
PROGRAM

SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR


08110 BEDONG KEDAH
Tel/Fax : 04 – 4573166
Email : sksingkir.ppdkmy@gmail.com

Guru Besar SK Singkir, Surat Kami : SKS/YAN/60/002/14 (055)

08110 Bedong ,Kedah DarulAman Tarikh : 15hb JUN 2010

Tuan,

PERMOHONAN PERUNTUKKAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PAMERAN

GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT

Perkara di atas dirujuk.


Pihak Panitia Pendidikan Jasmani ingin mengadakan satu Pameran Kesihatan iaitu Pameran
Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.Oleh itu, kami ingin memohon peruntukkan kewangan dari
pihak tuan bagi menjalankan program ini.(Sila rujuk Kertas cadangan bahagian kewangan)

2. Berikut ialah keterangan mengenai program yang akan dijalankan:

Tarikh : 11Julai 2010


Hari : Ahad
Masa : 8.00 Pagi
Tempat: Dewan SK Singkir

3. Kerjasama dan sokongan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG

Saya yang menurut perintah,

……………………………………….

(PN ROSIMA BT HAJI HANAFI)


Setiausaha Pameran GHSSH 2010
SK Singkir

_______________________________________________________________________

Setiausaha Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat 2010


Sek Keb Singkir

Saya dengan ini bersetuju / tidak bersetuju meluluskan peruntukkan kewangan seperti yang
termaktub di dalam kertas cadangan program bagi menjalankan Pameran Gaya Hidup Sihat
Sepanjang Hayat.
Sekian .Terima kasih.

Tandatangan,

…………………………………
( )

You might also like