You are on page 1of 4

Strategi Dasar Ekonomi Baru

Pembasmian kemiskinan

Di bawah Dasar Ekonomi baru, kerajaan telah melancarkan beberapa strategi bagi
merapatkan jurang ekonomi antara etnik di Malaysia. Antaranya ialah dengan memperkenalkan
program pembasmian kemiskinan secara besar-besaran di seluruh negara terutamanya di
negeri yang terjejas teruk seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Oleh itu, En. Kamal
dan En. Zainal daripada Unit Perancangan Ekonomi telah mejalankan kajian tentang peratusan
kadar kemiskinan negara. Hasil kajian mereka mendapati, kemerosotan mendadak peratusan
kemiskinan di Malaysia sebanyak 32.3% sejak tahun pelaksanaanya 1970 hingga 1987. Hal ini
dapat dibuktikan dengan peratusan kemiskinan di Semenanjung Malaysia merosot terutamanya
di kalangan orang Melayu sebanyak 24% pada tahun 1987, kaum India sebanyak 10% diikuti
kaum Cina sebanyak 8% manakala di Sabah dan Sarawak mengalami peratusan kemerosotan
yang sedikit sahaja. Walaubagaimanapun, penduduk Sabah dan Sarawak mempunyai
pendapatan isi rumah yang agak tinggi dengan Sabah menduduki tempat kedua dan Sarawak
di tempat kelima jika dibandingkan dengan 13 negeri yang lain (Kamal dan Zainal, 1989).
Walaupun matlamat DEB tidak dapat dicapai sepenuhnya, namun kerajaan masih lagi
meneruskan semangat DEB dengan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional yang
menjadi kesinambungan kepada DEB.

Pewujudan Pekerjaan dan Penstrukturan Semula

Bidang pertanian menjadi semakin maju dan kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi
memastikan golongan miskin di luar bandar menerima faedah dasar-dasar pertanian yang
dianjurkan. Oleh itu, kerajaan telah menekankan aspek pentauliahan lebih banyak tanah
pertanian digiatkan di kawasan luar bandar.

Kerajaan telah menubuhkan FELDA, FELCRA dan RISDA bagi membantu Bumiputera
mengusahakan tanaman yang diamanahkan kepada mereka. Sebanyak satu juta hektar atau
lebih tanah pertanian dimajukan bagi setiap tempoh rancangan di bawah program persekutuan
mahupun program negeri dengan usaha sama sektor swasta. Menurut Kajian Separuh Penggal
Rancangan Malaysia Kelima, pendapatan bulanan bersih peneroka bagi tahun 1986-1988,
pendapatan peneroka kelapa sawit adalah dianggarkan kira-kira RM493, bagi rancangan getah
pula sebanyak RM545 manakala peneroka tebu sebanyak RM440. Walaubagaimanapun,
terdapat peningkatan dari segi pendapatan Bumiputera dalam sektor ini pada tahun 1988
berikutan harga pasaran antarabangsa yang lebih tinggi. Pendapatan bulanan bagi peneroka
kelapa sawit adalah menigkat sebanyak 57%, manakala peneroka getah meningkat sebanyak
76% manakala bagi peneroka tebu sebanyak 70%. Walaubagaimanapun, bagi jenis pertanian
lain seperti padi dan aktiviti-aktiviti kecil pertanian lain tidak menunjukkan apa-apa peningkatan
pendapatan. Implikasi besar daripada program pembangunan ini ialah ia dapat membantu
meningkatkan kualiti dan pendapatan kaum Bumiputera tetapi bukan secara menyeluruh. Selain
itu, ia juga dapat melatih kaum Bumiputera untuk memiliki kepakaran secara kolektif.

Penyusunan semula tenaga

Melalui penyusunan semula tenaga. Sejak tahun 1970-an dan 1980-an, terdapat
perkembangan positif kaum bumiputera dalam penyusunan semula tenaga di mana
kebanyakan kaum bumiputera berpindah ke sektor moden dan pekerjaan bergaji tinggi. (Kamal
dan Zainal, 1989). Fokus utama penyusunan semula tenaga ini adalah untuk menggalakkan
kaum bumiputera menyertai sektor yang mempunyai pertumbuhan yang tinggi jika
dibandingkan penyertaan mereka sebelum ini dalam bidang pertanian yang kurang maju.
Contohnya, penyertaan kaum bumiputera dalam sektor swasta terutamanya dalam industri
pembuatan, dan juga sektor awam. Hal ini dapat dibuktikan dengan peningkatan penyerapan
kaum bumiputera dalam bidang pertanian kepada 75%, manakala dalam perkhidmatan awam
kepada 68% dan juga 44% dalam bidang pembuatan menjelang tahun 2000. (Kamal dan
Zainal, 1989).

Menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), didapati


bahawa terdapat peratusan yang rendah bagi Bumiputera mewakili sektor perdagangan
berbanding kaum Cina pada tahun 1990 di mana Kaum Cina mendominasi sektor ini sebanyak
57.7% manakala Bumiputera sebanyak 34.7% dan kaum India sebanyak 7.1%. Hal ini
menunjukkan penglibatan yang rendah oleh kaum Bumiputera dalam sektor berkenaan
terutamanya dalam perdagangan borong dan runcit.

Selain itu, jika dilihat dari segi guna tenaga menurut pekerjaan antara etnik, pada tahun
1988, kaum Bumiputera telah mendominasi bidang pertanian sebanyak 76% dan seperti yang
diketahui bidang ini tidak membawa hasil produktiviti yang tinggi kepada negara. Ini diikuti oleh
kaum Cina dan India; masing-masing mewakili 17 % dan 7% mereka yang terlibat dalam sektor
tersebut. Walaubagaimanapun, penglibatan Bumiputera dalam bidang penjualan amat sedikit
jika dibandingkan dengan penglibatan kaum Cina. Kaum Cina menguasai pekerjaan dalam
bidang ini sebanyak 58% pada tahun yang sama (Faaland, Parkinson dan Saniman, 2002).

Keusahawanan

Kerajaan telah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera


(BCIC). Bagi menggalakkan kaum bumiputera menyertai bidang keusahawanan kerajaan telah
memberi bantuan melalui peruntukan kontrak-kontrak kerajaan yang memihak kepada kaum
bumiputera. Keutamaan akan diberikan kepada pengusaha bumiputera dalam melaksanakan
kontrak yang ditawarkan berjumlah tidak melebihi RM 50,000 jika tender mereka tidak lebih
daripada 10 peratus di atas bida bukan Bumiputera. Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan
beberapa institusi penting dalam menjayakan program tersebut. Antaranya ialah, Majlis
Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan bagi menyediakan peruntukan sebanyak RM 11 juta
pinjaman setahun dan juga menyediakan program latihan kepada usahawan kecil Bumiputera.
Di samping itu, kerajaan juga menubuhkan Bank Pembangunan bagi menyokong sarana DEB
dalam membantu peniaga-peniaga kecil Bumiputera. Antara perkhidmatan yang ditawarkan
ialah dengan menguruskan pentadbiran pinjaman daripada Bank Dunia dan juga menyediakan
latihan (Faaland, Parkinson dan Saniman, 2002)

Namun, kemelesetan telah melanda usahawan Bumiputera menyebabkan mereka tidak


dapat meneruskan perniagaan walaupun sokongan dan bantuan kewangan daripada pihak
kerajaan telah diberikan sepenuhnya. Oleh itu, usaha perstrukturan semula DEB dilancarkan
bagi membantu kaum bumiputera bagi merapatkan jurang ekonomi antara etnik melalui Rangka
Jangka Panjang dalam memfokuskan peranan sektor korporat.

Pemilikan

Kerajaaan juga menumpukan pemilikan ekuiti pelbagai perusahaan kepada Bumiputera


sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap ekonomi mereka. Oleh itu, kerajaan
menegaskan ‘pola yang lebih seimbang dalam pemilikan aset-aset dalam semua sektor
ekonomi adalah perlu. Sasaran kerajaan ialah bahawa dalam tempoh dua puluh tahun, orang
Melayu dan peribumi lain akan memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya 30% daripada
seluruh aktiviti perdagngan dan perindustrian ekonomi dalam semua kategori dan sekala
operasi.’ (Kamal dan Zainal, 1989). Secara keseluruhannya, Kerajaan telah memperluaskan
pemilikan dengan menetapkan penyertaan kaum lain dan juga pemastautin asing menyertai
pemilikan tersebut supaya sekurang-kurangnya 30% adalah untuk pemilikan bumiputera, 40%
untuk kaum lain dan juga 30 peratus untuk pelabur asing. Selain itu, dalam proses
penstrukturan semula pemilikan asset, kerajaan memfokuskan pemilikan asset fizikal seperti
tanah, rumah, bangunan perdagangan dan asset-aset kewangan kepada Bumiputera.

Jadual 1: Pemilikan dan Penguasaan Sektor Korporat 1971 hingga 1990

(Peratusan dipegang oleh kumpulan etnik; anggaran berkaitan nilai tara)

1971 1975 1980 1985 1988 1990


Penduduk Rakyat Malaysia 38.3 46.7 52.5 74.0 75.4 76.3
Individu Bumiputera 2.6 3.6 4.3 11.7 13.0 13.6
Agensi Amanah
1.7 5.6 8.1 7.4 6.4 6.0
Bumiputera
Penduduk Rakyat Malaysia
34.0 37.5 40.1 54.9 56.0 56.7
Lain
Penduduk Asing 61.7 53.3 47.5 26.0 24.6 23.7
Jumlah 100 100 100 100 100 100

Sumber bagi tahun 1971, 1975 dan 1980: Rancangan Malaysia Keempat.

Sumber bagi tahun 1985, 1988 dan 1990: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima.

Pada tahun 1980-an jika diperhatikan, terdapat peningkatan paling mendadak bagi Bumiputera
memegang syer syarikat dalam sektor korporat di mana sebanyak 7.4% peningkatan. Ini
menunjukkan perkembangan positif penguasaan Bumiputera dalam syer syarikat. Namun,
semenjak tahun 1988, peningkatan yang dialami semakin perlahan sebanyak 0.6% sahaja. Jika
diperhatikan jadual di atas, kaum Cina masih lagi munguasai syer syarikat dalam sektor
korporat dengan mengungguli peratusan sebanyak 56.7% pada tahun 1990.

You might also like